TRANSKRIP SIDANG MEDIA OLEH



kenyataan akhbar

Transkrip sidang media

oleh

Ketua PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Y. Bhg. DATO’ SRI ISMAIL ADAM

PADA 16 MAC 2006

PRAKATA

PERTAMA SEKALI TERIMA KASIH KERANA DATANG KE MARI (JPA). ADA DUA TIGA PERKARA YANG INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI.

PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN MENGENAI PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA 2006

Yang pertama sekali, I would like you to emphasis in your report, bahawa pada tahun ini cara kita melaksanakan kerja iaitu mengenai penawaran permohonan scholarship (biasiswa) dan sebagainya, ada perubahan (penambahbaikan) dari segi cara kita (JPA) menyampaikan perkhidmatan (kepada rakyat/pelanggan).Banyak orang yang bercerita pasal (keperluan) meningkatkan lagi sistem penyampaian public service.

Dari segi pengurusan scholarship tahun ini (2006), kita ada sedikit pembaharuan. Pertama sekali berbanding dengan last year (2005), kita tidak gunakan borang lagi. Keduanya, tidak ada bayaran. Tahun-tahun yang lepas oleh kerana ada borang, calon kena bayar RM6.00 satu permohonan. Sekarang tidak ada borang. Permohonan juga boleh dibuat on-line (melalui portal .my atau ) .

Saya (JPA) percaya ini merupakan satu kejayaan. kerana kalau kita lihat, di kaunter (Kaunter Perkhidmatan Khas PILN 2006), yang telah dibuka kaunter 10 hari (mulai 6 Mac 2006) orang datang berurusan secara peribadi lebih kurang 100 sahaja. Berbanding dengan jumlah pendaftaran sekarang (secara on-line) iaitu pendaftaran untuk mendapatkan kata laluan ialah 20,000. Manakala yang memohon adalah sebanyak 11,000. Meaning to say the system works. Cuma 100 orang sahaja yang agaknya ragu-ragu atau kurang arif untuk berurusan secara on-line, maka dia datang ke kaunter (Kaunter Perkhidmatan Khas PILN 2006). Ringkasnya 10 hari kita buka, 100 sahaja but 11,000 sudah berurusan dengan kita, sudah menghantarkan permohonan (secara on-line), so pembaharuan/penambahbaikan ini satu peningkatanlah dalam konteks delivery system..

At the same time, khidmat sokongan untuk calon juga kita sediakan iaitu 24 hours on call (mulai 13hb hingga 22 Mac 2006), melalui telefon Hot line. Sekiranya calon masih menghadapi masalah/atau kurang arif seperti bagaimana untuk mengisi borang, download borang (cetak slip penghantaran) dan lain-lain masalah teknikal, mereka boleh bertanya (talian 8885 3559 / 3534 / 3560 / 3516) Oleh yang demikian, kemudahan dan pembaharuan tersebut adalah satu peningkatan dari segi penyampaian perkhidmatan yang kita sediakan (kepada pelanggan/calon).

Saya (JPA) dengan ini memberi jaminan bahawa permohonan secara on-line melalui portal JPA telah pun dibuat percubaan. Oleh itu pemohon-pemohon tidak perlu khuatir. Calon/Pemohon yang telah submit secara on-line akan dapat pengesahan secara serta merta. Saya pada awalnya khuatir juga. Semasa cadangan penambahbaikan ini iaitu daripada secara manual kepada on-line, membayangkan mungkin ada orang/calon yang jauh di pedalaman bermungkinan akan dinafikan akses; rupanya tidak dan gembira kerana orang/calon yang jauh-jauh pun ada (seperti Kapit, Kota Samarahan, Mukah, Saranto di Sarawak) telah memohon Terbukti they have access kerana mungkin calon pergi Cyber Cafe ke?, calon ke pejabat ke?, sekolah ke? dan pemohonan mereka boleh sampai.

Penawaran Penajaan Program Ijazah Luar Negara 2006

Untuk makluman permohonan dibuka sehingga 22hb Mac 2006. Berdasarkan kepada pengalaman tahun lepas (2005), bilangan yang memohon adalah melebihi 10,000. Tahun 2006 ini, bilangan permohonan berkemungkinan akan terus bertambah. Kita (JPA) pun nak mengingatkan calon-calon ini bahawa competition (pemilihan dan penawaran) is and will be very tough. Itu apa nak buat kerana pelajar semakin bertambah pandai. Last year (SPM 2004) lebih kurang sebanyak 662 dapat straight A1. This year (SPM 2005) sebanyak 945 pelajar mencapai straight A1. Manakala bilangan scholarship yang kita tawarkan untuk pengajian di luar negara adalah sama juga macam tahun lepas oleh kerana kos tajaan (untuk seorang pelajar juga) bertambah.

JPA juga akan (pada bulan Jun 2006) nanti menawarkan scholarship untuk pengajian dalam negeri. Yang itu (bilangan biasiswa untuk pengajian dalam negeri) banyaklah. Untuk luar negara, walaupun bilangannya sama dengan tahun lepas, tetapi kos pengajian telah bertambah. Pertambahan berlaku untuk pengajian di semua negara. Jadi, maklum sajalah. Kemampuan kerajaan untuk membiayai pelajaran tinggi juga ada hadnya.

Kita (JPA) juga ingin ingatkan calon-calon secara umumnya (bahawa) competition is very tough. Lagi satu, persaingan di dalam bidang-bidang tertentu juga kita jangka akan hebat dan juga sengit oleh kerana bilangan (biasiswa) terhad; perubatan misalnya; berdasarkan pengalaman kita yang lepas-lepas, ada kecenderungan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang hebat-hebat ini cenderung memilih bidang perubatan.

Walaupun academic excellence itu kita beri wajaran tinggi, tetapi kita juga lihat tentang latar belakang keluarga, penglibatan dalam kokurikulum dan prestasi semasa interview. Pelajar-pelajar yang gagal mendapat biasiswa adalah bukan kerana dia tidak bagus tetapi kerana persaingan. Perbezaan antara yang berjaya dan tidak berjaya mungkin 1 atau 2 point sahaja.

Seperkara dan satu lagi point yang ingin saya tekankan di sini, pada masa lepas juga, ada kenyataan yang menyatakan kadangkala pelajar yang bilangan A1nya kurang dapat tajaan dan pelajar yang bilangan A1nya tinggi tidak dapat. Sebenarnya penawaran juga bergantung kepada bidang yang dipilih. Kalau bidang yang dipilih itu tidak ramai yang memohon jadi persaingan dalam bidang itu mungkin kurang. Berkemungkinan juga pelajar yang dapat 8A1 akan dapat tajaan padahal pelajar yang ada 10 atau 9A1 gagal dalam bidang yang banyak competition.

Bidang perubatan misalnya. Ada keadaan juga di mana pelajar 9A1 tidak dapat kerana first choice pelajar berkenaan adalah perubatan. Maka pelajar berkenaan complaint kerana dia tengok sahabatnya yang memperolehi 8A1 mendapat bantuan. Mungkin sahabat dia ambil/mohon bidang Actuaral Science, Farmasi atau Dentistry. Kadangkala bilangan permohonan untuk bidang-bidang tertentu tidak banyak. Oleh itu kita kena go one step further. Jika calon persoal kenapa keputusannya (baik) tidak dapat, manakala kawan dia yang kurang hebat dapat, kita tengok apa bidang yang dia mohon.

Kadang kala kita juga mengalami suasana di mana bidang yang diperlukan oleh kerajaan tidak banyak permohonan. Misalannya Actuaral Science; bidang itu memanglah susah tetapi kita perlu juga pelajar-pelajar mengambil Actuaral Science. Kita semua maklum di Malaysia Actuarist tak ramai in both public and private sector. Selain kurang permohonan, kadang kala apabila kita buat tapisan, yang memohon pun kita tak boleh ambil (tawarkan biasiswa). Ini adalah kerana tidak memenuhi syarat-syarat akademik. Bidang/Kursus Actuaral Science memerlukan calon yang bagus, dalam subjek maths, additional maths, science subject iaitu Fizik, Kimia dan Biologi.

Selain itu, bidang yang kadang-kadang kurang popular tetapi negara dan perkhidmatan awam memerlukannya ialah Fizik. Kita juga memerlukan orang yang pakar dalam fizik. Fizik macam-macam cabang dia ada tapi adakala bilangan permohonannya berkurangan. Berkemungkinan kerana bidang itu agak susah atau mungkin oleh kerana citarasa atau pelajar. Saya beranggapan masyarakat mungkin memikirkan doktor itu satu profesion yang status tinggi dalam masyarakat. Dia mengatakan bahawa profesion itu bagus padahal banyak lagi profesion-profesion yang lain yang tidak kurang pentingnya.

Dari segi peluang mendapat pekerjaan, Dentistry is equally as important as medicine dan begitu juga Farmasi. Perkhidmatan farmasi sekarang ini telah pun diwajibkan selama 3 tahun. Maknanya sesiapa pun yang belajar bidang Farmasi, sepertimana dengan Perubatan dan juga Dentistry, they are ensured of employment. Dan struktur gaji (skim perkhidmatan) untuk Pharmacist bagus juga. Jika pun ada perbezaan, tidaklah jauh berbanding Doktor dan Dentist.

Soalan (1):

Dato’, kalau jumlah pemohon sekarang ni yang ada, berapa ramai yang minta untuk medicine ?

Respons (1):

Kita belum lagi membuat analisis kerana permohonan masih dibuka sehingga 22 Mac 2006.

Soalan (2):

Yang sampai (tarikh tutup) 22hb untuk overseas?

Respons (2):

Penawaran ini untuk pengajian di peringkat ijazah di luar negara. Yang dalam negara kita akan iklankan pada bulan Jun 2006. Untuk program luar negara bilangannya adalah sama seperti bilangan last year iaitu dalam lingkungan 1,300 biasiswa. Untuk local kita offer lebih kurang 5,000 scholarship.

Soalan (3):

Berapa Dato’?

Respons (3):

1,300. Tahun lepas kita offer 1,300. Tahun ini berdasarkan peruntukan yang kita ada, kita akan offer 1,300.

Soalan (4):

Keputusan ini dijangka bila ?

Respons (4):

Urusan temuduga dijadualkan pada bulan April 2006 dan penawaran kepada calon dijangka pada pertengahan bulan Mei 2006.

Soalan (5):

Pemohon yang terpilih untuk biasiswa. Mereka apply negara pengajian ?

Respons (5):

Mula-mula sekali pelajar/calon yang terpilih perlu melalui program persediaan di dalam negara mengikut bidang pengajian yang ditentukan JPA. Selain itu, kita (JPA) akan tentukan universiti-universiti dan negara–negara yang akan dihantar.

Soalan (6):

Last year, there is a lot of problem on merit ?

Respons (6):

Ya. Sebahagian besar pemohon memperolehi Academic excellence. Pemilihan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Wajaran yang tinggi sekali iaitu two-third adalah based on academic performance. Macam yang saya katakan tadi, academic performance alone kadang-kadang tidak mencukupi. Pelajar itu memang hebat belajar tetapi dari segi temuduga, ataupun dari segi kokurikulum markahnya mungkin jatuh. So, dia tidak dapat markah banyak. Walaupun overall markahnya mungkin banyak (tinggi) tetapi oleh kerana persaingan yang sengit maka dia tidak berjaya.

Lagi satu yang kita (JPA) ingin tekankan iaitu government akan buat investment iaitu dengan menaja pelajar-pelajar ini selama 5 atau 6 tahun. Selepas pelajar tamat belajar, kita cadang untuk ambil dia masuk government service. Jadi kita perlu menentukan investment kita ini bagus iaitu menentukan pelajar-pelajar yang kita taja ini mempunyai mind set yang betul. Sebab itulah diadakan ujian permohonan psikologi seperti masa sebelum dia diinterview.

Dan bagi bidang-bidang tertentu, perubatan misalnya, Insya Allah, untuk program tahun ini, kita (JPA) telah pun mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan supaya kita dapat bakal-bakal doktor yang betul-betul dan mempunyai pemikiran atau mind set yang diperlukan oleh medical profession. Oleh itu, kita (JPA) berpakat dengan Kementerian Kesihatan dan bersetuju untuk cuba dedahkan pelajar-pelajar yang kita sudah shortlisted untuk bidang perubatan untuk tengok real life atau situation profesion perubatan ini. Dia/Calon sanggup atau tidak untuk tengok darah, tengok keadaan di emergency ward, orang kena langgar, patah tangan, kepala dia berdarah. Sebab itulah kerja doktor. Jadi kita (JPA) hendak cuba dan pastikan supaya pelajar yang kita taja besok betul-betul menjadi doktor yang bagus.

Soalan (7):

Ada aptitude test. Boleh terangkan?

Respons (7):

Itu ada. Itu kadang-kadang aptitude test is in written form. Mungkin tidak cukup dan tidak menggambarkan pemikiran dia/calon sebenarnya. Medicine is very important because you are dealing with death and life situation. Jadi kita hendak orang-orang yang komited. Aptitude test telah dicuba di negara-negara tertentu dan kita ambil pengalaman luar negara yang ada offer scholarship macam Malaysia. Jadi didapati apabila calon-calon yang berjaya dalam shortlisting pergi ke hospital dan tengok keadaan sebenar, dia fikir dua kali juga untuk menjadi doktor.

Soalan (8):

Cara aptitude test ?

Respons (8):

Kita shortlist sebelum kita pilih final list. Kita nak aturkan dia pergi melawat hospital.

Soalan (9):

Di bawah kontrak JPA (ikatan perjanjian) berapa lama ?

Respons (9):

Dia ada range. Between tiga sampai 10 tahun. Medical 10 tahun. Yang lain tu 5, 3 tahun pun ada juga. But averagenya 5 tahun. Kalau doktor 10 tahun.

Soalan (10):

Bidang kejuruteraan ?

Respons (10):

Kejuruteraan dan lain-lain bidang teknikal amnya 5 tahun (Ikatan perjanjian dengan kerajaan).

Soalan (11):

Bidang-bidang lain yang ditaja ?

Respons (11):

Selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) dan Kejuruteraan yang JPA taja ialah seperti Senibina, Perakaunan, Sains Aktuari, Bioteknologi, Sains Tulen dan lain-lain.

Soalan (12):

Program humanity pun boleh minta juga?

Respons (12):

Ada tetapi bilangannya tidak banyak. Kita perlukan juga orang yang mahir Ekonomi. Kita hendak juga pelajar jadi Banker dan tahu aspek kewangan.

Soalan (13):

Permohonan borang JPA bersama dengan MARA. Pemilihan pun kongsi dengan MARA ?

Respons (13):

Kita ada arraggement dengan MARA. Kalau MARA dah offer, kita tidak lagi offer.

Soalan (14):

Habis, yang ini borang on-line dia bersama MARA - JPA?

Respons (14):

Calon akan buat pilihan dengan membuat klik JPA atau MARA. Dia kena pilih salah satu.

Soalan (15):

MARA offer berapa banyak?

Respons (15):

Itu kita kurang pasti. Memanglah kadang-kadang terdapat juga pelajar yang hendak apply semua sekali but we have to make sure. Jika keluar keputusan seorang calon dapat dua tempat, therefore you deprive someone off. Untuk itu kita memang ada persefahaman dengan MARA. Sekarang ini kalau kita tengok ada banyak pihak offer scholarship; Khazanah Negara; Bank Negara dan PETRONAS pun ada offer scholarship. JPA is not the only one yang offer.

Kita (JPA) pun ingin ingatkan (sebagai pandangan saya) kepada pelajar-pelajar; berbanding dengan masa kita dulu-dulu, like some of us - Peluang atau offer seperti ini terhad. Sekarang ini peluang untuk belajar banyak. Jika tidak dapat overseas, tempat pengajian dalam negeri pun banyak. Dalam negeri kalau tak dapat masuk universiti proper, ada kolej universiti. Jadi walaupun saluran mungkin berbeza, but finally, kalau dia bersungguh-sungguh dan terus berusaha, saya percaya dia akan sampai juga kepada cita-cita. Sekarang ini peluang banyak kerana kalau masa dahulu; some of us kalau tidak dapat masuk Form 6 tidak ada harapan untuk masuk universiti.

Soalan (16):

Boleh tanya pasal 100,000 tidak bayar balik pinjaman pelajaran JPA ?

Respons (16):

Sebenarnya yang tidak bayar balik hanyalah 10%.

Soalan (17):

Adakah daripada 100,000 itu ?

Respons (17):

Daripada sejumlah 100,000. Baki atau yang lain itu, bukan tidak bayar. There are various stages of payment. Yang penting, dia punya account mesti aktif. Kita (JPA) pun turut bertimbang rasa. Kalau dia masih menganggur, kita (JPA) bagilah dia sedikit masa lagi. Apabila dia sudah bekerja, dia bayar balik. As long as dia tidak putus perhubungan. Yang 10% peminjam tegar, memang kita sedang cari.

Soalan (18):

Pinjaman sejak bila?

Respons (18):

Urusan kutipan balik pinjaman ini sebenarnya untuk pinjaman-pinjaman di antara tahun 1987 hingga ke tahun 2000. Masa itu keadaan ekonomi pun tidak begitu baik. Masa itu tidak ada scholarship di mana kerajaan offer (convertible) loan. Dan salah satu kemudahan yang diberi, kalau dia dapat keputusan cemerlang kita bagi diskaun (75%). Orang-orang inilah yang sudah balik dan mana yang cemerlang kita (JPA) bagi diskaun. Tapi ada yang 10% ini masih belum bayar dan kita tengah cari.

Soalan (19):

10% ni memang tak bayar langsung?

Respons (19):

Ya. Tidak bayar langsung.

Soalan (20):

Sekarang untuk diskaun 75% ?

Respons (20):

Memang kita tidak berikan lagi. Kita sudah pun bagi diskaun tetapi dia tidak juga bayar.

Soalan (21):

So, macam agensi lain, dia lantik agen untuk kutip. Bagaimana dengan JPA ?

Respons (21):

So far kita belum lantik agen. Kita juga guna maklumat yang ada iaitu senarai penjamin-penjamin. Kita juga masih gunakan perkhidmatan Attorney-General. Jabatan Peguam Negara akan hantar surat saman, minta dia bayar.

Soalan (22):

Jika masih gagal?

Respons (22):

Kalau misalnya usaha-usaha kita sekarang ini tidak dapat juga, mungkinlah kita kena timbang juga.

Soalan (23):

JPA ada kerjasama dengan lain-lain agensi?

Respons (23):

Ada. Itu sebabnya kita berpakat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Kita juga berpakat dengan Jabatan Imigresen.

Soalan (24):

Dato’, ada tak kemungkinan mereka yang tidak bayar ini sudah tidak balik ke negeri?

Respons (24):

Mungkin jugalah. Kita belum pasti lagi. Tetapi as long as dia memegang passport Malaysia, satu hari dia kena balik juga.

Soalan (25):

Dia tidak dibenar ke luar negara ?

Respons (25):

Ya. Kalau kita dapat kesan dia.

Soalan (26):

Sudah lama?

Respons (26):

Memanglah. Itu maknanya kita tidak beri diskaun. Kita sudah beritahu supaya dia buat bayaran. Itu pun... adalah dia kata mula-mula tidak bekerja. OK, fine. Dia tidak bekerja. Selepas itu apabila dia sudah bekerja, kita tanya lagi. Tidak bayar juga. Unlike other people, yang lain-lain itu semuanya bayar. Tetapi amaun dan kaedahnya ada peringkat-peringkat, ada yang bayar lebih, ada yang bayar kurang bergantung kepada kedudukan ekonomi dia. But they are paying.

Soalan (27):

Berapa ramai yang sudah bayar ?

Respons (27):

So far oleh kerana tindakan dan usaha kita, 20% sudah habis bayar.

Soalan (28):

Bagaimana dengan yang lain-lain ?

Respons (28):

1,600 sudah kena tindakan undang-undang. One thousand six hundred already being prosecuted.

Soalan (29):

Adakh ini yang 10% tadi?

Respons (29):

Ya. Yang 10% itu.

Soalan (30):

Cuba iklan dalam paper ?

Respons (30):

Ya. Kita (JPA) pun belum lagi buat macam MARA. Keluarkan nama peminjam dalam suratkhabar. Maybe we have to consider that also.

Soalan (31):

Dato’, what do you mean they are being prosecuted ? You mean bring them to court and force them to pay ?

Respons (31):

Ya. Kita (JPA) melalui Jabatan Peguam Negara hantar surat saman dan mereka perlu membuat representation within a certain date.

Soalan (32):

Any of them go to court ?

Respons (32):

Ada. Tetapi we don’t have the number.

Soalan (33):

Ada yang selesai ?

Respons (33):

Ada yang sudah selesai tetapi we don’t have the number to give you.

Soalan (34):

Dato’, you mention just now yang tidak balik. Berapa ramai tidak balik actually?

Respons (34):

Pertama sekali, setiap yang kita offer scholarship ini ada penjamin. So, penjamin have to bear the cost. Dan dari pengalaman kita yang tidak balik, kita cari dia punya penjamin.

Soalan (35):

Ada berapa ?

Respons (35):

Mengikut rekod kita (JPA), ada 44 lagi yang so far masih belum balik-balik lagi.

Soalan (36):

Yang 44 ini graduating in what year ?

Respons (36):

About late nineties.

Soalan (37):

Pelajar bidang apa yang terlibat ?

Respons (37):

Kebanyakannya graduan medicine yang tinggal (stayback). Yang lain-lain no problem. Ini kita rasa sedih sediki seperti kacang lupakan kulit. Not being grateful. Sometimes the people forget their roots. But yang menanggung dia punya akibat ialah penjamin. Dan keluarga dia orang. Sebabnya kita tidak akan bagi lagi kemudahan ini kepada keluarga dia. Macam MARA buat. So kalau father dia tidak bayar hutang, then besok anak dia tidak akan dapat kemudahan sedemikian.

Soalan (38):

So, the penjamin yang kena bayar balik on the pinjaman ?

Respons (38):

Ya.

Soalan (39):

Ada blacklist ?

Respons (39):

Ada. Kalau macam yang memohon sebanyak 10,000 ini, kita semak maklumat father dalam list; Jika father dia termasuk dalam senarai, kita kata minta maaf dan tiada pertimbangan.

Soalan (40):

Cadangan lain untuk saman?

Respons (40):

Kadang kala soal perundangan ini take sometimes.

Soalan (41):

But the proposal of appointing agent ?

Respons (41):

Ya. Kita juga pertimbang cadangan demikian. Bukan begitu sahaja. Kita juga sedang menimbangkan, di mana dia orang ini yang tidak bayar pinjaman ada juga some of them dapat bekerja dengan kerajaan, Badan berkanun ke, ataupun mana-aman Jabatan Kerajaan. Jadi kita sekarang ni sedang menimbang dari segi perundangannya. Samada boleh kita tolak daripada gratuiti (faedah persaraan Skim Pencen). Ini kita hendak lihat dari segi perundangan.

Sebab bila dia memohon jawatan kerajaan, dia tidak perlu mention dia penjamin atau peminjam. Jadi, kita dapati ada juga yang mungkin sudah masuk dalam civil service. Kita hendak tengok. Kalau ada demikian, dia tidak bayar tidak apa lah. Masa dia dapat gratuiti nanti kita akan buat potongan.

Soalan (42):

Jika masih tidak bayar bagaimana? Isytihar bankrap?

Respons (42):

Macam-macam possibility dan kita nak elakkan perkara ini berlaku. Kalau boleh biarlah dia bayar. Sebab kadang-kadang kawan kita ini they don’t see the consequent to certain thing they do. Macam you katalah, kalau tidak bayar, lama-lama boleh membawa kepada situasi seperti dia dideclare bankrap. Saya, kalau dapat serulah kepada orang-orang yang masih lagi tidak bayar, cepat-cepatlah buka akaun, jika perlu. Boleh datang berunding dengan kita.

Soalan (43):

The disabled top scorers, especially kalau dia nak ke luar negara. Ada biasiswa?

Respons (43):

Kita pun sedang lihat dan kita pun peka iaitu we are sensitive to this situation di mana pelajar-pelajar yang kurang upaya, bukan handicap mencapai keputusan cemerlang. Saya dengan pegawai-pegawai saya pun bincang juga. Mungkin untuk bidang-bidang tertentu, kita tidak boleh offer. Kalau misalnya dia (pelajar) cacat penglihatan, kita tidak bolehlah bagi dia buat medicine. Mungkin kita boleh offer dia legal studies. Itu kita sedang bincangkan juga. Dan kita juga nak memikirkan juga tentang cara mana nanti kalau dia dapat scholarship. Bagaimana dia akan duduk di luar negara. So we have to consider that also. Tetapi bukan bermakna kita tidak bagi peluang untuk mohon. They can still mohon. Dan kita tengok bidang yang bersesuaian dengan dia dan bidang mana yang dia mohon.

Soalan (44):

Sudah ada permohonan daripada disabled ?

Respons (44):

So far kita belum buat analisis. We don’t go through the list. Last year so far tiada permohonan.

Soalan (45):

JPA masih ada keluarkan pinjaman ? Jumlah kutipan balik ?

Respons (45):

Sekarang ni semua pinjaman untuk pengajian dalam negeri diambil alih oleh PTPTN. Antara tahun 1990 hingga akhir tahun 2005, collection ialah sebanyak RM311 million. Saya tidak tahulah apa angle you nak keluar suratkhabar esok.

Soalan (46):

Yang tidak bayar ini bidang apa?

Respons (46):

Mostly campur-campur sebab JPA taja secara pinjaman dalam berbagai bidang pengajian

Soalan (47):

Paling banyak ?

Respons (47):

Umumnya medicine. Nilai kutipan balik ialah RM311 juta. Lain-lain langkah-langkah untuk meningkatkan kutipan bayaran balik masih dalam tindakan.

Soalan (48):

Masalah biasiswa dan tempat yang limited ?

Respons (48):

Kerajaan pun sedang berhadapan dengan banyak pilihan. For example, in the field of medicine, Kementerian Pengajian Tinggi pun consider samada kita boleh banyakkan medical school di Malaysia. Itu pun ada constraint juga. Rakyat mungkin kurang faham. To establish medical school ini payah, bukan sahaja dari segi phsyical tetapi dari segi tenaga pengajar. Medical school ada ratio yang terpaksa dipatuhi antara pengajar dengan student.

For example, sekarang ini, kalau tidak silap saya, pre-clinical years, rationya 1 to 6. So you have to imagine, 1 pengajar maximum 6 students. Clinical years 1 to 4. So, kalau kita hendak establish medical school, this is the ratio that you have to maintain supaya bidang medicine ini maintain dia punya quality of education. Selain daripada aspek phsyical, keperluan bangunan dan berbagai-bagai. That Kementerian Pengajian Tinggi is also considering. At the same time, kita juga hantar pelajar ke luar negara.

Lagi satu constraint yang kita hadapi untuk hantar students belajar perubatan di luar negara ialah universiti-universiti luar negara juga ada international quota in term of student going to their medical schools. This is also the situation. That’s why kita (JPA) walaupun nak offer lebih di bidang perubatan, ia tertakluk kepada contraint by the number of places available for international student in the medical school. And we have to compete with other people, umpamanya we have to compete student from Singapore, from Thailand, from all other places. Dasar kuota pelajar antarabangsa diamalkan di negara-negara seperti England, Australia dan New Zealand. Di India pun ada kuota juga for international students. So, that’s the constraint we face. Jika kita tambahkan scholarship pun tidak ada tempat untuk kita hantar pelajar. .

Soalan (49):

Boleh buat ucapan untuk mereka yang masih lagi belum bayar. Harapan Dato’?

Respons (49):

Ok. Baik. Saya menyeru dan memohon kerjasama kepada pelajar-pelajar yang masih lagi terhutang pinjaman dengan JPA atau mana-mana pembiaya kerajaan; samada MARA ke atau agensi-agensi kerajaan yang memberi pinjaman. Bayarlah kerana ini merupakan pertama sekali, satu tanggungjawab. Yang keduanya, tanpa pinjaman ini anda satu masa dulu mungkin tidak akan dapat peluang melanjutkan pelajaran. Dan berilah juga kemudahan yang sama kepada orang-orang yang akan datang. Jika anda sekelian menjelaskan hutang-hutang dan ini akan menambahkan lagi kepada dana pinjaman dan orang-orang lain juga akan menikmati kemudahannya. Jadi bayarlah. Sebab ini merupakan satu tanggungjawab dan merupakan satu janji yang telah dimeteri semasa peminjam-peminjam itu mendapat kemudahan beberapa tahun yang lalu. Kalau tidak faham lagi tidak tahulah. Terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PUTRAJAYA

MAC 2006

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download