PEMBAYARAN SAMAN MELALUI PORTAL JPJ JABATAN …

[Pages:8]PEMBAYARAN SAMAN MELALUI PORTAL JPJ

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

1.0. PENGENALAN

1.1. Latar Belakang Jabatan

Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah ditubuhkan bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan Jabatan ini pelbagai akta berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan Tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ melaksanakan tanggungjawabnya.

Penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat dalam Jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90-an menunjukkan kemajuan paling memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem pengangkutan.

1.2. Perkhidmatan Utama

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu juga, ia merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.

1.3. Carta Organisasi

2.0. INOVASI 2.1. Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi Salah satu dari enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan di dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) oleh YAB

Perdana Menteri adalah menambahbaik pengangkutan awam. JPJ sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan terlibat secara langsung dalam menambahbaik pengangkutan awam. Sehubungan dengan itu, aktiviti penguatkuasaan undang-undang jalan raya juga akan dipertingkatkan.

Semasa sesi taklimat kepada YAB Perdana Menteri, beliau telah memberikan tanggungjawab kepada JPJ untuk mengutip saman tertunggak dari tahun 2000 ? 2008 dan juga saman semasa dengan matlamat dapat mendidik rakyat Malaysia supaya menghormati undangundang jalan raya. Sehubungan dengan itu, saluran pembayaran perlulah diperluaskan sejajar dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Oleh yang demikian, JPJ telah bercadang untuk melaksanakan kutipan hasil secara online di portal Jabatan bermula pada 30 Disember 2010 dimana ia juga merupakan salah satu projek inovasi Jabatan.

2.2. Tujuan Projek Inovasi

Perancangan untuk menerima kutipan hasil secara online daripada orang awam adalah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta selaras dengan konsep E-payment pada masa kini yang menitikberatkan penambahbaikan sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, tujuan pembangunan projek ini adalah bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran perkhidmatan JPJ, mempelbagaikan saluran pembayaran serta menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam sejajar dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2.3. Implikasi Kewangan

Salah satu urusniaga yang ditawarkan oleh Jabatan ini adalah pembayaran saman. Oleh yang demikian, Jabatan menganggarkan penggunaan kemudahan pembayaran saman oleh orang awam secara

online melalui portal JPJ adalah sebanyak 30% dari keseluruhan nilai saman.

Implikasi kewangan hanya mengambilkira 30% daripada hasil kutipan saman yang dijangkakan dibuat melalui online di portal JPJ di mana anggaran sebanyak 20% melalui kad kredit dan 10% melalui direct debit. JPJ perlu membayar caj bank seperti Jadual 2:

PERKARA

Anggaran Saman Tertunggak

(Tahun 2000-2008)

Bilangan Saman

472,346

Amaun Saman

RM 70,851,900

Jadual 1-Anggaran Saman Belum Bayar (Tahun 2000-2008)

PERKARA

Bayaran Caj Kad Kredit @ 1.8% (Anggaran 20% dari jumlah amaun saman) Bayaran Caj Direct Debit @RM0.50 (Anggaran 10% dari jumlah bilangan saman)

JUMLAH

Jadual 2-Penyata Perkiraan Bayaran Caj Bank

RM 255,066 23,617 278,683

Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan projek ini, peruntukan yang perlu disediakan oleh Jabatan adalah sebanyak RM 278,683.00 bagi menampung caj bank yang dikenakan bagi setiap urusniaga di portal JPJ.

2.4. Proses Kerja

i)

Akaun Pengantara Maybank Cawangan Putrajaya dibuka bagi

menghimpun semua terimaan berkaitan dan kutipan akan

dipindahkan pada keesokan harinya ke akaun Terimaan

Kementerian Pengangkutan setelah ditolak caj perkhidmatan (Net

Remittance);

ii)

Orang awam akan membuat bayaran melalui portal JPJ dengan

mengunci masuk nombor kad pengenalan dan mengikuti arahan

bayaran di mana resit bayaran akan dicetak dari paparan portal

Jabatan;

iii) Pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit iaitu Mastercard atau Visa atau direct debit melalui Financial Process Exchange (FPX);

iv) Selepas penutupan kutipan harian, portal Jabatan akan menjana Laporan Urusniaga Harian Terperinci dan Ringkasan Kutipan Melalui Portal Secara Online dan membuat pengimbangan;

v) Penyata Pemungut dan Buku Tunai akan dijana dari sistem eTerimaan dimana kutipan akan disemak dengan penyata pindahan kutipan hasil yang dikeluarkan melalui desktop bank yang mengesahkan pindahan kutipan telah dipindah secara elektronik dari akaun pengantara Maybank ke Akaun Terimaan Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pengangkutan Malaysia;

vi) Semua terimaan secara online akan dimasukkan ke Akaun Pengantara di atas dan amaun kutipan akan dipindahkan secara on-line pada keesokan hari ke Akaun Terimaan Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pengangkutan Malaysia sebelum jam 4.00 petang mengikut Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 2007;

vii) Laporan yang dijana oleh hos Jabatan adalah seperti berikut:

a) Laporan Terperinci Harian; b) Laporan Ringkasan Urusniaga Harian; dan c) Laporan Kutipan Bulanan.

viii) Gambaran keseluruhan sistem adalah seperti rajah di bawah: dan

NKRA SUMMON SETTLEMENT CONTEXT DIAGRAM

SISTEM SIKAP

PORTAL JPJ

PENGUATKUASAAN

Dokumen Dan Data

Dokumen Dan Data

LESEN MEMANDU

User/Entiti

Dokumen Dan Data

KENDERAAN

SEKOLAH MEMANDU

LESEN MEMANDU

PENEMPAHAN DAN UJIAN MEMANDU

Tunai, Wang Pos, Bank Deraf, Cek dan Kredit Kad

Synchronization

Transaction Management

SIKAP DB

Summon DB

W ebSphere Application Server (JDK

1.6) (User Interface / Portal)

NKRA Management weekly Report

W eb Browser

Online Inquiry and Payment

Internet MAYBANK

Management

Public

PERAKAUNAN

Legend: Operating System Environment

SUSE Linux over z/VM IBM z/OS

ix) Cadangan pelaksanaan adalah pada 30 Disember 2010.

2.5. Proses Pelaksanaan

Projek Saluran Pembayaran Melalui Portal JPJ adalah merupakan salah satu inisiatif di dalam Projek Pembangunan Sistem Pengkomputeran Jabatan yang dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2012.

Proses Pelaksanaan Projek ini adalah seperti jadual berikut :

Bil Proses Pelaksanaan

Tarikh

1. Pembangunan Sistem

- Online inquiry urusniaga saman di 21 Mei ? 30 November

portal JPJ

2010

- Saluran pembayaran secara online di

portal bagi urusniaga saman

2. Pelaksanaan bagi online inquiry saman di portal JPJ

3. Pelaksanaan pembayaran saman secara online di portal JPJ

1 Julai 2010 30 Disember 2010

2.6. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/ Perkhidmatan/ Jabatan

i) Dalam era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan, JPJ sebagai Jabatan barisan hadapan dan berimpak tinggi dapat membuktikan perkhidmatan yang diberikan adalah bertaraf dunia dan sekaligus dapat meingkatkan imej Jabatan. Dengan adanya saluran pembayaran melalui portal ini, dapat membuktikan JPJ tidak ketinggalan dalam menongkah arus pemodenan;

ii) Kaedah ini memberikan kemudahan kepada orang awam untuk membuat urus niaga JPJ melalui portal dengan lebih pantas dan selamat secara elektronik, yang mana pada akhirnya akan membantu meningkatkan kutipan hasil kerajaan;

iii) Urusniaga melalui portal secara online tidak melibatkan penerimaan wang tunai atau cek yang diketahui banyak menimbulkan masalah-masalah keselamatan, cek tidak laku, cek rosak dan sebagainya; dan

iv) Urusniaga melalui kaedah ini memastikan kutipan hasil diterima dengan lebih cepat dan dapat dipindahkan terus ke Akaun Terimaan Kerajaan Persekutuan pada keesokan harinya berbanding dengan pembayaran melalui cek yang hanya efektif selepas cek berkenaan ditunaikan melalui proses bank clearance. Justeru itu, memudahkan proses kerja di Bahagian Hasil dan Jabatan Akauntan Negara.

3.0. PENUTUP

Penambahan saluran bayaran melalui portal ini walaupun pada peringkat ini hanya melibatkan urusniaga saman JPJ, ianya akan diperluaskan ke urusniaga ? urusniaga lain selaras dengan Projek Pengkomputeran Semula Sistem JPJ. Dengan adanya saluran pembayaran yang disediakan ini diharap dapat

meningkatkan prestasi pengurusan kutipan hasil, selaras dengan saranan kerajaan supaya agensi ? agensi kerajaan dapat memperkasakan pentadbiran kerajaan dan memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta memuaskan hati pelanggan.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download