MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN NEGARA BRUNEI ...

MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BUKU PANDUAN

MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DISEDIAKAN OLEH

URUS SETIA MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

ISI KANDUNGAN

1.

LATAR BELAKANG .................................................................................................................................. 1

2.

MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK) ................................................................ 1

3.

VISI ........................................................................................................................................................ 1

4.

MISI ....................................................................................................................................................... 2

5.

TUJUAN DAN MATLAMAT MKPK........................................................................................................... 2

6.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MKPK ................................................................................................. 2

7.

KEAHLIAN MKPK .................................................................................................................................... 4

8.

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL (JKK) .................................................................................... 4

9.

KEAHLIAN JKK ........................................................................................................................................ 5

10.

OBJEKTIF PENGIKTIRAFAN KELULUSAN/KELAYAKAN ............................................................................ 5

11.

TAFSIRAN KELULUSAN/KELAYAKAN ...................................................................................................... 6

12.

PRINSIP PENILAIAN................................................................................................................................ 6

13.

KEPERLUAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN ............................................................................................ 7

14.

KEPERLUAN MENJALANKAN PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN ............................................................ 7

15.

KRITERIA PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN MKPK ................................................................................ 8

15.1

15.2

15.3

15.4

Kriteria Asas Pengiktirafan............................................................................................................ 8

Kriteria Pengiktirafan Institusi ...................................................................................................... 9

Kriteria Pengiktirafan Kursus/Kelulusan/Kelayakan ..................................................................... 9

Kriteria Pengiktirafan Profesional ............................................................................................... 10

16.

URUS SETIA MKPK ............................................................................................................................... 10

17.

SUMBER MAKLUMAT .......................................................................................................................... 11

18.

TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR) ...................................................................................... 11

19.

PROSES TEMPOH DAN PENGIKTIRAFAN ............................................................................................. 12

20.

PERANAN URUS SETIA MKPK SEBAGAI URUSETIA JAWATANKUASA PENGAWALAN PAMERAN

PENDIDIKAN (JPPP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN ....................................................................................... 15

20.1 Bidang tugas dan tanggungjawab JPPP. ........................................................................................... 15

20.2 Syarat dan Peraturan mengadakan Pameran Pendidikan. ............................................................... 16

21.

PERANAN MKPK TERHADAP KURSUS-KURSUS KELOLAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA ... 17

22.

PENUTUP ............................................................................................................................................. 18

i.

Lampiran A .......................................................................................................................................... 19

ii.

Lampiran B .......................................................................................................................................... 21

iii.

Lampiran C .......................................................................................................................................... 22

1

1. LATAR BELAKANG

Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam telah

dibentuk pada tahun 1990 iaitu pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam.

Penubuhan Majlis ini telah dititahkan oleh baginda pada 19 Julai 1990 di majlis

sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-44 di Daerah Temburong.

Antara lain titah baginda adalah seperti berikut:

¡°... beta telah memperkenankan pembentukan Majlis Kebangsaan

Pengiktirafan Kelulusan Ijazah, Diploma dan seumpamanya. Majlis ini

adalah sebuah badan tunggal bagi seluruh negara Brunei Darussalam yang

diamanahkan bertanggungjawab meneliti dan menilai semua kelulusan

yang dikeluarkan oleh institusi tempatan dan luar negeri dalam semua

bidang bagi memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu

adalah konsisten.¡±

(Petikan dari Pelita Brunei keluaran 1 Ogos 1990 ¨C Lampiran A).

2.

MAJLIS KEBANGSAAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK)

MKPK merupakan sebuah badan kebangsaan tunggal yang bertanggungjawab ke atas

segala hal yang berkaitan dengan penilaian dan pengiktirafan kelulusan-kelulusan yang

diiktiraf oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

3.

VISI

Menjadi sebuah agensi pengiktirafan yang mantap dan mempunyai reputasi di

peringkat serantau dan antarabangsa.

1

4.

MISI

Memastikan dan memelihara kualiti serta taraf kelulusan atau kelayakan mengikut

peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

5.

TUJUAN DAN MATLAMAT MKPK

Antara lain tujuan dan matlamat MKPK adalah seperti berikut:

i.

Untuk memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu adalah selaras

(consistent) dan cara-cara atau kaedah penelitian terhadap kelulusan adalah

juga selaras dengan keutamaan-keutamaan (priorities) negara.

ii.

Untuk menyediakan garis panduan mengenai pengiktirafan dan menerbitkan

publikasi senarai kelulusan-kelulusan serta institusi-institusi yang diiktiraf (dalam

bentuk compendium atau register) oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei

Darussalam.

iii.

Untuk memastikan supaya segala keutamaan adalah berdasarkan falsafah

kenegaraan yang mengambil kira keadaan politik, hak, kepentingan, hasrat serta

aspirasi bangsa dan negara yang berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja.

6.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MKPK

Butiran mengenai bidang tugas dan tanggungjawab MKPK telah disiarkan melalui Surat

Keliling Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil: 3/1991, Negara Brunei Darussalam, rujukan

(3) JPM/SK/1991 bertarikh 3 Januari 1991 iaitu seperti berikut:

2

i.

Bertanggungjawab sebagai sebuah badan kebangsaan tunggal terhadap

pengiktirafan kelulusan dan institusi-institusi (sole national accrediting body)

ii.

Meneliti dan menilai semua kelulusan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi

tempatan dan luar negeri untuk pengiktirafan bagi maksud perlantikan ke dalam

perkhidmatan kerajaan atau apa jua keperluan kerajaan dan negara dari masa

ke semasa.

iii.

Bertindak sebagai sebuah badan rujukan dalam aspek-aspek penilaian dan

pengiktirafan untuk membantu kementerian-kementerian dan pihak-pihak yang

memerlukannya.

iv.

Meneliti semula status mana-mana kelulusan yang menimbulkan keraguan (jika

ada)

v.

Mengadakan perundingan serta perhubungan dari masa ke semasa dengan

institusi-institusi atau badan-badan pengiktirafan di negara lain

vi.

Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas (ad hoc

committee) jika perlu untuk membantu dalam bidang-bidang tertentu

vii.

Memikirkan dan menggubal dasar-dasar pengiktirafan yang mengandungi

kriteria-kriteria tertentu

viii.

Bertindak ke atas mana-mana perkara yang berkaitan dengan bidang tugas

Majlis ini yang tidak tersebut di atas sama ada pada menjunjung titah Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara

Brunei Darussalam ataupun jika Majlis memikirkannya perlu berbuat sedemikian

3

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download