Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian ...

Garis Panduan Penggunaan Sistem e-Prestasi Untuk Bahagian Pentadbiran / Pengurusan Akses: 1. Daftarkan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) 2. Lantik Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) untuk setiap kakitangan 3. Kemaskini Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua kepada kakitangan sekiranya terdapat sebarang perubahan

Untuk Pegawai Yang Dinilai (PYD) 1. Pada setiap awal tahun:

Isi Bahagian I Borang SKT setelah berbincang dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP) 2. Pada Pertengahan Tahun:

Isi Bahagian II SKT setelah berbincang dengan PPP 3. Pada Akhir Tahun:

Isi Bahagian III Borang SKT untuk Laporan / ulasan keseluruhan pencapaian SKT

BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LPP)

Apabila PYD telah selesai mengisi Bahagian III SKT, satu emel makluman akan dihantar oleh sistem bagi mengingatkan PYD untuk mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi (LPP) untuk tahun tersebut. PYD hendaklah mengisi LPP sebelum PPP dan PPK memberikan markah prestasi.

Untuk Pegawai Penilai Pertama (PPP)

Borang SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) ? BAHAGIAN I dan II

1. Setelah mendapat emel makluman pengisian Borang SKT dari PYD, klik pada pautan yang disertakan di dalam emel, butiran Borang SKT PYD akan dipaparkan di skrin

2. Tekan butang "Terima" sekiranya bersetuju dengan SKT PYD 3. Sekiranya tidak setuju / terdapat perubahan pada Bahagian I, tekan butang "Tidak

diterima" dan pastikan ruangan Alasan diisikan terlebih dahulu

Pada Bahagian III: 1. Tuliskan ulasan untuk PYD

PEMBERIAN MARKAH PRESTASI

Berikan markah kepada PYD

Untuk Pegawai Penilai Kedua (PPK)

Pemberian Markah kepada PYD hanya boleh dilakukan setelah PPP memberikan markah.

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM EPRESTASI LOGIN Ke Sistem Prestasi: Bagi pengguna talian SabahNet: Masuk ke dalam sistem prestasi melalui:

1. Laman Aplikasi Kerajaan Negeri Sabah (sww.jpkn..my) ? Klik pada pautan Laman Sistem Prestasi. Atau;

2. Laman Sistem Prestasi (eprestasi..my) Bagi Pengguna Luar SabahNet: Akses ke Prestasi boleh dilakukan melalui Portal Single Sign On (SSO) ?

Setelah Laman Utama Sistem Prestasi dipaparkan di pelayar, Perhatikan bahawa Nama Jabatan dan Kementerian dipaparkan pada sebelah kiri pelayar (Browser). Setiap Jabatan yang tersenarai merupakan satu Link.

*pada halaman permulaan sistem prestasi ini, jika diperhatikan di bahagian atas skrin, terdapat 3 menu iaitu Maklumat Sistem ; Manual Pengguna dan Garis Panduan Penggunaan Sistem. Ketigatiga menu ini boleh dicapai dan dibaca sebagai panduan kepada pengguna untuk menggunakan sistem ini. Klik pada Nama Jabatan untuk ke laman seterusnya; Laman log masuk akan dipaparkan.

Pilih Nama anda dan masukkan kata laluan (katalaluan bagi sistem prestasi adalah sama dengan katalaluan yang digunakan untuk mengakses sistem ecuti) Sekiranya nama anda tidak ada dalam senarai, sila hubungi pegawai SM2 anda, ini kerana, semua rekod sistem prestasi adalah berdasarkan rekod yang ada dalam SM2 Sekiranya anda lupa katalaluan, klik pada pautan "Sila Ketik sini" untuk memohon katalaluan.

Sistem akan memaparkan satu laman yang mengandungi nama dan alamat emel anda. Sekiranya alamat emel yang dipaparkan tidak betul, sila hubungi pegawai SM2 untuk mengemaskini maklumat anda.

Masukkan nama anda:

Sekiranya alamat emel anda betul, sila klik "Beritahu saya". Katalaluan anda akan dihantar menerusi emel. Setelah anda berjaya masuk ke dalam Sistem Prestasi, anda akan mendapat paparan sebegini pada skrin:

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download