JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH Wisma ...

JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

Wisma Kewangan Jalan Tunku Abdul Rahman

Beg Berkunci No. 2058 88595 Kota Kinabalu,

Sabah, Malaysia

Tel: 088-272000 Faks: 088-212655

E-mel: bn.jbn@sabah..my

Bil. JBNS: (A)100-43/4634/01

Tarikh: 16 Oktober 2010

Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Setiausaha Tetap Semua Ketua Jabatan Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil

PEKELILING JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 13 /2010 PELAKSANAAN SISTEM E-PINJAMAN UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN PEMBIAYAAN MEMBELI KENDERAAN DI BAWAH SKIM PINJAMAN KENDERAAN KERAJAAN NEGERI SABAH

1. Tujuan

1.1 Tujuan pekeliling ini adalah untuk menguatkuasa permohonan pinjaman pembiayaan pinjaman kenderaan dibawah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Negeri Sabah dibuat secara online melalui intranet di alamat URL: kenderan/

2. Peralihan Kaedah Pemohonan Pinjaman

2.1 Permohonan pinjaman mengguna borang manual pada masa ini akan digantikan dengan menggunakan Sistem e-Pinjaman Kenderaan. Anggota yang layak memohon boleh mengakses laman berkenaan menggunakan katalaluan Sistem e-Cuti..

3. Latarbelakang Sistem

3.1 Sistem e-pinjaman menghendaki 2 paras prosesan iaitu paras `verifier' dan paras `Authorizer'. Setiap Jabatan perlu melantik 2 orang pegawai yang akan menjadi `Verifier'dan `Authorizer' bagi membolehkan setiap permohonan pinjaman disemak dan disahkan untuk dihantar ke Jabatan Bendahari Negeri untuk diproses selanjutnya melalui sistem ini.

...2/-

- 2 PEKELILING JBNS Bil. (A)100-43/4634/01

16 OKTOBER 2010

3.2 Pada paras `verifier', pegawai yang diberi kuasa menjadi `verifier' akan menyemak permohonan yang dibuat oleh pemohon. Apabila semua maklumat telah disemak, data-data akan dipinda ke paras `Authorizer' untuk penyemakan kedua dan pengesahan. Data-data akan dipinda ke paras `Authorizer' untuk penyemakan kedua dan pengesahan. Data-data yang disahkan oleh `Authorizer' akan dipinda ke Jabatan Bendahari Negeri untuk proses selanjutnya.

4. Tanggungjawab Ketua Jabatan

4.1 Ketua Jabatan perlu melantik 2 orang pegawai sebagai `verifier' dan `Authorizer' yang diberi kuasa untuk menyemak dan mengesahkan permohonan bagi anggota di Jabatan/Kementerian masing-masing.

4.2 Nama dan kad pengenalan pegawai yang dilantik menjadi `Verifier' dan `Authorizer' mestilah dikemukakan ke Jabatan Bendahari Negeri untuk didaftarkan dalam sistem bagi mengaktifkan akses ke laman berkenaan. Maklumat ini hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Bendahari Negeri sebelum 31 Oktober 2010.

5. Penguatkuasaan

5.1 Permohonan melalui Sistem e-Pinjaman Kenderaan akan dikuatkuasakan mulai 1 November 2010 .

5.2 Pekeliling ini dipanjangkan juga kepada Badan-Badan Berkanun, dan Agensiagensi Kerajaan Negeri yang menerima pakai Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Negeri dan Sistem e-Cuti.

5.3 Jika mempunyai apa-apa kemusykilan mengenai pelaksanaan system ini sila hubungi Akauntan Seksyen Akaun Amanah Jabatan Bendahari Negeri Sabah pada talian telefon 088-272521/088-234160.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

...3/-

- 3 PEKELILING JBNS Bil. (A)100-43/4634/01

16 OKTOBER 2010

(CHUI NGET NGO) Bendahari Negeri

s.k. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Tingkat 1 , Blok A Wisma Kewangan 88999 KOTA KINABALU

s.k. Pengarah Jabatan Audit Negara Cawangan Sabah Aras 4, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan UMS, KOTA KINABALU

ASA/cc.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download