PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU | LAMAN BAHASA MELAYU
MEMBINA AYAT
1. Terdapat tiga bentuk soalan yang mungkin dikemukakan.
• Bina 1 ayat bagi setiap kata
• Bina 1 ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata
• Bina 2 ayat bagi setiap kata
2. Jenis-jenis kata yang boleh dikemukakan:
• Kata ganda
• Kata yang hampir sama maknanya
• Kata dasar dan kata terbitan
• Kata dasar dan kata ganda seluruh
• Kata homograf
• Kata terbitan
• Kata ganda seluruh dan kata majmuk
• Kata dasar dan kata ganda berimbuhan
• Kata dasar dan kata majmuk
• Kata ganda seluruh dan kata terbitan
• Kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyinya
3. Panduan markah
· Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.
· Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas.
· Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap ajuk).
SYARAT YANG PERLU DIIKUTI KETIKA MEMBINA AYAT
1. Jangan bina ayat yang tidak dapat membezakan makna kata yang diberikan
2. Jangan gunakan pasangan kata yang diberikan dalam satu ayat sahaja
3. Jangan lakukan kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa dalam ayat anda
4. Jangan bentuk ayat yang gramatis tetapi tidak tepat maknanya.
5. Jangan bina ayat yang tidak logik atau langsung tidak difahami maksudnya.
6. Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata nama khas.
Contoh : Rohani
Kebersihan rohani mencerminkan keperibadiaan seseorang. (Betul)
Rohani menyiapkan sarapan pagi untuk ahli keluarganya. (Salah)
7. Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata cogan kata.
Contoh : Yakin
Setiap pelajar harus menanamkan perasaan yakin dalam diri agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Betul)
‘Yakin Boleh’ merupakan cogan kata yang sering diwar-warkan setiap kali Menteri Belia dan Sukan memberikan ucapan. (Salah)
8. Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata peribahasa.
Contoh : Ombak
Nelayan tidak dapat turun ke laut pada hari itu kerana ombak terlalu tinggi. (Betul)
“Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai”sering ditujukan kepada peniaga yang tidak sanggup menanggung risiko. (Salah)
9. Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata kata majmuk.
Contoh= Beg
Ida telah membeli sebuah beg yang besar kerana terlalu banyak pakaian yang hendak dibawa pergi melancong. (Betul)
Beg tangan yang dijual di kedai itu terlalu mahal. (Salah)
10. Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata kata ganda.
Contoh = Tidur
Salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar di dalam kelas ialah tidur semasa sesi pembelajaran dijalankan. (Betul)
Ahmad dapat mendengar bunyi tapak kaki adiknya yang lalu kerana pada masa itu dia tidur-tidur ayam.(Salah)
11. Jangan jadikan perkataan yang diberi sebagai kata kata berimbuhan.
Contoh = Makan
Tina tidak berselera semasa makan di restoran tadi kerana hidangannya sudah sejuk. (Betul)
Ani memesan makanan untuk dua orang sahaja di warung itu. (Salah)
12. Jangan masukkan dua ayat yang diuji dalam satu ayat.
Contoh = Mereka
Pereka fesyen itu sedang mereka pakaian untuk dijadikan koleksinya. (Betul)
Mereka berempat telah mereka pakaian untuk model-model yang terlibat dalam pertandingan itu.(Salah)
13. Jangan buat dua ayat bagi soalan yang hanya memerlukan satu ayat sahaja.
Contoh= Perpaduan
Perpaduan di kalangan ahli perniagaan perlu agar pembangunan di negara ini dapat dipertingkatkan.(Betul)
Rakyat harus mengamalkan hidup bermasyarakat. Ini kerana amalan itu akan mewujudkan perpaduan.(Salah)
FORMULA MUDAH UNTUK MEMBINA AYAT
a) Bila + Siapa + buat apa
b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa
Contoh Perkataan dan Ayat yang menggunakan formula:
1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.
2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.
3. Pascamerdeka
ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.
4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
5. Anti-Israel
ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.
6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi.
7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong.
8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan.
9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupukintegrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.
10. Intensif
ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik.
11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.
12. Tentatif
ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.
13. Senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.
14. Sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.
Berbeza Maknanya tetapi Hampir Sama Bunyinya
Kata berbeza makna tetapi hampir sama bunyinya.
1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu.
....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.
2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.
....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.
3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.
....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.
4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.
....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.
5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.
....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi.
6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.
....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.
7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.
....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.
8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.
....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.
9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.
....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.
10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.
......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.
11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.
......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.
12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.
......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.
13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.
......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.
14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.
......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.
15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.
......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.
16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.
......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.
17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.
......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.
18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.
......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.
19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.
......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.
20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.
......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.
21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.
......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.
22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.
......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.
23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam.
......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.
24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.
......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.
25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.
......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.
26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik
pelancong.
......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.
27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.
......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.
28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.
......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.
29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.
......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya.
30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.
......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.
31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.
......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.
32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.
......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.
33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.
......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.
34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.
......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew.
35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.
36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.
......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.
37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.
38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.
39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.
40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.
......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.
41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.
......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.
42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.
......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.
43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.
......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.
44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.
......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian.
45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister.
......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.
46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.
......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.
47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.
......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.
48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.
......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.
49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.
......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.
50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.
......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.
51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.
......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.
52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.
......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.
53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.
......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah haru
KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN EJAAN PANDUAN UNTUK EJAAN YANG GRAMATIS
|SALAH |BETUL |
|anti agama |antiagama |
|anti dadah |antidadah |
|anti Israel |anti-Israel |
|anti kapal selam |antikapal selam |
|anti komunis |antikomunis |
|anti lelaki |antilelaki |
|anti nuklear |antinuklear |
|anti perang |antiperang |
|anti sosial |antisosial |
|anti-aparteid |antiaparteid |
|anti jenayah |antijenayah |
|dwi bahasa |dwibahasa |
|dwi budaya |dwibudaya |
|dwi bulanan |dwibulanan |
|dwi cabang |dwicabang |
|dwi cara |dwicara |
|dwi fokus |dwifokus |
|dwi fungsi |dwifungsi |
|dwi tahunan |dwitahunan |
|eka atom |ek atom |
|eka bahasa |ekabahasa |
|eka fungsi |ekafungsi |
|eka suku kata |ekasuku kata |
|eka warna |ekawarna |
|pasca ijazah |pascaijazah |
|pasca merdeka |pascamerdeka |
|pasca modenisme |pascamodenisme |
|pra kata |prakata |
|pra Olimpik |pra-Olimpik |
|pra sejarah |prasejarah |
|pra-moden |pramoden |
|pra-sekolah |prasekolah |
|pra-syarat |prasyarat |
|pro aktif |proaktif |
|pro Barat |pro-Barat |
|pro kemerdekaan |prokemerdekaan |
|pro-pembangkang |propembangkang |
|sub tajuk |subtajuk |
|sub-judul |subjudul |
|sub-kelas |subkelas |
|sub-kontraktor |subkontraktor |
|sub-seksyen |subseksyen |
|sub-standard |substandard |
|tata nama |tatanama |
|tata rias |tatarias |
|tata susila |tatasusila |
|tata-tertib |tatatertib |
|tatatur / tata atur |tataatur |
|SALAH |BETUL |SALAH |BETUL |
|auto matif |automotif |geraf |graf |
|audien |audiens |geharu |gaharu |
|agreget |agregat |hajjah |hajah |
|arithmetik |aritmetik |hurmat |hormat |
|agen (wakil) |ejen (wakil) |ide |idea |
|ampangan |empangan |idap |hidap |
|aked |arked |iktizam |iltizam |
|akitek |arkitek |impot |import |
|analisa |analisis |injin |enjin |
|atlit |atlet |inspekter |inspektor |
|atnik |etnik |insuran |insurans |
|anggrik |anggerik |Insyaallah / Insya Allah |insya- Allah |
|baucer |baucar |istihar |isytihar |
|bistari |bestari |istirehat |istirahat |
|bowling |boling |isya |isyak |
|buffet |bufet |justru |justeru |
|bumiputra |bumiputera |jeket |jaket |
|buroh |buruh |kampong |kampung |
|calun |calon |kapitalisma |kapitalisme |
|cocok (tusuk) |cucuk (tusuk) |katun |kartun |
|cucuk (sesuai) |cocok (sesuai) |kefeteria |kafeteria |
|catit |catat |komidi |komedi |
|cendiawan |cendekiawan |komisyen |komisen |
|cop |cap (cetak) |kondaktor |konduktor |
|dasyhat |dahsyat |konsotium |konsortium |
|dialog |dialog |kontrek |kontrak |
|definasi |definisi |korum |kuorum |
|deligasi |delegasi |kaptain |kapten |
|deraf |draf |karenah (ragam) |kerenah |
|durhaka |derhaka |kelender |kalendar |
|efisyen |efisien |keredhaan |keredaan |
|ekur |ekor |kerinting |keriting |
|ehsan |ihsan |kianat |khianat |
|engzos |ekzos |ko-kurikulum |kokurikulum |
|ekslusif |eksklusif |kolestrol |kolesterol |
|ekspot |eksport |komersil |komersial |
|ekspress |ekspres |komplek |kompleks |
|emel |e-mel |kontingen |kontinjen |
|engkar |ingkar |lagenda |legenda |
|fadhilat |fadilat |lakun |lakon |
|fax |faks |lapuran |laporan |
|faksimili |faksimile |lebel |label |
|Febuari |Februari |lencungan |lencongan |
|gembeling / gembeleng |gembleng |leukimia |leukemia |
|SALAH |BETUL |SALAH |BETUL |
|lojik |logik |protin |protein |
|losyen |losen |pekej |pakej |
|letrik |elektrik |pesonal (kakitangan) |personel |
|lojistik |logistik |petrolium |petroleum |
|maksima |maksimum |platfom |platform |
|manafaat |manfaat |profail |profil |
|masaalah |masalah |profesyenal |profesional |
|mee |mi |sekala |skala |
|mekanisma |mekanisme |sekelian |sekalian |
|mencatit |mencatat |sekim |skim |
|mengenengahkan |mengetengahkan |sessi |sesi |
|megenepikan |megetepikan |setor |stor |
|mengujudkan |mewujudkan |siksa |seksa |
|mengwujudkan |mewujudkan |silaturrahim |silaturahim |
|mentera |mantera |snooker |snuker |
|merbahaya |berbahaya |stesyen |stesen |
|minima |minimum |stokin |stoking |
|munshi |munsyi |sunnah |sunah |
|nasionalisma |nasionalisme |sabsidi |subsidi |
|odit |audit |sanwic |sandwic |
|oditorium |auditorium |selinder |silinder |
|optima |optimum |skima |skema |
|organisme |organisma |spesis |spesies |
|otomatik |automatik |stem |setem |
|otomobil |automobil |talipon |telefon |
|pamir |pamer |taugeh (sayuran) |tauge |
|paspot |pasport |trampil |terampil |
|patriotisma |patriotisme |tulin |tulen |
|pehak |pihak |ugama |agama |
|pelancung |pelancong |usek |usik |
|pemerosesan |pemprosesan |warong |warung |
|pemilekan |pemilikan |vokasyenal |vokasional |
|pengembala |penggembala |yunit |unit |
|pengemblengan |penggemblengan | | |
|pensil |pensel | | |
|perabut |perabot | | |
|perihatin |prihatin | | |
|perlaburan |pelaburan | | |
|perlancaran |pelancaran | | |
|perletakan |peletakan | | |
|pertunjukkan |pertunjukan | | |
|pesaraan |persaraan | | |
|pesiaran |persiaran | | |
|plan |pelan | | |
|profession |profesion | | |
|prosidur |prosedur | | |
KESALAHAN EJAAN KATA MAJMUK
Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.
Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
|Salah |Betul |
|antara bangsa |antarabangsa |
|beri tahu |beritahu |
|bumi putera |bumiputera |
|jawatan kuasa |jawatankuasa |
|kaki tangan |kakitangan |
|kerja sama |kerjasama |
|mata hari |Matahari |
|olah raga |olahraga |
|pesuruh jaya |pesuruhjaya |
|setia usaha |setiausaha |
|suka rela |sukarela |
|suruhan jaya |suruhanjaya |
|tanda tangan |tandatangan |
|tanggung jawab |tanggungjawab |
|warga negara |warganegara |
MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
|Salah |Betul |
|kekanda |kakanda |
|pengkalan |pangkalan |
|pesaka |pusaka |
|selsema |selesema |
|istihar |isytihar |
|istirihat |istirahat |
|hajjah |hajah |
|catit |catat |
|jamaah |jemaah |
MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)
(di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
|Salah |Betul |
|Disitu |di situ |
|diatas meja |di atas meja |
|diKota Bharu |di Kota Bharu |
|kesitu |ke situ |
|kehadapan rumah |ke hadapan rumah |
|kePulau Pinang |ke Pulau Pinang |
MENGEJA AWALAN (Awalan di- dan ke-)
|Salah |Betul |
|di tulis |ditulis |
|di asuh |diasuh |
|di bungkus |dibungkus |
|ke tua |ketua |
|ke dua |kedua |
|ke kasih |kekasih |
TANDA TITIK (.)
· Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan singkatan.
|Salah |Betul |
|Hj |Hj. |
|Prof |Prof. |
|dll |dll. |
|dsb |dsb. |
TANDA SEMPANG (-)
Sebagai tanda kata ganda
|Salah |Betul |
|meja meja |meja-meja |
|berkata kata |berkata-kata |
|bantah membantah |bantah-membantah |
|gunung ganang |gunung-ganang |
|ipar duai |ipar-duai |
|batu batan |batu-batan |
|saudara mara |saudara-mara |
Antara ke dengan angka
|Salah |Betul |
|ke 21 atau ke21 |ke-21 |
|ke 102 atau ke102 |ke-102 |
Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran –an
|Salah |Betul |
|tahun 90 an atau 90an atau 90han |tahun 90-an |
|tahun 20 an atau 20an atau 20han |tahun 20-an |
Antara huruf kecil dengan huruf besar
· (Merujuk Tuhan)
|Salah |Betul |
|hambaMu atau hamba mu |hamba-Mu |
|rahmatNya atau rahmat Nya |rahmat-Nya |
· Huruf besar bagi nama khas
|Salah |Betul |
|pro Barat atau proBarat |pro-Barat |
|pan Asia atau panAsia |pan-Asia |
|KDN nya atau KDNnya |KDN-nya |
TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat
|Salah |Betul |
|Amboi! Mahalnya harga baju ini. |Amboi, mahalnya harga baju ini! |
|Alamak! Saya terlupa membawa pensel. |Alamak, saya terlupa membawa pensel! |
|Cis! Engkau memang penderhaka! |Cis, engkau memang penderhaka! |
|Aduhai! Mengapalah malangnya nasibku ini. |Aduhai, mengapalah malangnya nasiblu ini! |
|Nah! Terimalah balasanku. |Nah, terimalah balasanku! |
MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
|Salah |Betul |
|Kami sedang membincangkan perkara itu. |Kami sedang membincangkan perkata |
|Ia sangat rumit. |itu, yang sangat rumit. |
|Ini buku cerita sejarah. Iamengandungi |Ini buku cerita sejarah. Buku inimengandungi |
|kisah-kisah yang menarik. |kisah-kisah yang menarik. |
MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA
|Salah |Betul |
|berbagai kuih |berbagai-bagai kuih |
|bersama adik |bersama-sama adik |
|kedua pelajar |kedua-dua pelajar |
|setengah orang |setengah-setengah orang |
|pada bila masa |pada bila-bila masa |
Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
|Salah |Betul |
|mereka-mereka |mereka |
|umat-umat |umat |
|rakyat-rakyat |rakyat |
Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak
|Salah |Betul |
|dua buah rumah-rumah |dua buah rumah |
|semua penonton-penonton |semua penonton |
|segala pegawai-pegawai |segala pegawai |
|antara kemudahan-kemudahan |Antara kemudahan |
|Senarai nama-nama |Senarai nama |
|Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan |Kebanyakannya sibuk dengan urusan |
Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah
|Salah |Betul |
|guru besar-guru besar |guru-guru besar |
|kertas kerja-kertas kerja |kertas-kertas kerja |
|reka bentuk-reka bentuk |reka-reka bentuk |
GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH
Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
|Salah |Betul |
|di pagi hari |pada pagi hari |
|di abad ke-20 |pada abad ke-20 |
|di masa itu |pada masa itu |
|di ingatan |Pada ingatan |
|Buku itu ada dengan Ali |Buku itu ada pada Ali |
Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
|Salah |Betul |
|hingga kepada hari ini |hingga ke hari ini |
|kepada tempat lain |ke tempat lain |
|dihempaskan kepada batu |dihempaskan ke batu |
Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
|Salah |Betul |
|ke pegawai itu |kepada pegawai itu |
|ke ketua pasukan |kepada ketua pasukan |
|ke bahaya dadah |kepada bahaya dadah |
|dilemparkan ke Ali |dilemparkan kepada Ali |
|diserahkan ke Ketua Pengarang |diserahkan kepada Ketua Pengarang |
Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)
|Salah |Betul |
|Saudara datang daripada mana? |Saudara datang dari mana? |
|Daripada saat ini, ubahlah sikapmu. |Dari saat ini, ubahlah sikapmu. |
Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).
|Salah |Betul |
|Dari buku itulah banyak diperolehnya banyak |Daripada buku itulah banyak diperolehnya banyak |
|ilmu kebudayaan. |ilmu kebudayaan. |
|Dia lebih kaya dari saya. |Dia lebih kaya daripada saya. |
|Peti itu dari kayu. |Peti itu daripada kayu. |
|Kiriman itu dari ayahnya. |Kiriman itu daripada ayahnya. |
PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.
· Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan keterangan(Adverb).
· Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).
|Salah |Betul |
|pergi sekolah (KI) |pergi ke sekolah |
|balik kampong (KI) |Balik ke kampung |
|lupa nama orang itu (KI) |lupa akan nama orang itu |
|lalu jalan ini (KI) |lalu di jalan ini |
|benci orang itu (Adj.) |benci kepada orang itu |
|suka durian (Adj.) |suka akan durian |
|aku cintanya (Adj.) |aku cinta kepadanya. |
|takut hantu (Adj.) |takut akan/kepada hantu. |
|tahu perkara itu (KI) |tahu akan/tentang perkara itu |
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.
KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPI BERLAINAN MAKNA. Contohnya :
|kelok dengan keluk |
|tempoh dengan tempuh |
|seloroh dengan seluruh |
|pedalaman dengan pendalaman |
KESALAHAN MAKNA PERKATAAN
Penggunaan banyak dan ramai
• Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang.
• Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang dan benda, sementara ramai khas untuk manusia.
• Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda.
• Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat.
• Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya; mungkin kerana banyak orang di pasar itu.
Penggunaan guna dan pakai
• ·Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan erti ‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’
• kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan menggunakan senjata.
Penggunaan pedalaman dan pendalaman
• Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang disebut interiordalam bahasa Inggeris.
• Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.
Penggunaan bila dan apabila
• bila = merupakan Kata Tanya
• apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.
• Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat. Contoh :
|Salah |Betul |
|Bila dia pulang, kamu bolehlah pergi. |Apabila dia pulang, kamu bolehlah pergi. |
IMBUHAN
TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN
|Salah |Betul |
|Mereka sedang kerja. |Mereka sedang bekerja. |
|Dia hendak ambil barang itu. |Dia hendak mengambil barang itu. |
|Adik senyum kepadanya. |Adik tersenyum kepadanya. |
|Kami sudah jawab soalannya. |Kami sudah menjawab soalannya. |
ISTILAH KATA DAN TATABAHASA
KESALAHAN ISTILAH: bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.Contoh:
Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (Salah)
Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar negara. (Betul).
KESALAHAN TATABAHASA: bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum tatabahasa. Contoh:
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia. (Salah)
Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. (Betul).
JENIS-JENIS KESALAHAN YANG LAZIM DALAM SOALAN
A. Kesalahan perkataan atau kosa kata. Contoh:
|Ahmad keciwa |sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan) |
|Pelancung |pelancong (kesalahan ejaan) |
|Perabut |perabot (kesalahan ejaan) |
|Pergi Melancung |sepatutnya melancong |
| |(kesalahan penggunaan perkataan) |
|Tinggal di pendalaman |sepatutnya pedalaman |
| |(kesalahan penggunaan perkataan) |
B. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M
Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat. Contoh:
|Cili sos |sepatutnya sos cili |
|Nusantara Restoran |sepatutnya Restoran Nusantara |
|Mini bas |sepatutnya bas mini |
|Kredit kad |sepatutnya kad kredit |
C. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa. Contoh:
Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (SALAH)
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (BETUL)
Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (SALAH)
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (BETUL)
Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (SALAH)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (BETUL)
Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (SALAH)
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (BETUL)
Sarawak telah lama didiami oleh Iban (SALAH)
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (BETUL)
D. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas. Contoh:
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya (SALAH)
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (BETUL)
E. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek. Contoh:
Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah RM2.00 sekilo (SALAH)
Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (BETUL)
F. Ayat tergantung. Contoh:
Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim (SALAH)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (BETUL)
G. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang. Contoh:
Baginda berucap kepada pembesar negeri (SALAH)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (BETUL)
H. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh
penyambut (objek). Contoh:
Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (SALAH)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (BETUL)
I. Kesalahan penggunaan kata sendi nama. Contoh:
Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (SALAH)
Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (BETUL)
J. Kesalahan penggunaan kata jamak. Contoh:
Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (SALAH)
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (BETUL)
K. Kesalahan penggunaan kata ganda. Contoh:
Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (SALAH)
Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (BETUL)
L. Kesalahan penggunaan kata imbuhan. Contohnya:
Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (SALAH)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu ((BETUL))
MAKNA PERKATAAN
1.ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)
2. ulam-ulaman (sayur)
3. para-para (rak)
4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah (kumpulan yang jahat)
5. jarang-jarang (kadang-kadang)
6. sahur (makan sebelum subuh)
7. sarapan (makan pada waktu pagi)
8. kudapan (minum pagi (10 pagi)
9. merarau (makan tengah hari)
10. mengombe (makan petang)
11. menggabi (makan malam)
12. menuruk (makan tengah malam (supper)
13. invesmen (labur/simpan)
14. hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)
15.patik (anak anjing)
16. kaos (tapak kaki)
17. ahli (pakar/hebat)
18. kakitangan (simpulan bahasa)
MENUKARKAN AYAT
Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
• Aktif = Subjeknya (Pelaku) + Objek (Penderita). Contoh :
Abang sedang membersihkan halaman rumah.
Pelaku imbuhan MeN- Penderita
• Pasif = Subjeknya (penderita) kerana dikenai kesan kata kerja pasif
Halaman rumah sedang dibersihkan oleh Abang.
Penderita imbuhan di- + oleh Pelaku
Formula:
Aktif : Pelaku + imbuhan MeN- + Penderita (+ Keterangan)
Pasif : Penderita + imbuhan di... + oleh + Pelaku (+ Keterangan)
• Bagi Kata ganti Nama Diri Pertama (saya,aku, ku) dan Kata Ganti Nama Diri Kedua (kamu, awak, anda) tidak boleh menerima imbuhan pasif di..+ oleh. Sebaliknya, imbuhan meN- digantikan dengan kata dasar sahaja. Contohnya :
Aktif : Saya belum habis membaca buku ini kerana terlalu sibuk.
Pasif : Buku ini belum habis saya baca kerana terlalu sibuk.
Ayat Susunan Biasa kepada Susunan Songsang
• Biasa = Subjek + Predikat
Contoh ayat : Burung itu terbang.
• Songsang = Predikat + Subjek
Contoh ayat : Terbang burung itu.
Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah
• Baca dan fahami maksud petikan secara keseluruhannya
• Gunakan bahasa yang gramatis dan baku. Unsur-unsur slanga dan dialek tidak boleh digunakan.
• Boleh menambahkan imbuhan pada kata-kata yang sesuai. Kata-kata tertentu boleh ditambah supaya susunan ayat menjadi lebih lengkap dan tidak menyalahi hukumtatabahasa.
• Sturuktur ayat perlu betul, pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar.
• Tukarkan kata ganti nama diri, masa, tempat dan sebagainya kepada yang sesuai. Contohnyaaku-dia,kami-mereka,di sini-di sana.
• Kata seru ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat. Contohnya:aduh = mengerang kesakitan, amboi = perasaan terkejut, cis = dengan marahnya, eh = dengan hairan, wah = dengan perasaan kagum.
• Ayat perintah ditukar kepada frasa yang sesuai. Contohnya: Jangan- melarang, Sila masuk-menjemput
• Penggunaan kata singkatan ditukar kepada perkataan lengkap. Contohnya: nak-hendak, mak-emak, mau-mahu.
Menukarkan Ayat Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk.
• Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara ;
• Ayat bentuk dialog dengan penggunaan tanda pengikat kata “...”
• Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis di sebelah kiri. Tidak perlu tanda pengikat kata.
• Tukarkan kata ganti nama diri, masa, tempat dan sebagainya kepada yang sesuai. Contohnyadia-saya, aku-nama seseorang, mereka-kami, di sana-di sini.
• Tulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru perlu ditukarkan dengan kata seru yang sesuai.
• Penggunaan kata singkatan boleh digunakan
• Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan.
MENYAMBUNG DAN MEMISAHKAN AYAT
Menyambung Ayat Tunggal kepada Ayat Majmuk
• Jangan menyambung kurang atau lebih daripada yang diarahkan
• Gunakan kata hubung/penanda wacana yang sesuai
• Jangan ubah sturuktur ayat dan jangan tinggalkan isi penting
Memisahkan Ayat Majmuk kepada ayat Tunggal
• Jangan menyambung kurang atau lebih daripada yang diarahkan
• Pisahkan idea= 1 idea diungkapkan dalam satu ayat
• Bina ayat tunggal yang berisi 1 idea itu menggunakan kata-kata dalam petikan asal.
• Kata hubung dan penanda wacana boleh dihilangkan dalam ayat tunggal anda.
MENGANALISIS AYAT
1) Membahagikan ayat kepada subjek dan predikat.
2) Menentukan pola ayat dasar = (FN+FN), (FN+FK), (FN+FA), (FN+FS)
3) Menentukan jenis-jenis ayat
i. Ayat penyata – Ayat yang menyatakan / memberi keterangan. Contoh : Cikgu mengajar pelajar.
ii. Ayat Tanya - untuk menanyakan sesuatu hal. Contoh : Bilakah anda datang?
iii. Ayat seruan – untuk melahirkan keadaan perasaan takut, marah, takjub, geram. Contoh : Amboi, garangnya!
iv. Ayat Perintah – Untuk menimbulkan satu tindakan, ditujukan kepada orang kedua.
a. Ayatt suruhan – untuk memberi perintah / arahan. Contoh : Ambillah kuih ini.
b. Ayat larangan – untuk mencegah seseorang melakukan sesuatu. Menggunakan kata : jangan, usah, tak usah sebelum kata kerja. Contoh : Usahlah awak bersedih lagi.
c. Ayat silaan – untuk menjemput / mempersilakan. Contoh : Sila masuk pejabat saya.
d. Ayat permintaan – untuk memohon permintaan dan pertolongan. Contoh : Tolong jangan bising.
KESALAHAN STRUKTUR AYAT
1) Ayat gabungan
- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll
Contoh:
Suraya dan Yati ke sekolah
Dia bangun kemudian berjalan
- Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.
Contoh:
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)
Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)
Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)
2) Ayat tergantung
- Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat
- Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis
Subjek / predikat
- Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.
Contoh:
Siapakah / gadis itu?
Predikat / subjek
3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung”
4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.
Contoh:
Di seluruh negara mengalami banjir (salah)
Seluruh negara mengalami baanjir (betul)
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)
Yang manakah betul? (salah)
Yang manakah yang betul? (betul)
|Salah |Betul |
|Ada berbagai barang di kedai itu. |- Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. |
| |- Ada pelbagai barang di kedai itu. |
|Ali dihadiahkan sebuah buku harian. |Ali dihadiahi sebuah buku harian. |
|Di antara mereka yang hadir. |Antara mereka yang hadir. |
|Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. |Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. |
|Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim. |Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim. |
|Bangunan itu adalah Daya Bumi. |Bangunan itu Daya Bumi. |
|Banyak orang datang. |Banyak orang yang datang. |
|Berbincang masalah. |Berbincang tentang masalah itu. |
|Berdasarkan kepada perkara itu. |Berdasarkan perkara itu. |
|Bergantung kepada. |Bergantung pada. |
|Berhubung itu. |Berhubung dengan itu. |
|Berkait itu. |Berkait dengan itu. |
|Berkaitan itu. |Berkaitan dengan itu. |
|Bersama. |Bersama-sama. |
|Beda. |Beza. |
|Bola itu Ali tendang. |Bola itu ditendang (oleh) Ali. |
|- Bola itu ditendang oleh saya. |Bola itu saya tendang. |
|- Bola itu saya menendang. | |
|Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. |Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. |
|Buku itu dia hantar ke perpustakaan. |Buku itu dihantar ke perpustakaan. |
|Buku itu dimasukkan dalam laci. |Buku itu dimasukkan di dalam laci. |
|Buku itu disimpan dalam laci. |Buku itu disimpan di dalam laci. |
|Di dalam hal itu. |Dalam hal itu. |
|Di dalam peperiksaan itu. |Dalam peperiksaan itu. |
|Dari Kedah hingga Sabah. |Dari Kedah ke Sabah. |
|Dari masa ke semasa. |Dari masa ke masa. |
|Dari semasa ke masa. |Dari semasa ke semasa. |
|Daripada segi. |Dari segi. |
|Dato’ Sri. |Dato’ Seri. |
|Datuk Sri. |Datuk Seri. |
|Dengan lain perkataan. |Dengan perkataan lain. |
|Dalam bilik itu. |Di dalam bilik itu. |
|Dia belajar dari pengalaman. |Dia belajar daripada pengalaman. |
|Dia datang bila dipanggil. |Dia datang apabila dipanggil. |
|- Dia memandang pada saya. |Dia memandang saya. |
|- Dia memandang kepada saya. | |
|Dia berikan anaknya pelajaran. |Dia memberi anaknya pelajaran. |
|Dia berikan saya sebuah buku. |Dia memberi saya sebuah buku. |
|Dia memberi buku kepada saya. |Dia memberikan buku kepada saya. |
|Dia memberi pelajaran kepada anaknya. |Dia memberi anaknya pelajaran. |
|Dia mempelajari daripada pengalamannya. |Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. |
|Dia memperisterikan Aminah. |Dia memperisteri Aminah. |
|Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. |Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. |
|Dia menaiki bendera. |Dia menaikkan bendera. |
|Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. |Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. |
|Dia mengambil apa sahaja. |Dia mengambil apa-apa sahaja. |
|Dia menolehkan pandangannya kepada saya. |Dia menolehkan pandangannya pada saya |
|Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. |Dibincangkan dalam mesyuarat itu. |
|Dia merindukan anaknya. |Dia merindui anaknya. |
|Jangan memijak rumput. |Jangan pijak rumput. |
|Jauhilah daripada dadah. |Jauhilah dadah. |
|Berkesanan. |Keberkesanan. |
|Kedua belah pihak. |Kedua-dua belah pihak. |
|Kepimpinan. |Kepemimpinan. |
|Kereta itu melalui di jalan besar. |Kereta itu melalui jalan besar. |
|Letaklah di mana yang sesuai. |Letaklah di mana-mana yang sesuai. |
|Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. |Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang. |
|Maksudnya yang asalnya. |Maksudnya yang asal. |
|Melawat ke Eropah. |Melawat Eropah. |
|Melihat kepada/pada keindahannya. |Melihat keindahan. |
|Membincangkan tentang perkara itu. |Membincangkan perkara itu. |
|Menduduki di tempat kedua. |Menduduki tempat kedua. |
|Beg itu mengandung. |Beg itu mengandungi. |
|Mensiakan tanggungjawab. |Mensia-siakan tanggungjawab. |
|Mengunjungi ke Eropah. |Mengunjungi Eropah. |
|Mereka memberitahukan saya perkara itu. |Mereka memberitahu saya perkara itu. |
|Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. |Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya. |
|Mereka-mereka. |Mereka. |
|Oleh kerana itu. |Oleh sebab itu. |
|Merujuk kepada surat tuan |Merujuk surat tuan |
|Di masa |Pada masa |
|Pada pendapatan saya |Pada pendapat saya |
|Pada satu hari (bilangan) |Pada suatu hari (tak tentu harinya) |
|Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan |Para wartawan |
|Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri |Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri. |
|Pergilah ke mana pun |Pergilah kemana-mana pun. |
|Perkara itu ialah benar |Perkara itu adalah benar |
|Pilihlah mana yang sesuai |Pilihlah mana-mana yang sesuai |
|Ramai orang datang |Ramai orang yang datang |
|- Sebahagian wangnya didermakan |Sebahagian daripada wangnya didermakan |
|- Sebahagian dari wangnya didermakan. | |
|Sehubungan itu |Sehubungan dengan itu |
|Selain dari/ daripada itu |Selain itu |
|Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya |Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya |
|Semoga rohnya dicucurkan rahmat. |Semoga rohnya dicucuri rahmat. |
|Seperti yang kita telah katakan. |Seperti yang telah kita katakan. |
|Sri. |Seri (cahaya) |
|Setengah orang |- Setengah-setengah orang |
| |- Sesetengah orang |
|Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka |Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka |
|Takutkan hantu. |Takut akan hantu. |
|Tan Seri. |Tan Sri. |
|Tanyalah siapa pun. |- Tanyalah sesiapa pun. |
| |- Tanyalah siapa-siapa pun. |
|Tiap orang / setiap-tiap orang |Tiap-tiap orang / setiap orang. |
|Tiga ayam. |Tiga ekor ayam |
|Yang mana |Yang |
|Melaporkan dari |Melaporkan berita dari |
|Amat pandai |Amat pandai sekali |
|Sangat kukuh |sangat kukuh sekali |
|sungguh gagah |sungguh gagah sekali |
|terbesar sekali |- terbesar |
| |- besar sekali |
|paling kuat sekali |- paling kuat |
| |- kuat sekali |
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.
Related download
- universiti malaysia terengganu
- parti sosialis malaysia
- malaysian qualifications agency mqa agensi kelayakan
- hospital raja perempuan zainab ii penyayang berkerja
- portal crim ukm you are at the best centre for research
- panduan permohonan biasiswa politeknik
- philosophia bahasa melayu laman bahasa melayu
- senarai semak dokumen yang perlu dikemukakan kepada jpa
- panduan biasiswa dalam negeri public service department