Sistem Maklumat Murid versi 4 - Sabah Edu.Net



Sistem Maklumat Murid versi 4.0

Mei2009

A. Installasi

1. Sila pastikan anda membuat backup data terlebih dahulu sebelum menginstall aplikasi ini. Walaubagaimana pun proses installasi ini tidak akan menghapuskan SMM versi 3 dan BMM.

2. Anda dikehendaki menginstall kedua-dua aplikasi SMM versi 4 dan kemudian Aplikasi Convert data.

3. Kedua-dua aplikasi ini akan diinstall ke dalam folder C:\HEM

4. Setelah menginstall kedua-dua aplikasi, anda dikehendaki untuk menjalankan proses Convert data.

B. Aplikasi Convert Data

1. Sila pastikan proses ini dijalankan hanya sekali sahaja. Jika anda menggunakannya untuk kali kedua dan seterusnya akan menyebabkan kerosakan data SMM versi 4.

2. Untuk menjalankan proses ini, anda memerlukan data BMM (Borang Maklumat Murid) yang telah dieksport ke dalam disket.

3. Jika anda hanya mempunyai data SMM sahaja, proses tetap boleh dijalankan tetapi banyak data tidak akan dapat di'convert' ke dalam SMM versi 4.

4. Setelah selesai menggunakannya sila hapuskan/uninstall Aplikasi Convert.

C. Kandungan CD.

Di dalam CD ini mengandungi:

1. Aplikasi SMM (SMMv4.exe)

2. Aplikasi Convert Data (Con2ver4.exe)

3. Manual Sistem Maklumat Murid (ManualSMM.pdf) - memerlukan aplikasi pdf untuk dibaca(dibekalkan)

4. Adobe Acrobat Reader (AdbeRdr70.exe) - untuk membaca fail pdf

5. Foxit Reader (FoxitReader23.exe) - untuk membaca fail pdf

6. MS Access Hotfix (MSACCESS.msp) - untuk membetulkan masalah yang terdapat dalam Microsoft Access iaitu tidak dapat untuk memaparkan kandungan Combo List dan beberapa masalah lain.

7. Panduan Pengguna MSAccess 2007 (Penggunaan Access 2007.doc)

Amat Sazali & Md Yusoff

Mei 2009

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download