KERTAS KERJA .com



KERTAS KERJA CADANGAN

KEJOHANAN BADMINTON

MSSD RAUB ( SEKOLAH RENDAH ) 2013

Tarikh:

12 - 13 MAC 2013  ( SELASA & RABU )

Tempat:

SJK (C) Sempalit.

1.0 PENGENALAN

Kejohanan Badminton MSSD Raub ( Sekolah Rendah ) adalah satu pertandingan untuk mencari bakat-bakat badminton murid sekolah rendah Daerah Raub bagi mewakili Daerah Raub di Kejohanan MSSP di Bera pada 2-6 April 2013.

   

2.0 NAMA AKTIVITI

Kejohanan Badminton MSSD Raub 2013 (Sekolah Rendah)

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengadakan satu pertandingan sebagai satu pengalaman bertanding kepada pemain yang akan mewakili daerah Raub.

3.2 Mencungkil bakat-bakat untuk kejohanan MSSP 2013, dimana Johan secara automatik akan mewakili daerah dan terpilih menjalani latihan Daerah. Wakil Daerah ialah 2 perseorangan lelaki dan perempuan serta 2 bergu lelaki dan perempuan.

4.0 TARIKH

12-13 Mac 2013 ( Selasa & Rabu )

5.0 TEMPAT

SJK(C) Sempalit.

6.0 PESERTA

Perseorangan Lelaki, Perempuan dan Bergu Lelaki, Perempuan bawah 12 tahun melibatkan murid-murid sekolah rendah daerah Raub. Setiap sekolah perlu menghantar 2 wakil bagi setiap acara.

7.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

6 Mac 2013 sebelum jam 12.00 tengahari.

8.0 ACARA & KATEGORI PERTANDINGAN

8.1 Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun

8.2 Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun

8.3 Bergu Lelaki Bawah 12 Tahun

8.4 Bergu Perempuan Bawah 12 Tahun

9.0 BULU TANGKIS

Setiap sekolah perlu menyediakan 1 biji bulu tangkis bagi setiap perlawanan yang melibatkan sekolah. Bulu tangkis yang perlu disediakan adalah jenis Official berkelajuan 77

10.0 FORMAT PERTANDINGAN

Cadangan sistem pertandingan akan diadakan adalah liga kumpulan untuk pusingan pertama dengan kiraan 30 mata terus. Pusingan kedua adalah kalah singkir dengan kiraan mata 21. Format pertandingan juga akan mengambil kira bilangan penyertaan. Pendaftaran penyertaan lewat tidak akan dilayan kerana menyukarkan proses menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan serta masa perlawanan.

11.0 STRUKTUR ORGANISASI & SKOP TUGASAN

11.1 JAWATANKUASA PENGELOLA                                                 

Pengerusi : Tn. Hj. Ahmad Fuad B. Hj. Ismail – Guru Besar SK Mahmud.

Setiausaha                  : En. Arif B. Hj. Abd. Hamid- GPK Kokurikulum SK Mahmud 

Pengerusi Teknik : En. Muhd Zumi Bin Ismail- SK Mahmud

                                                                       

11.2 JAWATANKUASA KECIL KEJOHANAN.

11.2.1 JAWATANKUASA PUBLISITI / PENYERTAAN- SK MAHMUD

• Publisiti melalui surat kepada semua sekolah rendah Daerah Raub.

• Mendapatkan kembali borang penyertaan dari sekolah.

11.2.2 JAWATANKUASA JADUAL PERTANDINGAN-SK MAHMUD & SJK(C) SEMPALIT.

• Menyediakan jadual pertandingan.

• Menyediakan papan maklumat masa perlawananan bagi setiap kategori.

11.2.3 JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN SERTA PENJAGA GARISAN-SJK(C) SEMPALIT

• Menguruskan gelanggang dan peralatan gelanggang yang diperlukan.

• Menyediakan 2 penjaga garisan untuk setiap perlawanan.

• Memberi latihan kepada murid sebelum pertandingan cara menjaga garisan untuk acara perseorangan dan bergu.

11.2.4. JAWATANKUASA PENGADILAN

Acara Lelaki Perseorangan - SK (P) METHODIST

Acara Bergu Lelaki – SK RAUB INDAH

Acara Perempuan – SK BANDAR RAUB

• Menyediakan guru pengadil bagi setiap acara sepanjang kejohanan.

• Menyediakan borang kiraan mata dan menjadi pengadil pertandingan.

11.2.5 JAWATANKUASA KEPUTUSAN PERTANDINGAN-SJK(C) CHUNG CHING

• Menyimpan, menyedia papan maklumat serta mencatat keputusan pertandingan.

11.2.6 JAWATANKUASA SIARAYA- SJK(C) SG LUI

• Menyediakan peralatan siaraya.

• Menyediakan pengacara pertandingan dan majlis penutup.

11.2.7 JAWATANKUASA PROTOKOL, HADIAH & SIJIL -SJK(C) TRAS

• Menguruskan hadiah dan sijil pemenang.

11.2.8 JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS-SJK(C) SANG LEE

• Menyediakan alatan kecemasan & pasukan kecemasan.

11.2.9 JAWATANKUASA MINUMAN -SK (LKTP) KRAU 1

• Menguruskan minuman peserta, penjaga garisan dan guru.

10. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM- SK BUKIT FRASER

• Menyediakan buku program.

12.0 ATUR CARA PERTANDINGAN

12/3/2013 (Selasa)

08.00 am – 08.30 am : Pengesahan kehadiran Pasukan

08.30 am - 12.00  pm           : Perlawanan Liga kumpulan

02.00 – 06.00 pm                 : Perlawanan pusingan kedua

13/3/2013 (Rabu)

08.30 – 12.00 pm                 : Perlawanan suku akhir

02.00 – 4.00   pm                 : Perlawanan separuh akhir

05.15 – 06.00 pm                 : Perlawanan akhir

06.15 – 07.00 pm                 : Majlis penyampaian hadiah

                                                Bersurai.

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BADMINTON LELAKI/PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN MSSD RAUB 2013

|NAMA SEKOLAH : |

|NAMA PENGURUS : |

|NO H/P : |

|NAMA JURULATIH : |

PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 12 TAHUN

|BIL |NAMA |NO S/BERANAK |DARJAH |

|1 | | | |

|2 | | | |

BEREGU LELAKI BAWAH 12 TAHUN

|BIL |NAMA |NO S/BERANAK |DARJAH |

|1 | | | |

| | | | |

|2 | | | |

| | | | |

PERSEORANGAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

|BIL |NAMA |NO S/BERANAK |DARJAH |

|1 | | | |

|2 | | | |

BEREGU PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

|BIL |NAMA |NO S/BERANAK |DARJAH |

|1 | | | |

| | | | |

|2 | | | |

| | | | |

........................................ ......................................................

Tandatangan Pengurus Tandatangan & Cop

Guru Besar

Sila hantarkan borang penyertaan kepada En. Muhd Zumi Bin Ismail-SK Mahmud @ Faks 093501306 sebelum 6 Mac 2013 (12.00 tengah hari) .

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download