PERCUMA Bil 006 - Johor

Oktober 2007 .my

PERCUMA Bil 006

"Membaca secara berkala dan memahami kandungan al-Quran boleh menjauhkan seseorang itu daripada perkara yang bertentangan dengan ajaran agama,"...Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

NOTA EDITOR

Kembalikan kegemilangan majlis khatam al-Quran

Editorial

Ketua Editor

Sa'odi Mat Atar

Editor

Zuhrin Azam Ahmad

Wartawan

Aivizanoorwani Shah Shahroni

Hamirul Hairi Mohd Noh

Rozza Khairiah Rosli

Jurufoto/ Pereka Grafik Hairul Baharuddin Abu Bakar

Azmee Awang

Penyelidikan

Saripah Sayuthi

Mohd Fadzli Abu Bakar

Penyiaran

Rabiey Besah

Pembantu Editorial

Norazah Mohd Yussof

Rumiah Semirono

Khadijah Abd Rahman

holistik diterbitkan oleh Unit Media & Komunikasi (MedKom), Pejabat Menteri Besar Johor, Aras 13 Menara TH, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Tel 07-226 3781/83/84 Fax 07-222 6200 Web .my E-mel medkom@.my holistik boleh di muaturun melalui : Web .my/holistik

Mana-mana bahagian penerbitan ini boleh dikeluar, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain dengan keizinan Editor. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian holistik. Segala sumbangan karya yang dikirim, sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Penerbit juga tidak bertanggungjawab atas kehilangan karya yang dikirimkan melalui pos.

LAMA dahulu, masyarakat Melayu di Johor sudah terbiasa menerima kad-kad jemputan untuk dua majlis berlainan setiap kali munculnya cuti sekolah.

Satu kad adalah untuk jemputan kahwin dan kad yang satu lagi pula menjemput penerimanya menghadiri majlis khatam al-Quran.

Ketika itu, jemputan ke kedua-dua majlis berkenaan adalah perkara biasa.

Namun sekarang, sedang menerima undangan ke majlis perkahwinan kekal sebagai perkara biasa, peluang untuk dijemput ke khatam al-Quran umpama menanti bulan jatuh ke riba.

Majlis khatam al-Quran ketika itu sama pentingnya dengan majlis perkahwinan.

Ibu bapa yang anak-anak mereka telah menamatkan bacaan 30 juzuk kitab suci itu dengan bangga mengadakan majlis yang sama besar dengan perkahwinan.

Khemah didirikan, pelamin dihiasi cantik dan makanan yang disajikan umpama majlis menyambut menantu. Anak-anak yang khatam pula disarungkan dengan pakaian paling cantik yang mampu diadakan ibu bapa mereka.

Bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak ini dilayan umpama "raja sehari" dengan diarak, biasanya dari rumah guru yang mengajar mereka mengaji, diiringi

paluan kompang serta bunga manggar.

Ada juga bapa, sebagai menunjukkan rasa bangga bahawa anak lelakinya sudah khatam al-Quran akan memikul anaknya di atas bahu, sepanjang perarakan itu.

Anak-anak ini kemudian akan duduk di atas pelamin dan memperdengarkan kepada khalayak bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan dikelilingi rakan-rakan mengaji lain.

Pendek kata, majlis khatam al-Quran ketika itu semeriah majlis perkahwinan.

Kini, dalam persekitaran yang kian mencabar terutamanya jati diri masyarakat Melayu, kegemilangan penganjuran majlis khatam al-Quran oleh ibu bapa harus dikembalikan.

Majlis khatam al-Quran seperti yang kerap diadakan suatu ketika dahulu mesti kekal diamalkan dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Johor.

Program Membudayakan al-Quran yang diperkenalkan Kerajaan Negeri kirakira 12 tahun lalu disasar menjadikan membaca kitab suci ini sebagai amalan harian.

Hasilnya telah dilihat dan diharap sedikit masa lagi, kita akan menerima kad jemputan untuk dua majlis yang berlainan.

4 SEMASA

Johor tidak terima geran air

6 SEMASA

Satu bayi satu pokok

8 BELASUNGKAWA

Perginya Bapa Pembangunan Luar Bandar Johor

12 FOKUS

Membudayakan al-Quran

18 NIAGA

JCorp perintis waqaf korporat

20 KENALI JOHOR

Penangan asam pedas Parit Jawa

Ralat : Holistik Bil 005, muka 14 Dato' Mustapha (1928-1931) adalah abang kepada Dato' Abdullah Jaafar dan bukan anak saudara seperti yang dilaporkan

Bersama Ketua Jabatan

Pengarah Jabatan Agama

"Orang ramai sering beranggapan JAJ hanyalah sebagai tempat untuk urusan nikah, cerai dan rujuk, membaca doa selamat, pengajian al-Quran, dakwah Islamiah dan pengurusan masjid,"...Dato' Zalil Baron.

Sejak memegang jawatan ini pada Disember lepas, apakah perubahan atau pembaharuan yang ingin Dato' lakukan dalam menambah baik mutu perkhidmatan Jabatan Agama Johor (JAJ)?

Saya sentiasa cuba untuk membuat perubahan secara aktif dan pro aktif terutama yang berkaitan prosedur nikah, cerai dan rujuk dan pengurusan kematian seiring keadaan semasa. Selain itu, saya juga mahu mengemaskini kaedah pengajian dan tarannum al-Quran di samping menggerakkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk cuba memberi kepakaran dalam bidang tertentu kepada golongan fakir dan miskin. Ini bertujuan membolehkan mereka berdikari.

Suka juga saya sebut di sini bahawa kita sudah menubuhkan MAIJ Urus Sdn Bhd yang berfungsi sebagai pembimbing kepada mereka yang ingin menceburi sesuatu aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pendapatan.

Dato' sebelum ini pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Ketua Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga. Jadi berapa lama Dato' ambil untuk menyesuaikan diri dengan jawatan sekarang.

Saya berada di sini untuk bekerja. Tidak

kira di mana saya ditempatkan, saya tidak ada tempoh tertentu untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. Saya sentiasa bersedia untuk terus bekerja.

Apakah cabaran utama yang Dato' jangkakan dalam mentadbir dan mengurus jabatan ini.

JAJ adalah sebuah "jabatan yang tertutup" (close department). Oleh itu cabaran utuk saya ialah memastikan perubahan yang dibawa sesuai dengan keadaan semasa. Kita perlu sentiasa sensitif dengan perkembangan di sekeliling dan segera bertindak terhadap segala perubahan yang berlaku serta sanggup berubah mengikut arus perdana. Selain itu, saya juga mahu mewujudkan semangat kerja berpasukan dengan semua Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah yang boleh menerima dan menghormati saya sebagai pemimpin dan peneraju dalam memacu jentera kerajaan bagi meningkatkan syiar Islam di negeri ini melalui penggunaan ICT, MMS, SMS dan seumpamanya..

Bagaimana Y.B. Dato' hendak menghadapi cabaran ini.

Saya menggunakan pelbagai pendekatan seperti mengadakan kursus, ceramah motivasi, tindakan, pengiktirafan mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Apakah perkara yang sering dirujuk ke jabatan ini.

Orang ramai sering beranggapan JAJ hanyalah tempat untuk urusan nikah, cerai dan rujuk selain membaca doa selamat, pengajian al-Quran, dakwah Islamiah dan pengurusan masjid. Bagi saya, jabatan ini sebenarnya jabatan yang menguruskan hal ehwal kehidupan seorang sejak lahir hinggalah ke hari dia menemui kematian. Saya cuba menerapkan konsep "Islam sebagai cara hidup" dalam masyarakat daripada segenap aspek kehidupan sama ada pembuatan rumah, pembinaan kehidupan, pengurusan kehidupan dan segala-galanya berdasarkan kepada syariat Islam.

Apakah peranan sebenar jabatan ini? Apakah yang membezakannya dengan MAIJ?

Jabatan ini menguruskan hal berkaitan akidah, syariah dan akhlak umat Islam dengan menguatkuasakan Enakmen yang terkandung di bawah Enakmen Majlis Agama Islam. Kita juga membuat penyelidikan mengenai tareqat dan melaksanakan penggunaan logo halal dan banyak lagi.

MAIJ pula ialah badan yang membuat polisi atas dasar Islam seperti yang yang berkaitan zakat, Baitul Mal dan waqaf serta hal ehwal berkaitan seluruh ke-

hidupan umat Islam. Ia juga membantu mengurus ekonomi sehingga seseorang itu mampu berdikari.

Apakah perkara yang paling kerap diuruskan jabatan ini?

Biasanya yang membabitkan hal rumah tangga serta yang berkaitan ekonomi umat Islam.

Apakah visi dan misi Dato

Saya cuba menerapkan apa yang dikatakan "Islam sebagai cara hidup" (Islam is the way of life). Kita hendak cuba tonjolkan bahawa jabatan ini tugasnya bukan sekadar berkaitan nikah kahwin, tetapi keseluruhan kehidpuan umat Islam. Sebagai contoh, kita berbelanja besar untuk pendidikan. Kerajaan negeri memperuntukan kira-kira RM100 juta setahun bagi tujuan pendidikan. Kita hendak bila kita belajar, kita faham apa itu Islam, kita hayati apa itu Islam dan kemudiannya kita amalkan ajaran-ajaran Islam. Ini yang kita mahu. Bila kita makan, bercakap dan bertemu orang lain, semua ini ada caranya mengikut Islam. Ini seterusnya dipanjangkan kepada misi saya iaitu membawa umat Islam ke arah kebahagiaan hidup di dunia, mendapat kesejahteraan di alam barzakh dan mendapat kejayaan di akhirat. Kita tidak mahu jabatan ini hanya dipandang sebagai jabatan yang mementingkan akhirat sahaja.

FOKUS 03

Apakah yang akan dibangunkan oleh konsortium berkenaan?

Pelaburan M4.1 billion itu adalah atas nilai tanah seluas 883 hektar dengan kos untuk membina infrastrukturnya. Bermakna tapak berkenaan lengkap dengan infrastruktur yang akan dibina ini dalam tiga kluster dengan sembilan zon. Ia hanya membabitkan pelaburan awal insfrastruktur dan tanah.

Oleh itu, apakah bermakna nilai sebenar pelaburan akan menjadi lebih tinggi?

Ia begini, konsortium yang diterajui Mubadala Development Company akan bertindak sebagai Master Concessionaire and Land Developer (MCLD) bagi pembangunan Kluster Gaya Hidup dan Santai bernilai RM1.8 bilion (AS$520 juta). Kluster di kawasan seluas 502 hektar itu mengandungi pusat bandaraya, perkampungan Golf, teluk hiburan, daerah penduduk serta perkampungan perubatan dan lesihatan.

Al Nibras 2 Limited, iaitu dana yang dikendalikan anak syarikat Kuwait Finance House, Kuwait Finance House (Labuan) Berhad, pula bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan kluster kebudayaan bernilai RM1.2 bilion (AS330 juta). Kluster di kawasan seluas 250.9 hektar itu mengandungi perkampungan logistik, taman kreatif dan daerah warisan.

Sementara itu, Millenium Development International Company (MDI) - syarikat kumpulan Saraya Holdings, akan bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan Zon Wilayah Kewangan bernilai RM1.1 bilion (AS$325 juta) di kawasan seluas 147.7 hektar.

Kemudian ditambah pula oleh pelabur lain datang untuk mengisi menyertai kemajuan di situ seperti bank, bank saudagar, perbankan Islam. Bermakna pelaburan di kawasan berkenaan adalah lebih besar lagi.

Ada banyak perkhidmatan sokongan dan pembekalan bakal diperlukan dalam pembangunan dikawasan tersebut. Saya percaya ini akan membuka peluang yang cukup luas kepada usahawan dan pelabur tempatan untuk melibatkan diri.

Apa bidang yang ditawarkan kepada pelabur?

Keseluruhannya merangkumi bidang perkhidmatan dengan pelbagai tumpuan sama ada dalam bentuk rekreasi, hotel, perubatan selain komersil termasuk peruncitan dan perda-

gangan. Satu lagi yang dapat perhatian ialah sektor pembuatan yang terletak di Senai yang boleh dijadikan Taman Teknologi Tinggi yang menawar golongan pekerja yang mahir.

Kita perlu wujudkan Taman Teknologi Tinggi kerana nampaknya pelabur begitu cenderung dengan kemudahan seumpama itu. Kita juga akan membukan pembuatan pengeluaran makanan organik, pengeluaran dan pemproses makanan, hab halal, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pelaburan RM4.1 billion sudah diperolehi, kini menjadi cabaran kepada Pihak Berkuasa Iskandar (Irda) untuk menjadikan projek itu menjadi kenyataan. Adakah Dato' percaya Irda boleh melaksanakan tugas itu dengan cekap dan pantas?

Ini memang satu cabaran, tiba masanya kita bekerja. Kita yakin setiap permohonan dapat disempurkanakan, kita yakin kita akan dapat kerjasama dari semua pejabat tanah, bekalan air, imigresen, Mida. Semua pihak terbabit menganggotai Onestop Centre (Pusat Sehenti). Kita pastikan semua jabatan itu diwakili oleh pegawai yang dianggap tertinggi untuk menimbang permohonan-permohonan itu.

Bagaimana jika ada anggota Pusat Sehenti agak lambat membuat keputusan?

Tak sepatutnya berlaku, saya sendiri yang akan mempengerusikannya. Kita pastikan maklumatnya cukup pada permohonan yang dimajukan dan masing-masing diberi tempoh yang tertentu untuk membuat keputusan mereka. Kelebihan pusat ini, ia akan mampu bersidang bila-bila masa, mungkin beberapa kali dalam satu minggu. Saya yakin bahawa keputusan dapat diterima dalam tempoh masa yang dijanjikan dan semua jabatan perlu menepati dengan peruntukan.

Sejak Iskandar dilancarkan tahun lalu, banyak majlis penerangan, seminar dan konvensyen diadakan bagi memberi penjelasan kepada orang ramai, masyarakat peniaga dan pelabur. Bagaimanapun, masih ramai mendakwa kabur dengan Iskandar dan sesetengahnya tidak yakin projek ini akan berjaya. Komen Dato'?

Saya tidak terkejut ada pihak yang sangsi dengan projek ini. Tapi, jika kita lihat tempoh masa pelancaran dan pengumuman pelaburan dalam tempoh sembilan bulan membabitkan kehadiran kumpulan pelabur yang agak `high rated' daripada luar negara, membuktikan Iskandar adalah satu destinasi yang menarik.

Sembilan bulan satu jangkamasa yang tidak begitu lama untuk Iskandar diisi dengan pelaburan dan mereka komited untuk membuat pelaburan. Hanya sembilan bulan dengan jumlah pelaburan yang besar, dan ada lagi yang lain akan menyusul.

Dalam satu seminar peluang pelaburan yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri di Singapura, timbul beberapa soalan kononnya peniaga negara itu bimbang melabur di sini kerana pengalaman pahit sebelum ini. Mereka memberi contoh pelaburan di kompleks beli-belah Lot One, Kemayan City dan Best World yang tidak berfungsi lagi?

Jika kita lihat dalam bidang hartanah, ia tertakluk kepada turun naiknya keadaan harga pasaran lebih-lebih lagi apabila disebut nama seperti Kemayan City, ia pelaburan sebelum krisis kewangan, maka ia tertakluk kepada krisis kewangan dan selepas daripada krisis. Jadi ia satu yang amat luar biasa.

Walaupun begitu kalau kita membuat pelaburan kita sewajarnya mampu mengambil risiko. Walaupun begitu kita

misi pelaburan. kita dikerumuni oleh pelabur yang berminat datang ke sini.

Jika kita ingin membuat promosi, negara mana yang menjadi sasaran misi pelaburan itu?

Antaranya, negara India, China selain negara daripada Timur Tengah dan negara di rantau ini.

Bagaimana dengan negara Jepun?

yakin bahawa dasar kita bukanlah berubah dengan sewenangwenangnya. Jadi kita maklum bahawa pelabur asing tidak suka melihat dasar yang sering berubah-berubah. Kita beri jaminan bahawa jika ada insentif dan pakej sokongan, maka ia akan diumumkan sejelasjelasnya. Kita jamin bahawa apa yang diputuskan ia tidak akan diubah. Kita jamin bahawa kita punya dasar bukan mudah diubah atau dalam istilah Inggeris `Flip-flop', dasar kita yang amalkan terhindar daripada dasar flip-flop terhadap pelabur asing.

Bilakah rombongan Kerajaan Johor akan membuat promosi sendiri ke luar negara?

Jepun nampaknya lebih mirip ke Vietnam, mungkin dasar liberalisasi sedang berlaku di Vietnam pada peringkat awal, maka ia menunjukkan kecenderungan mengalih modal ke negara itu.

Bagaimana minat daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat?

Dari segi pelaburan awal hartanah belum nampak lagi, tetapi kalau suatu hari nanti kita dapat tawarkan perkhidmatan yang ada nilai yang tinggi, berbeza daripada apa yang mereka nikmati di Eropah dan Amerika Syarikat, kita percaya mereka akan datang ke sini.

Bagaimana kerajaan mengawal pemaju yang objektif utamanya keuntungan tanpa menjejaskan kepentingan atau meminggirkan Bumiputera?

Pada masa ini, Iskandar yang menerima kunjungan, kita menerima lebih kunjungan daripada mereka yang berhasrat melabur di sini. Walaupun, begitu kita tunggu dulu pelaburan di peringkat awal ini, bila perlu, kita juga akan menganjurkan

Jangan bimbang, kita sudah rancang kedudukan Melayu dalam konteks Iskandar. Mereka tidak akan tertinggal kerana kita mempunyai pendekatan khusus untuk mereka. Kita punyai caranya. Sampai masanya kita semua akan tahu dan faham.

Iskandar, kawasan seluas 2,200 kilometer persegi di Selatan Johor adalah koridor wilayah pertama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dilancarkan Perdana Menteri pada 4 November lalu.

Wilayah itu terbahagi kepada lima zon utama, iaitu Bandaraya JohorBahru, Nusajaya, Pembangunan Koridor Barat di Tanjung Pelepas, Gelang Patah; Koridor Timur di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta Senai-Kulai di Utara.

Pembangunan Iskandar dijangka mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun dengan nilai pelaburan dijangka mencecah RM180 bilion dengan jumlah penduduk pada 2025 dianggarkan mencapai tiga juta berbanding 1.4 juta pada 2006.

Oktober 2007

04 SEMASA

Tiada geran pengurusan air sejak 12 tahun

Johor

tidak

memperolehi geran

pengurusan air daripada

Kerajaan Persekutuan

sejak 12 tahun lepas

yang berjumlah hampir

RM1 bilion.

Tanpa geran itu, beban kewangan bagi memastikan kemudahan bekalan asas berkenaan terus dinikmati rakyat negeri ini digalas sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Meskipun perkhidmatan bekalan air telah diswastakan dan diurus sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ), kerajaan masih bertanggungjawab terhadapnya atas statusnya sebagai anak syarikat kerajaan negeri.

Kerana itulah setiap pinjaman SAJ untuk memperbaiki serta meluaskan perkhidmatannya dibuat melalui kerajaan negeri.

Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman berkata ketiadaan geran pengurusan air itu amat dirasakan.

Menurutnya geran itu, jika ada, boleh mengurangkan tekanan terhadap kedudukan kewangan SAJ.

"Tanpanya, SAJ perlu membuat pinjaman yang agak besar untuk melaksanakan pelbagai projek seperti membina loji rawatan air yang baru," katanya.

Untuk rekod, negeri-negeri lain terus menerima geran tahunan itu di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia Kelapan dengan jumlah yang dianggarkan sekitar RM7 bilion.

Abdul Ghani berkata kini sudah ada persetujuan antara kerajaan negeri dan persekutuan untuk memindahkan pengurusan air negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad ( PAAB).

Beliau berkata bila ini berlaku, dengan sendirinya pinjaman yang tertunggak akan berpindah kepada PAAB.

Mersing tidak mengecewakan lagi

Gambar hiasan

KERAJAAN Negeri Johor, merakamkan penghargaan yang amat mendalam kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju memasukkan Negeri Johor, khususnya daerah Mersing untuk menjadi satu daripada kawasan tumpuan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Demikian Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman, memulakan ucapan sempena pelancaran ECER oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuantan, 30 Okt lalu. Ikuti sedutan ucapan beliau seterusnya.

SETINGGI-TINGGI penghargaan juga kepada Menteri Besar Pahang, yang sudi memberi kesempatan kepada kami menumpang sama dalam majlis yang penuh bermakna ini. Kemesraan ini adalah tanda hubungan erat lagi serasi di antara dua negeri berjiran, bukan hanya kerajaannya, malah rakyatnya, yang mempunyai persamaan budaya hidup, kegiatan ekonomi harian dan diperkukuhkan oleh hubungan tali persaudaraan, saling memakmurkan sejak zaman berzaman, khususnya di antara Mersing dan Pahang.

Hubungan serasi lagi mesra ini akan diperkukuhkan lagi melalui satu rancangan pembangunan yang komprehensif, tepat lagi sarat dengan tanggungjawab sosial kepada rakyat jelata. Peranan yang dimainkan oleh Petronas dalam merangka pelan yang lengkap lagi tepat, yang mengenalpasti potensi kawasan timur ini melalui kegiatan ekonomi yang boleh disertai oleh rakyat, dijangka berupaya meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada Petronas di atas komitmen dan kesungguhan dalam merangka satu pelan induk yang lengkap lagi menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

Pendekatan pembangunan berasaskan wilayah ini yang dipelopori oleh Perdana Menteri akan membawa rakyat seluruhnya ke dalam arus perdana pembangunan, bersama-sama menikmati kesejahteraan hidup, mewujudkan keseimbangan antara wilayah sekaligus memastikan tidak ada kawasan yang tersisih mahupun tercicir daripada kemajuan.

Johor dianugerah Allah sebagai satusatunya negeri dengan alam semulajadi yang sempadannya merentasi ke tiga penjuru Semenanjung dengan ada baratnya, timurnya dan selatannya. Selatannya pula sudahpun diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan menjadi satu wilayah pembangunan iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar. Kini, daerah Mersing, kawasan paling jauh di timar Johor, dimasukkan pula dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Langkah Kerajaan Persekutuan ini amat bertepatan sejajar kedudukan strategik Mersing dengan Pantai Timur Semenanjung dan keistimewaannya yang tersendiri. Sejak dulu lagi, Mersing sudah termasyhur dengan pantai yang memanjang lagi memutih, sungai yang luas lagi jernih, pulau-pulaunya yang

banyak lagi indah, hutannya luas lagi tertua, hasil buminya kaya lagi subur; menjadi tumpuan pedagang dan pelabur.

Mashyurnya Mersing didendangkan dalam lagu Seri Mersing, sebuah lagu lama yang terus segar, dengan mengisahkan keindahan pantai Mersing yang bersih dan indah. Namun ia juga mengaitkan rasa kecewa dan patah hati orang yang berdagang di Mersing. Kisah patah hati dan kecewa ini menjadi lagenda Seri Mersing yang mengisahkan seorang gadis yang cantik bernama Seri menjadi rebutan di antara pemuda Mersing dengan perantau dari daerah jiran. Kesudahan kisah lagenda ini disimpulkan dalam serangkap pantun yang disesuaikan dengan pantun Melayu lama;

Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu; Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang hamba musafir Lalu.

Itu pantun dahulu kala yang terungkap dalam sebuah lagenda Seri Mersing. Namun sekarang keadaan sudah berlainan, Mersing sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja seperti pantun terkini;

Kapal tuan mudik ke tanjung, Turun ke laut mengail gelama; Sekali tuan sudi berkunjung, Hati terpaut selama-lama.

Sinar terpancar fajar menyingsing, Embun menitik di hujung daun, Indah dilihat mengusik jiwa; Jangan gusar berdagang ke Mersing, Bandarnya cantik giat membangun, Pasti terubat rasa kecewa.

Hari ini, Mersing yang terkenal itu, berada dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur untuk dimanfaatkan potensinya, khususnya dalam sektor pelancongan yang kaya dengan kepelbagaian. Hanya dengan satu destinasi, pelancong menikmati semuanya sekali, lautan mahupun daratan; bersantai di pulau dan menyelam ke dasar lautan atau mengembara di hutan dan menyusuri sungai.

Sesungguhnya, Mersing amat bersedia untuk berkembang sebagai bandar pelancongan pesisir pantai. Gugusan kepulauannya adalah yang terbanyak di Malaysia. Setiap satu sudah ada kelebihan dan keistimewaan serta identiti tersendiri. Kalau mahu bersantai, berkunjunglah ke Pulau Sibu Besar; mahukan kemudahan persidangan, pilihlah Pulau Sibu Tengah; untuk kerja penyelidikan, kajilah hidupan marin di gugusan Pulau Tinggi; kalau mahukan cabaran dasar lautan, menyelamlah di perairan Pulau Aur dan Pulau Pemanggil; manakala untuk kegiatan lasak, boleh diatur di Pulau Besar, Pulau Hujung dan Pulau Tengah.

BERSAMBUNG MUKA 05

Oktober 2007

SEMASA 05

MASYARAKAT tempatan terutamanya Bumiputera tidak akan dipinggirkan dalam kerancakan Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar) apabila kerajaan mengenal pasti 17 kawasan untuk dijadikan pusat pertumbuhan ekonomi baru.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Pelancongan teras ekonomi Mersing

MERSING yang sekian lama bergantung kepada sektor pelancongan sebagai aktiviti utama ekonominya bakal berkembang lebih pesat lagi selepas ia dimasukkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Sebagai satu-satunya daerah di Johor yang dimasukkan dalam ECER, Mersing boleh mengharapkan sejumlah peruntukan bagi memastikan segala perancangan koridor ini menjadi kenyataan.

Bertepatan dengan pemilihan sektor pelancongan sebagai teras ekonomi Mersing di bawah ECER, antara pembangunan fizikal yang pasti berlaku ialah pembinaan jalan yang lebih baik untuk memudahkan lagi perhubungan antara daerah ini dengan bandar-bandar utama di sekelilingnya termasuk Kuantan, Johor Bahru dan Kluang.

Meskipun belum diumumkan, satu laluan baru yang menyambungkan Mersing dengan Lebuh raya Utara Selatan melalui Kluang dan Kahang akan diwujudkan.

Apabila ini berlaku, perhubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian selatan semenan-

jung akan menjadi lebih efisyen.

Satu lagi laluan baru yang dicadangkan untuk merancakkan lagi ekonomi kawasan ini ialah yang menghubungkan Johor Bahru dengan Sedili terus ke Mersing melalui jalan pesisir pantai.

Laluan ini dilihat sebagai usaha menarik minat rakyat Singapura yang sememangnya gemar memandu ke Malaysia terutama ke destinasi pelancongan berpantai.

Selain pulau dan pantai, Taman Negara Endau-Rompin yang juga hutan simpan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing.

Ia menawarkan pelancongan berbentuk pengembaraan yang begitu popular di kalangan orang Eropah dan Amerika seperti yang dilihat di Sabah dan Sarawak.

Melihat hakikat itu, adalah tidak mustahil juga Kerajaan menyediakan kemudahan untuk perkhidmatan pesawat kecil di Mersing yang boleh menjadi pendorong kepada pelancong mengunjunginya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah

menerima beberapa cadangan daripada sektor swasta untuk memastikan Mersing benar-benar menepati statusnya sebagai antara destinasi pelancongan utama.

Antaranya ialah meluaskan kawasan daratan di Mersing dengan menebus tanah di hadapan bandarnya supaya jeti yang digunakan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran dapat digunakan sepanjang masa.

Ketika ini penggunaan jeti itu terhad ketika air pasang akibat pemendapan di muara Sungai Mersing. Pembangunan pesat yang bakal berlaku di daerah ini juga dijangka membawa kesan sampingan seperti penghijrahan penduduk luar bandar ekoran pelaung pekerjaan yang lebih luas.

Mersing kini mempunyai kira-kira 83,000 penduduk dengan 65 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar.

Meskipun kesan sebenar ECER di Mersing tidak dijangka berlaku dalam sekelip mata, penduduknya perlu menyediakan diri mulai sekarang untuk memastikan peluang yang di depan mata berlalu begitu sahaja.

Kawasan itu merupakan yang sedia ada di selatan Johor di mana masyarakat Bumiputera mempunyai pemilikan harta dalam bentuk tanah persendirian dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri.

Ia akan dibangunkan seiring dengan pelaksanaan Iskandar.

Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman berkata ketika ini pun, kerajaan sudah mula membina infrastruktur baru di 17 kawasan berkenaan.

"Ia membabitkan perbelanjaan yang besar di kawasan yang merangkumi kampung dan taman perumahan.

"Maka, tidak seharusnya timbul lagi dakwaan bahawa masyarakat Bumiputera dipinggirkan," katanya pada majlis Mesra Aidilfitri Umno Bahagian Pasir Gudang baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ketua Umno Bahagian itu turut hadir.

Abdul Ghani berkata kerajaan akan membuktikan bahawa masyarakat tempatan bakal turut menikmati limpahan faedah menerusi penyertaan mereka dalam Iskandar.

"Saya amat yakin kita akan dapat menikmati faedah ini dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

"Apabila ini berlaku, ia dengan sendirinya menyangkal dakyah pembangkang kononnya Iskandar dikuasai dan dibolot orang asing sehingga meminggirkan masyarakat tempatan," katanya.

DARI MUKA 05

Semua 13 pulau dalam tiga gugusan itu dengan masing-masing mempunyai ciri-ciri semulajadinya yang tersendiri, dikekalkan dengan keasliannya. Pembangunannya mestilah mengekalkan pemeliharaan keunikan, keindahan dan alam semulajadinya.

Secara semulajadi juga, Mersing sudahpun serasi dengan Pahang. Kita berkongsi alam semulajadi, khususnya kekayaan khazanah Taman Negara. Namanya juga dikenali secara bersama, Endau-Rompin gelarannya, hutan hujan tropika paling tua di dunia. Di situ ada segala untuk dinikmati dan menambah ilmu pengetahuan, mengenai haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan, unggas dan segala macam kehidupan

hutan.

Itulah Mersing yang kaya dengan kepelbagaian, yang potensinya akan diperkukuhkan dengan kemudahan perhubungan yang bakal dipertingkatkan. Kedudukan Mersing yang agak jauh, akan didekatkan melalui jalan perhubungan daratan. Jarak perjalanan akan dipendekkan dari Lebuhraya Utara Selatan, selain satu laluan pantai akan disediakan. Maka, akan mudahlah perjalanan untuk sampai ke Mersing dari arah timur, barat mahupun selatan, sekali gus membuka luas Mersing, untuk bersama-sama dalam arus perdana kemajuan.

Alhamdulillah, sekalipun berada agak

jauh di Timur Johor, rakyat Mersing menerima kesan limpahan pembangunan dengan taraf hidup yang sederhana dan kadar kemiskinannya yang rendah itu, InsyaAllah akan dapat ditangani dalam tempoh singkat, lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini.

Kami di Johor yakin Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini akan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan, bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat. Sehubungan itu, Johor menjanjikan sepenuh komitmen dalam menyahut inisiatif ini demi kesejahteraan hidup rakyat, khususnya penduduk Mersing.

Beliau juga berkata selepas menerima pelaburan RM4.1 bilion dari Timur Tengah seperti yang diumumkan Ogos lalu, beberapa lagi pelaburan besar lain dalam Iskandar akan dibuat menjelang hujung tahun ini.

Oktober 2007

06 SEMASA

Persidangan Dewan Negeri Johor

Murid mangsa banjir gelombang pertama sudah terima wang ihsan

LEBIH 47,000 orang murid sekolah seluruh Johor yang terjejas akibat banjir gelombang pertama hujung tahun lepas telah menerima wang ihsan yang berjumlah kira-kira RM6.57 juta.

Daripada bilangan itu, 28,600 adalah murid sekolah rendah.

Mereka menerima RM100 manakala penuntut sekolah menengah diberikan RM200 setiap seorang.

Daerah Batu Pahat menerima

wang ihsan paling besar iaitu RM1.92 juta diikuti Segamat (RM1.38 juta) dan Muar (RM1.22 juta).

Pelajar-pelajar daerah Kota Tinggi pula menerima RM599,00; Johor Bahru (RM565,000), Kluang (RM548,000), Kulai (RM142,000) Pontian (RM135,000) dan Mersing (RM55,000).

Wang ihsan itu disalurkan melalui Pegawai-pegawai Daerah yang kemudian mengagihkannya kepada Pejabat Pendidikan

Daerah sebelum disampaikan kepada murid-murid oleh pengetua sekolah masing-masing.

Setakat ini, masih ada kira-kira 24,000 pelajar yang terjejas dengan banjir gelombang kedua yang belum menerima bantuan berkenaan.

Perbendaharaan Negeri telah meminta pengarah Jabatan Pelajaran Negeri menyediakan senarai murid dan sekolah yang terjejas untuk disampaikan bantuan itu.

Bantuan banjir...Dato' Abdul Ghani menyerahkan cek sumbangan pembelian pakaian sekolah kepada wakil bahagian pendidikan, Jabatan Agama Johor daerah Kluang, Mohd Fauzi.

Bio bahan api punyai potensi besar

INDUSTRI bio bahan api di negeri ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang berdasarkan kepada bilangan lesen pembuatan yang telah dikeluarkan.

Pengerusi

Jawatankuasa

Pertanian, In-

dustri Asas

Tani, Kebu-

dayaan dan

Warisan, Ah-

mad

Zahri

Jamil berkata

sehingga Julai

lepas, 15 lesen

pembuatan sudah dikeluarkan untuk

membina kilang bio-diesel.

Katanya tiga daripada kilang itu mempunyai kapisiti pengeluaran 210,000 tan setahun.

"Kilang berkenaan menghasilkan produk bio-diesel berasaskan sawit untuk dieksport," katanya menjawab pertanyaan wakil rakyat Sungai Abong, Datuk Dr Hariss Salleh.

Ahmad Zahri berkata sebuah lagi kilang dengan kapasiti pengeluaran 100,000 tan setahun kini pada peringkat pengeluaran percubaan.

Menurutnya jumlah eksport bio-diesel Johor antara Ogos 2006 dan Julai lepas ialah sebanyak 73,285 tan yang bernilai RM184.38 juta.

Satu bayi satu pokok

...ibu bapa bayi yang baru dilahirkan akan diberikan sebatang pokok untuk ditanam...

JOHOR akan memperkenalkan program "satu kelahiran satu pokok" sebagai sebahagian daripada usaha menangani pemanasan global.

bantu mencapai matlamat menghijaukan lagi negeri ini," katanya menjawab pertanyaan wakil rakyat kawasan Rengit, Ayub Jamil.

Menerusi program itu, sebatang pokok akan ditanam apabila ada kelahiran dicatatkan di hospital kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ibu bapa bayi yang baru dilahirkan akan diberikan sebatang pokok untuk ditanam sama ada di sekitar hospital atau kawasan lapang yang bersesuaian.

"Kita amat yakin program ini akan mem-

Ayub bertanya mengenai rancangan Kerajaan Negeri menangani masalah pemanasan global yang menurutnya semakin meruncing kebelakangan ini.

Halimah juga berkata lebih 672,700 batang pokok telah ditanam di seluruh Johor sepanjang enam tahun lepas.

Katanya usaha itu membabitkan kos berjumlah RM40.4 juta yang dibiayai Jabatan Landskap Negara.

"Di samping itu, kita juga menggalakkan pembukaan lebih banyak tapak semaian yang menawarkan pelbagai jenis pokok untuk ditaman di kawasan persendirian," katanya.

Pekerja asing yang tak terurus boleh sebabkan jenayah meningkat

KEHADIRAN ramai warga asing dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar) boleh menyebabkan kemungkinan peningkatan kejadian jenayah.

Kemungkinan itu, menurut Menteri Besar Dato' Abdul Ghani Othman, boleh berlaku jika individu dan syarikat yang melabur dalam Iskandar memberi perlindungan dan pekerjaan kepada warga asing yang masuk secara haram.

Sehubungan itu, katanya, sebagai persediaan untuk memastikan perkara itu dapat dielakkan, pengurusan tenaga manusia dan kebajikan pekerja asing perlu diperbaiki.

"Kegagalan mengurus dengan baik hal berkaitan dokumen perjalanan, gaji, perumahan, faedah kesihatan dan sosial boleh mendatangkan masalah," katanya menjawab pertanyaan wakil rakyat Kemelah, Ayub Rahmat.

Ayub bertanya mengenai tanggapan umum bahawa Iskandar menyumbang kepada peningkatan kejadian jenayah ekoran kehadiran ramai warga asing.

Abdul Ghani berkata kemungkinan untuk perkara itu berlaku tidak dinafikan.

Beliau juga berkata tanggapan umum bahawa tumpuan polis terhadap Iskandar menyebabkan tahap keselamatan di kawasan lain longgar adalah tidak benar.

"Keanggotaan dan logistik pasukan polis diagih mengikut keperluan daerah yang diberi perhatian sama rata," katanya.

Beliau berkata statistik Jenayah Indeks bagi antara Januari dan Ogos menunjukkan penurunan 7.51 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. (Sila lihat jadual)

Abdul Ghani berkata Polis Johor telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mewujudkan suasana aman dan selamat di negeri ini.

Antaranya, kata beliau, ialah meningkatkan kehadiran anggota polis di kawasan yang kerap berlaku jenayah dan meningkatkan kualiti serta keupayaan risikan melalui penubuhan Centre Intelligence Unit.

"Polis juga giat mempromosi konsep Bandar Selamat di samping menggalakkan pembabitan masyarakat dalam pelbagai program kepolisian masyarakat seperti Rakan Cop," katanya.

Jan - Ogos 06 19,259 kes

Jan - Ogos 07 17,812 kes

+/-1,447 kes

Peratus -7.51%

Jadual perbandingan jenayah indeks bagi tempoh sama Januari hingga Ogos 2006 dan 2007.

Oktober 2007

SEMASA 07

Johor dan Xinjiang perkukuh jalinan kerjasama

JOHOR dan Xinjiang, sebuah wilayah di barat laut China memang berbeza budaya dan adat resamnya.

Namun, itu bukanlah yang dicari delegasi Kerajaan Johor semasa lawatan mereka ke wilayah berkenaan baru-baru ini sebaliknya persamaan yang boleh dimanfaatkan.

Sebagai permulaan, persamaan yang ditemui menunjukkan bahawa Johor dan Xinjiang adalah pengeluar utama hasil pertanian negara masing-masing.

"Sektor inilah yang boleh kita manfaatkan dengan bekerjasama meningkatkan penguasaan pasaran dunia," kata Menteri Besar Dato' Abdul

Ghani Othman.

Beliau dan penasihat khas kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar), Tun Musa Hitam mengetuai delegasi 100 pegawai kerajaan, swasta dan peniaga itu dalam lawatan ulung untuk mempromosi Iskandar di China.

Satu seminar mengenai peluang pelaburan dan perniagaan Johor-Xinjiang turut diadakan. Ia adalah sebahagian daripada agenda Johor-Malaysia China Business Council (MCBC) untuk meneroka peluang baru antara kedua-dua wilayah itu.

Abdul Ghani berkata walaupun jarak yang memisahkan Johor dan Xinjiang agak jauh, beliau melihat kepada sinergi daripa-

da segi kedua-dua masyarakatnya yang pelbagai etnik tetapi berlatar belakangkan Islam.

"Terdapat peluang yang besar untuk kedua-dua wilayah ini menjalinkan kerjasama dan penyatuan perniagaan serta jaringan dan bekerja bersamasama mereka bentuk dan membangunkan produk bagi meningkatkan penguasan pasaran global kita.

"Xinjiang adalah pengeluar terbesar minyak Lavender, anggur manis dan buah-buahan lain sementara kita di Johor juga merupakan pengeluar utama sayur-sayuran, ayam itik dan telur serta buah-buahan segar. Kita tidak boleh membiarkan persamaan ini dipersia-siakan," katanya.

Beliau berkata melalui jalinan kerjasama ini, kedua-dua pihak dapat berkongsi pengetahuan saintifik dan teknikal untuk meningkatkan hasil pertanian.

"Tumpuan kita juga bukan hanya kepada pertanian tetapi merangkumi kerjasama dalam bidang tekstil dan perabot untuk pasaran dunia," katanya.

Untuk rekod, Batu Pahat dan Muar adalah pusat pengeluaran tekstil dan perabot terbesar di Malaysia.

Musa pula melihat kepada satu wilayah autonomi yang dipenuhi masyarakat beragama Islam yang boleh dijadikan batu loncatan untuk ahli perniagaan Bumiputera menembusi China.

Menurutnya, Xinjiang yang bersempadan dengan lapan negara termasuk Negaranegara Bekas Russia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Pakistan, Mongolia, India dan Afghanistan boleh menjadi sumber pelancong bagi Johor dan Malaysia.

Semasa lawatan itu, keduadua pihak juga memeterai satu memorandum persefahaman untuk membuka ruang mengukuhkan perdagangan, pelaburan dan jalinan kebudayaan antara Johor dan Xinjiang.

Johor diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Latiff Yusof sementara Timbalan Gabenor, Aili Geng mewakili Xinjiang.

Festival Muzik Wataboshi Asia Pasifik

JB jadi tumpuan pengiat seni kurang upaya Nov ini

FESTIVAL Muzik Wataboshi Asia Pacific, satu-satunya festival muzik dunia untuk golongan kurang upaya akan berlangsung di Johor Bahru, November ini.

Ini adalah kali pertama Johor menganjurkan festival itu.

Ia akan berlangsung di Persada Johor pada 25 November.

mempersembahkannya kepada umum bersama-sama golongan kurang upaya berkenaan.

Wataboshi, iaitu biji benih bunga dandelion yang mudah diterbangkan angin pula dipilih sebagai menggambarkan usaha peneraju festival ini menyebarkan mesej penyayang dan persefahaman ke serata dunia.

Kali terakhir festival dua tahun sekali itu diadakan ialah pada 2005 di Shanghai.

Festival ini bermula di Jepun pada 1973 apabila beberapa pelajar kurang upaya di Nara menulis puisi yang kemudian dikompilasikan.

Ia memberi inspirasi kepada sekumpulan ahli muzik untuk mengubah lagu berdasarkan kepada puisi itu yang seterusnya

Antara negara lain yang pernah menganjurkan festival ini ialah Singapura pada 1991, Korea (1993), Shanghai (1995), Thailand (1997) Taiwan (2001) dan Australia (2003).

Wataboshi 2007 adalah yang kesembilan dan anjuran bersama Kerajaan Johor, Yayasan Warisan Johor, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan Yayasan Pembangunan Keluarga.

Menerima tanggungjawab...Yang Dipertua Juita, Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin menunjukkan Wataboshi yang diserahkan Timbalan Presiden Yayasan Orang Kurang Upaya Shanghai, Gong Borong bagi menganjurkan Wataboshi 2007.

Turut terbabit ialah dua pertubuhan bukan kerajaan - Asia Pacific Forum on Families (APFAM) dan Badan Amal Isteri Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita).

Setakat ini 12 buah negara telah mengesahkan penyertaan pada

festival itu.

Johor, selaku tuan rumah akan mempersembahkan tiga tarian kaum utama di negara ini.

Tarian itu, termasuklah zapin yang sinonim dengan Johor akan dipersembahkan oleh kira

?kira 1,000 kanak-kanak kurang upaya.

Selain persembahan kesenian, Wataboshi 2007 juga diisi dengan deklamasi puisi, pertandingan muzik dan pameran kraftangan.

Oktober 2007

08 BELASUNGKAWA

Tan Sri Othman Saat

Perginya Bapa Pembangunan Luar Bandar

UNGKAPAN kalau hendak seribu daya kerap disebut baik semasa berucap kepada khalayak ramai mahupun ketika bermesyuarat dengan pegawai kerajaan.

Bagi beliau, halangan utama untuk maju bukan kerana kekurangan peralatan tetapi sifat malas dan suka mencari alasan.

Berpegang pada prinsip itulah, Tan Sri Othman Saat membuka penempatan-penempatan baru menerusi Rancangan Tanah Felda dan Felcra di seluruh Johor sekitar tahun 70an.

Berulang kali beliau menjelajah seluruh pelusuk negeri untuk menarik minat anak jati mencuba usaha baru ini.

Memang tidak ramai yang berminat kerana untuk membuka penempatan baru, terlalu banyak kerja yang perlu dibuat termasuklah membersihkan hutan belantara yang pasti memenatkan.

Namun menyedari bahawa memajukan negeri ini dan rakyatnya adalah tanggungjawab seorang menteri besar, Othman

tidak berputus asa malah meningkatkan usahanya.

Kini, Johor boleh berbangga sebagai antara negeri yang mempunyai kawasan Rancangan Tanah Felda paling besar dengan peneroka yang beribu bilangannya.

Ini adalah antara buah tangan Othman sepanjang 15 tahun menerajui Johor.

Usahanya itu amat dihargai sehingga beliau diberi gelaran "Bapa Pembangunan Luar Bandar" di kalangan peneroka Rancangan Felda.

Keperihatinan Othman terhadap pembangunan luar bandar dan Rancangan Felda diakui Dato' Abdul Ghani Othman, menteri besar sekarang.

"Johor amat beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang begitu perihatin dengan kawasan luar bandar.

"Rancangan Felda yang begitu berjaya adalah hasil usaha beliau," katanya.

Othman adalah Menteri Besar Johor yang ke-11.

Anak pedagang beras di Muar ini dilahirkan di Kampung Tengah, Muar pada 4 April, 1927.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Arab Al-Attas di Johor Bahru, beliau dihantar ke Mekah untuk meneruskan pelajaran dalam bidang agama.

Othman kembali ke tanah air ketika berusia 16 tahun dan terus membantu perniagaan bapanya sambil berjinak-jinak dengan politik setempat.

Kian hari minatnya terhadap politik semakin mendalam yang mendorongnya menyertai Gerakan Nasionalisme Melayu yang aktif sekitar tahun 40an.

Jika ramai masih tidak tahu, Othman juga adalah antara yang terawal menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan. Beliau mendaftarkan diri pada 11 Mei, 1946 ? hari Umno ditubuhkan.

Sebagai anak muda yang bersemangat tinggi, beliau menggunakan kemudahan yang ada untuk bersama-sama para pemimpin Umno lain membakar semangat orang Melayu menyingkirkan penjajah melalui kekuatan parti.

Kesungguhannya bekerja membuka mata pucuk pimpinan Umno yang membuka peluang untuk beliau menganggotai jawatankuasa Umno pada 1952.

Kerjaya politik Othman terus bersinar apabila dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum 1955 bagi Dewan Negeri kawasan Jorak.

Beliau memenangi kerusi itu tanpa bertanding dan tiga tahun kemudian, dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan sebagai tanggungjawab pertamanya.

menghabiskan masa bersama keluarga.

Beberapa tahun kemudian, kesihatan beliau terjejas dan pernah dua kali diserang angin ahmar ringan iaitu pada 2001 dan 2002.

Kesihatan beliau tidak pulih sepenuhnya sejak itu dan pada 2 Oktober lepas, kaki kanannya terpaksa dipotong akibat gangren.

Semasa memegang portfolio ini, beliau memperkenalkan skim rumah kos rendah untuk golongan miskin terutama masyarakat Melayu yang jauh ketinggalan dalam arus pembangunan ketika itu.

Ketokohan dan bakat kepimpinan Othman memang tidak dapat dinafikan lagi dan pada 1967, beliau dilantik sebagai menteri besar ketika berusia 43 tahun.

Jika dalam kerajaan beliau tidak suka mencari alasan untuk mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab, beliau dikenali sebagai pemimpin yang berjaya memantapkan Umno pada semua peringkat.

Dua puluh lima hari kemudian, Othman menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada usia 84 tahun.

Isterinya, Puan Sri Kamariah Bujang dan anak sulung, Zulkifli, adalah antara anggota keluarga terdekat yang berada di sisi Othman ketika itu.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, Speaker Dewan Negeri Dato' Mohd Ali Hassan dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut menziarahi jenazah.

Bersemadi...Isteri Allahyarham, Puan Sri Kamariah menabur bunga di pusara suaminya.

Othman begitu disegani dan dihormati bukan sahaja di kalangan anggota Umno bahkan parti komponan Barisan Nasional.

Beliau meletakkan jawatan pada 1982 dan sejak itu banyak

Johor amat terhutang budi dengan Othman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan mereka yang dikasihiNya.

Oktober 2007

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download