FOKUS I di Perkahwinan Awal Usia

BULETIN PERSATUAN WANITA UKM

Bil. 71

ISSN 1985-7713

2016

FOKUS I

Terperangkap di Perkahwinan Awal Usia

Nasrudin Subhi

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapati lebih ramai pasangan yang berkahwin adalah mereka yang berada di usia muda. Rata-rata boleh dikatakan di usia antara 20-25 tahun. Mereka ini adalah dalam kategori usia awal dewasa di mana di kala ini mereka rata-rata sudah mula bekerja setelah tamat SPM, STPM, sijil, diploma ataupun ijazah sarjana muda. Tren ini berbeza dengan golongan mereka di usia lewat 30an dan 40an di mana mereka ini dahulu ratarata berkahwin di usia lewat 20an atau awal 30an dan mungkin sebahagiannya di pertengahan 30an. Pada hemat mereka, kerjaya perlu diberikan penumpuan dahulu agar stabil dan dalam masa yang sama punyai masa untuk mengumpul wang bagi melaksanakan perkahwinan. Ada juga yang berpendapat bahawa mereka mahu berbakti dahulu kepada keluarga sebelum membuat komitmen baharu dalam perkahwinan.

Secara umumnya kadar perkahwinan di Malaysia turut meningkat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mencatatkan peningkatan jumlah perkahwinan untuk tiga tahun berturut dengan catatan 156,674 (2013), 159,851 (2014) dan 174,321 (2015). Namun dalam masa yang sama, kadar perceraian turut sama mengalami peningkatan dengan catatan 29,583 (2013), 33,842 (2014) dan 36,732 (2015). Sebilangan perkahwinan dan perceraian ini mungkin datang daripada mereka yang berkahwin di usia muda. Tiada sebarang kesalahan terhadap peningkatan perkahwinan di dalam negara namun yang merunsingkan ialah kadar perceraian tidak sepatutnya melalui tren peningkatan yang sama.

Persiapan Perkahwinan

Perkahwinan memerlukan kepada persiapan yang rapi. Banyak paparan di media cetak mahupun elektronik yang mensajikan pembaca dan penonton dengan persiapan yang perlu dilakukan menjelang menyambut hari bahagia melalui gerbang perkahwinan. Segala persiapan diteliti bermula daripada penjagaan diri

kepada lokasi, sajian, hantaran, wang hantaran, tema warna, kad jemputan hinggalah kepada pakej berbulan madu. Semua ini pasti memperuntukkan masa yang lama sehingga berbulan lamanya. Namun, dalam kesibukan dan keghairahan melakukan persiapan berbentuk fizikal dan material ini ramai di antara pasangan yang ingin berkahwin, lebih-lebih lagi yang muda lupa akan persiapan mental sedangkan ia dianggap persiapan yang paling mustahak. Bagi tujuan tersebut individu perlulah mencapai kematangan dalam perkembangan kognitifnya. Justeru, kesedaran perlu timbul berkenaan tujuan sebenar beliau hendak melangkah ke gerbang perkahwinan. Selain daripada kematangan berfikir, kesediaan itu juga perlu datang daripada diri sendiri dan bukan disebabkan desakan atau paksaan daripada faktor sekeliling. Sebagi contoh, jangan jadikan sandaran rakan-rakan karib yang rata-rata telah berkahwin untuk anda turut mengikut jejak langkah mereka hanya kerana tidak mahu merasa ketinggalan.

Cabaran Sosial

Selain faktor kurang persiapan mental, cabaran sosial masa kini yang kian mencabar juga menjadi faktor remaja terperangkap dalam perkahwinan di usia muda. Dunia hari ini diistilahkan sebagai dunia tanpa

...bersambung ke muka 3

KANDUNGAN

1 Fokus I

16

2 Kata Pengarang

18

5 Fokus II

20

7 Hidayah I

22

8 Hidayah II

24

10 Ceria

25

13 Pengalaman

Doktor Pakar Kesihatan Kembara Profil Dapur Sukmanita Berita

KATA PENGARANG

Ahli SUKMANITA yang dihormati,

Syukur ke Hadhrat Allah SWT kita dapat bersua kembali dalam keluaran SUARANITA. Penerbitan SUARANITA Bilangan 71 kali ini memaparkan tema Perkahwinan di Usia Muda. Fenomena perkahwinan awal bukan merupakan isu baru dalam kalangan masyarakat Melayu baik di bandar atau pun di luar bandar. Malahan ia telah menjadi satu trend dan bilangannya semakin meningkat. Perkahwinan awal ini boleh difahamkan sebagai ikatan pasangan lelaki dan perempuan sebagai suami isteri di usia muda iaitu di bawah umur 18 tahun.

Ada beberapa faktor yang boleh menggalak anak muda untuk berkahwin awal. Pergaulan bebas yang semakin berleluasa dikenal pasti sebagai faktor pemangkin kepada trend kahwin muda ini. Bagaimanapun, sering kali perkahwinan seperti itu dianggap sebagai satu jalan penyelesaian oleh pasangan yang terlanjur demi menyelamatkan maruah keluarga daripada tercemar. Selain itu, desakan keluarga juga dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu mementingkan darjat, susur galur dan agama. Sehubungan ini ada beberapa faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak mereka. Pertama, kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan dan sebab lain terutama bagi keluarga miskin

di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan untuk mengurangkan beban. Tidak kurang juga keluarga yang berpegang kepada pendapat bahawa perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda. Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana ramai ibu bapa percaya anak gadis mereka akan dilindungi suami sebaik sahaja berumah tangga. Aspek itu lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan.

Kita sedia maklum perkahwinan memerlukan banyak persiapan. Dalam keghairahan melakukan persiapan berbentuk fizikal dan material ramai pasangan muda ini lupa memikirkan persiapan mental bukan sahaja dari aspek kematangan berfikir tetapi jugak kesediaan menerima tanggungjawab dalam berumahtangga. Justeru berbagai masalah, cabaran dan dugaan yang timbul yang diakhiri dengan banyak perceraian. Namun tidak dinafikan perkahwinan awal juga banyak kebaikan seperti boleh meransang sesaorang menjadi lebih fokus dan bermotivasi dan lebih bertanggungjawab.

Banyak isu-isu menarik berkaitan perkahwinan di usia muda ini dibincangkan dalam keluaran ini seperti terperangkap di perkahwinan awal usia, emak, saya mahu kahwin, kebaikan dan keburukan berkahwin di usia muda, pengalaman berkahwin ketika masih bergelar mahasiswi, peningkatan perceraian dan berbagai lagi. Di ruangan dari doktor pakar kita berpeluang mempelajari serba sedikit mengenai mammografi bagi mengesan penyakit seperti kanser. Seperti biasa kita ada ruangan kembara dan catatan mengenai kegiatan dan aktiviti SUKMANITA. Semoga keluaran SUARANITA kali ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca sekelian.

Sekian dan Selamat Membaca.

Prof Madya Hasnah Ali hasnah_ali03@yahoo.co.uk

PENASIHAT Datin Zarina Mahmud EDITOR Prof Madya Hasnah Ali

SUARANITA BIL 70 ? 2015 ? 2

SIDANG REDAKSI

JAWATANKUASA KERJA Prof Madya Hasnah Ali (Pengerusi) Siti Wahida Amanullah (Setiausaha) Prof Dato' Noor Aziah Mohd. Awal Prof Madya Datin Noraziah Ali Prof Madya Dr Fariza Mohd Sham Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah Rohaya Umar Maznah Ibrahim

GRAFIK Muhammad Farid Zainal Azman

TERBITAN/EDARAN Biro Penerbitan & Publisiti SUKMANITA

...bersambung dari muka 1

sempadan apabila segala maklumat berada di hujung jari. Tambahan dengan adanya telefon android hal ini menjadi bertambah mudah. Selain informasi positif, informasi negatif juga mudah didapati menerusi telefon android ini. Sebagai contoh: (1) kini video lucah semakin mudah diperolehi, (2) terdapat juga banyak aplikasi yang berbentuk chatting dan dating secara atas talian yang turut memerangkap mereka yang di bawah umur dan (3) aplikasi perkongsian sosial seperti Facebook dan Instagram yang berupaya mendorong seseorang itu menjadi ketagihan untuk mendapatkan penghargaan sosial. Generasi muda dilihat taksub untuk mendapatkan perhatian bagi penghargaan sosial daripada orang di sekeliling. Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku antaranya: (1) mendapat perhatian yang melampau sewaktu membesar ? justeru apabila menginjak dewasa terus dahagakan perhatian daripada orang di sekeliling, (2) ingin menutup kekurangan diri ? apabila orang sekeliling tertumpu kepada kehebatan diri yang dipaparkan mereka akan lupa tentang kelemahannya, (3) cemburu dengan perhatian yang diperoleh oleh orang lain ? akibat sifat ini mereka juga berlumba untuk turut sama mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling.

Taksub untuk mendapatkan perhatian dan penghargaan sosial ini, generasi muda seringkali terjerat ke dalam pergaulan bebas. Akibat pergaulan bebas ini pula generasi muda cenderung terperangkap dalam perhubungan intim luar nikah yang membawa kepada aktiviti seks luar nikah. Kepesatan teknologi maklumat (IT) dan gajet menyebabkan salah laku anak-anak lebih sukar untuk dikesan ibu bapa. Sebagai contoh, ibu bapa hanya mengetahui anak perempuan mereka terlibat dengan aktiviti seks luar nikah apabila anak tersebut didapati mengandung. Stigma mengandung luar nikah masih lagi suatu isu yang menebal dan sering kali menjadi buah mulut masyarakat. Justeru, masih ramai ibu bapa yang tidak sanggup berhadapan dengan perkara ini. Lantas, sebagai jalan keluar terbaik ada yang mengambil keputusan untuk segera mengahwinkan anak mereka walaupun di bawah umur.

Di Malaysia, statistik menunjukkan mereka yang berkahwin di bawah usia yang ditetapkan oleh undangundang turut meningkat. Umur sah berkahwin di negara ini adalah apabila kanak-kanak itu telah mencapai umur 18 tahun, namun bagi gadis Muslim setelah mencapai umur 16 tahun. Bagi gadis Muslim di bawah umur 16 tahun yang ingin berkahwin mereka perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, pada tahun 2012 mahkamah telah menerima sebanyak 1,165 permohonan perkahwinan dimana salah seorang

pasangan adalah di bawah umur dan daripada jumlah tersebut telah meluluskan sebanyak 1,022 permohonan. Jumlah ini meningkat daripada tahun sebelumnya di mana permohonan yang diluluskan adalah sebanyak 900 permohonan.

Faktor Generasi

Seterusnya adalah faktor generasi yang turut menyumbang kepada perkahwinan di awal usia. Generasi muda kini adalah mereka yang dikategorikan sebagai gen-Y dan gen-Z. Gen-Y adalah mereka yang dianggarkan lahir dari tahun 1979 hingga 1997 manakala gen-Z adalah mereka yang lahir dari tahun 1998 hingga kini. Ini bermakna umur gen-Y tertua adalah 37 tahun dan gen-Z tertua ialah 18 tahun. Oleh itu, ibu bapa mereka terdiri daripada gen-Y dan gen-X. Gen-X dan Y adalah generasi yang lahir selepas Perang Dunia. Oleh itu, mereka tidak pernah terdedah dengan kesusahan dan keperitan hidup akibat peperangan. Ibu bapa mereka juga telah bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan kehidupan yang terbaik buat anak-anak ini memandangkan ibu bapa mereka telah hidup dalam era yang serba kekurangan. Justeru, anak-anak gen-X dan gen-Y pastinya lebih bernasib baik kerana suasana kehidupan mereka jauh lebih sempurna berbanding ibu bapa mereka.

Oleh kerana generasi muda kini datang daripada keluarga yang dikatakan stabil ekonominya maka kehendak mereka untuk mendirikan rumahtangga bukanlah suatu yang sukar untuk dipenuhi. Kos kenduri kendara banyak dibantu oleh keluarga. Namun, mereka berhadapan dengan cabaran lebih dekat dengan diri iaitu beberapa personaliti negatif yang seringkali dikaitkan dengan generasi ini iaitu mereka lebih bersifat individualistik dan kurang kemahiran untuk bersosial secara langsung kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa secara atas talian. Mereka juga dikatakan lebih bersifat impulsive dan agak kurang tahap kesabaran. Selain itu, rata-rata golongan muda seringkali dikaitkan dengan sifat panas baran, ingin bebas, tidak berfikir panjang dan mudah cemburu. Mengemudi rumahtangga bukan semudah yang disangka. Menjalani perkahwinan dan membina rumahtangga juga tidak boleh diibaratkan sebagai satu proses cuba jaya yang boleh dibubarkan dengan mudah setiap kali berhadapan dengan isu kecil. Justeru, sebuah perkahwinan dan rumahtangga pastinya menuntut pelbagai pengorbanan daripada pasangan. Sebagai contoh, berkorban masa bersosial dengan rakan, berkorban keperluan diri dan berkorban waktu rehat dan tidur demi kesihatan dan kesejahteraan

...bersambung ke muka 4

SUARANITA BIL 70 ? 2015 ? 3

...bersambung dari muka 3

isteri dan anak-anak. Sifat rela berkorban inilah perlu disemai dan diperkukuhkan dalam generasi muda hari ini.

Generasi muda perlu diingatkan bahawa kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur berlandaskan kepada keupayaan untuk menyediakan segala kelengkapan fizikal buat kesempurnaan keluarga. Ini kerana andai ditakdirkan kekayaan telah habis maka keharmonian rumahtangga akan mula tergugat lalu mengundang kepada perceraian. Hakikatnya kasih sayang dan belaian jauh lebih penting dan berharga daripada rumah besar dan kereta mewah. Sebagai contoh, seorang suami perlukan belaian manja isteri manakala si isteri pula perlukan sokongan dan cinta suami manakala anakanak turut inginkan perhatian, perlindungan dan kasih sayang daripada ibu dah ayahnya.

Kursus Perkahwinan

Kursus perkahwinan yang diwajibkan pengambilannya bagi pasangan yang ingin berkahwin juga perlu dikaji semua pelaksanaan serta pengisiannya agar ia seiring peredaran zaman. Memandangkan sekarang dunia telah mula didedahkan dengan konsep `Open Learning' dan rata-rata generasi muda kini mempunyai android dan capaian internet kaedah kursus perkahwinan boleh dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan terstruktur dengan cara ini. Pelbagai aspek baharu boleh dimasukkan ke dalam struktur kursus sedia ada agar mereka yang menjalani kursus ini benar-benar bersedia untuk memasuki gerbang perkahwinan.

Kesimpulan

Akhirnya, tidak dinafikan perkahwinan di usia muda turut mempunyai kebaikan. Sekiranya pasangan muda sukar untuk mengawal nafsu syahwatnya maka berkahwin di usia muda ini dapat memberi ruang kepada pasangan muda untuk menyalurkan nafsu syawat dengan cara yang halal lantas mengelakkan daripada melakukan dosa. Membesarkan anak-anak kecil memerlukan kudrat yang banyak justeru berkahwin muda mempunyai kelebihan di mana tenaga golongan ini masih di tahap yang terbaik. Selain itu, berkahwin muda berupaya meransang diri individu tersebut untuk lebih fokus dan bermotivasi dengan kehidupan bagi membentuk masa depan keluarga yang lebih baik dan cerah. Gunakan kelebihan ini untuk sama-sama belajar tentang cara gaya terbaik bagi membangunkan sebuah keluarga bahagia yang mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Pusat Pemerkasaan Remaja, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM nas2572@ukm.edu.my

MUTIARA KATA

Saat kita memilih untuk mencintai, kitalah yang perlu bertanggungjawab mengurus hati. Kerana jatuh cinta itu satu pilihan, tetapi mencintai itu satu keputusan. Tidak wajar menyalahkan orang lain atas keputusan yang kita sendiri ambil. Maka sebelum memutuskan, sebaiknya teliti dengan jitu pilihan yang datang agar kelak tiada penyesalan... yang mengundang kedukaan berpanjangan. ~ Ummuhusna99 ~

SUARANITA BIL 70 ? 2015 ? 4

FOKUS II

Perkahwinan Bawah Umur atau Perkahwinan Kanak-kanak:

Satu Manfaat atau Mudarat?

Prof Dato' Noor Aziah Mohd Awal

(berusia 17 tahun) berkahwin dengan teman lelakinya, Muhd. Muaz Mislan (berusia 15 tahun). Perkahwinan ini juga juga direstui keluarga mereka. Mereka berkahwin selepas bercinta kira-kira dua bulan.

Rasional Perkahwinan Bawah Umur

Perkahwinan kanak-kanak bukan suatu perkara baru dalam kalangan masyarakat silam. Amalan ini dilakukan secara meluas, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam, bahkan juga dalam budaya silam masyarakat dunia yang lain, seperti di China, Jepun, India, Babylon, Rom, Athens, Yahudi dan Kristian di Eropah.

Perkahwinan Kanak-Kanak

Perkahwinan kanak-kanak berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia bawah 16 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang juga berusia di bawah 18 tahun atau lebih dari 18 tahun. Yang biasa berlaku ialah pasangan lelaki itu jauh lebih tua dari kanak-kanak yang dinikahinya. Perkahwinan kanakkanak jarang melibatkan kanak-kanak lelaki yang di bawah 18 tahun dengan pasangan wanita yang melebihi 20 tahun. Pada April 2016, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, dilaporkan berkata terdapat sebanyak 827 permohonan perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi masyarakat Islam yang direkodkan tahun 2015.

Sejak akhir-akhir ini kes-kes perkahwinan kanak-kanak bayak dilaporkan oleh akhbar. Misalnya di Sabah, seorang lelaki Riduan Masmud, 40 tahun telah didakwa merogol seorang budak berumur 12 tahun, dan kemudiannya telah mengahwini mangsanya sebagai isteri kedua dengan keizinan Mahkamah Syariah. Pada 14 Disember 2014, seorang pemuda berusia 21 tahun, Zulhelmi Kaharudin, berkahwin dengan seorang gadis berusia 15 tahun, Nurulain Mohammad, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh. Perkahwinan pasangan ini direstui kedua-dua ibu bapa mereka. Zulhelmi, seorang peniaga restoran dan isterinya masih menuntut. Pada 30 November 2014, seorang pelajar tingkatan lima, Nur Izzati Amiera Ishak

Apa yang menjadi persoalan hari ini ialah apakah rational perkahwinan bawah umur atau perkahwinan kanakkanak ini? Suatu masa dahulu perkahwinan bawah umur ini disebabkan kepercayaan orang Islam bahawa ia kerana Rasullah saw berkahwin dengan Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun. The Star, telah melaporkan bahawa Dr Wan Azhar Wan Ahmad, fello kanan dan pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik di IKIM, telah menolak keras tanggapan bahawa perkahwinan bawah umur adalah anjuran atau amalan Islam. Menurut beliau, tidak ada nas atau dalil yang menyokongnya. Dr Wan Azhar menyokong pandangan sesetengah ulama yang berpendapat Aisyah berusia sekitar 17 tahun sewaktu berkahwin. Beliau juga merujuk pada surah An-Nisa 4:21, yang mana Allah mengingatkan bahawa isteri berpegang kuat kepada perjanjian ataupun kontrak perkahwinan yang dibuat bersama suaminya. Beliau berhujah bahawa pastilah hanya wanita dewasa dan tidak mungkin kanak-kanak kecil yang mampu memahami kandungan, makna dan kesan perjanjian perkahwinan tersebut. Malahan perkahwinan kanak-kanak adalah produk budaya dan juga masalah ekonomi keluarga.

Ada ibubapa dari keluarga msikin juga mengahwinkan anak perempuan untuk meringankan beban keluarga. Jika suatu masa dahulu ramai ibubapa kita sendiri berkahwin pada usia yang sanbat muda, pada tahun? tahun 1980an dan 1990an bilangan yang berkahwin muda berkurangan. Ini kerana anak perempuan dihantar ke sekolah dan mereka menjadi lebih berjaya dalam akademik. Hasil kejayaan tersebut, ramai yang memilih untuk berkahwin lewat sedikit. Hari ini kebanyakan anak perempuan berkahwin pada usia 26 tahun dan anak lelaki pada usia 27 tahun, namun trend berkahwin muda atau awal ini kembali menjadi popular.

Antara sebab perkahwinan ini ialah kerana pergaulan bebas dan ada antara mereka terlibat dengan seks tanpa nikah. Ada juga yang telah hamil sebulan dua sebelum diakadnikahkan. Jika dahulu ibubapa kita berkahwin pada usia yang sangat muda, namun kita semua membesar dengan baik dan mendapat pendidikan. Hari

...bersambung ke muka 6

SUARANITA BIL 70 ? 2015 ? 5

...bersambung dari muka 5

ini ramai pasangan muda berkahwin semata-mata kerana ingin menghalalkan satu hubungan yang mungkin telah bermaksiat dari awal. Kebanyakan generasi Y hari ini berkahwin kerana kegagalan mengawal nafsu dan akhirnya berkahwin atas sebab telah terlanjur dan ingin menjaga nama keluarga. Akhirnya pasangan bercerai selepas satu ke tiga tahun perkahwinan.

Penceraian

Akhbar Kosmo dalam laporannya pada 15 November 2016 menyatakan yang dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga Islam di negara ini. Jika diambil secara purata, kes setahun adalah 45,666 kes dan 3,805 kes sebulan atau 126 kes sehari atau 5 kes setiap satu jam. Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan pada 2015 sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos, bagi 2014 sebayak 53,870 dan pada 2011 sebanyak 43,749 kes perceraian. Dari jumlah tersebut ada kajian yang menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah. Tidak pasti sama ada jumlah ini melibatkan pasangan perkahwinan kanak-kanka atau pun tidak. Justeru, perkahwinan kanak-kanak bukan lah sesuatu yang digalakkan dan ia bukan satu amalan agama terutama yang melibatkan umur di bawah 16 tahun.

Perkahwinan kanak-kanak memberi kesan buruk kepada kanak-kanak dan kes perceraian dalam kalangan mereka juga tinggi. Pasangan yang telah dewasa apabila berkahwin pun mengalami berbagai masalah termasuk masalah kurang skil keibubapaan. Masalah kewangan adalah satu lagi masalah besar yang dihadapi pasangan kanak-kanak kerana mereka masih belajar, tiada pendapatan dan ditanggung keluarga. Biasanya mereka membebankan ibubapa terutama apabila mereka mempunyai anak. Bagi anak perempuan pula, kebanyakan yang berkahwin terus berhenti belajar dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini amat merugikan masa depan mereka. Apabila berlaku perceraian atau ditinggalkan oleh suami, mereka terpaksa memelihara anak perkahwinan tersebut seorang diri. Ini antara kesan buruk dari perkahwinan awal.

Kesimpulan

Ibubapa perlu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak supaya mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti seks bebas yang boleh mengakibatkan kehamilan luar nikah. Perkahwinan kanak-kanak diharuskan jika pasangan benar-benar mahu berkahwin kerana menjaga nama baik keluarga.

Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, UKM tnchepa@ukm.edu.my

SUARANITA BIL 70 ? 2015 ? 6

HIDAYAH I

Perkahwinan Awal & Keluarga Bahagia

Dr A'dawiyah Ismail

Perkahwinan di dalam agama Islam adalah suatu tuntutan dan merupakan ibadat. Ia mengikat hubungan antara seorang lelaki dan perempuan secara sah sebagai suami dan isteri mengikut syarat dan peraturan yang ditentukan oleh syariat Islam. Menurut Wahbah al-Zuhayli (1983) perkahwinan merujuk kepada akad perjanjian untuk menyatukan lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin, bertujuan mencapai kebahagiaan yang berkekalan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Malah Islam juga menekankan faktor penerusan zuriat yang halal sebagai tujuan utama perkahwinan.

Kebaikan Perkahwinan

Di dalam Islam, banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh pasangan yang berkahwin sekiranya konsep perkahwinan, tujuan dan matlamat perkahwinan difahami dan dihayati dengan sebenarnya. Dengan perkahwinan, membuktikan pasangan mengikut sunnah Rasulullah saw, mewujudkan kasih sayang dengan pasangan yang berhak , mengawal kehormatan diri, melaksanakan ibadah dan tuntutan syarak , mendapat keampunan Allah swt, memelihara kesihatan, meluaskan kaum kerabat dan silaturrahim serta banyak lagi. Antara dalil tuntutan berkahwin, seperti berikut:

Maksud Firman Allah swt: Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ialah Dia mencipta untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah al-Ruum 30:21)

Maksud Sabda Nabi SAW: "Wahai kumpulan pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah ia berkahwin maka dengan berkahwin itu akan menundukkan pandangan mata dan mengekang hawa nafsu. Dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa kerana dengan berpuasa itu dapat mengekang hawa nafsunya" (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum berkahwin adalah wajib kepada orang yang mampu menunaikan nafkah zahir dan batin serta sangat mengingininya kerana bimbang dan takut terjebak ke lembah maksiat zina jika tidak berkahwin. Sedangkan menjaga diri dari zina adalah wajib dan jika kewajipan ini dapat dipenuhi dengan berkahwin, maka perkahwinan

menjadi wajib.

Fenomena Perkahwinan Awal

Fenomena perkahwinan awal atau perkahwinan di negara ini dalam usia muda bukanlah isu yang baru dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di bandar atau luar bandar. Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada orang ramai apabila perkahwinan awal atau perkahwinan di usia muda ini semakin menjadi permintaan individu atau waris pasangan yang hendak berkahwin. Perkahwinan awal dapat difahami sebagai ikatan pasangan sebagai suami isteri sekitar usia seawal 20-an tahun ke di bawah. Jika merujuk Pelaksanaan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (Seksyen 8) 2003, umur minimum perkahwinan bagi lelaki genap 18 tahun dan perempuan 16 tahun. Manakala di bawah umur 16 tahun kebenaran berkahwin hendaklah didapati secara bertulis daripada Mahkamah. Walaupun Islam tidak menetapkan had umur perkahwinan tetapi peraturan penetapan had umur perkahwinan pada hari ini perlu dan wajar bagi maslahah dan kepentingan yang tertentu seperti masa depan mereka contohnya pendidikan, kemampuan ekonomi, kematangan dalam membuat keputusan, kesihatan serta psikologi juga perlu diambilkira untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal dan bahagia selamanya. Sejarah Islam juga memberi contoh Rasulullah saw berkahwin dengan Sayyidatina Aishah ketika berumur enam tahun dan tinggal bersama Rasulullah saw ketika berumur 9 tahun. Terbukti atas asas keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT kebahagiaan kekal hingga ke punghujung hayat hingga ke akhirat.

Berbeza dengan hari ini seperti di Malaysia, akibat perkembangan, cabaran semasa, perubahan minda, persekitaran yang dianggap selari dengan kemajuan pada hari ini, pasangan yang hendak berkahwin awal adalah ramai. Ini dapat dilihat menerusi statistik oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 2010, sejumlah 1,065 remaja bawah umur 18 tahun memohon kebenaran Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk berkahwin melalui ibu bapa masing-masing. Antara kalangan yang berkahwin awal khususnya di Malaysia terdiri daripada mereka yang masih belajar atau tamat belajar di peringkat pendidikan menengah atau pendidikan tinggi di Institusi Pengajian Tinggi. Banyak faktor berlaku perkahwinan awal seperti faktor desakan keluarga, mengawal pergaulan bebas

...bersambung ke muka 8

SUARANITA BIL 70 ? 2015 ? 7

HIDAYAH II

...bersambung dari muka 7 yang boleh mengakibatkan berlaku gejala maksiat zina, kebimbangan anak lambat jodoh, kesesakan kewangan disebabkan tangungan yang ramai, menyelamatkan maruah jika terlanjur dan kebimbangan pasangan yang dicintai diambil orang lain kerana kurang yakin dengan jodoh. Terpulanglah apa faktor berlakunya perkahwinan awal, paling penting dan utama adalah pasangan mendapat keizinan dan keredaan kedua ibu bapa, bersedia menghadapi alam berumah tangga dengan kematangan dan kebijaksanaan, mengendalikan urusan dengan ilmu pengurusan rumah tangga menurut Islam dan bukan emosi semata serta mencipta kebahagiaan dan mengekalkan kebahagiaan dari awal hingga ke akhir perkahwinan. Perkahwinan awal ada kebaikan, keburukan dan cabarannya. Kebaikannya boleh dilihat dari segi tanggungjawab dan kepimpinan dalam keluarga serta menghindari kemaksiatan. Manakala cabaran perkahwinan awal seperti persediaan menyambut zuriat dalam tempoh pengajian, kewangan dalam menyediakan tanggungan pengajian, nafkah zahir dan batin pasangan serta keperluan seisi rumah, mudah beremosi jika menghadapi perselisihan tanpa ilmu dan kemahiran yang boleh menyebabkan perceraian dan perubahan psikologi alam bujang ke alam berpasangan dan lain-lain. Islam tidak menghalang perkahwinan awal asalkan pasangan bersedia dengan asas agama yang kuat dan ilmu berumahtangga di samping keluarga yang sentiasa memberi sokongan untuk pengekalan kebahagiaan dalam perkahwinan. Hadapilah cabaran kecil atau besar dengan tabah, sabar dan berusaha mencari penyelesaian yang terbaik. Insyaallah rumah tangga akan dipelihara dan diberi pertolongan oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sebagai umat Nabi Muhammad saw mari sama-sama mengambil iktibar tentang kehidupan berumahtangga Rasulullah saw bersama isteri baginda dan menjadikan baginda qudwah hasanah dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat; iaitu mendirikan rumah tangga melalui perkahwinan yang sah berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT, tawadhuk, kesederhanaan, keimanan dan keyakinan di dalam hati, memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. Wallahua'lam.

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, UKM ada@ukm.edu.my

Faktor Perceraian Bagi Usia Perkahwinan Yang Muda

Prof Madya Dr Fariza Md Sham

Manusia dijadikan berpasangan. Itulah sebabnya Islam mengharuskan perkahwinan kerana ia merupakan fitrah manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Ayat ini menggambarkan tentang perkara asas yang perlu ada dalam rumahtangga iaitu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Apabila perasaan ini kuat antara suami dan isteri,maka segala permasalahan yang timbul dalam rumah tangga boleh diatasi secara rasional dan penuh semangat kekeluargaan.Namun begitu, dengan pelbagai cabaran hidup dan gaya hidup masyarakat kini, terdapat pasangan yang tidak berjaya mengharung cabaran rumah tangga menyebabkan rumahtangga mudah goyah yang akhirnya membawa kepada perceraian.

Kes Perceraian Terus Meningkat

Merujuk kepada statistic yang dikeluarkan oleh JAKIM 2012, kes perceraian terus meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2009, sebanyak 27891 kes perceraian didaftarkan. Pada tahun 2010 pula, peningkatan sebanyak 144 kes apabila angka kes pendaftaran perceraian menjadi 28035 kes dan Selangor merupakan antara negeri yang mencatatkan kes perceraian yang paling tinggi di Malaysia.

Merujuk kepada kajian Fariza (1994, 2010), antara faktor utama yang menimbulkan permasalahan dalam rumahtangga ialah ketidak sefahaman antara suami isteri, masalah ekonomi, sering bergaduh walau perkara kecil, suami curang atau ada orang ketiga dan suami atau isteri tidak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya.

Kesan Perceraian

Kesan kepada perceraian ini amat dalam terutama dari aspek psikologi isteri dan anak-anak. Kajian Fariza (2010) tentang kesan perceraian terhadap isteri, mendapati bahawa, antara kesan psikologi ialah isteri/ ibu mengalami tekanan, kerisauan kerana memikirkan masa depan dirinya dan anak-anak, malu kerana terasa diri dicemuh masyarakat kerana ditinggal oleh suami dan merasa rendah diri, hilang harapan serta putus asa. Manakala dari aspek psikologi anak-anak pula ialah hilang kasih sayang dan perhatian seorang ayah, kesedihan apabila melihat ibu dan ayah bercerai dan terpisah kerana sebelum ini hidup sebagai satu keluarga serta merasa kesunyian. Anak-anak yang berhadapan dengan keluarga yang bercerai adalah berada dalam kategori remaja risiko, iaitu mempunyai kecenderungan untuk terlibat dalam salah laku sekiranya mereka tidak ditangani atau dibimbing dengan baik (Azyyati & Fariza 2016).

...bersambung ke muka 9

SUARANITA BIL 70 ? 2015 ? 8

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download