S-w5.mpsp.gov.my



MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENTADBIRAN DAN KEWANGAN BIL. 5/2012

TARIKH : 15 MEI 2012

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT ANGGERIK,

TINGKAT BAWAH, MPSP

HADIR

Puan Maimunah Mohd Sharif

Yang DiPertua

(Pengerusi Mesyuarat)

Tuan Haji Johari bin Kassim

Ahli Majlis

Encik Soon Lip Chee

Ahli Majlis

Tuan Haji Md. Jamil bin Abd. Rahman

Ahli Majlis

Encik Ahmad Farid bin Md. Arshad

Ahli Majlis

Encik Amir bin Md. Ghazali

Ahli Majlis

Encik Lim Eng Nam

Ahli Majlis

Encik Lim Tau Hoong

Ahli Majlis

Encik Sim Chee Keong

Ahli Majlis

Prof Madya Dr. Tiun Ling Ta

Ahli Majlis

Encik Mohamad Shaipol bin Ismail

Ahli Majlis

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

Encik Chandrasekeran a/l Sinapayan Maniam

Ahli Majlis

Encik Loh Joo Huat

Ahli Majlis

HADIR BERSAMA

Tuan Haji Mansor bin Hashim

Pengarah Undang-Undang

Dr. Haji Romli bin Haji Awang

Pengarah Perkhidmatan Kesihatan

Tuan Haji Ahmad Fuad bin Haji Hashim

Pengarah Perancang Bandar

Encik Mohd Ibrahim bin Md. Nor

Pengarah Pelesenan

Encik Munir bin Affan

Pengarah Direktorat Penguatkuasaan

Encik Mat Nasir bin Hassan

Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

Puan Ir Hajah Rosnani binti Haji Mahmod

Pengarah Perkhidmatan Perbandaran

Puan Siti Haslinda binti Hasan

Pengarah Pembangunan Korporat

Tuan Haji Baderul Amin bin Abd. Hamid

Timbalan Pengarah Kejuruteraan

Encik Shahrulnizad bin Abdul Razak

Timbalan Pengarah Perbendaharaan

Encik Ahmad Syahrir bin Jaafar

Timbalan Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

Puan Norshazila binti Alias

Penolong Pengarah Perbendaharaan

Puan Azfa Nurulsyefa binti Mohd Azli

Penolong Pengarah Perbendaharaan

Encik Mohd Raisul Muhaddisin bin Hamad

Penolong Pengarah Bangunan

Puan Husszelinda binti Hussain

Penolong Pengarah Direktorat Penguatkuasaan

Puan Nur Shakila binti Shamsudin

Penolong Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

Encik Mohamad Nizam bin Md Shariff

Penolong Pengarah Perbendaharaan

Cik Tan Joo Tee

Penolong Pengarah Kemasyarakatan

Puan Roslenda binti Che Ibrahim

Pegawai Kebudayaan

Puan Aida binti Ishak

Penolong Akauntan Kanan

Jabatan Perbendaharaan

Puan Mahanom binti Ahmad

Penolong Pegawai Tadbir

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan

Puan Zuraida binti Md. Isa

Pembantu Setiausaha Pejabat

URUS SETIA

Puan Hajah Noraziah binti Haji Abd. Aziz

Pengarah Khidmat Pengurusan

Puan Norhayati binti Sulaiman

Timbalan Pengarah (Perkhidmatan dan Perjawatan)

Puan Latifah binti Razali

Penolong Pengarah (Perolehan dan Bekalan)

Puan Amira binti Ahmad

Penolong Pengarah (Pentadbiran)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran semua pada Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan bil. 5/2012 pada hari ini.

2. Pengerusi memaklumkan bahawa Tuan Setiausaha Perbandaran dan Pengarah Kemasyarakatan sedang dalam perjalanan ke Gwangju Metropolitan City, Korea bagi menghadiri Human Rights Cities Forum.

2. PINDAAN / PEMBETULAN MINIT MESYUARAT

~ Tiada ~

3. LAPORAN KEMAJUAN

1. KERTAS MESYUARAT BIL. 39/2012

Kertas Cadangan Penambaikan Pengawalan Perletakkan Bahan Binaan Serta Perlupusan Sisa Binaan Bagi Kerja–Kerja Pembinaan & Pengubahsuaian Di Seluruh Kawasan Seberang Perai.

1. Kertas ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan bil. 4/2012 pada 13 April 2012 dan jawatankuasa memutuskan untuk menangguhkan cadangan penambahbaikan pengawalan perletakan bahan binaan serta perlupusan sisa binaan bagi kerja-kerja pembinaan / pengubahsuaian di seluruh kawasan Seberang Perai. Jabatan Bangunan diminta mengkaji dan menyediakan semula kertas kerja ini mengikut bidang kuasa MPSP. Selain itu, Jabatan Bangunan juga diminta menyediakan kertas kerja yang berasingan berhubung pemasangan awning bagi tingkat atas.

2. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan bil. 5/2012 pada hari ini, Penolong Pengarah Bangunan memaklumkan bahawa jabatan masih dalam tindakan meneliti dan mengkaji semula secara terperinci kaedah penggunaan tong roro yang merangkumi semua jenis pembinaan sebagai penambahbaikan. Jabatan akan membentang semula setelah penambahbaikan terhadap perbandingan dasar lama dengan yang dicadangkan disiapkan. Jabatan juga akan menyediakan kertas kerja berhubung pemasangan awning bagi tingkat atas rumah kediaman setelah membuat kajian terperinci.

3. Jabatan meminta supaya kertas kerja ini ditarik balik dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Atasan yang akan datang untuk mendapatkan pandangan daripada jabatan teknikal yang lain.

4. Setelah perbincangan, jawatankuasa bersetuju kertas kerja tersebut ditarik balik dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Atasan pada 23 Mei 2012.

Tindakan : Untuk Makluman

4. PEMBENTANGAN KERTAS MESYUARAT

1. KERTAS MESYUARAT BIL. 42/2012

Pindaan Kepada Senarai Nilaian Bangunan

1. Kertas ini dibentang bagi mendapatkan pengesahan Majlis untuk meminda Senarai Nilaian supaya cukai kadaran dapat dikenakan ke atas bangunan-bangunan.

2. Majlis telah menyediakan satu Senarai Nilaian yang mengandungi bangunan-bangunan baru dan yang sedia ada untuk dikenakan cukai kadaran. Dari semasa ke semasa, Jabatan Penilaian menilai atau menilai semula bangunan-bangunan berkenaan apabila berlakunya perkara-perkara berikut:-

a. Nilai tahunan dikemaskini kerana pindaan ke atas harta telah dibuat.

b. Bangunan-bangunan baru telah dibina

3. Pengesahan Majlis diperlukan untuk sebarang pindaan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 144(4), 144(5) dan 144(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

4. Jabatan Penilaian telah menjalankan penilaian ke atas 1,191 bangunan. Notis Kadaran yang mengandungi nilai tahunan dan cukai kadaran yang dikenakan telah dihantar kepada pemilik bangunan. Daripada jumlah tersebut, 177 pemilik bangunan telah membuat rayuan. Rayuan mereka didengar dan diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai. Sebanyak RM44,718 Cukai Kadaran telah dikurangkan. Antara rayuan yang dikemukakan adalah seperti berikut:-

i. Cukai dikenakan adalah tinggi.

ii. Bangunan berkenaan belum dapat disewakan.

iii. Lokasi merupakan kawasan luar bandar dan berdekatan dengan tanah perkuburan cina.

iv. Mengalami masalah kewangan disebabkan faktor ekonomi.

v. Rumah belum diduduki.

vi. Pelbagai kos perbelanjaan yang perlu dibayar seperti yuran penyelenggaraan bangunan, bil utiliti, pinjaman bank dan lain-lain penyelenggaraan.

vii. Nilai Tahunan tinggi berbanding perkhidmatan yang diterima.

viii. Pemohon hanya bekerja kilang dan menyara keluarga.

ix. Longkang tersumbat dan menyebabkan air hujan bertakung serta berbau busuk.

x. Perniagaan kurang memberangsangkan.

xi. Perniagaan berasaskan penjagaan alam sekitar.

xii. Rumput tidak dipotong dan menggangu pandangan.

xiii. Perniagaan baru mula nak beroperasi.

xiv. Binaan belum siap sepenuhnya dan masih belum ada penyewa.

xv. Syarikat mengalami masalah kewangan kerana produk tidak dapat dihantar ke Thailand disebabkan banjir.

xvi. Jalan perumahan yang menuju ke taman perumahan agak sempit dan membahayakan.

5. Ringkasan tentang Nilai Tahunan bagi bangunan-bangunan tersebut untuk pengesahan Majlis adalah seperti berikut:-

i) BANGUNAN BARU

|DAERAH |BIL. |BIL. |N. TAHUNAN |CUKAI KADARAN |

| |HARTA |RAYUAN |(RM) |(RM) |

|SPU |245 |21 |1,135,560 |86,486.16 |

|SPT |45 |29 |2,348,520 |216,929.04 |

|SPS |878 |124 |1,638,840 |120,406.86 |

|JUMLAH |1,168 |174 |5,122,920 |423,822.06 |

ii) BANGUNAN DINILAI SEMULA

|DAERAH |BIL. |BIL. |N. TAHUNAN |CUKAI KADARAN |

| |HARTA |RAYUAN |(RM) |(RM) |

|SPU |9 |1 | (+) 43,973 | (+) 3,171.60 |

|SPT |1 |0 |(-) 28,740 |(-) 2,944.20 |

|SPT |11 |1 |(+) 20,219 |(+) 1,718.70 |

|SPS |1 |0 |(-) 1,620 |(-) 194.40 |

|SPS |1 |1 |(+) 137,460 |(+) 13,746.00 |

|JUMLAH |23 |3 | 171,292 | 15,497.70 |

|JUMLAH |1,191 |177 |5,294,212 |439,319.76 |

|(i)+(ii) | | | | |

6. Selepas perbincangan, jawatankuasa bersetuju meluluskan pindaan kepada Senarai Nilaian Bangunan, dengan harta yang baru dinilai dan harta yang dinilai semula dengan Nilai Tahunan sebanyak RM5,294,212 mengikut tarikh kuatkuasa masing-masing dan seterusnya memperakukan perkara ini dibawa untuk pertimbangan Majlis Penuh.

7. Jawatankuasa juga bersetuju mengesahkan keputusan ini pada 15 Mei 2012 di dalam mesyuarat ini bagi membolehkan keputusan ini dibawa ke Majlis Penuh.

Tindakan : Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

2. KERTAS MESYUARAT BIL. 43/2012

Pindaan Kepada Senarai Nilaian Tanah

1. Kertas ini dibentang bagi mendapatkan pengesahan Majlis untuk meminda Senarai Nilaian supaya cukai kadaran dapat dikenakan ke atas tanah-tanah.

2. Majlis telah menyediakan satu Senarai Nilaian Tanah untuk dikenakan cukai kadaran.

3. Pengesahan Majlis diperlukan untuk meminda Senarai Nilaian Tanah tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 144(4), 144(5) dan 144(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

4. Jabatan Penilaian telah menjalankan penilaian ke atas 7 lot tanah. Notis kadaran yang mengandungi nilai tahunan dan cukai kadaran yang dikenakan telah dihantar kepada pemilik tanah. Daripada jumlah tersebut, seramai dua (2) pemilik tanah telah membuat rayuan. Rayuan mereka didengar dan diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai. Sebanyak RM315.00 Cukai Kadaran telah dikurangkan. Antara rayuan yang dikemukakan adalah seperti berikut:-

i. Cukai dikenakan adalah tinggi.

ii. Tanah masih kosong kerana pembangunan belum dijalankan.

iii. Tanah digunakan sebagai depo untuk meletakkan kenderaan dan tidak bermotifkan keuntungan.

iv. Tiada sebarang pulangan diperolehi daripada tanah tersebut pada masa sekarang.

v. Terpaksa menanggung beban hutang yang lain.

vi. Tanah yang dapat digunakan sebahagian sahaja.

vii. Syarikat mengalami masalah kewangan

5. Ringkasan Nilai Tahunan tanah-tanah tersebut untuk pengesahan Majlis adalah seperti berikut:-

(i) TANAH-TANAH YANG BARU DINILAI

| DAERAH |BIL. |BIL. |N. TAHUNAN |CUKAI KADARAN |

| |HARTA |RAYUAN |(RM) |(RM) |

|SPT |5 |2 |526,920 |11,065.32 |

|SPS |1 |0 |97,440 |2,046.24 |

|JUMLAH |6 |2 |624,360 |13,111.56 |

ii) TANAH-TANAH DINILAI SEMULA

| DAERAH |BIL. |BIL. |N. TAHUNAN |CUKAI KADARAN |

| |HARTA |RAYUAN |(RM) |(RM) |

|SPU |1 |0 |(-) 127,800 |(-) 2,683.80 |

|JUMLAH |1 |0 |(-) 127,800 |(-) 2,683.80 |

|JUMLAH |7 |2 |496,560 |10,427.76 |

|(i) + (ii) | | | | |

6. Selepas perbincangan, jawatankuasa bersetuju meluluskan pindaan kepada Senarai Nilaian Tanah dengan tanah yang baru dinilai dan tanah yang dinilai semula mengandungi Nilai Tahunan sebanyak RM496,560 mengikut tarikh kuatkuasa masing-masing dan seterusnya memperakukan perkara ini dibawa untuk pertimbangan Majlis Penuh.

7. Jawatankuasa juga bersetuju mengesahkan keputusan ini pada 15 Mei 2012 di dalam mesyuarat ini bagi membolehkan keputusan ini dibawa ke Majlis Penuh.

Tindakan : Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

3. KERTAS MESYUARAT BIL. 44/2012

Hapuskira Nilai Tahunan Bangunan

1. Kertas ini dibentang bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Majlis untuk menghapuskira nilai tahunan bangunan daripada Senarai Nilaian.

2. Majlis telah menyediakan satu Senarai Nilaian yang mengandungi hartabenda-hartabenda untuk dikenakan cukai kadaran.

3. Dari semasa ke semasa Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta meminda atau menghapuskan hartabenda-hartabenda yang terdapat dalam senarai nilaian apabila berlakunya perkara berikut:-

i. Bangunan telah diruntuhkan/dirobohkan

4. Penghapusan seperti ini memerlukan pindaan kepada Senarai Nilaian sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 144(5) dan 144(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

5. Sebanyak 239 buah bangunan yang telah dilaporkan roboh dan perlu dihapuskira oleh jabatan adalah seperti berikut:-

|DAERAH |BIL. |NILAI TAHUNAN |CUKAI KADARAN DIHAPUSKIRA |

| |HARTA |(RM) |(RM) |

|SPU |71 |182,520 |5,762.11 |

|SPT |147 |125,280 |2,174.48 |

|SPS |21 |13,320 |73.28 |

|JUMLAH |239 |321,120 |8,009.87 |

6. Selepas perbincangan, jawatankuasa bersetuju meluluskan cadangan supaya bangunan yang mengandungi nilai tahunan sebanyak RM321,120 dan cukai kadaran sebanyak RM8,009.87 dihapuskira daripada Senarai Nilaian mengikut tarikh kuatkuasa masing-masing, termasuk lain-lain tunggakan yang terakru dari segi perakaunan dan seterusnya memperakukan perkara ini dibawa untuk pertimbangan Majlis Penuh.

7. Jawatankuasa juga bersetuju mengesahkan keputusan ini pada 15 Mei 2012 di dalam mesyuarat ini bagi membolehkan keputusan ini dibawa ke Majlis Penuh.

Tindakan : Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

4. KERTAS MESYUARAT BIL. 45/2012

Hapuskira Nilai Tahunan Tanah

1. Kertas ini dibentang bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa untuk menghapuskira Nilai Tahunan tanah daripada Senarai Nilaian.

2. Majlis telah menyediakan satu Senarai Nilaian yang mengandungi tanah untuk dikenakan cukai kadaran.

3. Dari semasa ke semasa Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta telah menilai, menilai semula atau membuat hapuskira tanah apabila berlakunya perkara-perkara berikut:-

i. Tanah tersebut telah dibina bangunan

4. Penghapusan seperti ini memerlukan pindaan kepada Senarai Nilaian sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 144(5) dan 144(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

5. Sebanyak 7 lot tanah yang telah dikenalpasti dan perlu dihapuskira oleh jabatan adalah seperti jadual di bawah:-

|DAERAH |BIL |NILAI TAHUNAN |CUKAI KADARAN DIHAPUSKIRA |

| |LOT |(RM) |(RM) |

|SPU |3 |356,160 |6,845.86 |

|SPT |4 |313,080 |6,594.68 |

|JUMLAH |7 |669,240 |13,440.54 |

6. Selepas perbincangan, jawatankuasa bersetuju meluluskan cadangan supaya tanah yang mengandungi Nilai Tahunan sebanyak RM669,240 dan cukai kadaran RM13,440.54 dihapuskira daripada Senarai Nilaian mengikut tarikh kuatkuasa masing-masing, termasuk lain-lain tunggakan yang terakru dari segi perakaunan dan seterusnya memperakukan perkara ini dibawa untuk pertimbangan Majlis Penuh.

7. Jawatankuasa juga bersetuju mengesahkan keputusan ini pada 15 Mei 2012 di dalam mesyuarat ini bagi membolehkan keputusan ini dibawa ke Majlis Penuh.

Tindakan : Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

5. KERTAS MESYUARAT BIL. 46/2012

Kelulusan Untuk Pengurusan Dewan Orang Ramai

1. Kertas ini dibentang bagi mendapatkan kelulusan terhadap permohonan pengurusan dewan orang ramai.

2. MPSP telah mensyaratkan kepada pemaju-pemaju perumahan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti dewan orang ramai semasa proses perancangan lagi. Setelah siap sesuatu projek perumahan dewan-dewan orang ramai yang dibina akan diserah milik kepada MPSP melalui Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dan seterusnya Jabatan Kemasyarakatan akan menguruskan hak pengurusan dewan orang ramai tersebut. Dewan-dewan yang diserahkan oleh pemaju ini akan dipastikan mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bilik air, tandas, bekalan elektrik dan air.

3. Majlis menerima permohonan seperti berikut:-

|BIL |DEWAN |ALAMAT |PEMOHON |STATUS |CATATAN |

| |Taman |Lot.14020 Hs(M) 4140 |Persatuan Penduduk Taman |Sambung |Persatuan Penduduk Taman Kijang Indah telah |

| |Kijang Indah |Mk.15, Taman Kijang Indah,|Kijang Indah | |menghantar permohonan untuk terus menguruskan dewan |

| | |SPT | | |ini. |

| | | |JKKK Kg. Baru Alma |Tawaran |Pengerusi JKKK Kg. Baru Alma, Encik Mohd Noor Bin |

| | | | | |Hashim menerima tawaran bagi menguruskan dewan ini. |

| |Taman Seri |Lot.4695 HS(D) 47842, |KRT Taman Seri Delima |Baru |Pengerusi KRT Taman Seri Delima, telah menghantar |

| |Delima |Mk.14, Jalan Delima Indah,| | |permohonan untuk menguruskan dewan ini seawal bulan |

| | |SPT | | |April 2012. |

| | | |JKKK Kampung Sekolah Juru |Tawaran |Pengerusi JKKK Kampung Sekolah Juru, Encik Yusof bin |

| | | | | |Hashim menerima tawaran bagi menguruskan dewan ini. |

| |Taman Cendana |Lot.2180 HS(D) 50875, |KRT Taman Cendana |Sambung |KRT Taman Cendana telah menghantar permohonan untuk |

| | |Mk.12, Taman Cendana, SPT | | |terus menguruskan dewan ini pada awal Mei. |

| | | |JKKK Kampung Sekolah Juru |Tawaran |JKKK Kampung Sekolah Juru, Encik Yusof Bin Hashim |

| | | | | |menerima tawaran bagi menguruskan dewan ini. |

| |Taman Kasawari |Lot.4650 HS(M) 837, Mk.14,|KRT Taman Kasawari |Baru |KRT Taman Kasawari telah menghantar permohonan untuk |

| | |SPS | | |menguruskan dewan ini. |

| | | |JKKK Kampung Baru |Tawaran |Pengerusi JKKK Kampung Baru telah menolak tawaran |

| | | | | |bagi menguruskan dewan ini. |

| |Taman Penaga |Lot.3898 HS(D) 564, Mk.4, |Persatuan Penduduk Mesra |Sambung |Persatuan Penduduk Mesra Taman Penaga telah |

| | |Taman Penaga, SPU |Taman Penaga | |menghantar permohonan untuk terus menguruskan dewan |

| | | | | |ini. |

| | | |JKKK Penaga |Tawaran |Pengerusi JKKK Penaga, Encik Husin Bin Mat Isa |

| | | | | |menolak tawaran bagi menguruskan dewan ini. |

| |Taman |Lot.5687 HS(D) 14194, |KRT Taman Bertam Permai |Baru |KRT Taman Bertam Permai telah menghantar permohonan |

| |Bertam Permai |Mk.6, Taman Bertam Permai,| | |untuk menguruskan dewan ini. |

| | |SPU | | | |

| | | |JKKK Paya Keladi |Tawaran |Pengerusi JKKK Paya Keladi, Encik Zakaria Bin Ramli |

| | | | | |menolak tawaran bagi menguruskan dewan ini. |

| |Taman |Lot.3880 HS(M), Mukim 4, Taman Seri Arowana, SPT |KRT Taman Seri Arowana |

| |Seri Arowana | | |

| |Taman Kijang Indah |Lot.14020 Hs(M) 4140 Mk.15, Taman Kijang Indah, SPT |JKKK Kg. Baru Alma |

| |Taman Seri Delima |Lot.4695 HS(D) 47842, Mk.14, Jalan Delima Indah, SPT |JKKK Kampung Sekolah Juru |

| |Taman Cendana |Lot.2180 HS(D) 50875, Mk.12, Taman Cendana, SPT |JKKK Kampung Sekolah Juru |

| |Taman Kasawari |Lot.4650 HS(M) 837, Mk.14, SPS |KRT Taman Kasawari |

| |Taman Penaga |Lot.3898 HS(D) 564, Mk.4, Taman Penaga, SPU |Persatuan Penduduk Mesra Taman Penaga |

| |Taman Bertam Permai |Lot.5687 HS(D) 14194, Mk.6, Taman Bertam Permai, SPU |KRT Taman Bertam Permai |

| |Taman Seri Arowana |Lot.3880 HS(M), Mukim 4, Taman Seri Arowana, SPT |KRT Taman Seri Arowana |

| |Taman Berapit Indah |Lot.1957, Mk.9, Taman Berapit Indah, SPT |KRT Taman Berapit / Berapit Indah |

| |Taman Pauh Indah |Lot.3751 HBM, Mk.6, Taman Pauh Indah, SPT |KRT Taman Pauh Indah |

| |Taman Budiman |Lot.11716 HS(M) 4485, 17634 HS(D) 47612, Mk.15 Taman Budiman, SPT|KRT Taman Budiman |

4. Jawatankuasa juga bersetuju mengesahkan keputusan ini pada 15 Mei 2012 di dalam mesyuarat ini bagi membolehkan keputusan ini dibawa ke Majlis Penuh.

Tindakan : Pengarah Kemasyarakatan

6. KERTAS MESYUARAT BIL. 47/2012

Cadangan Tidak Menyambung Kontrak Penyewaan Keseluruhan Bangunan Pasar Dan Medan Selera, Pangsapuri Ria, Kampung Benggali, Butterworth, Seberang Perai Utara

1. Kertas ini dibentang bagi mendapatkan pertimbangan dan perakuan mesyuarat untuk tidak menyambung sewaan keseluruhan bangunan pasar dan medan selera, Pangsapuri Ria, Kampung Benggali, Butterworth.

2. MPSP telah meluluskan penyewaan keseluruhan bangunan pasar dan medan selera, Pangsapuri Ria, Kampung Benggali kepada En. Teoh Teik Eng pada 6 Mac 2009.

3. Tempoh sewaan yang diluluskan oleh MPSP adalah 16 Mac 2009 – 15 Mac 2012 (3 tahun) dengan opsyen untuk melanjutkan sewaan selama 2 tahun. Setakat ini, Jabatan belum menerima apa-apa permohonan daripada pemohon untuk menyambung sewaan.

4. Pemohon belum memulakan peniagaan tetapi telah membuat pengubahsuaian ruang niaga tanpa kebenaran.

5. Terdapat beberapa isu berbangkit berkenaan penyewaan ruang niaga ini terutamanya selepas pemohon membuat pengubahsuaian tanpa kebenaran MPSP.

6. Isu utama adalah peletakan tong sampah yang diubah oleh pemohon dan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk setempat terutamanya penduduk yang mendiami pangsapuri berdekatan.

7. MPSP telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit ini. Kali terakhir perbincangan diadakan adalah pada 30 Mac 2012 . Perbincangan turut dihadiri oleh YB Tuan Phee Boon Poh, YB Thanasegaran dan dipengerusikan oleh Ahli Majlis, En. Ahmad Farid. Turut hadir adalah En. Chandrasegaran (Ahli Majlis), Persatuan Penduduk Pangsapuri dan pemohon.

8. Di antara keputusan perbincangan adalah:

i. Binaan tandas akan dirobohkan sendiri oleh pemohon.

ii. Tapak depo sampah dikekalkan seperti plan dan dipersetujui penduduk.

iii. Tapak depo sampah yang dibina tanpa kebenaran perlu dirobohkan sendiri oleh pemohon dalam tempoh 30 hari.

9. Jabatan Pelesenan mengesyorkan tempoh sewaan tidak diperbaharui walaupun terdapat opsyen untuk memperbaharui selama 2 tahun. Ini adalah kerana pemohon tidak menunjukkan minat untuk mengikut peraturan dan tidak peka kepada sensitiviti penduduk setempat.

10. Jabatan juga berpendapat isu ini telah terlalu lama tertangguh dan perlu diselesaikan segera. Memandangkan isu ini sensitif yang melibatkan kesejahteraan penduduk setempat dan jabatan mengesyorkan supaya tidak dilanjutkan tapak sewa.

11. Selepas perbincangan, jawatankuasa menangguhkan cadangan untuk tidak menyambung sewaan keseluruhan bangunan pasar dan medan selera, Pangsapuri Ria, Kampung Benggali, Butterworth kepada En. Teoh Teik Eng.

12. Jabatan Pelesenan diminta menulis surat kepada pemohon sama ada masih berminat untuk meneruskan sewaan atau tidak. Sekiranya pemohon masih berminat, pemohon hendaklah membuat permohonan untuk pertimbangan Majlis bagi menyambung sewaan tersebut dan juga mematuhi keputusan mesyuarat seperti di para 4.6.8 (i – iii).

13. Jawatankuasa juga bersetuju mengesahkan penangguhan kertas mesyuarat bil. 47/2012 pada 15 Mei 2012 di dalam mesyuarat ini.

Tindakan : Pengarah Pelesenan

7. KERTAS MESYUARAT BIL. 48/2012

Permohonan Untuk Menyewa Pondok Bas MPSP Bagi Tujuan Pengiklanan Oleh Tetuan Simavis Engineering Sdn. Bhd.

1. Kertas ini dibentang bagi mendapatkan pertimbangan dan perakuan jawatankuasa ke atas permohonan daripada Tetuan Simavis Engineering Sdn. Bhd. untuk menyewa 1 pondok bas MPSP bagi tujuan pengiklanan.

2. Tetuan Simavis Engineering Sdn. Bhd. melalui e-mail bertarikh 8 Mei 2012 memohon untuk menyewa 1 unit pondok bas MPSP bagi tujuan pengiklanan. Ringkasan adalah seperti Jadual 1 di bawah:-

JADUAL 1

|Bilangan Pondok Bas |Lokasi |

|1 Unit |Jalan Padang Lallang, Bukit Mertajam |

3. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta berpendapat, bagi mengurangkan kos-kos penyelenggaraan pondok bas yang ditanggung oleh MPSP serta menceriakan kawasan di Seberang Perai melalui pemasangan iklan dan meningkatkan pendapatan MPSP, maka adalah wajar pondok bas berkenaan disewakan kepada Tetuan Simavis Engineering Sdn. Bhd. bagi tujuan pengiklanan.

4. Jabatan mencadangkan syarat-syarat sewaan berikut dikenakan kepada Tetuan Simavis Engineering Sdn. Bhd.:-

i. Kadar sewaan ialah RM100 sebulan bagi 1 pondok bas yang disewakan;

ii. Deposit sewaan adalah sebanyak RM300 (RM300 x 1) dan akan dipulangkan semula kepada penyewa tanpa faedah selepas ditolak apa-apa bayaran yang masih terakru kepada MPSP (jika ada);

iii. Bayaran sewaan perlu dijelaskan di awal bulan iaitu sebelum 7hb setiap bulan;

iv. Denda lewat 10% daripada jumlah sewa sebulan akan dikenakan sekiranya penyewa lewat membayar selama 1 bulan;

v. Denda lewat 20% daripada jumlah sewa sebulan akan dikenakan sekiranya penyewa lewat membayar selama 2 bulan;

vi. MPSP boleh menamatkan sewaan sekiranya penyewa gagal menjelaskan bayaran lebih daripada 2 bulan sewa;

vii. Tempoh sewaan adalah selama 3 tahun;

viii. Penyewa hendaklah memaklumkan kepada MPSP tiga (3) bulan sebelum berakhirnya tempoh sewaan yang sedang berkuatkuasa sama ada ingin melanjutkan tempoh sewaan atau tidak. Penyewa dianggap tidak berminat untuk melanjutkan tempoh sewaan sekiranya MPSP tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh tersebut;

ix. MPSP adalah pemilik kepada semua pondok bas-pondok bas yang disewakan kepada penyewa;

x. Penyewa hendaklah memasang papan iklan yang bercahaya dan memasang lampu di pondok bas bagi memberikan pencahayaan di waktu malam atau menggunakan sistem tenaga solar. Meter elektrik yang berasingan hendaklah dipasang dan segala kos mengenainya ditanggung oleh penyewa;

xi. Penyewa hendaklah mengemukakan pelan rekabentuk terperinci, butir-butir mengenai pemasangan, jenis struktur iklan, contoh iklan untuk pertimbangan dan kelulusan MPSP selewat-lewatnya 1 bulan selepas tarikh penerimaan tawaran sewa;

xii. Tempoh pemasangan iklan hendaklah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh surat pemberitahuan mengenai kelulusan pelan dan syarat-syarat pelesenan;

xiii. Penyewa hendaklah mempunyai pejabat dan kakitangan yang tetap di Pulau Pinang;

xiv. Penyewa tidak dibenarkan menyerah milik, menyerah hak, menyewa kecil atau memberi hak pengurusan pondok bas yang disewakan daripada MPSP kepada mana-mana pihak ketiga melainkan dengan kebenaran bertulis daripada MPSP;

xv. Penyewa tidak boleh membuat sebarang tambahan atau pindaan atau meruntuhkan mana-mana bahagian pondok bas yang disewakan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada MPSP;

xvi. Penyewa hendaklah membayar semua caj bagi bekalan elektrik dan lain-lain bayaran perkhidmatan ketika menyewa pondok bas-pondok bas MPSP di sepanjang tempoh sewaan;

xvii. Penyewa dengan perbelanjaan sendiri dikehendaki mengemukakan kepada MPSP salinan bil elektrik yang telah dijelaskan bagi tujuan rekod Majlis setiap tiga ( 3 ) bulan sekali di sepanjang tempoh sewaan;

xviii. Penyewa hendaklah mengambil Polisi Insurans Tanggungan Awam semasa berkuatkuasanya perjanjian penyewaan ini;

xix. Penyewa hendaklah memastikan semua pondok bas yang disewakan daripada MPSP dicat semula dan berada dalam keadaan baik, bersih, selamat untuk digunakan dan diselenggarakan dengan rapi pada setiap masa;

xx. Penyewa hendaklah memastikan bahawa iklan-iklan yang dipasang mampu dipikul oleh struktur pondok bas yang disewakan. Penyewa hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya serta menanggung segala tuntutan daripada pihak ketiga sekiranya berlaku apa-apa kemalangan yang diakibatkan olehnya;

xxi. MPSP hendaklah dilepaskan daripada segala tuntutan daripada pihak ketiga di atas apa-apa masalah yang timbul akibat penyewaan pondok bas berkenaan. Penyewa hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa kemalangan atau malapetaka yang menimpa pengguna (orang awam) yang menggunakan kemudahan pondok bas tersebut berpunca daripada kecuaian penyewa;

xxii. Penyewa hendaklah menanggung sepenuhnya kos pembaikan dan penyelenggaraan kesemua pondok bas yang disewakan daripada MPSP semasa berkuatkuasanya perjanjian ini;

xxiii. Penyewa hendaklah membenarkan MPSP atau agennya pada bila-bila masa untuk memeriksa pondok bas yang disewakan bagi menentukan ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan sempurna;

xxiv. Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan pelesenan iklan MPSP. Walau bagaimanapun, penyewa dikecualikan daripada bayaran lesen iklan MPSP;

xxv. Penyewa tidak boleh mempamerkan apa-apa papan iklan mengenai apa-apa tred atau perniagaan kecuali menurut syarat lesen yang dikeluarkan oleh MPSP;

xxvi. Penyewa hendaklah tidak mempamerkan iklan-iklan rokok, minuman keras dan apa-apa iklan yang berunsur politik atau menggunakan bahasa yang salah atau mempamerkan gambar-gambar yang lucah serta keterlaluan sehingga menyebabkan kekeliruan atau kegusaran kepada orang awam. MPSP berhak mengarahkan penyewa menurunkan iklan berkenaan dengan serta-merta dan segala kos yang terlibat mengenainya ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. Penyewa juga hendaklah dengan segera mematuhi arahan MPSP tersebut;

xxvii. Penyewa dilarang menggunakan pondok bas yang disewakan untuk sebarang tujuan yang tidak sah, tidak bermoral atau tidak bermaruah;

xxviii. Penyewa tidak boleh melakukan, membenarkan atau membiarkan dilakukan ke atas pondok bas yang disewakan, apa-apa perbuatan atau perkara yang boleh menimbulkan kacau ganggu di kawasan berkenaan;

xxix. Penyewa dikehendaki menceriakan pondok bas-pondok bas yang disewakan melalui pemasangan papan iklan yang bercahaya;

xxx. Penyewa dikehendaki menggantikan iklan-iklan yang telah luntur dan rosak dari masa ke semasa dan menanggalkan pelekat-pelekat yang ditampalkan tanpa kebenaran MPSP pada pondok bas-pondok bas yang disewakan di sepanjang tempoh penyewaan;

xxxi. Penyewa hendaklah menyediakan ruang pada pondok bas untuk mesej atau cogankata Kerajaan Negeri dan lain-lain perkara yang akan ditentukan oleh MPSP. Segala kos mengenainya adalah ditanggung oleh penyewa;

xxxii. MPSP boleh menamatkan perjanjian penyewaan, tanpa memberikan apa-apa pampasan kepada penyewa sekiranya;

a. Penyewa diisytiharkan muflis;

b. Terdapat arahan secara bertulis daripada Kerajaan bahawa pondok bas-pondok bas yang disewakan itu perlu diubah, dipindahkan atau dibuang atas sebab-sebab tertentu;

c. Penyewa didapati melanggar mana-mana syarat sewaan yang ditetapkan oleh MPSP.

xxxiii. Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian penyewaan pada bila-bila masa di sepanjang tempoh sewaan tersebut dengan memberi tiga (3) bulan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi;

xxxiv. Penyewa dikehendaki memasukkan klausa dalam perjanjiannya dengan mana-mana pihak ketiga / pengiklan bahawa sekiranya penyewaannya dengan MPSP tamat atau apabila berlaku penamatan awal sewaan maka secara langsung perjanjian di antara penyewa dengan mana-mana pihak ketiga / pengiklan ditamatkan dengan serta-merta;

xxxv. Penyewa hendaklah menyerah kembali pondok bas yang disewakan dan dengan kosnya sendiri menanggalkan sepenuhnya papan iklan yang dipamerkan apabila tamatnya tempoh sewaan atau apabila berlaku penamatan awal tanpa menuntut apa-apa pampasan daripada MPSP;

xxxvi. Kesemua pondok bas-pondok bas MPSP yang ditawarkan untuk sewaan adalah menggunakan konsep ‘As Is Where Is Basis’;

xxxvii. Untuk penyewaan pondok bas yang mempunyai kiosk, sewaan kiosk tersebut tidak termasuk dalam tawaran kepada penyewa;

xxxviii. Segala bayaran untuk penyediaan surat perjanjian sewaan dan duti setem adalah ditanggung sepenuhnya oleh penyewa; dan

xxxix. MPSP berhak mengenakan syarat-syarat lain yang difikirkan sesuai pada bila-bila masa di sepanjang tempoh penyewaan.

5. Selepas perbincangan, jawatankuasa bersetuju meluluskan permohonan daripada Tetuan Simavis Engineering Sdn. Bhd. untuk menyewa 1 pondok bas MPSP bagi tujuan pengiklanan dengan syarat-syarat sewaan seperti di para 4.7.4 (i hingga xxxix) dan seterusnya memperakukan perkara ini dibawa untuk pertimbangan Majlis Penuh.

6. Jawatankuasa juga bersetuju mengesahkan keputusan ini pada 15 Mei 2012 di dalam mesyuarat ini bagi membolehkan keputusan ini dibawa ke Majlis Penuh.

Tindakan : Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta

5. PEMBENTANGAN KERTAS MAKLUMAT

~ Tiada ~

6. HAL-HAL LAIN

|Bil |Perkara / Isu |Perbincangan |Tindakan |

|1. |Peruntukan Ahli Majlis |Surat telah dihantar kepada Bahagian Kerajaan Tempatan mengenai cadangan MPSP |Untuk Makluman |

| | |untuk memperluas peruntukan Ahli Majlis. | |

| | | | |

| | |MPSP dimaklumkan supaya membelanjakan peruntukan Ahli Majlis mengikut tema | |

| | |Cleaner Greener Penang sahaja. | |

|2. |Tender Pembersihan |Bengkel Pembersihan Bersepadu yang dijadualkan pada 10 Mei 2012 telah |Pengarah Perkhidmatan |

| | |ditangguhkan. Tarikh baru yang dicadangkan ialah 11 Jun 2012. Panggilan |Perbandaran |

| | |mesyuarat melalui email telah dihantar kepada semua Ahli Majlis dan Ketua | |

| | |Jabatan yang terlibat pada 14 Mei 2012. | |

| | | | |

| | |Ahli Majlis berpendapat tarikh tersebut terlalu lambat dan meminta supaya | |

| | |ianya dipercepatkan. Mesyuarat bersetuju supaya bengkel tersebut diadakan pada| |

| | |hari Sabtu di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat Bawah, MPSP. Jabatan | |

| | |Perkhidmatan Perbandaran diminta menentukan tarikh bagi bengkel tersebut. | |

|3. |Perbelanjaan Perubatan |Mesyuarat dimaklumkan bahawa MPPP tidak menyediakan kemudahan klinik panel |Pengarah Khidmat Pengurusan |

| |Ahli Majlis |kepada Ahli Majlis. | |

| | | | |

| | |Ahli Majlis meminta supaya kemudahan klinik panel dipanjangkan kepada Ahli | |

| | |Majlis. | |

| | | | |

| | |Pengerusi memaklumkan bahawa kesemua peruntukan / elaun kepada Ahli Majlis | |

| | |adalah ditentukan oleh Kerajaan Negeri dan mencadangkan supaya Jabatan menulis| |

| | |surat kepada YB Tuan Chow Kon Yeow berhubung perkara tersebut. | |

|4. |Kontraktor Pembersihan |Berhubung dengan aduan Ahli Majlis bahawa lori-lori kontraktor pembersihan |Untuk Makluman |

| |MPSP |MPSP bagi kawasan utara telah mengibarkan bendera Barisan Nasional, Jabatan | |

| | |telah menyemak semua lori kontraktor pembersihan di pekan Kepala Batas dan | |

| | |mendapati tiada lori yang memasang/mengibarkan bendera Barisan Nasional. | |

|5. |Perjanjian Antara MPSP |Mesyuarat dimaklumkan bahawa perkara tersebut dalam semakan terakhir Jabatan |Untuk Makluman |

| |Dengan Kontraktor Pulau |Undang-Undang. | |

| |Burung | | |

| | |Berhubung dengan cadangan Ahli Majlis supaya diletakkan klausa “Liquidated | |

| | |Damages”, Pengarah Undang-Undang memaklumkan perkara tersebut telah dimasukkan| |

| | |ke dalam perjanjian. | |

|6. |Lawatan Oleh Jawatankuasa|Mesyuarat JK Bertindak Bersih dan Indah Zon Tengah telah memutuskan untuk |Untuk Makluman |

| |Bertindak Bersih dan |membuat lawatan ke Majlis Perbandaran Kuantan. MPK telah mendapat markah star | |

| |Indah Zon Tengah |rating tertinggi di antara semua PBT. Jawatankuasa telah mencadangkan supaya | |

| | |lawatan dilakukan pada 27 - 29 Mei 2012. | |

|7. |Jawatankuasa Tender, | |Untuk Makluman |

| |Perlantikan & Tatatertib |Berhubung dengan permintaan Ahli Majlis supaya ketiga-tiga ketua whip dilantik| |

| | |menjadi Ahli Jawatankuasa Tetap dalam mesyuarat berkenaan, mesyuarat | |

| | |dimaklumkan bahawa di dalam Perintah Tetap MPSP 1996, Perintah 28, Pihak | |

| | |Berkuasa Pelantikan dan Tatatertib menyatakan, menurut Seksyen 16 (4) Akta | |

| | |Kerajaan Tempatan 1976, pihak berkuasa yang melantik hendaklah terdiri | |

| | |daripada Yang DiPertua atau wakilnya yang mana hendaklah seorang Ahli Majlis, | |

| | |Setiausaha dan seorang lagi Ahli Majlis yang dilantik oleh Yang DiPertua dari | |

| | |semasa ke semasa yang mana mempunyai kuasa untuk melantik orang-orang ke | |

| | |jawatan –jawatan yang ditunjukkan di dalam anggaran belanjawan dan juga | |

| | |mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan kakitangan Majlis. | |

| | | | |

| | |(YDP, Setiausaha, seorang Ahli Majlis) | |

| | | | |

| | |Sekiranya bilangan Ahli Majlis yang dilantik adalah melebihi daripada yang | |

| | |disebut di dalam Akta ini adalah melanggar AKT 1976. | |

| | | | |

| | |Pengarah Undang-Undang menjelaskan bahawa mengikut Akta, PBT mempunyai kuasa | |

| | |untuk melantik dan menamatkan perkhidmatan kakitangan di mana MPSP menggunakan| |

| | |konsep ”Fire and Hire” di mana bilangan ahli dalam Pihak Berkuasa Pelantikan | |

| | |dan Pihak Berkuasa Tatatertib adalah sebanyak tiga orang iaitu Tuan Yang | |

| | |DiPertua, Setiausaha dan seorang Ahli Majlis. Bilangan ahli adalah tidak | |

| | |boleh ditambah. Perlantikan Ahli Majlis untuk menjadi ahli dalam Pihak | |

| | |Berkuasa Pelantikan dan Pihak Berkuasa Tatatertib adalah di bawah kuasa Tuan | |

| | |Yang DiPertua. | |

| | | | |

| | | | |

| | |Pengarah Undang-Undang turut membuat teguran apabila terdapat pemerhati di | |

| | |dalam jawatankuasa kerana beliau khuatir sekiranya terdapat pihak yang ingin | |

| | |mencabar keputusan yang dibuat dan membawa perkara ini ke Mahkamah (minit | |

| | |mesyuarat dijadikan bahan bukti) dengan menyatakan bahawa Pihak Berkuasa | |

| | |Pelantikan atau Pihak Berkuasa Tatatertib mengambil kira pandangan pemerhati | |

| | |dalam membuat keputusan. Ini kerana menurut akta, tiada pemerhati dalam Pihak | |

| | |Berkuasa Pelantikan atau Pihak Berkuasa Tatatertib. | |

| | | | |

| | |Pengarah Undang-Undang turut menjelaskan bahawa Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |

| | |digubal oleh Parlimen atas persetujuan Kerajaan Negeri yang telah dibincangkan| |

| | |dalam Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. Mengikut peraturan Majlis Negara | |

| | |bagi Kerajaan Tempatan, sebarang pindaan yang ingin dilakukan kepada Akta | |

| | |Kerajaan Tempatan, Akta Perancang Bandar & Desa, dan Akta Jalan, Parit dan | |

| | |Bangunan mestilah dibawa ke Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. | |

| | | | |

| | |Mesyuarat bersetuju mematuhi perihal yang terdapat di dalam Akta dan tiada | |

| | |pemerhati di dalam mesyuarat yang dijalankan. | |

| | | | |

| | |Ketiga-tiga Ketua Whip akan dilantik menjadi Ahli dalam Mesyuarat Pihak | |

| | |Berkuasa Tatatertib dan Pihak Berkuasa Perlantikan mengikut giliran seperti | |

| | |berikut: | |

| | | | |

| | |Januari – April :Ketua Whip DAP | |

| | |Mei-Ogos : Ketua Whip PKR | |

| | |September - Disember : Ketua Whip PAS | |

| | | | |

|8. |Pembelian Borang Tender |Ahli Majlis memohon penjelasan secara bertulis berhubung pembelian borang |Pengarah Khidmat Pengurusan |

| | |tender tanpa mendaftar dengan E-Perolehan. | |

|9. |Status Dewan Yang | |Pengarah Penilaian & |

| |Didirikan Di Atas tanah |Ahli Majlis ingin mengetahui status terkini tentang dewan-dewan berikut:- |Pengurusan Harta / Pengarah |

| |kerajaan. |Dewan Taman Siakap |Undang-Undang |

| | |Dewan Taman Desa Murni | |

| | |Dewan Taman Senangan | |

| | | | |

| | |Timbalan Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta memaklumkan seperti | |

| | |berikut:- | |

| | | | |

| | |Dewan Taman Siakap | |

| | |– Tapak adalah milik MPSP. MPSP pada tahun 1996 telah memberi kebenaran kepada| |

| | |Pejabat Daerah & Tanah SPT untuk membina sebuah dewan. Baru-baru ini Jabatan | |

| | |telah menulis surat kepada Pejabat Daerah & Tanah SPT untuk mengambil balik | |

| | |dewan tersebut. Pejabat Daerah & Tanah SPT diberi tempoh sehingga 18 Mei 2012 | |

| | |untuk menjawab surat tersebut. Sekiranya sehingga 18 Mei 2012 tiada | |

| | |maklumbalas diterima daripada Pejabat Daerah & Tanah SPT, maka Majlis akan | |

| | |memaklumkan untuk mengambil alih dewan tersebut. | |

| | |Dewan Taman Desa Murni | |

| | |Jabatan telah banyak kali menghantar surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah | |

| | |SPU, namun sehingga kini Pejabat Daerah dan Tanah SPU gagal memaklumkan status| |

| | |dewan tersebut. | |

| | |Pengerusi akan membangkitkan berhubung perkara ini dalam Mesyuarat Post EXCO | |

| | |yang akan datang. | |

| | |Dewan Taman Senangan | |

| | |Tapak belum diserahkan oleh pemaju kepada MPSP. Perkara ini telah dibawa ke | |

| | |Mahkamah dan difahamkan bahawa pada 22 Mei 2012, Mahkamah Rayuan akan membuat | |

| | |keputusan berhubung status penyerahan tapak tersebut. | |

| | |Pengerusi juga memaklumkan bahawa beliau telah menandatangani kaveat supaya | |

| | |tanah tersebut tidak dijual oleh pemaju kepada orang lain. | |

|10. |Kertas Kerja |Ahli Majlis meminta supaya kertas kerja berhubung ‘Blacklisting of Architect |Untuk Makluman |

| |‘Blacklisting of |and Developer’ dibentangkan oleh Jabatan Bangunan dalam Mesyuarat Jawatankuasa| |

| |Architect and Developer’ |OSC pada 16 Mei 2012. | |

| |Untuk Mesyuarat | | |

| |Jawatankuasa OSC | | |

6. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang.

________________________________________________________________

HAJAH NORAZIAH BINTI HAJI ABD. AZIZ

Pengarah Khidmat Pengurusan

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Dicatat oleh : Pn. Zuraida binti Md. Isa

Ida/Minit Mei2012

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download