RAYUAN PENGURANGAN SENARAI NILAIAN UNTUK UNIT KEDIAMAN



xxx Nama xxx

Diamond Regency Service Apartment

xx No unit xx, No.18, Jalan 3/50 Off Jalan Gombak,

53000 Kuala Lumpur

Kepada

Datuk Bandar Kuala Lumpur,

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta,

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ,

Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,

1001, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur. 6 November 2009

Tuan,

PER: RAYUAN PENGURANGAN SENARAI NILAIAN UNTUK UNIT KEDIAMAN

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya xxx Nama xxx adalah pemilik unit XXX di Diamond Regency Service Apartment yang beralamat di No.18, Jalan 3/50 Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.

2. Kami ingin membuat bantahan terhadap notis kenyataan pindaan senarai nilaian yang dicadangkan oleh DBKL berdasarkan surat bertarikh 19 Oktober 2009. Maklumat pegangan / hartanah kami adalah seperti berikut;

No Fail: xxxx

No. Akaun: xxxxx

Cadangan Nilai Tahunan: RMxxxx

Kadar : 12% RMxxx setahun

3. Kami merasakan kadar 12% yang dikenakan oleh pihak tuan adalah terlampau tinggi dan membebankan rakyat pada masa ini di mana negara kita Malaysia masih lagi merasai kesan kemelesatan akibat pengurangan tahap kuasa membeli rakyat. Antara sebab-sebab terhadap bantahan terhadap pindaan senarai nilaian adalah sebagai di bawah :

3.1 Sebagai penghuni servis apartmen, kami bukan sahaja terpaksa membayar cukai tanah dan cukai pintu, tetapi perlu juga membayar 'maitenance fee' dan 'sinking fund' setiap bulan. Purata kos penyelenggaraan setiap rumah sebulan ialah RM250. Bayaran ni dikenakan untuk menampung kos penyelenggaraan, pembersihan dan pembuangan sampah. Ini secara tidak langsung telah mengurangkan kos penyelenggaraan, buruh dan beban tugas pihak DBKL.

3.2 Pihak pengurusan apartmen juga telah menyediakan kawasan tempat letak kereta dan lampu untuk kawasan persekitaran. Pengawal keselamatan dan taman permainan untuk kanak-kanak juga telah disediakan dan ini membolehkan pihak DBKL tidak menanggung apa-apa kos untuk menyelenggara kawasan kami.

3.3 Kawasan di sekitar apartmen kami juga telah dipasang dengan sistem kutipan letak kereta. Ini merupakan satu lagi sumber wang untuk DBKL apabila pelawat datang ke kediaman kami.

3.4 Memandangkan apartmen kami mempunyai peraturan yang ketat iaitu tidak dibenarkan mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing, ayam dan sebagainya, maka, tidak ada risiko haiwan ini terbiar atau pencemaran yang disebabkan dari haiwan peliharaan.

4. Sebagai kesimpulan, saya merayu kepada pihak DBKL untuk mempertimbangkan semula kadar pindaan senarai nilaian yang ingin dikenakan. Saya mencadangkan kadar 3% - 5% dikenakan memandangkan pihak DBKL masih memerlukan sumber kewangan untuk menampung kos penyelenggaraan yang lain. Saya berbesar hati sekiranya DBKL prihatin terhadap cabaran yang dihadapi kami sebagai penduduk dan rakyat ibukota yang memerlukan kos yang tinggi.

Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

__________________________

xxx Nama xxx

I/C:

Tel:

Alamat: :

Diamond Regency Service Apartment

xxx, No.18, Jalan 3/50 Off Jalan Gombak,

53000 Kuala Lumpur.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download