Dewan Bahasa dan Pustaka



| | | | |

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN

DEKLAMASI PUISI

SEKOLAH MENENGAH

PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

(Kategori Penyampaian Syair)

Anjuran

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

dengan kerjasama

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH 2019

KATEGORI PENYAMPAIAN SYAIR

1. LATAR BELAKANG

1. Deklamasi puisi ialah satu persembahan seni pentas yang amat popular dalam kalangan penggiat sastera. Perkataan deklamasi berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “declamare” atau “declaim” yang membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai aset dan alat bantu. Dengan kata lain, deklamasi puisi ialah pembacaan puisi yang membabitkan suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka, gerak badan dan sebagainya.

2. Kegiatan deklamasi puisi banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan organisasi tertentu termasuk DBP, sama ada bersempena majlis tertentu ataupun dalam bentuk sayembara/pertandingan.

3. Sejak tahun 2012, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, serta DBP Cawangan dan Wilayah, bagi membolehkan pelajar sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bakat dalam bidang deklamasi puisi. Tahun ini merupakan tahun kelapan pertandingan ini diadakan.

.

2. OBJEKTIF

1. Mencungkil bakat baharu dalam bidang penyampaian syair.

2. Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

3. Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi.

3. SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sedang belajar di tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah agama negeri, dan sekolah agama bantuan kerajaan.

2. Pencalonan setiap peserta pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan adalah melalui pencalonan daripada pihak sekolah.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat:

1. Peringkat Daerah

1. Pertandingan peringkat daerah dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah SEKIRANYA PERLU.

2. Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri.

3. Seorang peserta yang menjadi johan pertandingan pada peringkat ini akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

2. Peringkat Negeri

1. Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan Wilayah.

2. Sebuah jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

3. Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

4. Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan pertandingan kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

5. Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil penyertaan oleh DBP.

6. Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum, sagu hati hakim dan hadiah akan ditanggung oleh pihak DBP Cawangan dan Wilayah, kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

3. Peringkat Kebangsaan

1. Pertandingan pada peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ibu pejabat melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Enam belas (16) orang peserta yang merupakan johan peringkat negeri akan bertanding mewakili negeri masing-masing pada pertandingan peringkat akhir.

3. Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing merangkap sebagai guru pengiring.

4. Sekiranya peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh diberikan kepada naib johan, seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan peringkat kebangsaan.

5. Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan ditanggung oleh DBP ibu pejabat, kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

5. PEMILIHAN SYAIR DAN IRAMA

1. Penganjur pertandingan akan menyediakan teks syair yang akan dipilih oleh peserta.

2. Syair yang disenaraikan merupakan syair yang sedang digunakan dalam komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan sumber lain seperti yang berikut:

1. Syair Burung Pungguk

2. Syair Perahu

3. Syair Kelebihan Ilmu

4. Syair Bidasari (Teks Komsas Ting. 4 – Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

5. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman

6. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah

7. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

8. Syair Perang Saudara di Pahang

9. Syair Panduan untuk Remaja

10. Syair Berbuat Jasa

11. Syair Definisi Orang Berakal

12. Syair Makna Riak

3. Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:

1. Irama Seledang Delima

2. Irama Tuk Kenali

3. Irama Perantau

4. Irama Narasi

5. Irama Mayang

6. Irama Batu Belah

7. Irama Hiasan

8. Irama Perindu

9. Irama Dodoi

10. Irama Dandan Setia

4. Syair yang akan disampaikan pada peringkat daerah/negeri dan kebangsaan hendaklah berdasarkan senarai syair yang telah disediakan.

5. Pada pertandingan peringkat daerah/negeri, peserta dikehendaki menyampaikan satu syair berdasarkan teks/karya daripada padanan yang telah disenaraikan oleh urus setia. (padanan teks dan irama untuk peringkat kebangsaan seperti lampiran).

6. Pada pertandingan peringkat kebangsaan, pihak penganjur akan menetapkan satu irama berserta teks yang telah dipadankan kepada peserta yang menjadi johan peringkat negeri. Setiap peserta wajib menyampaikan syair berserta irama seperti ditetapkan oleh penganjur.

7. Penyampaian syair selain daripada syair yang disenaraikan akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

8. Teks syair di atas akan dimasukkan dalam laman web DBP (.my).

6. PERATURAN PERTANDINGAN

1. Peserta pada peringkat daerah/negeri hendaklah memilih dan menyampaikan syair yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.

2. Peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri layak mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Peserta pertandingan peringkat kebangsaan dikehendaki menyampaikan irama syair yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur manakala teks syair pula merupakan pilihan sendiri oleh peserta. Pihak penganjur akan memaklumkan irama syair kepada peserta yang layak ke pertandingan peringkat kebangsaan sebaik sahaja pertandingan peringkat negeri selesai dijalankan.

3. Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang peralatan muzik termasuk pita rakaman semasa menyampaikan syair.

4. Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

5. Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan penyertaannya serta-merta.

7. HADIAH

1. Peringkat Daerah

DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

2. Peringkat Negeri

i. Hadiah pada peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan dan Wilayah.

ii. Semua peserta peringkat negeri juga akan menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur.

3. Peringkat Kebangsaan

1. Hadiah pertandingan pada peringkat kebangsaan disediakan oleh pihak penganjur. Butiran hadiah adalah seperti yang berikut:

Tempat pertama : Wang tunai RM600.00, piala pusingan, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

Tempat kedua : Wang tunai RM500.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga : Wang tunai RM400.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

Sagu hati (13) : Wang tunai RM100.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

2. Semua peserta peringkat kebangsaan juga akan menerima sijil penyertaan.

8. HAKIM

1. Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah/negeri dan peringkat kebangsaan, termasuk ketua hakim.

2. Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru bahasa Melayu, guru sastera dan pegawai pejabat pendidikan daerah yang menguasai pelbagai irama syair.

3. Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru Bahasa Melayu, guru sastera dan pegawai pejabat pendidikan daerah/jabatan pendidikan negeri yang menguasai pelbagai irama syair, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawai DBP.

4. Hakim pertandingan peringkat kebangsaan terdiri daripada pakar/aktivis sastera yang menguasai pelbagai irama syair dari dalam DBP dan di luar DBP atau individu yang difikirkan layak.

5. Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

6. Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai pemenang.

7. Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta memaparkan wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Mimik muka itu hendaklah bersesuaian dengan penyampaian. Jika syair itu memuatkan perasaan sedih, mimik mukanya hendaklah berpadanan dengan perasaan itu.

8. Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan peserta ketika menyampaikan syair.

8.9 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

9. ASPEK PENILAIAN

Aspek yang dinilai adalah seperti yang berikut:

| |IRAMA (40%) |SUARA (40%) |GAYA DAN TEKNIK (20%) |JUMLAH MARKAH |

| | | | | |

|IRAMA | | | | |

| |Patah Lagu |Nada |Tempo |Vokal |

|Patah Lagu |Nada |Tempo |Vokal |Intonasi |Kelancaran |Penghayatan/ Mimik Muka/ Bahasa Tubuh |Penampilan/ Ketertiban | | |

MARKAH PENUH |

20 |

10 |

10

|

10

|

20

|

10

|

10 |

10

|

| |

Ulasan keseluruhan:

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim : ……………………………..................

Nama : ……………………............................

Tarikh : .........................................................

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download