Dalam Bab 4, murid telah mempelajari bagaimana …
7.1 Pengenalan
1. Bab ini membincangkan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Singapura .
2. Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang oleh negara Indonesia dan Filifina
3. Pada 9 Ogos 1967 Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia
2. Gagasan Persekutuan Malaysia
1. Gagasan Persekutuan Malaysia merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dalam satu unit politik
2. Gabungan ini membentuk negara Malaysia.
1. Idea pembentukan Persekutuan Malaysia
1. Tunku Abdul Rahman berusaha membebaskan Sabah , Sarawak, Brunei dan Singapura daripada jajahan British
2. Beliau mengemukakan Idea gagasan Malaysia iaitu percantuman antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah , Sarawak, Brunei dan Singapura
3. Idea itu dikemukakan dalam satu majlis makan tengah hari Persatuan wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi pada 27 Mei 1961
4. Idea ini mendapat sambutan positif daripada pemimpin-pemimpin wilayah terbabit
5. Pada bulan Julai 1961, ditubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM)
6. Peranan jawatankuasa ini ialah untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin wilayah-wilayah yang terlibat
7. Pada 16 Oktober 1961 Tunku Abdul Rhman membawa usul gagasan Persekutuan Malaysia di Dewan Rakyat
2. Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia
1. Pembentukan Persekutuan Malaysia akan mewujudkan:
a. kestabilan politik
b. kemakmuran ekonomi
c. keharmonian sosial
2. Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia ialah :
a. Mempercepat kemerdekaan Singapura , Sarawak, Sabah dan Brunei.
▪ Saiz Singapura dan penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei terlalu kecil sukar mendapat kemerdekaan
b. Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia
c. Memajukan sosio-ekonomi
i. mewujudkan satu kawasan pasaran ekonomi yang luas
ii. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli
iii. Menghapuskan sekatan cukai
iv. Memudahkan usaha menarik pemodal luar
v. Memajukan taraf hidup rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei
d. Menyelamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis
3. Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
7.3.1 Persekutuan Tanah Melayu
1. Cadangan gagasan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada parti-parti politik di negeri-negeri Melayu.
2. Penduduk Tanah Melayu secara umumnya menerima prinsip gagasan Malaysia walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaannya
3. Parti PAS menyokong idea pembentukan Persekutuan Malaysia tetapi juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia.
4. Pelajar Universiti Malaya juga turut menyokong pembentukan Persekutun Malaysia
7.3.2 Singapura
1. Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew mengalu-alukan gagasan Malaysia
2. Parti ini dapat diselamatkan daripada dikuasai oleh parti berhaluan kiri jika menyertai gagasan ini
3. Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura menolak gagasan ini kerana menganggap satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya
4. Satu referendum diadakan bagi meninjau pendapat penduduk Singapura terhadap gagasan Persekutuan Malaysia.
5. Referendum ialah satu pungutan suara rakyat berhubung sesuatu dasar politik.
6. Keputusan referendum ialah :
a. Seramai 397626 penduduk Singapura Alternafif A
b. Seramai 9422 penduduk Alternafif B
c. Seramai 7911 penduduk Alternafif C
d. Sebanyak 144077 undi rosak
e. Keputusan referendum menunjukkan penduduk Singapura menyokong penggabungan .
7. Alternatif A ialah menyokong percantuman yang memberi Singapura kuasa autonomi
8. Alternatif B ialah menyokong percantuman penuh tanpa syarat
9. Alternatif C ialah menyokong penyertaan Singapura dengan syarat seperti syarat yang diberikan oleh Sabah
7.3.3 Sabah
1. Pendirian rakyat terhadap gagasan Persekutuan Malaysia disalurkan melalui beberapa parti politik baru ditubuhkan
2. Berikut ialah Pendirian parti-parti politik di Sabah
|Parti |Pendirian awal |
|UNKO |Menyokong |
|USNO |Menyokong |
|Parti Bersatu |menyokong dengan syarat Sabah merdeka |
|P.Demokratik |dahulu |
|Pasok Momogun |Menentang kerana Sabah perlu bersatu |
| |dengan Sarawak dan Brunei |
3. Akhirnya semua parti-parti politik ini menyokong gasasan Malaysia
4. Semua parti ini bergabung membentuk Perikatan Sabah di bawah pimpinan Donald Stephens dan Tun Datu Mustafa Datu Harun
5. Perikatan Sabah telah memenangi pilihan raya Majlis Daerah yang pertama pada tahun 1962.
6. Calon bebas yang memenangi kerusi kebanyakan juga turut menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia.
7.3.4. Sarawak
1. Berikut ialah pendirian parti-parti politik di Sarawak
|Parti |Pendirian |
|PANAS |Awalnya menentang dan akhirnya |
|SNAP |menyokong |
|SUPP |Menentang kerana Sarawak perlu |
| |bersatu dengan Sabah dan Brunei |
|i.BARJASA |Menyokong |
|ii PESAKA | |
|iii SCA | |
3. Semua parti politik menyokong kecuali SUPP
4. Parti-parti menyokong membentuk Perikatan Sarawak untuk menghadapi pilihanraya Majlis Daerah
5. Perikatan Sarawak menenangi pilihanraya tersebut
7.3.5. Brunei
1. Gagasan Malaysia ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan Omar Ali Saifuddin
2. Penentangan wujud daripada Parti Rakyat Brunei pimpinan A. M.Azahari
3. Faktor penentangannya ialah
a. Menganggap Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.
b. mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara .
4. Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul yang dibawa di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak.
5. Rundingan masih diteruskan hingga ke saat-saat akhir pembentukan Persekutuan Malaysia
6. Tiada kesepakatan dalam rundingan berkaitan
a. perkara yang berkaitan dengan hasil minyak
b. kekananan sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang Dipertuan Agong
7. Pada bulan Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.
8. Keseluruhan penduduk Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia
9. Penentangan pada peringkat awal di Sabah dan Sarawak wujud kerana :
a. sikap berhati-hati rakyat
b. kurang pemahaman tentang gagasan Persekutauan Malaysia
6. Reaksi Negara Jiran
1. Indonesia
1. Pada mulanya menyokong gagasan Malaysia
2. Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio pernah mengutusucapan taniah kerana usaha menubuhkan Persekutuan Malaysia.
3. Pendirian Indonesia berubah kerana
a. terpengaruh dengan dakyah oleh Parti Komunis Indonesia
b. PKI yang menuduh gagasan tersebut sebagai neokolonialisme
c. Pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia akan menyekat Parti Komunis Indonesia
d. Penubuhan Persekutuan Malaysia bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk membentuk Indonesia Raya
4. Neokolonialisme bermaksud suatu bentuk penjajahan baru yang melibatkan perluasan pengaruh politik terhadap negara yang baru merdeka terutama melalui tekanan ekonomi
2. Filipina
1. menentang kerana mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu
2. pihak British tidak melayan tuntutan tersebut kerana
a. tidak berasas
b. laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan rakyat Sabah telah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia.
7. Negara-Negara Barat
1. Gagasan Malaysia mendapat sokongan daripada kerajaan Britain dan Amerika Syarikat kerana:
a. dapat mempercepatkan proses kemerdekaan negeri-negeri berkenaan
b. menyekat pengaruh komunis
3. Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia (ms 214)
1. Langkah-langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia ialah :
a. 27 Mei 1961 Cadangan Gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tukku Abdul Rahman
b. Julai 1961- pembentukan JPPM yang bermatlamat memberi penerangan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
c. Feb- Apr 1962 Suruhanjaya Cobbold
i. dipengerusikan oleh Lord Cobbold
ii. dianggotai oleh M. Ghazali Shafie, Wong Pow Nee David Watherston dan Anthony Abell
iii. ditubuhkan hasil daripada laporan JPPM
iv. tujuan meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
v. Rumusan laporan Suruhanjaya Cobbold ialah :
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak setuju menyertai gagasan Malaysia dengan syarat kepentingan mereka dilindungi
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahu mencapai kemerdekaan terlebih dahulu
d. Ogos 1962 – Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
i. membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan
ii. menghasilkan Tuntutan 20 Perkara iaitu antaranya :
• Tiada agama rasmi
• kebebasan beragama
• bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
• imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri
• Nama persekutuan ialah Malaysia
• dasar pelajaran sedia ada dikekalkan
• peruntukan kerusi di parlimen
• Perlantikan ketua negeri oleh ratu British dan Yang Dipertuan Agung .
e. Sept 1962 Referendum Singapura
i. bertujuan meninjau pendapat penduduk Singapura
ii. Keputusan referendum ialah penduduk setuju menyertai Malaysia
f. Ogos 1963 – Suruhanjaya PBB
i. Atas permintaan Indonesia dan Filifina untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
ii. Keputusannya penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia
1. Perisytiharan Persekutuan Malaysia
1. Asas perlembagaan Persekutuan ialah :
a. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
b. memorandum daripada rakyat Sabah dan Sarawak
2. Hampir semua tuntutan 20 Perkara diberikan pertimbangan sewajarnya
3. Perjanjian Perisytiharan Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 di Malborough House , London
4. Antara isi kandungan perjanjian ialah :
a. semua urusan luar negara menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
b. Agama rasmi persekutuan ialah agama Islam kecuali Sabah dan Sarawak. Agama lain bebas diamalkan
c. Bahasa Rasmi ialah bahasa Melayu.Bahasa lain masih boleh digunakan
d. Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun pembentukan Malaysia
e. kuasa imigresan dan perkhidmatan awam di bawah kuasa Sabah dan Sarawak
f. Penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf seperti orang Melayu di Tanah Melayu
5. Persekutuan Malaysia menjadi kenyataan apabila termenterai perjanjian
6. Pada 16 Sept 1963 , deklarasi Penubuhan Persekutuan dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
7. Deklarasi ini menunjukkan :
a. lahirlah sebuah negara Malaysia yang berdaulat
b. Sabah , Sarawak dan Singapura mencapai kemerdekaan
c. Malaysia terus maju dengan slogan ” Bersekutu Bertambah Maju
2. Konfrontasi dan perdamaian
1. Apabila Malaysia diistiharkan :
a. Indonesia dan Filifina enggan mengiktiraf Malaysia
b. mereka memutuskan hubungan diplomatik
c. Indonesia melancarkan konfrontasi
2. Konfrontasi ialah sikap penentangan terhadap penubuhan persekutuan Malaysia oleh Indonesia
3. didalangi oleh Parti Komunis Indonesia
4. tentera Indonesia telah menceroboh beberapa kawasan Malaysia
5. Pemimpin Malaysia berusaha mewujudkan perdamaian
6. Antara usaha-usaha perdamaian Malaysia- Indonesia ialah :
a. Mei 1963 - Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo
i. antara Tunku Abdul Rahman dengan Presiden Sukarno
ii. mereka bersetuju untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila
b. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963 )
i. ditubuhkan MAPHILINDO untuk meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota
ii. menuntut wakil PBB membuat tinjauan semula terhadap pendapat Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia
c. Februari 1964 –Persidangan Bangkok
i. Wakil Malaysia ialah Tun Adbul Razak
ii. Wakil Indonesia ialah Dr Subandrio
iii. gagal mencapai kata sepakat berkenaan genctan senjata
d. Jun 1964 - Persidangan Tokyo
i. gagal kerana
• Indonesia enggan mengundurkan tenteranya
• Indonesia menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila
7. Usaha lain menamatkan konfrontasi ialah
a. Bantahan rasmi oleh Malaysia ke PBB kerana pencerobohan tentera Indonesia
i. PBB gagal bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Russia
ii. Russia mempunyai hubungan baik dengan Indonesia
b. Menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan atau Askar Wataniah
c. Mendapatkan sokongan dan bantuan ketenteraan daripada negara-negara komenwel
8. Konfrontasi terhadap Malaysai semakin kendur apabila:
a. Apabila Jeneral Soekarno diguling dalam peristiwa Gestapo 30 September
b. Jeneral Soeharto mengambil alih kuasa Presiden
9. Pada 11 Ogos 1966 perjanjian pemulihan Malaysia-Indonesia ditandatangani
10. Dokumen perjanjian ini ditandatangani oleh
a. Tun Abdul Razak bagi pihak Malaysia
b. Adam Malik bagi pihak Indonesia
11. Filifina juga memulihkan hubungan dengan Malaysia.
12. Iktibar daripada peristiwa kronfrontasi ialah
a. Perlu menjalin hubungan baik dengan negara jiran
b. Tidak mencampuri urusan dalaman negara lain
c. Rundingan jalan terbaik menyelesaikan pertelingkahan
7.4.3 Pemisahan Singapura
1. Singapura menimbulkan banyak masalah seperti membangkitkan isu sensetif
2. Singapura dianggap sebagai duri dalam daging kepada Malaysia
3. Faktor pemisahan Singapura ialah :
a. Masalah Ekonomi dan Tuntutan Singapura
i. Singapura menuntut statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh Kerajaan pusat
ii. Singapura menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat
b. Konsep Malaysian Malaysia
i. Singapura menuntut hak sama rata untuk semua rakyat
ii. Singapura menafikan institusi raja
iii. Singapura menentang hak ostimewa orang Melayu dan bumiputera
iv. Lee Kuan Yew sering mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam termaktub dalam perlembagaan
c. Pertikaian Perikatan-PETIR
i. MCA dituduh oleh PETIR sebagai tidak mewakili kepentingan kaum cina
ii. Lee Kuan Yew juga berhasrat mengambil alih peranan MCA mewakili orang Cina
iii. Perikatan dicabar oleh PETIR dalam pilihanraya pada 1964
d. Rusuhan Kaum
i. kenyataan pemimpin PETIR yang banyak membangkitkan sentimen perkauman
ii. Berlaku rusuhan kaum di Singapura mengugat keselamatan negara
4. Pada 9 Ogos 1965 , Perisytiharan Pemisahan Singapura dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di parlimen
5. Pemisahan Singapura dibuat atas dasar :
a. memisahkan duri dalam daging
b. memastikan keharmonian keselamatan dan perpaduan rakyat Malaysia
-----------------------
Tema/Tajuk
6. PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA
6.1 Gagasan Persekutuan Malaysia
a. Idea pembentukan Malaysia
• Konsep gagasan Persekutuan
i. Cadangan Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada 27 Mei 1961
b. Matlamat pembentukan Malaysia
• Keselamatan
• Keseimbangan kaum
• Mempercepat kemerdekaan
• Memajukan ekonomi
Hasil Pelajaran :
Memahami Gagasan Persekutuan Malaysia
Aras 1
• Mentafsir konsep gagasan Malaysia
• Mengumpul maklumat tentang idea-idea pembentukan Malaysia.
• Menyatakan sebab pembentukan Malaysia
• Menceritakan senario yang berlaku di Singapura, Sarawak dan Sabah yang membawa pembentukan Malay sia
Aras 2
• Menghubungkaitkan dengan pembentukan Malysia kemerdekaan Sarawak, Sabah dan Singapura
• Menghuraikan sebab pembentukan Malay sia dengan senario politik semasa.
Aras 3
• Membincangkan pembentukan Malaysia sebagai kesepakatan untuk mewujudkan kestabilan negara.
• Menjana idea wawasan Tunku Abdul Rahman menjamin kesejahteraan negara.
Nilai dan tingkahlaku patriotisme
Kepemimpinan berw awasan membawa kesejahteraan
• Bersikap inovatif dan berwawasan
Kesepakatan untuk kestabilan negara
• Sentiasa bersatu padu
•
BAB 7 MALAYSIA YANG BERDAULAT
Tema/Tajuk
6.2 Reaksi terhadap pembentukan Persekutuan
Malaysia
a) Reaksi dan perkembangan politik
i. Reaksi negeri-negeri yang terlibat dalam cadanganPersekutuan Malaysia(Tanah Melay u,
Singapura, Sarawak,Sabah, Brunei)
ii. Negara-negara jiran
-Tuntutan Fillipina ke atas Sabah
- Reaksi Indonesia
iii. Reaksi negara Barat
-Britain-Amerika Syarikat
Hasil Pelajaran :
Memahami reaksi terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia
Aras 1
• Menyenaraikan parti-parti politik yang menentang gagasan Malaysia
• Mengumpul maklumat tentang reaksi parti-parti politik di negeri-negeri yang terlibat dengan penubuhan Malaysia.
• Menyenaraikan sebab-sebab penentangan negara jiran terhadap pembentukan Malaysia
• Menyatakan reaksi Britain dan Amerika Syarikat terhadap pembentukan Malaysia.
Aras 2
• Menjelaskan tindakan pemimpin tempatan dalam menangani cabaran pembentukan Malaysia.
• Menerangkan reaksi penduduk tempatan terhadap pembentukan Malaysia.
Aras 3
• Menjana idea tentang tindakan Britain memberi kemerdekaan pada Singapura, Sarawak dan Sabah melalui pembentukan Malaysia.
• Membandingkan reaksi penduduk negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.
• Membincangkan idea bernas gagasan Malaysia sehingga mendapat pengiktirafan kuasa besar dunia
Nilai dan tingkahlaku patriotisme
Ketabahan menghadapi cabaran
• Tegas mempertahankan idea
Idea bertaraf dunia
• Membanggai kejayaan Malaysia di peringkat dunia
Tema/Tajuk
6.3 Perjanjian dan Perisytiharan Malaysia
a) Langkah ke arah pembentukan Malaysia
• Hasil tinjauan pendapat dan kehendak rakyat terhadap gagasan Malaysia
- Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)
- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
- Laporan Suruhanjaya Cobbold
- Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
- Tinjauan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Perdamaian selepas konfrontasi
Hasil Pelajaran :
Memahami reaksi terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia
Aras 1
• Mengumpul maklumat tentang keahlian dan kepentingan Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel.
• Menyatakan tujuan penubuhan, keahlian, peranan dan laporan CPA, JPPM dan JAK.
• Menyatakan hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
• Mentakrif istilah konfrontasi.
• Menyenaraikan langkah-langkah kerajaan menangani konfrontasi
• Menyatakan usaha kerajaan Malaysia dan Indonesia mencapai perdamaian.
Aras 2
• Membincangkan kegigihan kerajaan dan rakyat menghadapi konfrontasi
• Menjelaskan kewajaran tindakan Indonesia melancarkan konfrantasi
Aras 3
• Mencerakinkan tentang Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan.
• Membuat inferens tentang ketelitian pemimpin Sarawak dan Sabah dalam menjamin hak, kepentingan dan kedaulatan mereka sebelum menganggotai Malaysia
Nilai dan tingkahlaku patriotisme
Mempertahankan hak bangsa
Mempunyai sikap tanggungjawab
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.