GARISPANDUAN PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN …

[Pages:21]GARISPANDUAN PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN POLITEKNIK

JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

EDISI2012

Diluluskan oleh

: Angota Persidangan Pengarah~pengarah Politeknik

Tarikh diluluskan : 29 Jun 2012

....................... ..f... ?~:~~~...... ..

MEJAR (K) JI D. NOR BIN YUSUF KET ENGARAH

JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA . I ?

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN P&P

JABATAN PENGAJIAN POllTEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

151 KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

1.0 Pendahuluan

3

2.0 Matlamat pemantauan

3

3.0 Skop pemantauan

3

4.0 Objektif garis panduan

4

5.0 Pelaksanaan pemantauan proses pembelajaran & pengajaran (P&P)

4

6.0 Kaedah pelaksanaan pemantauanP&P

5

6.1 Pra pemantauan

6.2 Pemantauan

6.3 Pasca Pemantauan

7.0 Peranan dan tanggungjawab

6

7.1 Peranan TP(A)rrp

7.2 Peranan Ketua Jabatan

7.3 Peranan Pemantau

7.4 Peranan Pensyarah

8.0 Tarikh kuatkuasa

7

9.0 Dokumen rujukan

7

10.0 Lampiran

8

10.1 Lampiran 1: Instrumen Pemantauan P&P 10.2 Lampiran 2: Instrumen Penilaian Pensyarah oleh Pelajar 10.3 Lampiran 3: Laporan Pemantauan P&P Politeknik/Jabatan

2

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN P&P

JABATAN PENGAJIAN POlITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan dan perubahan dalam dunia pendidikan adalah sangat dinamik, justeru itu Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah melaksanakan transformasi untuk menyokong penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran dan pengajaran ke arah pendidikan yang terjamin kualitinya. Pemantauan pengajaran adalah merupakan sebahagian daripada Jaminan Kualiti dan dilihat sebagai salah satu usaha penting dalam memantau keberkesanan pengajaran serta mendorong, menyelaras dan membimbing pensyarah dalam hal pengajaran supaya mereka terus mampu berfungsi sejajar dengan perkembangan semasa. Pihak JPP yakin dengan pelaksanaan pemantauan dan penyeliaan yang sistematik mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P). Pemantauan dan penyeliaan ini adalah untuk memastikan core business, P&P berjalan sebagaimana yang dirancang. Justeru itu, Garis Panduan Pemantauan P&P ini dihasilkan bertujuan untuk menerangkan prosedur pemantauan P&P di politeknik.

2.0 MATLAMAT PEMANTAUAN pap

P&P merupakan elemen yang penting di dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar. Sehubungan itu keberkesanan P&P perlu dijadikan satu agenda penting bagi memartabatkan profesionalisme pensyarah. lanya juga adalah selaras dengan Teras Kedua yang terdapat dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu untuk menambahbaik kualiti P&P di Instituti Pengajian Tinggi (lPT) tempatan.

Proses pemantauan adalah mekanisme yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara tujuan khusus pemantauan adalah:

i.

Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai outcome yang

disasarkan:

a. Course Learning Outcome (CLO),

b. Programme Learning Outcome (PLO)

c. Programme Educational Objectives (PE~)

d. Programme Aims (PAl)

e. Continual Quality Improvement (Cal). cal penyampaian pensyarah

dengan memberi maklumbalas untuk meningkatkan kompetensi.

ii. Membantu meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pensyarah bagi memastikan proses P&P dilaksanakan dengan berkesan.

iii. Sebagai input kepada pencerapan institusi dan pencerapan khas Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) gred DH29 - DH54 didalam kategori I dan II.

l

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN pap

JABATAN PENGAJIAN POlITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

3.0 SKOP PEMANTAUAN P&P

Garis Panduan Pemantauan P&P ini terpakai bagi pelaksanaan program pengajian politeknik dalam pelbagai mod diinstitusi di bawah kawalan JPP yang melibatkan semua PPPT kategori I dan II.

4.0 OBJEKTIF GARIS PANDUAN

4.1 Memberi kefahaman kepada warga politeknik dalam melaksanakan pemantauan P&P.

4.2 Mendedahkan proses pemantauan P&P dan aspek-aspek yang perlu diberi penekanan di dalam proses P&P yang berkualiti bagi menggalakkan pemantauan kendiri dan CQI.

4.3 Menggariskan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat.

5.0 PELAKSANAAN PEMANTAUAN PROSES P&P

5.1 Pemantauan P&P 5.1.1 Pemantau adalah terdiri daripada: a. Timbalan Pengarah (Akademik)lTimbalan Pengarah (TP(A)ITP) memantau semua Ketua Jabatan. b. Ketua Jabatan (KJ) memantau semua Ketua Program di jabatannya. c. Ketua Program (KP) memantau semua pensyarah programnya. 5.1.2 Sekiranya perkara 5.1.1 di atas tidak dapat dilaksanakan, PengarahITP(A)ITP boleh melantik PPPT yang layak untuk melaksanakan pemantauan. 5.1.3 Pemantauan ini menggunakan Instrumen Pemantauan P&P (Rujuk Lampiran 1).

5.2 Penilaian pensyarah oleh pelajar 5.2.1 Penilaian pensyarah oleh pelajar dikendalikan oleh pemantau semasa sesi pemantauan. 5.2.2 50% atau sekurang-kurangnya 15 orang pelajar di dalam kelas yang dipantau (mana yang lebih besar) perlu dilibatkan untuk melaksanakan penilaian terhadap pensyarah. Bagi kelas yang bilangan pelajar kurang daripada 15 orang, semua pelajar perlu dilibatkan dalam penilaian pensyarah. 5.2.3 Penilaian ini menggunakan Instrumen Penilaian Pensyarah oleh Pelajar (Rujuk Lampiran 2).

5.3 Pemantauan hendaklah dilaksanakan terhadap semua pensyarah sekurang-kurangnya sekali setiap semester.

4

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN P&P

JASATAN PENGAJtAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

5.4 Dapatan pemantauan P&P Politeknik perlu dianalisa dan tindakan cal dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Akademik yang dipengerusikan TP(A)ITP.

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN PEMANTAUAN P&P.

Proses pemantauan P&P dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:

6.1 Pra pemantauan Pemantau dan pensyarah perlu mengadakan perbincangan berkaitan hasil pembelajaran yang hendak dicapai, pelajar yang terlibat serta gaya pengajaran yang akan digunakan. Semasa sesi ini juga pemantau perlu menyatakan: a. Tujuan pemantauan diadakan b. Aspek-aspek yang akan dipantau (Instrumen pemantauan) c. Tempoh masa pemantauan d. Kelas, tarikh dan masa yang akan dipantau e. Rekod pemantauan P&P yang terdahulu (jika berkaitan) dan f. Semakan awal Folio Pengajaran Pensyarahl Fail Rekod Pensyarah serta perkara-perkara yang perlu dipantau: Domain 1 : Perancangan P&P i. Folio Pengajaran Pensyarah (FPP)I Fail Rekod Pensyarah (FRP) ii. Rancangan Mengajar

6.2 Pemantauan Proses pemantauan perlu dilaksanakan pada permulaan sehingga tamat atau sekurang-kurangnya semua domain telah dipantau dan dinilai (bagi P&P yang melebihi 1 jam pertemuan). Pemantauan melibatkan 4 domain utama semasa proses P&P berlangsung iaitu:

a. Domain 2 : Instruksional i. Set induksi ii. Penyampaian isi pelajaran/kemahiran dan pengurusan masa iii. Penggunaan sumber pendidikan (termasuk penggunaan teknologilBahan Bantu Mengajar (BBM) dan nota)

iv. Pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning, SCl)

v. Penilaian formatif vi. Maklumbalas pensyarah vii. Rumusan

- - - - - - - - _ ._ _ _ ..... - - _.... - - - - - - _ ...- _..._ - - - - - - - -

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN P&P

JA6ATAN PENGAJIAN POllTEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

b. Domain 3 : Kompetensi & Profesionalisme Pensyarah i. Penguasaan dalam bidang ii. Nilai-nilai profesionalisme

c. Domain 4 : Pengurusan Kelas (Teori/Amali) i. Pengurusan kelas

d. Domain 5 : Pernbelajaran dan Pengajaran Kursl.ls Sains, Matematik dan Teknikal (termasuk bidang Perkhidmatan dan Perniagaan) dalam Bahasa Inggeris (PPSMTI). (Dikecualikan bagi kursus yang tidak terlibat dengan PPSMTI atau kursus yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar seperti yang dinyatakan di dalam dokumen kurikulum)

6.3 Pasca Pemantauan Maklumbalas secara lisan dan bertulis perlu diberikan kepada pensyarah yang dipantau sebaik-baiknya selepas tamat sesi pemantauan atau selewat-Iewatnya sehari selepas pemantauan. Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan ialah maklumbalas merujuk kepada instrumen pemantauan, kekuatan dan ruang untuk penambahbaikan serta tindakan pencegahan dan pembetulan. Pensyarah yang dipantau perlu menyimpan dapatan pemantauan P&P sesi terdahull.l dan terkini di dalam FPP/PRP. Dapatan penilaian pensyarah oleh pelajar digalakkan untuk dijadikan rujukan bagi tujuan CQI. Hasil pemantauan wajar dijadikan salah satu input kepada pelan tindakan pembangunan sumber manusia.

7.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

7.1 Peranan Timbalan Pengarah(Akademik)lTimbalan Pengarah 7.1.1 Merancang pemantauan P&P politeknik sepanjang semester di dalam Takwim Politeknik berdasarkan Laporan Pemantauan P&P semester sebelumnya. 7.1.2 Menyampai taklimat kepada semua anggota pemantau berdasarkan Garis Panduan Pemantauan P&P. 7.1.3 Memantau perjalanan pemantauan P&P di politeknik. 7.1.4 Membincang Laporan Pemantauan P&P Politeknik di dalam Mesyuarat Pengurusan Akademik. Perkara yang perlu diberi penekanan adalah: i. mengenalpasti langkah penyelesaian ke atas isu-isu merentas jabatan, yang memerlukan sumber atau policy decision (yang tidak dapat dilaksanakan pada peringkat pasca pemantauan)."

6

- -..-

..- - - - ...-.~-... - . - - - - - - - .. -

- - - ..

..-~~-----

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN P&P

JABATAN PENGAJIAN POllTEKN1K KEMENTERIAN PENGAJlAN T1NGGI

7.1.5 Menyediakan pelan tindakan dan melaksanakan COL 7.1.6 Menetapkan markah pemantauan sebagai titik rujukan (Cut of

score).

7.2 Peranan Ketua Jabatan 7.2.1 Mengemukakan Laporan Pemantauan P&P Jabatan berdasarkan format (Rujuk Lampiran 3) selewat-Iewatnya seminggu selepas Peperiksaan Akhir, di setiap semester kepada TP(A)ITP. 7.2.2 Menyediakan perancangan dan melaksanakan COl untuk meningkatan kualiti P&P.

7.3 Peranan Pemantau (TP(A)ITP/KJ/KP/Pegawai yang dilantik) 7.3.1 Melaksana pemantauan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 7.3.2 Menyemak dan menilai Folio Pengajaran Pensyarah/Fail Rekod Pensyarah. 7.3.3 Membimbing dan menyelia pensyarah dalam amalan P&P. 7.3.4 Memupuk profesionalisme dalam P&P pensyarah. 7.3.5 Menjalin hubungan dua hala yang profesional dengan pensyarah yang dipantau. 7.3.6 Membantu pensyarah dalam pembinaan sahsiah dan disiplin yang positif.

7.4 Peranan Pensyarah 7.4.1 Mengendalikan aktiviti P&P dengan kreatif dan inovatif. 7.4.2 Menyediakan Folio Pengajaran Pensyarah/Fail Rekod Pensyarah yang lengkap berdasarkan keperluan institusi. 7.4.3 Berbincang dan bertemu dengan pemantau sebelum dan selepas pemantauan untuk mendapatkan maklumbalas bagi meningkatkan kualiti P&P. 7.4.4 Mengamalkan penilaian kendiri dalam proses P&P. 7.4.5 Mengamalkan proses pemerhatian rakan sebaya yang berpengalaman dan yang mempunyai kekuatan dalam aspek aspek P&P tertentu untuk tujuan menambahbaik prestasi instruksional. Kegiatan penilaian kendiri ini tidak mengemukakan markah namun sebagai cadangan amalan yang perlu dimasukkan di dalam Folio Pengajaran Pensyarah/Faii Rekod Pensyarah.

8.0 TARIKH KUATKUASA Garis Panduan Pemantauan P&P ini berkuatkuasa mulai Sesi Jun 2012 dan membatalkan Surat Pekeliling Kecemerlangan Akademjk Bil11 2009.

1

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN P&P

JABATAN PENGAJIAN POlITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

9.0 DOKUMEN RUJUKAN Antara dokumen yang boleh dijadikan rujukan bagi meningkatkan kefahaman dalam pelaksanaan Pemantauan P&P ialah: i. Kerangka Kelayakan Malaysia ii. Kod Amalan Akreditasi Program iii. Standard Program iv. Dasar dan Prinsip Jaminan Kualiti v. Dasar dan Prinsip Perancangan Dan Penyampaian KI.Jrikulum vi. Dasar dan Prinsip Pentaksiran Politeknik

10.0 LAMPIRAN Instrumen bagi melaksanakan pemantauan proses P&P adalah: 10.1 Lampiran 1: Instrumen Pemantauan P&P Instrumen ini digunakan oleh pemantau bagi pemantauan P&P. 10.2 Lampiran 2: Instrumen Penilaian Pensyarah oleh Pelajar Instrumen ini digunakan oleh pelajar untuk memberi maklumbalas terhadap pensyarah yang dipantau. 10.3 Lampiran 3: Laporan Pemantauan P&P Politeknik/Jabatan Data pemantauan keseluruhan pensyarah PolitekniklJabatan

Emelkan sebarang pertanyaan/cadangan penambahbaikan ke bki.jpp@.my

8

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download