COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS)

[Pages:8]1

Bukan sekadar RPH online......

COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM (CIDS)

SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE

"Perancangan PAK21 yang menepati proses merangkai titik--titik (Connecting the dots)"

- Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018

MANUAL PENGGUNA VERSI 6.0

MERANCANG PENGAJARAN

Bahagian 3

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

2

MERANCANG PENGAJARAN

Mencipta Rancangan Pelajaran Harian (RPH) (Merancang di peringkat mikro)

RPH dibina berdasarkan helaian maklumat MIW. MIW dapat dipaparkan melalui komponen seterusnya iaitu Melaksana atau Menilai

atau klik pada kotak MIW yang berada ditengah-tengah komponen model.

(i) Klik pada komponen Melaksana atau Menilai, atau klik terus pada kotak MIW, Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (MIW) akan dipaparkan (pastikan anda telah membuka rekod terlebih dahulu).

(ii) MIW mengandungi informasi yang dimasukkan dalam item-item pada komponen 1 dan 2 ketika merancang pengajaran di peringkat makro.

(iii) Informasi yang terdapat pada teks berwarna biru boleh disunting jika diperlukan.

(iv) Berdasarkan maklumat yang terpapar pada MIW (perancangan peringkat makro) akan membentuk rancangan pelajaran harian (RPH) (perancangan peringkat mikro).

(v) Pengguna perlu memilih maklumat pada MIW dan klik pada menu "Cipta Rancangan Mengajar" dan mengikut arahan selanjutnya.

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

3

LEMBARAN INTEGRASI PELBAGAI (MULTIPLE INTEGRATION WORKSHEET)

MIW PERHATIAN: Maklumat di bawah (teks berwarna biru) ialah perancangan yang telah dibuat pada setiap aspek dan item dalam komponen Model ASIE. Maklumat itu disisipkan ke dalam ruang MIW secara otomatik sebagai rancangan pengajaran peringkat makro (rancangan mingguan/topikal). Ia boleh dikongsi oleh guru lain sebagai lesson study dan boleh disunting semula. Item-item boleh dipilih untuk membentuk beberapa perancangan pengajaran di peringkat mikro (RPH) di semua kelas yang diperlukan.

Pilih maklumat yang berpetak bagi setiap ruangan untuk mencipta rancangan pengajaran harian (RPH)

Klik pada teks warna biru untuk menyunting maklumat jika perlu

Klik untuk muat naik bahan perkongsian

Klik untuk mencipta RPH)

Klik untuk simpan dalam format fail PDF

Klik untuk cetak MIW

Pengesahan pihak pemantau/ pentadbir/ penilai

Senarai RPH yang telah dicipta.

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)

PERHATIAN: RPH ini dihasilkan apabila item-item dalam helaian MIW dipilih untuk mencipta beberapa RPH mengikut keperluan masing-masing. Item-itemnya masih boleh disunting. Ia terbahagi kepada 2 Bahagian. Bahagian 1 ? Maklumat pemilihan item-item (disisipkan secara otomatik). Bahagian 2: Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Guru perlu menulis perancangan aktiviti yang hendak dilaksanakan

Klik untuk mengisi nama kelas, tarikh dan masa.

Bahagian 1 ? Maklumat pemilihan item

Pengisian perancangan di atas berlaku berdasarkan pemilihan yang dibuat pada MIW. Huraian aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dibuat pada helaian Bahagian 2 seperti di bawah.

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

5

Bahagian 2: Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) (Guru mencatat aktiviti PdPc mengikut keperluan kelas)

Catatan huraian aktiviti yang ingin dilaksanakan oleh guru

Senarai item yang telah dipilih dipamerkan semula secara otomatik untuk diintegrasikan dalam perancangan

Catatan huraian aktiviti penglibatan pelajar

Catatan lain yang berkaitan

Catatan berdasarkan maklumat dari laman sesawang untuk tujuan aktiviti tambahan. Membuka minda pelajar ke arah "berfikir di luar kotak

Klik untuk "muat naik" bahan refleksi, sebagai eviden untuk tujuan penilaian kompetensi guru

Klik untuk melihat bahan perkongsian.

Pengesahan pentadbir

Klik untuk "muat naik" bahan perkongsian pengajaran

Klik untuk "Simpan" atau "Hapus" RPH

Klik untuk simpan dalam format fail PDF

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

Klik untuk kembali ke komponen model

6

RPH yang telah dicipta boleh disalin semula untuk membentuk RPH kelas yang lain.

Penghantaran MIW dan RPH untuk pengesahan

a. Versi terkini CIDS membolehkan anda menghantar MIW dan RPH yang telah lengkap secara berperingkat untuk disahkan oleh pihak pentadbir.

b. Ini bermakna MIW atau RPH yang belum lengkap tidak boleh dilihat oleh pentadbir.

Prosedur penghantaran untuk pengesahan

a. Klik butang bertanda "Hantar Untuk Pengesahan" pada helaian MIW atau RPH yang telah disimpan.

b. Semua bilangan RPH dan MIW utama akan dipaparkan sekiranya telah disimpan.

c. Tanda untuk memilih RPH yang hendak dihantar untuk pengesahan atau tanda pada opsyen PILIH SEMUA untuk penghantaran secara serentak.

d. Klik Sahkan Penghantaran.

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

7

e. Jika penghantaran telah dibuat butang"Hantar Untuk Pengesahan" tidak akan muncul pada paparan MIW atau RPH, kecuali jika disunting semula.

f. Jika suntingan dibuat butang bertanda "Hantar Semula Untuk Pengesahan" akan muncul pada paparan MIW atau RPH.

g. Ulangi langkah c dan d untuk pengesahan.

Menyemak Penghantaran Rekod

a. Pada menu utama klik "Buka Rekod" untuk melihat paparan maklumat. b. Maklumat tarikh penghantaran MIW dan RPH, jumlah RPH yang dihantar dan jumlah

keseluruhan RPH dan bagi setiap kelas dipaparkan. c. MIW/RPH yang tiada tanda menunjukkan penghantarannya belum dibuat.

Jumlah RPH bagi semua kelas yang dihantar (3) / jumlah keseluruhan

RPH (7)

Jumlah RPH yang dihantar (2) /Jumlah keseluruhan RPH yang

patut dihantar pada kelas tersebut (4)

Tarikh MIW/RPH dihantar untuk pengesahan. Tanda

menunjukkan MIW/RPH telah dihantar untuk pengesahan

Tarikh pengajaran

Waktu pengajaran

d. Untuk mendapat jumlah keseluruhan RPH (jika diperlukan) maklumat jumlah waktu mengajar bagi setiap subjek dan kelas perlu dimasukkan.

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

8

Memasuk data waktu pengajaran a. Klik "Waktu Pengajaran" pada menu Profil

b. Ruang maklumat akan muncul

c. Klik untuk memilih kelas, kategori subjek, subjek dan catat jumlah waktu pengajaran d. Klik Tambah e. Ulang semula langkah c untuk mengisi kelas dan subjek seterusnya. f. Klik Simpan Mencetak perancangan pengajaran

a. Anda boleh mencetak perancangan pengajaran dengan 2 cara i. Mencetak sepenuh perancangan pengajaran atau ii. Mencetak secara ringkas perancangan penggajaran

? DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download