Dewan Bahasa dan Pustaka



KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN FORUM REMAJA 2019

anjuran

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

dan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

dengan kerjasama

[pic]

KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB)

dan

[pic]

PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

1. PENGENALAN

Pertandingan Forum Remaja telah dimulakan pada tahun 1989 sebagai menyahut seruan kerajaan supaya sebutan baku digunakan sepenuhnya di sekolah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam terutama daripada aspek sebutan baku dalam kalangan pelajar, maka Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan Pertandingan Forum Remaja, yang melibatkan semua sekolah menengah atas (tingkatan empat hingga tingkatan enam) di seluruh negara.

2. OBJEKTIF

1. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, yang akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik dan berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

2. Menjadi gelanggang untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.

3. Menggalakkan penglibatan semua pelajar dengan bimbingan guru dalam mencari idea dan fakta yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan. Secara tidak langsung pertandingan ini membina hubungan baik antara pelajar, dan pelajar dengan guru.

3. SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar tingkatan empat hingga tingkatan enam daripada sekolah bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah agama negeri, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah bantuan modal, kolej vokasional, kecuali Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

2. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli:

• Seorang pengerusi

• Tiga orang ahli panel

• Seorang peserta simpanan

3. Peserta bagi setiap pasukan hendaklah daripada sekolah yang sama. Penyertaan pasukan yang menggambarkan kumpulan etnik di Malaysia amat digalakkan.

4. Setiap pasukan perlu membincangkan tajuk yang ditentukan oleh pasukan masing-masing berdasarkan skop yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

5. Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang. Penganjur berhak menegur peserta atas sebarang perlakuan yang dianggap kurang sopan.

3.6 Jawatankuasa pertandingan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam tiga peringkat:

1. Peringkat Daerah

1. Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan

Daerah sekiranya perlu.

2. Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada

arahan Jabatan Pendidikan Negeri.

3. Pasukan yang menjadi johan pertandingan peringkat daerah akan mewakili

daerah ke pertandingan di peringkat negeri.

2. Peringkat Negeri

1. Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan

Negeri.

2. Pasukan yang menjadi johan pertandingan di peringkat negeri akan mewakili

negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

3. Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh

dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan pertandingan kepada urus setia peringkat kebangsaan.

4. Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan kos perjalanan pergi dan

balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan, perbelanjaan makan minum dan hadiah akan ditanggung oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

3. Peringkat Kebangsaan

1. Pertandingan di peringkat kebangsaan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa

Pertandingan Peringkat Kebangsaan iaitu DBP ibu pejabat dan KPM.

2. Enam belas pasukan yang menjadi johan peringkat negeri akan

bertanding mewakili negeri masing-masing pada pertandingan peringkat kebangsaan.

3. Setiap pasukan hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing

merangkap sebagai guru pengiring.

4. Sekiranya pasukan yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri

menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh diberikan kepada naib johan dan seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri pasukan dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan peringkat kebangsaan.

5. Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati

hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan ditanggung oleh DBP ibu pejabat kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

5. SKOP TAJUK FORUM

5.1 Skop tajuk forum merangkumi isu-isu bahasa dan sastera, sosial, budaya, ekonomi, keusahawanan, pendidikan, alam sekitar, politik juga sains dan teknologi.

5.2 Setiap pasukan tidak dibenarkan sama sekali menimbulkan isu yang bertentangan dengan undang-undang, perpaduan kaum, tatasusila dan kepentingan negara.

5.3 Setiap pasukan diberikan kebebasan membina tajuk forum masing-masing berdasarkan skop di atas tanpa menimbulkan sebarang sensitiviti.

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini dipersembahkan dalam bentuk perbincangan. Setiap pasukan akan

diwakili oleh lima orang peserta yang terdiri daripada seorang pengerusi dan tiga orang ahli panel yang akan mengupas suatu topik perbincangan manakala seorang lagi merupakan peserta simpanan.

6.2 Bagi pusingan pertama, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan bermula

daripada ahli panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan pertama sahaja, ahli panel tidak boleh mengganggu atau menyampuk semasa rakannya sedang menyampaikan hujah.

6.3 Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan mestilah

disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

6.4 Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan

dibunyikan sekali pada 3 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat.

6.5 Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan

memberikan ruang kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding. Masa untuk ketua hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab soalan tersebut.

6.6 Ketiga-tiga ahli panel mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir-gilir

kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus kepada pasukan.

6.7 Jika berlaku gangguan kepada ahli panel semasa pertandingan, pengerusi pasukan

boleh menangguhkan pertandingan selama lima minit untuk membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan.

6.8 Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah demi

memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa, misalnya jika berlaku bekalan elektrik terputus, peserta pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7. HADIAH

7.1 Peringkat Daerah/Negeri

Hadiah di peringkat daerah/negeri akan ditentukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri (sekiranya ada).

7.2 Peringkat Kebangsaan

7.1.1 Cadangan hadiah pertandingan peringkat kebangsaan adalah seperti yang berikut:

• Tempat pertama akan menerima wang tunai RM3000.00, piala

pusingan, piala iringan, sijil, dan hadiah iringan.

• Tempat kedua akan menerima wang tunai RM2500.00, sijil, piala

iringan dan hadiah iringan.

• Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM2000.00, sijil, piala

iringan dan hadiah iringan.

• Tempat keempat akan menerima wang tunai RM500.00, sijil, piala

iringan dan hadiah iringan.

• Dua belas tempat sagu hati akan menerima wang tunai RM250.00,

sijil, dan hadiah iringan.

• Ahli Forum Terbaik akan menerima wang tunai RM200.00, sijil dan

hadiah iringan.

• Pengerusi Forum Terbaik akan menerima wang tunai RM200.00, sijil,

dan hadiah iringan.

8. PENGHAKIMAN

8.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan pada semua peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Salah seorang hakim akan bertindak sebagai ketua hakim.

8.2 Hakim pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan boleh terdiri daripada guru dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai DBP.

8.3 Penentuan pasukan yang menang tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga, pemenang sagu hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik peringkat daerah, negeri dan kebangsaan akan ditentukan dengan menggunakan sistem juri.

8.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9. ASPEK PEMARKAHAN

9.1 Penilaian markah bagi pertandingan pada semua peringkat akan dinilai secara keseluruhan daripada semua aspek.

9.2 Penilaian markah daripada aspek bahasa, isi, penyampaian dan pengendalian forum akan diberikan.

9.3 Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira dan akan menjejaskan markah penyampaian.

9.4 Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum lima isi. Markah penuh bagi setiap isi ialah lapan, iaitu:

a. Penyataan isi : 3 markah

b. Huraian/penjelasan : 3 markah

c. Contoh : 2 markah

(Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40 adalah untuk prestasi pasukan).

9.5 Bahasa dikira daripada markah penuh (40) yang merangkumi empat aspek seperti yang berikut:

a. Sebutan baku : 20 markah

b. Tatabahasa : 10 markah

c. Diksi : 5 markah

d. Pertautan : 5 markah

(Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh dan pertambahan markah dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas)

9.6 Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 20 markah dengan pecahan seperti yang berikut:

a. Memulakan perbincangan : 5 markah

b. Mengendalikan perbincangan : 10 markah

c. Menggulung perbincangan : 5 markah

9.7 Hanya pengerusi sahaja dinilai daripada aspek pengendalian forum.

9.8 Markah penuh bagi penyampaian forum ialah 30 markah dengan pecahan seperti yang berikut:

a. Adab dan kesantunan bahasa : 10 markah

b. Gaya perlakuan : 10 markah

c. Kelancaran tutur kata : 10 markah

9.9 Markah penuh bagi soalan spontan ialah satu markah (pengerusi) dan tiga markah (ahli panel). Jumlah ialah 10 markah.

9.10 Markah maksimum bagi setiap ahli panel ialah 73 markah, manakala markah maksimum

bagi pengerusi pula ialah 91 markah.

9.11 Ahli panel dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim berpendapat ada

peserta yang merujuk teks melebihi daripada yang sepatutnya (5 kali), markah maksimum yang boleh dipotong ialah 5 markah daripada keseluruhan markah penyampaian.

9.12 Apa-apa yang disampaikan oleh ahli panel setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.

10. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

1. Peringkat Daerah/Negeri

Tarikh : April - Julai 2019

Tempat : Ditentukan oleh PPD/JPN

2. Cadangan tarikh peringkat kebangsaan

Tarikh : 23-25 Julai 2019 (24 Julai 2019 merupakan tarikh pertandingan)

Tempat : Ibu Pejabat DBP, Kuala Lumpur

12. AM

12.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk kepada

pertimbangan pihak penganjur.

12.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada

pihak penganjur.

12.3 Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh merujuk kepada:

Azlin binti Asmuni,

Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,

Aras 22, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

(No. Tel.: 03-21479208/012-9677626/e-mel: azlin_asmuni@.my)

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download