M E M O R A N D U M - Ministry of Education, Brunei Darussalam



[pic]

Kementerian Pendidikan

Negara Brunei Darussalam

SIARAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BRUNEI-CAMBRIDGE G.C.E. ‘O’ LEVEL

DAN

INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE)

OKT/NOV 2015

Sabtu, 5 Februari 2016 - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada hari ini telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level dan Peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Oktober/November 2015.

1.0 Pencapaian Calon Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E.’O’ Level / IGCSE

1.1 Daripada 6,903 calon yang menduduki peperiksaan ini, seramai 3,064 calon atau 44.39% berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 kredit ‘O’ level/IGCSE. Seramai 1,158 calon atau 16.78% mendapat 8 ke 13 kredit ‘O’ level/IGCSE. Manakala seramai 2,538 calon atau 36.77% mendapat 5 ke 13 kredit ‘O’ level/IGCSE. Keramaian yang memperolehi sekurang-kurangnya 4 ‘O’ level di kalangan calon-calon sekolah kerajaan mencapai 42.47%.

Di samping itu juga 266 calon (4.02%) mendapat gred A dalam 5 hingga 12 mata pelajaran dengan peningkatan sebanyak 0.32%. Pencapaian ini termasuk 145 calon (2.19%) dari sekolah kerajaan. Seramai 12 Calon (0.17%) menunjukkan keputusan cemerlang dengan pencapaian agregat 6 dan gred A*(1) dalam 6 hingga 8 mata pelajaran. Begitu juga pencapaian calon yang memperolehi gred A dalam 6, 7 and 8 mata pelajaran masing-masing berjumlah 84 calon, 55 calon dan 27 calon dengan peningkatan sebanyak 0.12%, 0.33% dan 0.10% berbanding dengan tahun 2014.

1.2 Berdasarkan kepada prestasi pencapaian calon yang memperolehi 5 kredit ‘O’ level/IGCSE, terdapat 2 buah sekolah mencapai keputusan melebihi 90% iaitu Maktab Sains PSBS mencapai 98.11%, Sekolah Menengah PJN Pg Hj Abu Bakar (B) mencapai 100%. 22 buah sekolah termasuk 16 buah sekolah kerajaan menunjukkan peningkatan di antara 0.21% hingga 14.53% berbanding pencapaian tahun 2014.

1.3 Seperti sebelumnya pada tahun 2015 juga terdapat seramai 764 calon yang terdiri dari kalangan pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Menengah General 4 Tahun (Tahun 10) dalam SPN21, iaitu yang mengikuti 2 tahun menengah bawah dan 2 tahun menengah atas. Dari 764 calon yang menduduki peperiksaan, seramai 498 calon atau 65.18% memperolehi kredit 8 ke 11 ‘O’ level/IGCSE. Manakala seramai 701 calon atau 91.75% memperolehi kredit 5 ke 11 ‘O’ level/IGCSE dan seramai 717 (93.85%) telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 kredit ke atas ‘O’ level/IGCSE.

2. Pencapaian dalam mata pelajaran ‘O’ Level dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

2.1 Lapan (8) mata pelajaran daripada 31 mata pelajaran ‘O’ level yang diduduki menunjukkan peningkatan di antara 2.05% dan 32.90% dalam gred A – C iaitu mata pelajaran English Language, Literature in English, Ulum Al-Quran, Bahasa Arab, Chinese, Design and Technology, Principle of Accounts dan Business Studies. Dua (2) mata pelajaran baru diperkenalkan dan diperiksakan pada tahun 2015 yang lalu, iaitu Art and Design dan Computer Science masing-masing dengan pencapaian 39.89% dan 61.39%.

2.2 Bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), daripada 1,483 calon sekolah, seramai 1,113 calon (75.05%) mendapat gred A–G bagi mata pelajaran English as a Second Language, kod 510. Seramai 790 calon menduduki IGCSE English as a Second Language kod 511 dengan pencapaian 81.01%. Manakala daripada 2,143 calon menduduki IGCSE Mathematics, 70.28% telah mencapai gred A-G. Dalam mata pelajaran-mata pelajaran Physical Education (PE) dan French pencapaian adalah 100% gred A-G seperti tahun 2014, dan bagi Information and Communication Technology pencapaian adalah 81.53%. Sementara itu, pencapaian mata pelajaran Design and Technology 98.69%, Accounting 38.24% dan Travel and Tourism 83.72% bagi gred A-G.

Adalah dimaklumkan kepada penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut supaya mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah, manakala calon-calon persendirian bolehlah mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

Dimaklumkan juga kepada penuntut-penuntut dan orang ramai yang layak dan berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ level dalam bulan Mei/Jun tahun 2016 ini, hendaklah mendaftar dengan secepat mungkin, terus ke sekolah masing-masing. Bagi calon persendirian, pendaftaran bolehlah dibuat di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka. Tarikh terakhir pendaftaran bagi bulan Mei/Jun tahun 2016 adalah pada hari Khamis, 18 Februari 2016.

- TAMAT -

Dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam.

Kementerian Pendidikan

Lapangan Terbang Lama, Berakas

Negara Brunei Darussalam BB3510

No. Tel. : 2381301

No. Faks : 2380703

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery

Related searches