M E M O R A N D U M - Ministry of Education, Brunei Darussalam



[pic]

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SIARAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

BRUNEI CAMBRIDGE G.C.E. ‘O’ LEVEL dan INTERNATIONAL GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (IGCSE)

OKTOBER/NOVEMBER 2016

4 Februari 2017 - Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ Level serta Peperiksaan IGCSE Oktober/November 2016.

1.0 Pencapaian Calon Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E.’O’ Level / IGCSE

1.1 Daripada 7,023 calon yang menduduki peperiksaan ini, seramai 3,036 calon atau 43.23% berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 credits ‘O’ level/IGCSE. Seramai 1,071 calon atau 15.25% mendapat 8 ke 11 credits ‘O’ level/IGCSE. Manakala seramai 2,497 calon atau 35.55% mendapat 5 ke 11 credits ‘O’ level/IGCSE. Keramaian yang memperolehi sekurang-kurangnya 5 ‘O’ level di kalangan calon-calon sekolah kerajaan mencapai 37.01%.

Di samping itu juga 254 calon (3.77%) mendapat gred A dalam 5 hingga 11 mata pelajaran. Pencapaian ini termasuk 147 calon (2.38%) dari sekolah kerajaan dengan peningkatan sebanyak 0.53%. Seramai 22 Calon (0.33%) menunjukkan keputusan cemerlang dengan pencapaian agregat 6 dan gred A*(1) dalam 6 hingga 10 mata pelajaran. Begitu juga pencapaian calon yang memperolehi gred A dalam 6, 7, 8 and 9 mata pelajaran masing-masing berjumlah 64 calon, 55 calon, 26 calon dan 12 calon atau 0.95%, 0.82%, 0.39% dan 0.18%.

1.2 Terdapat 2 buah sekolah telah berjaya mencapai keputusan 100% dalam prestasi pencapaian calon yang memperolehi 5 mata pelajaran credits ke atas, iaitu SM PJN PG HJ ABU BAKAR (B) dan SEK ARAB SUNGAI AKAR. Sementara itu sebuah sekolah iaitu Maktab Sains PSBS telah berjaya mencapai 99.53%. 18 buah sekolah termasuk 14 buah sekolah kerajaan menunjukkan peningkatan di antara 0.75% hingga 21.01% berbanding pencapaian tahun 2015.

1.3 Seramai 646 calon adalah terdiri dari kalangan pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Menengah General 4 Tahun (Tahun 10) dalam SPN21, iaitu yang mengikuti 2 tahun menengah bawah dan 2 tahun menengah atas. Dari jumlah ini, seramai 467 atau 72.29% adalah calon dari Sekolah Menengah Kerajaan. Jumlah calon Sekolah Menengah Kerajaan yang memperolehi 8 ke 11 ‘O’ level adalah 324 calon atau 69.38%. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18%. Manakala seramai 454 calon Sekolah Menengah Kerajaan atau 97.22% memperolehi 5 ke 11 ‘O’ level dengan peningkatan sebanyak 1.39% dan seramai 460 calon atau 98.50% telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 4 ‘O’ level ke atas dengan peningkatan sebanyak 1.28% berbanding dengan pencapaian pada tahun 2015.

2. Pencapaian dalam mata pelajaran ‘O’ Level dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

2.1 16 mata pelajaran daripada 30 mata pelajaran ‘O’ level yang diduduki menunjukkan peningkatan di antara 0.16% dan 39.95% dalam gred A – C iaitu mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam, English Language, Mathematics Syl. D, Chemistry, Combined Science, Kesusasteraan Melayu, Tafsir Al-Quran, History (Kod - 2134), History (Kod - 2171), Geography, Economics, Bahasa Arab, Statistics, Food and Nutrition, Art & Design dan Travel and Tourism.

2.2 Bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), daripada 1,615 calon seramai 131 calon (8.11%) mendapat gred A–C bagi mata pelajaran English as a Second Language kod 510. Bagi mata pelajaran IGCSE English as a Second Language kod 511, seramai 866 calon menduduki dan jumlah calon memperolehi gred A-C ialah 125 atau 14.43%. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.39%. Manakala daripada 2,752 calon menduduki IGCSE Mathematics, 15.95% telah mencapai gred A-C, pencapaian ini meningkat sebanyak 2.56%. Dalam mata pelajaran French, 3 calon (100%) telah berjaya mendapat gred A-C dengan peningkatan sebanyak 14.29%. Bagi mata pelajaran Information and Communication Technology pencapaian adalah 31.30%. Sementara itu pencapaian setiap mata pelajaran yang lain adalah seperti berikut: Design and Technology (46.72%), Accounting (32.50%), Travel and Tourism (80.77%) dan mata pelajaran Physical Education (2.78%) meningkat sebanyak 2.78%.

Penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing pada waktu sekolah, manakala calon-calon persendirian boleh mengambil slip keputusan masing-masing di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

Dimaklumkan juga kepada penuntut-penuntut dan orang ramai yang layak dan berhasrat untuk menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘O’ level dalam bulan Mei/Jun tahun 2017 ini, hendaklah mendaftar dengan secepat mungkin, terus ke sekolah masing-masing atau Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (bagi calon persendirian) pada waktu pejabat dibuka,

- TAMAT -

Dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Pejabat Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras)

Kementerian Pendidikan

Airport Lama, Berakas BB3510

Tel. : 2381301

Faks: 2380703

Emel: feedback@.bn

Website: .bn

Twitter: MoEducation_BRN

Instagram: moe_brunei

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download