Zaidiskpc.weebly.com



Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar, serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:

“Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang benar dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.”

Mengimbau pula dari segi sikap yang sering disebut sebagai mentaliti mahupun perlakuan, namum sebenarnya mencukupi aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk melihat secara relatifnya berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai, kepercayaan dan sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa, kita khususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung akan memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan sikap positif ini perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap perkembangan kanak-kanak.

Justeru itu, melalui media-media masa pada masa kini telah menonjol secara realiti kehidupan mengenai isu-isu perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada bangsa dan negara dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak ini menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan ibubapa serta masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah pusat jagaan kanak-kanak ini telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi, kelalaian pengasuh serta isu-isu sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk diketengahkan pada masa kini.

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dasar atau kadangkala disebut polisi ialah suatu garis panduan pentadbiran atau pegangan mengenai sesuatu idea atau gagasan yang tersusun rapi. Garis panduan pentadbiran ini merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman sebagai landasan dalam melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalamnya demi mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju. Pada umumnya dasar yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai objektif, strategi pelaksanaan dan penilaian terhadap keberkesanannya. Ia boleh menjadi panduan pentadbiran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah yang wujud dalam sesebuah negara.

Negara yang tidak mempunyai dasar-dasar tertentu akan kelihatan pincang dan sukar bagi pemimpinnya mentadbir atau merancang pembangunan. Dengan kata lain, pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh. Selain itu, dasar amat penting dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pelbagai masalah yang timbul ekoran kesan peninggalan penjajah. Keperluan dasar selain pembangunan ialah mengatasi masalah ketidakseimbangan yang wujud di dalam masyarakat dan ini dapat menjamin kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebenarnya, dasar-dasar dibentuk bukan sahaja oleh negara-negara maju sahaja, bahkan yang lebih penting lagi bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Proses merancang, menganalisis dan mengadakan perubahan demi perubahan terhadap dasar-dasar yang sedia ada di samping membuat dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan hasrat mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020 masih diteruskan sehingga kini.

Jika dilihat pada dasar dan polisi yang telah yang dirangka oleh kerajaan dapat difinisikan bahawa Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah diberikan perhatian oleh kerajaan dalam mendepani masa depan negara yang semakin mencabar. Justeru itu, satu dasar perlindungan kanak-kanak negara telah dirangka oleh kerajaan Malaysia ini secara tidak langsung memberi perlindungan kepada kanak-kanak agar organisasi, masyarakat mahupun badan NGO menjalankan tanggungjawab bersama dalam mengatasi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak yang terlibat tersebut.

Berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh kerajaan pengendalian kanak-kanak di taska dan panduan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif utamanya adalah memastikan kanak-kanak dan persekitaran pusat asuhan perlulah berada dalam keadaan selesa dan mengikut peringkat umur kanak-kanak dalam pertumbuhan pembesaran mereka. Ini menunjukan kerajaan Malaysia memandang serius tahap kesihatan kanak-kanak yang berada di pusat asuhan tersebut dalam keadaan yang optima dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu juga, pihak taska atau pusat asuhan juga memastikan bahawa kanak-kanak tersebut perlu bebas dari sebarang penyakit. Peranan guru atau penjaga pusat asuhan juga adalah menjalankan pemantauan berkala dari semasa ke semasa untuk menjamin tiada penularan penyakit dikalangan kanak-kanak.

  Walaupun negara kita telah menuju status negara maju, pendidikan awal kanak-kanak ini juga amatlah dititik berat dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, segala Akta, polisi, undang-undang mahupun perkhidmatan kanak-kanak amatlah dititik berat selaras dengan wawasan 2020. Dengan kelemahan dan kekuatan yang ada ini, secara tidak langsung perlulah adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara menuju wawasan 2020. Setiap Akta dan peraturan yang wujud harus sentiasa di nilai untuk di sesuaikan dengan permintaan pasaran dimana kerajaan bertanggungjawab dalam melahir satu generasi yang mampu bersaing dan tidak terikat dengan norma-norma tradisional tetapi masih berpegang kepada jati diri serta sentiasa berpandukan ajaran agama.

Tanggungjawab sosial ini secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa kita sebagai Masyarakat Malaysia sering mengambil perkembangan semasa sama ada dari perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya penguatkuasa undang-undang yang terdapat di Malaysia ini pembelaan terhadap kanak-kanak ini dapat dilakukan oleh pihak berkenaan.

UNIT 1

Akta Pendidikan 1996 dan Peraturannya :

Membincangkan kepentingan Akta Pendidikan dari sudut falsafah dan perlaksanaannya dalam sistem Pendidikan Kebangsaan.

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya.

Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

Terdapat 16 Bahagian:

Bahagian 1 : Permulaan

Bahagian 11 : Pentadbiran

Bahagian 111 : Majlis Penasihat Pend. Keb.

Bahagian 1V : Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Bahagian V : Penilaian Dan Peperiksaan

Bahagian VI : Pendidikan Tinggi

Bahagian VII : Institusi Pendidikan Swasta

Bahagian VIII : Pendaftaran Institusi Pendidikan

Bahagian IX : Pendaftaran Guru

Bahagian X : Jemaah Nazir Sekolah

Bahagian XI : Kewangan

Bahagian XII : Rayuan

Bahagian XIII : Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV : Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV : Pelbagai

Bahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan

Bahagian II: Pentadbiran

1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan

2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain

3. Ketua Pendaftar dan Guru

4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.

5. Pengarah Peperiksaan

6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan

Fungsi dan Kuasa Majlis

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan

Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan

1. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:

❖ Pendidikan Prasekolah

❖ Pendidikan Rendah

❖ Pendidikan Menengah

❖ Pendidikan Lepas menengah dan

❖ Pendidikan Tinggi

Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa

2. Kategori Institusi Penddidikan

❖ Institusi Pendidikan Kerajaan

❖ Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan

❖ Institusi swasta

3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan

4. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah

5. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Bab 2- Pendidikan Prasekolah

1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika

2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika

3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika

4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tapi Bahasa Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran.

5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak

Bab 3- Pendidikan Rendah

1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.

2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. Jenis Kebangsaan.

3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun)

4. Pendidikan Sekolah rendah wajib

Bab 4- Pendidikan Menengah

1. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah

2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan

Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah

❖ Menteri boleh mengadakannya di sek. Men. Keb atau maktab atau inst. Pend. Lain

Bab 6- Institusi Pendidikan Lain

❖ Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Pend. Spt maktab, sekolah khas, politeknik dan inst. Pend. Lain.

❖ Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Inst. yang tidak ditubuhkan olehnya.

Bab 7- Pend. Teknik & Politeknik

1. Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pendidikan yang lain.

❖ Kuasa menteri

❖ Menyediakan kemahiran

2. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri

3. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam pendidikan Teknik & Vokasional

❖ Tertakluk kepada kelulusan Menteri

❖ Tertakluk kepada terma dan syarat Menteri.

4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh universiti,

5. Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik

❖ Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dan mengubahsuai kurikulum dan program latihan

❖ Menjalankan pengukuran atau penilaian atau mengendalikan peperiksaan

❖ Penganugerahan sijil/diploma

❖ Disiplin murid

❖ Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum

Bab 8 – Pendidikan Khas

1. Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas di sek khas/mana-mana sek rendah/menengah yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat.

2. Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas

❖ Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.

Bab 9- Pendidikan Guru

1. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pendidikan. guru melainkan dengan kelulusan Menteri.

2. Semua maktab –didaftarkan

3. Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain

4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. latihan yang diluluskan oleh Menteri

Bahagian IX: Pendaftaran Guru

Bab 1 – Pendaftaran Guru

1. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan

2. Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru

3. Permohonan – borang & prosedur tetap- kpd K.P

4. K.P boleh enggan daftarkan guru :

❖ Umur < 18 tahun

❖ Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar

❖ Membuat pernyataan palsu

❖ Kecacatan jasmani/mental/penyakit

❖ Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah

Bab 2 – Permit Mengajar

1. K.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:

❖ Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan lagi

❖ Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara

2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya, membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis

Bahagian XIV

132. Kesalahan dan penalti

1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru.

….(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar (didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir

a) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan tugas.

b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen ….

c) Memberi maklumat palsu

Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan kedua-duanya,

PENILAIAN UTAMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MELALUI ( AKTA 550)

Program pendidikan prasekolah yang diutarakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untukmemberikan pengalaman sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan formal. Semua institusi pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Syarat-syarat penubuhan tadika atau prasekolah mesti mematuhi Akta 550 (Akta Pendidikan 1996). Semua tadika adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang terdapat di dalam undang-undang. Akta diwujudkan untuk menjaga kepentingan murid, penjaga, pengusaha, serta menjamin kualiti perkhidmatan.

Akta 550 (akta Pendidikan) merupakan satu akta yang mengawal dan mengawasi perjalanan system pendidikan kebangsaan. Mengikut akta 550 ianya dibahagikan kepada 16 bahagian dengan setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa bab dan seksyen. Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan pada bahagian IV dimana dapat dibahagikan kepada 12 bab dan 54 seksyen. Pendidikan Prasekolah telah diletakkan pada bab 2 dan mengandungi 7 seksyen

Seksyen 20: Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika.

(i) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika

(ii) Tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.

Seseorang yang melanggar subseksyen (i) adalah melakukan suatu kesalahan

Seksyen 21: Kuasa menteri untuk menubuhkan tadika.

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntkan Akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

Seksyen 22: Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang henndaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem

Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan dibawah subseksyen (1) hendaklahmenyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh muridmurid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai

tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan

kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu

mengikut cara yang ditetapkan.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1 ) atau (3) adalah melakukan suatu

kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM

10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duannya.

Seksyen 23: Bahasa pengantar di tadika Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa selain

daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jikasesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

Seksyen 24: Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan

prasekolah. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

Seksyen 25:Bab 2 tidak terpakai bagi Taman Asuhan Kanak-kanak Peruntukan Bab ini tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian.

Seksyen 26: Ketidakpakaian seksyen 18 dan 19 Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika

Pendaftaran:

Proses pendaftaran Tadika (Peraturan ini hanya untuk tadika swasta sahaja) Sebelum sesebuah tadika swasta itu ditubuhkan, pengurusan tadika hendaklah terlebih dahulu mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk perhatian Unit Pendidikan Swasta. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan:

(a). Lakaran pelan lokasi, kedudukan dan pandu arah kawasan sekeliling

(b) .Lakaran pelan tapak, bilik-bilik dengan ukuran

(c) .Nama tadika beralamat penuh 3 km keliling/ 300 buah rumah (bagi kawasan perumahan)

(d). Surat persetujuan jiran-jiran terdekat, mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamatrumah dan tandatangan tuan punya rumah tidak kurang dari 10 buah rumah jiran.

(e) Surat perjanjian sewa bangunan ( tenancy agreement)

(f) Sijil kelayakan menduduiki bangunan (CF)

(g) Kertas kerja (garis panduan disediakan)

Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi berikut:

Perkara, Ciri dan Jabatan yang meluluskan

a. Premis

i) Lokasi

• Tempat yang selamat

• Udara bersih

• Jauh dari pusat hiburan

• Tiada pencemaran bunyi

• Kebenaran bertulis dari jiran

• Kadar tadika 1 tadika bersamaan dengan 300 buah rumah

Mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

ii) Fizikal

❖ Bangunan dalam keadaan baik, tingkat bawah adalah digalakkan.

❖ Dalam bangunan yang mencukupi untuk sudut pembelajaran, tandas dan ruang rehat

❖ Tempat permainan luar.

❖ Perlu menyediakan kemudahan bagi kanakkanak kurang upaya.

❖ Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal

Mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

(iii) Keselamatan

• Mempunyai sekurang-kurangnya dua buahpintu yang mudah dibuka tanpa halangan.

• Dapur perlu diasingkan

• Alat pemadam api sentiasa diperiksa danmematuhi peraturan

• Perabot, alat permainan dan bahanpengajaran selamat digunakan

• Semua punca elektrik hendaklah yang tidakmudah dicapai atau dilindungi

• Kolam atau tempat menampung airhendaklah mengikut ukuran yang

ditetapkan dan berpagar.

Mendapat kelulusan oleh pihak Bomba, TenagaNasional

(iv) Kesihatan

❖ Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih dan selamat

❖ Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.

❖ Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap

❖ Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi

Mendapat kelulusan oleh BerkuasaTempatan Jabatan Kesihatan

b. Nama Tadika

• Menggunakan istilah `tadika’ sebagai awalan

• Nama yang diberikan hendaklah mengikut latar belakang Malaysia

• Nama yang dipilih adalah munasabah, bukannya mengelirukan.

• Nama tadika tidak ada persamaan dengan tadika lain.

• Menggunakan nama orang perlu mendapat persetujuan bertulis daripada tuan punya nama/ waris.

c. Pemilikan

• Dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia.

• Pemilikan orang perseorangan atau perkongsian hendaklah berdaftar dengan

pendaftar peniagaan.

Tadika yang ditubuhkan oleh organisasi kerajaan dikecualikan daripada mendaftar.

d. Kurikulum

❖ Semua tadika mesti menggunakan Kurikulum prasekolah Kebangsaan.

❖ Bahasa pengantar ialah Bahasa Kebangsaan dan diajar sekurangkurangnya

2 jam seminggu

❖ Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar oleh guru beragama Islam yang dituliahkan

❖ Pendidikan Moral hendaklah diajar kepada kanak- kanak bukan beragama Islam

RUMUSAN

Sebagai rumusannya akta pendidikan 1996 adalah penting kerana sebagai seorang guru kita perlu mengetahui akta ini kerana melalui akta, kita mengetahui bagaimana cara untuk menguruskan kanak-kanak serta kita dapat mengetahui peraturan yang boleh digunakan serta dapat mengetahui kesalahan yang dilakukan. Oleh sebab itu guru-guru perlu menguasai akta pendidikan supaya dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Dalam akta ini terdapat pelbagai perkara yang perlu diketahui kerana guru mungkin melakukan kesilapan tanpa disedari, Maka adalah perlu untuk guru mengetahui apa yang berkaitan dengan skop kerja masing-masing. Ini adalah penting kerana semuanya sudah termaktub di dalam akta pendidikan 1996.

RUJUKAN

Isbell, R. T. & Raines, S. (2003). Creativitiy and the Arts with Young Children. NY: Thomson

Delmar Learning

Schirrmacher, R. (2002). Art and Creative Development for Young Children, 4th ed. NY:

Thomson Delmar Learning

Libby, W. M. L. (2002). Enriching the Curriculum with Art Experiences. NY: Thomson Delmar

Learning

1.      PENGENALAN

Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar, serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:

“Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang benar dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.”

Mengimbau pula dari segi sikap yang sering disebut sebagai mentaliti mahupun perlakuan, namum sebenarnya mencukupi aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk melihat secara relatifnya berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai, kepercayaan dan sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa, kitakhususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung akan memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan sikap positif ini perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap perkembangan kanak-kanak.

Justeru itu, melalui media-media masa pada masa kini telah menonjol secara realiti kehidupan mengenai isu-isu perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada bangsa dan negara dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak ini menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan ibubapa serta masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah pusat jagaan kanak-kanak ini telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi, kelalaian pengasuh serta isu-isu sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk diketengahkan pada masa kini.

2.      DASAR, POLISI, AKTA

Mengikut Akta 550 yang telah memansuhkan Akta Pelajaran 1961 disebabkan menyelaraskan dengan pelaksanaan dasar pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996). Dibawah adalah dasar, polisi serta Akta yang telah dikuatkuasa dalam Akta tersebut:-

|Dasar / Polisi / Akta |Fokus Umur (Tahun) |

|Convention On The Rights Of the Child – CRC |0 – 18 |

|Child Act 2001 (Act 611) |0 – 18 |

|Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 308) |0 – 4 |

|Education Act 1996 ( Act 550 ) |4 – 6 |

|Education Act 1996 (Regulation of Special Education 1997) |4 – 6 |

|Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 – 2010 |5 – 6 |

|The Early Childhood Care & Development (ECCD) Policy 2007 |0 – 8 |

|Child Health Services Policy – 1950 |0 – 18 |

|National Child Protection Policy (Act 574 & 521) |0 – 18 |

|National Policy on Disable Child (article 21 of CRC) |0 – 18 |

|National Policy on Indigenous Child (article 30 of CRC) |0 – 18 |

|9th Malaysian Plan (2006 – 2010) |0 – 18 |

(Sumber: Azman B. Abdul Salam: 2009)

Jika dilihat Akta 611 iaitu Akta kanak-kanak berdasarkan bahagian 5 bab 3 dapat difinisikan bahawa jika pengasuh atau penjaga mengabaikan kanak-kanak tersebut dari segi fizikal, kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat penjagaan kanak-kanak boleh diambil tindakan undang-undang terhadap penjaga kanak-kanak tersebut yang telah melakukan penderaan keatas kanak-kanak. Dengan adanya Akta ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berada di pusat jagaan atau taska ini secara tidak langsung memberi hak dan pembelaan kepada kanak-kanak yang telah didera oleh pengasuh atau penjaga semasa berada di dalam pengawasan mereka agar tidak bertindak dengan sesuka hati. Justeru itu, satu dasar perlindungan kanak-kanak negara telah dirangka oleh kerajaan Malaysia ini secara tidak langsung memberi perlindungan kepada kanak-kanak agar organisasi, masyarakat mahupun badan NGO menjalankan tanggungjawab bersama dalam mengatasi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak yang terlibat tersebut.

Berdasarkan garis panduan pengendalian kanak-kanak di taska dan panduan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif utamanya adalah memastikan kanak-kanak dan persekitaran pusat asuhan perlulah berada dalam keadaan selesa dan mengikut peringkat umur kanak-kanak dalam pertumbuhan pembesaran mereka. Ini menunjukan kerajaan Malaysia memandang serius tahap kesihatan kanak-kanak yang berada di pusat asuhan tersebut dalam keadaan yang optima dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu juga, pihak taska atau pusat asuhan juga memastikan bahawa kanak-kanak tersebut perlu bebas dari sebarang penyakit. Peranan guru atau penjaga pusat asuhan juga adalah menjalankan pemantauan berkala dari semasa ke semasa untuk menjamin tiada penularan penyakit dikalangan kanak-kanak.

3.      KELEMAHAN

Berdasarkan huraiaan diatas, didapati masih berlaku lagi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan di Malaysia ini. Perkara ini berlaku disebabkan terdapat pelbagai faktor luaran dan dalaman yang terjadi di pusat asuhaan tersebut. Faktor-faktor ini disebabkan oleh:

i.       Kurang pendedahan atau latihan

Kebanyakkan penderaan yang sering berlaku ini di pusat asuhan persendirian atau swasta. Statistik menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering berlaku di pusat asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Secara tidak langsung, pengasuh yang diambil kerja tersebut tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam penjagaan kanak-kanak yang sempurna. Pusat asuhan yang tidak menghantar pelatih atau perkerja ke tempat latihan yang bertuliah ini memberi alasan bahawa kos yang dikenakan tersebut adalah sangat mahal, selain itu juga alasan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh pusat asuhan tidak berdaftar ini juga memberi alasan tiada pendedahan maklumat untuk memberi latihan seperti masa, tempat serta maklumat dari Kerajaan untuk memberi latihan kepada pelatih atau pengasuh mereka. Sikap tidak peka ini secara tidak langsung salah satu telah menyebabkan kes penderaan kanak-kanak ini meningkat dari semasa ke semasa sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dengan peningkatan kes ini secara tidak langsung menyebabkan terpalik kefahaman atau pemikiran kepada masyarakat bahawa pusat asuhan yang ada pada masa kini adalah tempat tidak selamat untuk anak-anak mereka.

ii.    Kurang pemantauan dari pihak berkuasa

Faktor ini juga menyumbang kepada penderaan di kalangan kanak-kanak di pusat asuhan sering terus meningkat. Faktor ini disebabkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kekurangan kakitangan untuk memantau pusat asuhan yang terdapat di Malaysia kini. Oleh demikian, faktor kekurangan kakitangan ini secara tidak langsung menyebabkan pusat asuhan sama ada yang telah berdaftar atau tidak berdaftar ini memberi tanggapan bahawa pihak kerajaan tidak akan datang memantau atau memeriksa pusat asuhan persendirian mereka. Dengan ruang yang ada ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada penjaga pusat asuhan tersebut mendera kanak-kanak

di pusat asuhan mereka secara tidak langsung atau langsung dari segi fizikal mahupun emosi kanak-kanak.

iii.    Tidak ada keperihatinan masyarakat.

Tiada sikap keperihatinan di kalangan masyarakat juga salah satu faktor penyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak ini. Pada generasi sekarang, masyarakat yang hidup di kawasan bandar hampir terhakis sikap kejiranan atau sikap mengambil tahu di persekitaran mereka, punca ini disebabkan masyarakat sekarang tidak mengambil peduli hal setempat kerana mengejar kekayaan sendiri. Secara tidak langsung ibubapa atau masyarakat menyerah sepenuhnya tanggungjawab kepada pusat asuhan untuk mendidik anak mereka. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini akan menjadi kemurungan jika berlaku penderaan ke atas mereka disebabkan tiada tempat mengadu terutamanya ibubapa mereka yang lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Jika dilihat kepada permasaalahan ini, secara tidak langsung pengasuh atau pusat asuhan tersebut lebih berani untuk mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka disebabkan kelalaian ibubapa mereka mahupun masyarakat setempat tidak peka masalah yang terjadi di persekitaran mereka.

iv.       Masalah kewangan pusat asuhan.

Bagi pusat asuhan persendirian ini, kebanyakkan kewangan bergantung sepenuhnya dengan yuran yang dikenakan kepada ibubapa. Jika melihat senario ini, boleh membuat kesimpulan bahawa jika pusat asuhan tersebut kurang mendapat permintaan penjagaan kanak-kanak ini secara tidak langsung akan menyebabkan perniagaan pusat asuhan tersebut kekurangan kemudahan seperti prasarana untuk kanak-kanak dibawah jagaan mereka, prasarana ini sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak dalam perkembangan mereka. Jika pusat asuhan tersebut mengambil lebihan kanak-kanak juga didapati terdapat kesan negatif, seperti kepadatan kanak-kanak untuk menampung premis perniagaan mereka, masalah ini juga menyebabkan berlaku kekurangan guru atau pekerja untuk menjaga kanak-kanak, contohnya seorang guru atau penjaga terpaksa mengurus sehingga sepuluh kanak-kanak taska ini, disamping itu juga, guru tersebut terpaksa membuat kerja sampingan seperti memasak, mengajar dan juga menguruskan pentadbiran pusat asuhan tersebut. Dengan kesan tekanan kerja ini akan menyebabkan pihakpengasuh mengalami tekanan atau stres di tempat kerja dimana secara tidak langsung akan menyumbang kepada penderaan kanak-kanak di taska persendirian ini.

4.      KEKUATAN

Setiap masyarakat mahupun pusat asuhan kanak-kanak perlulah memainkan peranan bersama kerajaan membantu dalam sahsiah serta pendidikan awal kanak-kanak sejajar arus perkembangan pembangunan negara, oleh itu, berdasarkan isu-isu penderaan kanak-kanak keatas pusat jagaan kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes penderaan ini secara amnya. Oleh demikian, setiap organisasi, masyarakat mahupun individu perseorangan perlulah mengambil bahagian serta peranan dalam merialisasikan matlamat Negara untuk melahirkan bangsa yang maju. Kekuatan ini dapat dilihat melalui pelbagai sudut seperti:-

i. Peranan Kerajaan

Dasar Kanak-kanak Negara yang telah ditubuhkan bertujuaan memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung setiap guru atau tenaga pengajar seperti pengasuh kanak-kanak akan diberikan latihan, penerangan, maklumat, polisi serta pendedahan Akta kepada pihak berkenaan. Program PERMATA yang dilancarkan oleh Datin Sri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri dalam memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung, peluang ini dapat direbut oleh pusat-pusat asuhan kanak-kanak dalam memberi latihan kepada guru-guru atau perkerja mereka. Dengan pendedahan yang telah diberi ini secara tidak langsung akan dapat memberi maklumat yang amat berguna kepada pusat asuhan untuk mencapai matlamat negara dalam menuju Wawasan 2020. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya secara tidak langsung memberi implikasi dalam pengurangan penderaan kanak-kanak di Malaysia ini.

ii.    Peranan NGO

Selain kerajaan, badan-badan NGO juga turut memain peranan dalam pengurangan penderaan yang berlaku seban hari yang telah dilapurkan oleh pihak media. Contohnya badan NGO dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti Pusat Pemulihan Dalam

Komuniti sedikit sebanyak memain peranan dalam penderaan kanak-kanak. Ini disebabkan program-program yang dianjurkan oleh badan NGO tersebut secara tidak langsung akan memberi gambaran kepada masyarakat keperhatinan bersama antara masyarakat dengan kerajaan dalam mengurangkan genjala ini. Penglibatan yang dibuat oleh badan-bandan NGO ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa peranan masyarakat dalam kes-kes penderaan kanak-kanak ini telah memberi kesan yang amat besar terhadap kanak-kanak sama ada dari segi emosi mahupun fizikal.

iii.       Peranan Media

Media juga salah satu sumber dalam menyebarkan isu-isu penderaan yang terdapat di masyarakat setempat mahupun pusat asuhan. Secara tidak langsung melalui penyebaran media ini juga telah memberi kesan impak yang besar kepada masyarakat terhadap isu-isu penderaan ini, media masa juga berperanan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderaan kanak-kanak ini. Justru itu, dengan perkembangan teknologi seperti kemudahan internet juga secara tidak langsung telah memberi gambaran mengenai kanak-kanak yang terdapat di pusat jagaan ini. Dengan respon atau maklum balas yang diberi oleh masyarakat ini secara tidak langsung membantu pihak kerajaan mahupun badan-badan yang bertanggunjawab ini bertindak dengan pantas untuk menangani masalah penderaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak khususnya di pusat penjagaan kanak-kanak ini.

iv.     Peningkatan Kesedaran Dalam Masyarakat

Pada masa kini, didapati masyarakat mula sedar kepentingan pusat asuhan yang sempurna dan juga mempuyai guru atau penjaga yang cekap. Ini dapat dibuktikan walaupun terdapat percambahan pusat-pusat jagaan persendirian tumbuh dengan pesatnya, akan tetapi masyarakat pada masa kini dapat menilai dengan lebih baik untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak mahupun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Walaupun kes penderaan kanak-kanak masih lagi kedengaran di media-media ini, secara tidak langsung ibubapamengambil sikap berhati-hati dalam memilih pusat jagaan kanak-kanak yang terdapat di negara kita kini.

5.      PENAMBAHBAIKAN

Walaupun negara kita telah menuju status negara maju, pendidikan awal kanak-kanak ini juga amatlah dititik berat dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, segala Akta, polisi, undang-undang mahupun perkhidmatan kanak-kanak amatlah dititik berat selaras dengan wawasan 2020. Dengan kelemahan dan kekuatan yang ada ini, secara tidak langsung perlulah adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara menuju wawasan 2020. Antaranya penambahbaikan yang perlu dilakukan dan dicadangkan untuk mengelak penderaan kanak-kanak di pusat asuhan seperti berikut:-

i.    Meningkatkan profesionalisme perguruan pendidikan awal kanak-kanak

Guru-guru asuhan kanak-kanak juga perlu diberi latihan serta pendedahan yang lebih tinggi. Ini kerana dengan peningkatan untuk martabat perguruan di kalangan guru asuhan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada negara dalam masa jangka panjang dalam melahirkan kanak-kanak yang mempunyai pendidikan lebih awal sebelum menempuh kealam sekolah rendah. Dengan pengalaman serta latihan yang telah diberi tersebut, sedikit sebanyak akan memberi kesan kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan pendidikan terhadap kanak-kanak ini, secara tidak langsung dengan tanggunjawab yang dipikul oleh guru pusat asuhan tersebut sedikit sebanyak akan mengurangkan kes-kes penderaan di dalam pusat asuhan kanak-kanak yang sering kita dengar semakin meningkat saban tahun disebabkan kekurangan latihan dalam penjagaan kanak-kanak ini. Oleh itu, kepentingan guru juga adalah salah satu kepentingan kerajaan supaya dapat mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di dalam pusat asuhan.

ii.      Penyebaran maklumat di dalam masyarakat.

Pihak kerajaan, badan NGO mahupun media amatlah memainkan peranan dalam penyebaran maklumat tentang penderaan kanak-kanak ini. Pihak kerajaan, NGO dan media hendaklah berganding bahu memikul tanggunjawab sosial ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.Oleh itu, pihak ini perlulah sering mengadakan seminar, road show, serta peranan di media cetak dan elektronik ini amatlah penting agar maklumat penderaan kanak-kanak ini dapat disampaikan secara berkesan kepada masyarakat. Dengan gandingan bahu dari badan-badan ini, kes-kes penderaan kanak-kanak sedikit sebanyak dapat diturunkan pada indek penderaan yang telah menjadi duri dalam daging yang menyebabkan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa.

iii.       Pertukaran Maklumat Antarabangsa

Kerajaan Malaysia juga boleh menjalankan pertukaran maklumat diantara negara-negara lain. Ini dapat dibuktikan Program PERMATA yang telah dilaksanakan hasil lawatan Pusat Kecermalangan Kanak-kanak Pen Greendi Corby, London yang telah diolah modul tersebut mengikut kesesuaian dengan Masyarakat Malaysia untuk diselaraskan dengan pendidikan di Malaysia. Dengan jalinan ini secara tidak langsung akan mewujudkan pelbagai kursus jangka panjang dan pendek bagi pengurusan taska mahupun pusat asuhan kanak-kanak ini. Dengan penerimaan modul yang terkini serta bersesuaian yang telah digariskan oleh pihak kerajaan ini sedikit sebanyak kes-kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan akan berkurangan malah secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pusat asuhan tersebut.

iv. Peningkatan Infrakstruktur Pusat Asuhan

Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan insfrakstruktur pusat asuhan. Kanak-kanak berkembang seiringin dengan usia, oleh itu sikap ingin tahu dan berkomunikasi bersama kawan sepermainan amat penting dalam peningkatan usia kanak-kanak mereka. Dengan peruntukan yang diterima dari kerajaan mahupun agensi pinjaman seperti Bank memberi kemudahan pinjaman secara tidak langsung akan meningkatkan pasarana yang terdapat di pusat asuhan. Dengan adanya pasarana yang lengkap ini secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan atau stress dikalangan guru. Dengan cara ini pengurangan penderaan kanak-kanak ini dapat dilakukkan oleh pihak berkenaan.

v.             Pemantauaan berkala oleh badan bertanggunjawab.

Kerajaan juga perlu menubuhkan pasukan khas yang terdiri dari orang yang berpengalaman dalam urusan penjagaan kanak-kanak. Tugasan tersebut hendaklah dijalankan pihak berkenaan dengan memantau pusat asuhan sama ada yang telah didaftarkan atau tidak didaftarkan. Bagi pusat asuhan yang ingkar hendaklah diambil tindakan serta-merta bagi mengelak kejadiaan yang tidak diingini. Oleh itu, satu perjawatan khas hendaklah dikaji dan ditubuh bagi melaksanankan pemantauan yang hendak dijalankan oleh pasukan tersebut agar kes-kes penderaan yang terus meningkat ini dapat di sifar oleh pihak kerajaan bagi menjaga kesejahteraan kanak-kanak yang akan mentadbir negara pada masa hadapan .

6.      KESIMPULAN

Berdasarkan huraian mengenai kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska tersebut telah mengemparkan masyarakat Malaysia. Dengan adanya kesedaran semua pihak sebagai tanggungjawab sosial ini secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa kita sebagai Masyarakat Malaysia sering mengambil perkembangan semasa sama ada dari perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya penguatkuasa undang-undang yang terdapat di Malaysia ini pembelaan terhadap kanak-kanak ini dapat dilakukan oleh pihak berkenaan. Kesimpulan secara menyeluruh mengenai isu ini adalah Kerajaan Malaysia bersama masyarakat haruslah berganding bahu menyelesaikan isu ini secara positif terhadap penderaan di pusat asuhan kanak-kanak ini. Ini kerana ia melibatkan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut dalam jangka masa panjang. Perlulah ditegaskan, bahawa penderaan kanak-kanak ini perlulah ditangani secara bijak dan tindakan keras harus diambil kepada pesalah.

RUJUKAN

Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Akmal Ismail,

Zalina Ahmad. (2003). Organisasi dan Masyarakat: Kedah.

Universiti Utara Malaysia.

Bahagian kawalan penyakit. (2007). Garispanduan Pengendalian Kanak-

kanak di Taska dan Prasekolah: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Akta 611. (2001). Akta kanak-kanak 2001 (edisi baru). Malaysia.

Pencetakan Nasional Malaysia Berhad

Aminah Ayob et.al. (2008). Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamarul Azman b. Abd Salam. (2009). Kursus Asuhan Dan Pendidikan

Awal Kanak- kanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[pic]

-----------------------

PENGENALAN

AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURANNYA

AKTA PENDIDIKAN 1996( Akta 550)

PENILAIAN KUMPULAN TERHADAP KELEMAHAN, KEKUATAN DAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP DASAR , POLISI SERTA PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.

-----------------------

2

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download