P huruf ke-16 abjad Rumi - Lamanbahasa's Blog
p huruf ke-16 abjad Rumi.
P simbol kimia bagi fosforus.
P. kep Pulau: ~ Pinang.
pa I huruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).
pa II Kd, Pn; dia ~ mereka (semua), depa; hang ~ hang semua, engkau semua; saya ~ kami (semua), sepa.
Pa simbol kimia bagi protaktinium.
pabean (pabéan) kastam: peti dan guni yg telah diperiksa dan dicap oleh ~ segera dimuatkan ke dlm kapal.
pabila singkatan bagi apabila; barang ~ bila-bila sahaja, sebarang waktu.
pabrik IB kilang: ~ tebu.
pacah Br buta.
pacai serbuk kayu cendana atau setanggi (ditabur atas mayat).
pacak I 1. sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll);
memacak mencucuk, menusuk: ~ ikan; ~ hari Kl menetapkan hari bulan;
memacakkan memasang pacak (pancang dll), memancangkan: satu tiang yg tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dlm air; ~ pancang;
terpacak 1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati kedua-dua orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~ .
pacak II biasa (mengerjakan sesuatu), cekap, mahir, pandai.
pacak III Mn recik, percik;
memacak-macak merecik-recik.
pacak IV Jw; memacak menjantani (ternakan) utk membiakkan keturunan yg baik;
pemacak binatang (lembu, kuda, dll) jantan yg dibela sbg baka (bibit).
pacal I 1. sl hamba kpd raja: paduka anakandalah akan ayahanda harap memelihara ahli-ahli ayahanda serta memelihara ~ Bugis itu; 2. kata ganti nama diri pertama (apabila bercakap dgn raja dll), patik: Tuanku terlalu baik kpd patik ~ yg hina papa ini; had itulah yg terbaca oleh ~ datuk.
pacal II sj ikan laut, parang-parang, Chirocentrus darab.
pacang; memacang menunangkan;
pacangan tunangan.
pacar I; ~ cina = ~ culam sj tumbuhan (herba), culan, pokok telur belangkas, Aglaia odorata; ~ kuku sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat pemerah kuku), inai, Lawsonia inermis;
berpacar = ~ inai Br, Sr berinai.
pacar II; tikar ~ = pacaran tikar yg berlapis-lapis dan berwarna (utk raja dan orang-orang besar).
pacar III Jk kekasih;
berpacaran menjalin hubungan cinta atau kasih dgn teman lelaki atau wanita: dia terkejut apabila mengetahui anaknya ~ dgn warga asing; gadis berkenaan dilarang ~ selagi dia menjadi anggota kumpulan penari itu;
berpacar-pacaran berseronok-seronokan, berkasih-kasihan.
pacat I sj binatang yg menghisap darah (sj lintah di darat), Haemadipsa javanica; ~ besar ark = ~ melompat ki penghisap darah (orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga yg terlalu banyak), lintah darat; ~ kenyang a) besar di tengah (badan dll); b) = cincin ~ kenyang cincin yg besar dan tebal pd satu bahagian (dipakai utk melindungi jari sewaktu memegang keris);
~ hendak menjadi ular sawa prb a) perihal orang yg hina (miskin) berlagak spt orang yg mulia (kaya); b) berangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; spt ~ melompat prb lintah darat; spt ~ (kenyang) prb perihal orang yg setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dgn tidak menunggu-nunggu dahulu.
pacat II; burung ~ a) sj burung, burung kubung, burung lah, Pitta brachyuna cyanoptera; b) sj burung, Pitta c. caerulea.
pacat III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), kayu ribu, pokok kancil, rambai ayam, Anisophyllea disticha.
pacau 1. sj azimat yg digantungkan di pokok (utk mengelakkan buahnya drpd dicuri orang); 2. benda yg busuk baunya (digunakan utk menakutkan burung datang ke tanaman); 3. periuk yg diberi berbintik-bintik dgn kapur utk menakutkan burung dll drpd merosakkan tanaman.
pacek (Sunda); memacek 1. masuk ke dlm tanah; 2. menjantani (binatang ternakan);
pemacek binatang jantan yg digunakan utk membiakkan keturunan; kuda ~ kuda jantan yg digunakan utk membiakkan keturunan.
paceklik Jw musim kekurangan bahan makanan.
paceri ( pajeri.
pacih, pacis sj permainan spt dam.
pacing Tr gusti lengan: tangan dia terseliuh kerana ~ dgn Pak Mat.
pacu 1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yg dilekatkan pd tumit kasut (dipakai utk mencepatkan kuda berlari); 2. (Komp) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan; 3. (Komp) tindakan menyalurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain;
berpacu 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda;
memacu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing;
pacuan 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan;
pemacuan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) memacu: penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara; ~ kuda;
pemacu 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg digunakan utk menyimpan dan mendapatkan kembali data pd cakera.
pacuk I; memacuk mematuk dgn paruh, memagut: kemudian dr itu seekor burung, abeni namanya, ~ seekor ular besar.
pacuk II tabung atau bekas air dll drpd buluh, bacuk.
pacul I cangkul;
memacul mencangkul: sawah yg dipaculnya itu sudah bukan kepunyaannya.
pacul II; memacul memicit atau menekan (buah-buahan, bisul, dll) supaya keluar isinya;
terpacul 1. terkeluar (isi dr kulitnya dll), tersembul, terpersil; 2. keluar (timbul) dgn tiba-tiba, terjengul: setelah orang yg berada di bilik mandi itu pergi, Abd Fakar akan ~ semula.
pad 1. helaian kertas yg diikat sekali pd satu hujung: ~ tulis; 2. bahan lembut (span) yg memberi perlindungan bentuk kpd sesuatu: ~ kasa; kot itu ada ~ pd bahunya; 3. pelapik utk melindungi bahagian tertentu pd badan: ~ lutut; 4. kepingan logam yg rata yg digunakan utk mengapit cakera brek.
pada I 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati.
pada II 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~;
asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah;
berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~;
berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak berlebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), lumayan, sedang;
memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~;
memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja;
memadakan 1. menjadikan pada, menganggap pada: apabila malam dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati;
terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat.
pada III sama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~ duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burung-burung sudah ~ resah menunggu.
pada IV sl 1. ark kaki; 2. tempat (dlm kata majmuk): maya ~, marca ~.
padah I = padahan alamat atau tanda (sesuatu kejadian yg akan berlaku).
padah II Mn = padahan akibat, imbangan, balasan: sekiranya tergelincir nescaya cedera ~nya; perbuatan ini buruk ~nya.
padah III; memadah menjemput: Pak Mat telah ditugaskan utk ~ semua orang kampung itu.
padahal sebetulnya, sebenarnya, sedangkan: mengapa ia mesti jadi begitu susah ~ ayah dan ibunya orang yg berada.
padak Jw tambak tempat membuat garam.
padaka sl ( pedaka I.
padam I 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (kemarahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput sesuatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan;
memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;
kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam;
pemadaman perbuatan memadamkan;
pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan.
padam II; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah).
padan I 1. banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yg ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yg ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (bkn pakaian spt baju, seluar, dsb), muat: baju yg baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;
sepadan kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya;
kesepadanan keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya;
berpadan 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah;
berpadanan 1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik;
memadan memperbandingkan dua benda atau lebih (utk melihat persamaannya, perbezaannya, dll): maka juaranya pun pergilah ~ ayam kpd juara yg di gelanggang itu; tidak ~-madan tidak mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang (kesesuaian diri sendiri, hati orang, dll);
memadankan 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaraskan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk mengetahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. memberikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya;
padanan 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris;
pemadanan perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg diterbitkan dlm bentuk kata;
pemadan sesuatu yg memadan(kan); garisan ~ garisan (pd kain jahitan) tempat dijahit.
padan II had atau tempat melempar batu (damar, guli, dll) dlm permainan, sempadan.
padan III Mn janji;
berpadan berjanji.
padan IV Jk curang (dlm permainan dll).
padang 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak dikerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kiamat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang;
~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi;
berpadang mempunyai padang, ada padangnya;
diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati.
padas Jw lapisan tanah yg keras, cadas.
padasan sj tempayan besar tempat air sembahyang.
padat 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~;
memadat menghempap-hempap (memijak-mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang;
memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat;
memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. mengisikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya;
padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (penduduk dll);
kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~;
pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas.
padau; layar ~ layar yg dipasang tatkala ribut turun.
paderi orang Kristian (terutama lelaki) yg dilantik khas utk mengendalikan perkara-perkara yg berkaitan dgn agama Kristian (di gereja dsb); ~ tentera paderi yg kerjanya menjaga keselamatan jiwa askar-askar Katolik.
padi I 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi;
~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buahnya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk menggantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak;
~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencampurkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnahlah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya;
berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya;
padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi.
padi II (utk menyatakan) kecil atau yg kecil: cili (lada) ~; lempoyang ~;
sepadi sedikit: tak ~ pun yg ada.
padian Br perempuan yg berjaja (biasanya makanan) dgn menggunakan perahu.
padma bunga teratai (seroja, telepok).
padol Kl peduli.
padpinder IB, bp pandu.
padsyah (Parsi) raja, syah.
padu 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~;
sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~;
bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian;
menyepadukan menjadikan sepadu atau bersepadu: kesemuanya telah dicampur aduk dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi;
tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020;
kesepaduan keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yg utuh; malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan;
persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat,dsb);
penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian;
penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini;
berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu;
~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara;
memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membandingkan, menyesuaikan, mencocokkan, memadankan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatupadukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh;
memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampurkan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia;
memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru;
terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung;
paduan 1. apa yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan;
kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan;
perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional;
pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan;
pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~.
paduk garisan (had, batas) tempat permulaan (melempar dll) dlm permainan.
paduka 1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anakanda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato' P~; Imam P~ Tuan.
padung I bahagian yg menganjur (pucuk dll) drpd batang pokok yg menjalar.
padung II; burung ~ burung enggang.
padung III Sr loteng.
padusi Mn perempuan, isteri.
paduta naib duta.
paesan (paésan) Jw hiasan pd dahi pengantin perempuan.
paf I pastri yg biasanya berisi inti krim, jem dsb: ~ krim.
paf II; ~ bedak kepingan kain, span dsb yg lembut utk menyapu bedak pd muka.
pagai; nyiur ~ sj kelapa yg rendah pokoknya, nyiur puyuh.
pagan I tegap (badan dll), teguh, kukuh, kuat: pemuda yg ~-~ dan tabah hati.
pagan II orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi.
pagar I 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan;
~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai berduri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd buritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu;
~ makan padi (tanaman) prb orang yg dipercayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung);
berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~;
berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru;
memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menyerupai pagar;
~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain);
memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, berdiri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi;
memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd;
pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai;
pagaran pagar.
pagar II; ~ anak betina (hitam, merah) sj tumbuhan (pokok kecil), bunga meragung, jenjagung, Ixonanthes icosandra.
pagas ark; memagas memangkas, memenggal.
pageri serban orang Hindustan.
pagi waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang;
usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan;
sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya;
pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terdahulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi-pagi sekali;
kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal.
pagina IB muka (buku dll), halaman.
pagoda kuil (terutamanya Buddha dan Hindu) yg berbentuk menara bertingkat-tingkat yg di setiap keliling tingkatnya terdapat bumbung hiasan.
pagu Mn 1. para dapur; arang ~ arang para, jelaga; 2. loteng, loteng tempat menyimpan barang.
pagun Mn pagan, kuat, kukuh, teguh.
pagut I; memagut mematuk (ular, burung, dll), mencatuk;
pagutan perbuatan memagut, patukan.
pagut II Mn; berpagut; ~ lutut berpeluk (berdakap) lutut, tidak membuat kerja apa-apa;
memagut 1. memeluk, mendakap: dia menangis tersedu-sedu sambil ~ bantal gulingnya; 2. ki mengelubungi, menyelubungi: kesepian terus juga ~ ; di kala senja ~ bumi;
pagutan pelukan, dakapan: lama sekali kepala yg mongel itu dlm ~nya;
sepemagutan sepemeluk.
pah I 1. Pr nenek; 2. Id, bp pak, bapak.
pah II IB pajak; ( pak IV.
paha I 1. bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul; 2. bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul; 3. sl perempat, suku; se~ sesuku;
~ belalang a) paha yg kecil dan lurus; b) sj penyemat (pin) baju; c) spring, pegas; ~ kek bahagian kek (alat tenun) yg berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang);
bergendang ~ prb bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan; cubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga prb kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya; diberi betis hendak ~ prb diberi sedikit, kemudian hendak banyak.
paha II Kl mata tenggala.
paha III; burung ~ kelati sj burung, Dicrurus aeneus malayensis.
pahala ganjaran drpd Tuhan (kerana berbuat baik), lwn dosa: orang-orang yg bersedekah akan menerima ~ drpd Allah; berbuat ~ berbuat kebaikan;
berpahala mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd hidup lama bergelumang dosa.
pahang I (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah nona); pahit ~ pahit getir.
Pahang II negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 35 965 km2 , Kuantan sbg ibu negeri, Darul Makmur.
pahar sj talam berkaki yg dibuat drpd gangsa atau tembaga (utk bekas makanan).
pahat I alat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll;
~ kuku pahat yg matanya melengkung, digunakan utk membuat lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang;
bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~ prb sudah tua sangat (orang);
berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yg biasa;
memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat;
~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat);
terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka;
pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman;
pemahatan perbuatan (proses) memahat;
pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat.
pahat II; bulu ~ bulu paku, bulu yg halus-halus pd burung.
pahi; mata ~ besi pd hujung mata bajak.
pahit I 1. rasa spt rasa hempedu: terasa ~ sedikit minuman keras itu; mendapat kopi ~ a) mendapat kopi yg tidak bergula; b) kena marah; 2. ki menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan): semua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; kenyataan yg ~; 3. ki tidak senang, susah, sukar, payah: betapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; 4. sukar utk ditanggung atau diterima: peristiwa ~ yg diharungi mereka;
~(-pahit) darah panjang umur; ~ getir = ~ maung = ~ pahang kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; ~ lepang Kl pahit benar; ~ meninggal (peninggal) a) bagai melekat di tekak (rasa pahit); b) sesudah dimakan baru terasa pahit; c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya; ~ peria Kl buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai; ~ dahulu, manis kemudian prb yg rumit (sulit dll) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dlm perjanjian) supaya senang kemudiannya;
sepahit; ~ semanis bersama-sama menderita dan bersuka; ~-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat prb perkataan yg keras tetapi mengandungi pelajaran itu mendatangkan kebaikan;
berpahit-pahit 1. bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah: ~ dahulu bermanis-manis kemudian; 2. berterus terang menyatakan sesuatu (yg buruk dan yg baik);
memahitkan menyebabkan pahit, menjadikan pahit;
kepahitan 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup.
pahit II; rumput ~ a) sj tumbuhan (rumput) kerubung padi, rumput mentebung, Cyrtococcum oxyphyllum; b) sj tumbuhan (rumput, rumput ala negeri, rumput kerbau, Paspalum conjugatum.
pahlawan orang yg gagah dan berani, pejuang yg gagah, perwira: ~ tanah air;
kepahlawanan perihal gagah berani (berani berjuang dll), keberanian, keperwiraan: kita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya.
pahuk; memahuk memauk, menetak.
pai I 1. makanan berupa pastri yg berintikan daging atau buah-buahan; ~ kotej (ERT) makanan drpd daging kisar yg dibakar dan diletakkan kentang lecek di atasnya; 2. = carta ~ carta bulat yg terbahagi kpd beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan tertentu sesuatu satuan.
pai II; belum ~ belum lagi.
pain unit ukuran cecair yg bersamaan dgn 1/8 gelen atau lebih kurang 0.57 liter (Britain) dan 0.47 liter (A.S.).
paip 1. pembuluh utk menyalurkan air (minyak, gas, dll), pipa: ~ angin; 2. = ~ air cerat pancuran air (utk orang awam dll), pili: dibukanya ~ dan air pun terpancarlah; 3. a) alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, pipa; b) pembuluh (drpd kayu dll) penyambung rokok, pipa;
memaipkan membuat hiasan pd kek, biskut, dll dgn mengasak krim atau aising melalui sj bekas bermuncung: dia~ aising di keliling kek itu;
perpaipan (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~.
pair I 1. peronda atau penjaga keamanan di laut: dialah yg menjadi suluh dan ~; 2. = perahu ~ perahu yg meronda di laut (utk menjaga keamanan;
berpair-pair belayar pulang balik (utk menjaga keamanan di laut);
memair meronda dgn perahu (di laut): maka titah Raja, "Kapitanlah kita suruh pair di laut";
memairi merondai atau mengawali (laut) dgn perahu (kapal);
pemair 1. perahu (kapal) pair, kapal peronda; 2. kapal penjajah.
pair II Id; ~ jantung gerakan jantung yg tidak betul.
pais sj lauk (drpd ikan dll yg ditaruh rempah-rempah) yg dimasak dlm bungkusan daun pisang, pepes;
memais membuat (memasak) pais: Milah sibuk menumbuk lada utk ~ ikan selar.
paja Mn budak.
pajah Br; memajahkan memadamkan (lampu).
pajak 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) cukai yg dikenakan pada pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual;
~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pada tiap seorang;
memajak 1. mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, mengepak; 2. menggadai: ~ barang-barang emas; 3. menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya setiap pagi;
memajaki membayar pajak utk;
memajakkan menyerahkan sesuatu hak kpd orang lain dgn menerima sewa: baginda ~ kuasa memungut cukai di muara Sungai Perak kpd seorang Cina;
pajakan kontrak (kuasa atau hak) yg membolehkan orang lain menggunakan atau menduduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm tempoh masa dan dgn bayaran tertentu;
pemajakan proses memajak: ~ daerah-daerah kpd Baron;
pemajak orang yg memajak.
pajal Br; memajal memaksa.
pajan Kl; memajan mendenda.
pajang; memajang 1. menghiasi (dgn berbagai-bagai bunga, daun, dll); 2. = memajangkan Jk mempamerkan (mempertunjukkan) barang-barang dagangan dgn menyusunnya elok-elok: isi dan pajangannya kurang menarik, biarpun dipajang secara komersil yg mengghairahkan;
pajangan 1. perhiasan (rumah dll); 2. Jk barang-barang dagangan yg dipamerkan: melihat-lihat etalase-etalase ~ yg mewah-mewah; 3. Jk tempat mempamerkan barang-barang dagangan; 4. = pemajangan pelamin.
pajar ( paja.
pajeri sj masakan yg terdiri drpd nanas, mangga, kedondong, dsb yg dimasak dgn rempah, santan dan kerisik.
paji Jk baji.
paju ark; dipajukan diajukan, dimajukan.
pajuh gelojoh, lahap, rakus;
memajuh memakan banyak-banyak dan dgn cepat-cepat, melahap.
pak I singkatan bagi bapak;
~ alang (ngah) bapa saudara yg tengah; ~ belang harimau; ~ cik a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; ~ janggut a) orang yg berjanggut; b) orang Benggali; P~ Kaduk orang yg malang kerana kebodohannya; ~ long (tua, ua, wa) bapa saudara yg tua sekali; ~ mulung tukang cerita dlm persembahan mekmulung yg turut sama melakonkan ceritanya dgn pelakon lain; ~ na Kl barua; ~ pacak orang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll); P~ Pandir orang yg bodoh; ~ pecocok orang yg jahat (pencuri dll); ~ sanggup a) orang yg menyanggupi sebarang kerja yg diberikan; b) orang yg mengahwini perempuan yg sudah hamil; ~ teh bapa saudara (adik yg kelima atau keenam drpd ayah atau ibu); ~ turut orang yg tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja).
pak II 1. peti atau kotak (dibuat drpd kayu) tempat barang; 2. IB bungkus (tembakau, rokok, dll);
mengepak membungkus (membalut dll) barang-barang.
pak III IB pajak;
~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg berlanjutan turun-temurun;
mengepak 1. memajak; 2. bp memborong;
mengepakkan menyerahkan atau memborong sesuatu dgn cara pak (pajak).
pak IV 1. ark pakatan (antara negara-negara dll), pakta, perjanjian; 2. bp tempat hiburan (permainan, judi, dll).
pak V bp; ~ kereta kawasan tempat menyimpan (meletakkan) kereta.
paka; puru ~ sj penyakit kulit spt tokak, patik.
pakah I Kl pangkah (guli).
pakah II Br barangkali.
pakah III Kl, Tr disengat (tebuan, lebah, dll): kepala orang itu bengkak kena ~.
pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;
dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya;
berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku;
memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. menggunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb);
memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (mempergunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai;
terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja;
pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar;
~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu;
berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pakaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian;
pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll;
sepemakaian selengkap pakaian dll;
pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya.
pakal benda (tali, kulit kayu, dll) yg digunakan utk menutup celah-celah papan (perahu dll), gala-gala, gegala;
memakal menutup celah-celah papan (perahu dll) dgn pakal;
pemakal 1. alat yg digunakan utk memakal; 2. orang yg memakal.
pakam makan sungguh-sungguh (bkn brek kereta dll); ( pakem I.
pakan I benang tenun yg melintang (dlm kek), lwn benang lungsin;
berpakan mempunyai (memakai) pakan: kain dibaja yg ~ emas; maka diambilnya kain raja yg ~ emas itu dipakainya;
memakankan 1. memasukkan benang pakan pd kain yg ditenun; 2. menggunakan sesuatu sbg benang pakan pd tenunan;
pakanan barang apa yg dipakankan.
pakan II; ~ jantan (kutang tanduk) sj tumbuhan (pokok renek), setukal paya, susuh ayam, serian putih, Kibara cantacea; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, mengkudu badak, serawas, tembusu paya, Fragraea racemosa; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, lidah buaya, senduduk hutan, Allomorphia malaccensis.
pakan III Mn pekan.
pakan IV; ubat ~ ubat kebal.
pakanira Jw sl tuan, engkau: jika ~ hendakkan pakai keris manira kuberikan.
pakansi IB cuti, libur: datanglah bulan Julai bulan ~ anak sekolah;
berpakansi bercuti, berlibur.
pakar 1. ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu;
kepakaran pengetahuan dan kemahiran seorang pakar.
pakaram Br menangkap ikan.
pakarangan Br, Sr perahu (utk menangkap ikan dll).
pakasi IB; wang ~ wang upah (bayaran) kpd pemeriksa.
pakat 1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah telah putus ~; 2. ark perjanjian;
sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan;
bersepakat semuafakat, sepakat, setuju;
menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yg tidak dapat disepakati;
kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu;
persepakatan permuafakatan, persetujuan;
berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu;
memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati;
pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu.
pakau I C sj permainan terup.
pakau II 1. kayu palang pd perigi (timba); 2. kelim (drpd rotan dll) utk menguatkan sesuatu.
pakau III pemidang.
pakau IV Mn bingung, kacau, rusuh.
pakbon IB, bp kesatuan sekerja.
pakej (pakéj) 1. tawaran (cadangan) yg dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi; 2. (Komp) atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu;
mempakejkan memasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dsb) ke dlm satu pakej: semua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dlm pakej tersebut.
pakem I; memakem makan sungguh-sungguh atau erat-erat (bkn brek kereta dll); pakam, pekam.
pakem II Jw cerita wayang yg asli.
pakenira ark ( pakanira.
paket (pakét) IB bungkusan yg dikirim melalui pos.
pakiderma 1. (Bio) binatang mamalia yg besar dan berkulit tebal spt gajah dan badak sumbu; 2. (Ubat) penebalan yg luar biasa pd kulit.
pakihi Ar kitab yg mengandungi hukum-hukum Islam; ilmu ~ ilmu tentang hukum-hukum Islam.
pakis sj tumbuhan, paku; paku ~ berbagai-bagai jenis paku.
pakma = kembang ~ sj tumbuhan (parasit yg bunganya dibuat ubat), Rafflesia hasseltii.
pak-pak; ~ lang sj permainan kanak-kanak, longlang burung jawa.
paksa I 1. perbuatan memestikan (orang melakukan sesuatu dll); kahwin ~ kahwin tidak dgn suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dll); kerja ~ kerja tidak dgn kemahuan sendiri (kerana hukuman); 2. kekerasan, tekanan, dll; dgn ~ dgn kekerasan;
memaksa memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dgn paksa: aku tidak ~ engkau mendengar nasihatku;
memaksa-maksa meminta dgn sangat, mendesak;
memaksakan menyorongkan (menganjurkan, memberikan, dll): pendapat yg baik tidak payah dipaksakan kpd orang;
terpaksa dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu kami ~ bermalam di situ;
paksaan 1. paksa, desakan kuat, kekerasan: ~ utk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada; tiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; 2. yg dipaksa;
keterpaksaan keadaan terpaksa: ~ Nila Utama membuang mahkota lambang kekuasaannya ke laut;
pemaksaan perihal atau perbuatan memaksa: ia membantah ~ terhadap dirinya;
pemaksa orang atau benda yg memaksa.
paksa II sl masa (waktu, saat) yg baik, peluang (kesempatan) baik: hari ini memang beta mendapat ~; sekali ini ~ tekukurlah mendapat padi rebah; angin ~ angin yg baik (utk belayar).
paksa III ark bahagian sebelah kiri atau kanan, samping, sisi, belah.
paksi I 1. puting (bahagian keris dll) yg masuk ke dlm hulunya; 2. gandar (roda dll), poros: ~ bumi; 3. garis (benar atau khayali) yg padanya sesuatu objek dapat berputar atau yg padanya bentuk atau binaan sesuatu objek itu bersimetri;
~ optik (Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta; ~ putaran (Fiz) garis yg padanya sesuatu jasad berputar, atau garis lurus yg merentasi titik putaran jasad yg pegun, sedangkan titik lain pd jasad itu bergerak dlm bulatan; ~ simetri (Mat) garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk;
berpaksikan ki berpegang pd, bertunjangkan: umat Islam harus ~ akidah.
paksi II sl sj burung: ~ dewata; ~ jentayu; peksi.
paksi III paku gasing; ( pangsi I.
paksina sl utara: arah ke ~; dr daksina ke ~.
paku I 1. benda tajam biasanya drpd besi utk melekatkan papan dll, pasak besi; 2. tanda pangkat (pegawai) pd bahu baju tentera (polis dll): pegawai yg mempunyai dua ~ di bahunya;
~ Belanda = harga ~ harga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi); ~ kembang sj jemeki utk perhiasan pd kasut; ~ payung paku yg kepalanya besar dan pipih; ~ pelir itik skru; ~ rebana paku yg berkepala kuningan;
memulangkan ~ buah keras prb membangkitkan kembali perkara yg sudah lepas, menempelak; mengata ke dulang ~ serpih prb mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi;
berpaku 1. mempunyai paku, ada pakunya; 2. dikenakan (dilekatkan dgn, dipasang) paku: dipenjarakannya di dlm satu kota kecil yg ~ dr luar; ~ pd berpegang teguh pd:
memaku 1. memasang paku pd: ~ dinding; 2. ki tidak bergerak-gerak (dr tempat dll): kami berdua masih ~ di kerusi.
memakukan 1. melekatkan sesuatu dgn paku: hujung rantai itu dipakukan pd suatu kepala balak; 2. ki melekatkan, mengekalkan (perhatian, ingatan, pandangan, dll): ia masih ~ matanya pd wajah isterinya;
terpaku 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu.
paku II ark = ~ pakis sj tumbuhan yg tidak berbunga, pakis; ~ acu Kl, Tr sj tumbuhan spt paku pakis, Cycas rumphii; ~ cai (sumpah) sj tumbuhan, Pleopeltis nigrescens; ~ ikan (lipan, ubil, ulat), Blechuum orientale; ~ mega (padang, pelanduk, unkut) sj tumbuhan, Ptreis ensiformis; ~ sisik sj tumbuhan, Adiantum spp.; ~ tanjung sj paku yg tumbuh di rawa, Diplazium esculentum;
betapa pun lurus ~, hujungnya berkelok juga prb seseorang yg jahat, walaupun baik rupa perkataan dan kelakuannya, hatinya jahat juga; kelok ~ asam (kacang) belimbing, anak di pangku kemanakan dibimbing Mn prb anak dan anak saudara mestilah sama-sama dijaga (dididik).
paku III sj ikan laut, renyau, Antherina forkali.
pakuh; burung ~ sj burung enggang, burung tebang mentua, burung torak, enggang gading, Rhinoplax vigil.
pakuk; memakuk menetak (dgn parang dll): ia didenda kerana kesalahan ~ kerbau.
pakul tempat duduk (lapik punggung) di atas kerbau.
paku mati 1. paku yg yg tidak boleh dicabut-cabut lagi; 2. hal yg tidak boleh diubah-ubah lagi;
memakumatikan memaku dgn paku mati: papan itu telah dipakumatikan pd peti itu.
pakus ark bp gudang.
pakwe bp teman lelaki bagi seseorang wanita.
pal I IB ukuran jauh (kira-kira 1500 meter), batu, tonggak;
berpal-pal beberapa pal (jauhnya).
pal II; membuang ~ = berpal-pal belayar dgn membelokkan kapal dll ke kiri dan ke kanan, belayar serong-menyerong, berperai-perai: perahu itu dilayarkan juga berpal-pal ke laut dan ke darat.
pala I sj tumbuhan (pokok, bunga dan buahnya), Myristica fragrans; ~ burung = ~ paya sj tumbuhan (pokok kecil), penarahan kikik, pendarah kikik (paya), Knema intermedia.
pala II; sepala, sepala-pala, pala-pala kalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat jangan alang kepalang; ~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah).
pala III pada (tidak kurang dan tidak lebih), cukup;
memala-malai 1. memada-madakan (mencukup-cukupkan) mana-mana yg ada sahaja; 2. melakukan (mengerjakan, mencuba, dll) sedikit-sedikit.
paladium (Kim) sj unsur logam yg terdapat semula jadi dlm bijih platinum, emas, dan tembaga digunakan utk membuat aloi, barang kemas, dll.
palai Mn pais atau pepes (ikan yg kecil-kecil);
memalai memais (ikan yg kecil-kecil).
palak I Mn 1. panas (badan), gerah; 2. berasa panas, marah, radang (hati): dr mula-mulanya lagi dia sudah ~ melihat lagak orang itu; 3. sangat berani, tidak takut (bimbang) barang sedikit;
memalak mengacau, mengganggu, menyusahkan;
pemalak 1. orang yg lekas marah, pemarah; 2. orang yg sangat berani (tidak takut akan apa sahaja apabila berbuat sesuatu).
palak II Kl kemaluan lelaki.
palam I sumbat (lubang, celah, dll);
memalam menyumbat, menutup;
pemalam penyumbat, penutup.
palam II peranti yg mempunyai dua atau tiga cemat yg disambungkan dgn wayar dan digunakan sbg sambungan elektrik apabila dimasukkan ke dlm soket, plag; ~ pencucuh peranti yg mencetuskan bunga api elektrik dlm enjin petrol.
palang 1. sesuatu (kayu, besi, dll) yg dipasang melintang (sbg pengunci, penggalang, paksi, dll); 2. tanda silang (spt tanda campur + atau tanda kali ();
~ jalan a) batang besi dsb utk menghalang jalan (lalu lintas); b) pengadang jalan yg memotong atau menyeberangi landasan kereta api; P~ Merah pertubuhan atau persatuan sukarela antarabangsa (yg berlambangkan tanda campur berwarna merah) yg berkhidmat utk kemanusiaan (spt menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dsb); ~ pintu kayu yg dipasang melintang pintu (utk menguncinya);
memalang mengenakan (memasang) palang;
memalangi mengenakan (memasang) palang pd;
memalangkan 1. menggunakan sesuatu sbg palang; 2. memasang (mengenakan dll) melintang spt palang; 3. menghukum mati pd kayu palang (salib), menyalibkan.
palar; tidak ~ tidak hendak, tidak ingin;
memalarkan 1. menghendaki (menginginkan, mengharapkan); 2. mengira (menerima, menganggap) cukup atau pada (walaupun sedikit).
palas I sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap, pembalut ketupat, dll), Licuala spp.
palas II; ~ bujur geladak atau lantai kapal yg di bahagian depan; ~ lintang sj beranda yg melintang di geladak kapal, anjungan;
palas-palas rak atau para-para tempat menjemur dll; rumah ~ rumah atau tempat tinggi utk menjaga (mengawasi) dll.
palasik Mn pelesit.
palat I; kayu ~ kayu pengapit tempat mengikat kaki budak-budak nakal (utk merotan tapak kakinya).
palat II kemaluan laki-laki; tahi ~ najis yg melekat pd kemaluan.
palat III Kd orang yg tidak berguna.
palatografi kajian tentang artikulasi lelangit keras dgn lidah.
palau parut dll pd badan (yg menjadi tanda atau ciri utk mengenalnya).
palawija Id tanaman (spt jagung, ubi dll) yg menjadi selingan padi di sawah.
paldu sj tabir atau dinding (utk melindungi sesuatu drpd tempias).
pale (palé), paleh (paléh) Jk; dipale dipelihara dan diperkuat dgn mengurut, memberi makanan yg baik-baik dll (ayam sabungan dll);
palean; ayam ~ ayam yg dipale.
palem Id palma.
palen (palén); barang ~ barang kelontong, barang yg dipakai hari-hari (spt selipar, sabun mandi, dll).
paleografi (paléografi) 1. bentuk tulisan kuno; 2. kajian tentang tulisan kuno, termasuk penentuan asal dan tarikhnya.
paleolitik (paléolitik) (Sej) (berkaitan dgn) peringkat awal Zaman Batu: usia ~.
paleontologi (paléontologi) kajian tentang fosil haiwan, tumbuhan, dan bentuk-bentuk hidupan purbakala.
palet (palét) papan nipis yg digunakan oleh pelukis utk membancuh warna.
pali = pemali larangan (selalunya utk selama-lamanya), pantang.
paliatif (rawatan, ubat dsb yg) bertujuan utk melegakan, mengurangkan atau meringankan sesuatu kesakitan, penyakit dsb, tetapi bukan utk menyembuhkannya: pembedahan ~.
paling I 1. (yg) teramat, (yg) amat sangat, (yg) ter ...: badan yg ~ berkuasa di negeri ini; mawar yg ~ indah; 2. = sepaling yg satu;
paling-paling 1. teramat sangat; 2. sehabis-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya.
paling II; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot;
~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) berubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll);
roda yg ~, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan;
memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka;
~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain;
palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh berubah-ubah;
kepalingan (Lin) superlatif.
paling III Mn; suling-~ tunggang-langgang; ( suling III.
palinologi kajian tentang debunga dan spora fosil dan digunakan dlm pentarikhan karbon.
palis I; berpalis memandang atau memaling ke arah lain (kerana malu, marah, dll): dgn tidak menjawab apa-apa Salmiah ~ dan bangun;
memaliskan memalingkan, mengarahkan: isteriku ~ muka masam padaku.
palis II; memalis menolak bala, marabahaya dsb.
palis III Jk; memalis menggosok rapi-rapi (licin-licin).
palis IV IB istana.
palit I = pemalit sesuatu yg digunakan utk mengecat atau mewarnai (bibir, kening, dll); si ~ gila sl sj ubat guna-guna (pengasih);
memalit mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dll) pd: kakinya disapu belaking, tubuhnya dipalit belacan;
memalitkan mencalitkan (sesuatu) pd: ~ lipstik ke bibir; kemudiannya ia ~ perenjis yg basah ke atas dahi;
terpalit 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll;
palitan hasil memalit;
berpalitan diliputi dgn palitan: tubuhnya ~ lumpur, begitu juga baju dan seluarnya.
palit II IB jatuh rugi (perniagaan dll), bankrap, muflis;
memalitkan mengisytiharkan atau menyatakan palit (bankrap).
palka petak atau ruang dlm kapal tempat menyimpan muatan; peraka.
palkat surat (kertas) yg dilukis (dicap) pd sebelah muka (utk ditampal bagi mengumumkan sesuatu).
palma sj pokok drpd famili Palmaceae yg batangnya tegak lurus tidak bercabang dan berdaun di atas seakan-akan payung, spt nyiur, kabung dan pinang.
palok Kl, Tr sesuai, kena campurannya.
palomino sj kuda yg berwarna kelabu keemasan atau krim dgn ekor dan surainya berwarna putih: kuda ~.
palpat; mempalpat (Ubat) memeriksa mana-mana bahagian tubuh dgn cara menyentuh dan menekannya dgn tangan perlahan-lahan;
pempalpatan perbuatan mempalpat.
palpitasi (Ubat) denyutan jantung yg pantas, kuat atau tidak teratur, debaran.
palsu 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~;
memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas;
kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~;
pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan;
pemalsu orang yg memalsukan sesuatu.
paltu sl pembantu (penolong, wakil) utk sementara: ~ syahbandar; ~ dol tiang layar sementara; ikat ~ ikat yg sementara sahaja.
palu 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi;
berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya;
berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang);
berpalu-paluan berpukul-pukulan;
berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya;
memalu memukul: ~ gendang raya besar;
paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula;
pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk memalu: ~ beduk.
paluh 1. tanah lekuk yg bertakung dgn air, lopak, lubuk; 2. anak sungai, alur; 3. Jw tanah berlumpur yg dalam.
palui Br bodoh, tolol.
palun Mn; berpalun-palun berpeluk-pelukan, peluk-memeluk, berbelit-belit;
memalun memeluk, membelit.
palung 1. tanah lekuk yg bertakung air, paluh; 2. petak atau kotak tempat makan (minum) binatang (kuda, lembu, dll), lawak-lawak; 3. sj saluran panjang yg berpetak-petak tempat mengasingkan bijih drpd batu-batu dll; 4. saluran air (drpd buluh dll); 5. Kd sj bekas utk mengisi semaian; ~ ikan bekas atau kotak drpd kaca tempat memelihara ikan, akuarium.
palut balut, bungkus, salut, sampul, sarung;
elok ~ , pengebat kurang prb kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik;
berpalut berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tiga pucuk surat ~ kuning; dawai yg ~ getah;
memalut membalut, membungkus, menyalut, menyampul, menyarung: tubuhnya pun habis dipalut selumbar, tampak mata sahaja;
terpalut dipalut, disalut: lidahmu seakan-akan ~ madu;
palutan hasil memalut: ketam dan udang sedap dimakan dgn ~ kuahnya yg pekat lagi beraroma;
pemalut sesuatu yg memalut, pembalut, sampul.
pam alat, biasanya mempunyai tiub dan pemegang, utk memasukkan cecair, angin, gas, dsb ke dalam (atau mengeluarkannya drpd) sesuatu, bomba, pompa;
~ air pam utk menghisap dan mengeluarkan air; ~ angin pam utk menghisap dan mengeluarkan angin; ~ basikal pam utk memasukkan angin ke dlm tayar basikal; ~ minyak a) pam utk menghisap dan mengeluarkan minyak; b) tempat membeli (mengisi) minyak petrol dll utk kereta; ~ udara pam angin;
mengepam mengisi atau menyedut air (angin dll) dgn pam: kami menyewa sebuah pam dan ~ air dr sungai; dia sedang ~ bola kami;
mengepamkan 1. mengepam utk; 2. memasukkan gas (cairan dsb) ke dlm: ~ angin ke dlm tayar;
pengepaman perbuatan atau hal mengepam(kan);
pengepam (alat, mesin dsb) yg digunakan utk mengepam: di kebun sayurnya terdapat juga sebuah mesin ~ utk mengepam air dr kolam; ~ susu.
pamah 1. lembah, tanah yg rendah; 2. rendah (tanah): tanah yg ~; kawasan ~.
paman 1. pak cik, bapa saudara; 2. panggilan kpd orang yg lebih tua yg harus dihormati.
pamegat (Sunda); juragan ~ tuan.
pameo (paméo) Mn ejekan (sindiran) yg jadi buah mulut orang.
pamer (pamér) mempertunjukkan (pakaian, kebolehan, dll);
mempamerkan 1. mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian dll): Kadir senang benar ~ pengetahuannya; 2. mempertunjukkan kpd orang ramai terutama utk tujuan pertandingan atau demonstrasi: ~ lukisan dan arca ciptaan tanah air;
pameran pertunjukan (hasil seni, buku, dll);
pempamer pihak atau orang yg mempamerkan sesuatu produk, barang dsb: pameran ini mencatat sejarah dgn penyertaan lebih enam ribu ~ dr kira-kira dua ratus buah negara.
pamflet (pamflét) risalah.
pamit Jw = berpamitan, pamitan minta diri (utk pulang dll): Kadir mengajak Ratna pulang tanpa pamitan lagi dr tuan rumah.
pamong pemelihara, pendidik, guru; ~ desa orang yg mentadbirkan desa; ~ praja pegawai pentadbiran negara.
pamor Jw 1. besi putih yg dimasukkan dlm mata keris; 2. kurai drpd besi putih pd mata keris: mata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai ~; 3. keindahan, kemurnian, seni;
berpamor mempunyai (memakai) pamor: mata keris ada yg ~ dan ada yg licin.
pampan I lubang tempat rantai sauh di haluan kapal.
pampan II Br; memampan menutup atau menyekat lubang (laluan dll).
pampang I; memampangkan membentangkan, memaparkan;
terpampang kelihatan jelas terbentang, terpapar dll di depan mata: namanya ~ dlm surat khabar.
pampang II Br cabang penahan kemudi;
pampangan kayu yg dibuat khas utk dipasang pd kaki orang gila atau orang tidak siuman.
pampas I denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut;
memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll);
memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu;
pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = pemampasan perihal membayar ganti rugi.
pampas II dataran berumput yg luas di kawasan iklim sederhana di Amerika Selatan terutama di Argentina.
pampat 1. tidak berongga, padat, tumpat; 2. Jk tidak mengalir, tersendat, tersumbat;
memampat menjadi pampat;
memampatkan menumpatkan, memadatkan, mengasak;
pemampat penekan, pengasak.
pan I IB bp alat utk menggoreng (memasak);
dipan dimasak (goreng) dlm pan.
pan II Pr singkatan bagi opan.
pan- awalan asing seluruh atau segenap, mis pan-Afrika dan pan-Asia.
pana ( fana.
panah 1. = ibu ~ = baur ~ kayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam); 2. = anak ~ benda tajam yg dilancarkan dgn ibu panah, anak busur;
~ kelodan sl petir, ~ matahari cahaya (sinar) matahari;
berpanah 1. memakai (mempunyai) panah: satu pasukan askar ~; 2. menggunakan panah: kami ada lawan ~;
berpanah-panahan saling menggunakan panah (dlm pertempuran): maka segala yg memegang panah ~;
memanah 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir;
memanahi melepaskan anak panah berkali-kali kpd;
memanahkan 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. melancarkan sesuatu spt anak panah;
panahan 1. hasil perbuatan memanah; 2. pandangan (mata) yg seolah-olah memanah: Tun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak mata Tun Pateh;
pemanah orang yg memanah;
sepemanah sejauh tiba panah yg dilepaskan.
panai Jk dulang drpd kayu.
panakawan Jw hamba yg menjadi pengiring, juak-juak, budak kundang: maka orang lima itu pun menyembah lalu berjalan diiringkan oleh ~ itu.
panar Mn tercengang-cengang (kerana kehairanan), termangu-mangu.
panas 1. lwn sejuk (dingin), hangat; air ~ air yg dimasak (dihangatkan); 2. demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya (matahari): apabila kena ~ matahari bernyala rupanya; matanya itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan ~ hujan pd waktu matahari bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit hati: dgn perasaan hati yg ~ ia bangun segera; bagaimana hendak menyudahkan kerana hati terlampau ~; 5. ki hebat, genting, tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa dll): semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang tetapi lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi keuntungan, mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat orang yg memakainya susah (mahal rezeki dll);
~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati sangat marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap (senang) duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak; ~ rezeki mahal rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik = ~ jantan Pr = ~ ngetek Kl sangat panas (matahari);
~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~ setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan); disangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb melakukan sesuatu dgn kebimbangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~ di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya; redup atau ~ keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja; sudah ~ berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl prb sebentar sahaja; tidak lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada berubah-ubah, tetap selama-lamanya (bkn adat);
panas-panas masih baharu, hangat-hangat;
berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan berhujan di laut;
berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk bersuka-suka: mereka yg sedang ~ di pantai itu;
memanasi 1. menghangatkan: periuk yg masih dipanasi bara; 2. menambah panas;
memanaskan menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu ialah utk ~ tubuh badan kita;
~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau mencapai sesuatu;
memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~ dirinya;
kepanasan 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas;
pemanasan perihal memanasi (memanaskan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~;
pemanas 1. yg memanasi (memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat utk memanaskan: ~ elektrik; 3. (orang yg) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan pembengis.
panasaran (Sunda) Jk 1. terlalu ingin hendak mendapat (berbuat dll) sesuatu, berasa kecewa (tidak puas); 2. sangat marah atau sakit hati (kerana kecewa, dicela, dll).
panau sj penyakit kulit yg berupa bintik-bintik, (tompok-tompok) putih (kadang-kadang gatal); jenis-jenisnya: ~ besi, ~ bunga, ~ lekir, ~ mengharung, ~ terkukur, dll;
berpanau berpenyakit panau: di sana ini lengannya ~.
panca I 1. kelima-lima jari tangan; main ~ berlawan kekuatan dgn pulas-memulas jari atau tangan; 2. lima.
berpanca berlawan kekuatan dgn pulas-memulas (tolak-menolak) jari atau tangan, main panca;
memancakan menyatukan (menyelang-nyelikan) jari-jari satu tangan dgn jari-jari tangan yg lain: ia ~ jarinya ke jari tangan Ramli.
panca II NS hadiah bunga telur dan pulut dlm bekas kayu yg berkaki dan dihiasi dgn bunga kertas (waktu perkahwinan).
panca- (Sanskrit) awalan asing lima, mis pancaindera dan pancalogam.
pancabicara 1. sj perhiasan bercabang lima yg dipakai pd destar raja (pengantin) pd waktu pertabalan (perkahwinan); 2. campuran lima jenis bunga (bau-bauan dll).
pancabuta unsur-unsur yg lima (bumi, air, api, udara, dan eter).
pancadarma tugas atau kewajiban yg lima jenis.
pancaguna bermacam-macam guna; ketam ~ ketam yg bermacam-macam gunanya.
pancaindera deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan, dll.
pancaka sl tempat membakar mayat.
pancakara sl bergaduh, berperang.
pancal ark pancalogam.
pancalima ark sj ramalan dgn jari.
pancalogam 1. sl campuran lima atau berbagai-bagai logam (batu); 2. campuran dua atau lebih logam yg menjadi logam berlainan (lebih berguna) drpd bahan asalnya, aloi; ~ meriam pancalogam drpd tembaga, timah, dan zink.
pancalongok (Sunda) pencuri, bangsat, pencoleng.
pancalumba pertandingan sukan yg menghendaki tiap-tiap peserta memasuki lima acara (spt lari, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, dan lempar lembing).
pancanegara lima negara.
pancang I kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll);
~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pendiriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll);
memancang 1. memacak pancang, memasang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkahwinan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang;
memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll);
terpancang 1. sudah dipancangkan, tercacak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu;
pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancang; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya;
pemancangan perihal atau perbuatan memancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara.
pancang II; ~ bendera sj ikan laut, Parachaetodon ocellatus.
pancapada (Sas) baris puisi (sajak) yg terdiri drpd lima pola irama atau matra.
pancapersada 1. tempat tinggi yg bertingkat-tingkat, tempat bersemayam raja waktu pertabalan (tempat orang besar-besar dll): maka ia menyuruh berbuat ~ tujuh pangkat; 2. tempat mandi yg bertingkat-tingkat; 3. rumah yg bertingkat tempat berehat-rehat.
pancar keturunan, anak cucu: ~ drpd anak cucu bagindalah segala raja-raja di Pasai itu turun-temurun; ~ gas Id pancutan gas, jet (yg menggerakkan kapal terbang): pesawat terbang ~ gas;
sepancar ki seketurunan, sejenis, seasal: bahasa Melayu ialah bahasa yg mesra dan ~ dgn kejadian dirinya;
berpancaran keluar ke sana sini (berbagai-bagai hala), berpancutan: air ~ dr paip rosak itu;
memancar 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah;
memancarkan 1. memancutkan atau memancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. mengeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), mengeluarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan);
terpancar 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. terlahir, keluar (anak);
pancaran 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan;
pemancaran perihal memancarkan: ~ bunyi atau gambaran;
pemancar 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio.
pancaragam 1. sl bermacam-macam ragam; 2. muzik, bunyi-bunyian; 3. pasukan (kumpulan) pemain muzik: sebuah ~ mengikuti perarakan itu.
pancaraja sl; ~ diraja sl alat (tempat) mengusung jenazah raja.
pancaroba 1. pertukaran atau peralihan musim (cuaca kadang-kadang baik, kadang-kadang buruk, dll); angin ~ angin yg berubah-ubah (tiada tetap arahnya); musim ~ musim antara musim kemarau dan musim hujan; 2. ki keadaan yg kacau (tidak tentu arah): bagaimana mereka itu akan hidup dlm dunia yg sekarang penuh dgn ~.
pancarona sl bermacam-macam warna, pancawarna.
pancasila lima dasar falsafah kenegaraan Republik Indonesia (ketuhanan yg Maha Esa, kebangsaan, perikemanusiaan, kedaulatan rakyat, dan keadilan sosial).
pancasona sl sj jampi yg boleh menyebabkan orang mati hidup kembali.
pancasuara ark 1. bermacam-macam suara atau bunyi; 2. suara atau bunyi yg janggal.
pancawarna 1. lima warna; 2. bermacam-macam warna, berwarna-warna.
pancawarsa (perayaan, peringatan) setiap lima tahun.
panci IB sj kuali besi.
pancing alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll);
~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj permainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb perbuatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula;
memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pancing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg dihajati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia; mencari (mengetahui) rahsia;
~ di air keruh prb mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb perihal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi;
pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama;
terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diperoleh);
pancingan sesuatu yg digunakan utk memancing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sebagai satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~;
kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail;
pemancing orang yg memancing.
pancir ark bahagian yg di hadapan sekali (perarakan dll).
pancis-pancis sj tumbuhan (herba), jobong beralih, seruas semalam, tebuk seludang, tuba seluang, Polygonum barbatum.
pancit I; memancit memancut (memancur) sedikit-sedikit;
memancitkan memancutkan cecair (air, minyak dsb) sedikit-sedikit, menyebabkan memancit: pemancit ini berupa muncung utk ~ petrol ke dlm alur masuk.
pancitan hasil memancit atau memancitkan: mikrokomputer yg mengawal ~ petrol;
pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan;
pemancit alat utk memancitkan (minyak dsb): ~ yg dikawal secara elektronik ini dapat menentukan banyaknya petrol yg harus digunakan.
pancit II menjadi kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~;
memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya;
pemancitan perbuatan memancitkan.
pancung I; kuih ~ sj kuih.
pancung II 1. bahagian hujung, punca atau penjuru (kain dll); ~ serong (kain yg) disusun atau diikat serong dengan puncanya tergantung; 2. bersegi dan tirus ke hujung, bersegi lancip; 3. penggal (leher dll), kerat: hukum ~;
pepat di luar ~ di dalam prb rupanya baik tetapi hatinya jahat;
berpancung berikat serong dgn puncanya tergantung (kain): jika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung;
memancung memenggal, mengerat (kepala, leher, dll);
pancungan hasil kerja memancung: ~ pedang;
pemancung (alat) utk memancung: parang ~; pedang ~.
pancur bp pancuran;
memancur keluar atau memancar (air dll);
terpancur keluar memancur, terpancar: dibukanya paip dan air pun ~lah ke badan Kadir;
pancuran 1. air yg keluar memancur: bunyi ~ air; 2. cerat, paip air; 3. saluran tempat air dll mengalir (memancur): mereka telah pulang dr ~ mengisi perian betungnya.
pancut; memancut keluar dgn deras (kerana tekanan), memancar: air ~ dr muka bumi;
memancutkan mengeluarkan air dll dgn deras, memancarkan, memancurkan: belerang itu akan menjadi cair dan dipancutkan keluar oleh udara yg ditekan masuk;
terpancut ki terkeluar (terbit dll) dgn tiba-tiba: ~ dr mulut Wan Derus perkataan "celaka";
pancutan (air dll) yg memancut: tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn ~ air; ~ angin;
pemancutan proses memancutkan sesuatu;
pemancut alat utk memancutkan air, cecair, dsb: hos ~ air.
pancut-pancut = pokok ~ sj tumbuhan (pokok), Spathodea spp.
panda sj binatang spt beruang (berbulu hitam dan putih) yg hidup di hutan bambu di China, Ailuropoda melanolenca.
pandai 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli;
~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat;
~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia;
sepandai-pandai bagaimana (betapa) pandai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga;
berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu;
memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai;
memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru ialah utk ~ murid;
kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga;
berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa.
pandak I pendek: keris ~; orang ~ tembun;
memandakkan menjadikan pandak, memendekkan;
memperpandak menjadikan lebih pandak, memperpendek;
pandak II Pr timang-timangan utk anak yg kelima.
pandam I damar atau embalau yg digunakan utk melekatkan sesuatu (parang pd hulunya dll);
memandam sl melekatkan pandam (embalau) pd: dipandam giginya dgn malau.
pandam II Mn = ~ perkuburan perkuburan.
pandan I sj tumbuhan (daunnya wangi atau berduri), Pandanus spp.; jenis-jenisnya: ~ duri, ~ hutan, ~ wangi; tikar ~ tikar yg dibuat drpd daun pandan.
pandan II; anjing ~ anjing yg merah bulunya.
pandan III; ikan ~ sj ikan laut, ikan kapas-kapas, Gerres abbreviatus.
pandang 1. lihat (sambil memerhatikan); beradu ~ bertemu mata, berhadapan muka; membuang ~ a) memalingkan muka, melihat ke tempat lain; b) = melayangkan ~ melihat jauh-jauh; seimbas (selayang) ~ melihat dgn sekali imbas (sepintas lalu); 2. bp memandang; ~ ringan menganggap sepi atau tidak penting;
alat ~ dengar alat utk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran (mis pita rakaman, televisyen, dll); ~ tilik pendapat (fikiran); ~ tinggi menganggap mulia (berharga dll);
~ anak, ~ menantu prb memilih menantu biar sepadan dgn anak; ~ jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan prb Mn memeriksa sesuatu dgn cermat (teliti);
berpandangan, berpandang-pandangan saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka;
memandang 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu;
~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai;
pandang-memandang 1. berpandang-pandangan, saling memandang: masing-masing ~; mereka ~ ; 2. saling menghormati (menghargai dll), hormat-menghormati, segan-menyegani, dll: hidup berjiran begini, kita harus ~;
memandangi memandang dgn teliti, melihati, mengamati: isterinya tegak juga di situ ~nya bekerja;
terpandang 1. dapat dipandang, terlihat, kelihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, disegani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~;
terpandang-pandang seakan-akan tampak, teringat: dlm seminggu selepas perpisahan itu ~ saya akan rupanya;
terpandangkan terpandang akan: apabila ~ Milah yg sedang muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya;
memandangkan memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan: ~ pengalaman puan selama ini saya dgn sukacitanya melantik puan sbg ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu ke III;
pandangan 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi perhatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat terhadap politik, falsafah politik;
berpandangan mempunyai pandangan (bahawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh;
pemandangan 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini;
sepandangan sejauh yg dapat dipandang;
pemandang 1. orang yg memandang; 2. sl pandangan, pelihatan.
pandau ark paya, rawa.
pandemik wabak penyakit yg tersebar dgn begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.
pandiang pelacur, sundal.
pandidip Br gores api, mancis.
pandir bodoh, tolol: memang engkau sudah ~ ; bagaimana ~ dan gila cita-citanya; Pak P~ orang bodoh;
sepandir sebodoh, setolol;
kepandiran kebodohan, ketololan;
kepandir-pandiran kebodoh-kebodohan.
pandu I 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. kapal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita;
berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya;
berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan;
memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju;
memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll);
panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya;
kepanduan perihal pandu;
pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal, dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya;
pemandu 1. orang yg memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta, kapal terbang, dll): ~ bas.
pandu II; memandu mencuba, menguji; ~ pakaian mencuba pakaian; ~ senjata mencuba atau menguji senjata.
pandu uji perihal atau perbuatan memandu sesebuah kenderaan bermotor (kereta, motosikal dsb) seketika, terutamanya oleh bakal pembeli, utk menguji atau menilai apa-apa jua kelebihan atau kelemahannya: semua bakal pembeli diberi peluang melakukan ~ kereta model yg terbaru itu;
memandu uji memandu sesebuah kenderaan bermotor, spt kereta dan motosikal, utk menguji atau menilai kelebihan atau kelemahannya, melakukan pandu uji: selepas ~ Jaguh, dia mendapati motosikal ini mudah dikendalikan.
panel 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih itu utk melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambung-sambung dan digunakan utk menghias dinding.
panembrama Jw lagu utk menghormati (menyambut) kedatangan tetamu dll;
berpanembrama berlagu dan berhibur.
panen (panén) Jw 1. = panenan pemungutan hasil sawah atau ladang, penuaian: mereka mesti dapat memberi nasihat dan memimpin orang desa bagaimana dapat membesarkan ~; 2. memungut hasil cucuk tanam dr sawah atau ladang, menuai: apabila musim ~ tiba, kami semua harus ke sawah.
pang 1. bunyi spt bunyi orang menampar; 2. Kd tampar.
pangah; terpangah ternganga.
pangalaban Br 1. sj tumbuhan (pokok) yg buahnya boleh dimakan, Litsea garciae; 2. sj kuih basah yg bentuknya spt buah pangalaban.
pangan I ark hutan; orang ~ orang asli yg tinggal di hutan Malaysia.
pangan II Jw makanan; sandang ~ pakaian dan makanan, keperluan hidup.
pangeran (pangéran) Jw gelaran utk anak (keluarga) raja dan orang besar.
pangestu (pangéstu) Jw berkat, restu: orang Bali yakin bahawa aku membawa ~ kpd mereka.
panggak Mn bangga, megah, sombong;
memanggakkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan: tidak ada kuasa dan pangkat yg hendak dipanggakkannya.
panggal I potong, penggal;
panggalan Mn galah (utk mengait buah-buahan dll).
panggal II Br nilai wang yg besarnya 14 sen.
panggang yg dimasak (dipanaskan, didinginkan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan;
memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari;
dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya;
panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang;
pemanggangan perihal (proses atau perbuatan) memanggang;
pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang.
panggar I sj para-para utk menjemur ikan dll, panggau.
panggar II Tr 1. membuang, memotong (kulit kayu, rambut, dll), papar: rambutmu sudah panjang. Pergi ~ di kedai gunting; 2. tempat ayam bertenggek di dlm reban, tempat burung bertenggek di dlm sangkar.
panggas tempat yg bertiang dua (utk menyimpan kayu api).
panggau 1. panggar; 2. Br, Sr sj katil yg berukir-ukir (utk Sultan, pengantin).
panggil; memanggil 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menamakan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini dia termalu-malu ~ abang;
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan;
memanggil-manggil menyebut (meneriak) nama seseorang berulang kali: tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dlm rumah, kami terdengar orang ~ ayah dr luar; anak itu menangis sambil ~ ibunya;
memanggilkan 1. memanggil utk: panggilkan dia sebuah teksi; 2. memanggil (menyebut) dgn: ia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya;
terpanggil 1. Mn dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara: seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~; bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan; 2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpengaruh dsb) utk melakukan sesuatu: sbg penyanyi, dia turut ~ utk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yg membimbangkan ketika ini; dia semacam ~ utk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu;
panggilan 1. suara memanggil: dlm gelap itu terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajakan, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil;
~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ STD = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antarabangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator.
pemanggil (orang) yg memanggil: dinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari; canang ~ canang utk memanggil (memberitahu);
sepemanggil sejauh suara orang memanggil.
panggil-panggil sj tumbuhan (pokok renek), Clerodendron paniculatum.
panggu Pn habuan, bahagian;
pangguk; memangguk meletakkan sesuatu ke atas benda lain: jala yg ditaruhnya dlm petak diambilnya dan dipangguk pd lengannya.
panggul I Jk pangkal paha.
panggul II Jw; memanggul memikul, menjulang: ~ senjata; ~ tajak.
panggung 1. lantai yg bertiang (utk meninjau-ninjau dll); rumah ~ a) rumah yg bertiang (tinggi); b) rumah bertingkat; 2. pentas tinggi tempat bermain sandiwara dll; ~ wayang (gambar) tempat menayangkan wayang gambar; seri ~ pelakon bangsawan (sandiwara) yg utama (terkemuka); 3. tempat duduk penonton yg tinggi (di stadium dll); 4. penonton wayang dll;
berpanggung mempunyai panggung: rumah Melayu awal ialah rumah ~ dan berbumbung lipat kajang;
memanggung mengangkat; ~ kepala mengangkat kepala: Tukya ~ kepala melihat Besah yg bertimpuh di sisi Lamin;
memanggungkan memainkan sandiwara di panggung, mementaskan;
panggungan 1. lantai yg tinggi utk meninjau (menonton dll); 2. penonton (wayang dll);
pemanggungan kegiatan (usaha) mempersembahkan sandiwara di panggung, pementasan (sandiwara) di panggung: di tangannya sudah ada tradisi penulisan skrip; pengarahan, ~, dan aspek-aspek pementasan yg lain.
pangkah I; memangkah 1. menghentakkan (membantingkan) gasing ke atas gasing lain; 2. mengalahkan lawan (dlm permainan terup dll).
pangkah II tanda silang spt tanda kali dll;
berpangkah bertanda pangkah: petak ~ menunjukkan aspek keluaran yg dipentingkan;
memangkah membuat tanda pangkah (pd jawaban yg salah pd kertas peperiksaan dll): ~ kertas undi.
pangkai I ark; bertikai-~ bertengkar, berselisih.
pangkai II ark besar.
pangkal 1. bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll), lwn hujung: buah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; Haji Maun menggigit-gigit ~ cerut; 2. permulaan, awal: pergerakan kebangsaan itu telah bermula pd ~ abad kedua puluh; 3. asal, mula, sebab: Ramli menjadi ~ sebab drpd perbuatan-perbuatan wanita itu; hujung ~ sebab-musababnya (permulaan dan keputusannya dll); 4. modal; wang ~ a) wang modal; b) yuran masuk menjadi ahli (persatuan dll);
~ bahu bahagian bahu dekat leher; ~ bedil tangkai atau gagang bedil; ~ cerita pokok (dasar) cerita; ~ hidung bahagian sebelah atas batang hidung di antara mata; ~ jalan a) permulaan jalan; b) ki keadaan (kelakuan dll) yg mula-mula; ~ kata a) kata pokok, kata dasar; b) permulaan percakapan; ~ kaki bahagian di atas kaki (kuda); ~ leher leher di sebelah bawah; ~ lengan lengan sebelah atas di bawah bahu; ~ mata bahagian mata berhampiran hidung; ~ nama Id nama benar (bukan nama keluarga dll); ~ paha paha sebelah atas; ~ pedang hulu (tangkai) pedang; ~ pokok = pokok ~ sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); ~ rumah bahagian rumah di sebelah atas tangga; ~ tangan bahagian tangan di bawah siku; ~ telinga bahagian di antara telinga dan kepala; si ~ = si ~ helat Mn tuan rumah (penerima tetamu);
berpangkal bermula, berasal, berpunca: sering terjadi ketegangan di rumah itu ~ drpd adanya perbezaan pendirian antara keluarga; tidak berhujung, tidak ~ tidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dll);
berpangkalkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar;
memangkal, mangkal Jk berhenti di sesuatu tempat yg tertentu (teksi dll);
memangkalkan 1. menyimpan perahu dll di darat; 2. menempatkan tentera (kapal terbang dll) di pangkalan; 3. mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (utk diangkat dll);
terpangkal pokoknya, modalnya; menjual ~ menjual dgn tidak ada laba;
pangkalan 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb;
~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu);
sepangkalan Mn tuan rumah (pd sesuatu jamuan dll);
berpangkalan mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992.
pangkas; toko ~ kedai gunting rambut; tukang ~ tukang gunting (cukur);
berpangkas bergunting rambut: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja ~ gambak;
memangkas 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki meringkaskan cerita;
terpangkas memangkas atau dipangkas dgn tidak sengaja: dia ~ dahan anak rambutan itu;
pemangkasan perbuatan (kerja dsb) memangkas: ~ perlu dilakukan utk membuang daun atau dahan yg rosak;
pemangkas 1. perkakas atau alat utk memangkas (memotong): ~ rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas.
pangkat 1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (panca-persada): maka ia menyuruh membuat panca-persada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan kedudukan dlm kerja (di pejabat, dlm ketenteraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) kelulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 ( 2 ( 2;
sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, sedarjat; 2. sama umurnya, sebaya;
berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bangsawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. berkedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik;
berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, bersusun-susun;
memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melantik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll);
kepangkatan perihal pangkat (martabat, darjah, dll);
pemangkatan ark pemberian pangkat, pengangkatan, pelantikan.
pangkin 1. sj tempat spt para (biasanya di pasar) utk penjual meletakkan barang jualannya (spt ikan, sayur, dll); 2. = pangking.
pangking C 1. sj tempat tidur yg merupakan lantai yg ketinggian; 2. bilik tidur.
pangku riba, ribaan: tuanku Malim Deman bersenda gurau dgn tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya;
berpangku (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja;
memangku 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Maha Hakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan;
pangkuan 1. ribaan: ia membaringkan Masdi di atas ~nya; 2. ki kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka;
pemangkuan 1. perbuatan memangku; 2. perbuatan mengelolakan (negara, tanah, dll);
pemangku 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyelenggarakan pemerintahan dll, pengelola.
pangkung; memangkung memukul kuat-kuat (dgn belantan dll).
pangkur cangkul, pacul;
menjual tangkal ~ dedap prb menceritakan yg bukan-bukan (cerita bohong); meraih ~ ke dada prb a) berasa insaf akan diri; b) berasa tersindir (tersinggung);
memangkur mencangkul.
panglima 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg memerintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menyelenggarakan urusan gajah;
P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang kehormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar;
misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut.
panglin; burung ~ sj burung, ayam air, burung pangulin, Porphyrio poliocephalus viridis.
pangling Jw lupa, tidak kenal lagi: aku sama sekali tidak ~ padanya.
panglong C perusahaan menebang kayu orang-orang Cina.
pangonan Jw padang rumput tempat binatang ternakan merumput.
pangreh (pangréh); ~-praja ark pamung praja, pegawai pemerintah negeri.
pangsa petak atau bahagian-bahagian dlm buah-buahan dll (spt dlm buah durian): ~ durian; rumah ~ satu set bilik serba lengkap yg digunakan sbg tempat kediaman; ~ menunjukkan bangsa, umpama durian = spt durian menunjukkan ~nya prb kelakuan dan percakapan seseorang itu menunjukkan baik atau jahat asalnya (perangainya);
berpangsa 1. mempunyai pangsa, ada pangsanya: sebuah kotak kaca ~ dua; 2. berulas: urat-urat daging mereka timbul ~-pangsa akibat menggunakan tenaga sepanjang hari.
pangsai C buang air besar.
pangsapuri rumah pangsa moden yg lazimnya besar dan luas, dgn disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan.
pangsi I 1. paku gasing, paksi; 2. (Kej) paksi pd motokar (enjin dll);
berpangsikan ki menganggap atau menjadikan sesuatu sbg keutamaan (teras, dasar dsb), berteraskan, berdasarkan, bertunjangkan: gaya hidup yg ~ mutu telah mendorong ramai orang menggunakan kristal sbg hiasan;
memangsikan memasang (mengenakan) pangsi pd, menempatkan di atas pangsi, melekatkan (menyambungkan) dgn pangsi dll.
pangsi II C sj kain sutera hitam.
pangsit sj makanan orang Cina.
panguk; terpanguk terdongak.
pangulin; burung ~; ( panglin.
pangur 1. Mn kukuran, pengukur; 2. sj kikir, patar.
pangus I sl cekap, tangkas: terlalu baik parasnya, sedap, manis, pantas, ~, tiada siapa taranya pd zaman itu.
pangus II; memangus berbunyi spt bunyi ikan lumba-lumba.
pani; nibung ~ bulu (janggut) jagung.
panik cemas (takut, bimbang, gelisah dsb) yg datang dgn tiba-tiba: saya benar-benar ~ ketika itu; kadangkala kita mudah ~ apabila diarah menyiapkan sesuatu projek dgn segera;
kepanikan 1. perasaan atau keadaan panik (cemas): ~ benar-benar mencengkamnya; ~ jelas terbayang di wajahnya; 2. mengalami perasaan panik, dlm keadaan panik: orang tua yg ~ itu telah bergegas melarikan diri ke dlm belukar; nampaknya dia ~.
panili IB sj tumbuhan yg menjalar dan harum bau buahnya (digunakan utk mewangikan kuih dll).
panir ark keju.
paniradya Jw ark jabatan; ~ pati ketua jabatan (departemen).
panitera penulis, setiausaha; ~ jaksa penulis (kerani) kejaksaan; ~ pengadilan penulis (kerani) dlm pengadilan;
kepaniteraan 1. jawatan atau pejabat panitera (setiausaha); 2. pentadbiran (dlm persatuan dll).
panitia jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia.
panja; mengarak ~ mengarak jari-jari tangan (drpd gangsa) yg dihiasi dgn bunga-bungaan di atas tabut (perarakan Hasan Husain).
panjak pemain muzik gamelan (kadang-kadang bermain sbg penyanyi atau penari).
panjang I 1. lwn pendek: tali itu ~; penselnya masih ~ lagi; 2. lwn lebar, bujur: mukanya ~; 3. tinggi: badannya ~ lampai; 4. berlarut-larut, luas: cerita yg ~; berfikir ~; 5. lama: ~ umurnya; 6. jarak dr hujung ke hujung (di antara dua tempat), lwn lebar: ~ sebuah bilik tiga meter lebih drpd lebarnya; 7. jarak masa, lama: ~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam;
~ akal (ingatan, kira-kira) tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; ~ bulat panjang dan bulat (spt buluh), bulat torak; ~ ekor berani berbuat jahat (melanggar peraturan); ~ gelombang (Fiz) jarak di antara dua puncak gelombang yg bersebelahan; ~ ikatan (Kim) jarak di antara dua nukleus atom yg terikat bersama dlm satu sebatian; ~ lampai kecil tinggi (badan); ~ lanjut (lebar) dgn butir dan keterangan yg banyak; ~ lidah (mulut, muncung) suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang; ~ nafas tidak pendek nafas, boleh berlari jauh; ~ pendek panjang atau pendek; ~ tangan suka mencuri; ~ tangkai Mn hujan; ~ umur (usia) lama hidup;
~ langkah singkat pinta (permintaan) prb sudah sampai ajal, meninggal dunia; ditindih yg berat dililit yg ~ prb kemalangan yg tidak dapat dielakkan; hendak ~ terlalu parah prb hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh; kalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku prb sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau; mendapat ~ hidung prb mendapat malu; sama ~ dgn urat perut (belikat) prb terlalu bohong; sudah ~ langkahnya prb sudah meninggal;
sepanjang 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg mereka ketahui;
berpanjang; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak;
berpanjang-panjang bercakap dgn panjang lebar: janganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi;
berpanjangan, berpanjang-panjangan berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan: inginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; kemesraan yg ~;
memanjang 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja;
memanjangkan 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan;
memperpanjang menjadikan lebih panjang: jalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dlm kawasan-kawasan yg berpenduduk padat;
panjangan lanjutan;
kepanjangan 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya terlalu ~;
berkepanjangan berpanjang-panjangan, berpanjangan: abang memohon doa yg ~ drpd engkau; zaman yg ~;
pemanjangan perihal atau perbuatan memanjang(kan): Hukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dgn beban pd dawai-dawai atau spring itu;
pemanjang sesuatu yg memanjangkan: huruf ~ bunyi.
panjang II Pr panggilan kpd anak lelaki keempat.
panjar cengkeram, wang muka (pendahuluan): kain itu diberikannya kpd kepala kampung itu, akan jadi ~;
memanjari memberi panjar.
panjarwala kelasi yg bertugas di tiang kapal utk menggulung (membentangkan) layar dll.
panjat; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi;
~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadi adat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha;
memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput;
memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2. menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulangbicarakan di mahkamah yg lebih tinggi;
panjatan 1. tempat utk memanjat, pendakian; 2. perihal memanjat, pendakian;
pemanjat (orang dll) yg memanjat.
panji = panji-panji bendera (biasanya yg bersegi tiga panjang); di bawah ~ di bawah naungan (dilindungi oleh); spt ~, ditiup angin berkibar-kibaran prb tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yg kuat.
panjing (Palembang) ark menjadi hamba di rumah pesirah atau ketua kaum (bagi perempuan yg bunting di luar nikah dan enggan menyatakan lelaki yg bertanggungjawab);
memanjingkan menyuruh bekerja di rumah pesirah (orang yg tidak menunaikan kewajibannya).
panjunan sl tukang periuk belanga.
panjut I 1. sj suluh (drpd damar berbungkus daun dll); 2. belang putih pd ekor anjing dll; 3. warna putih pd hujung mata keris.
panjut II pancut;
memanjut, memanjut-manjut memancut(-mancut), memancar(-mancar), memercik(-mercik);
memanjutkan memancutkan, memancarkan, memercikkan;
panjutan pancaran: perlahan-lahan ~ sinar lampu menjadi kelam.
panjut III; seluar panjang ~ seluar panjang yg ketat pd kakinya.
pankek (pankék) sj kuih yg bentuknya nipis, leper, bulat, dan diperbuat drpd tepung, susu, telur, dll.
pankreas (pankréas) (Bio) kelenjar yg terletak di belakang perut yg merembeskan enzim pencernaan spt lipase dan amilase serta hormon insulin dan glukagon.
panorama 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah-ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.
panoramik bersifat (merupakan) panorama, luas terbentang: pemandangan ~ Kota Kinabalu.
panta sl guli.
pantai 1. tebing atau tepi laut (tasik, dsb) yg diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar): kereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla; ~ menganjur isi pantai yg memotong urat tanah; ~ selari (Geog) pantai yg selari dgn urat tanah; 2. menurun sedikit, landai;
berpantai mempunyai pantai;
memantai 1. menuju ke arah pantai; 2. turun (matahari).
pantak I; memantak masuk dalam-dalam (pasak dll): perkataan-perkataan yg tajam ~ tepat ke telinga Pak Dollah;
memantakkan 1. memasukkan dalam-dalam, menukul hingga masuk dalam-dalam (pasak, paku, dll): muncung keluli ini dipantakkan ke dlm tanah; 2. ki memasukkan (idea, konsep, dsb) ke dlm fikiran, mempengaruhi: kanak-kanak kini turut membuat keputusan membeli jenama yg dipantakkan oleh iklan televisyen ke dlm fikiran mereka;
pantakan hasil atau perbuatan memantakkan: ~ itu meninggalkan lekuk yg dalam; kesan ~ itu menyebabkan masyarakat selalu berhati-hati ketika menggunakan gula dlm makanan dan minuman;
pemantak alat utk memantakkan sesuatu, penukul.
pantak II Br, Sr (ilmu) sihir.
pantang 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia berkepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki);
~ gelanggang perbuatan yg dilarang melakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan;
~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang;
berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang;
memantang 1. sengaja tidak mahu memakan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu meminum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan;
memantangkan menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan barang apa pekerjaan pun dikerjakan;
pantangan pantang, larangan, makanan (minuman) yg terlarang;
kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua;
bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (bertentangan) pendapat dgn orang ramai;
perpantangan bkn pantang: barang ~;
pemantangan perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal.
pantaran I Br beranda (biasanya tidak beratap) di bahagian hadapan ibu rumah.
pantaran II Jw; sepantaran sebaya.
pantas I 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;
sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu;
memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan;
kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya;
pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan.
pantas II Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka;
sepantasnya selayaknya, sepatutnya: "Tidak tuan," jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin;
memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut;
pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll).
pantat 1. punggung; 2. dubur; 3. kemaluan perempuan; 4. bahagian benda yg di sebelah bawah sekali: ~ cawan; ~ cerek; ~ kuning bp kedekut, kikir;
hitam bagai ~ belanga prb tidak cantik (hitam dll); mulut disuapnya pisang, ~ dikaitnya dgn onak prb pujukan yg mengandungi tipu muslihat; spt lebah, mulut membawa madu ~ membawa sengat prb rupa elok dan manis cakapnya tetapi berperangai jahat (bkn perempuan).
pantau I Mn sj ikan sungai.
pantau II ark; memantau 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;
terpantau dapat atau berupaya memantau atau dipantau: pihak berkuasa tidak ~ segala kegiatan yg berlaku di perairan laut kita yg panjang dan luas itu; kegiatan haram itu tidak ~ ;
pantauan hasil memantau: tindakan susulan yg konkrit perlu diambil segera berdasarkan ~ yg dibuat oleh pihak yg berkenaan itu;
pemantauan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan;
pemantau 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles.
pantau III; memantau Sb menahan darah drpd keluar: pihak doktor berjaya ~ tangan kanak-kanak yg tercedera dlm kemalangan itu, sebelum menjahit lukanya.
panteisme (pantéisme) 1. fahaman yg menyamakan Tuhan dgn kuasa dan hukum alam; 2. kepercayaan bahawa Tuhan itu berada di mana-mana dlm alam dan cakerawala.
pantek (panték) Jw pasak;
memantek melekatkan kayu dll dgn menggunakan pantek (pasak), memasak.
Pantekosta (pantékosta) hari raya yg dirayakan lima puluh hari selepas hari raya Paskah (Kristian).
pantelon seluar panjang berkaki lebar yg berkedut di pergelangan kaki.
panti Jw rumah, tempat tinggal; ~ asuhan (rumah) tempat memelihara anak yatim (piatu); ~ derma rumah tempat merawat anak yatim (piatu, orang tua, dll).
pantik; memantik 1. melagakan (menggosokkan) batu api (kayu dll) utk mengeluarkan api; ~ api membuat api dgn melagakan batu api (kayu dll); 2. memetik (utk mengeluarkan bunyi) dgn menggesekkan ibu jari dgn telunjuk; ~ urat (nadi) mengeluarkan darah kotor dgn mencucuk urat darah;
pemantik; ~ api alat utk mengeluarkan api.
panting; pontang-~ berserakan, kucar-kacir;
berpantingan berpelantingan, berhamburan jatuh;
terpanting terpelanting, tercampak jatuh.
pantis benda utk menghitamkan kening (alis);
berpantis ada pantisnya, dihitamkan dgn pantis: kening tak ~;
memantis menghitamkan kening (alis).
panto Mn ark belak, belang-belang atau garis-garis pd kayu.
pantograf 1. alat utk menyalin pelan, gambar rajah dsb yg sebentuk pd skala tertentu; 2. (Kej) alat yg membawa arus elektrik dr kabel atas ke bumbung kereta api.
pantomin drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik.
pantri 1. almari atau bilik kecil di dlm rumah tempat makanan disimpan; 2. bilik tempat menyimpan pinggan mangkuk, alas meja dsb, terutamanya di dlm kapal, hotel dsb.
pantul; memantul 1. mengambul (spt bola yg dilontarkan ke dinding), menganjal, melantun: tayar itu setiap masa ~ dr muka jalan; 2. berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, gelombang, bunyi dsb): cahaya ~; 3. ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): pasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata;
memantul-mantul memantul beberapa kali atau berulang kali: bola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dlm kolam;
memantulkan menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul;
terpantul terkena pantul: sinar yg ~;
pantulan 1. gerakan memantul (mengambul): ~ bola; ~ spring; ~ cahaya; ~ dalam penuh (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya; 2. tindakan (gerak balas) yg automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan; 3. ki reaksi;
pemantulan perihal (proses, perbuatan dsb) memantul atau memantulkan: ~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; Amanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pd paras selesa;
pemantul permukaan (objek) yg memantulkan cahaya, bunyi, dll: dinding itu boleh menjadi ~.
pantun 1. sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut-sambutan; 2. ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3. ark sbg jawaban kpd tuduhan dll;
sepantun seperti, macam, seumpama;
berpantun mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini;
berpantun-pantunan berbalas-balas pantun;
memantuni menyindir (mengejek) dgn pantun;
memantunkan mengarang (mencipta) pantun, menyatakan sesuatu dgn menggunakan pantun: maka dipantunkan orang, "Murah kata derji, Empat hasta, sehelai baju, Muda berusul Lela Manja, Bagai mutiara dlm teraju";
pemantun orang yg mengarang pantun.
panu Jk panau.
panunggul Jw tengkolok, kuluk, mahkota.
panus Ar ark kaki (penyangga) dian.
PAP kep People's Action Party (Parti Tindakan Rakyat, di Singapura).
papa I sangat miskin; ~ kedana terlalu papa; ~ kerma sl azab dan sengsara; tujuh kali pindah jadi ~ prb pekerjaan yg tiada tetap itu menambahkan kerugian sahaja;
memapakan menyebabkan (menjadikan) papa;
kepapaan keadaan papa: menderita ~;
pemapaan perbuatan menjadikan papa: penganiayaan dan ~ secara tersusun.
papa II bp bapa, ayah.
papadum popadom.
papah I; berpapah (berjalan atau bangun dgn) berpegang atau berpaut pd bahu orang dll: dia ~ bangun;
memapah membantu orang bangun (berjalan) dgn memegang (menopang) tangannya: Sulong Muda ~ kekasihnya bangun; abang dan aku berjanji utk ~nya malam itu ke madrasah;
papahan perihal memapah.
papah II Jw pelepah kelapa dll.
papah III Kl ragu-ragu: saya ~ hendak buat atau tidak pekerjaan itu.
papah IV Kl; memapah merempuh, melanda, melanggar: motobot itu sedang ~ gelombang.
papain (Bio) enzim pencerna protein yg terdapat di dlm buah dan daun betik, biasanya dihasilkan secara komersial dan digunakan sbg pelembut daging.
papak I 1. tidak tajam (runcing), pepat, rata; rumah ~ rumah yg atapnya tidak merunjung (datar); 2. = orang ~ pondan, banci; ayam ~ ayam jantan yg tidak berbalung dan tidak berlawi.
papak II; memapak mengunyah.
papak III; berpapakan berjumpa (bertemu) di jalan;
memapak menyambut (menjemput) kedatangan orang;
pemapakan perihal memapak, penyambutan.
papak IV sl pepak.
papak V; burung ~ sj burung, burung tirjup, Lanius tigrinus.
papakerma sl 1. jahat; 2. malang dan azab sengsara hidupnya.
papan I 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan petai, mercun, dll);
~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk mencanai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM 5 juta hingga RM 20 juta; ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang melukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM 20 juta;
sepapan sekeping: ~ petai;
memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus.
papan II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang lima, Vitis lanceolaria.
papar I 1. tidak runcing, papak, pepat, rata; 2. belakang (parang, pisau, dll);
memaparkan menjadikan pepat (rata): ~ gigi; alat ini dibuat drpd keluli yg dicanai selari atau dipaparkan.
papar II; memaparkan 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipaparkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memperlihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin komputer dsb;
terpapar (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah;
paparan 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar;
pemaparan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat;
pemapar alat (unsur dsb) yg memaparkan sesuatu: telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik.
papar III ark; memapar mencari orang utk menjadi askar (kelasi dll);
pemaparan perbuatan mencari orang utk dijadikan askar (kelasi dll).
paparazi (Itali) jurugambar bebas yg sering mengekori orang ternama atau selebriti utk mengambil gambar mereka tanpa disedari.
papas I; memapas 1. menanggalkan atau membuka (pakaian, khemah, dll): ia menyuruh ~ kajang; 2. mengambil, mencuri, menyerobot: lekas-lekas Andeh, kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita melepas sahaja; 3. mengubati atau menawar (penyakit, bisa, dll): carikan dukun yg pandai-pandai ~ serta dipintakan tangkal azimat kpd tuan-tuan Sayid.
papas II; berpapasan bertemu sewaktu berselisih lalu: ketika melalui lorong kabin jurumudi, Ramli ~ dgn serang kapal; apakah aku tidak boleh menegurmu kalau kebetulan kita ~ dijalan?
memapas menyongsong, menongkah: ~ angin.
papaya betik.
papirologi kajian tentang naskhah, dokumen atau manuskrip kuno yg ditulis pd kertas papirus.
papirus sj tumbuhan air yg batangnya boleh dibuat kertas, Cyperus papyrus.
PAPITA akronim bagi Persatuan Penyanyi Tanah Air.
pappui C sj tenungan utk melihat nasib (di tokong).
paprika sj serbuk perasa masakan yg dibuat drpd sj lada merah.
papul (Ubat) bintat kecil yg keras pd permukaan kulit.
par (dlm permainan golf) jumlah pukulan yg diperlukan utk seseorang pemain menyempurnakan sesuatu permainan atau lubang.
para I kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta.
para II = para-para 1. sj rak drpd kayu dll utk menyimpan perkakas dapur, pagu; 2. rak tempat meletakkan barang-barang di rumah (kereta api dll); 3. sj rak drpd kayu (buluh) utk menjemur tepung (ikan dll).
para III getah, karet.
para IV singkatan bagi paragraf: berita itu panjangnya lebih kurang dua puluh ~.
parabola 1. keluk rata datar yg dibentuk dgn jalan pembelahan kon dgn satah (dataran) yg selari dgn sisinya; 2. aerial berbentuk mangkuk besar utk menerima isyarat dr satelit.
paracut payung terjun.
parada perbarisan kawat tentera dlm sesuatu upacara.
paradam = ~-paradom bp kata makian (umpatan);
memparadam memaki, mencela, mengumpat.
paradigma 1. daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan; 2. contoh atau model yg jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yg diterima sbg ~ yg universal; 3. lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pd sesuatu masa yg dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yg ada; anjakan ~ peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik).
paradigmatik berkaitan dgn paradigma.
paradoks sesuatu yg bertentangan dgn pendapat yg diterima umum: tampak kpd kita suatu ~ yg menyolok.
paradoksikal bersifat paradoks, yg bertentangan: secara ~ dapat dikatakan bahawa walaupun masyarakat lama mempunyai kemungkinan-kemungkinan yg jauh kurang, tetapi pd keyakinan orang dahulukala, yg mungkin itu seolah-olah tidak terbatas.
paradom; paradam-~; ( paradam.
parafin (Kim) 1. campuran hidrokarbon yg biasanya berlilin, mudah terbakar, didapati drpd sulingan kayu, arang batu, petroleum, dll, dan digunakan dlm membuat lilin, sintesis kimia, dan kosmetik; 2. hidrokarbon cecair mudah terbakar yg didapati dgn menyuling petroleum dan digunakan terutamanya sbg bahan api.
parafrasa pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan (karangan dsb) dgn memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna atau maksud asalnya;
memparafrasa membuat parafrasa: ~ teks yg berkaitan dgn bahasa sumber.
paragog (Lin) penambahan huruf, suku kata atau bunyi pd akhir sesebuah kata, utk memudahkan sebutan atau utk menyedapkan pendengaran, mis huruf a bagi pulpa dlm bahasa Malaysia drpd pulp dlm bahasa Inggeris.
paragraf 1. bahagian sesuatu penulisan yg terdiri drpd sekumpulan beberapa ayat (bermula di baris baru dan biasanya bermula terkedalam drpd baris-baris berikutnya, perenggan; 2. Id tanda § (utk menandakan fasal baru).
parah 1. teruk atau berat sangat (luka, penyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~;
memperparah menjadi lebih parah;
keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport.
paraji (Sunda) bidan: massa-aksi adalah senantiasa menjadi ~ pd saat masyarakat tua yg hamil itu melahirkan masyarakat yg baru.
parak I perpisahan, perceraian;
berparak berpisah, bercerai;
memarakkan memisahkan, menceraikan: dahulu dia berniat hendak ~ si Mat drpd isterinya.
parak II; ~ siang pagi-pagi benar (kira-kira pukul 3-5), dinihari: pd suatu hari pukul tiga ~ siang orang telah ramai dan sibuk.
parak III Mn kebun, ladang: ibu Ramlah datang pula dr ~, membawa kacang panjang;
~ awak sahajalah siangi prb jaga sahajalah diri (keluarga) sendiri, janganlah pedulikan hal orang lain; diperluas ~ tidak tersiangi prb jika mata pencarian ditambah, penjagaannya tidak sempurna.
parak IV Kl terlalu banyak: makan nasi ~ benar; pendapatannya tiap-tiap bulan memang ~.
parakit sj burung, Psittacidae.
paraleli yg mengenai paralelisme: kerana adanya sajak ini ~ dlm bentuk nampak lebih jelas, mis pd bentuk gurindam dan pantun.
paralelisme (paralélisme) pembentukan rangkap (ayat) yg seimbang dgn satu bahagian mengulang bentuk (erti) bahagian lainnya (bkn puisi).
Paralimpik = Sukan ~ sukan antarabangsa yg bermodelkan Sukan Olimpik, diadakan khusus utk orang cacat.
param = param-param sj ubat atau bedak yg disapu pd badan (kening, kaki, dll); minyak ~ minyak yg digunakan sbg param.
paramasastera tatabahasa: ~ memuat ajaran tentang struktur bahasa yg timbul akibat sistem bahasa.
paramedik (paramédik) orang yg tugasnya membantu atau melengkapi kerja-kerja yg ada kaitan dgn bidang perubatan (spt jururawat, pembantu makmal, juruterapi, dll).
paramesium (paramésium) (Bio) protozoa air tawar drpd genus Paramecium, badannya bujur, diliputi silia dan mempunyai alur berbentuk corong utk makan.
parameter (paraméter) garis-garis yg menentukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yg ada batasan-batasannya: kalau ditinjau secara objektif, ~ kesetiaan seseorang berkisar dlm ruang bulatan yg berlegar dan bertindih; watak-watak di dalamnya bertingkah laku secara konkrit dlm lingkungan ~ sistem dunia itu.
paramilitari berkaitan dgn pasukan keamanan dgn struktur organisasi spt pasukan angkatan tentera, yg memberikan khidmat bantuan kpd angkatan tentera.
paran Jk arah, hala, tujuan;
memarani menghala, mengarah, menuju.
parang I sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll;
~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal;
berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai;
memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah;
memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu.
parang II; ikan ~ = ikan parang-parang sj ikan laut, Chirocentrus dorab.
parang III; sakit ~ = sakit parangan sj penyakit kulit pd tengkuk atau hidung.
parangan Br sj ikan laut, Pristis cuspidatus.
paranoia (Psi) 1. gangguan mental yg menyebabkan seseorang mengkhayalkan perkara yg aneh-aneh, spt merasa dirinya terlalu penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya; 2. perasaaan takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain dgn berlebih-lebihan.
paranoid (Psi) 1. (orang yg) mengalami paranoia; 2. terlalu curiga, takut atau tidak percaya terhadap orang lain.
paranormal tidak dapat dijelaskan secara saintifik atau rasional: fenomena ~.
parap I; memarap memukul dgn barang yg tidak tajam (dgn sisi pedang dll), menampar, menumbuk: diangkat baginda tangannya diparap baginda, lalu putus pengait itu.
parap II singkatan tandatangan;
memarap menurunkan parap.
para-para; rumput ~ a) sj tumbuhan (rumput), Cyperus pilosus; b) sj tumbuhan (rumput), rumput kepala lalat, Fimbristylis diphylla.
parapati Mn burung merpati.
paraplasma (Lin) kata baru yg dibentuk utk menggantikan kata yg sudah lama dipakai atau dikenal, mis tatabahasa utk nahu dan pawagam utk panggung wayang gambar.
paraplegia (paraplégia) (Ubat) kelumpuhan bahagian bawah tubuh, termasuk kedua-dua anggota bawah.
paras I rupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya.
paras II 1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~ lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg tertinggi;
separas 1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya ~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; 2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~ dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik dgn bayaran ~;
memaras menjadikan rata, memotong supaya rata: bahagian atas timun itu telah diparas; ~ janggut mencukur janggut rata-rata;
parasan permukaan: bahagian-bahagiannya timbul dr ~ air;
pemarasan perihal (proses, perbuatan dsb) memaras.
paras III ark; batu ~ sj batu atau lapisan tanah yg keras, cadas, padas.
parasetamol (parasétamol) (Kim) sj sebatian yg digunakan utk membuat ubat sakit kepala.
parasintesis (parasintésis) (Lin) pembentukan kata dgn mengimbuh kata dasar.
parasit 1. tumbuhan atau haiwan yg hidup pd tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yg ditumpanginya; 2. benalu, pasilan; 3. ki orang yg tidak berguna yg menumpang hidup pd orang lain;
berparasit disebabkan atau dijangkiti parasit: penyakit kulit ~.
parasitisid (Kim) bahan yg dapat memusnahkan parasit.
parasitisme (Bio) hubungan antara parasit dgn perumahnya yg merosakkan perumah.
parasitologi kajian tentang parasit.
paratifoid (Ubat) penyakit yg menyerupai demam tifoid tetapi kurang berbahaya.
paration (Kim) sj bahan yg digunakan utk membuat racun serangga.
parau serak, garau (suara): kerana itu, aku harus berteriak sampai ~; suaranya ~.
pare (paré) Jw peria.
parentesis (paréntesis) (Lin) 1. kata, frasa atau ayat yg disisipkan sbg maklumat atau penjelasan lanjut dlm sesuatu ayat atau teks, biasanya dipisahkan dgn diapit tanda koma, tanda sengkang atau tanda kurung; 2. tanda kurung bulat: diikuti dgn angka Roman dlm ~ yg menunjukkan nombor pengoksidaan.
parestesia (paréstésia) (Ubat) rasa kebas atau semut-semut pd anggota.
parewa (paréwa) Mn penjahat, pengganas, perisau.
pargajul ark ( bergajul.
pari = ikan ~ sj ikan laut;
~ lalat (rimau) sj ikan laut, Dasyatis kuhli; ~ lang sj ikan laut, Rhinoptre javanica; ~ lendir (licin) sj ikan laut, Temera hardwickii; ~ nyonya sj ikan laut, Dasyatis sephen.
paria orang atau golongan yg paling rendah kastanya di India: dia anak orang miskin drpd keturunan ~.
parih; memarih 1. membuang (dadu); 2. membahagi-bahagikan (daun terup); 3. melihat nasib (meramalkan) dgn memakai daun terup.
parik ( porak-parik.
pari-pari I sj tumbuhan (pokok), melapari, mempari, Pongamia pinnata.
pari-pari II dewa atau roh perempuan yg elok rupanya.
paripurna Jw; rapat ~ rapat lengkap.
paris; kain (cita) ~ sj kain cita separuh sutera; ~ goyang kain paris yg berkilat.
pariskot bp persekot.
parit 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut);
berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya;
memarit membuat (menggali) parit;
perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~.
pariti 1. kesamaan spt pangkat, gaji, dll; 2. kadar pertukaran yg sama antara dua unit mata wang.
pariwarta ark 1. iklan; 2. warta berita (dlm surat khabar dll).
pariwisata pelancongan.
parji Ar kemaluan perempuan, faraj.
parket (parkét) I IB pejabat peguam negara.
parket (parkét) II kepingan kayu kecil-kecil yg mempunyai corak tertentu utk digunakan sbg tutupan lantai: setiap unit mengandungi tigabilik tidur dgn berlantaikan ~.
Parkinson = penyakit ~ (Ubat) penyakit neurologi yg dicirikan dgn kurang pergerakan, kekakuan otot dan kaki tangan yg terketar-ketar.
parkir IB; memarkir menghentikan (menyimpan) kereta: sebuah teksi diparkir; mobil saya diparkir di pinggir jalan;
parkiran tempat menghentikan (menyimpan) kereta.
parlemen (parlemén) IB parlimen.
parlementer (parleméntér) IB yg mengenai parlimen, menurut sistem parlimen: membubarkan sistem kabinet ~ dan kembali ke Undang-Undang Dasar 45.
Parlimen majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Dewan Negara;
berparlimen 1. mempunyai parlimen; 2. menurut aturan parlimen; demokrasi ~ demokrasi yg menurut aturan parlimen.
parodi karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg melucukan atau menyindir;
memparodikan menghasilkan parodi.
parokhi kawasan (daerah) sesebuah gereja Roman Katolik.
parokial berfikiran sempit: masyarakat mereka dikatakan bersifat ~.
parol (Udg) 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dsb; 2. tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu.
paron landasan tempat menempa besi.
paronikia (Ubat) radang pd sekeliling kuku.
parpu; kacang ~ kacang dal.
parsi I; akar ~ sj tumbuhan (herba yg akarnya agak keras), Asparagus officinalis.
Parsi II nama dahulu bagi negara Iran sehingga tahun 1935.
parsli sj tumbuhan herba berwarna hijau tua, daunnya keriting, beraroma dan digunakan sbg perasa dan hiasan dlm masakan, Petroselinum crispum.
parsnip sj tumbuhan yg ubinya berwarna krim dan boleh dimakan sbg sayuran, Pastinaca sativa.
partai IB 1. parti; 2. sejumlah barang dagangan.
parti 1. = ~ politik satu golongan (kumpulan) orang yg bergerak utk tujuan (dasar dll) yg sama dlm politik: ~ Perikatan; ~ Rakyat; ~ pemerintah; ~ pembangkang parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan; ~ pemerintah parti politik yg menjadi pemerintah atau menubuhkan kerajaan sesebuah negara; 2. perjumpaan sosial utk bersuka-sukaan: mengadakan ~ di rumahnya;
berparti 1. mengikut (menjadi ahli) sesuatu parti politik; 2. menurut (berdasarkan) parti politik: pemerintahan secara ~ sudah tidak dapat dielakkan terutama di negeri-negeri demokrasi;
kepartian perihal parti (politik), yg berasaskan atau mengenai parti: julukan kanan dan kiri digunakan utk membezakan jenis aliran ~; maka dlm konteks ini politik ~ begitu dominan.
partikel (Lin) kata tugas seperti (-kah, -lah, pun, dll), kata penyerta.
partikelir IB bukan utk awam, bukan milik kerajaan; perusahaan ~ perusahaan bukan kerajaan; orang ~ orang biasa (bukan kakitangan kerajaan); sekolah ~ sekolah bukan kerajaan.
partisan penyokong kuat sesuatu kumpulan, parti, tujuan, dsb.
partisipasi bp perihal atau perbuatan ikut serta dlm sesuatu kegiatan dsb, penyertaan: tindakan itu memerlukan ~ oleh semua lapisan masyarakat.
paruh I bahagian mulut pd burung yg terdiri drpd rahang yg mengunjur yg diliputi selaput belulang.
paruh II; separuh 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional;
~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur;
memaruh membahagi (membelah) dua.
parung; keris ~ sari keris yg berlok-lok dan berbentuk ular.
paru-paru organ pernafasan vertebrat yg berfungsi dlm pertukaran udara utk membekalkan darah dgn oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dr darah;
~ besi sarung logam kedap udara yg dipasang di sekeliling badan, kecuali kepala, utk membantu pernafasan seseorang secara mekanikal; penyakit ~ penyakit batuk kering, penyakit TB; radang ~ sj penyakit bengkak paru-paru, pneumonia.
parut 1. = pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa dll; 2. bekas luka (bisul dll) pd kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yg telah tua; 3. bekas ditetak pd pokok (kayu dll): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu;
luka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati, pertelingkahan yg lepas itu terasa jua;
berparut mempunyai parut: kepala yg ~;
memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut kemudian diperah;
parutan 1. parut; 2. sesuatu yg sudah diparut.
parwah; ambil ~ ambil tahu (peduli), endah akan.
pas I dokumen, tiket, dsb yg memberi seseorang kebenaran utk masuk ke sesuatu tempat, duduk di sesuatu tempat di panggung, dll: mereka berjalan lagi dgn dilengkapi ~.
pas II bp lulus (ujian dsb): darjah tujuh sekolah Melayu pun tidak ~.
pas III IB 1. tepat, kena, sesuai benar: barang itu sangat ~ kpd isteriku; 2. tidak longgar dan tidak sempit, sedang (pakaian dll): baju itu tidak begitu ~, tapi tidak apalah;
mengepas mencuba utk mengetahui sesuatu sesuai (cocok) atau tidak.
PAS akronim bagi Parti Islam Se-Malaysia.
pasah Mn; terpasah sampai (tiba) di sesuatu tempat (dgn tidak sengaja).
pasai Mn jemu, bosan.
pasak I 1. sj baji (paku) drpd kayu dll utk mengetatkan sesuatu; 2. sj skru drpd logam yg mempunyai kepala (nat) utk mencantumkan alat-alat mesin;
~ aman pasak pd senapang utk menjaga supaya jangan meletus; ~ kampung a) penduduk kampung yg tinggal tetap (tidak pernah ke mana-mana); b) orang kampung (dusun, hulu); ~ kuku garis hitam di tengah kuku kuda; ~ kunci ark orang yg berkuasa; ~ negeri orang yg paling dihormati (tempat berunding dll) dlm sesebuah negeri;
besar ~ drpd tiang prb besar belanja drpd pendapatan;
berpasak dilekatkan dgn pasak: peti itu ~ mati pd lantai dlm bilik;
memasak mengenakan (memasang) pasak, memaku dgn pasak;
memasakkan menggunakan (memaku) sesuatu sbg pasak, memasukkan pasak; ~ ke telinga ki menasihatkan atau memperingatkan benar-benar.
pasak II; ~ beras-beras = ~ linga = ~ merah sj tumbuhan (pokok), melupas, Aglaia glabriflora; ~ perahu sj tumbuhan (pokok), balau, keranji, merlimau, temilang, Aglaia odoratissima.
pasal bp fasal.
pasalewa (pasaléwa); seluar ~ seluar yg banyak warnanya (dipakai oleh hulubalang sahaja).
pasang I 1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar, dua ~ stoking; 3. selengkap, seperangkat, satu set: dua ~ pakaian;
sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perempuan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupakan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja;
berpasang = berpasangan;
berpasang-pasang 1. banyak pasang, beberapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~;
memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan;
pasangan 1. barang apa yg merupakan pasang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya?
berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik.
pasang II 1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit);
~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll);
adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi di kemudian hari;
berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut.
pasang III; ~ siap (yg) dibina atau dibuat dgn mengena-ngenakan atau mencantum-cantumkan bahagian-bahagiannya yg telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu.
pasang IV; berpasang-pasangan, pasang-memasang tembak-menembak, bedil-membedil;
memasang 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menyalakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll);
~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukuman di penjara; ~ bendera menaikkan (mengibarkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menentukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar menaikkan (mengenakan) layar; ~ mata menjaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll);
memasangkan memasang sesuatu utk, mengenakan sesuatu pd, melengkapi sesuatu dgn: aku pasangkan juga kipas angin di depan ibu;
pasangan 1. sesuatu yg dipasang; 2. wang yg dipasang (dlm permainan judi); 3. kuk yg dipasang pd tengkuk kerbau dll (utk menarik kereta dll); ~ tiba di kodok prb perintah (pekerjaan) yg tidak dapat dielakkan lagi;
pemasangan perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf;
pemasang orang yg memasang.
pasanggrahan Jw rumah rehat (kerajaan), persinggahan.
pasang-pasang = pasang-pasangan sj penyakit yg disebabkan oleh terkumpulnya bendalir yg tidak normal dlm ruang kekantung pd buah zakar.
pasar I bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai;
~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd peniaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai;
memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran;
pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan kpd penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan);
~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara-negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll);
pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian;
pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar.
pasar II Mn licin (bkn jalan yg mati rumputnya kerana selalu dilalui); ~ jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang prb Mn orang tentu menjadi mahir dlm sesuatu lapangan kalau selalu mengerjakannya.
pasara Mn 1. pusara, perkuburan; 2. ark pasar, pekan.
pasasir 1. penumpang (kapal dll); 2. Jk orang yg datang melihat-lihat (membeli) di kedai dll, pelancong.
pasat; angin ~ angin yg bertiup ke khatulistiwa di antara garisan lintang 30º Utara dan Selatan.
pasca- awalan asing sesudah, selepas, setelah, mis pascasiswazah.
pascakolonial selepas penjajahan kolonial (bkn kewujudan atau kejadian sesuatu): era ~.
pascamajlis selepas berlangsungnya atau selesainya sesuatu majlis.
pascamatang berkembang melebihi tempoh matang (bkn bayi dlm kandungan): bayi ~.
pascamati setelah mati.
pascasiswazah bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama.
paset (pasét) IB 1. sj intan atau berlian; 2. permukaan kecil-kecil yg tergosok licin (rata) pd intan (berlian).
pasfoto IB gambar kecil spt pd pasport (dr kepala hingga dada saja).
pasi; pucat-~ pucat lesi, pucat sangat.
pasien (pasién) IB orang sakit yg dlm rawatan doktor, pesakit.
pasif 1. menerima pengaruh (tidak mempengaruhi), tidak giat (melawan dll), lwn aktif: menunjukkan sifat yg beku dan ~ terhadap kegiatan sosial; 2. (Lin) bkn bentuk kata kerja yg digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pd kata kerja, mis Ahmad dikejar lembu; 3. Id pengeluaran lebih drpd penerimaan;
mempasifkan 1. menyebabkan tidak aktif: lapisan sulfida dapat ~ tampalan gigi dan mengurangkan kakisan; 2. (Lin) menjadikan ayat atau kata kerja dlm bentuk pasif: ayat yg mengandungi objek boleh dipasifkan;
kepasifan perihal pasif.
Pasifik Lautan Teduh.
pasifikasi IB pengamanan.
pasifis orang yg mencintai kedamaian dan menentang keganasan atau peperangan.
pasifisme (Pol) fahaman, prinsip atau aliran yg menekankan bahawa sebarang bentuk keganasan atau peperangan tidak wajar terjadi dan mestilah dielakkan melalui penyelesaian secara aman.
pasigrafi (Lin) sistem tulisan yg menggunakan lambang yg diterima secara meluas dan tidak terbatas kpd sesuatu bahasa tertentu, mis sistem angka Arab, 1, 2, 3….
pasik gila.
pasilan benalu, parasit; ~ kelapa sj tumbuhan (parasit yg dibuat ubat), Drynaria rigidula.
pasir I 1. batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun, dll, kersik halus: mengasingkan ~ drpd batu; 2. kawasan (timbunan) pasir (kersik halus): bermain galah panjang di ~; beting ~ gosong yg panjang; busung ~ gosong; gurun (padang) ~ kawasan luas (lapang) yg tandus dan diliputi pasir; 3. berbiji-biji (berbutir-butir) spt rupa pasir; emas ~ emas urai, emas yg halus-halus spt pasir; gula ~ gula drpd air tebu yg berbutir-butir; 4. Mn ark laut; tepi ~ tepi laut;
bersuris bagai ~, berbau bagai embacang prb kaum kerabat yg jauh tidaklah sangat kuat pd hak waris; spt ~ di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan prb hendak menyatakan kebenaran kpd orang yg berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya.
pasir II; ~ lingga sj tumbuhan (pokok), keruntum, pelawan todak, Tristania maingayi; rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, sembung gajah, Adenostemma lavenia.
pasir III; ikan ~ sj ikan darat, tali, Acanthopsis choirorhynchos;
pasirah kepala kampung, kepala marga.
pasir-pasir; ikan ~ sj ikan laut, Scolopsis spp.
pasit Jk melekat (pelupuk mata).
Paska Id hari ulang tahun kebangkitan semula Christ yg disambut pd hari Ahad pertama bulan penuh pd atau selepas 31 Mac.
pasmat IB, sl wang ringgit Sepanyol.
pasmen (pasmén) IB hiasan drpd benang emas atau perak yg dipasang pd pakaian seragam dll;
berpasmen memakai pasmen, dihiasi dgn pasmen: bajunya baju roki drpd baldu merah yg leher, tangan dan pinggirnya ~ mas.
pasport 1. dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yg didapati drpd sebuah kerajaan oleh seseorang warganegara utk dibawa apabila ke luar negeri; 2. sesuatu (kelayakan dsb) yg dianggap membolehkan seseorang diterima masuk tanpa halangan dlm mana-mana bidang (kegiatan dll) yg diingininya: sebilangan besar ibu bapa menganggap bahawa kelulusan SPM, STPM, atau kelulusan ijazah merupakan ~ utk memasuki dunia pekerjaan.
pasrah Jw menyerah;
memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan;
terpasrah terserah;
kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung.
pasta I IB; ~ gigi ubat gosok gigi.
pasta II (ERT) bahan makanan kering yg dibuat drpd campuran tepung, telur dan air dan dibentuk menjadi pelbagai rupa, spt makaroni dan spageti.
pastel (S.Lukis) 1. = warna ~ warna yg pucat dan lembut; 2. krayon yg diperbuat drpd bahan bak kapur yg digunakan utk melukis gambar; 3. lukisan yg dihasilkan dgn menggunakan bahan pastel: potret ~.
pastel (pastél) IB sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum dan daging.
pasteur; mempasteur memanaskan cecair (spt susu, wain, dll) atau makanan pepejal (spt keju) utk memusnahkan mikroorganisma yg berbahaya atau utk mengehadkan kadar penapaian bahan yg berkenaan;
pempasteuran proses mempasteur;
pempasteur 1. orang yg melakukan proses atau kerja pempasteuran; 2. alat utk mempasteurkan sesuatu bahan spt susu, keju dan krim.
pasti tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu;
belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar;
memastikan menyatakan dgn pasti, menentukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya;
kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato' Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya;
ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan;
pemastian perbuatan memastikan.
pastil pil berperisa utk dihisap.
pastor paderi terutamanya bagi gereja selain Gereja Katolik, Gereja England dan Gereja Scotland.
pastrami sj daging lembu salai yg berempah, biasanya dihiris tipis dan dihidangkan sejuk.
pastri (ERT) 1. adunan tepung dgn air, mentega (atau bahan lemak yg lain) dll; 2. kuih yg diperbuat drpd adunan tepung, lemak dsb.
pastura padang ragut.
pasu 1. bekas drpd tanah dll, diisi dgn tanah utk menanam pokok; 2. bekas air dll yg dibuat drpd tanah dll;
memasukan menanam (memasukkan dsb) dlm pasu (yg berisi tanah): ada juga jenis-jenis pokok renek yg dipasukan tidak boleh diletakkan dlm teduh lebih drpd satu minggu.
pasuel (pasuél) ark surat terbang (kaleng);
dipasuel diberi surat terbang.
pasuk; pasukan 1. sekumpulan (binatang), kawanan: tampak dr jauh se~ gajah; 2. sekumpulan (orang, tentera, dll), sekelompok;
~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera bersenjata yg berjalan kaki, infantri; ~ berkuda pasukan tentera yg berkuda, kavalri; ~ berani mati pasukan tentera yg bersedia mati (pantang undur); ~ jurutera pasukan tentera yg terlatih dlm lapangan kejuruteraan (membina jambatan dll); ~ kawalan kampung kumpulan orang yg mengawal keselamatan kampung; ~ kesebelasan kumpulan pemain bola sepak yg terdiri drpd sebelas orang; ~ keselamatan pasukan polis bersenjata (tentera) yg mengawal keselamatan negara; ~ liar Id pasukan yg tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi); ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg mencegah rusuhan atau perkumpulan haram; ~ pertahanan awam pasukan sukarelawan yg mengawal keselamatan orang awam; ~ pertolongan cemas pasukan yg terlatih (spt bulan sabit merah dll) sementara mendapat rawatan perubatan yg sepatutnya; ~ petugas sekumpulan orang yg diberi tugas menangani isu, masalah atau operasi tertentu; ~ udara sekumpulan kapal terbang angkatan udara;
berpasukan berkumpul dlm pasukan, berpuak, berkawanan;
berpasuk-pasukan berkumpul-kumpulan, berkelompok-kelompok, berkawan-kawan.
pasumandan Mn pengiring perempuan.
pasung I = pasungan alat drpd kayu berlubang dll yg dipasang pd kaki (tangan, leher) orang salah (gila) sbg hukuman atau supaya jangan lari; rumah ~ a) balai polis; b) penjara, kurungan, tempat tahanan;
memasung, memasungkan 1. mengenakan pasung pd: sekarang ia dipasung dlm rumahnya; 2. memasukkan ke dlm penjara (kurungan, tahanan).
pasung II Kl sj kuih yg dibuat drpd beras.
pasu-pasu tulang pipi.
pasupati Jw sj senjata; keris ~ sj keris.
pata; ~ puling sj ikan darat, kerengkek, Puntioplite fasciatus.
PATA akronim bagi Pacific Area Travel Association (Persatuan Pelancongan Kawasan Pasifik).
patah I 1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat-kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa ~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan;
~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan); ~ balik berbalik, bertukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan; ~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak (membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dll); ~ tulang a) patah tulangnya; b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dll);
~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa ~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik;
sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata pendahuluan (pengantar);
berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg bertentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung (perselisihan); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll);
mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. PI tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat;
mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi;
mematahkan 1. menjadikan (menyebabkan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan;
mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api;
patah-mematahkan ki saling mengalahkan;
terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~;
patahan sesuatu yg patah;
pematahan perbuatan mematahkan;
pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata.
patah II; ~ kemudi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat); (kayu) ~ tulang sj tumbuhan (pokok kecil), kayu urip, tulang-tulang, Euphorbia tirucalli; rumput ~ pisau sj tumbuhan (rumput), rumput bakau (batu, macap, meresek), Daemonorhops leptopus; rumput ~ siku sj tumbuhan (rumput), rumput katik belalang (tulang sentadu), Paspalum orbiculare.
patam sl 1. hiasan (drpd benang emas dll) pd tepi pakaian; 2. penutup dahi pengantin;
berpatam mempunyai (memakai) patam: ~ mas berpelik mutiara kesturi.
patang Br gelap.
patar sj kikir yg besar serta kasar (utk melicinkan kayu dll);
mematar menggosok (melicinkan) dgn patar.
patat Kl pantat, punggung, bahagian di bawah sekali; ~ kain kepala kain; ~ kawah a) bahagian bawah kawah; b) ki tempat yg paling hina; ~ siput pusar pd jari (tanda pandai bertukang).
patela (patéla) (Bio) tempurung lutut.
paten (patén) surat kerajaan yg memberi hak kpd orang (perusahaan) utk mengeluarkan barang ciptaannya sendiri utk beberapa tahun dgn melarang orang lain menirunya: dgn menggunakan ~ Marconi, sebuah syarikat wayarles yg pertama telah ditubuhkan.
patera sl daun.
pateri sj perekat drpd aloi timah dan timah hitam (utk melekatkan perkakas ayan dll);
berpateri berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri;
mematerikan 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan, menyambungkan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn sumpah;
terpateri 1. sudah dipaterikan, sudah dilekatkan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama;
pematerian perihal (proses atau perbuatan) mematerikan: ~ kekisi besi yg patah;
pemateri alat utk mematerikan sesuatu.
paternalisme dasar (sikap atau amalan) sesuatu pihak yg melayani atau berurusan dgn seseorang atau sesuatu pihak lain dgn semangat atau sikap keayahan (sebagaimana sikap seorang ayah melayani berbagai-bagai kehendak anaknya): salah satu ciri yg menimbulkan unsur ~ dlm firma-firma Jepun ialah sistem pengekalan pekerjaan.
patgulipat 1. sj permainan kanak-kanak, main sorok-sorok (sembunyi-sembunyi); 2. bp main curang, tidak jujur;
mempatgulipatkan; ~ wang menggelapkan wang.
pati I 1. isi yg terutama (baik sekali) drpd sesuatu, sari, inti; ~ arak arak yg tulen, alkohol; ~ santan santan yg terbaik, kepala santan; 2. sj tepung yg halus-halus yg mendak drpd campuran ubi (kopi dll) dgn air: ~ kopi, ~ sagu; ~ ubi; 3. ki isi yg terpenting drpd sesuatu percakapan (perbincangan dll), inti, pokok: ~ titah itu adalah cukup nyata; yg perlu dicatat ialah ~ isi tulisannya; ~ cerita pokok cerita; ambil ~nya buangkan hampasnya prb tiap-tiap cerita (kata) orang, janganlah dihiraukan yg salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya yg betul (baik).
pati II; denda ~ denda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; kerap ~ membunuh orang dgn sembunyi-sembunyi.
pati III Mn pateri.
pati IV ( patih II.
patih I taat, setia: sekalian dayang berbalik pulang dgn ~nya;
kepatihan ketaatan, kepatuhan, kesetiaan;
pematih suka menurut perintah.
patih II Jw 1. perdana menteri, bendahara, mangkubumi, wazir; 2. timbalan bupati (kepala daerah); 3. sl panggilan (sebutan) orang besar, tuan;
kepatihan tempat tinggal patih, kediaman patih.
patik I 1. hamba, saya (dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja): mana titah ke bawah duli ~ junjunglah; 2. sl hamba tebusan, budak belian;
berpatik memakai (menyebut) patik: ia sebentar ~ dan sebentar bersaya.
patik II; mematik menyentuh (memetik) dgn jari.
patik III Jk sirip (sengat) yg berbisa pd ikan sembilang (keli dll).
patik IV; penyakit ~ penyakit puru.
patil I sj alat spt beliung kecil utk menarah kayu;
mematil menarah kayu dgn patil.
patil II sirip yg berbisa pd ikan keli (sembilang dll);
mematil menikam dll dgn patil.
patil III kepingan drpd besi dll (papan nombor kereta, dlm bateri, dll).
patin sj ikan darat, Pangasius spp.
pating pasak (paku kayu) tempat berpijak apabila memanjat;
memating memasak (mengenakan) pating pd.
patio kawasan atau ruang berturap di sisi rumah, biasanya dijadikan tempat bersantai, minum dsb.
patis sj kain panjang yg dililit di sekeliling kaki di antara buku lali dan bawah lutut (utk menjaga kaki).
patogen (Ubat) agen yg menyebabkan penyakit, terutamanya organisma seni spt bakteria dan virus.
patok Jw kayu pancang, tonggak;
patokan dasar (aturan) utk menjalankan sesuatu, ketentuan (utk dijadikan asas sesuatu), syarat, prinsip: bidang ilmu bahasa memberikan ~-~ baharu bagi penyusunan ejaan yg baik; aku menganalisis sesuai dgn ~-~ yg telah disediakan oleh parti.
patologi cabang perubatan yg mengkaji sebab, punca, proses perkembangan, dan akibat penyakit.
patriark lelaki yg menjadi ketua sesuatu keluarga atau suku kaum.
patriarki sistem masyarakat yg sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki.
patrilineal (patrilinéal) (Ant) berkaitan dgn hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa.
patrilokal (Ant) berkaitan dgn, berdasarkan atau mengikut sistem atau pola perkahwinan masyarakat yg menetapkan pasangan yg berkahwin itu tinggal dgn keluarga suami: keluarga ~.
patrimoni (Ant) harta pusaka yg diwarisi drpd bapa atau nenek moyang sebelah bapa.
patriot orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara.
patriotik bersifat patriot: kau sudah mempunyai satu sikap yg ~, kau berani dan tegas.
patriotisme perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air: puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan ~ keitalian yg menjadi tema popular ketika itu.
patrol, patroli IB 1. perondaan oleh polis (tentera) utk menjaga keselamatan dll: pasukan itu menjalankan ~ di tempat itu; 2. anggota-anggota polis (tentera) yg meronda (utk menjaga keselamatan dll): ~ yg sedang bertugas ditembak mati; 3. = berpatroli meronda (utk menjaga keselamatan dll).
patrum tabung kecil drpd kertas atau logam yg berisi mesiu (ubat bedil).
patrun IB 1. sesuatu yg disediakan utk ditiru atau dituruti, contoh, suri teladan; 2. gambar yg digunakan utk contoh batik, pola.
patuh menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak;
mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze;
kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama;
pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan.
patuk I; mematuk 1. memagut atau mencatuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu;
ayam tak patuk, itik tak sudu prb dlm keadaan hina (tidak dipedulikan orang); ayam ~ anaknya prb memukul (menghukum) anak dll bukan utk menyeksa tetapi utk mengajarnya.
patuk II; daun ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), lana, Thunbergia laurifolia.
patung I 1. sesuatu bentuk manusia (binatang dll) yg dibuat drpd batu (logam, kayu, dll), arca: di atas tugu itu ~-~ polis khas akan didirikan; duduk spt ~ duduk tidak bergerak; 2. = anak ~ patung kecil (permainan kanak-kanak), anak-anakan, boneka; 3. ki orang dll yg menjadi lambang sahaja (menjadi permainan orang lain dll): maharaja itu menjadi ~, dimainkan oleh maharaja yg sudah bersara;
mematung (diam, tiada bergerak-gerak) spt patung: gadis itu tetap ~; dia ~ di tepi kereta;
mematungkan 1. menyebabkan jadi patung, menjadikan patung; 2. memandang (menganggap) sbg patung.
patung II; belalang ~ = patung-patung sepatung, sibur-sibur.
patung III sj ikan darat, kepar, Pristolepis fasciatus.
patung IV Jk = patungan berkongsi membeli dagangan (menyewa dll).
patungut Br puntung kayu dll yg berapi.
patut I 1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll): guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin;
sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayaknya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~;
berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada;
berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, secocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan;
mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memperelok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya;
mematut-matut 1. Mn melihat (menyelidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti;
mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll), pertimbangan; 5. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan.
patut II; akar ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia grandiflora.
pau I C sj kuih yg berintikan kacang merah (kaya dll).
pau II C sj kantung wang (pd tali pinggang); paupau.
pauh I sj tumbuhan (pokok dan buah), a) Mangifera indica; b) = ~ damar mempelam bemban, Mangifera pentandra; ~ janggi sj tumbuhan (palma), nyiur laut, Lodoicea maldiviica; ~ kijang a) sj tumbuhan (pokok), kebayang, merelang, Irvingia malayana; b) sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kempas roman, kijai, Trigonochlamys griffithii; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), katak udang, ketak udang, otak udang, puan, terentang tikus, Buchanania lucida; ~ pungah sj tumbuhan (pokok), balai, Aralidium pinnatifitdum; pipi laksana ~ dilayang ki pipi yg licin dan penuh (bkn perempuan).
pauh II ark sj sukatan yg bersamaan dgn suku cupak, kepul;
berpauh-pauh; ~ padi menyukat-nyukat padi dgn pauh.
pauh III; ~ layang Kl sj kuih drpd telur.
pauh-pauh; ~ pasir sj tumbuhan (pokok renek), akar kani, akar merenang, akar toko takal, ara lumut, gurah peria, gurah periat, mendarung akar, peringkat keting, tuku takal, Croton caudatum.
pauk I; lauk-~ bermacam-macam jenis lauk; ( lauk.
pauk II; memauk menarik (mengambil dll) dgn sesuatu yg berpengait, mengait, menggait, meraih;
pemauk galah yg berpengait di hujungnya, pengait, gancu.
paul ark 1. (Sunda) warna biru; 2. Jk orang yg tidak senonoh (kurang adat, tidak sopan).
paun I 1. = ~ sterling unit mata wang United Kingdom; 2. unit mata wang beberapa buah negara, spt Sudan, Syria dan Mesir; 3. perhiasan (spt rantai, aguk, dsb) drpd emas berbentuk spt duit syiling.
paun II ukuran berat (yg bersamaan dgn 16 auns atau 0.4536 kg); roti ~ sj roti yg dibuat drpd tepung gandum (yg tiap-tiap ketul beratnya satu paun).
paun III tempat mengurung binatang (kerbau, lembu, dll) yg merayau-rayau; masuk ~ mengurung binatang yg merayau-rayau dlm paun (sehingga diambil oleh tuannya).
paung (Portugis) ark sj roti kering; pisau ~ sj pisau utk memotong roti; ( paun II.
paupau C sj kantung wang (pd tali pinggang); ( pau II.
paus I; ikan ~ sj mamalia laut yg besar, pd zahirnya menyerupai ikan besar, dan biasanya diburu utk minyak, isi dan tulang, ikan gajah mina, ikan lodan.
paus II biskop di Rom yg mengetuai gereja Roman Katolik.
paut I; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk kedua-dua lutut;
berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan sesuatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, terkatup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki bertemu, bertembung;
~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati;
berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn;
memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn teguh, mengikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung halamanku;
terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. terikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, tersua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan;
~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi;
pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya;
perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian;
pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear).
paut II; terpaut Jk perbezaan, selisih; ( tepaut.
paut III sl hampir akan sampai (bkn umur), hampir akan mati: umur kita telah ~lah.
pavilion 1. bangunan di tepi lapangan olahraga utk kemudahan peserta dan penonton; 2. rumah tambahan di samping rumah besar; 3. bangunan sementara, terutamanya utk dijadikan tempat pameran, peraduan, dsb, astaka.
pawagam akronim bagi panggung wayang gambar.
pawah I; rempah-~ berbagai-bagai jenis rempah; ( rempah II.
pawah II membahagi dua hasil yg diperoleh (drpd sawah, binatang ternakan, dll) antara pengusaha (penjaga) dgn tuan punya: lembu ~;
memawahkan menyuruh orang lain mengusahakan sawah (memelihara binatang dll) dgn membahagi dua hasilnya, memperduakan;
pemawahan perihal (perbuatan, usaha, tindakan dsb) memawahkan sesuatu, spt sawah, ternakan dsb: ~ sawah; ~ lembu;
pemawah orang yg mengusahakan tanah, memelihara ternakan dsb yg dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.
pawai 1. = alat ~ sl alat kebesaran raja-raja yg dibawa ketika berarak dll: dan ~ burung-burung dibubuh di hujung galah; setelah pagi-pagi harinya maka segala alat ~ yg berbagai-bagai itu pun diatur oranglah; 2. sl pembawa alat kebesaran raja-raja, penjabat: ~ diatur; 3. perarakan: rakyat telah berbaris dan membuat suatu ~ yg besar, berbatu-batu panjangnya;
berpawai berarak (beramai-ramai): maka ~lah gadis-gadis itu di hadapanku.
pawaka sl api.
pawana sl angin, bayu.
pawang 1. orang yg mempunyai kebolehan utk melakukan sesuatu (biasanya dgn menggunakan kuasa ghaib); 2. orang yg pandai mengubati orang sakit dll (dgn menggunakan jampi mantera dll), bomoh, dukun;
~ belat (jermal, kelong) orang yg menangkap ikan dgn belat (jermal, kelong); ~ buaya orang yg pandai menangkap buaya; ~ buru = ~ pemburuan orang yg ahli dlm hal memburu; ~ darat pawang yg bertugas di darat (tidak di laut); ~ gaharu (kapur) pawang yg bijak dlm hal-hal mengutip gaharu (kapur); ~ gajah orang yg pandai menangkap serta menjinakkan gajah; ~ hujan orang yg pandai menolak (menjauhkan) hujan; ~ hutan orang yg ahli mengenai hutan; ~ kapal jurumudi; ~ laut (pukat) ketua kumpulan nelayan; ~ lebah orang yg pandai mencari manisan lebah;
berpawang meminta pertolongan pawang utk mengubati penyakit dsb: puas sudah kami berbomoh dan ~;
perpawangan hal (amalan, pengubatan dsb) yg berkaitan dgn pawang: kehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~ memberi tokoh itu keistimewaan tertentu.
pawitera (Sanskrit); air ~ air suci.
paya 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawasan paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah.
payah 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (merundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam;
tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah;
berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya;
memayahkan menyebabkan payah, menjadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu;
memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah;
memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah;
kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, kesusahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. menderita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~.
payang I = pemayang sj pukat (utk menangkap ikan); orang ~ penangkap ikan yg menggunakan payang; perahu ~ sj perahu nelayan (utk menarik pukat).
payang II Jk; memayang menolong orang berjalan dgn menyangga tangan orang itu, memapah, menyangga.
payang III sj tumbuhan (pokok), buah keluak, kepayang, Pangium edule.
paya-paya ark air ludah sirih.
payau I 1. agak masin (rasa air): ia terminum air itu sedikit ketika berkumur-kumur, rasanya ~ dan berbau lumpur; 2. tidak enak rasanya: tekakku ~, semacam nak demam rasanya.
payau II Br rusa.
payit IB, bp menderita kerugian besar hingga jatuh (perniagaan dll), jatuh miskin, bankrap.
payon Jw atap rumah.
payu Jw 1. harga atau nilaian (sesuatu); 2. laku (barang jualan), laris;
berpayu tawar-menawar (harga sesuatu);
memayukan menentukan harga sesuatu, menawarkan.
payudara buah dada: barah ~.
payuk Br; memayuk mengikat kaki dan tangan.
payung I 1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan digunakan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugurkan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg melindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris;
~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg berbatang tinggi dan berwarna-warni (utk menunjukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk menunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mempertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk memayungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup);
dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (terutama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik;
berpayung memakai payung;
yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemanakan atau anak semang yg bersalah tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya;
berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun;
memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi;
memayungkan mempergunakan sbg payung;
payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu.
payung II; ~ ali a) sj tumbuhan (herba), Biophytum adiantoides; b) sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia; daun ~ sj tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput pinang, Mariscus cyperinus.
Pb simbol kimia bagi plumbum.
PBB kep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
PBE Id kep Pasaran Bersama Eropah.
PBH Id kep Pemberantasan Buta Huruf.
PBS kep Parti Bersatu Sabah.
PBSM kep Persatuan Bulan Sabit Merah.
P'cis Id kep Perancis.
PC kep personal computer (komputer peribadi).
pd kep pada.
Pd simbol kimia bagi paladium.
pdg. kep padang.
PDN Id kep Perusahaan Dagang Negara.
PDPN kep Pusat Daya Pengeluaran Negara.
PDRM kep Polis Diraja Malaysia.
pear (péar) sj buah yg berbentuk sfera di bawahnya dan menirus menuju ke atas, dgn isi berwarna putih, dan kulit yg berwarna hijau lembut.
pebahu = ~ layar kayu yg melintangi pd tiang perahu utk menggantungkan layar.
pebisi sj tumbuhan (paku), paku laut, piai, piai raya, umbi piai, Acrostichum aureum.
pecacal pacal, hamba.
pecah I 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya;
~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk merompak; ~ tembelang terbuka rahsia;
~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll;
pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu);
berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil;
berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~;
memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb);
memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecahbelahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional, harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya);
terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai;
pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2, 2/3, dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8,11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll);
kepecahan perihal pecah;
perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat;
pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna;
pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan.
pecah II; ~ payung = ~ piring paya sj tumbuhan (pokok), segading jantan, sampu tikus, terubul, Ixora crassifolia; ~ periuk a) sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, kayu tentulang, penujuh, pial ayam hutan, siantan hutan, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok renek), bunga selang, penabas, Ixora lobbii; ~ periuk jantan sj tumbuhan (pokok renek), bunga merah hutan, jambul siul, jarum-jarum, mata pialing, medang asam, seratung padi, Ixora pendula; ~ pianggang sj tumbuhan (pokok renek), kecubung rimba, selumbar, Rancia macrophylla.
pecah III; ~ periuk a) sj ikan laut, Lobotes surinamensis; b) sj ikan laut, Scolopsis vosmeri.
pecah belah keadaan tidak bersatu padu (huru-hara, kacau-bilau dsb) sehingga boleh membawa kpd kehancuran, keruntuhan dsb sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dsb): ~ boleh berlaku dlm sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yg berlainan; ayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yg menimbulkan ~ sesama sendiri yg buruk padahnya nanti;
berpecah belah 1. bercerai-berai, tidak bersatu lagi: melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mangkuk dll);
memecahbelahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum.
pecah rekod perihal mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb);
memecah rekod mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb): rekod dagangan hari Selasa pula ~ dgn nilai dagangan yg berjumlah RM1,014.50 bilion;
pemecah rekod orang atau sesuatu yg mengatasi pencapaian yg pernah dicapai sebelumnya dlm sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dsb).
pecai (pécai) sj kubis yg daunnya spt daun lobak.
pecak (pécak) 1. penyek, pesuk, pilih (bola, buah, dll); 2. buta (sebelah mata) yg pecah bola-bola matanya; ~ boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan = bulat segiling = ~ setapik prb Mn sudah sepakat benar, seia sekata;
memecakkan memenyekkan, memipihkan: ~ badan di atas tanah.
pecakari ( picagari.
pecal I Jw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran (kangkung, tauge, dll) dan sambal kacang; 2. sj makanan drpd daging ayam atau ikan, berkuah santan, dgn ramuan cili padi, daun cekur dll.
pecal II; memecal memicit dgn jari atau tangan.
pecat; memecat 1. melepaskan, memberhentikan (drpd jawatan, keanggotaan persatuan, dll): bagaimana kita ~nya kerana tiada apa salahnya kpd kita; dia dipecat kerana melanggar undang-undang persatuan; 2. mengeluarkan, menyingkirkan (drpd sekolah dll); 3. membebaskan drpd jawatan (utk sementara waktu);
pemecatan perbuatan memecat, pembuangan: ~ duta dan para pegawai dr negara-negara lain.
pecen Kl memejamkan sebelah mata.
peci (péci) Id songkok, kopiah.
pecicilan Jw terbelalak matanya.
pecinan Jw kampung Cina.
pecok (pécok) I Jk pesuk.
pecok (pécok) II tempang, pincang (kakinya).
pecok (pécok) III ( pincuk I.
pecomberan (pecombéran) Jk tempat membuang air kotor dll, pelimbahan.
pecuk sj burung makan ikan.
pecun (pécun) hari yg dirayakan oleh orang Cina dgn bersampan-sampan di sungai dll.
pecus bp becus.
pecut cambuk, cemeti;
memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merangsang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram;
pecutan hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri;
kepecutan kepantasan memecut;
pemecutan perihal (perbuatan dsb) memecut.
peda ikan asin;
memeda mengasinkan ikan.
pedada sj tumbuhan (pokok), bedata, berembang, berembung, bidada, gedaba, Sonneratia caseolaris (acida).
pedagogi (pédagogi) kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran: sebilangan besar guru di negara ini memerlukan latihan semula tentang perkembangan terbaru dlm bidang kurikulum dan ~.
pedak I Jk peda.
pedak II ark sj binatang bisa.
pedaka I sl sj kalung aguk (dokoh).
pedaka II Kd papan penutup liang lahat; ( daka.
pedaka III pintu gerbang yg berbumbung dan dilengkapi bangku.
pedal I → hempedal Ι.
pedal II; ~ ayam ibu kunci, mangga.
pedal III sj tumbuhan (pokok renek), empedal ayam, hempedal ayam, mempedal ayam, nasi sejuk, serapat, Salacia grandflora; ~ itik sj tumbuhan (pokok), dedalu api laut, hempedal itik, kepala beruk, senaluh api laut, Hydnophytum formicarium.
pedal (pédal) perkakas yg ditekan dgn kaki (spt pd basikal, mesin jahit, dll) utk menggerakkan sesuatu bahagian dlm mekanisme, pijak-pijak, injak-injak.
pedanda ketua agama di Bali, pendeta.
pedang senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam;
~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~ jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~ kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput; main ~ berlawan pedang;
(spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb menentang orang yg kuat (berkuasa);
memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn pedang rumput).
pedangit; ~ putih sj tumbuhan (herba), ati-ati besar (merah), daun ati-ati, Coleus atropurpureus.
pedap; kertas ~ kertas utk menyerap dakwat dll, kertas sap;
memedap menyerap (dakwat, air, dll).
pedapa ark sl ranting muda; pendapa I.
pedar 1. rasa pahit dan pedas (spt rasa kulit limau), tengik (rasa atau bau); 2. = ~ hati kesal;
kepedaran perihal pedar, kekesalan hati, kepahitan.
pedarat sj kuih drpd tepung yg berinti kelapa dgn gula dan ditabur dgn bijan.
pedas 1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ mengeluarkan kata-kata yg tajam;
belum tahu dipedas lada prb belum ada pengalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup;
memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati;
kepedasan terasa sangat pedas.
pedati sj kereta yg ditarik oleh kuda (lembu);
berpedati menaiki pedati: dia ~ di sepanjang jalan ke Jefferson.
pedena ark sj tempayan besar yg luas mulutnya.
pedendang I sl sj pita berbenang emas utk perhiasan pakaian: kain ~; seluar ~.
pedendang II sj burung, itik air, Heliopais personata.
pedendang III; ~ gagak sj tumbuhan (pokok memanjat), akar labu air, akar timun gajah, ketimun, labu air hutan, Trichosanthes wallichiana.
pedengan (pédéngan) Jk 1. sesuatu utk menutup (layar, tabir, tirai, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk menutup (menyembunyikan) maksud yg sebenarnya, dalih, topeng; 3. = nama ~ nama samaran.
pedewakan (pedéwakan) ark sj perahu Bugis.
pediah bp fidyah.
pediatrik (pédiatrik) cabang sains perubatan yg berkaitan dgn perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak: wad ~.
pedigri (pédigri) (Bio) 1. rekod rasmi yg mencatatkan turunan baka sesuatu binatang; 2. berasal drpd baka tertentu yg terpilih atau diketahui (bkn binatang), baka jati: kuda ~; lembu ~.
pedih 1. rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll): kulit mukanya terasa ~ kena matahari; 2. = ~ hati a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; ~ hulu hati rasa pedih pd hulu hati yg menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dgn rasa masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dr perut ke atas;
memedihkan menjadikan pedih: asapnya ~ mata; ia mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga;
kepedihan 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apabila luka nya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~;
pemedih sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata.
pedikir 1. sl lagu perang: maka Tun Bija Sura pun menyanyi ~, perisainya bergenta ...; 2. penyanyi dikir; ( dikir.
pedo Kd teliti (berhati-hati) utk melakukan sesuatu: berjalan tu ~-~lah.
pedofilia (pédofilia) (Psi) keinginan mengadakan hubungan seks dgn kanak-kanak.
pedologi (pédologi) I kajian tentang kehidupan, tingkah laku dan perkembangan diri kanak-kanak.
pedologi (pédologi) II kajian saintifik tentang pembentukan, ciri, penggunaan dsb tanah.
pedoman 1. sj alat berupa jam yg menunjukkan arah (mata angin), kompas; 2. ki sesuatu yg dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu, petunjuk: kitab suci al-Quran ialah sebaik-baik panduan dan ~ bagi kehidupan manusia; harga ~ harga yg dijadikan dasar harga jualan umum; 3. buku petunjuk (mengandungi cara menjalankan atau melakukan sesuatu): kebanyakan pembuat motokar membekalkan buku ~ yg memberi penerangan tentang kereta itu; 4. pimpinan (perkumpulan dll), pengurus;
berpedoman 1. mempunyai pedoman; 2. berpegang (pd), mengarah ke: ~ pd agama;
berpedomankan berpedoman (berpegang) pd: orang-orang itu mencari jalannya dgn ~ bintang-bintang di langit.
pedometer (pédométer) alat utk menganggarkan jarak seseorang berjalan kaki dgn merakamkan jumlah langkahnya.
pedongkang = sampan ~ sj perahu besar, tongkang.
pedor Tr mengalir, mengubah haluan (perahu dll): dia bernasib baik kerana sempat ~, kalau tidak pasti perahunya melanggar tebing.
pedu ( hempedu.
pedukang I sj ikan laut; ( bedukang.
pedukang II Kd lelaki yg mata keranjang.
peduli = ~ akan (dgn) menghiraukan, mengambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~; ~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan; ambil ~ a) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain);
mempedulikan 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan: nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur (dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain;
kepedulian perihal atau sikap ambil peduli (terhadap seseorang atau sesuatu), perhatian, keprihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan.
pedung sj tumbuhan (pokok renek yg akarnya dibuat ubat), penawar lipan, pokok lalipan, tentulang jantan, Pedilanthus tithymaloides.
pedusi Mn 1. perempuan; 2. isteri; dilangkahi ~ dikuasai perempuan (isteri).
peduta sl wakil, utusan; ( duta.
peg Id kep pergunungan.
Peg. kep Pegawai: ~ Penyelidik.
pegaga, pegagan = ~ tekukur = ~ ular sj tumbuhan (herba yg menjalar, daunnya dibuat ulam), penggaga, Hydrocotyle asiatica; ~ embun sj tumbuhan (herba), kara-kara, ulam gunung, Hydrocotyle sibthorpioldes (rotundifolia); ~ gajah sj tumbuhan (herba), Hydrocotyle javanica.
pegah ark; terpegah termasyhur, terkenal; ( megah.
pegal 1. berasa tegang dan kaku (anggota badan): duduk dua jam itu sudah membuat pinggangnya ~-~; 2. = ~ hati kesal, sesal;
memegalkan 1. menyebabkan menjadi pegal; 2. menyebabkan menjadi sesal, kesal.
pegan ark; terpegan kaku dan tidak dapat berkata (kerana terperanjat dll), terpegun: mereka ~ melihat kejadian itu.
pegang bp = berpegang, memegang;
berpegang = ~ pd 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedoman atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu;
berpegangan 1. saling berpegang: kami ~ melintas jalan itu; 2. berpegang pd, berpedoman pd, menggunakan pegangan;
memegang 1. memaut (menggenggam, mencapai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menangkap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melaksanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. memasuki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan;
~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memimpin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (persatuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah;
memegangkan memegang utk: pegangkan budak itu bajunya;
pegangan 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. bahagian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg dipegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pedoman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. perbuatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu;
perpegangan pegangan;
pemegangan perbuatan memegang;
pemegang 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham;
~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang; ~ wang orang yg menjaga hal kewangan (perniagaan dll).
pegar = ayam ~ = burung ~ sj burung, burung tatera, Lophura ignita rufa.
pegari sl dapat dilihat, muncul, menjelma.
pegas 1. besi baja yg nipis dan boleh melenting (terdapat dlm jam, senapang, dll), spring, per; ~ jam; ~ rambut pegas yg halus-halus spt rambut; gaya ~ kekuatan atau kuasa melenting; 2. Mn rotan dll utk memukul tilam dll;
memegas 1. melenting, menganjal; 2. mengibas-ngibaskan kepak hendak terbang; 3. memukul tilam dll dgn rotan dll.
pegat; memegat 1. menahan (menghalang) di jalan, mengadang; 2. memutuskan (perhubungan dll);
pemegatan perbuatan memegat.
pegawai 1. orang yg bekerja dgn kerajaan (perusahaan dll): ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; 2. orang yg berpangkat Leftenan Muda ke atas (dlm tentera), orang yg berpangkat Inspektor ke atas (dlm pasukan polis); 3. sl perkakas: bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dgn semata ~;
~ bertauliah pegawai dlm angkatan tentera yg diberi tauliah; ~ daerah pegawai yg mengetuai sesuatu daerah; ~ de facto (Udg) pegawai yg memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yg ditetapkan oleh undang-undang; ~ kanan pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai-pegawai lain; ~ kerajaan pegawai yg bekerja dgn kerajaan; ~ kontrak pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek dsb); ~ memerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni; ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran; ~ pemerintah pegawai tentera yg bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion; ~ rendah pegawai tingkatan bawah; ~ tinggi pegawai tingkatan atas; ~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yg membantu pegawai pemerintah;
kepegawaian perihal pegawai.
pegawam ark ( peguam.
pegel Jk pegal.
pegimana Id, bp bagaimana.
pegoh (pégoh) sj siput yg menghasilkan mutiara.
pegon (pégon) Jw bahasa Jawa yg ditulis dgn huruf Arab (memakai tanda bunyi).
peguam orang yg ahli dlm bidang undang-undang, yg biasanya menjadi pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah; ( guam I.
peguam bela (peguam béla) peguam yg membela kliennya dlm mahkamah undang-undang, advokat.
peguam cara peguam yg menyediakan dokumen undang-undang spt wasiat, jualan tanah atau bangunan, menasihati klien tentang perkara-perkara perundangan dan bercakap bagi pihak mereka di mahkamah rendah.
pegun tidak bergerak, kaku: gambar ~;
memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar;
terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga;
keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan.
peheh Tr tidak berdaya, tidak berapa pandai: dia tu ~ tapi hendak sangat bermain bola.
peher (péhér) Kl; memeher mencubit, memulas, menggetil.
pehong (péhong) C penyakit perempuan.
pejajaran Jk hantu, syaitan.
pejal keras dan padat, tidak berongga dalamnya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit;
memejalkan menjadikan pejal, memadatkan, memampatkan;
kepejalan perihal (keadaan) pejal;
pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal;
pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara.
pejalwap; memejalwap (Kim) bertukar drpd keadaan pepejal kpd wap (gas);
memejalwapkan menukarkan sesuatu drpd keadaan pepejal menjadi wap (gas) dgn memanaskannya;
pemejalwapan proses memejalwap(kan): dua benda yg mengalami proses ~ ialah iodin dan ammonium klorida.
pejam tertutup (mata), kejam: matanya hampir ~; ~ celik seketika pejam seketika celik;
memejamkan menutup (mata), mengejamkan: ia ~ matanya;
terpejam tertutup (mata): anak anjing itu belum boleh melihat kerana matanya masih ~.
pejatian ark; ~ awak, kepantangan orang prb tidak sependapat dgn orang ramai.
pejera alat pd hujung senapang utk membidik, pembidik.
pejoh (péjoh) NS pejur.
pejong Kl; terpejong kejang, keras; mati ~ mati kejang.
pejorasi (péjorasi) (Lin) perubahan (peluasan) makna sesuatu kata drpd makna yg baik kpd yg kurang elok, mis khalwat yg asalnya bermaksud menyendiri utk beribadah kpd berdua-duaan antara lelaki dgn wanita yg bukan mahram di tempat yg terpencil atau tersembunyi.
pejoratif (péjoratif) yg mempunyai makna yg tidak menyenangkan atau mencemuh (bkn kata atau ungkapan).
pejur tidak berhenti-henti (hujan).
pek (pék) I IB, bp minyak tar utk melapis jalan, aspal.
pek (pék) II Kl menyusu pd kopek (tetek); mak ~ sj permainan menghalau hantu.
pek (pék) III Jk kep empek.
pek (pék) IV satu bungkusan kecil sesuatu benda (utk dijual dsb): satu ~ bateri empat saiz AA.
peka (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sensitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar;
memeka menghiraukan, mempedulikan;
kepekaan perihal peka (mudah berasa, mudah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti.
pekaca; adiratna ~ permata yg suci (panggilan utk kekasih).
pekah bp nafkah.
pekaja sl sj bunga teratai.
pekak 1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. bengap, tidak nyaring bunyinya;
~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak mendengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya;
memekak membuat bising;
memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. menyebabkan terasa pekak: bunyi enjinnya ~ telinga;
terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll).
pekak (pékak) daun terup yg bertanda J.
pekaka, pekakak sj burung, burung buaya, Pelargopsis amauroptera; keris (hulu) ~ sj keris dr Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka); ~ api sj burung, binti-binti Ceyx e. erithacus; ~ bukit sj burung, Alcedo curyzona peninsulae; ~ cicit sj burung, burung raja udang, Alcedo atthis bengalensis; ~ rimba sj burung, kaing-kaing rimba, Lacedo p. pulchella; ~ rimba besar sj burung, Halcyon c. concreta.
pekam brek yg kuat, brek angin.
pekan I 1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~ sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad (minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu, tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan;
berpekan-pekan beberapa pekan (minggu).
pekan II 1. sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, Jasminium curtisii; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Azima tetracantha; 3. sj tumbuhan (pokok), Dehaasia microcarpa; ~ betina = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, Jasminium bifarium.
pekap; memekap menutup (telinga, mulut, dll) dgn sesuatu yg pipih (spt tangan dll), menekap: raungan guruh membuat penumpang ~ telinga;
memekapkan memekap sesuatu pd, menekapkan: Tuan Abdusuki membawa alat pendengaran yg dipekapkan ke telinga.
pekarang (Sunda) ark senjata.
pekasam ikan (daging, sayur, dll) yg diasinkan (dimasamkan) dan disimpan beberapa lama; alang-alang menyeluk ~, biar sampai ke pangkal lengan prb membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang).
pekat I 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak bercampur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng;
memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~;
memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi;
kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna;
pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain;
pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu.
pekat II bp muafakat.
pekatu; bedil ~ sl sj meriam; pengatu.
pekatul tepung melukut (utk dibuat bubur dll).
pekau; memekau ark memekik, menjerit; ( pikau I.
pekerma (Sanskrit) gelaran utk orang besar.
pekerti 1. = budi ~ perangai, kelakuan, tabiat: iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal; 2. perbuatan (kurang baik): ia pun sangat marah mendengar ~ anaknya;
berpekerti mempunyai pekerti: dia cuba membentuk sebuah masyarakat yg bersopan dan ~ mulia.
peket (pékét) bekas kecil drpd kadbod, kertas, plastik, dsb utk mengisi barang, bungkusan kecil: satu ~ gula-gula.
pekik = pekikan 1. teriak yg kuat, jerit: "tolong!", ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit;
berpekik = memekik;
memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat;
memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung-laungkan, mengheboh-hebohkan;
terpekik tiba-tiba memekik;
terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik.
pekin I; terpekin termenung, terpegun.
pekin II Kd jimat, tidak boros;
berpekin berjimat.
peking I; memeking mendengking (anjing dll), menangis menjerit-jerit.
peking II sj burung pipit.
pekir bp tidak dapat dipakai lagi; ( apkir.
pekis; memekis mengeluarkan kata-kata yg menyakiti hati (keras, menghinakan, dll).
pekiwan Jw tempat kencing (cebok dll).
pekojan kampung tempat khoja; ( khoja.
pekong (pékong) I topekong.
pekong (pékong) II Kl; sepekong sepelontar; ~ tempurung dekat sangat;
memekong melempar, melontar.
pekong (pékong) III; terpekong tercengang, terpegun.
pekpa (pékpa) pekung.
peksa Kl kurang periksa, tidak tahu.
peksi sl sj burung; ( paksi II.
pektin (Kim) sj bahan yg terdapat dlm buah-buahan, yg menjadi kental apabila dipanaskan dgn larutan gula (utk membentuk jem).
peku ark; se~ seribu.
pekuk I bengkok, cengkok (tangan, kaki, dll).
pekuk II Mn; memekuk menetak.
pekuku sj ikan laut, bekukung.
pekula sj tumbuhan (pokok), kekula, mengkula, pokok tanjung, Mimusops elenggi.
pekulun Jw, sl tuanku.
pekung sj penyakit kulit yg teruk seakan-akan bisul yg sangat besar dan berbau busuk, cabuk;
membuka ~ di dada = meraih ~ ke dada prb mendedahkan keburukan diri, sengaja mencari malu (kesusahan);
berpekung berpenyakit pekung.
pekup kerekot (jari-jari tangan).
Pekuper Id akronim bagi Pelaksana Kuasa Perang.
pekur; memekur merenungkan, memikirkan; → tafakur.
pel (pél) I Id kain pengesat;
mengepel menyapu atau mengesat dgn pel.
pel (pél) II = pelan tanah lapang.
pel (pél) III IB gentel, butir (ubat dll); pil.
pel (pél) IV IB 1. helai (kertas); 2. sehelai kertas yg bercetak (8 atau 16 halaman).
pelabi Jk dalih, tipu daya (muslihat).
pelabur sl makanan dll yg sudah ditentukan, catu, rangsum: Sultan Iskandar Shah menyuruh mengeluarkan beras kpd bendahari akan ~ segala rakyat; ~ habis Palembang tak alah prb modal telah banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada.
pelacut Pl; terpelacut terpancut, terpelanting.
pelaga I sj ikan darat, belaga, sepalai, Betta splendens.
pelaga II ( kepulaga.
pelagik (pélagik) 1. dijalankan di laut terbuka (bkn penangkapan ikan, paus dsb); 2. terdapat atau hidup berhampiran dgn bahagian permukaan laut terbuka (bkn hidup-hidupan laut): plankton merupakan organisma ~.
pelagra (pélagra) penyakit yg terjadi akibat kekurangan sj vitamin B (niasin) dan dicirikan dgn gatal-gatal kulit, radang mulut, cirit-birit, dan gangguan mental.
pelah I = ~ lidah pelat, telor.
pelah II; daun ~ besar sj tumbuhan (pokok renek), gajah beranak, bunga cenang, Goniothalmus scortechinii.
pelahang; terpelahang terbuka luas (pintu dll), ternganga, terpelangah.
pelahau Pr, Kd; terpelahau terlepas (peluang dll), kecewa, hampa.
pelajau sj tumbuhan (pokok), pelung, Pentaspadon officinalis.
pelak pelang, belang.
pelak (pélak) I ark 1. sj hantu yg jahat, badi; 2. kata makian.
pelak (pélak) II salah, silap; tak ~ lagi tidak salah lagi, sudah tentu benar; tak ~ dr tidak luput dr.
pelakar Kl petir.
pelakat IB surat pengumuman dll yg ditampalkan ke dinding dll.
pelalah pelahap.
pelaling sj ikan laut, Rastrelliger kanagurta.
pelam mempelam.
pelambai; se~ ukuran jauh, sejauh nampak orang melambai.
pelamin = pelaminan 1. tempat pengantin bersanding; naik ~ kahwin; 2. tempat tidur pengantin: telah sudah kahwin, masuklah ke dlm ~.
pelampang Jk pondok (balai, rumah) sementara pd masa kenduri dll.
pelampas; pokok ~ budak sj tumbuhan (herba), kencing pelanduk, mengkuang tikus, Apostasia nuda.
pelampung I sesuatu yg ringan dan terapung (utk mengapungkan pancing atau orang supaya tidak tenggelam dll, menunjuk jalan di laut).
pelampung II; ~ jaring sj ikan darat, Puntius partipentazona.
pelampung III sj tumbuhan (pokok), ambung-ambung, Scaevola frutescens.
pelan I bp perlahan; ~-~ perlahan-lahan: ia membuka matanya ~-~.
pelan II 1. rajah yg menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan (tanah dll); ~ bandar; ~ rumah; 2. rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan;
~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): beberapa kajian yg terkandung dlm P~ Perindustrian Malaysia; ~ lantai (S.bina) lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan; ~ tindakan langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan.
pelan (pélan) Jk tanah lapang, lapangan.
pelana 1. lapik tempat duduk belakang kuda dll, sela: kuda kami sudah dikenakan ~ dan sudah dimuati dgn makanan; 2. (Geog) genting di antara dua kemuncak yg sama bentuk dan tingginya: bahu, genting, dan ~ semuanya terdapat di rabung-rabung bukit; 3. (Bio) bahagian cacing dll yg tebal (yg mengeluarkan kelongsong utk telur);
berpelana memakai pelana;
memelanai mengenakan pelana pd.
pelancar I = pelancaran ark pelantaran; ( pelantar I.
pelancar II kayu palang yg dipasang memanjang utk menyangga rasuk.
pelancit; terpelancit terpancut; ( pelencit.
pelanduk I sj binatang spt kancil tetapi lebih besar saiznya; jenis-jenisnya: ~ angin, ~ bulu, ~ sendau, dll;
~ dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya; (bagai) ~ di dlm cerang = ~ dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan (kesusahan); ~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~ prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam; spt ~ terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd sengsara.
pelanduk II sj ikan laut, Lethrinus minitus.
pelang I belang, jalur (bulu harimau, bendera, dll).
pelang II Id, bp papan (nama dll).
pelang III; buluh ~ sj buluh, buluh akar, Gigantochloa wrayi.
pelang (pélang) sl sj perahu dagang: maka baginda pun segera menyuruh berlengkap tiga ratus buah jong, lain drpd itu kelulus, ~ jongkong, tiada terbilang lagi.
pelanga sj tumbuhan (pokok renek), pelangas, pelangih, pelangi, pelangis, pelayas, beberas merah, jejamu, Aprosa microcalyx.
pelangah; terpelangah ternganga, terbuka luas (pintu dll).
pelangeh (pelangéh) pelanga.
pelanggi sj batu marmar yg berwarna-warni.
pelangi I 1. cahaya yg melengkung dan bermacam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warnanya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~.
pelangi II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), beberas merah, jejamu, pelanga, pelangih, pelangis, pelayas, Aporosa microcalcyx.
pelangki sj usungan atau tandu; kereta ~ sj kereta yg rupanya spt tandu.
pelangkin I ( pelangki.
pelangkin II ark( belaking.
pelangking ( pelangki.
pelangkung bp pukul.
pelantar I = pelantaran 1. bangku panjang tempat duduk di pekarangan (belakang rumah): mereka duduk di ~ sambil berhandai-handai dgn riang; 2. lantai tinggi yg bersambung dgn rumah dan tidak beratap (tempat menjemur kain, meletak air, dll): di ~, pinggan mangkuk banyak belum berbasuh; 3. tangga yg berpara-para (utk mengerjakan tembok dll yg tinggi-tinggi), aram-aram;
~ benua bahagian pinggir benua yg ditenggelami air laut; ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi telaga minyak di laut atau di darat.
pelantar II penghantar, pengantara; ( lantar I.
pelantik ( belantik I.
pelanting; berpelantingan jatuh (tercampak) terguling-guling: ditepisnya tin-tin itu habis ~ semuanya;
memelantingkan menjadikan jatuh (tercampak) terguling-guling;
terpelanting (tercampak) terguling-guling, tercampak jauh-jauh: ia menyerbu pengawal itu hingga ~ senjata apinya;
~ memilihi, terserak mengampungkan prb Mn kewajiban mamak utk menjaga harta benda kemanakannya (menyatukan mereka kembali jika kemanakan itu cerai-berai); yg ~ akan dipilih yg terserak tidak dikampungkan lagi prb Mn mestilah hemat tetapi apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja.
pelar (pélar) Kd celaka.
pelara = ikan ~ sj ikan yg diperam dlm bekas yg bertutup rapat.
pelas I; memelas mengikat tali (supaya jadi bersambung dll).
pelas II botol atau balang utk menyimpan air panas (supaya tidak menjadi sejuk), termos.
pelas III; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis elegans.
pelas IV; memelas (mempelas) menggosok (papan dll) dgn kertas pasir dll supaya licin; ( empelas.
pelasari ( pulasari.
pelasuh pemalas.
pelat jarum penyemat, peniti.
pelat (pélat) 1. kurang betul mengucapkan kata-kata, telor: orang Cina itu pandai benar berbahasa Melayu, tidak ~ sedikit pun; 2. cara atau gaya tertentu mengucapkan kata-kata: dia berbahasa Melayu ~ Kedah; ~ Kelantan.
pelata sj ikan laut, Caranx spp.; ~ bulat sj ikan laut, Selar crumenophthalmus; ~ kuning = ~ sami sj ikan laut, Selaroides leptolepis.
pelator Kl bersanding.
pelatuk I ( belatuk.
pelatuk II = ~ bedil picu senapang.
pelatut pemalas, pelasuh.
pelau Pn, Kd hampa, sia-sia.
pelawa; mempelawa mengajak, mempersilakan: ia ~ aku minum air teh yg sedang tersaji itu;
pelawaan perbuatan mempelawa, ajakan, undangan: ia menerima ~ utk tinggal bersama-sama mereka.
pelawai 1. sj tumbuhan (pokok) antoi, belawan, kayu rajah, pokok belang rimau, Terminalia citrina; 2. sj tumbuhan (pokok), gelawai, jelawai, Terminalia foetidissima; 3. sj tumbuhan (pokok), mempelam babi, pauh kijang, Terminalia phellocarpa.
pelawan 1. sj tumbuhan (pokok), keruntum, seluncur, Tristania subauriculata; 2. sj tumbuhan (pokok), canjal, kayu mulu, seluncur, Tristania sumatrana.
pelawas sj tumbuhan (pokok renek), Calycopteris floribuna.
pelayon ark (Palembang) denda kerana melarikan perempuan.
pelbagai ( bagai.
pelbak (pélbak) IB, bp tempat (tong) sampah.
pelebaya sl orang yg menjalankan hukuman mati, algojo, pertanda.
pelecet (pelécét) ( pelencit.
pelecok (pelécok); terpelecok tergeliat (kaki, tangan, dll): ia jatuh tangga, ~ kaki kirinya.
peleh (péléh) Kl; memeleh menyapu bedak ke muka.
pelek (pélek) IB bingkai roda, gading-gading roda.
pelekat I ( pelakat.
pelekat II perekat, gam;
berpelekat dilekat (dicantum) dgn perekat.
pelekat (pelékat) = kain ~ sj kain sarung (yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya).
pelekok (pelékok); terpelekok terpelecok.
pelekong (pelékong) Tr baling.
pelekuh I bengkok, bongkok (leher dll);
terpelekuh terbengkok, terbongkok.
pelekuh II; memelekuh (mempelekuh) memaksa utk membuat sesuatu, mengerasi.
pelempap ukuran panjang yg besarnya selebar tapak tangan (empat inci), telempap;
sepelempap selebar tapak tangan.
pelencit; terpelencit terloncat atau terpancut keluar (kerana dipicit dll).
pelengak Jk; terpelengak tercengang kerana terperanjat (hairan dll).
pelengan (péléngan) Jk pelipis.
pelenggar Kd, Pn pelantar.
pelengset (peléngsét) ( belengset.
pelepah 1. tangkai daun, tulang daun (nyiur, pisang, dll); 2. tulang (bulu ayam dll);
~ nyiur Kl hidung yg besar hujungnya; ~ bawah luruh, ~ atas jangan gelak prb mestilah ingat bahawa semua yg hidup akan mati juga sudahnya;
memelepah (mempelepah) membaling (memukul) sesuatu dgn kayu dll.
pelepar tempat berpegang atau meletakkan tangan (pd kerusi dll);
berpelepar 1. memakai pelepar; 2. berpegang, bertopang, berpapah: sewaktu menuruni tangga yg berbelok-belok itu, dia ~ pd bahuku.
pelera (peléra) Pn pelihara.
peles (pelés) IB, bp botol, balang dr kaca tempat menyimpan kuih, dll.
pelesat; terpelesat terpelanting jauh-jauh.
peleset (pelését); terpeleset tergelincir: dia hampir ~ sewaktu mendaki di atas tanah yg licin itu.
pelesir IB = pelesiran 1. bersenang-senang, bersuka-suka: anak muda itu suka keluar pd malam hari dan menghabiskan masa dlm ~; main pelesiran perempuan bersetubuh dgn perempuan sundal; tempat pelesiran tempat bersuka-suka (bersenang-senang); 2. berjalan-jalan (bersiar-siar) utk mencari kesukaan, bertemasya: dr pagi kelihatan mereka naik amko, naik sado dan oto ~ kian ke mari;
berpelesir = berpelesiran bersuka-suka, berseronok-seronok: pemuda dan pemudi ~ di jalan-jalan dgn tidak berasa segan dan malu;
kepelesiran perihal pelesir, kesenangan, kesukaan: ~ kota Jakarta yg ramai itu diceritakan belaka.
pelesit I 1. sj belalang kecil, belalang bajang; 2. sj hantu yg suka menghisap darah atau memakan mayat kanak-kanak (selalu merupakan diri sbg belalang);
~ dua sejinjang prb perempuan yg menduakan lakinya; ~ dua sekampung prb lelaki yg membuat adik ipar sbg isterinya.
pelesit II sj wisel, tiup-tiup.
pelet (pelét) bp rumah pangsa.
pelet (pélét) I Jw belang-belang pd kayu; kayu ~ kayu yg berbelang-belang (dr pokok Kleinhevia hospita yg selalu digunakan utk membuat sarung keris dll).
pelet (pélét) II Jk 1. sj getah utk menangkap burung; 2. = minyak ~ sj minyak (drpd ikan duyung dll) utk memikat hati perempuan dll; 3. = peletan kata-kata manis utk memujuk, pujukan, rayuan;
memelet 1. menggetah burung; 2. memikat perempuan dgn menggunakan minyak pelet; 3. menggunakan kata-kata manis (utk memikat hati), memujuk, merayu.
pelet (pélét) III 1. bahan makanan ternak yg berbutir-butir: ~ ikan; 2. benda yg berbutir-butir: racun jenis ~ lebih berkesan kerana ia dapat membebaskan racun serangga secara perlahan-lahan.
pelet (pélét) IV Kd, Pn pelat.
peleting I = buluh ~ buluh penggulung benang (dlm alat tenun).
peleting II Kd, Pn mencuri.
peletok (pelétok); terpeletok terpelecok (kaki dll), terpulas (leher dll).
peleton Id platun.
pelias sl mantera yg menjadikan seseorang kebal (terelak drpd bahaya): azimat ~ perang.
pelih limpa; demam ~ demam yg disebabkan oleh sakit limpa.
pelihara; memelihara 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah drpd segala bala dan aniaya; terlalu adil sekali ia ~ negerinya; ~ lidah menjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yg kurang baik;
terpelihara 1. dipelihara (dibela), terjaga: tanaman itu dlm keadaan tidak ~; 2. terlepas (terlindung) drpd bencana dll, terselamat: ~ drpd segala bahaya;
peliharaan (orang dll) yg dipelihara, piaraan: anak-anak yatim piatu ~ Dato' Bendahara itu pun pulang dr bermain; biri-biri ~ mempunyai bulu yg tebal serta lembut;
keterpeliharaan keadaan terpelihara: ~ drpd kesalahan dan keabdian yg dijamin oleh al-Quran;
pemeliharaan 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 3. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 4. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah;
pemelihara 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara.
pelik I 1. aneh, ganjil, tidak biasa (lazim): barang-barang yg dibawanya ~-~; cerita itu penuh dgn hal yg ~-~; 2. sukar, sulit: perkataan yg ~-~; pertanyaan yg ~; 3. penting: perkara yg ~;
memelikkan menganehkan, menghairankan: itulah yg ~ teman-teman sepejabat;
kepelikan 1. perihal pelik, keanehan, keganjilan; 2. kesukaran, kesulitan.
pelik II = pelikan Id barang tambang; ilmu ~ pengetahuan bkn barang tambang.
pelik III ark sl sj kerabu, subang.
pelima, pelimau Kl berlimau pd hari tamat belajar bersilat.
pelin Kl; berpelin 1. berbelit, bersimpul (tali, dawai, dll); 2. ki tiada teratur (percakapan dll), kelam-kabut, tak keruan; ( pilin.
pelinggam batu marmar yg berwarna-warni.
pelinting Jw alat utk melantingkan batu dll, ali-ali, lastik.
pelipir Ph dapur.
pelipis = pelipisan bahagian kepala di antara dahi dgn telinga.
pelir I kemaluan laki-laki, zakar; buah ~ bola-bola dlm kantung kemaluan laki-laki; ~ itik sj skru; menanti ~ kambing terputus prb menanti sesuatu yg mustahil.
pelir II; ~ anjing sj tumbuhan (pokok renek), Chaillettia griffithii; ~ kambing a) sj tumbuhan (pokok renek), cemperai, cemperai gajah, cipras, cipreh, Lepionurus sylvestris; b) sj tumbuhan (pokok), pulai pipit, Rauwolfia sumatrana; ~ musang a) sj tumbuhan (pokok), bunga lerak, kekapur, pali monyet, sekubang kecil, sesundo bukit, Anaxagorea scortechinii; b) sj tumbuhan (pokok), Fagraea auricalata; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), Drypetes spp.
pelisir IB sj pita yg dijahit pd tepi pakaian dll.
pelit Jk kedekut, kikir, lokek.
pelita 1. sj bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yg digunakan utk memberikan cahaya; ~ duduk pelita yg diletakkan di atas meja (lantai); ~ gantung pelita yg digantung; ~ panjat pelita yg dipasang di luar rumah pd malam hari dlm bulan puasa; 2. lampu; 3. ki sesuatu yg membahagikan (memberi panduan dll): gadis yg menjadi ~ dlm hidupnya; fikiran itu ~ hati.
memasang ~ tengah hari prb menerangkan sesuatu yg sudah jelas, perbuatan yg sia-sia; pasang ~ dilanggar tikus prb keadaan yg menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yg kecil.
pelitik ark skru.
pelitor IB sj cat utk mengilatkan kerusi meja dll;
dipelitor disapu (dicat) dgn pelitor;
pelitoran 1. sudah dipelitor; 2. cara mengecat dgn memakai pelitor.
PELNI Id akronim bagi Pelayaran Nasional Indonesia.
pelo (pélo) Jw pelat, telor.
pelog (pélog) Jw laras atau nada bunyi gamelan.
peloh Id lemah zakar.
pelohong; terpelohong berlubang besar, terbuka luas: pintu rumahnya kelihatan ~ sahaja.
pelojok Jk pelosok.
peloksok Jk pelosok.
pelonci ark pelonco (mahasiswa) wanita, mahasiswi.
pelonco Jw 1. tembikai (semangka) yg muda; 2. masih terlalu muda (baharu atau belum berpengalaman); 3. = kepala ~ kepala yg dicukur bersih-bersih, gondol; 4. mahasiswa baharu di universiti yg sedang menghadapi percubaan (dugaan spt dicukur licin-licin dll) drpd mahasiswa yg lebih lama;
memelonco 1. mencukur sehingga gondol; 2. menguji dan menduga dgn keras (bkn mahasiswa baharu yg hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera;
perpeloncoan percubaan (ujian dll) utk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa, penderaan.
pelong (pélong) melengkung, bengkok.
pelonok pulas (leher ayam);
terpelonok Pl terhimpit: kucing itu terjatuh dan ~ di celah tiang rumah.
pelontang pelampung (utk menimbulkan tali kail atau pukat).
pelopak ( kelopak I.
pelopor 1. orang yg berjalan di hadapan (dlm perarakan dll), orang yg berjalan dahulu (utk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, penganjur, peninjau: pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dlm tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dr dlm dan luar negeri; 2. orang yg mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas: di Filipina kaum intelek yg berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; 3. pasukan perintis (tentera dll) yg bergerak di hadapan sekali; 4. (Bio) bahan pemula dlm pembentukan sesuatu sebatian;
mempelopori, memelopori 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi;
kepeloporan perihal (kebolehan, keupayaan) sbg pelopor: kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu.
pelor (pélor) peluru.
pelosok ceruk, penjuru, pojok, sudut: Sumatera menggantikan Melaka pd tahun 1568, sbg pusat perkembangan agama Islam ke seluruh ~ Nusantara; ke ~-~ = ke segala (seluruh) ~ sehingga ke tempat yg jauh-jauh.
pelosot (Sunda); terpelosot turun sangat (harga dll), merosot.
pelpolisi (pélpolisi) IB ark sj pasukan polis yg dilatih sbg tentera utk mengawal daerah perladangan dll.
peluang 1. terhenti atau reda (angin dll), senggang atau tidak sibuk (pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan, kesempatan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dgn suaminya; ~ keemasan;
berpeluang mempunyai (mendapat) peluang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya.
peluh air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~ dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat; mandi ~ basah oleh peluh;
berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh bekerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka;
perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. pengeluaran (pembuangan) air atau wap oleh tumbuhan.
peluit sj alat yg berbunyi nyaring apabila ditiup, siren: kedengaran deru jentera kereta api dgn ~nya yg nyaring; seorang anggota polis membunyikan ~nya.
peluk 1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat);
berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) tangan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja);
berpeluk-pelukan, berpelukan saling berpeluk: mereka ~ sebelum berpisah;
memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anakanda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) mendakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama;
terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak;
pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya;
pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam;
sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu.
peluluk ark sj pokok kabung, Arenga pinnata.
pelumpong Jw sj tumbuhan spt pokok tebu yg tumbuh di tanah yg berpaya-paya.
pelung I sj perahu kecil.
pelung II; ikan ~ sj ikan laut, tamuk, Mugil vaigiensis.
pelung III 1. sj tumbuhan (pokok), medang gombong, merambung bukit, tampang, besi, Vernonia wallichii; 2. sj tumbuhan (pokok) leban nasi, selongcong, setulang, Vitex gamosepala; 3. sj tumbuhan (pokok), geredas padi, giring antan, keredas (antan, padi), Pithecellobium bubalinum.
pelunggol Kl 1. pancang: ~ lembunya diperbuat drpd kayu; 2. ki sesuatu yg utama, teras, pusat: yg menjadi ~ negeri ini dlm perekonomian ialah getah dan timah.
pelupuh buluh yg dipukuli supaya pipih (dilupuh) utk dibuat dinding dll;
memelupuh melupuh; ( lupuh.
pelupuk; ~ mata kelopak mata.
pelur Tr sj tempayan besar (utk mengisi air).
peluru bola-bola atau benda-benda tajam (drpd besi dll) yg ditembakkan dgn senjata api dll, anak bedil (meriam), pelor: ~ senapang;
~ baksut peluru utk menembak binatang besar dll; ~ berpandu = ~ terkendali peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasaran); ~ hidup peluru drpd tembaga kuning campuran (bukan drpd getah atau plastik) yg boleh membunuh; ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya hanya utk tujuan latihan dsb; ~ penabur peluru berbentuk silinder yg mengandungi bebola logam yg kecil-kecil (kacang-kacang), yg ditembakkan dgn senapang patah; ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, meriam dsb tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat lain; kena (dimakan) ~ kena tembak, tertembak; umpan ~ = makanan ~ a) yg menjadi sasaran peluru musuh; b) askar upahan; tak empang ~ di lalang = tiada terempang ~ oleh lalang prb orang yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa.
peluruh I sj ubat muntah.
peluruh II sj tumbuhan (pokok renek), lutut ayam, Ardisia ridleyi.
peluwap; memeluwap (Kim) berubah drpd wap (gas) kpd cecair;
memeluwapkan menjadikan wap (gas) berbentuk cecair;
pemeluwapan proses perubahan keadaan sesuatu bahan drpd wap (gas) kpd cecair, kondensasi.
pelvis (pélvis) (Bio) struktur berbentuk besen di bahagian bawah badan pd kebanyakan vertebrat.
pemali larangan (selalunya utk selama-lamanya), pantang: jika perang ~ menghadap ke matahari mati.
pemanggil sj tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal, Clerodendron paniculatum.
pemara kurungan (kelengkeng) yg kecil pd belat.
pemarip sl hamba raja yg menyanyikan anak raja supaya lekas tidur.
pemarit alat (sauh) utk mengait benda yg tenggelam.
pematah peribahasa; ( pepatah.
pematung NS saluran air drpd buluh, pembuluh.
pemayang sj jaring yg besar, pukat; perahu ~ perahu yg digunakan nelayan utk menangkap ikan dgn jaring besar; ( payang I, mayang IV.
pembarap 1. (Palembang) ketua kampung, lurah; 2. = pembarep Jw ark sulung (anak).
pembayan Mn biras, ipar.
pembidang ( bidang I.
pemburas ( pemuras.
pemelak pelawak, kelakar.
pemendak ark pendongkok keris.
pemengkul tiang pd penjuru (kurung) belat Kedah atau kelong.
pemeo (peméo) ( pameo.
pemerintis jalan yg dirintis (di hutan dll).
pemidang, pemidangan bingkai (tempat membentangkan kulit, gambar, dll), pembidang, pembidangan.
pemimpit sj serunai utk memanggil rusa.
pemirah penakut, pengecut.
pemiutang ( piutang.
pemo PI musim: sekarang ini bukan ~ menuai padi.
pempan; terpempan terpegun, tercengang: si Laba ~ tiada dapat berkata apa-apa kerana terkejut besar.
pemparang ikan parang-parang.
pempuk; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus obtusus.
pemuntal tanjak, destar, tengkolok.
pemuras sl sj senapang zaman dahulu yg mempunyai muncung yg besar.
Pen. kep Penolong; ~ Pegawai Penyelidik.
pen (pén) pena.
pena; tali ~ sj tali yg diikat pd dada gajah.
pena (péna) sj alat tulis yg mempunyai mata yg runcing dan menggunakan dakwat, pen; ~ mata bulat sj pena yg matanya merupakan biji logam yg kecil; buah ~ karangan, tulisan; makan ~ Id, bp mencari rezeki (wang) dgn mengarang; mata ~ bahagian hujung pena yg runcing (utk menulis).
PENA (péna) akronim bagi Persatuan Penulis-Penulis Nasional.
penabas sj tumbuhan (pokok renek), bunga selang, pecah periuk, Ixora lobbii.
penaga; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), derum paya, geronggang, geronggong, gonggang ronggang, Cratoxylon aborescens; ~ laut sj tumbuhan (pokok), bentangur, bentangur lempung, Calophyllum inophylloide; ~ lilin (putih, sabut, suga) sj tumbuhan (pokok), naga sari, Messua ferrea.
penah sl pernah.
penahap sl penjuru; empat ~ alam empat penjuru alam.
penai sj tumbuhan (pokok renek), cempenai, mempenai, rempenai, Ardisia littoralis.
penak sj tumbuhan (pokok), cengal, Balanocarpus maximus; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago oblongifolia.
penaka sl sebagai, seolah-olah, seperti: manusia yg tak punya percampuran di dunia ini adalah ~ katak di bawah tempurung; apa hal kita ini, kerana sekarang ~ Raja Rekanlah tuan kita, bukannya Raja Abu Shahid.
penakan ark anak saudara, kemanakan, keponakan.
penakawan hamba pengiring raja.
penalti (pénalti) 1. hukuman atau denda yg dikenakan kerana melanggar undang-undang, peraturan atau kontrak; 2. = tendangan ~ (dlm permainan bola sepak) tendangan percuma yg dibuat dr jarak 12 ela (lebih kurang 11 meter) dr gol lawan yg dipertahankan oleh seorang penjaga gol; gol ~ (dlm permainan bola sepak) gol yg dijaringkan drpd tendangan penalti; kawasan ~ (dlm permainan bola sepak) ruang di hadapan pintu gol yg sekiranya pasukan pertahanan melanggar sebarang peraturan di dlm kawasan ini, pasukan lawan akan diberi tendangan percuma.
penalu bendalu.
penama Pl, bp apa.
penampan sj dulang (talam); ( tetampan I.
Penan suku kaum peribumi Sarawak termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg sebahagian kecilnya masih tinggal di rumah panjang jauh di pedalaman, mengembara di dlm hutan dan memakan sagu rumbia.
penanjung semenanjung, jazirah.
pena-pena sj tumbuhan (pokok renek), Guioa pleuropteris; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria cantleyi.
penarahan ( pendarahan.
penaram ( peniaram.
penat tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas sesuatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat, utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran);
berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan;
memenatkan melelahkan, meletihkan;
kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih).
penataran Id tempat memusatkan pekerjaan-pekerjaan angkatan laut.
penat lelah jerih penat;
berpenat lelah berusaha sedaya upaya: orang yg ~ sepanjang umurnya mencari ilmu.
penatu ( benatu.
penatua Id anggota Dewan Gereja Kristian.
penatuh sj tumbuhan (herba), ganja-ganja, Clerodendron indicum.
penawar ubat utk menawar racun dll; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), dedarum, pisang-pisang, Goniothalamus giganteus; ~ jambi sj tumbuhan (paku), bulu empusi (pusi), Cibotium barometz; ~ lipan sj tumbuhan (pokok renek), pokok lalipan, Pedilanthus tithymaloides; ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), limau-limau, melimau, Gelonium glomerulatum.
pencak kepandaian menangkis (mengelak dll) utk mempertahankan diri, silat; ~ silat permainan menangkis (mengelak) dgn menggunakan senjata utk mempertahankan diri;
berpencak, memencak bermain pencak, bersilat: pendekar leka memencak;
memencak-mencak terlalu marah (panas hati).
pencalak sj anak gobek.
pencalang sl sj perahu yg besar utk mengangkut barang-barang dagangan; laksana ~ sarat, tiada ke timur tiada ke barat prb orang yg sudah berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja.
pencaluk cencaluk.
pencar; berpencar, berpencar-pencar, berpencaran 1. berserak di sana sini, bertaburan; 2. (pergi) bercerai-cerai: ~ berlarian;
memencar, memencar-mencar berpisah-pisah pergi (mengikut haluan masing-masing);
memencarkan menabur-naburkan, menyerak-nyerakkan, menanam benih dll berpencar-pencar: kekuatan pasukannya di Bara Baraya dipencarkan;
terpencar tidak terkumpul, terserak-serak: ~ keluar dr pondok-pondok mereka menuju kampung;
pemencaran perbuatan memencarkan.
pencaus rumah tumpangan, hotel.
pencen (péncén) 1. bayaran tetap bulanan yg dibuat oleh kerajaan atau majikan kpd bekas pekerjanya yg telah bersara: Raja Yi telah diberi ~ yg agak banyak juga; 2. tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara: ia sudah terlalu tua utk menghadapi soal baharu ini, barangkali dia akan minta ~;
berpencen mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja): jawatan ini tetap dan ~;
memencenkan memberhentikan kerja dgn diberi pencen.
pencet (péncét) penyek, penyet;
memencet menekan dgn ibu jari dll, memicit.
pencil; memencil mengasingkan (memisahkan) diri drpd yg lain, menyendiri;
memencilkan 1. mengasingkan (memisahkan) diri drpd orang atau benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya;
terpencil terasing (terpisah) drpd yg lain, tersendiri: beliau lahir di sebuah kampung yg ~;
keterpencilan keadaan terpencil, keterasingan: ~nya drpd pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem antarabangsa semakin berkurang;
pemencilan perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan memencilkan atau menyisihkan diri.
pencolam sj tumbuhan (pokok kecil), kecolam, puding, Clerodendron disparifolium.
pencoleng (pencoléng) pencuri; ( pancalongok.
pencong (péncong) = ~-mencong erang-erot, tidak lurus, serong-merong;
memencongkan mengherotkan, menyerongkan, membenyotkan.
pencuk sj rojak drpd sayur-sayuran yg direbus dan dicampur dgn lada (gula, belacan, dll).
pendaga sj peti tempat menyimpan pakaian dll, kendaga.
pendahan sl sj lembing pendek (pisau) utk dilemparkan.
pendakwa raya pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan.
pendam; memendam 1. = memendamkan menyembunyikan sesuatu dlm tanah dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan dipendamkan di hutan; 2. memendamkan diri tidak menunjukkan diri kpd orang ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri; 3. menyimpan sesuatu dlm hati dll: dia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama menyimpan kasih; ~ cinta;
terpendam 1. tertanam (tersimpan) dlm tanah dll; 2. tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll): puisi Rustam Effendi adalah kekayaan yg lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat; 3. tersimpan dlm hati dll: tidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yg tersimpan atau ~ dlm hatinya;
pendaman sesuatu yg dipendam.
pendap; memendap, berpendap berkurung, bersembunyi, tidak keluar-keluar: kalau dia di rumah, dia ~ sahaja sehari-harian suntuk;
memendapkan mengurungkan, menyembunyikan;
terpendap terkurung, tersimpan, tersembunyi.
pendapa I ark sl ranting muda, pedapa.
pendapa II Jw ruang atau balai (di hadapan rumah) utk mengadakan perjumpaan dll; mendapa.
pendapun ( pendipun.
pendar cahaya atau sinar spt yg kelihatan pd kunang-kunang (permukaan laut di waktu malam dll);
berpendar, berpendar-pendar 1. berkelip-kelip mengeluarkan cahaya pendar; 2. berkunang-kunang (pelihatan): tubuhnya menjadi menggeletar menggigil, matanya jadi ~ spt orang yg hendak pitam.
pendar (péndar) Mn; berpendar 1. berpusing, berputar, berguling-guling; 2. pusing;
memendar-mendarkan memutarbalikkan sesuka hati, mencuai-cuaikan, mempermain-mainkan: sebab anak tetap tanggungan bapa, tak dapat dipendar-pendarkan.
pendarah I ( pendarahan.
pendarah II sl keris yg sakti.
pendarahan sj tumbuhan (pokok), mendarah, penarah(an), pendarah, pala bukit, pala semang, Myristica cinnamomea.
pendaram ( peniaram.
pendarcahaya (Fiz) pancaran sinaran (oleh sesuatu jasad) akibat tindak balas kimia dll, bukannya akibat pemanasan.
pendarfluor (Fiz) pancaran sinaran drpd atom atau molekul yg terkena sinaran lain atau yg dibedil dgn zarah spt elektron.
pendaringan Jk sj tempayan tempat menyimpan beras.
pendawa; keris ~ sj keris.
pendek (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur;
~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik ; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur;
memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan;
memendekkan 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab;
kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
pemendekan perihal (perbuatan dsb) memendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram.
pendekar (pendékar) 1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2. jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi;
~ lidah (kata) orang yg pandai berbahas, ahli pidato (syarah); ~ pena orang yg pandai menulis rencana dll di surat khabar; ~ pulut Kl ahli pencak silat yg mengambil kesempatan utk mendapat rezeki drpd pengetahuannya; ~ sambal Kl pendekar yg pengecut dan mudah ditewaskan;
~ elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri drpd bahaya; tiada ada ~ yg tak bolos, tak ada juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya membuat kesilapan (kesalahan dll) jua;
kependekaran perihal (sifat) pendekar: masing-masing cuba menunjukkan ~nya.
pendendang; burung ~ sj burung, itik air, Heliopais personata.
pendeta (pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. ulama agama Hindu (Kristian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama);
kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya.
pendiat kurungan binatang liar (gajah dll).
pending sj perhiasan pd dada atau tali pinggang yg dibuat drpd emas (perak) dan berkerawang.
pendipun; baju ~ baju yg dihiasi dgn perada emas dll.
pendong Kl kendong.
pendongkok sj gelang-gelang perhiasan (spt bentuk tampuk bunga) yg dipasang di antara hulu keris dan matanya, pemendak; kedongkok.
pendopo Jw ( pendapa II.
penduk penyalut pd sarung keris drpd emas (perak dll).
pendulum (péndulum) sesuatu jasad yg tergantung berayunan dr tempat tetap di bawah pengaruh graviti yg digunakan utk mengawal pergerakan, bandul, buah jam: ahli sains dan ahli astronomi membuat percubaan tentang tarikan graviti dan prinsip pergerakan menentukan ayunan ~ sejak abad ke-17 lagi.
penembahan Jw ark panggilan utk raja atau orang yg sangat dihormati, yamtuan.
penes (pénés) sj kapal kecil.
pengah Kl gatal, miang; ( pengas.
pengalan Mn galah utk mengait buah dll, pengait.
pengalasan Jw sl hamba raja: suruh ~ pergi ke Tuban membawa segala makanan anakku Ratu Melaka itu.
penganan berbagai-bagai jenis kuih;
~ juadah sl beraneka jenis kuih dan makanan; ~ talam sj kuih dibuat drpd tepung beras (gula, santan, dll) yg dikukus.
pengang Jk bising (bkn telinga).
pengantin I orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan, mempelai: maka disambut oranglah ~ itu dibawa naik; ~ baru orang yg baru berkahwin; senapang ~ sj senapang yg berlaras dua;
berpengantin 1. menjadi pengantin; 2. merayakan istiadat perkahwinan.
pengantin II; kembang ~ Id sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes arbortristis.
pengap 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (kerana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak; 2. berbau hapak dan menyesakkan nafas;
berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~ beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam;
memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini;
memengapkan menjadikan pengap, melemaskan, menyesakkan;
terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll.
pengapuh; layar ~ layar yg kecil pd puncak tiang.
pengar berasa pening-pening sedikit (sesudah hilang mabuk dll).
pengaruh kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh manusia dan seluruh dunia;
berpengaruh mempunyai pengaruh, berkuasa: Dato' Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia;
mempengaruhi berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing;
pengaruh-mempengaruhi saling mempengaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng;
terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis.
pengas Kl bk gatal, biang; pengah.
pengat 1. sj penganan drpd ubi dll (yg dimasak dgn gula dan santan), serawa; 2. sj lauk yg tidak berkuah drpd ikan atau daging; kepala ~ Kl ketua kumpulan jahat; menyenduk kuah dlm ~ Mn prb membuat pekerjaan yg sia-sia;
memengat memasak pengat; iba akan kacang sebuah, tak jadi ~ prb oleh kerana kesal akan hal yg sedikit (kecil) tak jadi mengerjakan sesuatu yg dimaksudkan.
pengatu; bedil ~ sl sj meriam; pekatu.
pengawinan sl pembawa tombak istiadat (upacara); tombak ~ tombak yg dibawa dlm istiadat kerajaan.
pengembar sj bidai utk mengarahkan (memaksa) ikan masuk belat.
pengeng ark berasa sangat pening kepala.
pengeram ( peniaram.
pengeras bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya.
pengerawan = ~ jantan = ~ penak sj tumbuhan (pokok), Hopea mengarawan.
pengerek (pengérék) penebuk lubang.
pengerih sj lukah.
pengestu restu.
penget (péngét); memenget-menget menusuk-nusuk lubang hidung (bkn bau), hangit: buah macang itu baunya ~.
pengga jeluk (pinggan, mangkuk, dll) yg dalam.
penggaga sj tumbuhan (herba yg melata); Hydrocotyle asiatica; ( pegaga.
penggah ark pegah, megah.
penggal 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa pengajian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama ialah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa;
berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian;
berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya);
memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll);
terpenggal sudah dipenggal, terpancung;
penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak;
pemenggalan perbuatan memenggal;
pemenggal 1. orang yg memenggal (kepala); 2. alat utk memenggal (kepala).
penggang ark pegang.
penggar ( pengar.
penggawa 1. sl ketua pasukan; 2. ketua kampung (daerah), penghulu; ~ marga (Palembang) ark camat.
penggehi, penggeli sj tumbuhan (herba), Aglaonema angustifoloium.
pengguling tenggiling.
penghulu 1. sl ketua, kepala: ~ dapur; ~ kenaikan; Nabi Muhammad SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; 2. ketua sebuah mukim, lurah, penggawa; 3. Mn ketua (kepala) adat; 4. Id ketua yg mengurus hal-hal agama daerah, kadi; 5. Id penasihat hal-hal agama Islam dlm mahkamah negeri; ~ andeka Mn ketua adat, undang; pantangan ~ menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu;
berpenghulukan menganggap (menjadikan) seseorang sbg penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji.
pengilar, pengilau, pengilir sj lukah (bubu) yg panjang.
pengiran Br 1. gelaran utk keturunan tertentu dlm susur galur masyarakat Melayu; 2. panggilan bagi awangku atau dayangku yg sudah berkahwin.
pengit; hangit-~ = memengit berbau terlalu hangit (hapak dll).
pengkal (péngkal) ark pingkal.
pengkar (péngkar) bengkok (kaki); ~ dalam bengkok ke dalam (kakinya); ~ luar bengkok ke luar (kakinya).
pengki sj bakul tempat sampah dll; pungki.
pengkilai sj tumbuhan (pokok kecil), bunga pagoda, Clerodendron paniculatum.
pengkis; memengkis membentak, menengking: maka laksamana ~ serta menghunus pedangnya.
pengkol (péngkol) Jk bengkok;
memengkol melengkok, membelok, mengelok;
pengkolan lekuk (jalan dll); bengkol.
pengkor (péngkor) Jk tempang (kaki), pincang.
pengluru ark peluru.
pengor Pr terlalu busuk (baunya).
pengorak sj tumbuhan (herba), Asystasia intrusa.
pengsan (péngsan) dlm keadaan tidak sedar akan diri: aku telah ~ beberapa jam lamanya, apabila aku sedar semula aku dikerumuni oleh beberapa orang tua-tua; jatuh ~ = terpengsan tidak ingat, tidak sedar akan diri.
penguin (pénguin) sj burung laut di Antartika yg berwarna hitam putih, berkaki pendek, menggunakan sayapnya utk berenang, dan berjalan tegak lurus di darat.
pengulun ark sl tuanku.
peni (péni) (di Great Britain sejak 1971) duit syiling drpd gangsa yg bernilai 0.01 paun.
peniaram sj kuih drpd tepung beras dan gula merah, denderam.
peniat ( pendiat.
peniau sj tumbuhan (pokok kecil), Quercus kunstleri.
pening 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing;
memeningkan = ~ kepala 1.memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya;
kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~.
pening (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah membayar lesen anjing dll.
pening-pening sj tumbuhan (pokok), Quercus argentata.
penisilin (pénisilin) antibiotik yg digunakan utk mengubati pneumonia, gonorea, dan infeksi-infeksi lain yg disebabkan oleh bakteria.
peniti sj jarum penyemat.
penjajap sl sj kapal perang Bugis: kici itu pun ditutuhnya dibuat ~ perang; spt ~ berpaling hendak hilir prb (perempuan) berjalan keluar rumah dgn hebat dan menarik.
penjan I sj kuih drpd ubi (pisang) yg dimasak dgn air gula.
penjan II; memenjan memijak, melanyak, melenjan.
penjara 1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pegampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya;
memenjarai ki mengongkong, membelenggu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya;
memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil;
terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat;
pemenjaraan perihal (perbuatan) memenjarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~;
kepenjaraan perihal penjara.
penjarang sj tumbuhan (herba), Cyathula prostrata.
penjong (pénjong) menganjur keluar.
penjul baki wang yg kecil-kecil.
penjurit ( perajurit.
penjuru I pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) penjuru yg luasnya 90º.
penjuru II 1. sl polis, perajurit; 2. sl gagah berani, pemberani.
penologi (pénologi) 1. kajian tentang pengurusan penjara; 2. kajian yg berkaitan dgn hukuman terhadap kesalahan jenayah.
penomah ark; raja ~ pemberian kpd bakal mentua.
pensel (pénsél) 1. sj alat tulis drpd kayu kecil yg berisi terutamanya grafit, potlot; 2. berus (utk melukis).
pensi (pénsi) Mn sj lokan kecil.
pensiun (pénsiun) IB pencen, wang sara;
dipensiun, dipensiunkan diberhentikan bekerja dgn diberi wang sara;
pensiunan (orang) yg sudah bersara (menerima pensiun).
pentagon (péntagon) I (Mat) poligon yg mempunyai lima sisi dan lima sudut.
Pentagon (péntagon) II Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
pental; terpental terpelanting jauh: ia jatuh ~ ke tepi jalan.
pentan ark tentu, sah: penikamnya belum ~.
pentang; mementang 1. membentang, merentang: ~ dada; ~ sayap; 2. menarik: ~ busar;
terpentang terbentang, terbuka (lebar), terentang: di hadapan kami ~ sebuah jalan yg luas.
pentar ark lemah (suara).
pentas 1. lantai ( di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri;
mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama "Harimau Johor" pd minggu lalu di panggung Victoria;
pementasan perbuatan mementaskan (sandiwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna.
pentatlon (péntatlon) (Suk) pertandingan olahraga yg menghendaki setiap pesertanya mengambil bahagian dlm lima acara yg berlainan.
pentil 1. puting susu; 2. cembul kecil; 3. putik (buah);
mementil menjentik, menyentil, memetik: ia mencari nafkah dgn jalan menyanyi sambil ~ gitar;
pentilan jentikan, petikan.
pentil (péntil) IB sj alat utk memasukkan udara (gas) dan menahannya supaya jangan keluar, injap.
penting I 1. amat perlu, sangat berharga (berguna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~;
mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memikirkan hal (keuntungan) diri sendiri;
kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut;
berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm.
penting II; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi "ting".
penting III; berpentingan berpelantingan.
pentol I Jk cembul.
pentol II; pentolan bp orang yg terkemuka, jaguh, penganjur: seorang ~ sosialis.
pentopan rumah (tempat) berjudi, perjudian.
pentung = pentungan tongkat utk memukul, belantan;
mementung memukul dgn pentung.
penubal sj tumbuhan (pokok menumpang), mengkapas, Vanilla griffithii.
penuh 1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan;
~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali;
sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian;
memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), menunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya;
memenuhkan menyebabkan sesuatu menjadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air;
terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan).
penujuh sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, Ixora chinensis (stricta).
penumbra (pénumbra) 1. (Fiz) kawasan yg sebahagiannya gelap di sekeliling bayang-bayang sesuatu objek legap; 2. (Ast) bahagian luar tompok matahari yg lebih cerah.
penurun; akar ~ lotong (tupai) sj tumbuhan (pokok renek), Galearia ridleyi.
penyangak pencuri, penjahat.
penyap ark; memenyapkan melenyapkan.
penyau sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, upun (Sabah), Upuna borneensis.
penyek (pényék) leper (pipih, kemik) kerana terhempap dll;
memenyekkan meleperkan (memipihkan, mengemikkan) dgn menindih dll.
penyet (pényét) = terpenyet penyek: songkok mereka ~-~ oleh berat Quran dan papan rehal.
penyok (pényok) Jk lekuk pd tin (badan kereta dll), kemik.
penyu sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang.
penyucuk Br kayu palang yg dipasang di antara tiang-tiang rumah utk meletakkan lantai, rasuk.
penyuk ark; ( perenyuk.
penyum sj tumbuhan (pokok), Agathis alba.
peok (péok) bengot, herot, piuh (kaki dll), kemik (tin, songkok, dll).
peon (péon) budak suruhan pejabat, penyelenggara pejabat.
pepah; memepah 1. memukul dgn tongkat dll; 2. bp memakan dgn lahap: apa saja makanan habis dipepahnya.
pepai; udang ~ sj udang yg kecil.
pepak I penuh, penuh lengkap: meja itu ~ dgn lauk-pauk; penuh ~ penuh sekali;
sepepak selengkap, semuanya.
pepak II; memepak memamah, mengunyah.
pepaku; burung ~ sj burung, burung cerewet, burung duit-duit, Sarcogrammus atrinuchalis.
pepanggil panggil-panggil.
pepara sj tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa.
peparam param, param-param.
pepare (peparé); ~ kurung Jw sj tumbuhan (rumpai), Cardiospermum halicacabum.
peparu paru-paru.
pepas sj kail (pancing), mata kail;
memepas memancing, mengail; ~ dlm belanga prb mencari keuntungan drpd keluarga atau kawan sendiri.
pepasang sj tumbuhan (herba memanjat), Coccinia indica.
pepat rata kerana dikerat (dipenggal dll), dempak: giginya yg tidak ~ itu berceranggah-ceranggah; tiga hari ~ Mn tiga hari betul (genap);
~ di luar rencong (pancung) di dalam prb baik pd lahirnya tetapi hatinya jahat;
memepat 1. mengerat utk diratakan, memangkas, mendabung, meratakan: kumisnya dipepat menurut aturan orang soleh-soleh; 2. memaras (beras dlm sukatan dll).
pepatah sj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa;
berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah.
pepatil patil; turun ijuk turun ~ prb barang yg dibeli hendaklah dibayar sekali.
pepauh I buah yg berisi tebal dan berbiji.
pepauh II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rutaceae, cabang tiga, leban nasi, pauh-pauh (Sabah), Euodia spp.
pepaya sj tumbuhan (pokok dan buahnya), betik, Carica papaya.
pepayang sj tumbuhan (pokok memanjat), Hodgsonia capniocarpa.
pepe (pépé) I Jk sj penganan drpd pisang dan tepung.
pepe (pépé) II Id; kain ~ bp sj kain, kipar.
pepe (pépé) III Jw; pepean; tembakau ~ tembakau yg dijemur.
pepeh (pépéh) Kl pipih.
pepejal benda yg mempunyai bentuk yg tidak berubah-ubah, benda padat.
pepek (pépék) pertaruhan luar drpd pertaruhan biasa (dlm permainan dobolo).
pepenjuru (Mat) garisan lurus yg menghubungkan dua penjuru yg bersetentangan.
peper (pépér) ark; memeper menyimpang drpd halanya (perahu dll).
peperai sj tumbuhan (pokok), Aporosa symplocoides.
pepermin (pépermin) 1. sj pudina; 2. gula-gula yg berperisa pudina.
pepes (pépés) = pepesan sj lauk drpd ikan dll yg dirempahi dan dibakar dlm daun pisang, pais.
pepet I (Lin) bunyi vokal e.
pepet II Jk 1. buntu, tertutup; 2. ki tidak ada jalan lain, habis (hilang) akal, habis ikhtiar.
pepet (pépét) Jw ark; memepet mendesak, menghimpit;
kepepet terdesak, terhimpit.
pepijat I sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rosaceae, kelanus (Sabah), Prunus spp.
pepijat II (Komp) 1. kesilapan yg terdapat dlm perisian, sistem atau perkakasan komputer; 2. peranti elektronik yg tersorok di tempat tertentu utk menangkap perbualan orang secara rahsia, spt dlm pengintipan; ~ alaf gangguan terhadap perisian atau sistem komputer yg dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah.
pepina sj tumbuhan (pokok memanjat), Hiptagesericea.
pepinang sj tumbuhan (rumpai), lancung, Leptaspis urceolata.
pepindan Jw persamaan (bkn metafora).
pepisang; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Alphonsea maingayi; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Uvaria purpurea.
pepsin (pépsin) enzim di dlm perut yg mengubah protein kpd pepton.
pepsinogen (pépsinogen) (Bio) bahan pemula tak aktif bagi pepsin yg terdapat di dlm mukosa perut.
peptida (péptida) (Bio) sebatian yg terbentuk drpd dua asid amino atau lebih, yg dihubungkan oleh ikatan peptida.
peptidase (péptidase) (Bio) enzim yg memangkinkan hidrolisis peptida kpd asid amino dan terdapat di dlm usus kecil.
pepton (pépton) sj bahan yg merupakan hasil drpd tindakan pepsin ke atas protein (dlm perut).
pepuah keriting (rambut).
pepuju Jk kandung, peranakan.
pepulut sj tumbuhan (pokok renek), pulut-pulut, Urena lobata.
pepunden (pepundén), pepundi Jw junjungan, pujaan, tangkal, (azimat dll) yg sangat dihormati.
pepura ark pura-pura.
peputut ark sl murid dr pertapa (pendeta).
pepuyu sj ikan; ( puyu.
per I dibahagi dgn (dlm kata majmuk yg menunjukkan angka pecahan); satu ~ tiga satu dibahagi tiga (1/3); tiga ~ empat tiga dibahagi empat (3/4);
seperdua satu dibahagi dua.
per II tiap-tiap: satu ~ satu; lima batu ~ minit.
per (pér) I IB spring, pegas;
berper memakai per (spring).
per (pér) II IB mentol lampu elektrik;
perabot = perabotan Jw alat perkakas; ~ mobil alat-alat bahagian kereta; ~ rumah perkakas rumah (kerusi, meja, dll); ~ tukang kayu alat perkakas tukang kayu.
perabu sl panggilan kpd raja; sang ~ baginda;
keperabuan kerajaan (kebesaran).
perabung = perabungan atap penutup bumbung rumah; ~ lima bentuk berbentuk limas (rumah).
peracit sj tumbuhan (pokok renek) tanduk-tanduk, puding hutan, Ervatamia malaccensis.
peracut pecah (bisul).
perada I sj serbuk berwarna emas (perak dsb) digunakan sbg perhiasan (membuat tulisan dll); ~ telepuk bunga-bungaan drpd perada.
perada II ark perarakan barisan tentera.
peragat Mn ark tanda-tanda kebesaran raja.
peragawan lelaki yg memperagakan (mempamerkan) pakaian dll yg dipakainya.
peragawati perempuan yg memperagakan (mempamerkan) pakaian dll yg dipakainya.
perah I; memerah memicit dll utk mengeluarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu;
~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn bersungguh-sungguh;
memerahkan memerah utk: dia ~ ibunya santan utk dibuat bubur;
perahan 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~;
pemerahan perbuatan memerah, pemerasan;
pemerah 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu; 2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu.
perah II sj tumbuhan (pokok), Elateriospermum tapos;
~ ikan sj tumbuhan (pokok), ara bukit, lindung matahari, medung, pokok perut budak, Pimeleodendron griffithianum; ~ paya sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpax mastersii; akar ~ bentuk sj tumbuhan (pokok memanjat), akar saga molek, Lettsomia maingayi.
perahu sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar;
~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg memakai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju;
~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdagangan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua-duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati-hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik;
berperahu menaiki perahu: mereka lari ~.
perai I; berperai-perai bercerai-berai, berderai-derai, berpisah-pisah;
memerai menumbuk dll supaya bercerai-cerai (berderai-derai), mencerai-beraikan, memisah-misahkan.
perai II IB 1. hari cuti, libur; 2. tidak payah membayar, percuma.
perai III; membuang ~ = berperai-perai mengemudikan kapal (layang-layang dll) ke kiri dan ke kanan, berpal-pal.
perai IV; bawang ~ sj bawang, Allium porrum.
perai V; kain ~ kain sutera hitam yg ditenun berbunga-bunga.
peraja Sr sj pantang larang selepas berkahwin.
perajurit 1. anggota tentera, askar, serdadu; 2. Id pangkat terendah dlm angkatan tentera, prebet; 3. sl gagah dan berani;
keperajuritan perihal perajurit, kepahlawanan, ketenteraan.
perak I Kl; masin ~ terlampau masin.
perak II Kl; memerak menyimpan (meletakkan) barang-barang dll dgn tidak teratur dll.
perak III Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb.
perak (pérak) I 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat perhiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran beberapa ~ sahaja;
keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~.
Perak (pérak) II negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 20 668 km2, Ipoh sbg ibu negeri.
peraka ruang di geladak kapal tempat memuat barang-barang dll; → palka.
peram I; berperam ki selalu tinggal di rumah sahaja;
memeram 1. menyimpan buah-buahan dll (dgn membungkusnya dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di rumah sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyimpan, memendam (perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam;
~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg seorang ~ pisang prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang tidak;
terperam ki dipendam atau tersimpan dlm hati: mengeluarkan segala yg ~;
peraman buah-buahan (tapai dll) yg diperam;
pemeraman perbuatan memeram.
peram II; memeram berbunyi (burung merpati dll), mendekut.
peran I 1. pemain sandiwara; 2. pelawak dlm pertunjukan makyung, badut; 3. topeng pelawak;
memerankan melakonkan peranan: jadi bung minta aku ~ bahagian-bahagiannya?
peranan 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal;
berperanan mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu peranan: dlm hal ini guru ~ sbg penasihat saja.
peran II 1. kayu yg menyambung sebelah atas tiang rumah dan tempat melekatkan kasau-kasau; 2. bahagian atas alang yg berlantai utk menyimpan barang dll: perkakas tembaga itu berlaga sesama sendiri apabila diturunkan dr atas ~ rumah.
perancah I kayu (buluh dll) yg dipasang sbg rangka utk tumpuan dll semasa mendirikan rumah (membuat tembok dll), aram-aram: ketika angkatan kami memanjat ~ itu utk masuk ke kota Melaka, kami dihujani oleh peluru-peluru.
perancah II Mn; ~ gulai campuran gulai; perencah.
perancit, perancut ( pancit I.
peranda; porak-~ berserak-serak, bercerai-berai.
perang 1. perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dgn negeri dll: ~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan; pecah ~ a) mulai terbit perang; b) sl kalah perang; 2. ki perbuatan beradu tenaga (kekuatan dll), pergaduhan, perjuangan: timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; 3. bp = berperang bertempur; pergi ~ pergi bertempur;
~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak bertempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dll), usaha utk melemahkan musuh dgn menunjukkan moralnya; ~ asap latihan perang; ~ atom perang dgn menggunakan senjata-senjata atom; ~ besar perang yg lama dan hebat; ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb; ~ dingin a) perang secara saling menggertak (belum menggunakan senjata lagi utk menyerang dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); ~ dunia perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; ~ ekonomi permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; ~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersembunyi); ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin; ~ kilat perang yg dilakukan dgn pantas dan mengejut supaya lekas habis; ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata; ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; ~ mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; ~ mulut (bicara) bertengkar dgn menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yg keras dan kasar, saling berbantahan; ~ nuklear perang yg melibatkan penggunaan senjata nuklear; ~ paderi perang antara kaum Islam dgn kaum adat (yg dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pd tahun 1821-1837); ~ pena pertengkaran (polemik) melalui tulisan di akhbar dll; ~ sabil perang utk mempertahankan agama Islam; ~ salib perang utk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian); ~ (urat) saraf perang (persengketaan) setakat gertak-menggertak dan ancam-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang-menyerang dgn senjata; ~ saudara = ~ sipil Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; ~ terbuka perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila);
~ bermalaikat sabung berjuara prb kita berusaha tetapi Tuhan yg menentukan berjaya atau tidak; kalau tak takut akan mati tak sedunia ~ prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi digemari orang;
perang-perangan 1. latihan berperang; 2. permainan berperang;
berperang melakukan perang, berjuang, bertempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka;
berperangan saling berperang: umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan;
memerangi 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan;
memerangkan, memperperangkan 1. merebutkan sesuatu dgn berperang, berperang utk; 2. memperlagakan (mengadu) supaya berperang;
peperangan perang, perjuangan, pertempuran; medan ~ medan (tempat) berperang.
perang (pérang) merah yg kehitam-hitaman (kekuning-kuningan): parasnya memang menarik dgn rambutnya yg ~;
keperang-perangan agak perang.
perangai 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat;
berperangai 1. mempunyai perangai, berkelakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah.
perangan Kl buluh dll utk mengapit ikan (daging dll) yg dipanggang, pemanggangan.
perangat; memperangat memanaskan semula nasi (gulai dll) yg telah sejuk.
peranggang; ayam ~ ayam panggang.
peranggu beberapa benda dll yg menjadi kesatuan yg lengkap, set;
seperanggu, seperangguan selengkap (pakaian dll).
perangkap 1. alat utk menangkap (kancil, harimau, dll), jebak: kami ke hutan menahan ~; 2. ki tipu muslihat utk memperdaya dll orang: Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; aku terkurung dlm ~ serba salah;
~ laju sistem yg digunakan oleh pihak polis utk mengesan pemandu kenderaan (kereta dsb) yg memandu melampaui had laju yg dibenarkan di jalan raya tertentu; ~ maut sesuatu (bangunan, tempat, keadaan dsb) yg berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang;
memerangkap 1. menangkap orang dll dgn perangkap, menjebak; 2. ki menipu, memperdaya: hatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah;
terperangkap 1. kena perangkap, terkurung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. terpedaya, tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~.
perangkat; seperangkat selengkap (pakaian dll), seperangguan.
perangkawan orang yg pakar atau berpengetahuan tentang (ilmu) perangkaan, ahli perangkaan, ahli statistik.
perani padang yg berbentuk bundar dgn tempat penonton ditinggikan di sekelilingnya (spt tempat sarkas).
peranjat; memeranjatkan menjadikan terkejut (kaget), mengagetkan, mengejutkan: tiba-tiba ia tersentak bangun seakan-akan ada sesuatu yg ~nya;
terperanjat kaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum;
keterperanjatan perihal atau keadaan terperanjat: ada yg mati kerana sakit teruk, atau mengalami ~ yg amat sangat.
peranti 1. alat, perkakas, pesawat: tatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yg baik dapat dikekalkan; 2. syarat; 3. buat, bagi, untuk.
perantis orang yg bekerja dgn tujuan utk memperoleh pengetahuan dan kemahiran dlm sesuatu bidang: dia menjadi ~ di sebuah kedai dapur arang;
perantisan; latihan ~ latihan sbg seorang perantis (utk memperoleh pengetahuan dan kemahiran);
keperantisan latihan dan kerja sbg perantis: dia berjaya menamatkan ~ selama enam tahun.
peranyak Mn ark; terperanyak terjatuh atau terduduk di kerusi dll kerana terkejut dll: Engku menteri telah hilang kekuatannya dan ~ di atas kerusi; ( perenyak.
perap I ark; memerap mengepak-ngepakkan (mengirai-ngiraikan) sayap, menggelepar (ayam, itik, dll).
perap II; memerap 1. mengurung (menyembunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluar-keluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. membiarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap;
terperap 1. tertahan, tidak terurus, tertumpuk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya;
perapan sesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak;
pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap: ~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam;
pemerap 1. (orang) yg bertabiat suka memerap: si anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yg ~; 2. bahan yg terdiri drpd rempah, herba, minyak, cuka dsb yg digaulkan pd daging, ikan dsb, dan dibiarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak utk menambah rasa dan melembutkan daging, ikan dsb.
perap III Kd; memerap meminta sesuatu dgn memaksa (kanak-kanak), merengek utk mendapatkan sesuatu.
perapat sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang, gedabu, redada dan perapat laut (Sabah), Sonneratia spp.
perapatan Jw simpang empat.
peras I; memeras 1. memerah: ~ kelapa; ~ keringat ki bekerja keras; ~ otak ki berfikir (belajar) bersungguh-sungguh; 2. mengambil keuntungan yg berlebih-lebihan drpd orang, menindas: mereka sudah mengetahui bahawa orang tengah itulah yg selama ini ~ mereka; ~ tenaga membanting tulang; ~ tenaga orang membuat orang bekerja utk keuntungan sendiri; 3. = memeras ugut;
perasan hasil memeras, perahan;
pemerasan perbuatan memeras, pemerahan: saya berazam akan merampas segala hak mereka yg didapati dgn ~ itu;
pemeras 1. orang yg memeras, pemerah; 2. (alat) utk memeras; mesin ~ mesin utk memeras.
peras II Mn 1. licin; 2. rata; paras II.
perasan I sedar (akan berlakunya atau adanya sesuatu); tidak ~ tidak sedar (nampak): tak ~ aku bila dia meletakkan dulang yg berisi air dan kuih itu.
perasan II Kd 1. megah, berasa bangga; 2. agak.
perasat Id kecekapan memegang, pegangan; persalinan ~ Id perihal melahirkan anak dgn menggunakan perkakas (tidak spt biasa).
Perasman Perancis.
peras ugut kegiatan meminta wang, barang kemas, dll secara paksa (dgn ugutan, ancaman): kejadian ~ menjadi-jadi di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini;
memeras ugut meminta wang, barang kemas, dll dgn mengugut (mengancam) secara paksa: samseng-samseng itu ~ pekedai utk mendapatkan duit;
pemeras ugut orang yg melakukan peras ugut.
perasukan ark pasukan.
perat I ark 1. tengik baunya (spt bau minyak kelapa yg sudah disimpan lama); 2. masam, kelat (buah dll);
hancing ~ Kl terlalu hancing; masam (masin, pahit) ~ Kl terlalu masam (masin, pahit); terung ~ sj terung yg kecil.
perat II Kl; perat-perat bunyi spt bunyi tapak kasut orang berjalan.
perat III Kl; memerat memagut (bkn ayam): anak ayam diperat ibunya.
perat IV Kl; ~-taka entah ke mana-mana, jauh; pergi ~-taka pergi entah ke mana-mana (jauh sekali).
perata; roti ~ roti canai.
perau Pr perahu.
perawan 1. anak dara, gadis: Ramli ingin mengetahui adakah ia ~ atau janda, atau sudah menjadi isteri orang; ~ tua anak dara tua; 2. belum berkahwin (gadis), belum hilang dara: ia masih ~; sudah hilang ~nya sudah hilang daranya;
keperawanan perihal perawan, kegadisan, kesucian: kalau terlalu bebas bergaul dgn lelaki orang akan meragukan ~nya.
perawas sj tumbuhan (pokok), medang asam (penang), Litsea penangiona.
perawis sl berbagai-bagai bahan (ramuan) yg diperlukan utk sesuatu.
perbal IB = proses ~ laporan (keterangan) yg jelas mengenai sesuatu perkara (perbicaraan di mahkamah dll), berita acara;
diperbal dibuat perbal (laporan) mengenai sesuatu perkara (perbicaraan).
perban kain pembalut (luka dll): hampir seluruh kepalanya terbungkus ~ putih; ~ kasa perban drpd kain kasa (yg jarang-jarang tenunannya);
memerban membalut (luka dll): perutnya telah diperban dgn kain putih tetapi bekas darahnya yg sudah kering masih kelihatan.
perbani; air ~ pasang yg paling tinggi atau surut yg paling rendah; bulan ~ bulan yg belum penuh (makin hari makin besar), bulan muda; pasang ~ pasang yg paling besar (tinggi).
perbatin sl penghulu adat.
perbawa Jw 1. pengaruh; 2. ark kewibawaan.
perbegu kafir.
perbek (perbék) Kl kayu pemukul bola (dlm sj permainan).
perca I kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa drpd jahitan dll, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain utk membebat lukanya.
perca II; getah ~ sj getah, getah taban.
perca III; lintah ~ sj lintah yg besar, Hirundinaria javanica.
percaya 1. = ~ akan (kpd) mengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa;
~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya;
mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya;
percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain;
mempercayakan menyerahkan atau meninggalkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya;
kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;
berkepercayaan mempunyai kepercayaan;
ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan.
percik titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis;
berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~;
memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara;
memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air;
memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas;
terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya;
percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar;
pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dsb.
percis bp persis.
percit; memercit, terpercit 1. keluar memancut (darah, nanah, dll); 2. memercik, keluar menyembur sedikit-sedikit.
percul; terpercul terpacul, tersembul.
percuma 1. tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia: guru tidak harus membuang masa dgn ~; ~ sahaja menasihatkan budak-budak yg tidak berakhlak itu; 2. (dgn) tidak meminta bayaran: tidak seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; 3. diperoleh dgn tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran: pemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ utk melancong ke Tokyo; pekerja-pekerja diberi gaji yg agak rendah tetapi diberi makan ~; ( cuma I.
percung Tr sengaja: Semek ~ mencari alasan kelahi dgn suaminya.
perdah I tangkai (pegangan) beliung.
perdah II tirai, tabir.
perdah III Kl, Tr tulang ikan yg bercabang tiga.
perdak Kl; memerdak mengisi hingga penuh (spt mengisi kekabu dlm bantal).
perdana 1. yg terutama; P~ Menteri ketua menteri sesebuah negara (mengepalai jemaah menteri); 2. yg mula-mula, yg pertama (sekali); pertunjukan (tayangan) ~ tayangan (filem) yg pertama kali; 3. sl bendahara.
perdata I pengadilan: segala tindak pidana dan ~ tersimpul dlm beberapa perkara; hukum ~ Id undang-undang yg menentukan hak serta harta benda dan perhubungan antara orang dll.
perdata II Jk 1. hati-hati, ingat-ingat, jaga-jaga, teliti; 2. memerhatikan, mempedulikan, menghiraukan.
PERDAUS akronim bagi Persatuan Pelajar-Pelajar Ugama Dewasa Singapura.
perdeo (perdéo), perdio bp (dgn) percuma, tidak dikenakan bayaran; hotel ~ Id, bp penjara.
perdom IB, bp kata makian;
diperdom, diperdomi dimaki-maki, dimarahi.
perdu I 1. kelompok pokok (buluh dll), rumpun: digenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah drpd ~nya; 2. pangkal pokok: ia menyandarkan basikalnya pd ~ membacang.
perdu II; berperdu berasas: kehidupan mereka tidak lagi ~ kpd tradisi dan peradaban Islam.
pere (péré) Kl sj kain yg halus (lembut).
peredus; terperedus buncit (perut), gendut.
pereh (péréh); terpereh-pereh terlalu letih (tidak berdaya), terhuyung-hayang (kepenatan).
perek (pérék) IB, bp kata makian.
perekik (perékik) Id 1. tendangan bebas oleh suatu pasukan terhadap pasukan lawannya yg telah melakukan kesalahan (dlm permainan bola sepak); 2. bp melanggar peraturan, berlaku kurang sopan.
perem (perém) bp pemidang (bingkai) utk gambar dll: gambar itu dibubuh ke dlm ~ dan digantung di dinding biliknya;
berperem dibubuh atau dimasukkan di dlm perem (bkn gambar foto, lukisan dsb): ada beberapa keping gambar ~ yg menarik perhatiannya;
memperemkan diberi berperem.
perempuan 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau;
~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah;
~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah);
keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya.
perenang (perénang); centang-~ = simpang-~ berantakan; ( centang I, simpang.
perencah = ~ gulai campuran gulai (bahan penyedap gulai).
perendeng (peréndéng) Kl menunjuk-nunjukkan (memegah-megahkan) sesuatu yg dimiliki.
perengat; ~ kering sj tumbuhan (pokok renek), akar kani (meranang), ara lumut, gurah peria, tukul-takal, Croton caudatum.
perengau; terperengau terbuka lebar (luka, pintu, dll), besar (luas) lubangnya: asap rokoknya keluar drpd lubang hidungnya yg ~ itu.
perenggan 1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama;
berperenggankan berbataskan, bersempadankan;
memerenggankan 1. mengehadkan, membataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan;
pemerengganan proses atau perbuatan memerenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar.
perenyak Mn; terperenyak terduduk atau terjatuh dgn tiba-tiba (kerana letih, terkejut, dsb): ~ Sharif di kerusinya setelah selesai surat itu dibacanya.
perenyek (perényék) Kl; memerenyek menekan (pijat-pijat dll) utk membunuhnya.
perenyuk; terperenyuk lekuk, kepek.
perenyup ark perenyuk.
perepat I sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan dibuat gading-gading perahu dll), berebat, gedabu, pedada laut, Sonneratia griffithii; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan ruba, redan, ridau, tasai, Mischocarpus lessertianus.
perepat II (Palembang) ark kawan.
peres (pérés) Kl; memeres memaras atau meratakan (beras dlm gantang dll),
peresih (putih) bersih.
peresuk; memeresukkan memasukkan ke dlm lubang (kotak dll), meresukkan;
terperesuk 1. telah dimasukkan; 2. termasuk, terperosok.
perewa (peréwa) Mn pemberani, pengacau, pengganggu (keamanan).
perewah (peréwah) perawis (masakan).
pergajul ( bergajul.
pergam sj burung merpati besar, Ducula aenea polia; ~ bukit sj burung merpati besar, Ducula b. badia.
perganda IB, bp propaganda, dakyah;
mempergandakan mempropagandakan, mendakyahkan.
pergar sj kambing.
pergat, pergata sl sj kapal.
pergedel (pergedél) bergedel.
pergi 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. meninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama;
~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah);
berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~;
kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya;
pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian.
pergok Jk; memergoki menjumpai (dgn tidak disangka-sangka atau disengajakan), mendapati atau mengetahui (perbuatan jahat dll): ketika meronda di kawasan itu polis telah ~nya sedang memanjat rumah orang;
terpergok dilihat (diketahui) orang ketika sedang berbuat sesuatu (kesalahan dll), terjumpa, terserempak, tersua: di tempat perjudian itu ia ~ dgn ayah saudaranya; kepergok, perogok.
pergol, pergul bersadur (bersalut) dgn emas atau perak, sepuh emas (perak);
dipergol, dipergul dilapis (disadur) dgn emas (perak dll).
pergola struktur berupa junjung atau gerbang drpd kayu atau besi (biasanya terdapat di taman) yg menjunjung tumbuh-tumbuhan memanjat dan dapat dijadikan lorong pejalan kaki bertutup.
perhati; memerhatikan, memperhatikan 1. mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat (pd): ia tidak ~ sedikit pun kata-kata suaminya itu; 2. melihat (memandang, menengok) dgn teliti, mengamat-amati: ibunya sangat-sangat ~ kelakuannya; 3. mengawasi, menjaga, memeriksai: tugas saya dlm Dewan ini ialah utk ~ bahawa setiap orang mendapat layanan yg sama; tuan tidak ~ segala saudagar yg tinggal dlm daerah tuan;
perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~ mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa yg akan dicakapkan (diumumkan dsb);
pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan diketahuilah asal-usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;
pemerhati 1. orang yg mengikuti perkembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb.
PERHILITAN akronim bagi Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
peri I 1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~ kehidupan keadaan kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara (mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana caranya (halnya); ~ yg layak bagi manusia perbuatan yg layak bagi manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal (yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi.
peri II sl kata;
berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair;
berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia;
memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan;
terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan;
pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata;
pemeri yg menerangkan (menghuraikan).
peri III sj jin (menyerupai perempuan yg cantik): kami bukannya drpd bangsa jin dan ~.
peri IV bp percuma (tidak dikenakan bayaran): untunglah dia kerana dapat makan ~ tiap-tiap hari.
peria I sj tumbuhan (pokok menjalar yg buahnya pahit dan dibuat sayur), Momordica charanthia; ~ bulan sj tumbuhan (rumpai), bintang berahi, uban kayu, Cardiospermum halicacabum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitiss mollissima; ~ laut = ~ pantai sj tumbuhan (pokok renek), Colubrina asiatica;
ada pun buah ~ itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dgn madu, lagi disiram dgn manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga prb orang yg tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi; sudah tahu ~ pahit prb kesal terhadap orang yg mempercayai orang yg diketahui tidak jujur.
peria II pemuda, lelaki, teruna: bergaul bebas antara pemuda dan pemudi, antara ~ dan wanita.
perian I sj bekas (drpd buluh) tempat membawa air: dr sungai itu ia berjalan pulang ke rumah menyandang ~ di bahunya;
bagai bunyi ~ pecah prb suara yg buruk (tidak merdu); bagai mengisi ~ bubus prb pekerjaan yg sia-sia sahaja.
perian II Tr musim; ~ buah musim buah-buahan.
perian III sj tumbuhan (pokok), mendeluka, tampang, tempunai, Artocarpus rigida.
periang ark ketika yg baik utk berbuat sesuatu.
periap, periat Pn tidak jujur (lurus), penipu.
peribadi 1. manusia sbg diri sendiri (diri perseorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (penolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi;
berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri;
keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam;
berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri.
peribahasa ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ "biar mati anak jangan mati adat", sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka.
peribudi ark kebaikan hati: hidup telah mengajarnya tentang ~ manusia.
peribumi penduduk asli, bumiputera;
memperibumikan menjadikan sesuatu bersifat peribumi, membumiputerakan: hakikat dunia peristilahan kita ialah usaha ~ istilah Barat;
keperibumian sifat bangga kerana menjadi anggota peribumi sesebuah negara, yg terpancar (biasanya dlm sesebuah organisasi) melalui penonjolan ciri-ciri peribumi: semangat ~; institusi itu bercorak ~.
peridi mudah berkembang biak (dgn beranak atau bertelur banyak): ayam ~.
peridung sj ikan darat, Lobocheilus spp.
perigi lubang (yg digali dlm tanah) utk mendapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai;
lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan.
perih Jw 1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui bagaimana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah;
memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan;
keperihan 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasaan): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.
perihal 1. keadaan: sebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini; 2. hal, kejadian, peristiwa: telah dilihat oleh baginda ~ itu, maka baginda pun terlalu marah; 3. tentang hal (kejadian dll), tentang keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang): ia bertanya ~ nasib ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu;
memerihalkan mengisahkan, menceritakan, menyatakan (tentang sesuatu) dgn jelas, menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan;
perihalan sesuatu yg diperihalkan: ~ tentang potensi bagi percubaan;
keperihalan kisah, keterangan, huraian: ~ sejarah yg terkhusus;
pemerihalan pemberian keterangan (penjelasan), penjelasan, penghuraian;
pemerihal yg memerihalkan, yg mengisahkan (menerangkan dsb).
perihelion (perihélion) (Fiz) kedudukan dlm orbit apabila sesuatu planet atau komet berada paling hampir dgn matahari: bumi beredar di sekeliling orbitnya lebih cepat masanya tatkala ia berada di bahagian ~.
perijih sj tumbuhan (pokok renek), kesinan, Ficus quercifolia.
perikardium (périkardium) (Bio) membran yg membaluti jantung.
perikarpa (périkarpa) (Bio) keseluruhan kulit luar pd buah.
perikemanusiaan 1. sifat-sifat yg wajar bagi manusia (spt bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb); 2. keadaan manusia umumnya;
berperikemanusiaan mempunyai perikemanusiaan (spt perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb);
ketidakberperikemanusiaan perihal tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan.
perikondritis (périkondritis) (Ubat) radang pd perikondrium.
perikondrium (périkondrium) (Ubat) membran berserat yg menutupi permukaan rawan.
periksa selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian);
memeriksa 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik (mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat (kejadian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk mengetahui kebenarannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamat-amati, mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan;
memeriksai sl menyiasat (kejadian, perkara, dll), menyelidiki: maka titah Raja Pahang pd Laksamana, "Orang tuan membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja, baiklah tuan periksai";
memeriksakan 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta (membiarkan) supaya diperiksa;
peperiksaan ujian (utk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran;
pemeriksaan 1. perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihadapinya; 2. hasil atau pendapat drpd memeriksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka;
pemeriksa orang yg memeriksa: ~ kira-kira.
periksa balas; memeriksa balas (Udg) menyoal seseorang (terutamanya saksi dlm perbicaraan di mahkamah) dgn teliti utk menguji benar tidaknya keterangan atau jawaban yg telah diberikannya sebelum itu;
pemeriksaan balas proses (perbuatan, tindakan dsb) memeriksa balas;
pemeriksa balas orang yg melakukan pemeriksaan balas.
perilaku tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu (rangsangan) yg menggambarkan sikapnya: pemilihan itu didasarkan pd ~nya.
perimeter (périméter) (Mat) ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan.
perimpin, perimping; tali ~ tali di tepi layar.
perincat sj burung, Munia spp.
perinci; memperincikan menghuraikan (membentangkan, menimbangkan) dgn teliti (perkara, kira-kira, dll): setelah ditimbangkan dan diperincikan soal itu baharu diketahuinya di mana telah berlaku kesilapan;
terperinci diperincikan, dihuraikan dgn butir-butirnya: terdapat juga keterangan-keterangan yg ~ mengenai daerah-daerah di sekeliling;
keterperincian perihal terperinci;
perincian huraian (keterangan) yg meliputi tiap-tiap aspek atau butir sesuatu perkara (perbelanjaan dll): perdebatan mengenai ~ belanjawan Kementerian Pelajaran akan diteruskan esok;
pemerincian perihal atau perbuatan memperincikan, penghuraian (secara terperinci): ada yg terlalu luas liputan maksudnya hingga memerlukan ~.
perincis Jk; memperinciskan memperincikan;
perincisan perincian; ( perinci, rinci.
perincit ark burung kelicap.
perindu I; buluh ~ = talang ~ bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh yg mengeluarkan bunyi dgn sendirinya apabila ditiup angin; spt buluh ~ suara (bunyi) yg merdu.
perindu II; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), Premna divaricata.
pering I berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing.
pering II Jw ark buluh; ~ petung (betung) buluh betung.
peringat sj tumbuhan (pokok renek), Breynia reclinata.
Peringgi orang Portugis.
peringgitan Jw sj serambi yg menghubungkan rumah belakang dgn rumah depan.
peringkat 1. batas yg sudah dicapai (dlm sesuatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), tingkat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, kemajuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi;
berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah;
berperingkat-peringkat peringkat demi peringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~;
memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid;
pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~.
perintah 1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan: guru memberi ~ "lompat" dan murid sekalian serentak melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c ) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~ surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3. kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando;
~ berkurung perintah yg melarang orang keluar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi;
seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak;
memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melakukan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri;
memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3. ark memerintah (menguasai dan mengendalikan): selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun;
memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; 2. memerintah (menguasai dan mentadbir negeri dll): duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan, mengurus (kawasan dll);
terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti;
pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pemerintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang;
pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd perdana menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan;
~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera.
periode IB 1. edaran atau pusingan masa; 2. jangka waktu (dlm sejarah dll): spt yg saya ramalkan kita akan mengalami satu ~ pendudukan Jepang; ~ 1945-1950 adalah ~ revolusi fizik; 3. Id ayat yg berupa rangkaian beberapa ayat; 4. Id kelompok bilangan yg berulang-ulang dlm pecahan repetan (pecahan perpuluhan yg mengandungi angka perpuluhan yg berulang-ulang).
periodontik (périodontik) cabang bidang pergigian yg berkaitan dgn penyakit yg menjejaskan tisu dan struktur yg mengelilingi gigi serta rawatannya dsb.
periodontium (périodontium) (Ubat) tisu yg mengukuhkan kedudukan gigi.
periostosis (périostosis) (Ubat) ketumbuhan pd permukaan tulang.
perirana sl sj alat bunyi-bunyian.
perisa 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet;
berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia;
keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati.
perisai 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pelindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta tentera yg berdinding atau berlapis besi (utk melindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama);
berperisai memakai (mempunyai) perisai.
periskop (périskop) alat optik berbentuk tiub yg mengandungi kanta, cermin, atau prisma utk melihat objek yg tidak selari dgn garis pelihatan, mis dlm kapal selam, utk melihat objek di permukaan air.
peristalsis (péristalsis) (Bio) pergerakan berombak terutamanya pd salur makanan (utk menolak bahan makanan), akibat pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut.
peristiwa sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian, perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar) dlm sejarah;
berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting).
perit I 1. rasa sakit (spt luka kena ubat dll), pedih, perih: luka di mukanya masih pedih dan ~; 2. ki sangat dukacita (kecewa dll), sakit hati, pilu: ia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; 3. susah payah, sukar: penulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya hidup seorang pengemis;
memeritkan menyebabkan (sesuatu) perit: cahaya matahari yg ~ kulit badan;
keperitan perihal perit, kepedihan, kesusahan, kesukaran: ia menghadapi segala ~ hidup dgn sabar.
perit II Kl jera, serik.
perit III Kl; terperit-perit terkedip-kedip, terkelip-kelip (mata), terkenyit-kenyit.
perit IV Jk burung pipit.
peritoneum (péritonéum) (Bio) membran yg melapik dinding rongga abdomen pd mamalia.
peritonitis (péritonitis) (Ubat) radang pd peritoneum.
periuk I sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll);
~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi;
~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa).
periuk II; ~ hantu sj tumbuhan (pokok renek), sembuku, Mymedocia tuberosa; ~ kera = ~ kerengga = ~ monyet sj tumbuhan (pakis), Nepenthis spp.
perjaka orang muda, pemuda: umumnya buat lelaki ~, kalau sudah berkumpul demikian, main kartu hingga pagi; ( jaka II.
perji sl kemaluan perempuan; ( faraj.
per kapita bagi setiap orang atau penduduk (berdasarkan kiraan purata): pendapatan ~ dijangka lebih tinggi pd tahun 1995.
perkakas 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, bertukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita;
~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk berperang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll);
memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa;
perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll.
perkara I 1. sesuatu yg harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dll), fasal, hal: sbg pengurus syarikat banyak ~ yg harus diselesaikannya; Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yg pendek-pendek; ~ belakang urusan yg boleh diselesaikan kemudian; ~ besar hal yg penting; ~ kecil hal yg tidak penting (tidak sukar); habis ~ sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); 2. kejadian, peristiwa: wartawan yg memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; 3. hal yg menghendaki keputusan, mahkamah, dll (perbuatan jenayah, perselisihan, dll), kes, sengketa: beberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; masih dalam ~ sedang dibicarakan (oleh mahkamah); 4. bp berkenaan dgn, mengenai, tentang hal: lupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yg belum selesai itu; 5. bp disebabkan oleh, kerana: ~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh;
seperkara; ~ lagi (pula) satu hal lagi, tambahan lagi: ia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman;
berperkara 1. mempunyai perkara (urusan); 2. sedang dibicarakan (diadili);
memperkarai ark menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah;
memperkarakan 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja.
Perkara II (Udg) 1. sebutan tentang peruntukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen tertentu, mis Memorandum Persefahaman.
perkasa 1. = gagah ~ gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang hulubalang Melayu yg ~; 2. berkuasa, hebat, kuat; dgn ~ dgn paksa (kekerasan);
memperkasakan menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu;
keperkasaan 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan;
pemerkasaan perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu.
perkelang ark sl gelaran bagi hulubalang Siam (Pra Kelang).
PERKESO (perkéso) akronim bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial.
PERKIM akronim bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.
perkosa 1. gagah, kuat, perkasa; 2. paksa, kekerasan, perkasa: rakyat seluruhnya harus menentang serangan ~ drpd lawan dgn segala tenaga dan alat yg ada padanya; dgn ~ dgn paksa (kekerasan);
memperkosa 1. melakukan persetubuhan dgn kekerasan, merogol (perempuan): seorang pemuda ganas telah melarikannya dan ~nya; 2. menakluki (menguasai) dgn kekerasan, memaksa, menggagahi: ia telah menggunakan pangkat dan kekuasaannya utk ~ orang lain; 3. menyerang (negeri dll) dgn kekerasan, melanggar (hukum dll) dgn kekerasan: penindasan penduduk negeri yg dijajah itu adalah ~ Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kedaulatan negeri lain;
perkosaan, pemerkosaan 1. perbuatan merogol (perempuan); 2. perihal, perbuatan memperkosa, paksaan, pelanggaran, penggagahan: langkah-langkah utk mengelakkan jenayah rogol, ~ dan khalwat;
pemerkosa orang yg memperkosa.
perkusi (Ubat) kaedah mengetuk sesuatu bahagian tubuh dgn jari utk mendiagnosis sesuatu penyakit.
perkutut sj burung, balam, ketitir, merbuk, Geoplia striata.
perlah; astaga ~ bp, sr kata utk menyatakan rasa hairan atau terkejut; Æ astaga.
perlahan = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan;
memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu.
perlak I 1. = kain ~ sj kain yg tebal dan berkilat, kain cat; 2. = kulit ~ kulit yg dilapisi dan berkilat: sepatunya diperbuat drpd kulit ~ hitam.
perlak II Mn kebun, taman.
perlan; memerlan menelan.
perleng (perléng) IB, bp memperpanjang (waktunya, lamanya), diperpanjang atau dilanjutkan (waktunya, lamanya).
perlente (perlénté) 1. suka memakai pakaian cantik-cantik, gagah, kacak, lawa: dia memang seorang ~; 2. bijak berkata-kata.
perlenteh (perléntéh) 1. orang yg suka merayau ke sana sini, orang pemalas (suka menganggur); 2. sl pencuri, penjahat: sudah itu akan segala perajurit dan ~ kita perbaiki dan engkau menjadi ratu di dlm negeri ini, aku menjadi patih;
diperlenteh sl dicuri.
perli sindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya;
memerli, memperli 1. menyindir, mengejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya;
memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu;
perlian ark perli, sindiran.
perlina sl hilang, tidak kelihatan.
perling I; terperling berkilat (mata).
perling II 1. sj burung, burung nuri, Psittinus c. cyanurus; 2. sj burung, burung koran, Aplonis panayensis strigatus.
perlip IB 1. bp jatuh cinta, sangat cinta; 2. bp kekasih;
perlip-perlipan bp bercinta-cintaan, berkasih-kasihan, bersuka-sukaan.
Perlis negeri di barat laut Semenanjung, keluasan 803 km2, Kangar sbg ibu negeri.
perlop 1. cuti (kerana berehat, sakit, dll): ia mendapat ~ panjang utk ke luar negeri; 2. bercuti (utk berehat dll).
perlu 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepentingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya;
seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~;
memerlukan 1. menjadikan perlu, memestikan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. menghendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain;
perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain;
keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.
perlung; burung ~ sj burung, Gorsachoi melanolophus.
perlup I IB, bp bertunangan.
perlup II Id, bp tidak ketat, galir, longgar (skru dll).
perlus I; terperlus termasuk (terperosok) ke dlm lubang; ~ maka hendak menutup lubang prb sesudah ditimpa kecelakaan (kemalangan) baru ingat akan jalan keluar (ikhtiar dll).
perlus II Kl longgar, perlup.
permafros (Geog) ibun abadi.
permai indah, cantik, elok: payah dicari sebuah desa se~ Tenong, sawahnya lebar saujana mata memandang; indah ~ sangat indah;
kepermaian perihal permai, keindahan, kecantikan, keelokan: pengarang gemar melukiskan kecantikan seorang puteri atau sebuah ~ istana.
permaidani hamparan drpd bulu domba dll (berwarna-warna), ambal: di lantai terhampar ~ yg luas, tebal dan berbunga-bunga.
permaisura panggilan bagi raja.
permaisuri 1. isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya.
permak IB, bp; memermak meminda dan memperbaiki (baju dll) supaya dapat dipakai dll: bajuku aku beri begitu sahaja kepadanya utk dipermak.
permana sl banyaknya, bilangan;
terpermanai; tiada ~ a) tiada terkira (banyaknya), sangat banyak (ramai): terlalu besar kerajaannya syahdan terlalu banyak hulubalangnya dan rakyatnya tiada ~ lagi; b) tiada ternilai, sangat tinggi nilainya.
permanen bp kekal, tetap, lwn sementara.
permanganat (Kim) garam asid permanganik.
permanganik; asid ~ asid yg hanya wujud dlm larutan dan dlm bentuk garam permanganat.
permasan sl (kaum) bangsawan atau ningrat.
permata batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll);
~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll);
berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~.
permatang jalan kecil yg tinggi sedikit drpd permukaan di sekelilingnya (di sawah dll).
permen (permén) ark sj gula-gula yg mengandungi minyak perangsang drpd tumbuhan; minyak ~ minyak dr sj tumbuhan yg rangsang baunya (rasanya).
permil bp satu dibahagi seribu, per seribu; sepuluh ~ sepuluh dibahagi seribu, sepuluh per seribu.
permisi IB 1. izin, kebenaran, persetujuan: ia dimarahi pengurus syarikat kerana membuat tindakan tanpa ~ drpd ketuanya; 2. (minta) maaf: ~ dulu, saya belum mandi; 3. = minta ~ minta izin (kebenaran), minta diri: Aziz ~ pulang lalu keluar; orang-orang yg ~ bertambah banyak sehingga tambah lama tambah kosong rumah; Wati minta ~ masuk ke dapur dan kembali dgn semangkuk teh; 4. tidak hadir (ke tempat kerja dll) dgn izin;
mempermisikan 1. meminta izin (tidak dapat datang bekerja dll), meminta kebenaran; 2.ark membenarkan, mengizinkan.
permisif bersifat terbuka yg membolehkan atau mengizinkan berlakunya sesuatu: terdapat sikap ibu bapa yg lebih ~, lebih mengizinkan dan lebih membiarkan; langkah demikian boleh mewujudkan masyarakat yg ~ dan menimbulkan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi.
permit dokumen rasmi (atau kebenaran bertulis) drpd pihak berkuasa yg memberi seseorang hak utk melakukan sesuatu: rumah-rumah yg hendak dirobohkan itu telah didirikan dgn tidak ada ~ kerajaan;
berpermit ada permitnya, mempunyai permit.
pernah I sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum (tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengaran, mengalami, dll).
pernah II Jk kedudukan, tempat, pertalian kekeluargaan; ~ apa dia? apa pertaliannya denganmu? ~ anak anak kepadaku (kepadanya).
PERNAMA akronim bagi Perwira Niaga Malaysia.
PERNAS akronim bagi Perbadanan Nasional (perbadanan yg berusaha menubuhkan syarikat-syarikat perusahaan dan perniagaan).
perni sj bekas air drpd kaca.
pernik; banyak ~ bp banyak ragam (kerenah), banyak selok-beloknya, tidak mudah.
pernikel IB, bp bersadur dgn nikel.
pernis IB varnis;
dipernis dicat dgn varnis.
perogok; terperogok terpergok; ( pergok.
perohong lubang besar (di dinding, di lantai, dll);
terperohong terbuka luas (lubang, luka, dll), ternganga.
peroi I 1. mudah pecah-pecah (tanah dll), tidak padat (padu), gembur: tanah itu ~ dan senang dikerjakan; 2. = seroi Kd nasi yg tidak boleh dikepal-kepal kerana kurang air;
memeroikan menjadikan peroi, menggemburkan, menghancurkan: menggali dan membajak utk melonggarkan atau ~ tanah;
keperoian perihal, sifat atau keadaan peroi (tidak padat).
peroi II sj ikan darat, Osteochilus hasselti.
peroksida (Kim) kumpulan sebatian yg terhasil melalui pemanasan oksida dlm udara atau oksigen dan digunakan sbg agen pengoksidaan, agen peluntur, dll.
perolok Kd makan lekas-lekas, memolok.
peroman sl roman muka, rupa muka: jikalau ~ sama baik.
peron (péron) IB platform (di stesen kereta api): aku melompat dr pintu sebelum kereta berhenti di tebing ~.
peronggah Pr mencarut.
perongo; terperongo terbuka luas (lubang hidung dll).
peronyok; memperonyok merenyuk (kertas dll), mengerumukkan, mengumalkan;
memperonyokkan membenamkan atau menekankan (supaya masuk): diperonyokkannya songkok itu hingga tertutup separuh kepalanya;
terperonyok 1. renyuk, kerumuk, kumal; 2. terbenam, terperosok: ia duduk ~ di kerusi panjang itu tanpa bergerak.
perop IB 1. gabus (sumbat botol); 2. = topi ~ topi drpd gabus.
peropok sj tumbuhan (pokok), Hemigyrosa longifolia.
peropong sj tumbuhan (pokok), Adina rubescens; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), Glyptopetalum quadtrangulare.
perosah Kd mencuba-cuba membaiki sesuatu (radio, basikal, dll): dia dok ~ radio itu.
perosok; terperosok 1. termasuk atau terbenam (kaki dll) ke dlm lubang (parit dll), terperlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. termasuk ke dlm (mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan.
perot (pérot) herot.
peroyak Kl banyak ragam (kanak-kanak), selalu menangis.
perpatih 1. sl panggilan utk orang besar di Sumatera (zaman dahulu); 2. = adat ~ adat orang Minangkabau (diamalkan oleh setengah-setengah penduduk Negeri Sembilan).
perponding IB 1. = pajak ~ cukai tanah dan cukai pintu (cukai rumah); 2. = tanah ~ tanah yg dimiliki turun-temurun (bagi orang Indonesia).
pers Id surat khabar, persuratkhabaran: selangkah demi selangkah pemerintahan totaliter menghancurkan kemerdekaan ~, kebebasan pengarang, kebebasan pelukis.
persada 1. = panca ~ sl sj lantai yg tinggi bertingkat atau bertangga tempat duduk raja (pembesar negeri dll); 2. = panca ~ sl taman tempat bersuka-sukaan (beristirahat dll); 3. = ~ tanah air tanah tumpah darah, tanah air (ibu pertiwi): mereka anak negeri yg bertanggungjawab atas ~ tanah airnya; pancapersada.
persangga 1. sl ukuran jauh kira-kira 6 km atau 3.75 batu; 2. sl perbatasan: bunyinya sampai ke ~ bumi.
per se (per sé) (Latin) itu sendiri (ungkapan yg digunakan utk menunjukkan bahawa sesuatu itu dipertimbangkan atas sifatnya sendiri, bukan berdasarkan hubungannya dgn perkara lain): kajian ini bukan membabitkan satira ~ spt yg ditegaskan pengkaji; transformasi budaya yg dimaksudkan hendaklah mencakupi transformasi dlm bidang kebudayaan ~.
persegi 1. = empat ~ segi empat yg sisinya sama panjang; 2. ukuran luas yg diperoleh drpd hasil darab ukuran panjang dan lebar sesuatu benda itu: besar pulau itu 50 km ~.
persekot wang pendahuluan, wang muka, cengkeram, panjar: jika perlu wang sebelum habis bulan, dia dapat minta ~;
memersekoti, mempersekoti memberi wang pendahuluan (wang muka), membayar cengkeram (panjar).
persen (persén) I peratus: pengarang buku biasanya mendapat sepuluh ~ drpd harga buku yg tidak dicetaknya sendiri;
persenan berdasarkan persen (peratus).
persen (persén) II Id hadiah, pemberian, upah, wang kopi: ~ yg diterima Fauzi hari itu dibawanya pergi dgn hati yg teguh;
memerseni memberi persen kpd, menghadiahi;
memersenkan memberikan sbg persen (hadiah);
persenan hadiah, pemberian.
perseneling (persenéling) Id, bp gear (kereta dll).
persepsi (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya;
mempersepsi membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.
perseptif (perséptif) cepat melihat, memahami, atau menyedari sesuatu: pihak penganjur Seminar Seni Islam ini begitu ~ dlm memilih tema; pengungkapan pemikiran yg ~ dan mendalam dlm karya-karya Sastera.
persetua ( peristiwa.
persih sl bersih, putih bersih: di luar jendela langit ~, matahari menyinar keras; putih ~ putih bersih.
persil I; terpersil tertonjol, tersembul.
persil II IB 1. sebidang tanah (utk tapak rumah, kebun, dll): ~-~ di Bandung hanya 15 meter lebar dan 20 meter ke dalam dan rumah-rumahnya sempit; 2. = tanah ~ tanah sewa (utk jangka waktu 75 tahun).
persis 1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;
kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.
perslah IB huraian (keterangan) mengenai sesuatu kejadian (mesyuarat dll), laporan, minit; ~ pandangan mata ulasan selari atau secara langsung menerusi radio bkn pertandingan bola sepak dll.
persona 1. (Sas) watak rekaan di dlm cereka, drama, novel dsb: cara penelitian demikian juga dilakukan terhadap ~ dlm karya-karya sajak; 2. (Psi) watak atau sifat seseorang spt yg ditampilkan kpd orang lain atau spt yg ditanggapi oleh orang lain; 3. IB orang.
persona grata (Latin) orang yg boleh diterima atau dialu-alukan kehadirannya di sesebuah negara dsb, mis diplomat asing.
personal (bersifat) peribadi.
personalia IB (urusan dll) yg berkaitan dgn orang-orang atau nama-nama orang: aku masuk ke suatu ruang yg bertulis "bahagian ~".
personaliti keperibadian, perwatakan: telah banyak benar diperkatakan tentang sasterawan ini, drpd hasil-hasil karyanya membawa kpd persoalan ~nya.
persona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut.
personel (personél) pegawai, kakitangan (pejabat dll); urusan ~ urusan kakitangan.
personifikasi 1. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia;
mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih.
perspirasi (Ubat) kehilangan cecair melalui permukaan tubuh, sama ada melalui proses perpeluhan atau pengewapan.
perspektif (perspéktif) 1. cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dll pd permukaan yg rata sebagaimana yg kelihatan dr sesuatu tempat pd mata seseorang; 2. pandangan (pentafsiran) yg wajar bkn sesuatu dgn memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm hubungan keseluruhannya: logika dan ~ amat penting dlm menghadapi hal ini; oleh yg demikian ~ latihan hendaklah dilihat dr sudut lain.
persuasif berupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain utk melakukan sesuatu: ramai orang tertarik utk membeli alat itu kerana cara promosi yg sangat ~.
pertal IB; memertal bp menterjemahkan;
pertalan terjemahan.
pertala kenderaan dewa, kenderaan sakti.
pertama 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini;
pertama-tama yg pertama sekali, yg mula-mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan;
dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan.
PERTAMA akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia.
pertanda sl algojo, pelebaya, tanda: maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kpd ~.
pertang 1. sj ikan laut, a) Epinephelus tauvina; b) Epinephelus megachir; c) Epinephelus lanceolatus; 2. sj ikan laut, Promicrops lanceolatus.
pertiwi; dewi ~ dewi yg memerintah (menguasai) bumi; ibu ~ tanah tumpah darah, tanah air: beliau berkata pelajar-pelajar di luar tanah air juga hendaklah bersiap sedia menyambut panggilan ibu ~.
PERTIWI akronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia.
pertua ark 1. tua-tua (orang yg dipandang atau dianggap tua); 2. = Yang Di~ ketua, pemimpin: dlm mesyuarat agung itu ia telah dipilih menjadi Yg Di~ Kesatuan.
pertun sj tumbuhan (pokok), butung, Barringtonia asiatica.
pertusis (Ubat) penyakit berjangkit (terutamanya menyerang kanak-kanak) yg dicirikan dgn batuk bertalu-talu, sedutan nafas yg panjang dan berbunyi, muntah, dan perdarahan (dlm kes yg teruk), batuk kokol.
peru Kl; memeru menabur (benih).
peruan Id ark kayu di tiang kapal tempat menggantungkan layar, andang-andang.
peruang; ilmu ~ ilmu utk tahan lama menyelam (dgn menjadikan ruang udara di sekeliling badan).
peruk; memeruk memasukkan dgn sembarangan sahaja ke dlm beg dll (tidak menyusun baik-baik), membenamkan: pakaian tidur dan tuala mandi diperuknya saja dlm beg;
terperuk 1. tersimpan (terbenam dll) dlm beg (di ceruk, di pelosok rumah, dll): di dlm peti itulah ~ sebuah novelnya; 2. ki tinggal dlm rumah sahaja dll (tidak keluar-keluar), terkurung (dlm rumah dll): ia ~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yg berlaku di kampung itu; 3. Jk terbenam (ke dlm lubang dll), terperosok.
perum = batu ~ batu penduga; membuang ~ menduga laut dll;
memerum membuang perum, menduga (laut dll).
perumpung; gelagah ~ sj tumbuhan (spt pokok tebu yg biasa didapati di tepi sungai dll), Eulia japonica.
perun timbunan kayu-kayu (daun-daun dll) yg hendak dibakar; puntung ~ a) sisa kayu-kayu dll yg sudah dibakar; b) Mn perjamuan yg terakhir bagi pengantin;
memerun membakar saki-baki kayu-kayu (daun-daun dll) bagi kali kedua di tanah yg baru dibuka, membakar timbunan sampah: sekarang sudah tiba masanya utk ~ dan membersihkan kawasan itu sebelum menanam anak-anak getah; diperun kulambai Mn habis terbakar;
pemerunan perbuatan memerun (kayu-kayuan dll), pembakaran (sampah dll).
perundung (kain dll) penutup: lalu dibukanya ~ tempat kuih, disuruhnya Leman mengambil.
perung Kd kayu yg reput.
perunggu logam drpd campuran tembaga dgn timah putih, gangsa.
perungus pemanas, pemarah.
perunjung ukuran tinggi (dalam) yg sama dgn panjang antara kaki hingga ke hujung jari tangan yg dihulurkan ke atas: dalamnya kolam ini adalah lebih kurang tiga ~;
seperunjung, seperunjungan setinggi perunjung.
perupuk I, peruput sj ikan laut, Pellona spp.
perupuk II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Calastraceae, keruih, tinjau tasik, Lophopetalum spp.
perus tidak peramah, bengis (garang, kasar), perungus.
perusa; memerusa sl memaksa, memperkosa, mengganggu, menguasai.
perusah bersusah payah, berusaha bersungguh-sungguh: telah beberapa hari kami ~ membuat kerja.
perusat sj tumbuhan (pokok), Mitrephora macrophylla.
perusi Jw ark terusi.
perut I 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala-gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman makanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengandungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan);
~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kantung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dlm (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pencernaan makanan yg berupa saluran yg panjang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar;
~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari penghidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman);
seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perempuan yg sama;
berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~;
memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.
perut II ark gulungan benang yg kecil.
perut III; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), mayang bukit, nyatuh bunga (kerangan, pipi), Payena lucida; akar ~ gagak = akar kerbau betina sj tumbuhan (pokok memanjat), Byttneria maingayi; akar ~ kerbau (kijang) sj tumbuhan (pokok memanjat), secerek (sejerit) hitam, selempah, Gnetum campestre.
perutak sj tumbuhan (pokok menumpang), Myurmecodia tuberosa.
peruwa Kl; memperuwa-peruwa mengheboh-hebohkan (sesuatu perkara).
perversi (Ubat) kecenderungan yg kuat utk mengamalkan hubungan seks secara tidak normal.
Perwanit Id akronim bagi Persatuan Wanita dan Teruna.
perwara sl gadis yg mengiringi raja (permaisuri): maka Puteri Nila Pancadi itu pun naiklah ke kapal dgn lima ratus orang ~nya.
perwatin penghulu adat: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah ~; perbatin; ( Batin II.
perwawai, perwai, perwai-wai pemberitahuan (dgn melaung), pengumuman.
perwira 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua;
~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan-kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel;
keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira.
pes (pés) I 1. campuran cecair dan serbuk yg lembut dan pekat yg mudah dibentuk atau disapu; 2. (ERT) sediaan makanan, spt daging atau ikan kisar, utk disapu pd roti dsb.
pes (pés) II IB sj penyakit berjangkit yg disebabkan oleh kuman yg dibawa oleh tikus.
pesa alat penggulung kain yg sudah ditenun.
pesai; berpesai-pesai lepas dan bercerai-cerai (tidak lagi melekat atau berpadu), bercerai-berai (pasukan dll).
pesak kulit padi, sekam.
pesak (pésak) kain yg dijahit pd kelangkang atau depan seluar (tempat kancing) atau di bawah ketiak baju;
berpesak ada pesaknya, mempunyai pesak.
PESAKA akronim bagi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia.
pesam 1. hangat, panas (air dll): pakaian yg sudah dicuci itu hendaklah dibilas dgn air ~ dan kemudian dgn air sejuk; 2. = ~ kuku = panas ~ tidak berapa panas, suam-suam kuku;
memesamkan menghangatkan, memanaskan.
pesan 1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mempercayakan sesuatu kpd orang dgn tidak percaya bulat-bulat;
berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya;
memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat;
memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesan itu, “Baiklah”;
memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari?
pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan);
pemesanan perbuatan memesan (memesankan);
pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali.
pesan-pesan sj lipan yg sangat bisa; sepesan.
pesantren (pesantrén) Jw sj asrama tempat murid-murid belajar mengaji (membaca Quran dll).
pesara pasar: di tempat-tempat ~ orang berjual barang-barang.
pesari (pésari) (Ubat) 1. sj ubat berbentuk pepejal yg dimasukkan ke dlm faraj dan melebur utk merawat jangkitan dsb; 2. alat yg dimasukkan ke dlm faraj utk menyokong uterus atau mencegah kehamilan.
pesat I 1. sangat cepat, pantas: air sungai itu mengalir dgn ~nya; 2. berkembang dgn cepat, maju dgn cepat: mereka mendapat kemajuan ~; perusahaan yg ~;
memesatkan 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu;
kepesatan perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikat-syarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran;
pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang.
pesat II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Maesa ramentacea.
pesawat ( sawat II.
peseban (peséban) Jw, sl balai tempat menghadap; ~ agung balai penghadapan yg besar.
peseh (péséh); keleseh-~ = gereseh-~; ( keleseh.
pesek (pésék) penyek, pipih (hidung): matanya terperosok, hidungnya ~.
pesemendan Mn segala isteri drpd orang-orang lelaki yg sesuku.
peser (pésér) wang tembaga yg bernilai setengah sen, rini;
sepeser setengah sen, serini: keadaan kami terlalu melarat, sehingga wang ~ pun ada harganya; ~ buta sesen pun, sedikit pun.
peseta (peséta) unit mata wang Sepanyol.
pesi ark 1. terlalu sejuk; 2. lesi.
pesimis (pésimis) orang yg bersikap pesimistik.
pesimisme (pésimisme) sikap atau kecenderungan memandang sesuatu itu dr sudut keburukannya (dgn perasaan tidak yakin akan kejayaannya dsb).
pesimistik (pésimistik) bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu), lwn optimis: di dlm bukunya terdapat rasa ~ kerana ia melihat banyak kejelikan dan kepincangan dlm masyarakatnya; orang-orang yg ~ meramalkan kemungkinan berlakunya perang dunia dlm kurun ini.
pesing bau busuk (bau air kencing), hancing, pering.
pesir Kl; ~ mata tidak berkelip-kelip mata (ketika melihat orang dll).
pesirah (Palembang) ketua marga.
pesisir I = pesisiran kawasan pantai yg datar dan berpasir.
pesisir II IB 1. penumpang kapal; 2. Jk orang yg masuk ke kedai dll untuk membeli (melihat-lihat dll).
peso (péso) unit mata wang Filipina dan beberapa buah negara Amerika Latin.
pesolot teluk yg kecil (di pantai).
pesona 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah;
mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~;
mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia;
terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;
kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat;
keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya.
pesong (pésong) 1. belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah) haluan: kerana itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong; 2. ki mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara): apabila ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain;
memesongkan 1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan: akar pokok yg menjalar dlm tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yg ada air; 2. ki mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dll): parti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yg cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya;
terpesong menyimpang dr tujuannya (haluannya, sasarannya), menyeleweng: kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya; tiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain;
pemesongan perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian, dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah;
pemesong alat yg memesongkan: kanta ~ sinar matahari.
pesta (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai;
~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg menghadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagai-bagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb;
berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan minum dll);
memestakan 1. merayakan (sesuatu peristiwa dll) dgn makan minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar negeri;
pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria): kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah ~.
pestaka 1. sj kitab ramalan (mantera dll); 2. = ilmu ~ guna-guna, jampi, pesona; 3. kuasa buruk atau baik yg ada pd keris (lembing dll); ( pustaka.
pestisid (péstisid) (Kim) racun yg digunakan utk membunuh binatang perosak, spt serangga, tikus dsb, racun perosak.
pesuk 1. lubang kemik, lekuk (pd talam dll): ~ kopiahnya; 2. tembus, bocor (atap, tikar, dll): jika tikar ~, barang dua tiga lubang, tiada dipakainya;
berpesuk-pesuk 1. berlekuk-lekuk, renyuk-renyuk: ~ songkoknya; 2. berlubang-lubang, bocor-bocor;
memesukkan menjadikan pesuk (kemik), melubangkan: ada yg ~ dinding, ada yg memanjat pagar.
pesuruhjaya 1. orang (pegawai) yg dilantik oleh suruhanjaya dll (utk memegang jawatan atau tugas penting); 2. wakil sesuatu kerajaan yg menjadi ahli persatuan negara (Komanwel dll); P~ Tinggi ketua diplomat negara Komanwel di negara Komanwel yg lain.
pet (pét) IB sj songkok atau topi yg bertepi di depan.
peta I 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit;
~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1,000,000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau-pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll);
berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya;
memeta membuat peta;
memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup;
pemetaan perihal membuat peta;
pemeta orang yg membuat peta.
peta II jelas, terang; pandang ~-~ pandang dgn terang.
peta III Jk = petaan gerakan tangan (mata dll) utk memberi isyarat dll.
peta IV; sl ~-ratna; ( peterana.
PETA Id akronim bagi Pembela Tanah Air (tentera simpanan pd zaman pemerintahan Jepun).
petah (pétah) = ~ lidah pandai berkata-kata, lancar pertuturannya, fasih, petes: engkau memang bijak berkata-kata, ~ berperibahasa;
memetahkan; ~ lidah berlatih berkata-kata;
kepetahan perihal petah, kefasihan, kepetesan.
petai sj tumbuhan (pokok dan buahnya, bijinya berbau haring), Parkia speciosa; ~ belalang = ~ laut sj tumbuhan (pokok dan buahnya), dendulang, Desmodium umbellatum.; ~ jawa = ~ belanda = ~ tiga bulan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Leucaena glauca; ~ kerayung sj tumbuhan (pokok dan buah), sungga, Albizzia pedicellata;
sbg ~ sisa pengait prb tidak berguna sama sekali; kulai-balai bagai ~ sisa pengait prb seseorang yg lemah-lembut tingkah lakunya; menjual ~ hampa prb bercakap yg bukan-bukan, omong kosong.
petak Jk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak dgn menggunakan bilah buluh; ~ umpat (umpet) bermain saling mencari (bercari-carian).
petak (pétak) I 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (menanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~;
berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak;
memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan.
petak (pétak) II Jw belang putih di dahi kuda; kuda ~ kuda yg berbelang putih pd dahinya.
petak (pétak) III; burung ~ sj burung, lanting, selanting, Rhizothera l. longirostris.
petaka sl bencana, kecelakaan, kesengsaraan, kesusahan: bantuan utk menghadapi masalah ~ alam spt kemarau.
petal Jw; memetalkan menekankan sesuatu (pd), menekapkan.
petala I 1. sl lapis, susun(an), tingkat(an); tujuh ~ bumi tujuh bahagian (daerah) bumi; tujuh ~ langit tujuh tingkat (lapis) langit; 2. (Fiz) bahagian di keliling nukleus sesuatu atom yg mengandungi elektron dgn jarak aras tenaga tertentu; ~ valens (Fiz) petala yg paling luar sekali pd sesuatu atom.
petala II; ~ bumi a) sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), Santaloides floridum.
petalangan ark sj dusun kecil di hutan; ( talang V.
petaling = ~ air = ~ bukit = ~ merah = ~ misu = ~ padi sj tumbuhan (pokok yg boleh dibuat tiang dan buahnya boleh dimakan), mentalin, Ochanostachys amentacea; ~ air sj tumbuhan (pokok), Homalium caryphyllaceum; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Homalium longifolium; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Homalium friffithianum; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Aporosa prainiana.
petam sj penutup atau pembalut dahi pengantin.
petamari sl sj perahu yg laju dan bertiang satu atau dua.
petan sj ikan darat, Osteochilus brachynotopterus.
petang I waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad;
sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk;
memetang-metangkan;~ hari Mn membuang-buang masa dgn berbual-bual dll;
kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang;
pemetang-metangkan; ~ hari Mn perintang-perintang masa.
petang II; kepetangan 1. sl sj mata-mata: sembah ~ itu, “Apa daya kula menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?”; 2. pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik: perajurit yg ~.
petap; memetap mengeringkan air di badan dgn kain dll, mengelap: selepas mandi ia ~ dgn tuala.
petaram sl sj keris kecil yg dipakai oleh perempuan.
petarang; pukat ~ sj pukat besar.
petarangan tempat ayam bertelur (mengeram), sangkak, terak, tarang.
petas I; beras ~ berbagai-bagai jenis beras.
petas II; petasan mercun: di sana sini kedengaran suara letusan, seolah-olah bunyi ~ di malam hari raya layaknya.
petat Kl jamah, raba.
petaya; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, akar urat-urat, Dalbergia stercoracea.
peteh (pétéh) Tr 1. banyak bercakap, petes: budak ini sungguh ~; 2. tendang pd kaki (betis), bentes: jangan ~ orang apabila main bola.
petek (péték), petek-petek sj ikan laut.
petekat sj tumbuhan (pokok), nona burung, Cordia dichotoma.
petekia (pétékia) (Ubat) bintik-bintik perdarahan yg kelihatan pd kulit.
peteng Jw; kepetengan mata-mata kampung; ( petang II.
petentengan (peténténgan) Jw bersikap terlalu sombong atau angkuh.
peterana sj tempat duduk utk orang yg dihormati (raja, mempelai, dll).
peteras bongkak, pongah, sombong.
petes (pétés) petah bercakap (kanak-kanak); ~ mulut peteh lidah.
peti I sj kotak yg besar dan bertutup (dibuat drpd kayu dll);
~ besi peti yg kukuh drpd besi tempat menyimpan barang-barang berharga; ~ gewang sj peti yg dihiasai dgn intan permata (mutiara dll); ~ jenazah (mati, mayat) peti utk menanam orang mati, keranda; ~ (me)nyanyi = ~ bicara (ngomong) bp mesin bicara, gramofon; ~ pekak = ~ wang peti (tabung) tempat menyimpan wang; ~ radio radio; ~ sejuk = ~ ais (air batu) peti penyejuk utk menyimpan sayur-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; ~ suara bahagian kerongkong tempat mengeluarkan suara; ~ surat peti (kotak) tempat surat (bernombor dan ditempatkan di pejabat pos); ~ undi peti berkunci dan bermeterai tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah memangkah calon pilihan masing-masing dlm sesuatu pilihan raya dll;
berpeti-peti beberapa buah peti.
peti II; ikan ~ sj ikan laut, Ostracon spp.
petia; memetia, memetiakan memerhatikan: cuba petiakan betul-betul.
petiban; ~ sampir hadiah pengantin.
petik; memetik 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), menukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapatkan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. menekan (memusing) suis lampu dll yg menggunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari;
~ bola melompat sambil menangkap (memukul) bola; ~ hasil mengutip hasil;
memetiki memetik berulang-ulang;
memetikkan memetik utk orang;
terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan;
petikan 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok;
pemetikan perbuatan memetik;
pemetik 1. orang yg memetik; 2. petikan.
petilan Jw sebahagian drpd cerita lakon (pertunjukan) wayang orang dll.
peting; memeting menjentik; ~ kapas mengasingkan kapas drpd bijinya, membusur kapas;
terpeting-peting Kd berjalan berlenggang-lenggok (utk menunjuk-nunjuk).
petinggi ark ketua kampung, lurah.
petiol (pétiol) (Bio) tangkai yg menyambungkan daun pd batang.
petir sj bunyi guruh yg kuat (biasanya disertai kilat), geledek; ~ tunggal petir yg amat kuat dan berbunyi dgn tiba-tiba; mata (panah) ~ halilintar, kilat; disambar (ditembak) ~ terkena panahan api (elektrik) petir; bagai kilat senja, bagai ~ tunggal prb tangkas sikap dan kuat bunyi suaranya (pahlawan dll);
memetir, memetir-metir mendegam-degam, menggeledek (suara dll).
PETIR akronim bagi Parti Tindakan Rakyat (Singapura).
petis sj bahan penyedap rasa makanan (spt laksa, rojak, dsb) yg dibuat drpd kentalan air udang, otak udang.
petisi IB (surat) permohonan yg dihantar kpd pemerintah.
petisyen (pétisyen) 1. surat permohonan atau rayuan (biasanya ditandatangani oleh sekumpulan orang) kpd pihak berkuasa utk meminta sesuatu pertimbangan: mereka menandatangani tiga ~ tentang soal-soal persekitaran; 2. permohonan rasmi kpd mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil;
pempetisyen orang yg mengemukakan petisyen: dlm kes ini, pihak ~ telah membentangkan beberapa kes utk menyokong hujahnya.
petitih Mn pepatah, peribahasa.
petit Kl belang, bunga;
berpetit-petit berwarna-warni: tikar-tikar itu dianyam ~ supaya dapat dijual dgn harga yg mahal.
petola I = ~ hutan = ~ sagi = ~ sanding sj tumbuhan (herba memanjat dan buah), Luffa acutangula; ~ buntal = ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat dan buah), Luffa cylindrica; ~ ular sj tumbuhan (pokok memanjat), ketola ular, timun bengkok, Trichosanthes anguina; ketola.
petola II; kain ~ sj kain cindai.
petopan tempat bermain judi, penjudian.
petor (pétor) sl pengawas atau penolong residen.
petot Kd pendek.
petro- (pétro) awalan asing 1. berkaitan dgn petroleum, mis petrokimia; 2. berkaitan dgn batuan, mis petrologi.
petrodolar (pétrodolar) wang dlm nilai dolar Amerika yg diperoleh oleh negara pengeksport petroleum.
petrografi (pétrografi) cabang petrologi yg berkaitan dgn komposisi, struktur dan pengelasan batuan.
petrokimia (pétrokimia) bahan kimia yg terhasil drpd sumber petroleum dan gas asli: bahan ~.
petrol (pétrol) cecair mudah terbakar yg diperoleh drpd petroleum dgn proses penapisan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin.
petroleum (pétroléum) sj minyak yg didapati dr dlm tanah dan digunakan utk menghasilkan petrol, parafin, dan berbagai-bagai bahan kimia.
petroliam (pétroliam) ( petroleum.
petrologi (pétrologi) kajian tentang asal usul, komposisi, pembentukan, struktur dsb batuan.
Petronas (pétronas) akronim bagi Petroliam Nasional Berhad.
petua nasihat, petunjuk, atau panduan yg berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~ dukun kuturuti;
berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir;
dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dianjurkan, dinasihatkan.
petuk Jw ark surat sbg tanda penerimaan sesuatu.
petung Kl baling, buang, lontar.
peturun; harimau ~ harimau kumbang.
petus petir, halilintar; ~ tunggal petir tunggal, petir yg berbunyi kuat dgn tiba-tiba; sbg ~ tunggal sangat mengejutkan (memeranjatkan).
petut I ark lumpuh, lemah, tepuk.
petut II Tr; memetut memburu, menghambat.
petutu I sj ikan, betutu.
petutu II; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Adinandara macrantha; ~ paya sj tumbuhan (pokok), Hibiscus florcosus.
peweng Tr bengkok: kenapa pengayuh basikal tu ~?
peyot (péyot) Jw ark herot, bengot.
PGB kep Panglima Gagah Berani (pingat keberanian yg dianugerahkan kpd pegawai-pegawai dll dlm angkatan bersenjata).
Pgh. kep Pengarah: ~ Pentadbiran dan Operasi.
pH (Kim) ukuran tentang keasidan atau kealkalian sesuatu larutan dgn skala antara 0 hingga 14, iaitu pH 7 menunjukkan larutan yg neutral, kurang drpd pH 7 menunjukkan larutan berasid, dan lebih drpd pH 7 menunjukkan larutan beralkali.
PhD kep Doctor of Philosophy (Doktor Falsafah).
pi I bp pergi.
pi II C taruhan dlm permainan judi; main ~ berjudi dgn membayar taruhannya kemudian.
pi III C sj kura-kura yg kecil di sungai dll, bulus.
pi (pai) 1. huruf ke-16 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol (, (; 2. (Mat) nombor asas dlm matematik (bernilai 22/7 atau 3.142) yg merupakan nisbah lilitan sesuatu bulatan terhadap garis pusatnya.
piadah sl buah catur yg di depan, bidak.
piagam 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah;
memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.
piah; rempah-~ berbagai-bagai jenis rempah.
piai = ~ lasu (raya) = umbi ~ sj tumbuhan (paku-pakis), kerakas, paku tiai, pebisi, Acrostichum aureum.
piak I herot; ( piat I.
piak II; berpiak berbunyi piak-piak: aku dengar bunyi rotan ~.
piak III Kl; sepiak sekacip (pinang), secarik (kertas dll); ~ pinang sebentar sangat, sekejap benar.
pial I copeng merah yg lembut pd dagu (telinga) ayam dll.
pial II; berpial-pial berpilin-pilin spt dipulas, berpiuh-piuh;
memial memulas: anaknya pula jadi spt budak-budak baru masuk yg pernah ditengking dan dipial telinganya.
piala sj cawan yg berkaki dan diperbuat drpd perak atau emas dll (utk minuman, hadiah sukan, dll);
~ hati ki batin, kalbu; ~ pusingan (bergilir) piala yg pd tiap-tiap tahun diperebutkan dlm pertandingan.
pialang perantara dlm jual beli, cangku;
berpialang membeli dgn perantara cangku.
pialing sj burung serindit, perling, serindit gajah, Psittinus c. cyanurus.
pialu sj tumbuhan (pokok renek), sepucat pelanduk, Orophea setosa; akar ~ sj tumbuhan (akar yg berteras dan memanjat), akar berumat, akar kuayah, jendereh, jenderus burung, kabau, Derris thysiflora.
piama I IB sj baju dan seluar utk waktu tidur, pijama.
piama II = musim ~ musim yg baik utk memulakan penanaman padi, musim hujan; awal ~ permulaan musim hujan; sayup ~ akhir musim hujan; semasak buah ~ genap satu musim dlm setahun.
pian I sj tumbuhan (pokok) medang biawak, melidah, kahwa-kahwa, salang rusa, tinjau laut, Alangium uniloculare.
pian II Kl, Tr musim, perian: ~ buah-buahan.
piang I ark ( biang I.
piang II ark sj kuih dibuat drpd ketan (pulut);
memiang memasak piang.
piang III pengawal, penjaga: maka ~ dan merinyu pun selalu menangkap orang yg mabuk itu.
piang IV Pr; berpiang-piang berpusing-pusing.
pianggang sj belalang kecil yg memakan dan merosakkan buah padi, denangau, walang sangit, Leptocoriza varicornis.
pianggu 1. sj tumbuhan (pokok renek), Clerodendron umbratile; 2. sj tumbuhan (pokok), Horsfieldia irya; 3. sj tumbuhan (pokok), Myristica ellipitica;
~ hutan sj tumbuhan (pokok), Ficus consociata; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Pellacalyx axillaris.
piano alat muzik yg dimainkan dgn menekan mata hitam atau putih pd papan kekunci, menyebabkan tukul-tukul kecil mengetuk tali logam utk menghasilkan not yg berbeza.
piantan ark 1. waktu tertentu bila umumnya berlaku sesuatu: sewaktu ~ memasak-masak tiba dia ke dapur menolong isterinya; bukan ~ bukan masa atau musimnya; ~ demam waktu yg selalunya demam datang; ~ hujan musim hujan yg biasa berlaku; 2. Id sehari semalam (24 jam).
piara pelihara, bela; anak ~ anak orang lain yg dibela dr kecil, anak angkat;
memiara memelihara, membela; ~ ayam; ~ misai; ~ isteri mempunyai isteri;
terpiara terpelihara, terbela;
piaraan 1. sesuatu yg dipelihara (ayam, kucing, dll); 2. = bini ~ perempuan simpanan, gundik;
pemiaraan perihal (perbuatan atau usaha) memiara, pemeliharaan: ~ ayam telur.
piarit sj serampang atau seruit yg mempunyai dua mata; lurus bagai ~ prb rupanya saja baik tetapi hatinya jahat.
piartrosis (Ubat) pembentukan nanah di dlm sendi.
pias I ark 1. bidang-bidang tikar mengkuang dll yg dijahit menjadi layar; 2. lajur, jalur.
pias II percikan (air hujan dll); ( tempias.
pias III sj ikan laut, selangat, Dorosama chacunda.
piasau Br kelapa, nyiur.
piat I piuh, herot, bengkok; piak I.
piat II; memiat 1. memial, memulas; 2. Kl pukul, sebat (dgn benda kecil spt lidi, rotan, dll).
piat III; ~-piut anak cucu atau keturunan yg sudah terlalu jauh.
piat IV sj tumbuhan (pokok), bebuas, sarang burung, Premna tomentosa.
piatu 1. tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar;
kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri.
piawai Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, timbangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~;
memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan;
terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~;
piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini;
kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa;
pemiawaian perbuatan memiawaikan.
PIBG kep Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
pic I 1. sj pokok yg mempunyai bunga berwarna samar dan buahnya bulat dan boleh dimakan, Prunus persica; 2. = buah ~ buah drpd pokok pic yg bulat, berkulit kekuningan, dan isi yg manis; 3. warna kuning kemerah-merahan spt warna buah pic yg masak.
pic II (Muz) darjah tinggi atau rendahnya nada suara (bunyi).
pica Mn = terpica lalai, lengah, meling;
memicakan melalaikan, melengahkan.
picagari sj alat utk menyedut cecair dan memancutkannya ke tempat lain;
memicagari menyedut, menyuntikkan dsb cecair dgn picagari.
picahbeling sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan sbg ubat penyakit kencing manis dll), Strobilanthes crispus.
pici peci, kopiah.
picik 1. tidak lebar (luas), sempit: kamar yg ~ lagi kotor; 2. tidak luas, sempit, cetek (pandangan, fikiran, pengetahuan, dll): bertambah-tambah pula ~ pengetahuanku dlm ilmu mengarang; 3. sempit, susah (wang, penghidupan, dll): kalau kita sesak dan ~ wang, tidak ada siapa boleh memberi; 4. Jk tidak boros, cermat, hemat;
memicikkan menyempitkan, mengurangkan, dll;
kepicikan perihal picik (tempat, fikiran, wang, dll): pd masa ~ wang ia akan menanti di lorong-lorong yg gelap utk merompak.
picing Mn pejam;
sepicing sekelip (mata), sebentar, sekejap: Rosnah belum dapat tidur walau ~ pun;
berpicing memejamkan mata;
memicingkan memejamkan mata, tidur: semalam-malaman aku tidak dapat ~ mataku;
terpicing terpejam (matanya), tertidur: dipandangnya muka Azimah dgn mata yg separuh ~.
picis Id wang yg bernilai 10 sen, ketip, pitis;
sepicis seketip;
picisan 1. wang ketip; 2. tidak berharga, rendah mutunya: apabila orang kata mahasiswa hanya suka membaca majalah hiburan bebas dan buku-buku ~, mahasiswa diam; roman ~ roman yg murah harganya (roman yg rendah mutunya).
picisan sj tumbuhan (pakis), pakis duitan, paku duitan, sakat ribu-ribu, sisik naga, Drymoglossum heterophyllum.
picit; lampu ~ lampu suluh yg dinyalakan dgn menekan tombolnya; tukang ~ tukang urut;
memicit memecal, memijit, mengurut: ia ~ hon; Hendon ~-micit dahinya beberapa kali;
terpicit 1. tertekan; 2. terurut;
picitan pijitan, tekanan, urutan.
picu pemetik (pistol, senapang, dll);
memicu menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb.
picung sj tumbuhan (pokok renek), buah keluak, (ke)payang, kapecong, simaung, Pangium edule.
pidal Kl, Tr tidak mahu membayar hutang.
pidana Id kejahatan, kesalahan jenayah;
hukum ~ = undang-undang ~ undang-undang bkn perbuatan-perbuatan jenayah; perkara ~ perkara (kes) jenayah; tindakan (perbuatan) ~ perbuatan yg dianggap sbg jenayah; kitab undang-undang hukum ~ buku undang-undang yg menyatakan hukuman-hukuman jenayah.
pidato 1. ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara;
berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~;
mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam;
mempidatokan membincangkan dlm pidato;
pemidato orang yg berpidato.
pidi Jk; memidi mengarahkan (guli dll) ke, membidik, menuju.
pigi bp pergi.
pigimana Id, bp bagaimana.
pigmen 1. (Bio) bahan berwarna yg terdapat dlm tisu tumbuhan atau haiwan; 2. (Kim) sebarang bahan yg dapat mewarnai bahan lain.
pigmentasi (Bio) warna asli yg kelihatan (terdapat) pd tumbuhan dan haiwan (termasuk manusia).
pigmi I orang atau binatang yg kerdil.
Pigmi II suatu puak yg terdiri drpd orang-orang kerdil di Afrika dan beberapa bahagian Asia Tenggara.
pigura ( figura.
pihak 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg berlawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal;
~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm persengketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita;
sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll);
berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (golongan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya;
berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai;
memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan;
pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah.
pihit Br; memihit menekan, menghempap, menindas;
terpihit tergelek, tergilas, tertindas.
pijak; pijak-pijak alat yg digerakkan dgn kaki (pedal basikal dll), injak-injak;
berpijak 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri;
memijak meletakkan kaki pd, menginjak: apabila dilangkahkannya kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah; ~ kepala (orang) menghina orang;
memijak-mijak memijak berkali-kali, menginjak-injak: dia ~ tanah di keliling rumput itu supaya kejap;
memijakkan meletakkan (menumpukan) kaki pd, menginjakkan kaki pd; ~ tanah istiadat pd mula-mula kanak-kanak meletakkan kaki di tanah, turun tanah;
terpijak memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari;
~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya;
pijakan perbuatan memijak;
pemijak; ~ kaki a) tempat berpijak (memijak); b) injak-injak, sanggurdi; c) telapak kaki; ~ tanah turun tanah.
pijama baju dan seluar longgar yg dipakai utk tidur biasanya oleh orang lelaki.
pijar I 1. merah menyala kerana terbakar (logam); 2. pecahan logam yg menyala; besi ~ besi yg merah menyala waktu ditempa; lampu ~ lampu elektrik yg berisi dawai menyala; mangkuk ~ bekas yg digunakan utk membakar logam; 3. berasa seakan-akan panas kulit kerana lama memegang cili (terutamanya cili yg sudah ditumbuk); 4. panas betul (minyak): lumuri daging dgn rempah dan goreng dlm minyak yg telah ~;
berpijar-pijar berapi-api spt pijar;
memijar 1. membakar (logam) sehingga lembut; 2. ki mengeluarkan bahang (kepanasan): di ufuk barat, matahari menghantarkan sinarnya yg tak lagi ~;
memijarkan membakar besi (logam) utk menjadikan pijar.
pijar II, pijar-pijar sj damar utk menghancurkan pateri.
pijat I; memijat memicit, memijit.
pijat II, pijat-pijat sj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk;
kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia).
pijat-pijat; ikan ~ sj ikan laut, Scolopsis vosmeri.
pijau Pr demam dgn sangat panas.
pijin (Lin) bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain.
pijit; tukang ~ tukang urut;
memijit 1. menekan dgn jari, memecal, memencet, memicit; 2. = memijit-mijit mengurut (badan dll);
terpijit terpecal, terpencet, terurut; ( picit.
pik kep pikul (ukuran berat yg besarnya 100 kati).
pika I unit cetakan bagi saiz taip yg bersamaan dgn 12 poin (lebih kurang 4.21 mm).
pika II (Ubat) keinginan dan tabiat memakan bahan bukan makanan (spt rambut dan pasir), yg biasanya dialami oleh wanita mengandung, pesakit histeria, dan kanak-kanak yg mengalami malnutrisi.
pikalili jeruk pedas drpd sayur-sayuran yg dipotong dan dicampur dgn rempah dan mustard.
pikap 1. van atau trak kecil yg badannya terbuka dan tepinya rendah utk digunakan sbg pengangkutan ringan; 2. bahagian pemain rekod yg mempunyai lengan dan jarum di hujungnya; 3. bp kebolehan utk memecut: kereta tua ini sudah tidak ada ~.
pikares (pikarés) (Sas) berkaitan dgn cereka pengembaraan yg menarik tentang seorang hero yg walaupun berupa seorang penyangak tetapi disukai: novel ~.
pikat I; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, menjebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar;
terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya;
pikatan burung (orang dll) yg telah dipikat;
pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat: pepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~;
pemikat 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati.
pikat II sj lalat besar yg mengerumuni (kerbau, lembu, dll), langau; pening ~ pening yg tidak kuat; spt ~ kehilangan mata prb bingung tidak tentu arah (kehilangan akal).
pikau I; berpikauan menjerit-jerit dgn tidak tentu arah (kerana takut dll);
terpikau-pikau kebingungan dan menjerit-jerit dgn tidak tentu arah: maka terkejutlah segala Bugis di dlm kubu itu ~.
pikau II sj burung, burung puyuh, Excalfactoria c. chinensis.
pike (piké) IB; kain ~ sj kain cita halus.
piket (pikét) I mogok dgn menghalang orang lain bekerja (mengajak orang lain jangan bekerja): buruh kilang itu akan mengadakan ~;
berpiket mengadakan piket.
piket (pikét) II IB anggota-anggota tentera yg sedang berjaga pd malam hari (di pejabat dll).
piknik makan bersama di luar utk bersuka-suka, berkelah, perkelahan;
berpiknik mengadakan piknik: keluarganya ~ di Port Dickson.
pikokomputer (Komp) komputer yg berupaya memproses data dlm lingkungan masa pikosaat.
pikolo (Muz) sj alat muzik kecil yg rupanya seakan-akan seruling tetapi menghasilkan nada yg lebih tinggi.
pikosaat unit masa yg bersamaan dgn 10-12 saat.
pikrama ( pekerma.
piktograf 1. (Lin) tanda atau lambang yg mewakili kata atau kata-kata spt dlm tulisan Cina; 2. pernyataan statistik, data dsb secara bergambar atau berlambang mengenai sesuatu perkara pd graf, carta dsb.
piktografi sistem tulisan yg menggunakan piktograf.
piktogram piktograf.
piku Id kep pemimpin kurcaci (pemimpin pandu kecil).
pikuk; hiruk-~ hingar bingar, riuh-rendah; ( hiruk.
pikul 1. barang yg diangkat dgn galas di atas bahu: membeli se~ air minum; 2. ukuran berat yg besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg): harga lima ~ beras ialah RM150;
berpikul-pikul beberapa pikul;
memikul 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggungjawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya;
akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung;
memikulkan 1. memikul beban utk orang lain; 2. meletakkan sesuatu di bahu utk dipikul; 3. membebankan, memberi menanggung, menyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dll) kpd: aturan-aturan baru yg dipikulkan kpd kita;
terpikul 1. dapat atau berupaya dibawa di atas bahu: saya tidak ~ seguni beras itu; 2. ditanggung, terletak: kini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; 3. dapat ditanggung, terderita, tertahan: dia mengalami tekanan jiwa yg tidak ~ olehnya;
pikulan 1. tongkat utk memikul sesuatu, galas, gandar; 2. beban atau muatan yg dipikul;
pemikul orang yg memikul beban.
pikun Jk sangat tua.
pil ubat yg berbentuk bulat, pipih, dan kecil yg biasanya ditelan bulat-bulat, tablet;
~ perancang (keluarga) pil yg dapat mencegah kehamilan; ~ tidur pil yg dapat menyebabkan seseorang mudah atau lekas tidur.
pilanggu Mn belenggu.
pilar tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb.
pilas Mn sj ayam sabungan yg borek serta berparuh dan berkuku hitam.
pilau ark perahu.
pilek Jk selesema sebab kena sejuk.
pili pancuran air, paip; air ~ air paip.
pilih; ~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dsb; ~ kasih mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat keputusan dll;
berpilih-pilih 1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja (yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu;
memilih 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak memandang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk;
memilihkan memilih (barang, jodoh, dll) utk orang lain;
terpilih 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja;
pilihan 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg terbaik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~;
pemilihan hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil;
~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak ; ~ bertingkat (berjenjang ark) Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mempunyai ciri terbaik utk dikacukkan;~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum;
pemilih 1. orang yg memilih; 2. terlalu memilih-milih: ia sangat ~.
pilihan raya pemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dsb; ~ kecil pilihan raya yg diadakan utk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri; ~ Negeri pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri; ~ Parlimen pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Rakyat; ~ umum pilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan oleh Perlembagaan.
pilik ( pilek.
pilin; piuh ~-~ putar balik (percakapan), tipu helah; tangga ~ sj tangga yg berbelit-belit (berpusing-pusing), tangga sulur batang; ~ kacang hendak mengebat, ~ jering hendak berisi prb suatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya;
berpilin 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin berkelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan;
memilin 1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3. memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga memulas dan memutar telinga, memial;
pilinan hasil memilin, yg dipilin;
pemilinan perihal atau perbuatan memilin.
pilis 1. ubat yg ditepekkan (dipalitkan) di dahi (di pelipisan); 2. garis pangkah di dahi utk menghindarkan penyakit;
berpilis menggunakan (memakai) pilis.
pilon I (Kej) struktur keluli yg tinggi yg didirikan utk menopang kabel elektrik bervoltan tinggi.
pilon II Jk tidak mengerti apa-apa, bodoh; berlagak ~ berpura-pura tidak mengerti, berpura-pura bodoh.
pilong Jw buta.
pilot IB pemandu kapal terbang, juruterbang, penerbang.
pilu I 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati;
memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku;
kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll).
pilu II ark pilau.
pilus sj penganan drpd tepung beras yg digoreng.
pimpan; akar ~ sj tumbuhan (herba), Setaria plicata.
pimpin I; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capek datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan;
memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih;
terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll;
pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll), pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk;
kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan;
pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk;
berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab;
kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya.
pimpin II sj tumbuhan (pokok memanjat), lada hitam hutan, Piper malaccense.
pimping sj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea; bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian terhadap perempuan yg cantik potongan badannya; kesat daun ~ prb lemah tetapi membahayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya.
pin I sj jarum yg digunakan utk mencucukkan dan melekatkan sesuatu pd benda lain, pasak, peniti, semat; ~ susup pin yg digunakan utk memasukkan tali (getah atau reben) ke dlm kelim;
mengepin mengenakan pin pd (baju dll).
pin II (dlm permainan boling) objek drpd kayu atau bahan sintetik yg berbentuk spt botol, yg disusun secara berkelompok utk dijadikan sbg sasaran pukulan bola.
PIN akronim bagi personal identification number (nombor pengenalan peribadi).
pina (Bio) daun telinga.
pina-pina; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), cumbai, Pterococcus corniculatus.
pinak; anak ~ anak cucu, keturunan; beranak ~ beranak cucu.
pinang I sj tumbuhan (palma yg buahnya dimakan dgn sirih), Areca catechu;
~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gonggok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi;
spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perempuan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri.
pinang II; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu;
pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan;
meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar;
pinangan 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll);
peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang;
peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih.
pinang III Mn; meminang-minang menimang-nimang; ( timang I.
pinang IV sj ikan laut, Spilotichthys pictus.
pinang-pinang sj ikan laut, Caesio chrysozona (diagramma).
pinar I ( pinaremas.
pinar II; berpinar-pinar berkunang-kunang, berpendar-pendar (mata);
meminarkan menyebabkan berpinar-pinar: air yg bergenang di kelopak mata ~ pandangan.
pinaremas sl disulam dgn benang emas atau dihiasi dgn air emas.
pincang I 1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya);
memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup;
kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.
pincang II; sepincang Jk satu sen setengah.
pincuk I sj rojak buah-buahan yg dicampur dgn gula dan belacan serta lada dll.
pincuk II Jk; memincuk memikat hati;
kepincuk Jk sangat berkenan, jatuh cinta, terpesona.
pincung; pincang-~ tidak teratur, tidak betul perjalanannya; ( pincang I.
pincut (Sunda) pincuk;
kepincut kepincuk.
pinda; meminda membetulkan (kesalahan dll), membaiki, mengubah: undang-undang ini telah dipinda;
pindaan 1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda: jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb;
pemindaan hal atau perbuatan meminda: ~ yg memberi hak “mengawal, mengehadkan atau menahan,” tetapi bukannya melarang kemasukan orang-orang asing;
peminda pihak atau orang yg meminda sesuatu, spt peraturan, garis panduan dsb.
pindah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan;
berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei, dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular;
~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya;
memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular);
memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari;
memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian;
pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah;
kepindahan kejangkitan, ketularan;
perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat;
pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi.
pindai Mn ark; memindai melihat dgn bersungguh-sungguh, memandangi, memerhatikan.
pindang sj masakan berkuah drpd ikan dll yg dimasak dgn asam (kunyit dll).
pindis sj tumbuhan (pokok), kepin(d)is, tempinis, Sloetia sideroxylon.
pinga; terpinga-pinga tercengang-cengang kehairanan: kami ~ memikirkan di mana sebenarnya kami ditempatkan.
pingai warna kuning muda (kuning air), putih kekuning-kuningan; burung ~ a) sj burung yg bulunya kekuning-kuningan; b) sesuatu yg ganjil (ajaib); c) = siburung ~ jiwa, semangat.
pingat bintang yg dikurniakan oleh kerajaan (sultan dll) utk menghormati jasa seseorang.
pinggah ark hembusan, ububan, puputan.
pinggan sj alat atau bekas drpd tembikar dll biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll);
~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk sarapan utama (spt makan nasi dsb); ~ mangkuk perkakas atau alat-alat makan minum (piring, cawan, mangkuk, dll);
~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa.
pinggang bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); buah ~ ginjal, kerinjal; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd bahagian pinggang; bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang;
~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll;
berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk;
peminggang bahagian tengah-tengah perahu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu.
pinggir tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai;
meminggir pergi ke pinggir, menepi;
meminggiri memberi berpinggir, berada (terletak, tumbuh, dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras;
meminggirkan mengesampingkan, mengetepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu;
terpinggir ki sudah diketepikan kerana dianggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata;
keterpinggiran perihal atau keadaan terpinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman;
pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang berpengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~;
peminggiran 1. perbuatan mengesampingkan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak.
pinggul Mn pangkal paha bahagian belakang, punggung, pantat (bokong); berat ~ pemalas.
pingin bp kepingin.
pingit; berpingit berkurung dlm rumah: gadis Melayu dahulunya ~ dan hanya kelihatan sekali-sekala sahaja;
memingit 1. menjaga dgn rapi dlm rumah (anak dara dll): anak dara yg dipingit; 2. mengurung (dlm sangkar dll): ~ kuda;
pingitan yg dipingit (dikurung): tiga dara ~; kuda ~;
pemingitan perihal atau perbuatan memingit: ~ dan pengurungan wanita bukanlah satu cara utk mengembalikan kedudukan dan hak wanita.
pingkal Jw; terpingkal-pingkal tertawa gelak-gelak (kial-kial).
pingpong sj permainan dgn menggunakan pemukul (drpd papan dll) utk menampar bola kecil di atas meja yg luas.
pinis ( tempinis.
pinjal kutu (anjing dll).
pinjam 1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya;
meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang, dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep, dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP;
meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang dll pd;
meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya;
pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipinjamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang;
~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan atau majikan utk membolehkan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memohon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewangan kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing;
peminjaman perihal (perbuatan dsb) meminjam atau meminjamkan;
peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya.
pinjul I Kd bengkak, binjul.
pinjul II Kd, Pn baki (wang dll).
pinjung Jh penjuru.
pinokol sj kalung manik yg dipakai oleh suku kaum Rungus di Sabah semasa upacara perkahwinan, keagamaan dsb.
pinser (pinsér) sj penyepit yg digunakan oleh doktor dll.
pinset (pinsét) ( pinser.
pinta 1. minta, mohon: mengapa itu yg datuk ~?; ~lah yg lain; 2. permintaan, permohonan: perkenankan olehmu akan ~ hambamu; 3. nasib, untung malang; buruk ~ nasib yg buruk; singkat ~nya cepat sampai maut(nya);
meminta 1. menentukan nasib, mentakdirkan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~ karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya;
~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan;
terpinta sudah ditakdirkan atau ditentukan;
pintaan permintaan, permohonan, pinta;
peminta nasib, untung malang, pinta; ( minta.
pintak ark pinta, minta;
dipintaki diminta.
pintal pilin, terpilin (tali dll); tali ~ tali yg terpilin;
berpintal-pintal berpilin-pilin (dawai, rambut, dll), berpiuh-piuh;
memintal 1. memilin supaya jadi tali: ~ tali rami; 2. membuat benang, mengantih: perusahaan-perusahaan ~ benang dan menenun kain kapas;
pemintalan 1. hal atau perbuatan memintal; 2. perkakas (tempat dll) memintal;
pemintal 1. perkakas utk memintal benang atau tali, pengantihan; 2. orang yg memintal (benang, tali, dll): ia ~ tali.
pintang ark; hilang ~ hilang sama sekali, hilang lenyap.
pintar 1. cekap, pandai: datuk itu ~ orangnya; 2. banyak akal, cerdik, licin: orang yg kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas drpd kita; 3. mahir dlm membuat sesuatu pekerjaan: tukang-tukang gambar dan pelukis-pelukis yg ~; mereka sudah ~ membuat baju sendiri;
memintarkan menjadikan pintar;
terpintar tercekap, terpandai;
kepintaran 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran.
pintas; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota;
sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji, dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan, dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar lalu;
memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: ‘manalah aku tahu,’ Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita-cita, maksud, serangan musuh, dll); 6. = memintasi melintasi, melalui, menjalani, mengatasi: ~ segala kesulitan;
memintaskan sl memintasi, mengatasi;
pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan;
kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll);
pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihatan.
pintau ark; burung ~ sj burung, manyar, tempua, Plocella javanensis.
pinter Jk pintar.
pintil seunting benang.
pintu 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah, dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk mencapai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan perbandaran);
~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi), ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana;
bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya;
berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl mengukur pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi;
berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatoh yg divarnis.
pinuh Pr kepuk atau belubur yg terletak di sawah utk menyimpan padi.
pioderma (Ubat) sebarang penyakit kulit yg bernanah.
piokolpos (Ubat) timbunan nanah di dlm faraj.
piometra (piométra) (Ubat) timbunan nanah di dlm rahim.
pion IB sj buah catur, bidak.
pionir IB perintis atau pembuka jalan.
piorea (pioréa) (Ubat) radang pd gusi yg menyebabkannya kecut dan gigi menjadi goyah, penyakit gusi.
pipa 1. buluh-buluh, pembuluh, paip; 2. a) alat penyambung rokok (drpd tulang dll), paip; b) = ~ tembakau alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, paip; 3. Id = ~ paberik cerobong asap (kilang); 4. sl bekas yg bulat tempat mengisi sesuatu, tong: tiada terkira-kira tenggiri sampai dibuang ikannya, diambil telurnya sahaja, diisi ke dlm ~ bubuh garam.
pipet (pipét) sj pembuluh kaca yg hujung pangkalnya kecil utk menyukat atau memindahkan isi padu tertentu cecair.
pipi bahagian muka di bawah pelipis: air matanya membasahi kedua-dua belah ~nya;
ekor ~ bahagian pipi di sebelah bawah; lesung ~ lekuk pd bahagian pipi, lesung pipit; tulang ~ tulang pd bahagian pipi di atas tulang rahang.
pipih 1. rata serta tipis, leper: badannya yg leper atau ~ ini membolehkan lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di bawah-bawah kayu; bulat ~ bulat dan rata serta tipis (duit syiling dll); 2. kemik, pesek (hidung);
memipih menjadi pipih; kanta mata itu pun ~ menjadi rata;
memipihkan menjadikan pipih.
pipis; berpipis sudah dilumatkan (dihaluskan): lada yg hampir lumat ~ itu dijemputnya;
memipis melumatkan atau menghaluskan (lada, rempah, dll) dgn batu giling dll: ~ kasar;
memipiskan memipis (lada, rempah, dll) utk;
pipisan alat utk memipis atau melumatkan (lada, rempah, dll), batu giling.
pipit I sj burung kecil, mentua pelanduk, Motacilla cinerea melanope;
~ anggerik sj burung kecil, kelicap berjambul, Yuhina zantholeuca interposita; ~ padang sj burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah), lak padi, lancar-lancar, seri lancar, Anthus novaesee landiae malarensis; ~ padi = ~ uban sj burung kecil, cak padi, ciak, Munia maja maja; ~ pinang sj burung kecil, Munia punctulata fretensis; ~ rumah sj burung kecil, Passer montanus malaccensis; ~ tuli sj burung kecil, Munia striata subsquamicollis;
~ berperang dgn garuda prb orang kecil melawan orang besar; ~ bukan seeekor, jagung bukan sebatang prb jawaban utk menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan; ~ hendak jadi enggang prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan; ~ meminang anak enggang prb orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia); ~ pekak makan berhujan prb sangat rajin; ~ menelan jagung prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya akhirnya akan mendapat kesusahan; ~ sama ~, yg enggang itu sama enggang juga = ~ sama enggang mana boleh terbang bersama prb a) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat; b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing; ~ tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah prb serba salah utk menyelesaikan pekerjaan yg sulit (jika diteruskan pun berbahaya); ~ yg makan padi, merbah terbawa rendong prb orang lain yg mendapat kesenangan, orang lain yg menanggung akibatnya.
pipit II pangkal serunai yg pipih tempat meniup.
pipit III Jw; memipit mengapit;
pipitan apitan.
pipit IV bp kemaluan kanak-kanak lelaki.
pipit V sj ikan laut, sumpit-sumpit, Chelmo rostratus.
pirai sj penyakit sengal-sengal dlm tulang dan sendi-sendi.
piramid 1. binaan drpd batu yg mempunyai dasar segi empat atau segi tiga dan sisi cerun yg bertemu di puncak, terutama yg dibina drpd batu di Mesir kuno; 2. limas; 3. (Mat) bongkah yg tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga dan bertemu di bucu; ~ tepat (Mat) piramid yg mempunyai tepi atau sendeng yg sama panjang.
pirana sj ikan kecil yg bergigi tajam dan memakan daging, yg lazim terdapat dlm sungai-sungai di Amerika Selatan, Serrasalmus spp.
piranha ( pirana.
piras Kl; ~ hangit tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol.
pirau I 1. warna spt warna abu, kelabu; 2. Mn tidak terang (pelihatan), kabur.
pirau II; berpirau, memirau tidak lurus perjalanannya, melencong (menyimpang) ke kiri atau ke kanan;
berpirau-pirau berjalan menyimpang-nyimpang (menyerong-nyerong, berpal-pal, berperai-perai).
piridoksina (Ubat) salah satu vitamin B kompleks yg banyak terdapat dlm hati, jagung dan susu dan berfungsi sbg koenzim dlm sintesis asid amino drpd karbohidrat.
pirih Jh 1. parah, teruk (kerugian, penyakit, dll); 2. letih, tewas (perlawanan dll).
pirik I; memirik menumbuk (lada, rempah, dll) lumat-lumat, melumatkan, memipis.
pirik II Mn; memirik mencubit, menyepit.
piring 1. sj pinggan yg kecil utk mengisi kuih dll atau utk alas cawan dll: ia menyorongkan ~ kuih itu kpd kawannya; 2. = piring-piring, piringan barang yg bulat pipih serupa piring: ~ peti nyanyi; 3. petak (kebun, ladang, dll): kebun kelapanya berbau-bau dan sawahnya beratus-ratus ~;
~ mangkuk a) = ~ cangkir Id perkakas atau alat-alat utk makan minum (piring, cawan, mangkuk, dll); b) alas mangkuk (cangkir); ~ peti nyanyi = ~ hitam rekod; ~ (piring-piring) sepeda Id cakeram yg bergigi utk memusingkan rantai sepeda (basikal); ~ terbang sj benda bercahaya berbentuk cakera yg kelihatan melayang dgn pantas di angkasa, kononnya menjadi pengangkutan makhluk asing; ~ warna Newton sj piring (drpd kertas dll) yg diwarnai dgn warna-warna yg ada dlm spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi putih).
pirit (Kim) sj bahan galian yg rapuh, berwarna kuning, dan digunakan dlm pembuatan asid sulfurik dll.
piromania (Psi) keinginan yg tidak terkawal utk membakar sesuatu benda dsb.
pirometer (pirométer) alat utk mengukur suhu yg sangat tinggi, mis di dlm relau.
pirosis (Ubat) pedih hulu hati.
piroteknik (pirotéknik) seni membuat bunga api dan mercun.
piruk; hiruk-~; ( hiruk.
pisah I cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit;
berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi;
berpisah-pisah berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendiri-sendiri;
memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman;
memisahkan 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum;
terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, bersama, dll), terasing, tercerai, terpencil, tersendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini;
terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai;
keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan;
perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyatakan selamat berpisah;
pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll);
pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah.
pisah II Kl sengaja.
pisah III Tr jalan, ikhtiar.
pisang I sj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap;
~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil.
pisang II; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki.
pisang III; pucuk ~ sj ikan darat, Labeobarbus faciatus;
pisang-pisang I sj gading-gading (bahagian rangka perahu).
pisang-pisang II sj tumbuhan (pokok), pokok segauh, segumpal hitam, Polyalthia cinnamomea; ~ hitam = ~ padi = ~ pipit, akar ~ jantan = akar ~ kuning = akar ~ tanduk sj tumbuhan (pokok memanjat), Uvaria spp.; ~ buku sj tumbuhan (pokok memanjat), Desmos chinensis.
pisang-pisang III 1. sj ikan laut, Albula vulpes; 2. sj ikan laut, Caesio caerulaureus, 3. sj ikan laut, Dhanos chanos; 4. sj ikan laut, Elegatis bipinnulates.
pisat; terpisat-pisat kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu.
pisau I sj besi tipis yg tajam dan berulu utk memotong (menghiris dll);
~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll;
berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan merasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar.
pisau II; burung ~ raut sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus variegatus.
Pises lambang kedua belas dlm zodiak, yg berlambangkan dua ekor ikan.
pisik Mn padat, pejal, sintal (tubuh).
pisikultur (Tani) pembiakan dan penternakan ikan dlm persekitaran yg terkawal.
pisis C picis, pitis.
pisit I pisik.
pisit II; memisit menyoal dgn teliti atau dgn ancaman supaya mengaku (membuka rahsia dll); dgn tidak payah dipisit, Ahmad telah membuka mulut hendak menyatakan sesuatu.
pisivor (Bio) haiwan yg tabiatnya memakan ikan: burung ~.
piskal IB pegawai pengadilan yg tugasnya mendakwa, pendakwa raya.
pispot IB sj bekas yg bertutup utk tempat kencing dll.
pistasio 1. pokok drpd famili Anacardiaceae yg menghasilkan kacang kecil yg berkulit keras, Pistacia vera; 2. = kacang ~ kacang drpd pokok ini yg isirungnya boleh dimakan.
pistil (Bio) bahagian pembiakan betina bunga yg terdiri drpd satu atau lebih karpel terpisah atau bercantum.
pistol sj senjata api berlaras pendek dan kecil;
~ air sj permainan kanak-kanak yg berbentuk pistol dan menggunakan air sbg pelurunya; ~ angin pistol yg menggunakan tekanan udara utk menembakkan pelurunya;
memistol menembak dgn menggunakan pistol.
pit I IB ark basikal, kereta angin, sepeda.
pit II C sj pensel Cina; ( mopit.
pit III tempat berhenti di litar lumba yg membolehkan kereta atau motosikal lumba berhenti sebentar utk mengisi minyak, menukar tayar baru dsb semasa dlm perlumbaan.
pita jalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai;
~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, banderol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara Id bahagian alat dlm halkum manusia yg bergerak-gerak (dgn gerakannya manusia boleh bercakap); ~ ukur sj alat utk mengukur panjang dll; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video;
berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya.
pitam hilang kesedaran dan pelihatan buat seketika akibat kekurangan bekalan darah ke otak; ~ babi gila babi, sawan babi, penyakit ayan; naik ~ ki naik darah, terlalu marah.
pitar, memitar sl mengarahkan meriam dll.
pitarah ark nenek moyang.
pitas Kl 1. pintas; 2. hambat, kejar, kepung.
pitawat Mn ark nasihat, petua.
piterseli (piterséli) IB sj sayuran.
pitih Mn, Kl pitis, duit.
piting I Jk; memiting menyepit (mengait) dgn kaki dll.
piting II kepiting.
pitis 1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip);
~ habis, keinginan tiba prb keinginan (kemahuan dll) datang setelah jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian;
pitisan beberapa banyak wang (pitis).
pitis-pitis sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kambing-kambing, akar (batu) pelir kambing, buah pitis, Sarcolobus globosus.
pitpit; burung~ sj burung, burung bitbit, Cacomantis merulinus threnodes.
pitu Jw tujuh.
pitut ark bengkok (kaki dll).
piuh; ~-pilin putar balik (percakapan dll), tipu helah;
berpiuh berpilin, berpulas, berputar;
berpiuh-piuh 1. berpilin-pilin spt dipintal (tali, rambut, dll); 2. lilit-melilit, saling memilin;
memiuh 1. memegang sesuatu lalu memilin (memutar); 2. memulas (sakit perut): perut ~; memiuh-miuh tangan meramas-ramas tangan;
terpiuh 1. terpilin, terpulas; 2. tergeliat, terpelecok (kaki, tangan).
piuh-piuh sj tumbuhan (pokok renek), Chasalia curviflora.
piung sl anggota polis.
piuria (Ubat) kehadiran nanah di dlm air kencing.
piut keturunan yg kelima (cucu kpd cucu);
~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh.
piutang wang yg dipinjamkan kpd orang (boleh ditagih kembali); hutang ~ wang yg dipinjam drpd orang lain dan yg dipinjamkan kpd orang lain; si ~ orang yg memberikan pinjaman wang;
berpiutang mempunyai wang yg dipinjamkan kpd orang: yg berhutang membayar dan yg ~ menerima;
memiutangi meminjamkan wang kpd orang;
memiutangkan menjualkan barang dagangan dll dgn berhutang (pembayarannya dilakukan kemudian);
pemiutang orang atau pihak yg memberikan pinjaman, pemberi pinjaman (hutang).
piuter 1. aloi yg mengandungi timah (80-90%), plumbum (10-20%), dan kadangkala logam-logam lain spt kuprum dan antimoni; 2. barangan spt pinggan mangkuk, barang hiasan, dll yg diperbuat drpd logam ini: kole ~; piring ~.
piza sj makanan yg berasal dr Itali yg diperbuat drpd doh dgn campuran berempah sos tomato, daging, keju, dll.
PJ kep Petaling Jaya.
PJJ kep Pengajian Jarak Jauh.
PJK kep Pingat Jasa Kebaktian.
pk kep pikul.
PKBM kep Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia.
PKI kep Partai Komunis Indonesia.
PKMM kep Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
PKPIM kep Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
PKPIPTM kep Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu.
plag peranti yg mempunyai dua atau tiga cemat yg disambungkan dgn wayar dan digunakan sbg sambungan elektrik apabila dimasukkan ke dlm soket, palam.
plagiarisme 1. perbuatan mencedok kata-kata, idea, dll drpd karya orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri, penjiplakan; 2. sesuatu yg dijiplak, tiruan, cedokan.
plagiat; memplagiat mencedok kata-kata, idea, dsb drpd orang lain dan menggunakannya sbg karyanya sendiri, menjiplak.
plaintif pihak yg mendakwa (dlm kes sivil yg dibawa ke mahkamah).
plak 1. enapan yg terbentuk pd permukaan gigi yg terdiri drpd campuran air liur, bakteria, dan saki-baki makanan, yg boleh menyebabkan penyakit gusi.
plak II plat drpd gangsa, kayu, dll yg berhias dan berukir sbg tanda peringatan: sebuah ~ gangsa Renong Berhad.
plaksegel (plakségél) IB, bp meterai tampal.
planet (planét) sebarang jasad, kecuali komet, meteor atau satelit, yg beredar mengelilingi matahari dlm sistem suria, mis Bumi, Marikh,Utarid, Zuhrah, Jupiter, dll.
planetarium (planétarium) 1. alat yg digunakan utk memperlihatkan susunan dan pergerakan matahari, bulan, planet, dan bintang-bintang di langit; 2. bangunan berkubah yg memuatkan alat yg digunakan utk tujuan memperlihatkan imej tentang susunan dan pergerakan bintang dan planet di langit.
planetologi (planétologi) kajian tentang planet, termasuklah asal-usul, taburan dan komposisinya.
planimetri (planimétri) ilmu ukur bidang (luas).
plankton sj benda halus (organik) yg terapung-apung di air (menjadi makanan ikan).
planologi IB pengetahuan bkn rancangan pembangunan bandar dll.
plasenta (plasénta) (Ubat) organ yg menghubungkan ibu dgn janin dlm rahim (membekalkan makanan, termasuk oksigen drpd ibu kpd janin dan juga mengeluarkan bahan kumuh drpd janin melalui ibu), tembuni, uri; ~ previa kedudukan plasenta yg tidak normal yg boleh mengakibatkan perdarahan yg serius.
plasma sj cecair tidak berwarna yg merupakan sebahagian drpd darah.
plasmodium (Bio) parasit yg dibawa oleh nyamuk tiruk masuk ke dlm darah manusia dan menyebabkan malaria.
plaster 1. campuran kapur, pasir, simen dan air yg menjadi keras apabila kering utk melapis dinding, siling, lepa, turap; 2. = ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, kapur paris; 3. sejalur bahan drpd kain dsb yg berperekat dan berubat utk menampal luka pd kulit;
memplaster menyapu atau menyalut dgn plaster (campuran simen, pasir, kapur dan air), melepa: kerja ~ tembok rumah itu hampir selesai.
plastid (Bio) benda-benda halus dlm sel hidup yg menjadi pusat tindakan (pergerakan kimia).
plastik 1. sj bahan sintetik yg warnanya bermacam-macam utk membuat pelbagai jenis alat (pinggan, sisir, alas meja, dll); 2. kesenian membuat patung dll dgn mengukir atau memahat.
plastis IB 1. mempunyai sifat-sifat yg mudah dibentuk utk menjadikan barang lain; 2. digambarkan sebagai benar-benar terjadi dll.
plastisin sj bahan tanah liat yg mudah dibentuk-bentuk (digunakan utk membuat patung dll).
plastoponik (Tani) sistem hidroponik yg menggunakan kompos tiruan drpd bahan plastik bagi menggantikan bahan spt habuk kayu.
plat I jarum penyemat, peniti.
plat II kepingan nipis logam, plastik, dsb utk menulis nama, nombor, dsb;
~ arloji piring jam tempat ditulis angka; ~ layar sarung jari tukang pembuat layar; ~ nombor plat yg memaparkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan (spt kereta, motosikal dsb), biasanya dipasangkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu; ~ panas besi leper, biasanya pd dapur gas atau elektrik yg dipanaskan dgn kuasa elektrik, digunakan utk memasak atau memanaskan makanan dsb.
platelet (platélet) (Bio) sel yg terdapat dlm darah yg membantu pembekuan darah.
platform 1. lantai yg ditinggikan sbg pentas utk penyanyi (pelakon dsb); 2. lantai yg ditinggikan di stesen kereta api utk memudahkan para penumpang naik turun dr kereta api; 3. dasar, (prinsip sesuatu parti politik dll), asas perjuangan; ~ parti dasar (rancangan dll) parti.
platinum (Kim) unsur logam berharga berwarna putih kekelabuan, tidak kakis, digunakan sbg mangkin, utk membuat barang kemas, dll.
platipus sj binatang kecil berbulu tebal di Ausralia yg mempunyai paruh spt itik, berkaki renang, berekor leper dan bertelur, Ornithorhynchus anatinus.
plato IB dataran tinggi.
platonik semata-mata bersifat spiritual, bukan didorong oleh atau bermotifkan keinginan nafsu syahwat (bkn hubungan persahabatan atau kasih sayang): hubungan ~ antara Hafiz dgn Zakiah adalah inti novel Langit Pelangi; apakah yg menarik tentang cinta ~?
platuk Jw picu (senapang dll).
platun sekumpulan tentera (antara 30-40 orang) yg diletakkan di bawah pimpinan seorang leftenan, biasanya dibahagikan kpd tiga seksyen.
playar alat utk memotong (membengkokkan) dawai dll.
plaza 1. jalan yg diluaskan (dilebarkan) sbg jalan masuk ke sekumpulan rumah tol di sesuatu lebuh raya; 2. kompleks membeli-belah.
plebisit (plébisit) (Pol) pemungutan suara umum dlm sesebuah negara utk menentukan (menyelesaikan) sesuatu tuntutan (krisis dll).
plecet (plécét) Jk; wang ~ wang sogok.
plek (plék) bunyi daun terup dll yg dibanting pd meja dll.
plektrum (pléktrum) (Muz) kepingan logam, plastik dsb yg kecil dan nipis utk memetik tali gitar, mandolin dsb.
pleno (pléno); rapat (sidang) ~ rapat atau sidang yg lengkap drpd seluruh anggota.
pleomorfisme (pléomorfisme) kejadian atau kewujudan sesuatu organisma atau hablur yg dapat wujud dlm berbagai-bagai bentuk.
pleonasme (pléonasme) (Lin) penggunaan kata-kata yg tidak perlu dan membazir.
pleura (Ubat) selaput nipis yg melapisi paru-paru dan rongga toraks.
pliding (Udg) pernyataan bertulis secara formal tentang sebab sesuatu tindakan atau pembelaan yg dikemukakan oleh plaintif dan defendan dlm sesuatu tuntutan mahkamah.
plintir Jw; diplintir dipilin, dipulas, dipiuh.
PLN Id kep Perusahaan Listerik Negara.
PLO kep Palestinian Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin).
plombir IB 1. sj cap drpd timah menandakan telah membayar cukai kenderaan dll; 2. pengisi gigi yg berlubang;
diplombir diisi (gigi yg berlubang).
plosif (Lin) letupan.
plot jalan cerita (dlm novel, filem, drama, dsb): adakah ~ dan perwatakannya baik? Adakah buku itu mempunyai nilaian yg kekal?
memplot (Mat) 1. menandakan titik-titik pd graf; 2. melukis melalui titik-titik graf;
memplotkan membentuk (menghubungkan) peristiwa-peristiwa dlm sesebuah cerita (novel, sandiwara, dll) yg rapat pertaliannya dgn watak dlm cerita;
pemplot (Komp) peranti output yg melukis lukisan atau graf pd kertas secara automatik dgn menyambungkan titik-titik data satu per satu.
pluerisi (Ubat) radang pd membran yg melapisi paru-paru dan rongga toraks sehingga mengakibatkan rasa sakit pd dada semasa bernafas atau batuk, radang pd pleura.
plum sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berbentuk bujur atau bulat, berbiji keras dgn isinya lembut dan masam-masam manis, Prunus spp.
plumbum (Kim) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur, lembut, dan digunakan sbg bahan utk membuat paip air, bateri, pateri, dll; minyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ petrol yg kandungan plumbumnya dikurangkan utk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
pluralis IB (Lin) lebih drpd satu, jamak.
pluralisme 1. keadaan yg majmuk, kemajmukan: motivasi ini kuat bagi faham ~nya tentang ruang dan waktu; 2. keadaan masyarakat yg terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb: ~ dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu dihormati.
pluralistik bersifat majmuk, berasaskan pluralisme: masyarakat kita yg ~.
plus (Mat) 1. tanda campur (+); 2. tambah, campur: dua ~ tiga jadi lima.
PLUS akronim bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan.
Pluto planet yg kesembilan jauhnya dr matahari (paling jauh dr matahari).
plutokrasi pemerintahan yg dikuasai oleh kaum pemodal (kapitalis).
plutokrat orang yg kaya-raya dan berkuasa, orang yg berpengaruh kerana kekayaannya.
plutonium (Kim) sj unsur logam radioaktif yg sangat beracun dan bersifat karsinogen, dan digunakan terutamanya sbg bahan bakar dlm stesen kuasa nuklear dan senjata nuklear.
pm kep post meridiem (selepas tengah hari).
Pm simbol kimia bagi prometium.
PM 1. kep Perdana Menteri; 2. Id kep Polisi Militer.
Pmg. kep Pemangku: ~ Pengarah Perancangan Bahasa.
PMN kep Panglima Mangku Negara (pingat kelas kedua dlm Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, pemegang pingat ini bergelar Tan Sri).
PMR kep Penilaian Menengah Rendah.
PNB kep Permodalan Nasional Berhad.
pneumonia (pnéumonia) (penyakit) radang paru-paru yg menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian drpd paru-paru berisi cecair.
pneumatik (pnéumatik) 1. berkaitan dgn udara, angin, atau gas; 2. (bkn alat, mesin, dsb) yg dikendalikan oleh udara mampat.
PNI kep Partai Nasional Indonesia.
po C; main ~ sj judi dgn menggunakan daun terup kecil.
Po simbol kimia bagi polonium.
pocak Kl memacak, menanam, menghunjam: pd hari sukan, murid-murid sekalian sibuk ~ bendera di padang.
poces (pocés) Jk sj permainan dgn menggunakan guli.
poci sj bekas drpd tembikar dll utk memasak kopi (teh dll), cerek, teko.
pocong I Jw; sepocong segemal atau secekak padi.
pocong II; hantu ~ sj hantu yg berupa mayat yg dibalut dgn kain kafan.
pocot Jw ark pecat.
podak; pandan ~ sj tumbuhan (mengkuang), Pandanus tectoris.
podar bp bedak halus.
podemporem Id, bp tepung yg berwarna kuning serta kuat baunya utk mengubat kudis dll.
podium pentas kecil tempat seseorang berdiri utk berceramah, memimpin orkestra, dsb: orang yg hadir bertepuk tangan sebelum beliau naik ke atas ~ yg telah tersedia.
podo sj tumbuhan (pokok) dlm famili Podocarpaceae, jati, kebal musang, ru bukit, setada, (di Sabah, kayu cina, lampias atau rampayan), landin (Sarawak), Podocarpus spp.
pogrom penganiayaan (penghapusan) secara terancang sesuatu kumpulan etnik.
pohon I 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin, ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan;
~ angin awan (mendung) yg bergumpal-gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluarkan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga;
ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walaupun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut;
pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutamanya digunakan dlm karya sastera);
pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan;
pepohon pohon-pohon.
pohon II; memohon meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya;
memohonkan memintakan dgn halus (dgn hormat); ( mohon.
pohu Kl 1. buruk, mudah patah: lantai jemuran sudah ~, nak salin lain pun tidak ada masa lapang; 2. senang hancur, rapuh, reput: biskut ini ~, sesuai utk makanan kanak-kanak.
poin 1. titik, noktah: dgn pensel dan kayu pembaris sambungkan ~ yg ditanda itu; 2. saiz atau ukuran (huruf dsb) kira-kira 0.35 mm: muka taip tajuk hendaklah antara 12 ~ hingga 60 ~; 3. bp sesuatu yg penting dlm sesuatu perbincangan atau perkara: ~ utama dlm perbincangan ini ialah kerja dan fungsi pekerja adalah saling bergantungan.
pojok 1. penjuru, pelosok, sudut; 2. ruangan dlm akhbar dll yg memuatkan kata-kata lucu tetapi pedas serta menyindir; isi ~ karangan-karangan pendek di sudut akhbar.
pokai bp tidak ada wang lagi, sudah kehabisan wang: engkau hendak pinjam drpd aku, macam mana aku hendak beri sebab aku pun dah ~.
pokar Kl kumpulan, peringkat: dlm ~ yg pertama dua puluh orang telah dinaikkan pangkat.
pokat; buah ~ buah adpokat, Persea gratissima.
pokeng (pokéng) ark tidak berekor, bogel.
poker sj permainan daun terup (biasanya melibatkan pertaruhan wang).
poket (pokét) I 1. kantung yg dijahit pd pakaian (seluar, baju dsb) tempat menaruh sapu tangan, duit, dompet dsb, kocek, saku: seluarnya mempunyai banyak ~; 2. kantung pd pintu kereta, beg pakaian dsb; 3. beg jaring kecil pd meja biliard, meja snuker dsb tempat bola dimasukkan.
poket (pokét) II; ~ udara kawasan bertekanan rendah di ruang udara yg menyebabkan kapal tebang yg melaluinya terturun dgn tiba-tiba.
pok-o; minyak ~ minyak angin.
pokok 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal;
~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat): ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;
sepokok satu pokok, sama pokoknya, sama dgn harga beli (modal);
berpokok 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asasnya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal;
memokoki memodali, memberi modal;
memokokkan memusatkan (pd), menumpukan (pd);
terpokok 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga spt yg ditetapkan, berharga.
pokrol 1. Id wakil orang yg berperkara di mahkamah (dituduh atau menuduh), peguam, pembela; 2. bp orang yg pandai bertengkar (berbantah, berbahas, dll);
~ bambu a) pokrol (pembela) yg tidak berkelulusan (berkelayakan); b) orang yg pandai bertengkar (berbantah, berbahas, dll); ~ jenderal Id ark jaksa agung;
memokrolkan menyerahkan perkara kpd pokrol (peguam);
pokrol-pokrolan bp bertikam lidah, berlawan berbicara (bertengkar dll).
pokta sl tersangat indah (mulia), tidak ada bandingnya, (yg) terbaik.
pol I IB, bp 1. penuh; 2. sudah sampai ke peringkat yg sehabis tinggi atau banyak (kekuatan, masa kerja, gaji, dll): dr warung-warung kopi dan restoran-restoran kecil yg punya radio, radionya dipasang ~; 3. selesai dibayar, lunas;
dipolkan bp 1. dipenuhkan; 2. dibayar semua, dilunasi; 3. dibiarkan sehingga habis.
pol II Id, bp volt.
pol III ukuran panjang yg bersamaan dgn 51/2 ela.
pola 1. lukisan utk contoh batik; 2. corak batik (tenun dll), ragi, suri; 3. contoh, model, patrun: kadang-kadang ~ yg diambil utk pembentukan kata baru itu terdapat dlm bahasa daerah pula; ada empat ~ ayat dlm bahasa Melayu;
berpola mempunyai pola: sampel ~;
berpolakan menggunakan sesuatu sbg pola: sajak “Balada Pemuda dan Dara” ~ sajak-sajak W. S. Rendra.
polah Mn; berpolah-polah terlalu mewah, kemewahan.
polak NS panas, radang.
polan; si ~ si anu (sebutan kpd orang yg tidak diketahui namanya).
polang I; ~-paling berpusing-pusing dan berubah-ubah arahnya (bkn angin).
polang II; ~-poleng Jk a) berwarna belang-belang (berkotak-kotak) spt tapak catur; b) berbelang-belang, bertelau-telau.
polangan NS dalal (yg menjual kambing).
polarisasi keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak (prinsip, kecenderungan, pendapat, dsb) yg bertentangan sama sekali: pd masa lalu, soal ~ antara kuasa di kalangan pelajar tidak wujud kerana mereka mempunyai satu tujuan utk mencapai kecemerlangan dlm pelajaran;
berpolarisasi mengamalkan polarisasi: tetapi struktur kuasa dan pengaruh di dunia tidak lagi ~ dlm semua isu.
polaroid bahan plastik yg mempunyai sifat mengutubkan cahaya yg lalu menerusinya dan digunakan sbg turas yg mengurangkan silauan matahari: kaca mata ~.
poldan IB, bp sudah selesai dibayar.
polder (Geog) kawasan tanah rendah (tepi laut, tasik, dll) yg telah dikeringkan dan diperbaiki dgn menggunakan empangan.
polek (polék) Kl benda likat (getah, tanah liat, gam, dll) yg menyelaputi tangan (kayu dll).
polemik (polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa;
berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai;
mempolemikkan membahaskan sesuatu pendapat (isu) dsb dlm bentuk polemik.
polemis IB bersifat polemik.
poleng (poléng) I Jw berwarna atau bercorak tapak catur (damdam); Æ polang II.
poleng (poléng) II Kl berpusing dr arah yg asal;
memoleng memusingkan (ke arah lain).
poles (polés) IB sj bahan (tepung, minyak, dll) yg digunakan utk menggosok dan mengilatkan sesuatu;
memoles menggosok dan mengilatkan dgn poles;
polesan yg telah dipoles, hasil memoles.
polet (polét) IB 1. sepotong kain (logam dll) yg dipasangkan pd bahu baju utk menandakan pangkat; 2. bp garis yg berwarna atau takik pd batang kayu sbg tanda; ( epolet.
poli Kl sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu (gula dll) yg dikukus.
poli- awalan asing banyak, mis poligami, poliklinik dan poliglot.
poliandri (Ant) amalan bersuami lebih drpd satu orang pd masa yg sama.
polidipsia (Ubat) kehausan yg teruk dan berpanjangan, spt pd penyakit kencing manis.
poliester (poliéster) (Kim) sj polimer yg digunakan utk membuat plastik, resin, serat tiruan, dll.
polietena (poliéténa) ( politena.
polietilena (poliétiléna) ( politena.
poligami (Ant) amalan beristeri lebih drpd satu orang pd masa yg sama;
berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti.
poliglot 1. mengetahui, menguasai, atau mengandungi banyak bahasa; 2. orang yg dapat bertutur dlm beberapa bahasa.
poligon (Mat) bidang atau rajah yg bersudut lebih drpd empat.
poligraf (Ubat) alat utk merakam berbagai-bagai gerak balas fisiologi secara serentak, spt gerakan gelombang nadi, pernafasan dan tekanan darah.
polihedron (polihédron) (Mat) bongkah yg dibatasi oleh beberapa permukaan bersegi, dgn bilangan permukaan tersebut tidak kurang drpd empat.
poliklinik hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit.
polimer (Kim) sebatian (sama ada terbentuk secara semula jadi atau buatan) spt kanji, politena, dll yg terdiri drpd molekul kompleks yg terbentuk drpd gabungan unit-unit kecil (ringkas) yg serupa.
polinomial 1. (Bio) nama haiwan atau tumbuhan yg terdiri lebih drpd dua nama atau sebutan; 2. (Mat) ungkapan yg mengandungi lebih drpd dua angka atau nilaian.
polio singkatan bagi poliomielitis.
poliomielitis (poliomiélitis) penyakit berjangkit serius yg disebabkan oleh sj virus yg boleh mengakibatkan pesakitnya mengalami kelumpuhan, terutamanya di kalangan kanak-kanak.
polip 1. sj binatang laut yg hidup di batu karang; 2. sj ketumbuhan yg berlaku pd sebarang membran mukus, mis dlm hidung.
polipektomi (polipéktomi) (Ubat) pembuangan polip (ketumbuhan) secara pembedahan.
polipeptida (polipéptida) (Kim) polimer asid amino (mis keratin, protein, dll), yg rantainya terdiri drpd beratus-ratus unit asid amino.
polis 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. anggota pasukan polis, mata-mata;
~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pasukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera);
kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tanggungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~.
polisakarida (Bio) karbohidrat yg menghasilkan beberapa banyak unit monosakarida (spt glukosa) apabila diuraikan.
polisemi (Lin) sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain.
polisi I rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas utk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan.
polisi II dokumen yg mengandungi kontrak insurans; ~ insurans dokumen perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans.
polisi III IB polis;
kepolisian yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), kepolisan.
polisionil IB bersifat polis, mengenai polis; aksi ~ bp gerakan tentera yg bertujuan utk memulihkan keamanan.
polistirena (polistiréna) (Kim) sj polimer yg digunakan sbg bahan pembungkusan dll.
politburo (Pol) badan penggubal dasar tertinggi di kebanyakan negara komunis atau dlm parti komunis.
politeisme (politéisme) kepercayaan kpd lebih drpd satu Tuhan.
politeknik (politéknik) pusat pengajian tinggi yg menawarkan pelbagai kursus, terutamanya dlm bidang sains dan teknik.
politena (politéna) (Kim) sj polimer yg digunakan utk membuat pembungkus (pembalut), paip, dll.
politik 1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat;
~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb;
berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif;
mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan;
kepolitikan perihal politik;
pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).
politiking bp kegiatan yg dilakukan utk kepentingan politik, mis berkempen utk memancing undi, menonjolkan diri seseorang utk mencapai sesuatu tujuan, dll:~ berlaku apabila seseorang yg belum layak dinaikkan pangkat mencuba menggunakan pihak-pihak luaran dan dalaman sesebuah organisasi; kurangkan ~ dan hindarkan kecam-mengecam ke arah pembangunan rohani rakyat seluruhnya.
politikus IB ahli politik, ahli kenegaraan.
polivinil (Kim) kumpulan polimer (spt vinil klorida, vinil asetat, dll) drpd vinil.
polka (Muz) 1. sj tarian rakyat Bohemia: tarian ~; 2. muzik yg digubah utk mengiringi atau mengikut rentak tarian 1. di atas: muzik ~.
polmah, polmak IB 1. bp surat kuasa; 2. orang yg diberi kuasa, kuasa.
polo sj permainan bola yg melibatkan dua pasukan pemain yg menunggang kuda dan menggunakan kayu panjang sbg pemukul bola utk memasukkan bola ke dlm gol; ~ air sj permainan bola di air.
polok; memolok makan dgn menyuap banyak-banyak sekali dan pantas.
polong I 1. sj hantu yg suka mengacau orang (membuat orang sakit); 2. sj penyakit urat saraf (kerana kena guna-guna); spt ~ kena sembur prb berlari dgn pantas kerana ketakutan (jera dll).
polong II; kacang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia gladiata.
polong III sj bunga cengkih (lawang).
polong IV; ~ angin sj bintil-bintil pd kulit.
polong V; polongan Mn saluran air, pipa (air dll), berombong;
berpolongan Mn mempunyai polongan; ~ air, bertitian asap prb Mn mempunyai sahabat yg mencarikan kita keuntungan (kerana pernah memberi pertolongan kepadanya).
polonium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
polos 1. tidak bercorak atau berbunga (kain dll); 2. sangat lurus (hati, fikiran, dll), tidak berniat jahat.
poma = poma-poma Jw ark benar-benar (jangan), hubaya-hubaya (jangan), sekali-kali (jangan).
pomade IB sj minyak rambut yg wangi.
pompa IB 1. sj perkakas utk menghisap dan mengeluarkan (air, angin, dll), pam minyak kereta dll; 2. perkakas utk menghisap benzin (pd enjin);
~ air pam utk mengambil (mengeluarkan) air; ~ angin pam utk memasukkan angin ke dlm tayar kereta dll; ~ benzin pam minyak (tempat mengambil minyak kereta dll);
memompa 1. mengepam: ~ air dr sungai; 2. bp memasukkan (pelajaran, pengetahuan, dll) banyak-banyak, mengajar banyak-banyak;
memompakan 1. menyuruh mengepam; 2. mengepam utk orang lain; 3. bp memasukkan banyak-banyak dgn paksa (pengetahuan dll): aku terlalu sibuk ~ soal-soal politik ke kepalaku;
pompaan sesuatu yg dipompa;
pemompaan perbuatan memompa.
pompang Kd, Pn sj jaring utk menangkap ikan.
pompong I sj sotong yg kecil.
pompong II ( kepompong.
pompong III Mn; kepompongan bingung, kebingungan, gelisah, resah.
pompong IV ark; memompong membopong, mendukung.
pompong V sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bentan, buta-buta pongpong, Cerbera manghas.
ponakan Jw anak saudara, kemanakan, keponakan.
ponco sj pakaian berupa selimut yg (dibuat drpd kain persegi empat) dgn lubang di tengah.
pondamen (pondamén) IB dasar atau tapak (rumah dll).
pondan 1. laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi, papak, ponen; 2. ark perempuan yg lebih bersifat kelelakian.
pondar Mn pendek dan gemuk (tubuh badan).
pondik Mn angkuh, pongah, sombong.
pondoh Jw umbut.
pondok 1. rumah kecil yg didirikan utk sementara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai;
memondok menumpang tinggal dan makan;
memondokkan 1. memberi tempat menumpang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat menumpang;
pondokan 1. = pemondokan rumah tumpangan, rumah tempat menginap; 2. tumpangan, penginapan.
pondong I; memondong membawa sesuatu dgn meletakkannya di atas kedua-dua belah lengan.
pondong II sj atap atau para-para utk melindungi tanaman yg masih kecil drpd hujan dan panas.
ponen (ponén) Kd, PI, Pn banci, kedi, papak, pondan.
pong bunyi spt bunyi barang dll yg jatuh di air.
pong-pong I; ~ along sj permainan kanak-kanak, seruan (nyanyian) pd sj permainan kanak-kanak.
pong-pong II; burung ~ sj burung Mocronus ptilosus.
pongah I sangat sombong, angkuh, bongkak, congkak: dgn ~ engkau membusungkan dada mengatakan engkau Tuan Pengarah;
berpongah-pongah berlagak (berkelakuan dll) sombong, bercakap sombong;
memongahkan menyombongkan, memperagakan, memperlagakkan;
kepongahan keangkuhan, kecongkakan, kesombongan.
pongah II Jk bebal, bodoh, dungu;
dipongah dibodohkan, dipermainkan, ditipu.
pongang ( sipongang.
ponggek (ponggék) Kl belakang sekali, pengakhir, penghujung.
ponggok I tidak berekor, kudung ekornya, togel.
ponggok II Mn; terponggok kelihatan melonggok, duduk bercangkung: kadang-kadang guru hanya duduk ~ di sekolah dgn tiada seorang pun muridnya.
pongia Pl sj pisau utk memotong padi.
pongkang Jk; balik-~ pulang balik;
terpongkang 1. terbalik (yg di bawah ke atas); 2. tertonggeng.
pongkes (pongkés) 1. sj bakul yg tohor utk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dll), pengki; 2. sj alat (drpd rotan) yg leper utk menangkis pukulan dll.
pongking Jh; terpongking tertonggeng.
pongkol Kl perengus.
pongoh Kl perengus.
pongpong sj tumbuhan (pokok), Cerbera manghas; ~ raya sj tumbuhan (pokok), Adinandra macrantha.
pongsu I ark anak bukit, busut; pusu I.
pongsu II; merak ~ = kuang ~ sj burung; ( kuang I.
poni bp satu cara mendandan rambut dgn mengaturnya kemas-kemas di dahi: potong ~ = berponi;
berponi mempunyai potongan rambut cara poni.
ponis IB keputusan mahkamah (pengadilan); menjatuhkan ~ memutuskan perkara.
ponjen (ponjén) dompet, kantung, pundi-pundi.
ponjok Tr bungkusan (drpd kain, plastik, dll), punjut: tolong masukkan kain itu ke dalam ~ supaya senang dibawa.
ponok bonggol pd tengkuk (lembu dll), kelasa.
pontang-panting 1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir; 2. berlari tunggang-langgang (lintang-pukang); 3. berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa;
berpontang-panting berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting;
memontang-mantingkan 1. mengucar-ngacirkan, menyerak-nyerakkan; 2. mengguling-gulingkan, melempar-lemparkan, menghumbankan;
terpontang-panting berlari tunggang-langgang.
ponten (pontén) I IB, bp markah (peperiksaan, ujian dll);
memonten memberi markah.
ponten (pontén) II IB, bp pancutan air (di taman dll).
ponten (pontén) III bp; ~ pen pena yg diisi dgn dakwat.
ponteng (ponténg) bp 1. kecoh, tipu; 2. lari drpd tugas (tanggungjawab dll): jarang yg ~ kerja melainkan kalau terhalang;
memonteng 1. mengecoh, menipu: dia akan menggunakan segala kepandaian utk mengecek dan ~ perempuan; 2. bp meninggalkan tugas (tanggungjawab dll) tanpa kebenaran.
pontoh sl gelang besar yg berukir dgn naga dll (dipakai di lengan sebelah atas).
ponton IB pontun.
pontun bot yg rendah dan lebar, atau platform terapung, biasanya digunakan utk menyangga atau menggalang jambatan dsb; jambatan ~ jambatan sementara yg disangga atau digalang dgn pontun.
pooh; minyak ~ sj minyak yg berangin.
pop popular; lagu ~ lagu (nyanyian) yg popular; penyanyi ~ penyanyi lagu popular.
popadom sj keropok yg nipis, rangup dan mempunyai rasa yg agak masin, biasanya dimakan dgn nasi dan kari, yg asalnya merupakan makanan masyarakat India.
popi I sj tumbuhan (herba yg berbunga merah), Papavar somniferum.
popi II IB, bp anak-anakan, boneka.
popia sj kuih yg berinti sayur-sayuran dan bersalut dgn tepung yg nipis.
poplin sj kain cita yg agak berkilat.
popok I Jw; kain ~ kain utk mengalas bayi, lampin.
popok II; popokan ark sj hantu, momok.
popong ( pongpong.
popor Jk gagang (pangkal) senapang.
popular digemari atau disukai ramai: mengapa lagu-lagunya dlm waktu yg singkat menjadi demikian ~?; bintang-bintang filem yg ~;
mempopularkan menjadikan popular (disukai ramai): hal ini tidak pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis novel utk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia;
kepopularan perihal popular, populariti: utk mengembangkan ~ di luar negara.
populariti kepopularan.
populasi 1. jumlah semua orang yg mendiami sesuatu tempat (negara, negeri, daerah, dsb), penduduk; 2. kumpulan individu sesuatu spesies (haiwan dan tumbuhan) yg terdapat di sesuatu kawasan geografi atau habitat tertentu.
populis (Pol) orang yg menyokong faham populisme.
populisme (Pol) aliran atau fahaman yg mempertahankan serta menyanjung pendapat, hak dan kepentingan rakyat biasa.
porah Mn suka menghabiskan wang, boros, royal;
berporah-porah beroyal-royal.
porak-parik porak-peranda.
porak-peranda 1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir: kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga; 2. cerai-berai, berserak;
memporak-perandakan menjadi porak-peranda (kacau-bilau, kucar-kacir, morat-marit): perbuatan itu akan melahirkan permusuhan dan boleh ~ masyarakat;
keporak-perandaan perihal porak-peranda.
porang Kl tempat kapur.
poren (porén) Jh sj ikan terubuk yg besar.
poreng (poréng) Tr comot.
pori Id liang-liang halus pd kulit (benda padat).
PORIM akronim bagi Palm Oil Research Institute of Malaysia (Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia).
PORLA akronim bagi Palm Oil Registration & Licensing Authority (Lembaga Pendaftaran & Pelesenan Minyak Kelapa Sawit).
porno singkatan bagi pornografi.
pornografi 1. penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian, dll) dgn cara yg mengghairahkan atau yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dsb), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dsb secara lucah; 2. segala bahan (spt filem, gambar foto, dan bahan bacaan) yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks, segala bahan (spt filem, terbitan, dsb) yg lucah.
porok I ark separuh tempurung (utk permainan kanak-kanak); main ~ bermain dgn porok (tempurung dipusingkan dgn kaki dan diarahkan ke suatu bulatan); temporok.
porok II Br pokok kecil atau tumbuh-tumbuhan yg boleh dimakan.
porok III IB garpu.
porong tanda-tanda hitam pd badan (sejak dilahirkan).
poros I 1. = gandar ~ gandar roda dll; 2. hujung atau puncak tiang (tombak, piramid, dll); 3. Id pemain bola sepak yg di tengah-tengah (antara hafbek kanan dgn hafbek kiri).
poros II berliang-liang kecil (pd kulit atau benda padat).
porot Jk; memorot, memoroti 1. melubangi (guni beras dll), menggerit, menggigit; 2. mencuri (beras dlm guni dll).
porselin sj bahan yg dibuat drpd campuran tanah liat, kuarza, dll yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras, dan digunakan utk membuat perkakas dapur dan makmal dsb, tembikar.
porsetel (porsetél) IB anjuran, cadangan, usul;
memporsetelkan menganjurkan, mencadangkan, mengusulkan.
porseter (porsétér) IB, bp ketua.
porsi IB 1. bp sepinggan makanan (di kedai makan dll); 2. bp bahagian yg tertentu utk dikerjakan (diselesaikan dll).
port (Komp) pangkal atau hujung sesuatu saluran penghantaran.
portal (Komp) laman web yg mempunyai hubungan dgn pelbagai laman web yg lain, biasanya boleh dicapai melalui Internet.
porter 1. orang yg bekerja mengangkat barang (di stesen kereta api dsb); 2. penjaga pintu di gudang (pejabat dsb).
portfolio 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat; 3. (S.Lukis) bekas mudah alih utk membawa kertas, dokumen, lukisan dsb;
berportfolio memegang atau mempunyai portfolio: kepelbagaian pasaran modal menarik portfolio pelaburan yg kukuh serta menarik perhatian pelabur ~; Menteri Tak B~ Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab.
portir IB, bp penjaga pintu (di pejabat dll).
porto IB bayaran atau belanja mengirimkan surat dll dgn pos.
pos I 1. sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dsb: tawaran-tawaran yg tidak dihantar melalui ~ hendaklah dimasukkan ke dlm peti tawaran di pejabat itu; pejabat ~ = Id kantor ~ pejabat tempat mengirim surat (wang dll); kartu (kad) ~ Id kad bersetem yg dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pd kadar yg lebih rendah drpd surat yg bersampul; kereta ~ kereta yg menjalankan urusan jabatan pos; 2. surat, bungkusan, dll yg dihantar melalui pos; 3. Id kereta (kuda dll) yg menguruskan kiriman surat dll pd zaman dahulu; 4. Id ark perhentian kereta pos pd zaman dahulu; 5. Id, bp perhentian kereta api dll, stesen;
~ berdaftar perkhidmatan menghantar surat, bungkusan dsb yg didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yg lebih mahal sedikit dan diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dsb itu hilang atau rosak; ~ laju sistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan, surat dsb dgn cepat yg disediakan oleh jabatan pos atau syarikat tertentu;
mengepos mengirim (surat dll) melalui pos;
mengeposkan mengepos utk: dia pergi ke pekan utk ~ kakaknya surat.
pos II 1. pondok atau tempat polis (tentera dll) berjaga: si Amat masih menjaga ~nya; 2. jawatan atau kedudukan orang yg menjalankan tugas (pegawai dll); 3. Id rumah atau tempat orang menjaga (mengawasi) gunung berapi dll.
pos III Id 1. sejumlah wang bagi peruntukan sesuatu keperluan (pekerjaan dll); 2. bahagian drpd anggaran belanja.
posisi IB 1. kedudukan, letaknya: kita tak mahu membahayakan ~ tentera kita; 2. jawatan (dlm pekerjaan dll), pangkat; 3. letak sesuatu perkataan dlm ayat.
positif 1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan, menekankan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan manfaat dsb: sikap-sikap ~;
mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb): beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~ pemikiran anda;
kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dsb).
positivis orang yg mendukung faham positivisme.
positivisme alliran falsafah yg menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu yg pasti (berlawanan dgn metafizik).
positron (Fiz) sj zarah bercas positif yg jisimnya sama dgn elektron (tetapi berlawanan cas).
poskad kad yg biasanya bergambar pd sebelah hadapannya dan pd sebelah belakangnya boleh ditulis khabar berita dan alamat (dan dikirim melalui pos).
poskod nombor (atau huruf) yg ditetapkan bagi zon (kawasan, jalan, dsb) tertentu bagi memudahkan urusan pos.
posmen (posmén) pekerja pos yg ditugaskan menghantar bungkusan, surat, dll.
poso ark sj bahagian drpd perkakas tenun.
pospaket (pospakét) IB bungkusan yg dikirim melalui pos.
poster notis atau gambar yg ditampal pd dinding atau papan kenyataan, terutamanya utk mengiklankan sesuatu.
posterior (postérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian belakang, atau di bahagian belakang sesuatu struktur yg lain, pd tubuh: pituitari ~; 2. terletak paling hampir dgn batang utama (bkn bahagian tunas atau bunga sisi).
post-mortem 1. pemeriksaan dan pembedahan mayat utk menentukan sebab-sebab kematian, autopsi; 2. pemeriksaan sesuatu rancangan yg gagal utk mengetahui sebab kegagalannya.
postulat sesuatu yg dianggap benar, atau diterima sbg asas penaakulan atau perhitungan, sesuatu usul yg dikemukakan sbg bukti kebenaran: mengikut ~ Henle-Koch, sesuatu organisma boleh menjadi agen penyebab sekiranya wujud dan cukup utk menimbulkan penyakit.
postur posisi atau sikap tubuh seseorang, terutamanya semasa duduk, berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif.
poswesel (poswésél) IB kiriman wang melalui pos.
posyen minuman yg mengandungi ubat, racun atau sesuatu yg dipercayai mempunyai kuasa ajaib.
pot I 1. bekas yg dibuat drpd tin, tin; 2. Id, bp jambangan bunga, pasu bunga; 3. Id, bp tempat buang air kecil, pispot.
pot II Kd, Pl; macam muka ~ bp muka yg berkedut-kedut (tidak sedap dipandang).
potamologi kajian yg berkaitan dgn sungai.
potasy (Kim) 1. bahan kalium karbonat yg digunakan utk membuat sabun dll; 2. = ~ kaustik kalium hidroksida.
pote Kl puncak yg tertinggi.
potehi (potéhi) C sj wayang golek Cina.
poten (Ubat) 1. mempunyai kesan kimia atau fizikal yg kuat (bkn dadah, racun dsb); 2. berupaya melakukan hubungan seks dgn berkesan (bkn orang lelaki).
poteng (poténg) Kl pusing, paling, putar.
potensi (poténsi) kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan utk berkembang maju dsb: EEC akan memberikan penerangan kpd Asean tentang hasil kajian berhubung dgn ~ usaha sama antara negara-negara Asean;
berpotensi mempunyai potensi, berkemampuan, berkebolehan, berkesanggupan, berkeupayaan (utk berkembang maju dsb): rasional, sikap yg mengabaikan pasaran ASEAN yg jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; pemimpin yg ~; adakah kata-kata itu ~ utk digunakan?
potia C sj mandur, pengawas.
potlot pensel.
potol Jk 1. rompang, terpenggal; 2. ki kehabisan wang.
potometer (potométer) (Bio) alat utk mengukur kadar transpirasi tumbuhan.
potong 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin;
~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher, b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (laki-laki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan);
berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~;
berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal;
memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan, dll); 3. menebang (kayu, pokok, dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi, dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan, dll); 11. memintasi (jalan, perjalanan, dll); 12. menyelang (percakapan, orang, dll); 13. memendekkan (kata, nama, dll); 14. menoreh (getah);
potong-memotong 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian);
memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang-piutang mengurangkan hutang-piutang;
terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji;
potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah, dll); ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll);
pemotongan 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal, dsb) pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb);
pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong.
potpuri rampaian kelopak bunga dan daun kering, rempah dsb yg berbau harum, gunanya utk mengharumkan sesuatu persekitaran (bilik, ruang dsb).
potret (potrét) 1. gambar yg diambil dgn menggunakan kamera, foto; tukang ~ tukang gambar; 2. gambar orang yg dilukis;
memotret 1. mengambil gambar dgn kamera, membuat foto: kedua-dua pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit dan warung-warung kecil; 2. melukis potret;
pemotretan hal atau perbuatan memotret.
pemotret 1. tukang potret; 2. = alat ~ alat utk memotret; 3. pelukis sesuatu potret.
poyan ( empoyan II.
poyang I ( lampoyang.
poyang II 1. = datuk ~ ark nenek moyang, leluhur; 2. Mn ayah atau ibu kpd nenek, moyang; 3. sl bomoh, dukun, pawang.
PPH kep Pasukan Polis Hutan.
PPK kep Parti Perhimpunan Kebangsaan (Tanah Melayu).
PPM kep Pingat Peringatan Malaysia.
PPMPB kep Persatuan Pelajar Maktab Perguruan Bahasa.
PPN kep Pingat Pangkuan Negara (pingat kesateriaan yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong).
PPP kep Peoples’ Progressive Party (Parti Progresif Rakyat).
PPZ kep Pusat Pungutan Zakat.
Pr simbol kimia bagi praseodimium.
PR kep 1. public relations (perhubungan awam); 2. Parti Rakyat.
pra- awalan asing sebelum, mis prakata, prasejarah, dan prasekolah.
praakhir sebelum akhir.
praanggapan ark prasangka.
prabawa 1. pengaruh; 2. Id imbasan elektrik; perbawa.
prabayar telah dibayar terlebih dahulu: kad telefon ~.
pracetak (pracétak) sebelum kerja pencetakan dibuat: kos kertas dan ~ meningkat berikutan penurunan nilai mata wang.
pracukai sebelum dipotong cukainya: keuntungan ~ syarikat tahun ini semakin bertambah baik.
pragmatik I (mempunyai sifat atau pendirian yg) lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu drpd ciri-ciri teori dsb, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yg sebenarnya terdapat atau akan timbul: walau bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat ~ supaya tidak menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat.
pragmatik II (Lin) cabang linguistik yg berkaitan dgn kajian tentang makna dan kesan yg timbul drpd penggunaan bahasa dlm situasi tertentu.
pragmatis Id pragmatik (praktikal).
pragmatisme 1. kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin, dsb bergantung pd kegunaannya secara praktik; 2. cara menangani masalah atau menghadapi sesuatu isu secara praktikal, sikap pragmatik.
prah IB, bp muatan di kereta api.
prahaid sebelum datangnya haid: gejala-gejala ~.
prahara Jw ark angin ribut, badai, taufan.
prahoto lori utk mengangkut barang-barang.
prairie kawasan dataran rumput yg luas dan tidak ditumbuhi pokok, terutamanya di Amerika Utara.
praja ark kota, negeri.
prakarsa inisiatif, daya usaha, ikhtiar.
prakata kata pendahuluan (oleh pengarang sesebuah buku dsb).
praktik 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam, dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~;
mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu.
praktikal 1. melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal; 2. sesuai utk digunakan: langkah-langkah ini dianggap lojik lagi ~.
praktis berdasarkan kpd sesuatu yg praktik, boleh dan mudah melaksanakannya (menjalankannya, menggunakannya dll), kena benar: komandan perahu memberikan perintah-perintah singkat dan petunjuk yg ~; penubuhan badan cawangan spt yg dilakukan itu dipercayai tidak ~;
kepraktisan perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis: mempersoalkan ~ pedoman yg disediakan itu.
pramasa sebelum tiba masanya yg dijangkakan atau yg sebenar (bkn sesuatu kejadian, peristiwa dsb): kelahiran ~; kematian ~.
pramatang 1. lahir tidak cukup bulan (bkn bayi): bayi ~; 2. dicairkan atau dijual sebelum tempoh yg ditetapkan (bkn saham, insurans dsb).
pramoden sebelum moden, sebelum mencapai kemajuan zaman moden, primitif: zaman ~ Jepun.
pramugara pelayan kapal terbang (lelaki).
pramugari pelayan kapal terbang (perempuan).
pramuka Id kep gerakan Praja Muda Karana, pemuda perintis, pandu.
pramusaji orang yg tugasnya melayan pesanan makanan, minuman dsb oleh para pengunjung restoran.
prangas; ~ peringus Jw ark mengernyih, menyeringai.
prangko Id 1. setem: hantaran itu datangnya dr seberang laut, dgn ~nya berhiaskan gambar tugu pahlawan; 2. telah dibayar belanja mengirim (barang dagangan dll).
PRANITA akronim bagi perajurit wanita.
prarasa ark 1. firasat; 2. suka (akan), memilih (pd).
prasangka sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yg sebenarnya: mereka amat terpengaruh oleh ~ terhadap orang Negro yg dianggap rendah;
berprasangka menaruh prasangka: barangkali ~ dan bimbang akan berlaku bencana ke atas dirinya;
keprasangkaan sifat (rasa) prasangka: ~ menyekat kecenderungan ke arah kecemerlangan.
prasaran huraian atau keterangan dll yg menjadi pengantar utk membincangkan sesuatu masalah, prausul.
prasarana keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dll) yg perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur: ladang rakyat Felda diwujudkan dgn pembangunan ~ yg besar-besaran.
prasarjana sebelum peringkat sarjana: pendidikan ~.
prasasti tulisan pd batu (tembaga dll) yg berupa peringatan, penghormatan, dll.
prasejarah (pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala.
prasekolah sebelum memasuki sekolah, tabika, tadika: buku utk bacaan ~.
praseodimium (praséodimium) (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat pewarna kaca, mangkin, dll.
prasetia ark niat atau janji yg teguh.
prasiswazah sebelum lulus sbg siswazah.
prasunting penyuntingan yg dilakukan sebelum penyuntingan sebenar.
prasyarat 1. syarat yg amat penting dan perlu dipenuhi supaya berlaku atau tercapai sesuatu, (spt perkembangan, pembangunan, kemajuan, dsb) atau terhindar sesuatu keburukan: buku teks yg bermutu mestilah dianggap sbg satu ~ bagi peningkatan mutu pengajaran bahasa Malaysia; 2. syarat yg mesti dipenuhi sebelum (boleh) melakukan (menyertai, mengikuti, dsb) sesuatu.
pratonton tayangan filem, persembahan teater dsb yg dikhususkan utk wartawan, pengkritik dsb sebelum filem, teater dsb itu dipertontonkan secara rasmi kpd orang ramai;
mempratontonkan mempertontonkan atau menunjukkan filem, teater dsb, terlebih dahulu kpd wartawan, pengkritik dsb sebelum dipertontonkan secara rasmi kpd orang ramai: filem itu akan dipratontonkan kpd sekumpulan wartawan sebelum ditayangkan kpd orang ramai bulan depan.
prauniversiti sebelum memasuki universiti.
prausul ark prasaran.
prawacana ark kata pendahuluan, kata pengantar.
prebet (prébét) I pangkat yg rendah sekali dalam pasukan polis atau tentera.
prebet (prébét) II bp persendirian, perseorangan (tidak rasmi atau umum); kereta ~ kereta yg digunakan oleh pemiliknya sendiri (bukan kereta sewa).
predikat (prédikat) 1. (Lin) bahagian ayat yg menandai apa yg dikatakan atau dinafikan tentang subjek; 2. IB nama, gelaran kehormatan.
prejudis (préjudis) rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, prasangka, dsb
preman (préman) 1. bukan tentera; orang ~ orang yg bukan anggota pasukan bersenjata; pakaian ~ pakaian bebas atau pakaian biasa (bukan pakaian seragam); 2. milik sendiri (bukan utk umum) persendirian; mobil ~ Id kereta kepunyaan sendiri (bukan utk kegunaan orang ramai).
premi (prémi) IB premium.
premis (prémis) I sesuatu pernyataan dsb yg diandaikan (dianggap) sbg sesuatu yg benar utk tujuan membuat huraian yg membawa kpd sesuatu kesimpulan kelak;
berpremiskan mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sbg premis, berteraskan: puisi ini ~ lalang, tetapi lalang yg rapuh itu dijilat api.
premis (prémis) II bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dsb: ~ perniagaan; firma itu telah berpindah ke ~ baru di Jalan Tun Razak.
premium (prémium) 1. (Eko) sejumlah wang dibayar secara tetap kpd syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans; 2. bayaran tambahan yg dibuat bagi sesuatu; 3. (Eko) amaun nilai saham yg lebih tinggi drpd harga tawaran asal (nilai tara) apabila saham itu mula disenaraikan di Bursa Saham: syarikat itu mencatatkan ~ sebanyak 50 sen apabila dibuka pd harga RM 2.00 berbanding dgn harga tawaran asalnya RM 1.50 sesaham; 4. bermutu dan harganya lebih mahal sedikit (bkn sesuatu produk dsb): dia lebih suka menggunakan minyak petrol ~.
premolar (prémolar) (Ubat) geraham kecil.
preposisi (préposisi) (Lin) kata sendi nama.
prerogatif (prérogatif) hak istimewa (mis yg diberikan kpd raja-raja utk memberi ampunan kpd orang hukuman).
pres (prés); mesin ~ mesin utk mengapit (menindih dll);
dipres diapit (ditindih).
presbiopia (présbiopia) (Ubat) kekurangan daya mata utk memfokus pd sesuatu objek akibat pengerasan kanta mata, terutamanya semakin teruk apabila umur meningkat.
presiden (présidén) 1. ketua negara sesebuah republik yg juga biasanya merupakan ketua kerajaannya; 2. ketua eksekutif sesebuah syarikat, bank, firma, dsb; 3. Id ketua (mahkamah, persatuan, rapat, dll).
presidium (présidium) IB jawatan ketua.
presint (présint) kawasan kecil dlm bandar yg ditentukan sempadannya berdasarkan ciri-ciri dominan kawasan tersebut utk tujuan perancangan.
preskripsi (préskripsi) 1. arahan doktor tentang ubat yg harus disediakan utk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakannya); 2. sesuatu ketetapan (keputusan dsb) yg bersifat atau bertujuan menentukan, ketentuan (utk menjadi pegangan atau panduan);
mempreskripsikan memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya.
preskriptif (préskriptif) bersifat preskripsi, bersifat menentukan atau panduan.
prestasi (préstasi) hasil yg telah diperoleh (dicapai dll), pencapaian: kekurangan kakitangan dikatakan telah menjejaskan ~ sesetengah jabatan;
berprestasi mempunyai (menunjukkan) prestasi.
prestij (préstij) 1. penghormatan yg diperoleh kerana kejayaan, (pencapaian, pangkat, dsb), nama baik, reputasi: Sparta dihormati dan mendapat ~ drpd kecekapan berperang; 2. martabat, kemegahan;
berprestij mempunyai prestij: kedudukan yg ~ dlm kerajaan.
presto (présto) (Muz) tempo pergerakan muzik yg dimainkan dgn cepat.
pretensi (préténsi) dakwaan atau gambaran kononnya mempunyai atau melakukan sesuatu yg istimewa (padahal tidak kelihatan atau terbukti demikian): tidak ada ~ di sini utk bersikap objektif apalah lagi utk mengatakan pendapat yg dikemukakan muktamad atau tidak.
preventif (prévéntif) bersifat mencegah atau bertujuan mencegah (supaya sesuatu tidak berlaku): pengambilan tindakan ~ lebih baik drpd terpaksa mengambil tindakan korektif.
previu (préviu) 1. pratonton; 2. laporan pemerian tentang sesebuah filem, drama dsb yg akan dipertontonkan atau dipersembahkan kpd orang ramai: kami berpeluang membaca ~ filem yg akan ditayangkan itu;
mempreviu melihat pratonton: beberapa orang pengkritik dijemput utk ~ filem itu.
priayi Jw orang (golongan orang) yg berpangkat tinggi (pegawai kerajaan dll);
kepriayian sifat-sifat priayi.
pridato Id, bp pidato.
prigel Jw pandai atau cekap (bekerja dll).
prihatin = berprihatin 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok; 2. Jw berdukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; 3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat yg dicita-citakan;
memprihatinkan 1. menimbulkan rasa mengambil berat, memberi perhatian; 2. menimbulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang;
keprihatinan 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai.
prima IB yg penting, yg pertama, yg terutama.
primadona pelakon utama wanita (dlm opera), seri panggung.
prima facie (primafasi) (Latin) (Udg) pd zahirnya, pd pandangan kasar (sebelum diselidik dgn lebih terperinci): keterangan ~.
primat kelas (kumpulan) mamalia, antaranya termasuklah monyet, orang hutan, dan manusia.
primatologi cabang zoologi yg berkaitan dgn kajian tentang primat.
primbon kitab mengenai ramalan (ketika yg tidak baik dll), pestaka.
primer (primér) yg pertama, yg terpenting, yg utama: kedudukan dan kesejahteraan hidup adalah hasil sampingan yg secara kebetulan akan diperoleh, tetapi bukan menjadi matlamat ~.
primigravida (Ubat) wanita yg baru pertama kali mengandung (hamil).
primipara (Ubat) wanita yg baru pertama kali melahirkan anak.
primitif 1. berkaitan dgn atau pd zaman purbakala, kolot, kuno: kpd bangsa-bangsa yg ~, sihir itu besar ertinya; 2. sangat sederhana (seolah-olah dr zaman purbakala), kuno: alat-alat ~.
primitivisme 1. keadaan primitif, kekunoan; 2. fahaman bahawa nilai budaya primitif lebih unggul drpd nilai budaya zaman peradaban moden.
prinsip asas atau dasar (yg menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, dll), hukum (sesuatu teori dll): utk membuka kedai sendiri, seseorang itu haruslah mengetahui ~-~ perniagaan; dgn langkah ini maka tertubuhlah ~ bahawa kerajaan bertanggungjawab membela orang yg menderita; pd ~nya pd dasarnya;
berprinsip mempunyai prinsip: seorang tokoh politik yg ~;
berprinsipkan menggunakan (sesuatu) sbg prinsip.
prinsipal (Udg) orang yg melantik orang lain utk bertindak selaku ejennya: sbg ejen, dia patut mematuhi arahan ~nya.
prinsipil IB berkaitan dgn prinsip (asas, dasar).
prioriti sesuatu yg didahulukan atau diutamakan, keutamaan: dlm parti politik hal-hal kebudayaan diberi ~ yg rendah, hal-hal ekonomi lebih dipentingkan; walau apa pun bidang nyanyian merupakan ~nya;
memprioritikan memberikan keutamaan atau mendahulukan sesuatu: program perjuangan Dr. Burhanuddin ~ usaha pembinaan jiwa merdeka.
pripih Jw ark sj azimat (tangkal).
pris IB, bp hadiah (dlm loteri, perlumbaan kuda, dll).
prisma 1. hablur yg mempunyai tiga atau lebih permukaan yg selari dgn paksi hablur dan digunakan dlm peralatan optik spt teropong dan periskop; 2. (Mat) polihedron atau blok geometri yg dibatasi oleh sekurang-kurangnya dua permukaan bersegi atau poligon yg selari.
privasi keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~.
PRM kep Parti Rakyat Malaysia.
pro I bersetuju dgn, menyebelahi, menyokong: dlm perbincangan itu ada pendapat yg ~ dan ada yg kontra; ~ dan kontra alasan, hujah dsb yg menyokong dan menentang sesuatu, baik buruknya.
pro II bp singkatan bagi profesional (terutamanya ahli sukan profesional): tiada pemain ~ yg memenangi sesuatu kejohanan dua kali di gelanggang yg sama; dia diterima menjadi pemain ~ keenam persatuan itu.
PRO kep Public Relations Officer (Pegawai Perhubungan Awam).
pro- awalan asing 1. memihak kpd, menyebelahi, menyokong, mis pro-Barat, pro-Peking, proreformasi dan prokerajaan; 2. bertindak sbg atau selaku, mis Pro-Canselor.
proaktif bkn sikap positif (individu, institusi, dll) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yg sememangnya memerlukan tindakan yg berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ utk menjayakan projek yg dirancangkan.
probet (probét) (Udg) 1. proses membuktikan secara rasmi kesahihan atau kesahan sesuatu wasiat; 2. sijil pengesahan wasiat.
probiotik (Bio) organisma atau bahan yg menggalakkan tumbesaran haiwan secara penghadaman makanan dlm perut dan kadar metabolisme.
probosis (Bio) bahagian mulut yg panjang dan tajam pd sesetengah serangga, digunakan utk menghisap makanan atau menusuk.
Pro-Canselor orang yg jawatannya satu tingkat di bawah canselor di universiti.
prodemokrasi (prodémokrasi) cenderung menyokong demokrasi: perjuangan ~ lebih berkisar di kalangan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
prodeo (prodéo) kerana Allah, percuma (mendapat sesuatu).
prodrom (Ubat) gejala awal yg menunjukkan kemungkinan berlakunya sesuatu penyakit.
produk sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb: eksport ~ elektronik Malaysia ke negara-negara Asia akan terus ditingkatkan; ~ kewangan Islam boleh diterima ramai.
produksi IB barang-barang yg dibuat atau dihasilkan.
produktif 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak: perumahan boleh dianggap sbg industri ~ negara; penulis skrip yg ada sekarang adalah dlm peringkat umur yg ~; 2. mencapai banyak hasil, berhasil: perbincangan kami pd petang itu sangat ~; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur: umur ~.
produktiviti daya pengeluaran: beliau menggesa kakitangannya membaharui azam dan tekad utk bekerja keras bagi meningkatkan ~.
produsen (produsén) IB pengeluar (barang-barang).
produser bp penerbit filem, drama dsb.
Prof singkatan bagi Profesor.
profesi (profési) Id profesion.
profesion (profésion) pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll).
profesional (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pembayaran dilakukan (dilibati dsb) sbg mata pencarian, mendapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion;
memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya;
keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.
profesionalisme (profésionalisme) sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu, dll) sebagaimana yg sewajarnya terdapat pd atau dilakukan oleh seorang profesional.
profesor (profésor) tenaga akademik yg paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru;
~ adjung gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang, yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi; ~ diraja gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang profesor oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong; ~ emeritus gelaran kpd profesor yg telah bersara sbg suatu penghormatan; ~ madya pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; ~ pelawat profesor yg diundang mengajar dsb di universiti lain (biasanya di luar negara) utk suatu tempoh masa tertentu; penolong ~ pensyarah yg tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti;
keprofesoran ciri (sifat, kewibawaan dsb) sbg profesor.
profil 1. bentuk atau gambaran sesuatu sebagaimana yg dilihat dr sisinya; ~ sungai bahagian (gambaran) yg menunjukkan cerun (aliran) sungai dr hulunya ke muaranya; ~ tanah bahagian (gambaran) yg menunjukkan berbagai-bagai lapisan tanah; 2. gambaran yg menunjukkan (membayangkan) kedudukan (peranan dsb) sesuatu pd sesuatu masa: penulis mengalihkan perhatiannya kpd ~ bahasa di negara ini.
profilaksis (Ubat) pencegahan (pengawalan) penyakit.
profilaktik (Ubat) berkaitan dgn atau bersifat melindungi (mencegah) penyakit: rawatan ~.
progeni (progéni) 1. salasilah atau jurai keturunan yg berasal drpd rumpun yg sama, anak cucu; 2. anak yg dihasilkan oleh induk.
progeria (progéria) (Ubat) keadaan tua yg dialami sebelum waktunya, yg biasanya dialami semasa peringkat kanak-kanak lagi.
progesteron (progésteron) (Bio) hormon steroid yg merangsang persediaan uterus utk menghadapi kehamilan.
prognosis 1. ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutamanya setelah pesakit menjalani rawatan, spt pembedahan, dgn mengambil kira semua faktor spt umur, dll; 2. ramalan atau telahan.
program 1. rancangan yg menentukan dasar-dasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian, dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem, dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara;
memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancangkan; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer;
terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien;
pemprograman 1. proses mengatur sesuatu, rancangan, perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan.
progresif (progrésif) 1. menuju ke arah perbaikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~ ; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, berperingkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~.
projek (projék) 1. rancangan kerja atau aktiviti pembangunan yg hendak dijalankan atau sedang dijalankan: ~ perumahan; ~ pengairan; 2. kajian terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek.
projeksi (projéksi) 1. anggaran atau ramalan tentang sesuatu berdasarkan data, keterangan, pemerhatian, dsb yg diketahui; 2. gambaran, pancaran, sorotan: bahasa adalah suatu kenyataan ilmiah yg mendukung maksud sbg ~ drpd peribadi pemakainya;
memprojeksikan membuat ramalan tentang sesuatu hal (rancangan) berdasarkan pemerhatian dan data yg sedia ada.
projektil (projéktil) objek spt peluru dan roket, yg ditembak drpd meriam atau senjata lain.
projektor (projéktor) alat utk menayangkan filem atau slaid pd skrin dsb.
proklamasi IB pengumuman yg rasmi kpd seluruh rakyat, pemberitahuan, pengisytiharan, pemakluman: tanggal 17 Ogos 1945 adalah hari ~ kemerdekaan Negara Republik Indonesia;
memproklamasikan mengumumkan dgn rasmi kpd seluruh rakyat: kita harus ~ kemerdekaan sebelum Jepun menyerah.
proklamir ark; memproklamirkan memproklamasikan.
proksi 1. kuasa yg diberi kpd seseorang utk bertindak bagi pihak atau mewakili orang berkenaan yg tidak hadir, mis dlm sesuatu pengundian: mengundi secara ~; 2. orang yg diberi kuasa utk bertindak bagi pihak orang lain yg tidak hadir.
proktitis (Ubat) radang pd rektum.
proktokolektomi (proktokoléktomi) (Ubat) pembuangan rektum dan kolon secara pembedahan.
proktokolitis (Ubat) radang pd kolon dan rektum.
proktoskop (Ubat) alat utk memeriksa bahagian rektum.
prolaktin (Ubat) hormon polipeptida yg dirembeskan oleh kelenjar pituitari anterior yg merangsangkan dan mengekalkan laktasi pd mamalia selepas melahirkan anak.
prolaps (Ubat) penyeseran atau penonjolan sebahagian atau seluruh struktur atau organ, spt yg boleh terjadi pd rahim, dubur, dll, tumbung.
proletar IB orang yg hidupnya mengambil upah dgn memberi tenaga, memburuh; kaum ~ kaum yg hidupnya memburuh.
proletariat (prolétariat) (Ant) golongan pekerja, terutamanya mereka yg tidak mempunyai modal dan menyara kehidupan dgn makan gaji atau mengambil upah.
prolifik banyak menghasilkan karya, banyak hasil tulisannya (ciptaannya): seorang penulis yg ~ dan sehingga kini telah menghasilkan lebih drpd 14 buah buku; dramatis yg ~.
prolog I 1. kata-kata atau bahagian pendahuluan kpd sandiwara atau pidato, pembukaan kpd cerita sandiwara dll; 2. peristiwa pendahuluan (permulaan).
Prolog II akronim bagi programming in logic (pengaturcaraan dalam logik, iaitu sj bahasa pengaturcaraan komputer).
prometium (prométium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif, dan digunakan utk membuat bateri, cat berpendar cahaya, bahan semikonduktor, dll.
promo bp sesuatu, spt tayangan filem video ringkas, yg ditayangkan utk mempromosikan sesuatu produk, peristiwa dsb: stesen televisyen akan menampilkan ~ mengenainya dlm usaha menarik perhatian penonton.
promosi 1. kenaikan pangkat, naik pangkat, dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkat jualan barang (eksport, pelancongan, dsb);
mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan.
promoter 1. orang (atau pihak) yg menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yg berusaha memperkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan; 3. IB profesor yg memimpin dan mengawasi orang yg bakal menerima gelaran doktor.
prop IB, bp penyumbat botol, gabus; topi ~ topi gabus.
propaganda 1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat, dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerangkan pendapat (ideologi, fahaman, dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll;
mempropagandakan 1. menghebahkan secara teratur pendapat (ideologi, fahaman, dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll.
propagandis orang yg menyebarkan propaganda.
propana (Kim) sj sebatian gas yg tidak berwarna, mudah terbakar, dan digunakan utk bahan api, sintesis organik, dll.
propelan (propélan) 1. bahan api roket; 2. gas mampat dlm sesuatu bekas yg berfungsi utk menolak keluar isi bekas (dlm bentuk aerosol).
pro rata (Latin) mengikut kadar, mengikut bahagian tertentu: para pekerja itu akan menerima bonus secara ~.
proreformasi (proréformasi) cenderung menyokong reformasi: mereka mungkin sedang mengatur strategi utk memastikan kepentingan mereka tidak diganggu-gugat oleh rakyat yg ~.
prosa karangan yg bertulis dgn bahasa yg biasa (tidak berbentuk sajak dll), lwn puisi;
memprosakan menukarkan puisi (sajak dsb) kpd prosa: mereka juga diberi bimbingan tentang teknik ~ puisi, sajak dsb.
prosaik 1. bersifat prosa; 2. tiada imaginasi dan menjemukan: pendeknya sebuah puisi itu tidak diucapkan secara lurus, kasar, ~ dan dangkal; ungkapan-ungkapannya kadangkala begitu mudah dan ~.
prosedur (prosédur) cara yg lazim utk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara: dia akan memastikan yg dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dgn betul menurut ~ dan peraturan.
prosen (prosén) IB peratus; ( persen I.
prosenium (prosénium) bahagian pentas di hadapan tirai (dlm panggung).
proses (prosés) 1. satu siri perubahan yg berlaku secara semula jadi: sedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa utk mendapatkan bahan-bahan ilmu; 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ Haber (Kim) sj proses utk menyediakan ammonia drpd nitrogen; 4. Id pembicaraan dlm mahkamah;
berproses telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr luar negara;
memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport;
pemprosesan perbuatan (usaha, kerja, dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data;
pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata.
prosesi (prosési) IB pawai atau perarakan (dlm upacara Roman Katolik).
proses-verbal (prosés-verbal) IB laporan tentang terjadinya sesuatu perkara, berita acara.
prosiding 1. rakaman maklumat (biasanya dicetak) tentang perbincangan dan keputusan sesuatu mesyuarat, persidangan, dsb: analisis ini ialah ~ mesyuarat jawatankuasa pemuliharaan alam sekitar; 2. (Udg) sebarang tindakan mahkamah yg diambil terhadap seseorang: Akta Bahasa Kebangsaan dipinda bagi membolehkan seluruh ~ mahkamah dijalankan dlm bahasa Melayu.
prosodi 1. (Sas) kajian tentang pelbagai aspek persajakan (mis tentang matra, intonasi, rentak, irama, dll); 2. (Lin) pola tekanan dan intonasi dlm sesuatu bahasa.
prospek (prospék) 1. kemungkinan atau peluang untuk mencapai kejayaannya akan datang: rencana ini menumpukan perbincangan kpd beberapa isu, masalah, ~, dan strategi pembangunan industri desa; 2. harapan utk terus maju dlm kerjaya.
prospektor (prospéktor) 1. pencari gali; 2. syarikat, organisasi dsb yg sentiasa mencari dan mengeksploitasi peluang dan pasaran baru.
prospektus (prospéktus) 1. kenyataan rasmi utk perhatian umum yg memberikan butir-butir tentang tawaran saham, penerbitan buku, dsb; 2. brosur atau risalah yg memberikan butir-butir pelbagai kursus yg ditawarkan oleh sesebuah pusat pengajian.
prostat (Bio) kelenjar yg mengelilingi leher pundi kencing dan uretra pd lelaki atau mamalia jantan, merembeskan cecair yg merupakan sebahagian drpd air mani.
prostatektomi (prostatéktomi) (Ubat) pembuangan sebahagian atau keseluruhan prostat secara pembedahan.
prostatitis (Ubat) radang pd prostat.
prostesis (prostésis) (Ubat) gantian (secara buatan) sesuatu bahagian tubuh yg hilang, spt kaki dan tangan.
protagonis 1. watak utama dlm sesuatu cerita, drama, dll; 2. penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan, dsb.
protaktinium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.
protein (protin) zat yg membina tubuh (terdapat dlm daging, susu, telur, dll): ~ membina tubuh serta membaiki segala bahagian tubuh yg rosak, luka, atau cedera;
berprotein mengandungi protein: makanan ~.
proteinuria (protinuria) (Ubat) kehadiran protein yg berlebihan dlm air kencing.
proteksi (protéksi) IB perlindungan (dlm politik, perdagangan, dll); politik ~ Id politik yg memberikan perlindungan drpd negara asing.
protektorat (protéktorat) (Udg) negara yg mendapat perlindungan drpd negara asing dan tidak mempunyai raja berdaulat.
protes (protés) pernyataan tidak setuju dengan sesuatu dasar (usul dll), sanggahan, sangkalan, tentangan;
memprotes menyatakan tidak bersetuju, menentang, menolak, menyanggah, menyangkal: apabila ini tidak dipatuhi, kedua-dua pihak, kerajaan dan rakyat akan ~.
Protestan (protéstan) (penganut) agama Kristian (pd mulanya dipelopori oleh Martin Luther) yg keluar drpd agama Roman Katolik.
protokol 1. surat-surat rasmi bkn keputusan perundingan (persetujuan dll); 2. peraturan-peraturan dlm istiadat rasmi (menyambut tetamu-tetamu negara dll).
proton zarah bercas positif yg membentuk nukleus atom.
PROTON akronim bagi Perusahaan Otomobil Nasional.
protoplasma (Bio) bahan hening (yg terdiri drpd air, protein, karbohidrat, garam tak organik, dll) yg kental, yg terdapat dlm segala sel haiwan dan tumbuhan.
prototaip model pertama yg dibina bagi menghasilkan sesuatu (spt perisian komputer) yg dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yg lebih baik (canggih).
protozoa (Bio) organisma satu sel yg mempunyai satu nukleus dan merupakan organisma paling ringkas dlm alam haiwan.
protraktor alat yg berbentuk separuh bulatan (biasanya dibuat drpd plastik lut sinar yg bersenggat mengikut darjah) yg digunakan utk mengukur sudut atau utk melukis sudut.
provinsi daerah yg di bawah jagaan seorang gabenor wilayah.
provinsialisme faham (gerakan, semangat, dsb) kedaerahan.
proviso syarat dlm sesuatu perjanjian (khasnya dlm dokumen undang-undang).
provitamin sj bahan yg menjadi pelopor utk membina vitamin (mis pelopor vitamin A ialah karotena).
provokasi perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya;
memprovokasi 1. membangkitkan kemarahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbulkan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran.
provokatif bersifat membangkitkan kemarahan atau menggoda.
provos (gelaran) ketua bagi sesetengah kolej universiti: P~ ITM Cawangan Sabah.
pruf cetakan percubaan (karangan dll) yg perlu dibandingkan dgn manuskrip asal utk meneliti kesalahan cetak dll: kerjanya membaca ~ dan membetulkan kesilapan percetakan; ~ galei pruf yg diambil drpd bahan-bahan yg diatur huruf ketika bahan itu masih dlm peringkat galei.
prun = buah ~ buah plum yg dikeringkan.
ps kep postscript (catatan tambahan pd surat selepas tandatangan penulisnya).
PSC kep Public Services Commission (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).
PSD 1. kep Panglima Setia Diraja (pingat yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kpd orang yg telah memberikan khidmat yg cemerlang kpd Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong); 2. kep Public Services Department.
pseudo- (pséudo) awalan asing palsu (bukan sebenarnya, pura-pura), mis pseudonim.
pseudonim (pséudonim) nama samaran yg digunakan oleh seseorang penulis, pengarang, dsb, nama pena.
pseudosiesis (pséudosiésis) (Ubat) kehamilan palsu.
psi (sai) huruf ke-23 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol (, (.
psikedelik (psikédélik) 1. (Ubat) menyebabkan atau mengakibatkan halusinasi (bkn dadah): dadah ~; 2. (S.Lukis) mempunyai pelbagai warna yg sangat terang atau garang, dan bentuk yg berbelit-belit spt yg diilhamkan melalui khayalan (bkn lukisan abstrak, hiasan, pakaian dsb).
psikiatri cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian dan rawatan gangguan mental.
psikik (Psi) 1. yg berkaitan dgn jiwa atau fikiran manusia; 2. berkaitan dgn atau mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa, mis telepati; 3. orang yg mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa: benarkah dia seorang ~?
psiko orang yg menderitai sakit (tekanan) jiwa.
psikoanalisis rawatan yg dilakukan pd seseorang yg mengalami tekanan jiwa dgn bertanyakan pengalamannya yg lalu utk mencungkil masalah dan perasaannya yg tersembunyi yg menjadi punca penyakitnya.
psikodinamik 1. kajian tentang proses dan kuasa mental; 2. bkn atau berkaitan dgn proses dan kuasa mental.
psikodrama teknik psikoterapi secara berkumpulan yg menghendaki pesakit melakonkan dan meluahkan segala masalah yg sedang dihadapinya.
psikolinguistik ilmu yg berkaitan dgn hubungan antara bahasa dgn perilaku dan akal budi manusia.
psikologi 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan memahami sifat manusia;
berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?
psikometri (psikométri) kaedah dan teknik mengukur kepintaran berfikir seseorang.
psikomotor (Psi) bkn pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental.
psikopat (Psi) orang yg mempunyai personaliti antisosial sehingga menunjukkan tingkah laku yg tidak normal.
psikopati (Psi) sebarang bentuk gangguan mental, termasuk gila.
psikopatologi kajian saintifik bkn penyakit gangguan mental.
psikoseksual (psikoséksual) (Psi) berkaitan dgn atau melibatkan unsur atau aspek psikologi dlm dorongan seks: pematangan ~.
psikosis (Psi) gangguan mental yg teruk, yg dicirikan oleh perubahan perwatakan dan ketakpekaan terhadap persekitaran.
psikosomatik (Psi) bkn gangguan fizikal manusia yg timbul akibat masalah psikologi, spt rasa bimbang (takut dll).
psikososial berkaitan dgn atau melibatkan faktor atau pengaruh psikologi dan sosial: perkembangan ~.
psikoterapi (psikotérapi) rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dgn menggunakan kaedah psikologi.
psikotik (Psi) 1. orang yg mengalami psikosis: pelajar yg dipercayai telah dibunuh oleh seorang pembunuh ~; 2. bersifat (mempunyai ciri-ciri) psikosis.
PSK kep percuma sampai kapal.
PSM kep Panglima Setia Mahkota (pingat yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kpd orang yg telah memberikan khidmat yg cemerlang kpd negara).
psoriasis (Ubat) penyakit yg menyebabkan kulit mengalami tompok-tompok merah yg diliputi sisik keputih-putihan, biasanya terdapat pd lutut, siku dan kulit kepala.
Pt simbol kimia bagi platinum.
Pt. kep Parit: ~ Jawa.
PTA kep Pegawai Tadbir Am.
PTD kep Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
pteridologi (ptéridologi) cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang paku-pakis.
pterigium (ptérigium) (Ubat) ketumbuhan konjunktiva yg mengunjur ke atas kornea, yg bermula dr hujung mata sebelah hidung dan mengarah ke anak mata sehingga boleh menutupinya.
ptialin (Ubat) enzim amilase yg terdapat di dlm air liur manusia dan haiwan, yg menguraikan kanji kpd maltosa.
PTM kep Persekutuan Tanah Melayu.
Pu simbol kimia bagi plutonium.
puadai sl sj hamparan drpd kain, (tikar dll) utk tempat berjalan atau tempat duduk orang besar-besar (pengantin ketika bersanding dll).
puah sr kata utk menyatakan tidak puas (menghina dll).
puak 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis);
~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah;
berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah-belah: hidup berpuak-puak dan berseteru;
memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ;
kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran;
perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk.
puaka 1. = hantu ~ hantu penunggu, roh jahat, demit: kebanyakan mereka tidak selamat, kelong-kelongnya habis dibinasakan oleh ~-~ dan hantu-hantu laut; ~ air; ~ tanah; 2. ki orang yg (dianggap) jahat, pengacau, perosak: budak-budak itulah ~nya; 3. = berpuaka sl ada hantu penunggunya, berhantu, sakti: pokok ~; rumah ~; gua ~.
pual I IB sj kain (kain cita halus yg berkerut-kerut).
pual II ark olakan, pusaran;
berpual-pual memancar keluar, berkepul-kepul, membual-bual (asap dll), berpusing-pusing, berpusar-pusar (fikiran dll): asap keluar ~ dr serombong; fikirannya ~ memikirkan perkara-perkara yg sulit.
pualam = batu ~ sj batu, batu kapur yg keras bersih dan bercahaya, marmar; nilam ~ berbagai-bagai batu yg bercahaya.
puan I sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda kekuasaan raja).
puan II 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penyakit yg khusus dihidapi orang perempuan terutama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan);
puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian;
berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin.
puan III; kelapa ~ kelapa yg isinya lembut (lunak) sekali; ais ~ Id ais dengan kelapa puan; kuih ~ sj kuih.
puan IV Sr pokok bunga buatan (tiruan).
puar; ~ birah sj tumbuhan (rizom), halia hutan (hantu, kera), lidah hantu, Globba panicoides; ~ gajah (hijau, hutan) sj tumbuhan (rizom), tepus merah, Amomum uliginosum; ~ hudang (gajah, halia, rimba) sj tumbuhan (rizom), Globba malaccensis; ~ kampung sj tumbuhan (rizom), Elettariopsis pubescens; ~ mengkang (mengkanang) sj tumbuhan (rizom), tepus kijai, Languas (Alpinia) rafflesiana; ~ minyak sj tumbuhan (rizom), temu, Languas (Alpinia) connifolia; ~ putih sj tumbuhan (rizom), tepus (putih), pokok gingin, kantan hutan, Languas (Alpinia) javanica; ~ tadah embun sj tumbuhan (rizom), Amomum sqarrosum;
tercencang ~ tergerak andilau prb Mn jika menyindir (memusuhi dll) orang, mungkin sanak saudara orang itu turut sakit hati;
berpuar menghalau hantu (spt berpura-pura memukul sana sini) dgn menggunakan batang puar.
puas 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh-sungguh;
puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya;
sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya;
berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);
memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;
~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga;~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya;
kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa;
ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati;
pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu;
pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki.
puasa 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Islam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur?
berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib).
puatang C, bp tidak sampai maksud (tujuan), tidak beruntung, gagal, kecewa.
puawang ark pawang.
pub tempat khusus utk dan meminum minuman keras (sambil menikmati hiburan muzik).
publik 1. orang ramai, masyarakat umum, awam, umum: menarik perhatian ~; di muka ~ di hadapan orang ramai; 2. bkn orang ramai, terbuka kpd umum.
publikasi IB perihal menyiarkan atau menyebarkan (berita, buku, dll), penyebaran, penyiaran.
publisiti 1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2. perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum: memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami;
mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara utk menarik perhatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana.
puca; ~ potong Kl sj kain (biasanya dipakai apabila menyambut kedatangan pembesar-pembesar negeri).
pucak ( puncak.
pucang Jw (pokok) pinang.
pucat 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit;
memucatkan menyebabkan atau menjadikan pucat;
kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh).
pucik pancang atau tiang belat (kelong).
pucuk I 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan;
~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal-usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang;
~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharapkan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya), spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendirian sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa memandang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi;
berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.
pucuk II 1. sj tumbuhan (herba), Saussurea lappa; 2. sj tumbuhan (palma), gebang, ibus, lontar utan, Corypha gebanga.
pucuk III = ikan ~ sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~ rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus.
pucung I = burung ~ sj burung, Ardea cinerea rectirostris; ~ keladi (bakau) sj burung, Butorides striatus javanicus.
pucung II Jw sj tumbuhan (pokok), kepayang, pakem, payang, Pangium edule.
pudar 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi;
memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb);
memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020;
kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~.
pudat ark penuh tumpat, padat.
pudi = intan ~ intan yg (butirnya) kecil-kecil;
berpudi dibubuh pudi;
memudikan menghancurkan (intan), menjadikan butir-butir kecil.
pudina tumbuhan renek, daunnya berbau harum, digunakan sbg perisa makanan, minuman, dsb, Mentha spp.
puding I sj tumbuhan (pokok kecil); jenis-jenisnya: ~ emas, ~ hutan, ~ merah, dll; ~ mas = ~ perak sj tumbuhan (pokok kecil), adal-adal, daun segenting, puring (Jw), Codiaeum variegatum.
puding II sj hidangan manis dan lembut yg dibuat drpd pelbagai bahan spt tepung, susu, telur, gula, dan buah-buahan.
pudur Mn mati (gunung berapi), padam;
memuduri, memudurkan memadamkan, mematikan: ~ api; ~ nafsu.
pueng (puéng) Kl; berpueng meronta-ronta (kerana hendak melepaskan diri).
pugai Sr sesuatu yg dijampi utk memikat hati seseorang, guna-guna: aktiviti ~ menyalahi perintah agama.
pugak ark; berpugak-pugak melakukan sesuatu dgn sungguh-sungguh.
pugar I; segar-~ sihat benar, bugar;
memugar, memugari 1. sl memperbaiki atau memperelok semula, membaharui, memulihkan: indahnya konon kota negeri, sekaliannya baru dipugari; 2. = ~ tanah (hutan) a) menjadikan hutan semula; b) membuka hutan, menebangi hutan (utk ditanami);
pemugaran 1. pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan; 2. perihal memugar (membuka, mengusahakan) tanah.
pugar II Mn; memugar melakukan atau mengerjakan dgn sungguh-sungguh, menyungguh-nyungguh;
~ berjalan berjalan sungguh-sungguh (cepat-cepat); ~ minum minum sungguh-sungguh (banyak); pugak.
pugas; memugas Sb meronta-ronta utk melepaskan diri drpd sesuatu: pemuda itu akhirnya dapat ~ drpd ikatan yg membelenggu kaki dan tangannya.
pugau; terpugau terpampang; ~ di depan mata terpampang di depan mata (tampak nyata).
pugut Br vandalisme.
puhu Kl reput.
puing runtuhan rumah dll: rumahnya sudah menjadi ~; abu ~ abu drpd runtuhan; batu ~ batu drpd runtuhan rumah; timbunan ~ timbunan runtuhan;
memuingkan menjadikan puing, menghancurkan rumah (bangunan dll).
puisi karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll);
berpuisi mengarang puisi, menyatakan sesuatu dlm bentuk puisi;
mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang;
kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca;
perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu;
pemuisi orang yg mencipta (mengarang, menulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak.
puitis bersifat puisi: nama yg ~; pilihan kata dan pengucapan yg ~;
kepuitisan keadaan puitis: ~ bahasanya dapat dilihat melalui banyaknya pilihan kata yg mempunyai pertalian bunyi.
puja sj upacara penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll); pesta ~ umur pesta utk memperingati hari jadi; ~-puji berbagai-bagai macam puja dan puji;
memuja 1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa (membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~ pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjung-nyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau menyanjung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta);
pujaan 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~;
puja-pujaan sesuatu yg dipuja-puja: mereka tidak perlu kpd ~;
pemujaan 1. penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll), pujaan: sesungguhnya arak, judi, dan ~ berhala adalah perbuatan yg berunsurkan syaitan; 2. tempat memuja (kuil dll);
pemuja orang yg memuja.
pujangga 1. pengarang sajak (syair dll) yg agung dan tinggi mutunya; 2. ahli fikir, ahli sastera (bahasa);
kepujanggaan perihal pujangga (karang-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga.
puji (pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja-~ bermacam puja dan puji;
memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, menyanjung (nama Tuhan dll): ~ nama Tuhan;
memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu;
memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu;
terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~;
pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji;
puji-pujian 1. perkataan memuji-muji kebaikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu;
kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian;
pemujian hal atau perbuatan memuji;
pemuji orang yg memuji.
pujuk = pujukan kata-kata yg sangat menarik utk memikat hati: ~ rayu; ~ cumbuan;
berpujuk; ~ cumbu (rayu) saling memakai kata-kata yg manis utk memikat hati dll;
memujuk memakai kata-kata manis dgn tujuan hendak memikat hati (mengajak, menipu, dll);
pemujukan perihal (perbuatan dsb) memujuk;
pemujuk orang yg memujuk; bujuk I.
pujur buruk kelakuannya (perangainya, tabiatnya), cabul.
pujut; memujut mencekik atau mengikat leher dgn tali (sbg hukuman), mengujut; ( kujut.
puk I 1. bunyi spt bunyi orang memukul; 2. bp pukul.
puk II Kl 1. masak, empuk: ubi ini kurang ~; 2. getah yg berketul-ketul (tidak dimesin).
pukah patah, rekah atau bengkok patah (dahan kayu dll);
memukah memecah, mengopak, merosakkan: setitik air pun tidak ada, ini tentu Berahim yg ~ gelung kita semalam; kami ~ papan pd dinding pondok itu.
pukal 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll);
sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat);
memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas.
pukang I 1. paha (kuda, lembu, dll); 2. = sela ~ celah kangkang; 3. sudut jangka dll;
memukang-mukang 1. memotong-motong atau mengerat-ngerat binatang yg disembelih, menyendi-nyendi, merincik-rincik (daging); 2. membagi-bagi, memecah-mecah (daerah dll).
pukang II; lintang-~ = silang-~ (berlari) tunggang-langgang.
pukang III ( kukang, kongkang I.
pukang-pukang ark sj hantu yg hanya kelihatan kakinya sahaja.
pukas 1. kemaluan perempuan, puki; 2. Kd, sr orang latah (terkejut): oh ~;
berpukas berbogel, bertelanjang (perempuan);
berpukas-pukasan sindir-menyindir dgn kata-kata yg tidak senonoh, berlaku tidak senonoh; mandi ~ mandi bertelanjang dgn tidak malu-malu.
pukat sj jaring besar dan panjang utk menangkap ikan, biasanya digunakan di laut; jenis-jenisnya: ~ bawal, ~ cang, ~ cina, ~ hanyut, ~ harimau, ~ tangkul, ~ tarik, ~ tunda, dll;
mata ~ lubang-lubang pd pukat, pawang ~ orang yg ahli dlm menangkap ikan dgn pukat, perahu (sampan) ~ perahu (sampan) utk menangkap ikan dgn pukat, perahu mayang, perahu pemayang; ~ terlabuh ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia;
memukat menangkap ikan dgn pukat;
pemukat 1. nelayan yg menggunakan pukat; 2. perahu mayang.
pukau sj tepung (drpd biji kecubung dll) atau jampi serapah (tangkal dsb) yg digunakan utk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap; kena ~ a) ki hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam; b) dipukau (oleh pencuri);
memukau 1. mengenakan (membubuh) pukau; 2. ki memperdaya, mengakali, menipu; 3. memikat hati, mempesonakan, mengagumkan: kerajinan serta ketekunan orang Jepun membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia;
terpukau 1. tertidur (mabuk) kerana kena pukau; 2. ki terpedaya, tertipu; 3. terpesona, terpikat (hati): ribuan penonton ~ oleh persembahan yg agak luar biasa itu;
pukauan hasil perbuatan atau usaha memukau: dia membaca sedikit mantera utk menyedarkan anaknya drpd ~ itu;
pemukau orang yg mengenakan pukau.
puki I 1. bk kemaluan perempuan, pukas; 2. = ~ mak sj makian, carut.
puki II; ~ anjing sj tumbuhan (pokok besar), salah nama, Cynometra cauliflora.
pukul I 1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp mengenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka;
~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersembunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja;
~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai);
memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga;
~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik);
dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya);
pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain;
memukuli, memperpukuli memukul berkali-kali, mengajar;
memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga;
terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu;
pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb;
pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan;
pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi.
pukul II; ~ lima sj tumbuhan (pokok besar), Enterolobium saman.
pukul III; ~ gendang sj ikan laut, Parapercis pulchela.
pul I IB, bp 1. kutub; 2. pusat pengumpulan kereta dll.
pul II; kacang ~ sj kacang.
pula 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tambahan lagi; memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya?
PULADA akronim bagi Pusat Latihan Darat.
pulai sj tumbuhan (pokok), Alstonia spp.; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), medang api (kelawar, miang), jambu kelawar mengkerai hutan, setui tupai, Elaeocarpus stipularis; ~ berpangkat naik, manusia berpangkat turun prb manusia itu haruslah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik.
pulan 1. empuk atau lembut, tidak lembik (nasi dll); 2. belum masak benar lagi (ubi yg direbus dll).
pulang 1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya;
~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~ -balik = ~ -pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~ -paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi;
sepulang waktu (masa) pulang, sekembali;
berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik;
memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...;
memulangkan 1. membawa pulang, mengirimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (mengatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerahkan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya;
terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja;
pulangan hasil drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dll);
kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra;
pemulangan perbuatan memulangkan, pemulihan, pengembalian.
pulangan tempat duduk orang yg mendayung atau mengayuh (dlm perahu).
PULAPOL akronim bagi Pusat Latihan Polis.
pulas I; berpulas, berpulas-pulas berputar-putar, berpintal-pintal, berpusing-pusing (tali dll);
memulas 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll);
pemulas alat utk memulas (skru dll).
pulas II; memulas berasa sakit spt berpilin-pilin dlm perut, mulas; usus ~ sakit kejang pd usus.
pulas III; (ber)hempas-~; ( hempas.
pulas IV Jk nyenyak atau nyedar (tidur): anak-anak sudah ~ tidur;
kepulasan tertidur nyenyak (nyedar).
pulas V Jw; memulas 1. mewarnai, mengecat, menyapu (dgn bubukan dll yg berwarna): dinding rumah itu dipulas dgn kapur putih; ~ gambar; pipinya dipulas merah jambu; 2. memperbaiki (mengembangi) tayar luar yg telah haus; tukang ~ ban Id tukang yg membaiki tayar;
pulasan 1. yg sudah dipulas (diwarnai); 2. = berpulasan ki nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu; 3. ark tayar yg dipulas.
pulas VI; ~ keladi sj ikan laut, Caranx sexfasciatus.
pulasan sj tumbuhan (pokok spt pokok rambutan), arang para, gerat, merat, mutan reba, rambutan kafri, Nephelium mutabile; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok tinggi yg buahnya manis), buah nangka pipit, kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, Nauclea maingayi; b) sj tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi, kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, Anthocephalus cadamba.
pulasari 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya tipis), empelas hari, Alyxia forbesii; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat yg bunga dan kulitnya wangi), akar bagan, empelas hari, mempelasari, mempelas hari, Alyxia lucida.
pulasi Id wang belanja yg harus dibayar oleh orang yg menjual tanah (rumah).
pulau tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu;
belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak;
berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempunyai pulau (lautan dll);
pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu;
memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini;
terpulau dipulaukan, disingkirkan;
kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau;
pemulauan perbuatan memulaukan, pemboikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan.
Pulau Pinang negeri di luar pantai barat Semenanjung, keluasan 285 km2, Georgetown sbg ibu negeri.
pules Jk nyedar atau nyenyak (tidur); pulas IV.
puli Tr sj kuih drpd ubi kayu dan manisan.
pulih I kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula;
memulihkan 1. mengembalikan kpd keadaan yg semula, membaikkan, menyembuhkan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulangkan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya;
kepulihan keadaan pulih;
pemulihan perbuatan memulihkan, pengembalian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi;
pemulih alat utk memulihkan: injap ~.
pulih II; burung tua ~ sj burung, Malacopteron cinereum.
pulihara; memulihara memulihkan serta memelihara (menjaga dsb), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dlm keadaan yg baik: kita juga akan melihat betapa pentingnya bentuk muka bumi ini kpd kita dan mengapa kita harus mengekalkan dan ~nya;
pemuliharaan perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah.
puling I pialing.
puling II; pata ~ sj ikan darat, kerengkek, Puntioplites fasciatus; pata.
puling III sj burung, burung nuri, Psittinus c. cyanurus.
puling IV Kl sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diperbuat drpd tanah liat, berongga dan berbentuk burung).
pulmonari (Ubat) berkaitan dgn paru-paru: arteri ~.
pulpa 1. bahan yg diperoleh drpd kayu dll secara kimia atau mekanikal utk dibuat kertas; 2. (Ubat) bahagian gigi paling dalam yg lembut dan mengandungi saraf dan salur darah.
pulpen (pulpén) IB tangkai (batang) pena yg berisi tinta (dakwat).
puluh = sepuluh sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh (20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm deretan angka);
persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu dibahagi sepuluh (1/10);
berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun;
puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa;
perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukuran dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang.
pulun I; berpulun-pulun 1. bergumpal-gumpal atau berkepul-kepul naik ke atas (bkn asap); 2. berlipat-lipat, bertompok-tompok (kain);
memulun-mulun menggulung-gulung, melipat-lipat (kain dll).
pulun II Kd (ber)sungguh-sungguh: bukan main lagi dia ~ buat kerja itu.
pulung Jk butir, gentel, untal (pel);
memulung 1. membuat butir, menggentel (ubat dll); 2. menggulung (rokok dll).
pulur isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan; ( empulur I.
pulut I getah (drpd tumbuh-tumbuhan utk menangkap burung);
memulut 1. menangkap burung dll dgn getah, menggetah (burung dll): ia selalu ~ burung tekukur; 2. ki memikat (hati), membujuk-bujuk: banyak gadis yg terpikat kepadanya kerana dipulut dgn kata-kata yg manis;
terpulut 1. kena pulut, terlekat; 2. terpikat (hatinya), tertipu.
pulut II 1. = beras ~ = sipulut Mn sj bijian spt beras tetapi lebih berkanji, beras ketan; 2. sj penganan yg dibuat drpd beras ketan; jenis-jenisnya: ~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang, ~ udang, ~ urap, dll;
dilihat ~, ditanak berderai prb Mn apa yg kelihatan pd lahirnya berlainan dgn keadaan sebenarnya (kelihatan sbg orang kaya tetapi sebenarnya miskin dll); sebab ~ santan binasa sebab mulut badan binasa prb perkataan yg tajam itu kerap kali mendatangkan kecelakaan kpd diri sendiri.
pulut III; ~ lembu = pulut-pulut sj tumbuhan (pokok renek), kelulut, pepulut, Urena lobata;
pulut-pulut 1. sj tumbuhan (rumpai), lemak ketam, Melochia corchorifolia; 2. sj tumbuhan (rumpai), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput pasir (tahi babi), sembung gajah, Adenostema lavenia (viscosum); ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), merepuh, setampin, tampin hutan, Mallotus griffithianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), jarak hutan, ludai api, sembang, tapak gajah, Mallotus porterianus; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pokok melukut (pepulut), Chrysophyllum roxburghii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput bawang, siameh gunung, siamit, Fimbristylis asperrima.
pulutan sj ikan laut, Tachysurus spp.
puma sj binatang liar yg termasuk dlm famili kucing, rupanya seakan-akan singa, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor panjang, biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan Selatan, kugar, Felis concolor.
pumis; batu ~ batu gunung berapi yg poros dan ringan yg biasanya digunakan utk menggilap dan sbg bahan pelelas, batu apung, batu timbul: tepung ~.
pumpun I Mn; berpumpun berhimpun, berkampung, berkumpul; ~ abu ada alamat-alamat (tanda-tanda) kesalahan;
memumpun menghimpunkan, menampungkan, mengumpulkan;
terpumpun terhimpun, terkampung, terkumpul, terpusat;
pumpunan 1. tempat berkumpul, tempat utk dikumpulkan; 2. himpunan, kumpulan, perkumpulan; pusat jala ~ ikan prb (menjadi) tempat berkumpul (menjadi pusat bermacam-macam hal atau urusan), pusat pentadbiran, pusat pemerintahan.
pumpun II sj lipan laut (boleh dibuat umpan kail).
pumpun III Mn ark tumpul.
pun 1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu, tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun.
punah I 1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa;
memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semuanya, memusnahkan, menghancurkan: mereka mencuri dan ~ harta benda orang;
kepunahan perihal (keadaan) punah, kemusnahan, kehancuran;
pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg beriklim sederhana.
punah II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tetrameristaceae, tuyut (Sabah), entuyut (Sarawak), Tetramerista glabra.
punai I 1. sj burung spt merpati (kecil sedikit dan hijau); 2. bp kemaluan lelaki;
~ bakau sj burung punai, Treron f. fulvicollis; ~ berkok lengguak = ~ lengguak sj burung punai, Butretron capellei magnirostris; ~ bukit sj burung punai, Sphenurus robinsini; ~ daun = ~ ara = ~ kericau sj burung punai, Treron c. curvirostra; ~ gading = ~ jambu sj burung punai, Ptilinopus jambu; ~ gunung sj burung punai, Sphnurus s. seimundi; ~ kocok sj burung punai, Treron vernans griseicapina; ~ lembu terkukur api, Macropygia ruficeps malayana; ~ siul sj burung punai, Treron o. olax; ~ tanah = ~ dekut sj burung punai, Chalcophaps i. indica.
punai II; 1. dawai (kawat) mata ~ sj jaring yg dibuat drpd dawai kecil (utk reban ayam dll); 2. kain mata ~ sj kain jarang (utk membuat kelambu); 3. mata ~ sj anyaman.
punai III; ~ bintang sj tumbuhan (pokok renek), Polyalthia spp.
Punan suku kaum peribumi Sarawak, termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg tinggal di pedalaman, terutamanya di Hulu Sungai Baram dan Sungai Rejan, dan kegiatan utamanya memburu dan memungut hasil hutan
punat 1. benih (bisul dll), mata bintil (bengkak dll): macam bisul yg pecah ~nya; 2. ki sumber segala kejahatan; 3. bp tombol (lampu, radio, dll): ia memetik ~ lampu di dinding dan ruangan itu menjadi terang.
PUNB kep Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.
punca I 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd punca-punca kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua (() (spt (4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (³() (spt ³(8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~;
~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan;
berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga.
punca II Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin).
puncak 1. bahagian yg tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll): ~ Titiwangsa yg diliputi awan; bendera negara kita sudah berkibar di ~ tiang; 2. (Mat) titik sudut segi yg berhadapan dgn garis dasar, titik tempat pertemuan dua (atau lebih) garis, hujung sudut: sebuah sudut yg ~nya pd pusat O bulatan; ~ sudut titik tempat pertemuan dua garis atau lengan sudut; 3. ki paras dsb yg teratas, paras dsb yg tertinggi: apabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap; semua orang ingin sampai ke ~ hidup; harga barang-barang membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di ~nya;
~ gigi Id bahagian gigi yg di sebelah atas; ~ kejayaan kejayaan yg tertinggi; ~ paru Id hujung paru-paru;
memuncak 1. menuju ke puncak, membumbung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik;
memuncakkan menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan;
pemuncakan proses (perbuatan) yg menyebabkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal;
pemuncak 1. puncak; 2. Mn orang yg tertinggi pangkatnya; 3. johan, juara.
punci sl baiklah, mujur benar, untunglah: sekali-sekali tiadalah aku melihat ia membesarkan dirinya baik drpd kelakuannya ataupun pakaiannya, ~ orang-orangnya yg memakan gajinya memakai spt orang besar-besar.
pundak bahu (juga dlm erti kiasan): di atas ~ merekalah terletaknya tinggi rendah mutu ilmu nanti; angkat ~ bp menyatakan (menunjukkan) tidak tahu; tertanggung (terpikul) di atas ~ (tanggungjawab dll) terletak di atas diri.
pundi I = pundi-pundi 1. kantung kecil (tempat wang dll), dompet kecil; 2. ki perbendaharaan;
~ hempedu kantung pd hati tempat tersimpannya hempedu; ~ (air) kencing kantung kecil yg mengandungi air kencing (terletak di hadapan rongga punggung), kandung kencing; ~ udara kantung udara.
pundi II Jw ark; memundi-mundi, memundi-mundikan menjunjung tinggi, memuliakan, menghormati: perempuan mereka dipundi-pundikan sbg dewi.
punding ark kusutan atau simpulan (tali, benang, dll).
pundung pondok.
punduk Br; punduk-punduk duduk (seorang diri) dgn tidak berbuat apa-apa;
berpundukan duduk lebih drpd seorang dgn tidak berbuat apa-apa, melepak.
pungar Br pokok mati.
punggah; ~ angkat mengangkut;
memunggah 1. menurunkan (muatan kapal dll): orang biasa tidak boleh membuat kerja memuat barang-barang ke dlm kapal atau ~ barang-barang dr kapal; 2. membongkar, membuka (rumah dll): lepas itu D.O. datang suruh Pak Long ~ hari itu juga; siapa yg ~ tempat tidur kita ni?
punggahan 1. tempat memunggah barang-barang; 2. muatan yg sudah dipunggah: menerima ~ dr kapal;
pemunggahan perbuatan memunggah: keadaan yg tidak begitu baik menyebabkan ~ barang-barang terbatas;
pemunggah orang yg memunggah, alat (jentera) yg melakukan kerja memunggah.
punggai I sj tumbuhan (pokok), bengang, durian badak (tuang), baha-baha, huhu-huhu, Coelostegia griffithii.
punggai II; memunggaikan melontari (dgn kayu, utk menjatuhkan buah dll);
pemunggai = kayu ~ kayu dll utk memunggaikan, pelontar.
punggal I ark ( punggai II.
punggal II Jk terpotong atau terkerat (hujung, pucuk, dll);
memunggal memotong, mengerat, mematahkan (pucuk dll).
pungguk I sj burung helang malam atau burung hantu, betemak, Ninox scutulata malaccensis; burung ~ api sj burung pungguk, Phodilus b. badius; spt ~ merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat rindu pd kekasihnya.
pungguk II tidak berekor (ayam dll), dogel, dogeng.
punggung 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menyerupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll);
memunggung Mn 1. memperlihatkan punggung, membelakang; 2. ki tidak hendak mempedulikan saudara-mara lagi;
punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung);
memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya.
punggur batang kayu mati yg tidak ada dahannya lagi;
~ rebah belatuk menumpang mati prb jika orang yg jadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya pun akan merasai akibatnya; bagai ~ rebah prb keadaan seseorang yg gemuk jatuh;
memunggur ark menjadi buruk (kering mati): diharap kasih sayang kita tidak ~ dek kepanasan.
pungkah, pungkahan ark bongkah: beberapa ~ kayu.
pungkas I Jw yg akhir (penghabisan).
pungkas II Sr marah yg amat sangat: abangnya ~ lalu mengamuk apabila mendapat tahu tanaman di kebunnya dimusnahkan oleh ternakan jiran.
pungki sj bakul (keranjang) tempat sampah; ( pengki.
pungkir ark; dipungkiri dimungkiri; ( mungkir.
pungkis ( pongkes.
pungkur 1. sl belakang, burit(an), punggung; 2. = pemungkur ark sisa (sagu dll).
pungut; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat;
memungut 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua;
memunguti memungut (mengambil) berkali-kali;
memungutkan memungut (mengambil) sesuatu utk orang lain;
pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~;
~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat;
pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara;
pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem.
punitif bkn perbuatan mengenakan (melibatkan) hukuman: negara kecil sanggup mengambil tindakan penentangan yg ~.
punjin Mn ark sj tali pinggang yg ada tempat wang, angkin.
Punjabi bangsa yg berasal dr Punjab, India.
punjung I para-para tempat menjalarkan tanam-tanaman, rumah kecil (di kebun dll) utk tanaman-tanaman menjalar: bersenang-senang di dlm ~ taman bunga.
punjung II; memunjung 1. terkeluar ke muka, menganjur, membusung (ke depan): dadanya ~ ke depan; 2. = memunjungi Mn menghormati, memuliakan: ~ arwah nenek moyang.
punjut sapu tangan dll yg keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (utk membawa sesuatu);
memunjut menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu tangan dll (menjadikan punjut).
punsu C cerdik, pandai, pintar.
puntal; berpuntal-puntal 1. bergulung-gulung spt dipintal-pintal: urat yg ~; rambutnya ~; 2. beberapa gulung benang (tali dll): ~ benang;
memuntal 1. menggulung di tangan atau kayu (benang, tali, dll), menggelendong, mengumpar: ~ tali sabut; 2. menyingkatkan, memendekkan, meringkaskan (perkara, urusan, dll);
puntalan gulungan (benang, tali, dll).
punti I sj pisang, pisang raja.
punti II; 1. = ikan ~ sj ikan laut; 2. = ular ~ sj ular, ular tiung.
puntianak I sj hantu perempuan yg suka menghisap darah orang (terutama orang beranak), langsuir, si ngiang-ngiang.
puntianak II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (ara) dani, akar suluh, (re)dani, selimpas, u(r)dani, Quisqualis indica.
puntir Jw; memuntir memulas, memilin;
terpuntir terpulas.
puntu pontoh.
puntuk Jw bukit kecil, longgok (timbun) tanah.
puntul Jk tidak runcing, tidak tajam (lancap), tumpul.
puntung I 1. lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dll) yg sebahagian besarnya sudah terbakar: ~ rokok; ~ kayu; ~ suluh; berhubung ~ sangat banyak menghisap rokok; spt meninggalkan ~ suluh di tangga tidak dihiraukan lagi; 2. kudung, buntung, kotong: baju ~; seluar ~; ada banyak orang yg ~ tangannya, ~ kakinya; 3. bp merugi: dasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; sekerat se~ saja beberapa orang saja; ~ api sisa kayu api yg telah terbakar; ~ rokok rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap);
~ berasap prb sesuatu yg mustahil; ~ sekerat penyiar rimba prb orang seorang banyak anaknya; dibakar melilit ~ prb orang yg tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas; jangan ~ berasap jua prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali; mengambil ~ pemukul kepala prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; padam menyala tarik ~ prb barang di mana mati di situlah ditanamkan; selembap-lembap (selemau) ~ di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua; tarik ~ padamlah bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi;
memuntung menjadi puntung (kotong, kudung);
memuntungkan memotong (mengerat) hingga puntung, mengudungkan;
kepuntungan tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi): rokok yg dihisapnya itu sudah ~.
puntung II; (ikan) ~ damar sj ikan laut, Mugil vaigiensis (Sillago spp.).
punya 1. = mempunyai menaruh, ada, memiliki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilih-milih sangat terdapat yg tidak elok;
sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~;
berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja;
mempunyai, mengepunyai ark, mengempunyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir;
mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai;
kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung;
pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya.
pupa (Bio) serangga pd peringkat perkembangan antara larva dgn dewasa yg biasanya tidak aktif.
pupal sl pinang.
pupil (Bio) bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yg berfungsi mengawal banyaknya cahaya yg masuk ke retina.
pupu; anak ~ kemanakan; saudara dua ~ saudara semoyang; cucu ~ cucu drpd saudara sepupu; ~ poyang banyak saudara pupu;
sepupu = saudara ~ saudara sedatuk (senenek);
bersepupu mempunyai hubungan sepupu: mereka berdua ~;
bersepupukan mempunyai seseorang sbg sepupu: aku rasa bertuah dapat ~ budak itu;
berpupu mempunyai (hubungan) pupu; ~-poyang mempunyai (hubungan) pupu dan poyang.
pupuh; ayam ~ ayam sabungan (tidak bertaji); berperang ~ sl latihan berperang (permainan berperang), perang-perangan; kena ~ kena pukul;
berpupuh 1. berlaga, bersabung (ayam): maka ~ dua tiga kali pupuh; 2. sedang menyabung (ayam): ~ ayam; 3. = ~ bertinju Mn berkelahi pukul-memukul hebat atau kuat;
memupuh 1. ark memukul; 2. Mn menyabung (ayam) lama-lama; dipupuhnya jalan Mn ia berjalan cepat-cepat (tidak berhenti-henti); dipupuhnya makan Mn ia makan banyak-banyak; dipupuhnya bekerja Mn ia bekerja sekuat-kuatnya;
memperpupuhkan menjadikan berpupuh, menyabungkan ayam yg tidak bertaji.
pupuk I 1. benda yg digunakan utk menyuburkan tanah (tanam-tanaman), baja; 2. sesuatu yg boleh menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): nasihat itu dirasainya sbg ~ bagi cita-citanya yg ingin maju; kekalahan Jepun menjadi ~ yg memanaskan perkembangan baharu menuju kemerdekaan;
~ alam pupuk asli spt tahi binatang atau daun-daun (bukan yg dibuat oleh manusia), baja asli; ~ buatan pupuk yg dibuat secara kimia, baja buatan, baja tiruan; ~ hijau pupuk drpd daun atau tumbuh-tumbuhan, baja hijau; ~ kandang pupuk drpd tahi binatang (spt tahi lembu, kerbau, dll), baja kandang; ~ kuda pupuk drpd tahi kuda;
memupuk 1. menyuburkan tanah (tanam-tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air;
pupukan hasil (perbuatan) memupuk: masyarakat mulai menerima ~ fikiran moden;
pemupukan perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan;
pemupuk yg digunakan (dipakai) utk memupuk.
pupuk II = ~ ubat ubat yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan (daun-daunan dll) yg ditumbuk atau digiling lumat-lumat dan diletakkan di ubun-ubun dll; masih berbau ~ jerengau bp masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi);
memupuk meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll).
pupul Ph gulung (tali kail).
pupur I = tepung ~ = pupuran bedak;
berpupur berbedak: ada yg ~ sebelah mukanya sambil berlari-lari pergi melihat;
memupurkan membedaki (muka dll).
pupur II; memupur berguling-guling dan berkepak-kepak di tanah dll (ayam, burung);
pupuran; ~ ayam tempat ayam memupur.
pupur III sj tumbuhan (pokok), Baccaurea sapida.
pupus I habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu;
ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya;
memupuskan membinasakan, memunahkan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu;
terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi;
kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~;
pemupusan perihal (perbuatan dsb) memupuskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~;
pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat.
pupus II Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang.
puput I Mn sj alat bunyi-bunyian yg ditiup (diperbuat drpd batang padi, daun kelapa, dll), wisel, semboyan: menghembus ~; kedengaran ~ kereta api;
berpuput 1. bertiup, berhembus: hujan mulai teduh dan angin sejuk pun ~; angin laut ~ sepoi bahasa; 2. meniup puput;
memuput meniup (puput), menghembus: air laut itu berolak-olak kecil apabila dipuput angin;
puputan 1. tiupan; ~ angin; 2. hembusan: ~ bayu yg menyegarkan; 3. Br buluh dll utk menghembus angin (menyalakan api).
puput II Jk sepotong besi utk mengumpil dll, linggis.
puput III sj ikan laut, belalak mata, Pellona spp.; ~ banang = ~ bandang sj ikan laut, Hemirhamphus far; ~ melaka sj ikan laut, Pellona spp.
pura I Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
pura II sl bandar, kota, negeri (Singapura, Inderapura, dll).
purah Kl kasar (tidak lumat), berkerutu (tidak licin).
pura-pura tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja: bukan sakit sungguh, melainkan ~ saja;
berpura-pura berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya spt (seseorang dsb yg bukannya dirinya yg sebenar), berlagak: seorang ahli sihir ~ menjadi seorang perempuan tua yg peramah; ~ tidak tahu; ~ tidak melihat;
kepura-puraan perbuatan dll yg hanya pura-pura sahaja, kepalsuan: dia ingin mendedahkan segala ~ yg diamalkan oleh gadis itu.
puras I ( purah.
puras II pemuras.
purata nilai yg diperoleh dgn membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dgn bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang;
memuratakan mengira secara purata: jika dipuratakan, hasil bijirin seekar yg diperoleh ialah 20.8 pikul;
pemurataan proses atau perbuatan menilai (menghasilkan dsb) sesuatu secara purata.
purau ark parau.
purba sl zaman dahulu, dahulu; masa (zaman) ~ zaman dahulu;
kepurbaan perihal (keadaan, sifat dsb) purba.
purbakala masa dahulu sekali, zaman kuno, dahulukala;
ahli ~ orang yg mempunyai pengetahuan tentang barang-barang atau hal-hal kuno; ilmu ~ pengetahuan tentang barang-barang atau keadaan zaman kuno;
kepurbakalaan hal (ciri dsb) yg berkaitan dgn purbakala.
purbarasa ark firasat, prarasa.
purbasangka ark prasangka.
purbawan orang yg mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang antik.
purbawara sj drama satu babak yg mengisahkan cerita kuno.
purbawisesa (purbawisésa) Jw ark kekuasaan sepenuh-penuhnya.
purdah 1. ark kain (tirai) utk menutup orang perempuan supaya tidak dapat dilihat; 2. kain (tirai) yg dipakai di muka perempuan (supaya jangan kelihatan);
berpurdah memakai (atau mempunyai) purdah: apakah wanita yg bertudung dan ~ sukar bertemu jodoh?
puri I 1. sl benteng atau kota yg dilingkungi parit: ~ dgn lubang-lubang tempat menembak; 2. istana, keraton: mengamuk segala dayang dlm ~; 3. ruang atau tempat yg lega dlm istana; 4. (Bali) rumah pemujaan, kuil: kemudian nyala api kelihatan membumbung-bumbung dr atas ~.
puri II perahan yg pekat drpd buah atau sayur yg dimasak dan ditapis;
memurikan memproses atau membuat buah-buahan atau sayur-sayuran menjadi puri: ~ tomato.
puring I = ikan ~ sj ikan laut.
puring II bp kain lapisan baju yg di sebelah dalam.
puris Kd, Pr lidi atau bilah-bilah yg kecil;
~ api bilah (anak-anak) mancis api; ~ nyiur lidi; purus III.
purisme sikap, faham atau aliran yg mempertahankan kemurnian dlm sesuatu perkara, terutamanya bahasa, muzik dan seni.
purit Kl; masam ~ sangat masam.
purnama 1. = bulan ~ bulan yg bulat benar pd 14 dan 15 hari bulan mengikut bulan Tahun Hijrah: barang siapa yg ingin melihat keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pd malam 15 ~; di bawah sinar bulan ~; ~ raya bulan purnama yg sebulat-bulatnya; cahaya ~ cahaya bulan yg penuh; pasang ~ (air) pasang naik ketika bulan purnama; 2. bulan (tiga puluh hari): kadang-kadang sampai dua ~, kadang-kadang sampai empat ~ baru ia pulang.
puru 1. sakit patik, Framboestia tropica; ~ bunga belang putih-putih pd kulit tanda akan sakit puru (patik); ibu ~ puru yg besar; 2. sj penyakit kulit; jenis-jenisnya: ~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~ sembilik, dll;
getikkan ~ di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yg buruk kelakuannya; orang yg ~ gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang;
berpuru menghidap sakit puru.
puruh; rumput ~ batu sj tumbuhan (rumput), rumput kepala lalat, Fimbritylis diphylla.
puruk I Mn; memurukkan 1. memasukkan ke dlm lubang dll, membenamkan, memperosokkan: kakinya itu dipurukkannya ke dlm lumpur; ~ kapal ke laut menenggelamkan kapal ke laut; 2. memasukkan (ke dalam, ke bawah), menjejalkan, menyusupkan: ia ~ badannya di bawah longgokan kain;
terpuruk 1. terbenam: matahari ~ di balik pergunungan; matanya ~ matanya terbenam; 2. terperosok, terperlus: kakinya ~ ke dlm lubang.
puruk II; ~-porak sl porak-peranda, terserak-serak.
purun = ~ danau sj tumbuhan (rumput), Lepironia articulata (mucronata); ~ tikus tumbuhan (rumpai), Fimbristylis globulosa; rumput ~ batu sj tumbuhan (rumpai), a) rumput serai jantan (janggut kuau, kepala lalat halus, salah pemakai), Fimbristylis aestivalis; b) rumput para-para, rumput kepala lalat, Fimbristylis diphylla.
purung sj ikan laut, Lycothrissa crocodilus.
purus I Jw sj puting pd pangkal tiang rumah dll (yg dimasukkan ke dlm batu sendi).
purus II = memurus, murus Id sakit buang-buang air; ( urus II.
purus III Kd lidi (kelapa), bilah-bilah yg halus; puris.
purut berbintil-bintil, kasap, kasar (kulit); limau ~ sj limau yg kasap kulitnya, Citrus papeda.
purwakanti Jw persesuaian bunyi pd beberapa kata, sajak.
pus 1. Id, sr kata utk memanggil kucing; 2. Kd, sr kata utk menghalau kucing.
pusa ark desakan (dorongan, keinginan), hal, hasrat.
pusaka 1. segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temurun drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dll;
~ rendah pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); ~ tinggi harta pusaka yg dimiliki oleh kaum (tanah dll);
berpusaka beroleh (memiliki) pusaka;
memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya;
memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kpd: dlm wasiatnya segala hartanya dipusakakan kpd isteri dan anaknya.
pusal ( kusal.
pusam tidak bercahaya, kabur, kusam.
pusang ark 1. = ~ hati tidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah: di dlm hati sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; 2. = perut ~ perut busung.
pusar I = ~ kepala = pusar-pusar rambut yg merupakan lingkaran (di kepala dll).
pusar II; berpusar, berpusar-pusar berkisar, berpusing, berputar (kisaran angin, olak air, dll): fikirannya ~; cerita ini ~ pd soal cinta;
memusar 1. memutar, memusingkan, mengisarkan; 2. menghancurkan (daun sirih dll) yg dihimpit antara tapak tangan yg dipusing-pusing;
pusaran 1. sesuatu yg berpusar, barang apa yg berpusar; 2. gerakan berpusar, kisaran, pusingan, putaran: kelasi-kelasi berdayung menghindarkan diri dr ~ air kapal yg akan tenggelam;
~ angin kisaran angin; ~ telefon putaran telefon;
perpusaran perihal berpusar, perkisaran, perputaran.
pusar III Jw pusat; titik ~ titik pusat.
pusara I Mn kubur, perkuburan.
pusara II Jw tali (teraju, pimpinan); memegang ~ negara memegang pimpinan negara.
pusat 1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. = pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah-tengah; 3. kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor ~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat;
~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ dialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~ latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian (pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn penagihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan ikan prb orang yg jadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan);
sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah-tengah (pd bulatan): bulatan ~;
berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi;
berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yg ~ istana;
memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pd soal lain;
memusatkan mengarahkan (mengumpulkan, menujukkan, dll) ke suatu tempat (perkara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan;
terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi perniagaan dlm bentuk ~;
pusatan ark pusat;
pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan.
puser Jw ( pusar III.
pusing 1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan;
berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4½ kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur;
berpusing-pusing 1. berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi;
memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam;
memusingkan 1. menjadikan berpusing, memutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain;
terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut;
pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak;
perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll);
pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran;
pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit.
puspa I sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan.
puspa II Br mahkota;
berpuspa bermahkota; selamat ~ selamat bermahkota;
perpuspaan permahkotaan, pertabalan.
Puspakom akronim bagi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.
Puspanita akronim bagi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.
pusparagam 1. sl aneka warna, berbagai-bagai warna, berwarna-warni; 2. himpunan berbagai-bagai lagu (muzik).
puspas IB bercampur tidak tentu, campur aduk.
PUSPATI akronim bagi Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail.
puspawarna 1. sl warna bunga; 2. sl berwarna-warna, berbagai-bagai, bermacam-macam.
puspita sl bunga; ~ hati kekasih hati.
pusta sj perahu (kapal) zaman dahulu.
pustaka 1. sl kitab, buku; 2. kitab ramalan, perimbon; taman ~ = balai ~ a) tempat simpanan (persediaan) buku-buku utk digunakan; b) = perpustakaan kumpulan buku (bacaan dll); 3. (Komp) kumpulan atur cara, rutin, atau subrutin yg disimpan secara tersusun dlm storan utk kegunaan pengguna atau atur cara lain;
perpustakaan 1. kumpulan buku (bacaan dll); 2. bangunan (bilik dll) yg mengumpulkan buku-buku (utk bacaan dll); 3. = kepustakaan kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan;
~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum (orang ramai); ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan);
kepustakaan 1. kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; 2. senarai buku yg dipakai utk mengarang dll, bibliografi; 3. semua buku (terbitan, hasil karya, dsb) tentang sesuatu bidang ilmu pengetahuan dsb.
pustakawan orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan;
kepustakawanan hal (ciri, sifat, fungsi dsb) yg berkaitan dgn pustakawan.
pustul (Ubat) jerawat yg mengandungi nanah.
pusu I ark busut, longgok, timbunan; pongsu I.
pusu II kelompok;
berpusu, berpusu-pusu berkelompok-kelompok, berduyun-duyun: orang ~ berdiri di kaki lima; askar Jepun berpusu-pusu menaiki kereta api.
pusu III Mn = berpusu, berpusu-pusu kusut atau berterbangan ke sana sini (asap, kekabu, rambut, dll): ia menyapu-nyapu rambut anaknya yg ~ kerana angin; asap rokok mula berpusu-pusu dr mulutnya; fikiran yg berpusu-pusu fikiran yg kusut; lari berpusu-pusu lari ke mana-mana tidak tentu hala.
pusung Mn bodoh, pandir, tolol.
pusut Jk pencucuk, penggerek, penusuk (jarum dll);
memusut mencucuk, menggerek, menusuk.
putar gerakan berpusing (bertukar arah); ~ alam cenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat; ~ negeri perebutan kekuasaan pemerintah, revolusi;
seputar Jk sekeliling, sekitar, sepanjang: ~ kampung; ~ malam; kejadian ~;
berputar 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota;
~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataannya, mengingkari janji, berbohong;
berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll);
memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau;
~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga;
memutarkan 1. menggerakkan supaya berputar, memusingkan: ~ jarum jam ke belakang; 2. memutar utk orang lain;
memperputarkan 1. memperedarkan (wang, barang dagangan, dll); 2. mengeluarkan dan menjalankan wang dlm perniagaan dll;
terputar 1. memutar atau diputar dgn tidak sengaja; 2. dapat atau berupaya memutar: dia tidak ~ skru itu kerana terlalu ketat;
putaran 1. gerakan berputar, kisaran, kitaran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin;
~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib;
perputaran 1. perihal berputar-putar, perkisaran: ~ semua baling-baling itu sama cepatnya; 2. peralihan (perubahan, pergantian) masa atau keadaan dll: bersiap sedia utk menghadapi sendiri ~ sejarah pd masa akan datang; 3. pergerakan (wang, peristiwa, kehidupan, dll) yg merupakan lingkaran, proses perdagangan (wang dijadikan bahan dan diproses dan kemudian menjadi wang lagi);
pemutaran perbuatan memutar(kan): minyak melicinkan ~ sebuah roda;
pemutar 1. alat utk memutar: ~ pancur air; ~ piring; ~ skru; 2. orang yg memutar; ~ semangat ki sesuatu (nasihat dll) yg memulihkan atau mendatangkan semangat.
putar balik 1. berbelit-belit (perkataan dll), bolak-balik; 2. mantera utk memanggil pulang orang yg berpergian;
memutarbalikkan 1. memutarbelitkan; 2. membalikkan, memusing balik (semula), mengubah (arah, kedudukan, dll): bagaimanapun diputarbalikkan, pilihan kata adalah syarat syair yg mengenai bentuk lahir.
putar belit akal (tipu muslihat, tipu daya, dll) yg berbelit-belit: berita itu mengandungi segala macam ~;
berputar belit berlaku tidak jujur, berubah-ubah janjinya dll;
memutarbelitkan mengubah-ubah janji (kebenaran, perkataan, dsb) dgn tujuan utk menipu dsb: kita tidak harus ~ fakta-fakta sejarah.
putarwali sj tumbuhan (pokok memanjat), akar seruntun, batang wali, gasing-gasing, Tinospora tuberculata; sungguhpun ~ itu raja segala penawar tetapi pd kebanyakan selera ialah hamba segala makanan prb sungguhpun segala pengajaran yg baik itu berguna tetapi kebanyakan orang tidak hendak menerimanya.
putat sj tumbuhan; jenis-jenisnya: ~ air sj tumbuhan (pokok), Barringtonia conoidea; ~ darat = ~ bukit = ~ gajah = ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Barringtonia sumatrana; ~ gajah = ~ hutan = ~ tuba sj tumbuhan (pokok), Barringtonia scortechini; ~ hutan = ~ bukit putih = ~ darah = ~ gajah = ~ talang sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia macrostachya; ~ kampung = ~ darat = ~ kedul = ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia racemosa; ~ laut = ~ air = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), peratun, Barringtonia asiatica; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia fusiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar telur bujuk, dagan, dagum, serapat akar, telinak, Gnetum tenuifolium.
putera 1. anak raja yg laki-laki; ~ mahkota anak raja bakal pengganti ayahnya (bakal raja); 2. anak atau anak laki-laki (utk menghormati); ~ Malaysia; ~ bumi bumiputera;
berputera 1. mempunyai putera, beranak: adalah ia ~ dua orang; 2. melahirkan anak (laki-laki), bersalin: permaisuri pun ~lah seorang laki-laki;
berputerakan sl mempunyai sbg putera (anak), beranakkan: adapun baginda itu ~ Sultan Mahmud;
diputerakan dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927;
keputeraan 1. darjat sbg putera raja: dia menjaga ~ raja Thai; 2. kelahiran; hari ~ hari kelahiran; ulang tahun ~ ulang tahun kelahiran.
puteranda anakanda, putera.
puteri I 1. sl anak raja yg perempuan; tuan ~ anak perempuan raja, permaisuri raja; 2. anak perempuan (utk menghormati), (kaum) wanita: pandu ~; ~ sejati; ~ malam ark ki bulan.
keputerian hal (sifat, darjat dsb) yg berkaitan dgn puteri.
puteri II; ~ malu sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica; bunga ~ sj tumbuhan (anggerik), bunga bidadari, ekor gajah, Grammatophyllum speciosum; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik adap, serogah, Musaenda glabra.
puteri III; ~ mandi Kl sj kuih.
puti Mn ark gelaran bagi wanita keturunan raja-raja, puteri.
putih I 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci;
~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning (bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a) mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut;
~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~ hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh;
berputih; ~ mata prb berhiba hati menanggung rindu (spt seorang muda melihat tunangnya diambil orang);
memutih 1. menjadi putih, nampak putih-putih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu;
memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu): kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap;
memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah;
menghitamkan dan ~ ki menentukan, membuat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati;
keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih);
keputih-putihan agak putih, kelihatan putih;
pemutihan 1. perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900,000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu.
putih II Pr nama timang-timangan utk anak lelaki dan perempuan yg keenam atau ketujuh, teh.
putih III sj ikan darat, tebal sisik, Puntius binotatus.
putih IV; kayu ~ a) sj tumbuhan (pokok), gelam, Melaleuca leucadendron; b) sj tumbuhan (pokok renek), naga buana (jumat), kelarut tanjung semelit patung, ubat kelumut, Phyllanthus pulchar.
putik buah yg baru jadi (bakal buah), buah yg masih muda dan kecil; ~ mempelam buah mempelam yg baru jadi;
berputik 1. mulai mempunyai putik, mulai berbuah: rambutan kami sudah mulai ~; 2. ki menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dll).
puting I 1. hujung yg runcing pd pangkal parang (pisau dll) yg dimasukkan ke dlm hulu; 2. ki kelentit; 3. sisa kayu (rokok dll) yg pendek-pendek, puntung: memungut ~ rokok di atas jalan; 4. = ~ tetek (susu) bahagian hujung tetek; 5. susu palsu (diperbuat drpd getah dll): anak itu diajar menghisap ~ kosong;
~ beliung a) pangkal beliung; b) = angin ~ beliung angin puyu; ~ cepu-cepu hujung tiang (perahu dll); ~ damar tangkai suluh yg dibuat drpd damar; ~ kayu bp puntung kayu, sisa kayu (yg pendek-pendek); ~ rokok bp sisa rokok; ~ tunam sl tali api-api utk memasang meriam, murang;
berputing 1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi: rokoknya dah ~.
puting II; ~ beliung sj ikan darat, susah batu, Homaloptera spp.; ~ damar sj ikan laut, Sillago sihama.
putu 1. = ~ kacang sj penganan yg dibuat drpd kacang hijau yg ditumbuk dgn gula; 2. = kuih ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dll; jenis-jenisnya: ~ buluh, ~ mayang, ~ piring.
putung Kl; ~ kalung kayu utk memunggal.
putus 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan;
~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati;
~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya;
~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap);
putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi;
berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis);
memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang;
memutusi ark = memutuskan menentukan;
memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah;
~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati;
terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya;
putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku;
keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja;
~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll);
berkeputusan mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir;
perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan;
pemutusan perbuatan memutus(kan);
pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~ .
putus asa habis atau hilang harapan, tidak ada harapan lagi;
berputus asa putus asa;
keputusasaan perihal putus asa.
putut sl peputut.
puyan I Jk benda yg kotor (daki dll), kotoran;
berpuyan kotor, berdaki: motokarnya ~ dan berdebu.
puyan II Kl musim (buah-buahan dll).
puyeng Jk pening.
puyer bp serbuk, bubukan (ubat).
puyu I; angin ~ angin yg berkisar (berpusing-pusing), angin puting beliung.
puyu II = ikan ~ = puyu-puyu, pepuyu sj ikan darat, Anabas terstudineus; ~ laut sj ikan laut, Scolopsis vosmeri; bagai ~ di air jernih prb perihal orang yg senang kehidupannya.
puyu III Mn; memuyu-muyu menggosok-gosok atau menyapu-nyapu (mata).
puyuh I sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis;
bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja).
puyuh II; bintang ~ bintang tujuh; ~ berlaga sj bintang dua (kembar).
puyuh III ( puyu I.
PVC kep polyvinyl chloride (sj bahan plastik yg digunakan utk membuat barang-barang spt kasut, pembalut sofa, pakaian dsb).
PWTC kep Putra World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia Putra).
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.
Related searches
- nemis education go ke log in
- nemis education go ke portal
- nemis education go ke institution
- s p 500 vs s p midcap 400
- tsc go ke online service
- s p 500 historical p e
- rumi s poetry
- moody s and s p rating scale
- moody s s p equivalent ratings
- dow s p nasdaq yesterday s close
- s p 500 vs s p 100
- dow s p nasdaq today s market