I I huruf kesembilan dlm abjad rumi



i I huruf kesembilan dlm abjad rumi.

I (ai) II bp saya: ~ memang gemar membaca buku karangan Hamka.

I III simbol kimia bagi iodin.

ia I 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut.

ia II ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~ , saya yg bersalah";

seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~;

beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat;

beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya;

mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~;

mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita): dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu;

pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan;

ialah 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang;

iaitu kata yg digunakan utk menentukan atau menjelaskan apa yg tersebut sebelumnya.

iau bunyi kucing;

mengiau (bkn kucing) berbunyi iau, mengeong: dr tadi lagi, kucing itu ~, lapar agaknya.

iatrogenik (iatrogénik) (Ubat) disebabkan sesuatu perawatan perubatan atau pembedahan (bkn penyakit, kemudaratan dsb): gejala ~.

iba ( hiba.

ibadat, ibadah Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat;

beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya;

mengibadatkan menjadikan sesuatu sbg ibadat;

peribadatan 1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yg dilakukan kerana Tuhan; 2. hal berkaitan dgn mengerjakan ibadat: dlm seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yg amat dikehendaki.

Iban suku kaum peribumi yg terbesar di Sarawak, yg tinggal di merata daerah (terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching) dan juga dikenali sbg Dayak Laut.

ibar, ibar-ibar ark sj perahu kecil.

ibarat 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajaran; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya;

beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama;

mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan.

IBF kep International Badminton Federation (Persekutuan Badminton Antarabangsa).

ibid (Latin) singkatan bagi ibidem.

ibidem (Latin) dlm buku, bab, halaman, dsb yg sama spt tersebut sebelumnya.

iblis kepala segala syaitan, makhluk jahat (yg kerjanya menghasut manusia supaya berbuat jahat, berkelahi, dan mengingkari perintah Allah); perangainya macam ~ terlalu jahat (suka mengganggu orang); digoda ~ hilang pertimbangan;

keiblisan (berperilaku) spt iblis: kekhuatiran dan kegusaran yg kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~.

IBM kep International Business Machines.

ibni Ar anak laki-laki: Sayidina Umar ~ al-Khattab.

ibnu Ar ibni.

Ibrani (bangsa, orang, bahasa) Yahudi kuno; bahasa ~ bahasa Yahudi kuno.

ibtida Ar permulaan; huruf al-~ kata pd awal tiap-tiap bab baru.

ibu I 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran;

~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb;

spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib);

beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu;

beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta;

keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan;

peribuan perindukan.

ibu II; ~ gema sj ikan laut, Pseudosciaena diacanthus.

ibu angkat perempuan yg membela anak orang;

beribuangkatkan mempunyai seseorang sbg ibu angkat: dia pernah ~ seorang wanita Inggeris ketika belajar di luar negara dulu.

ibu bapa orang tua (yakni emak dan ayah);

keibubapaan (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran.

ibu tiri isteri bapa yg bukan ibu yg sebenar;

beributirikan mempunyai seseorang sbg ibu tiri: untunglah nasib anak-anak itu kalau dapat ~ orang yg bertimbang rasa dan penyayang.

ibul = nibung ~ sj tumbuhan (palma yg buahnya beracun), tukas, Orania macrocladus.

ibun (Geog) keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0(C atau 32(F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, fros;

~ abadi tanah lapisan bawah yg beku sepanjang tahun spt yg terdapat di kawasan kutub; ~ beku hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, fros.

ibunda bonda, ibu (lebih hormat).

ibung ark ibu, emak.

ibus sj tumbuhan (palma yg daunnya boleh dibuat tikar), Corypha gebanga.

icak-icak Mn, bp pura-pura, bukan yg sebenarnya, palsu; ~ sakit pura-pura sakit; kepala kampung ~ bukan ketua kampung yg sebenarnya.

icip Jk; mengicip, mengicipi mengecap, merasa masakan.

IC bp kad pengenalan.

ICT kep Information and Communications Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi).

ICU kep Intensive Care Unit (unit rawatan rapi).

id (Psi) bahagian minda yg berhubungan dgn naluri dan dorongan bawah sedar.

idah I sl hantaran oleh seorang laki-laki kpd perempuan sbg tanda mengikat tali percintaan;

~ gelap pemberian tanda percintaan dgn tidak bercadang hendak berkahwin (utk berkendak); ~ terang pemberian tanda percintaan dgn maksud hendak berkahwin;

mengidah menyatakan percintaan dgn jalan memberi idah;

mengidahkan memberikan sesuatu sbg tanda percintaan.

idah II Ar masa yg wajib dinanti oleh seseorang perempuan utk membolehkannya berkahwin lagi dgn lelaki lain (dua kali suci haid bagi perempuan yg bercerai ketika suci drpd haid, setelah melahirkan anak bagi perempuan yg mengandung dan tiga bulan bagi perempuan yg putus haid kerana tua atau yg belum keluar haid kerana masih kecil): setelah lepas ~nya, perempuan itu pun berkahwin dgn seorang guru sekolah; sampai ~ telah lepas masa menanti (boleh berkahwin lagi);

beridah menjalani idah: perempuan yg diceraikan itu wajiblah ~ selama tiga kali suci.

Idahan suku kaum peribumi di Sabah, kebanyakannya tinggal di Lahad Datu, dan kegiatan utamanya berniaga sarang burung.

idam I keinginan hendak makan sesuatu (terutama benda yg masam-masam) oleh perempuan yg hamil;

mengidam 1. ingin benar hendak makan sesuatu (bkn perempuan yg hamil): tuan puteri itu sedang ~; 2. sangat ingin akan atau berkehendakkan sesuatu: dia sudah lama ~ utk tinggal di rumah banglo;

mengidamkan, mengidam-idamkan 1. sangat ingin makan sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan tinggi;

idaman, idam-idaman hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya.

idam II ark; mengidam menghidap, menderita (sakit dll).

idap Jw ark bulu mata.

idas Mn; mengidas memilin dua atau tiga utas benang dll menjadi satu: jikalau diukur, sama panjang, jikalau diidas sama besar.

IDD kep International Direct Dialling (Panggilan Terus Antarabangsa).

ide (idé) IB idea.

idea (idéa) buah fikiran, gagasan: semua ~ yg dikemukakannya bagus tetapi sukar hendak dijalankan.

ideal (idéal) 1. (dianggap) sempurna atau paling sesuai, sesuai dgn yg dicita-citakan (diangan-angankan, dikehendaki, dsb), unggul: tempat yg ~ utk berkelah; pasangan yg ~; 2. wujud dlm fikiran sahaja, impian;

mengidealkan menganggap (memandang) sesuatu sbg yg ideal: dia memperlihatkan kesalahan anggapan orang yg ~ sesuatu.

idealis (idéalis) 1. orang yg mempunyai pandangan (fikiran) atau cita-cita yg unggul-unggul atau tinggi-tinggi; 2. orang yg tidak realistik pandangannya dsb (dipengaruhi oleh idealisme).

idealisme (idéalisme) 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dlm bentuk yg ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna): kekuatan inilah yg membezakan cerpen sbg karya seni yg mempunyai nilai estetik drpd cerpen yg hanya utk menyampaikan ~ pengarangnya; Allan Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yg tidak banyak mendorong masyarakat utk membaca tidak ada minat tentang falsafah, tidak ada ~ dlm hidup; 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian: ini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat angkara kejahatan di sekitarnya; pd satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan impian; 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan: ~ sbg satu aliran seni merupakan satu aliran yg bertentangan dgn realisme.

idealistik (idéalistik) bersifat idealis (bkn orang) atau berasaskan idealisme (bkn pendirian, pandangan, cita-cita, dsb): amat terasa mereka cukup ~ dan menggunakan drama utk menampung idea-idea yg bergejolak dan mengetengahkan persoalan-persoalan yg erat kaitannya dgn pembangunannya dan kebangkitan satu umat baru; dlm detik-detik ketenangannya yg romantik, beliau mengarang novel yg jelas gagal akhirnya kerana amatlah sulit bagi seorang seniman hendak menjadi orang politik yg ~.

idem (Latin) sama spt yg tersebut sebelumnya.

identifikasi (idéntifikasi) perbuatan menganggap sama dgn: sesuatu pekerjaan di Jepun bukan sekadar satu peraturan kontrak utk mendapatkan gaji tetapi merupakan satu ~ dgn sebuah entiti yg besar;

mengidentifikasikan 1. mengenal pasti, menentukan identiti: masalah yg paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan mengajar; banyak masalah yg diidentifikasikan dlm artikel-artikel tersebut; 2. menganggap sama dgn: secara am, orang ~ dialek dgn negeri.

identiti (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yg terdapat pd seseorang atau sesuatu yg sbg suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya drpd yg lain: kalau asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka, maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; ideologi demikian memperlihatkan satu imej dan ~ negara yg baru;

beridentiti mempunyai identiti, ada identitinya;

beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: suatu ideologi yg ~ diri kita.

ideograf (idéograf) ( ideogram.

ideogram (idéogram) 1. tanda atau lambang yg memperlihatkan konsep, idea, dsb; 2. lambang yg digunakan dlm sistem tulisan yg mewakili satu konsep spt dlm tulisan Cina dan Jepun.

ideologi (idéologi) faham (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk dasar pemerintahan dll: demokrasi ialah satu ~ yg diagung-agungkan oleh orang-orang yg bertamadun;

berideologi mempunyai ideologi, ada ideologinya;

berideologikan menggunakan sesuatu fahaman sbg ideologi: sistem politik yg ~ nasionalisme.

idil (Sas) puisi atau prosa yg menggambarkan suasana kehidupan yg aman, damai atau tenteram, terutamanya di desa: puisi ~.

idiofon (Lin) bunyi bahasa yg khusus bagi sesuatu idiolek.

idiolek (idiolék) (Lin) variasi bahasa seseorang individu: walaupun seorang penutur bahasa Melayu itu mempunyai dialek dan ~nya sendiri, bahasa Melayu baku mestilah digunakan dlm situasi formal.

idiom bp simpulan bahasa.

idiomatik 1. berupa, mempunyai atau penuh dgn kiasan: sebuah ungkapan yg ~; 2. mengikut jalan bahasa (loghat dsb) tertentu: mereka bercakap dlm bahasa Sepanyol yg lancar dan ~.

idiopati (Ubat) penyakit atau masalah kesihatan yg puncanya tidak diketahui.

idiosinkrasi cara berfikir dan berkelakuan yg aneh pd diri seseorang: mungkin manifestasi itu merupakan ~ seseorang individu.

idiosinkratik bersifat idiosinkrasi: tumpuan Moore yg ~ dan tidak bercorak duniawi.

idola orang yg sangat diminati (dikagumi dsb), mis tokoh politik, penyanyi, bintang filem dsb;

mengidolakan meminati atau mengagumi seseorang atau sesuatu dgn keterlaluan, memuja-muja: bahkan dia ~ peninju itu sama spt bintang bola sepak yg diminatinya.

iffah Ar pengekangan hawa nafsu: orang yg termasuk dlm golongan ~ ialah orang yg sempurna kelakuannya.

ifrit Ar satu golongan jin yg jahat, afrit: kelakuannya macam ~.

iftar Ar berbuka puasa.

iftirasy Ar = duduk ~ duduk (dlm solat) dgn telapak kaki kiri dijadikan alas utk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dgn jari-jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat awal).

iftitah Ar pembukaan (permulaan): doa ~ doa yg sunat dibaca selepas takbiratulihram (sebelum membaca surah al-Fatihah dlm sembahyang).

iga Jw tulang rusuk.

igal I; mengigal 1. menegakkan dan mengembangkan bulu ekor (spt burung merak, ayam belanda): berkokok mendung, merak ~, fajar sedang menyinsing naik; 2. menari dgn menunjukkan rupa yg gagah: ada yg ~, ada yg menari;

spt merak ~ di tengah hutan prb menunjukkan lagak (pandai dll) bukan pd tempatnya.

igal II Ar sj ikatan yg dipakai di kepala oleh orang laki-laki Arab (diikat di atas kain penutup kepala supaya tidak jatuh): dia memakai ~ yg dibelinya di Mekah.

igap Kl, igat Tr tangkap; rigap, rigat.

igau I; mengigau 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek;

mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dgn menyebut sesuatu: entah apa yg diigaukannya semalam;

terigau-igau termimpi-mimpi: kecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yg menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya;

igauan 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan;

igau-igauan dlm keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk;

pengigau (orang yg) selalu mengigau.

igau II Mn huru-hara, gempar, kekacauan;

terigau terkejut oleh sesuatu;

igau-igauan riuh-rendah, heboh kerana ramai orang.

iglu rumah orang Eskimo yg berbentuk spt kubah (dibuat drpd ketul-ketul besar air batu atau salji keras).

igneus (ignéus); batu ~ batu yg terbentuk drpd magma atau lahar yg memejal di permukaan atau di bawah permukaan bumi: batu di Asia Tenggara terdiri drpd tiga jenis yg utama: batu mendak, batu ~, dan batu jelmaan.

I'gris kep Inggeris.

igu Kl bahagian tenggala yg diletakkan di tengkuk lembu (kerbau).

iguana sj binatang yg menyerupai sumpah-sumpah tetapi lebih besar, drpd genus Iguana, yg mempunyai sirip spt duri di belakang badan, hidup di pokok, dan biasanya terdapat di bahagian tropika Amerika.

ihram Ar 1. keadaan seseorang yg telah berniat mengerjakan haji atau umrah (atau kedua-duanya sekali) yg pd ketika itu diharamkan baginya melakukan perbuatan tertentu spt memakai pakaian berjahit dan bau-bauan, menutup kepala (bagi lelaki) dan menutup muka (bagi perempuan), dan bersetubuh; 2. pakaian ihram: selepas memakai ~ di maktab, jemaah berkenaan terus ke Masjid al-Haram; pakaian ~ pakaian khusus yg digunakan pd masa mengerjakan haji dan umrah.

ihsan Ar 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

keihsanan sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya.

ihsanat Ar (jamak bagi ihsan) kebaikan, kebajikan.

ihtifal Ar perjumpaan besar (utk merayakan ulang tahun sekolah dll), perayaan: sekolah Arab kita akan mengadakan ~ pd akhir bulan ini.

ihtikar Ar membeli semua sekali sesuatu barang supaya dapat dijual dgn harga yg tinggi (pd masa yg lain).

ihtilam Ar terkeluar mani waktu tidur (kerana mimpi dll).

ihtimal Ar; mengihtimalkan menyuruh membawa (barang, surat, perintah, dll) kpd.

IINA akronim bagi International Islamic News Agency (Agensi Berita Islam Antarabangsa).

ijab Ar 1. penawaran (pd jual beli); 2. penerimaan (doa, permohonan); ~ kabul = ~ nikah pernikahan;

mengijabkan menawarkan, menerima (doa dll).

ijabat Ar perihal meluluskan (doa dll), kabul, lulus.

ijab kabul pernikahan;

berijab kabul bernikah;

mengijabkabulkan menikahkan;

terijab kabul telah diijabkabulkan.

ijajil syaitan.

ijarah Ar upah, gaji hari, sewa.

ijas Ar sj pokok dan buah di negeri Arab.

ijazah 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen;

~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang;

berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi;

pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum.

ijmak Ar 1. sumber ketiga dlm perundangan Islam selepas al-Quran dan hadis: kadi-kadi menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan kias; 2. = ~ ulama kesepakatan pendapat para ulama yg berijtihad mengenai sesuatu hukum;

mengijmakkan mencapai kesepakatan pendapat mengenai sesuatu hukum melalui ijtihad: Majlis Fatwa Kebangsaan telah ~ hukum bayi tabung uji bagi kepentingan umat Islam di Malaysia.

ijmal Ar rumusan;

mengijmalkan merumuskan.

IJN kep Institut Jantung Negara.

ijo Jw hijau;

mengijo membeli padi pd masa belum masak (belum dituai); ngijo, ngijon.

ijon Jw pembelian padi pd masa belum masak (belum dituai).

ijtihad Ar 1. usaha utk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yg sah (dlm kaitannya dgn agama Islam); 2. pendapat, tafsiran, maksud: mereka bertanya kpd Rasulullah adakah tawaran itu datangnya drpd wahyu Tuhan ataupun hanya suatu fikiran atau ~ Rasulullah sendiri;

berijtihad 1. melakukan ijtihad; 2. mengkaji dan memberi tafsiran mengikut fikiran sendiri, berpendapat, mengira: aku ~ dgn fikiran;

pengijtihad orang yg berijtihad, mujtahid.

ijtimak Ar perhimpunan: dlm ~ ulama itu, dikemukakan usul supaya suatu lembaga ulama diadakan utk menasihati pemerintah berhubung dgn masalah agama.

ijuk sj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat (dipintal) drpd ijuk;

~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb Mn pencarian yg tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm ~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb Mn seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg dimalui (ditakuti) orang;

mengijuk macam ijuk (bkn misai);

terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu.

ikab Ar hukuman, seksa.

ikal berkelok-kelok atau berombak-ombak (bkn rambut): rambutnya ~, lebat dan hitam; ~ mayang spt mayang mengurai;

mengikal menjadi ikal;

mengikalkan menjadikan ikal.

ikan sj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang);

~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~ asap ikan yg diasinkan dan dipanggang ~ asin = ~ masin ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~ cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl ki orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-mengena dengannya; ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga = ~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api;

~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai); ~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula; terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat; walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga;

berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; pergi ~ pergi mencari ikan;

perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan;

pengikan Mn suka makan ikan.

ikan-ikan alat utk mengukur kederasan kapal.

ikat 1. alat (tali, benang, kain, dll) utk mengebat (memberkas, membebat, menggabungkan); ~ kepala kain yg diikatkan di kepala; ~ pinggang kain (kulit dll) utk mengebat pinggang, tali pinggang; 2. bingkai (drpd logam dll) utk mencengkam atau memegang satu benda lain; ~ kolam tepi kolam yg dibuat drpd batu dll; cincin ~ belanda; 3. berkas, kumpulan, gabungan: se~ sirih; tiga ~ kayu api; 4. sl cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dll); ~ perang susunan barisan atau pasukan dlm peperangan; ~ jamin jaminan dgn bayaran sejumlah wang sbg cagaran utk memastikan bahawa orang yg dituduh akan menghadirkan diri utk perbicaraannya; ~ mati ikatan yg tidak boleh dibuka atau diungkai;

~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya prb payah hendak mengubah tabiat orang; se~ bagai sirih, serumpun bagai serai prb bersatu padu dlm segala hal;

berikat 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~ emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai pd 8 Disember 1941;

mengikat 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi;

~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati;

mengikatkan mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan (dgn), menambatkan;

terikat 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan;

ikatan 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3. sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas, kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4. susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb: ~ ayatnya terang hingga mudah difahami; 5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom);

~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron;

keterikatan perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan;

perikatan 1. perhubungan, pertalian; 2. persekutuan, gabungan: beberapa buah parti politik yg sehaluan sedang berura-ura hendak menubuhkan sebuah ~;

pengikatan perihal atau perbuatan mengikat; ~ nitrogen (Bio) 1. proses pernukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen(spt ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (spt Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat; 2. proses pernukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat;

pengikat 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih.

ikebana (ikébana) seni gubahan bunga Jepun.

ikhbar Ar memberitahukan, mengkhabarkan.

ikhfak Ar bunyi nun mati (sukun) atau tanwin yg didengungkan sepanjang dua harakat ketika bertemu dgn salah satu drpd huruf ta, sa, jim, dal, zal, zai, sin, syin, sad, dad, ta (tO), za, fa, kaf, qaf.

ikhlas Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur;

mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya;

keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.

ikhtiar Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib);

berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia;

mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka.

ikhtiari Ar dgn pilihan yg terbaik utk diri sendiri.

ikhtilaf Ar perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara, selisih, beza: masih ada ~ ulama dlm perkara itu.

ikhtisar Ar ringkasan, isi ringkas (cerita dll), sinopsis: majalah itu memuatkan ~ beberapa cerita pendek yg tersiar dlm akhbar-akhbar tempatan;

mengikhtisarkan meringkaskan, memberikan isi ringkas (cerita dll).

ikhtisas 1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan;

mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum Malaysia.

ikhwan Ar saudara, orang-orang yg (dianggap) bersaudara; Lim I~ Lim Adik-Beradik;

seikhwan sepersaudaraan, sekaum, sebangsa; akhwan.

IKIM akronim bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia.

iklan pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~;

beriklan mempunyai iklan: halaman ~;

mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar;

periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai;

pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa;

pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu.

iklaneka (iklanéka) iklan yg berbagai-bagai jenis: ~ Berita Harian.

iklim 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan.

beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin);

keikliman perihal iklim.

IKM kep Institut Kemahiran MARA.

ikon 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi.

ikonik bkn ikon, mempunyai sifat atau menyerupai sesuatu ikon, gambar, dsb.

ikonografi lambang-lambang seni yg digambarkan melalui lukisan, ukiran arca, dsb.

ikonoklasme gerakan utk memusnahkan berhala dan patung.

ikosahedron (ikosahédron) (Mat) bongkah yg mempunyai 20 permukaan tiga segi sama sisi yg rata.

ikrab Ar 1. (bkn sahabat) yg rapat benar, karib, akrab: beberapa orang sahabatnya yg ~ telah datang melawatnya di rumah sakit; 2. erat hubungannya (pertaliannya), berhubungan (berkaitan) rapat: pendekatan moral memang ~ dgn pendekatan keagamaan;

mengikrabkan menjadikan ikrab, mengaribkan, mengakrabkan: ~ persahabatan antara kedua-duanya;

keikraban perihal ikrab, kekariban, keakraban.

ikrab (i’rab) Ar kegelinciran bunyi pd akhir perkataan, menurut nahu bahasa Arab, mis Muhammadan, Muhammadin, Muhammadun.

ikram Ar penghormatan.

IKRAM akronim bagi Institut Kerja Raya Malaysia.

ikrar Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh;

mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat;

pengikraran perbuatan mengikrarkan;

pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu.

IKS kep Industri Kecil dan Sederhana.

iktibar Ar pengajaran, contoh, ibarat, teladan: mengambil ~ mengambil pengajaran (contoh, ibarat); menjadi ~ menjadi pengajaran (contoh, ibarat).

iktidal Ar. 1. lurus, sama tengah, sebanding, seimbang; 2. berdiri tegak (lurus) selepas rukuk (ketika sembahyang).

iktikad Ar kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn Rukun Iman: ada orang kita yg telah mulai terpesong ~nya; agama Islam terdiri drpd bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; dgn ~ baik dgn maksud yg baik;

beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dlm hati, percaya benar-benar; yakin: kita mestilah ~ bahawa Allah itu ada;

mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar.

iktikaf Ar perbuatan duduk (berhenti) di dlm masjid dgn niat bermunajat kpd Allah;

beriktikaf melakukan (mengerjakan) iktikaf: di sana juga, aku ~ di Masjid Damsyik.

iktiraf; mengiktiraf 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai;

pengiktirafan 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan.

iktisab Ar usaha utk mendapatkan untung yg halal.

iktisad Ar ekonomi, perekonomian: kerajaan sedang berusaha hendak memajukan ~ penduduk luar bandar; ahli ~ ahli ekonomi.

ikut 1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa?;

~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah);

~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah;

ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur;

ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan;

berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya;

berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian;

berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok;

mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Shafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik;

~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk;

bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat);

mengikut-ngikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain;

mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di K.L tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah;

mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan;

memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura;

terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain;

ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut;

pengikut 1. penganut: ~ agama Budhha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak.

ikut serta turut bersama-sama dgn orang atau pihak lain melibatkan diri dlm sesuatu (kegiatan, seminar dll): ramai orang yg menunjukkan minat utk ~ dlm perbincangan itu;

mengikutsertakan menyertakan atau melibatkan bersama (dlm sesuatu kegiatan dsb), membuat supaya (seseorang, sesuatu, dll) turut terlibat dsb: pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin dgn pertimbangan yg sama, telah ~ T. Alias Taib bersama-sama penulis Malaysia yg lain utk diperkenalkan di dlm 'Wajah';

pengikutsertaan perihal (perbuatan atau tindakan) ikut serta atau mengikutsertakan: ~ staf dlm seminar, bengkel, dsb.

IKWAM akronim bagi Institut Kemajuan Wanita Malaysia.

Ilah Ar Tuhan yg disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya, Allah.

Ilahi Ar 1. Allah: takdir ~; 2. = ya ~ ya Tuhanku.

ilahiah, ilahiat Ar ketuhanan.

ilai; mengilai-ilai ketawa dgn kuat dan nyaring bunyinya: orang tua itu hairan mendengar suara orang ~ dr dlm bilik itu.

ilak Mn ukuran bagi menentukan lebar kain yg akan ditenun; bagai ~ bercerai dgn benang prb Mn bercerai utk selama-lamanya (tidak akan bertemu lagi).

ilam-ilam kadang-kadang nampak kadang-kadang tidak, tidak jelas kelihatan (kerana jauh, dilindungi oleh sesuatu, dll), berbalam, balam-balam.

ilas; mengilas Jk memijak-mijak (supaya hancur dll).

ilat Ar 1. sebab yg mengakibatkan sesuatu (kecelakaan, kemalangan, kerugian dsb); 2. tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan (kerana kemalangan dll).

ileitis (iléitis) (Ubat) radang pd bahagian akhir usus kecil.

ileokolitis (iléokolitis) (Ubat) radang pd bahagian akhir usus kecil dan usus besar.

iler Jw air liur;

mengiler 1. mengeluarkan air liur; 2. ki terliur, ingin benar (pd benda-benda makanan).

ileum (iléum) (Bio) bahagian bawah usus kecil.

ilham Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau mencapai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini;

berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein;

mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara;

mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut;

pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar.

ili; mengili Jk berpindah ke tempat yg aman, berhijrah, mengungsi.

ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang;

keilmiahan perihal atau sifat ilmiah.

ilmiawan bp ilmuwan.

ilmu 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuludin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam);

~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia;

berilmu mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan: orang yg ~ dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah;

mengilmukan 1. menyelitkan unsur-unsur ilmu kpd sesuatu: bagaimana utk ~ semula karya sastera kita; 2. menjadikan individu atau kelompok individu berilmu: tugas penterjemah berat, terutamanya dlm tanggungjawabnya ~ masyarakat;

keilmuan perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~;

pengilmuan perbuatan mengilmukan.

ilmuwan golongan (para) akademik, orang yg berilmu.

ILO kep International Labour Organization (Pertubuhan Buruh Antarabangsa).

iltizam Ar 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen: usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh ~ drpd kerajaan sendiri; 2. penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yg menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) utk melakukan sesuatu: Saribuku adalah satu lagi ~ DBP dlm usaha utk menggalakkan budaya membaca.

ilu ark memilukan hati.

ilusi tanggapan yg tidak benar atau mengelirukan: segala apa yg saya sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~ sahaja; darinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan dimanfaatkan.

ilusif bkn sesuatu (idea, objek, dll) yg bersifat khayalan.

ilustrasi gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll);

berilustrasi mengandungi ilustrasi: kamus ~;

mengilustrasi membuat (menyediakan) ilustrasi utk: tugasnya ~ buku itu;

mengilustrasikan menerangkan sesuatu maklumat dgn memberikan ilustrasi: model-model ini boleh diilustrasikan dlm gambar rajah ini; beliau ~ betapa pemahaman Islam di kalangan masyarakat sangat dangkal dan bersifat ritual sahaja;

pengilustrasian perbuatan mengilustrasi: buku tersebut telah mencapai satu tahap penulisan, penyuntingan, dan ~ yg boleh dipertanggungjawabkan;

pengilustrasi orang yg membuat ilustrasi: tujuan dan arah sesebuah kartun itu terletak pd ~ itu sendiri.

ilustrator orang yg membuat ilustrasi.

imaginasi daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dlm angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan: ada pengarang yg dapat menceritakan sesuatu kisah itu dgn hanya berdasarkan ~nya sahaja;

mengimaginasikan membuat gambaran dlm fikiran, membayangkan: saya fikir penulis harus ~ pembaca sbg bakal kekasihnya.

imaginatif 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial.

imago (Bio) serangga dewasa sesudah peringkat metamorfosis.

imak Mn; mengimak, mengimak-imak meniru bunyi (perbuatan dll), mengajuk.

imalat Ar merangkaikan dua huruf bagi dua kata atau lebih dlm satu ucapan, mis insya-Allah menjadi insyallah.

imam Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Shafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki);

~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman;

berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam;

berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua);

mengimami memimpin (dlm masa sembahyang);

mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah;

keimaman kedudukan (jawatan dll) imam.

imamat Ar kepemimpinan.

iman Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam;

beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana kita ini semua hamba-Nya;

berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad;

mengimani yakin dan percaya pd;

keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali.

imani Ar mengenai iman.

imarah; mengimarahkan menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dgn pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan: usaha ~ masjid perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak, termasuklah generasi muda; mereka tidak harus dipencilkan dlm usaha ~ masjid dan syiar Islam.

imbal I 1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot): meja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang; 2. ki berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dll), tidak seimbang: keputusan pertandingan itu ~;

mengimbal 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~;

mengimbalkan 1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyengetkan, mengherotkan; 2. menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb);

pengimbalan 1. perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan; 2. perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dsb;

pengimbal alat utk mengimbalkan sesuatu.

imbal II; imbalan bayaran (upah) utk membalas jasa orang, ganjaran, honorarium: sbg ~, akan kunyanyikan untukmu;

mengimbalkan memberikan imbalan kpd seseorang.

imbang I timbang, tidak berat sebelah; roda ~ roda yg meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin;

seimbang 1. setimbang, sama berat, tidak berat sebelah: di daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dgn kekuatan parti yg berkuasa; jungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; 2. setimpal, sebanding, sepadan: memberi balasan yg ~; 3. sesuai, cocok: sikapnya selalu ~ dgn pengertian hidup isterinya; abang tidak boleh memaksa hati saya ~ dgn hati abang; makanan ~ makanan yg khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh;

berseimbang setimbang, sepadan, sebanding;

berseimbangan sama imbangannya (antara satu sama lain);

menyeimbangkan menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi;

keseimbangan keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains;

ketidakseimbangan perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini;

perseimbangan perihal berseimbang;

berimbang 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya;

mengimbangi 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan;

mengimbangkan, memperimbangkan menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira;

imbangan 1. keadaan yg seimbang: bacaan yg baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yg berat dgn yg ringan; 2. bandingan, timbangan: pertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia;

imbang-imbangan hampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dll);

keimbangan keadaan berimbang;

perimbangan persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dll): peperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yg dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yg besar;

pengimbangan perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan: ~ duga dilakukan utk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita;

pengimbang 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur.

imbang II bimbang, ragu-ragu;

mengimbang; ~ permintaan menolak permintaan;

imbang-imbangan bimbang, ragu-ragu; hati nya dlm ~.

imbas 1. arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dll); sekali ~ selayang pandang: dia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya sekali ~ sahaja; 2. arus elektrik; 3. = ~ hantu sl penyakit yg kononnya disebabkan oleh hantu yg lalu; 4. ark dorongan (desakan);

seimbas sekejap, selayang; ~ pandang selayang pandang;

imbas-imbas hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya;

mengimbas 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu, mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus elektrik;

imbasan imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll);

pengimbasan (Ubat) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dgn menggunakan gelombang bunyi atau sinaran.

imbas kembali bahagian cerita filem, novel, dsb yg memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yg terdahulu: beliau menggunakan teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri;

mengimbas kembali membayangkan sesuatu atau melihat kembali dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang.

imbau; mengimbau Mn memanggil, menyeru (nama), menjemput (datang): azan Maghrib ~ dr masjid; diimbau berbunyi, dilihat bersua prb Mn apa yg dikatakannya adalah betul (boleh diuji kebenarannya);

terimbau terpanggil; ~ pd orang yg akan datang, tersusun pd orang yg akan pergi prb Mn menyuruh seseorang membuat sesuatu pekerjaan yg disukainya;

imbauan panggilan, seruan: orang kampung itu keluar beramai-ramai apabila terdengar ~ yg terus-menerus.

imbuh tambahan pd barang yg ditimbang (disukat dll), tambahan supaya sama berat (nilai dll): setelah siap disukatnya padi itu diberikannya pula ~ segantang;

mengimbuh 1. memberi imbuh, menokok, menambah; 2. memberi imbuhan (awalan, akhiran atau sisipan);

imbuhan 1. bayaran tambahan, sagu hati: mereka belum lagi menerima sebarang ~ tetap sbg anggota Majlis Tempatan; 2. (Lin) penambah (awalan, akhiran, dan sisipan);

berimbuhan memakai imbuhan, ada imbuhan: sistem Za'ba membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum.

imej (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya;

imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan;

pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut.

IMF kep International Monetary Fund (Tabung Kewangan Antarabangsa).

imigran orang yg masuk ke negeri asing utk menetap.

imigrasi perihal masuk ke negeri asing utk menetap;

berimigrasi berpindah (datang) ke negara asing utk menetap: negara luar yg menerima pelajar yg ~ tidak mengenakan syarat yg ketat.

imigresen (imigrésén) = pejabat ~ pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport utk warga negara dsb.

iming Jw; mengiming-iming menunjuk-nunjukkan sesuatu dgn tujuan hendak memujuk (memikat hati dll).

imitasi IB tiruan: sutera ~.

imitatif bersifat meniru: haiwan merupakan makhluk yg paling ~ di dunia ini, yg belajar melalui imitasi.

imkan Ar; mengimkan memungkinkan.

imlak Ar 1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain; 2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana;

mengimlakkan menyebut (membaca) supaya ditulis oleh orang lain, merencanakan.

imlek (imlék) Id, C penanggalan; tahun baru ~ Tahun Baru Cina.

impak kesan yg ketara, dampak: karyanya mempunyai ~ besar terhadap sufisme dan akidah Muslim; beliau mematah-matahkan kalimatnya utk memberikan ~ kpd sajaknya.

impala sj antelop sederhana besar, yg terdapat di Afrika dan berupaya melompat sangat jauh dan tinggi, Aepyceros melampus.

impas Jk lunas, jelas, selesai dibayar (hutang): dia senang hati kerana hutangnya telah ~;

mengimpas, mengimpaskan melunaskan, menjelaskan, membayar (hutang).

impasto (S.Lukis) teknik penggunaan cat yg tebal pd lukisan.

impedans (impédans) (Fiz) rintangan litar elektrik terhadap pengaliran arus ulang-alik.

imperatif (impératif) 1. mesti dipatuhi, penting, memerlukan perhatian segera: kegiatan ini sahih dan ~; 2. (Lin) bentuk kata kerja atau ayat yg membawa maksud suruhan, silaan, permintaan, atau larangan.

imperialis (impérialis) pihak (orang, negara dsb) yg mengamalkan faham imperialisme: perasaan benci kpd ~ meluap-luap di dada pejuang-pejuang kemerdekaan itu.

imperialisme (impérialisme) dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain.

imperialistik (impérialistik) bkn imperialisme.

impersonal tidak dipengaruhi atau melibatkan perasaan peribadi, tidak merujuk orang tertentu.

impetigo (impétigo) (Ubat) sj penyakit kulit yg teruk dan mudah berjangkit yg dicirikan dgn nanah dan keruping disebabkan oleh jangkitan bakteria.

impi; mengimpi bermimpi;

mengimpikan mengidamkan, mengharapkan sangat, mengangan-angankan: apa yg kuimpikan selama ini sekarang menjadi suatu kenyataan;

impian yg diimpikan, angan-angan, khayalan: berkahwin dgn gadis ~nya; ( mimpi.

implan (Ubat) sesuatu (bahan, tisu dsb) yg dimasukkan, ditanam atau ditempelkan ke dlm tubuh melalui pembedahan: salah satu cara moden utk merawat masalah pekak yg serius adalah dgn memasukkan ~ koklea ke dlm bahagian koklea.

implementasi (impléméntasi) proses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan;

mengimplementasikan melaksanakan, menjalankan, menunaikan (tugas, usaha, dll): utk ~ projek-projek yg telah lama dirancangkan.

implikasi 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yg disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas;

berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi;

mengimplikasi membuat implikasi;

mengimplikasikan membayangkan: adakah peristiwa ini ~ bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan utk kepentingan pihak yg ingin mencari pengaruh?

implisit (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat: hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara ~ mahupun eksplisit;

mengimplisitkan menjadikan implisit: itulah harapannya yg diimplisitkan dlm karyanya.

import 1. pemasukan barang-barang dr luar negeri: ~ mengatasi eksport; 2. yg dibawa masuk dr luar negeri: barang-barang ~;

mengimport 1. membawa masuk terutamanya barang-barang dr luar negeri: negara kita masih ~ beras dr negeri Thai dan Burma; 2. ki membawa masuk sesuatu dr negara atau sumber asing: selepas perang, pihak Amerika telah ~ konsep persaingan secara bebas tanpa ikatan Jepun; penurunan nilai ringgit tidak ~ inflasi;

pengimportan perihal (perbuatan) mengimport: menggalakkan ~ bahan makanan;

pengimport orang, syarikat, dll yg mengimport.

importir Id pengimport.

impotens (Ubat) mati pucuk.

impregnasi (imprégnasi) (Ubat) 1. proses menghamilkan manusia atau membuntingkan haiwan; 2. proses menepukan sesuatu tisu, biasanya dgn pewarna.

impresario (imprésario) penganjur (pengurus, penerbit, pengarah, dsb) kumpulan hiburan, spt muzik, sandiwara, konsert, dsb.

impresif (imprésif) menerbitkan (menimbulkan) kesan yg kuat dan mendalam (ke atas seseorang dll): profesionalisme di dlm penerbitan mesti ~ kerana kalau tidak ~ akan meninggalkan kesan yg sebaliknya.

impresionis (imprésionis) pengikut aliran impresionisme.

impresionisme (imprésionisme) teknik atau gaya dlm sastera, lukisan, atau muzik yg menyatakan perasaan dgn cara yg kabur dan bukan dgn perincian yg realistik.

impresionistik (imprésionistik) lebih berdasarkan tanggapan, bukan fakta atau pengetahuan yg sebenarnya (bkn kritikan, karya dsb): acapkali kritikan yg dibuat itu bersifat ~ dan kurang mendalam.

imprimatura (S.Lukis) warna nipis sbg lapisan pertama pd latar lukisan.

improvisasi 1. perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja: bangsawan dipersembahkan secara ~, memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yg mengatur aksi dan dialognya; 2. sesuatu yg dihasilkan tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja;

mengimprovisasi 1. membuat improvisasi: beliau menubuhkan kumpulannya dgn meminjam atau menyewa boneka drpd kumpulan lain dan ~ alat-alatnya drpd tin dan tong sbg gendang; 2. menggubah lagu, gurindam dsb ketika sedang bermain, membaca dsb, menggubah tanpa persediaan.

impuls 1. perasaan ingin melakukan sesuatu secara tiba-tiba (tanpa memikirkan padahnya), dorongan perasaan yg mendadak; 2. (Bio) gelombang elektrik yg bergerak melalui gentian saraf (apabila saraf terangsang).

impulsif bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati: tindakan dilakukan secara terpaksa dan ~.

IMR kep Institute of Medical Research (Institut Penyelidikan Perubatan).

imsak Ar 1. menahan diri drpd makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari dlm bulan Ramadan: masih wajib ~ walaupun puasanya telah batal; 2. (waktu) mulai berpuasa, iaitu selepas waktu sahur: tiap-tiap petang dlm bulan puasa, Televisyen Malaysia menyiarkan waktu berbuka puasa dan waktu ~.

imun (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela;

mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar;

keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio;

pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B.

imunisasi perihal atau perbuatan mendapatkan atau memberikan perlindungan drpd penyakit tertentu menerusi suntikan: wanita dlm lingkungan umur 15 hingga 44 tahun diseru mendapatkan ~ ini.

imuniti 1. keimunan: beberapa hari sebelum badan pesakit membentuk ~ secukupnya utk melawan jangkitan; 2. perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan, kekebalan.

imunogen (Ubat) bahan yg mencetuskan gerak balas imun.

imunologi cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn pelalian atau daya tahan terhadap penyakit.

imunoterapi (imunotérapi) (Ubat) perawatan atau pencegahan penyakit dgn bahan atau antibodi yg merangsang gerak balas imun.

in kep inci.

In simbol kimia bagi indium.

in personam (Latin) (Udg) ditujukan kpd orang tertentu.

ina ark emak, ibu.

inai 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya digunakan sbg bahan pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium malaccense; b) = ~ bukit sj tumbuhan (herba), Impatiens griffithii; ~ paya sj tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora; 2. benda utk memerahkan kuku (dibuat drpd daun inai): ~ yg akan digunakan dlm istiadat bersanding telah siap digiling; menempek ~ = meletakkan ~ membubuh inai pd kuku dan jari; tari ~ tari piring;

~ tertepung, kuku tanggal prb kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu; bagai ~ dgn kuku prb persahabatan yg sangat karib (tidak pernah bercerai); kaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan;

berinai memerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai, memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja;

menginai menempek inai pd kuku dan jari: pengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri.

inang perempuan yg menjaga (memandikan dll) anak tuannya (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar): baginda telah memilih beberapa orang perempuan yg muda-muda utk menjadi ~ kpd anakanda baginda itu;

~ pengasuh perempuan yg menjaga dan mengasuh (kadang-kadang menjadi teman puteri raja bermain-main); mak ~ panggilan yg agak hormat kpd inang yg telah berumur; penghulu ~ sl pegawai istana (perempuan) yg mengurus hal-hal istana; tarian ~ sj tarian tradisional Melayu;

menginang menjadi inang (menjaga anak dll).

inang-inang sj makanan (kuih) yg dibuat drpd beras pulut yg dikukus dan dikeringkan sebelum digoreng, ginang-ginang.

inangda inang bagi anak raja.

inap; menginap menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam;

penginapan 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam; tidak ada seorang pun yg sanggup memberi ~ kpd anak-anak kapal itu;

penginap orang yg menginap di sesuatu tempat (rumah, hotel, dsb).

inas I; pekung ~ sj bisul pd tengkuk.

inas II Kl bahagian tengah drpd kisaran (padi dll).

inayat Ar pertolongan, bantuan, pemberian (biasanya drpd Tuhan): dgn ~ Tuhan, dia pun mendapat pekerjaan menjadi pembantu kpd seorang jurutulis.

inca; ~-binca ark kacau-bilau, tidak tentu hala.

incang; ~-incut 1. tidak lurus, bengkang-bengkok: kerana dia baru belajar menggunakan mesin jahit, jahitannya ~-incut dan tidak senonoh rupanya; 2. tempang (kerana tidak sama panjang kaki pd kerusi, meja, dll).

incar I sj gerudi, jara.

incar II; mengincar 1. melihat dgn memejamkan sebelah mata, membidik: ia pandai menembak dgn tidak ~; 2. ki memerhatikan dgn maksud jahat (hendak mencuri dll): matanya liar ~ kalau-kalau ada orang yg memerhatikan perbuatannya itu.

incer Jk ( incar II.

inci I ukuran panjang yg bersamaan dgn 1/12 kaki atau 2.54 sentimeter: paku itu panjangnya empat ~.

inci II benda yg dipakai utk memerahkan bibir, gincu: kata orang-orang bandar, benda itu lipstik, tetapi orang kampung menyebutnya gincu atau ~.

incil sl sj pin yg berkepalakan batu permata;

berincil-incil penuh dgn incil: baginda memakai kamar perbuatan jawa ~ berpermata merah.

incim C ark emak, ibu.

incit sl nyah!, pergi!;

mengincitkan mengenyahkan, menghalau, mengusir: maka Raja Muda Perempuan diincitkan oleh Bendahara;

terincit terhalau, terusir.

incung sj tumbuhan (pokok), jebat musang, mahang putih, Macaranga tanaria; ~ perlis sj tumbuhan (pokok), Berrya cordiflora.

incut tempang, tidak lurus, bengkok: sangkar burung itu ~ kerana tiangnya pendek satu; incang-~ bengkang-bengkok;

terincut-incut berjalan tempang (kerana sakit tapak kaki atau kaki pendek sebelah).

indah cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~ khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya);

mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu;

memperindah menambah keindahan (kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu;

keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam;

pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya.

indak Mn tidak.

indang I; mengindang Mn menampi (beras, padi, dll) dgn nyiru: sambil ~ beras itu, dia memperhatikan orang yg lalu di hadapan rumahnya;

diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu prb Mn jika mencari menantu hendaklah diusul periksa betul-betul supaya tidak ada celanya; tidak terindang dedak, berbiak lagi prb Mn tidak berdaya (bertenaga, berkuasa) lagi.

indang II Jw pertapa perempuan.

indarus Mn ayam sabungan yg kalah, luka atau mati (menjadi kepunyaan pihak yg menang);

telah jadi ~ prb Mn kalah dlm permainan (terutama permainan judi).

indayang Mn pelepah nyiur.

indekos IB bp tinggal (menumpang) di tempat orang dan makan di situ;

mengindekoskan menumpangkan (utk tinggal dan makan).

indeks (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas;

~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini;

mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan;

pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat.

indemniti (indémniti) (Eko) pemulihan kpd mangsa kerugian melalui bayaran tunai, pembaikan atau penggantian.

inden Id paksi, poros.

inden (indén) I (Eko) pesanan pembelian barang secara rasmi;

inden (indén) II (Cetak) ruang kosong pd baris pertama cetakan atau tulisan;

menginden memulakan barisan teks beberapa kedudukan aksara ke dalam, dr jidar kiri atau kanan halaman.

indentur (indéntur) (Eko) perjanjian antara penerbit bon dgn pemegang bon, yg mencatatkan syarat-syarat sesuatu terbitan bon.

indera 1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja; Pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato' Maharaja I~ gelaran orang besar-besar negeri Perak;

keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~.

Indera Kayangan panggilan bagi negeri Perlis.

inderalaksana sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya menghasilkan sj perekat), bunga Siam, pokok lasana, Acacia farnesiana.

inderaloka sl tempat Bentara Indera, syurga.

inderawasih ( cenderawasih.

inderia Id alat perasa (pelihatan, pendengaran, penciuman, dll), deria.

India bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr benua India.

indigo (Kim) sj bahan pewarna biru yg diperoleh drpd penapaian tumbuhan Indigofera, nila.

indik; mengindik 1. menekan ke bawah, memijak, menindih: dia duduk sambil ~ belakang kawannya yg telah rebah; 2. datang dekat dgn merangkak, berjalan membongkok-bongkok.

inding; menginding 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll): ~ orang makan; 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak): budak itu sedang ~ kuih adiknya.

indium sj unsur logam yg mulur dan beracun.

individu orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila dianggap sbg berbeza drpd yg lain: tidak dapat kita nafikan betapa besar pengaruh buku ke atas seseorang ~;

keindividuan sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya.

individual individu;

keindividualan sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki.

individualis 1. orang yg tetap mempertahankan keperibadian dan kebebasan diri; 2. orang yg memperlihatkan kebebasan dirinya dlm tingkah laku atau tindak-tanduknya (pemikirannya, pendiriannya, dll).

individualisme prinsip atau tindakan yg menekankan kebebasan atau sifat-sifat individu seseorang: suasana dlm sejarah moraliti Barat melahirkan pemberontakan indivudal yg akhirnya melahirkan aliran ~.

individualistik bersikap dsb sbg individualis (tidak dikuasai atau dikongkong oleh golongan atau pihak lain), bersifat individu, berasaskan atau berpegang pd individualisme: sejarah tetap memberi perhatian kpd aspek-aspek yg lebih ~; keuniversalan ~ dikaji bersama-sama dgn keindividualan.

individualiti keadaan (ciri-ciri) khusus yg membezakan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, keindividualan.

indo IB peranakan (terutamanya peranakan orang Eropah); Belanda ~ Belanda peranakan.

indoktrinasi perihal atau perbuatan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia;

mengindoktrinasikan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini.

indolen (Ubat) menyebabkan rasa sakit atau rasa nyeri dan membesar secara perlahan-lahan (bkn tumor, ulser dsb): tumor ~.

indu Mn induk, indung, nenek moyang;

seperinduan sekeluarga, berasal drpd satu induk; ( induk.

induk Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan;

~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang);

berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah;

perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga.

induksi 1. proses penghuraian yg membawa kpd pencapaian sesuatu kesimpulan hukum drpd fakta atau maklumat yg bersifat khusus; 2. pengenalan kpd organisasi (pekerjaan, tugas, jawatan dsb) yg baru: kursus ~.

induktif berkaitan dgn atau menggunakan induksi: keutamaan mestilah juga diberi kpd penggunaan pendekatan ~ dan pendekatan deduktif secara betul dan cekap.

induktor (Kej) peranti (gegelung) yg mempunyai sifat aruhan elektrik.

indung ibu, induk (terutamanya pd benda-benda dan binatang);

~ madu sarang lebah yg berisi madu; ~ mutiara siput mutiara.

indusemen (indusemén) IB pembelian barang dgn membayar terlebih dahulu.

industri perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju;

~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna;

mengindustrikan menjadikan berindustri;

perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~ negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya bergantung pd industri;

pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan.

industrialis orang yg mengusahakan industri.

industrialisasi pengindustrian: kecekapan teknik dan pengurusan mereka boleh digunakan utk menjayakan lagi proses ~ negara kita Malaysia.

industrialisme organisasi atau penyusunan masyarakat yg lebih tertumpu kpd pembinaan perusahaan pembuatan atau pengilangan secara besar-besaran (tidak pd perniagaan, pertanian, dll).

inep Jw ( inap.

inersia (Fiz) sifat jasad yg menyebabkannya berada dlm keadaan rehat atau, jika bergerak, terus bergerak dlm garis lurus, melainkan jika diganggu oleh daya luar.

infak Ar pemberian (sumbangan) wang, harta dsb yg dibelanjakan utk kebajikan, spt derma, sedekah dsb: asrama itu memerlukan ~ drpd orang ramai utk membolehkannya menyelenggarakan kos operasi hariannya;

berinfak memberikan atau mengeluarkan infak: katanya, dia akan tetap ~ sekadar yg termampu; seseorang yg ~ utk mencari keredaan Allah;

menginfakkan menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dsb utk kebajikan: dia selalu ~ hartanya semata-mata utk mendapatkan keredaan Allah; mereka akan ~ semua keuntungan itu kpd ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama.

infantisid (Udg) jenayah membunuh bayi atau anak kecil.

infantri pasukan (tentera) berjalan kaki.

infeksi (inféksi) kena kuman penyakit, dijangkiti oleh penyakit, jangkitan.

inferens kesimpulan yg dibuat berdasarkan fakta (asas) tertentu.

inferior (inférior) rendah kedudukan (taraf, pangkat, martabat, dsb), kurang baik mutu atau nilai.

infestasi (inféstasi) (Bio) keadaan apabila manusia atau haiwan dihinggapi parasit (biasanya pd luar tubuh).

infiltrasi penyusupan yg dilakukan dgn diam-diam, perbuatan memasuki kawasan musuh dgn beransur-ansur.

infiniti keadaan (masa, ruang) yg tidak ada batasnya: alam ini hanya satu ruang yg terbentang sehingga ke ~, tiada akhir dan awalannya.

infinitif (Lin) bentuk kata yg tidak dibataskan oleh diri, bilangan atau kala.

inflamasi (Ubat) radang.

inflasi keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli; ~ lampau inflasi yg amat sangat.

infleksi (infléksi) ( fleksi.

influenza (influénza) demam selesema.

informal tidak formal, tidak mengikut cara dsb yg sudah menjadi kebiasaan atau yg sudah ditetapkan: mesej yg disampaikan kpd pembaca dilakukan secara ~ supaya tidak ketara bahawa penulis memaksa para pembaca menerima mesej tadi.

informan orang yg memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara, pemberi maklumat.

informasi IB keterangan, maklumat;

berinformasi mempunyai informasi, berpengetahuan: kemudahan mengakses internet perlu diperbanyak dlm usaha kerajaan mewujudkan masyarakat yg ~.

informatif mengandungi (memberikan) maklumat, keterangan, dsb yg berguna bkn sesuatu: risalah itu sangat ~ dan berguna bagi para pelajar baru.

INFOTERM akronim bagi International Information Centre for Terminology (Pusat Maklumat Peristilahan Antarabangsa).

infra- awalan asing bawah, di bawah, mis infrabunyi dan infrasonik.

infrabunyi (Fiz) gelombang bunyi pd frekuensi yg terlalu rendah, iaitu di bawah 15 Hz, dan tidak dapat didengar oleh telinga manusia.

inframerah (inframérah) = sinaran ~ sinaran elektromagnet yg panjang gelombangnya terletak antara 730 nm – 1 mm (iaitu antara panjang gelombang sinaran nampak dgn gelombang radio).

infrasonik (Fiz) berkaitan dgn gelombang bunyi yg frekuensinya di bawah aras yg dapat didengar oleh manusia.

infrastruktur 1. struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dsb; 2. kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb), prasarana.

infusi (Ubat) kaedah memasukkan ubat atau cecair (selain darah) ke dlm tubuh secara terus dan perlahan-lahan ke dlm vena (saluran darah) utk rawatan.

inga; inga-inga, teringa-inga termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dll), hilang akal, termenung-menung.

ingar Br, Sr bising.

ingat 1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat); memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran, tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; 4. = ingat-ingat hati-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia: kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat, berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir, rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera;

~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~ sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di bawah akan menimpa prb Mn orang yg berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di bawahnya disusahkan atau menentangnya);

seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah;

berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat;

beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa;

mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. duli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ bagaimana dia akan mendapat rezeki esok;

mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali;

mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung;

memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll);

memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah;

teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang;

teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu;

teringatkan teringat akan;

ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat;

ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa;

peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja;

pengingatan perihal mengingati (mengingatkan);

pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya.

ingau; mengingau mengigau;

mengingaukan 1. mengigaukan; 2. ki terlalu berharap utk mendapatkan sesuatu;

ingau-ingauan selalu terkejut (terutamanya orang yg sedang sakit).

inggang; ~-inggung bergoyang, bergoncang.

Inggeris = orang ~ rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris;

menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan;

keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap;

penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu.

inggih Jw ya.

inggu I 1. sj getah yg dibekukan (baunya agak busuk, boleh dibuat ubat) dr tumbuhan Ferula spp.; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya berbau busuk dan dibuat ubat sakit perut), Ruta graveolens.

inggu II 1. sj ikan laut, Amphiprion spp.; 2. sj ikan laut, ikan babi, Holacanthus spp.

inggung ( inggang.

ingin berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate;

~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup;

beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai;

beringinkan berkehendak akan, berharap akan;

mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam;

memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu;

teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu;

keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan;

berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik.

ingka, ingkak; gelak ~ tertawa gelak-gelak, tertawa kuat-kuat.

ingkar Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri;

mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri;

keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan;

pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran;

pengingkar orang atau pihak yg ingkar.

ingsun Jw sl 1. aku; 2. kami.

ingus ( hingus.

inhalan (Ubat) ubat sedut.

inheren (inhéren) wujud sbg sifat semula jadi seseorang atau sesuatu.

ini 1. kata penunjuk utk benda (tempat dan waktu) yg dekat, lwn itu: gunung apa ~?; pulang sekali ~ lain tidak kerana terpaksa sahaja; 2. baru ini, kini, sekarang: engkau nak pergi ~ juga, kan kereta api lambat lagi?;

~ dia nah inilah; ~ itu ini dan itu (berbagai-bagai, bermacam-macam, tak tentu); ~kan, = ~ konon, = ~ pula istimewa pula, lebih-lebih lagi, apa lagi, tambahan pula; ~ pun sekarang pun.

ining (Suk) (dlm kriket atau besbol) giliran seseorang pemain atau sesuatu pasukan membuat pukulan.

inisial deretan huruf besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yg digunakan oleh individu bagi mewakili nama penuh masing-masing.

inisiatif daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll);

berinisiatif mempunyai inisiatif: pegawai yg ~.

inja; ~ payung sj tumbuhan (pokok), kerambilan, Biophytum sensitivum.

injak; injak-injak, injak-injakan 1. alat (pd mesin jahit, perkakas tenun, dll) yg digerakkan dgn kaki, rakap, pedal (basikal); 2. papan (besi dll) sbg pemijak pd kereta dll;

menginjak 1. meletakkan kaki pd, memijak, menjijak: ia berbual-bual sambil berjalan ~ tar yg panas; 2. mulai; ~ tahun baru mulai tahun baru; 3. sampai (tiba) ke, bertemu dgn: di sini kita ~ lapangan kebudayaan;

menginjak-injak 1. menginjak berkali-kali: benda itu diinjak-injak dgn tumit kakinya; 2. ki tidak menghiraukan (peraturan dll), tidak mempedulikan, tidak menghargai;

menginjakkan = ~ kaki meletakkan (memijakkan) kaki pd: ia ~ kakinya ke lantai;

terinjak terjijak, terpijak;

terinjak-injak ki sangat tidak dipedulikan (dihiraukan, diendahkan);

injakan hasil atau perbuatan menginjak.

injap 1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~ tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio) segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepas-bebaskan kekabu keluar.

injek (injék); menginjek bp memasukkan ubat ke dlm tubuh dgn jarum, menyuntik.

injeksi (injéksi) IB suntikan: ia pandai juga mengubati dgn tidak payah pakai ~ atau suntik;

~ beras Id tambahan persediaan beras kerana mengelakkan drpd naik harganya;

menginjeksi menyuntik.

injeksyen (injéksyen) bp hasil atau perbuatan menginjek, suntikan.

Injil = kitab ~ kitab suci agama Kristian, kitab Wasiat Baru: bahawa kisah ia menjadi seorang nabi itu ada tersebut di dlm kitab Taurat dan kitab ~; guru ~;

penginjil ark Id guru Injil, orang yg mengajar agama Kristian.

injili ark yg berkenaan kitab Injil, menurut kitab Injil.

injin C ark emak, ibu.

injunksi (Udg) perintah mahkamah yg menuntut supaya pihak yg terbabit tidak mengambil (menghentikan) sesuatu tindakan atau sebaliknya: Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan ~ menghalang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia drpd mengisytiharkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

inkarnasi penjelmaan semula (seseorang) dlm bentuk tertentu selepas meninggal.

inkasso Id upah kpd pemungut wang.

inkontinens (Ubat) keadaan tidak upaya mengawal buang air kecil atau air besar.

inkubator 1. alat pemanas utk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial; 2. alat utk membantu bayi yg baru lahir pramatang berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal.

inkues (inkués) (Udg) siasatan rasmi mengenai punca sebenar kematian seseorang.

inkuilin (Bio) haiwan yg hidup di tempat tinggal haiwan lain dan berkongsi makanan dgn haiwan perumah.

inokulasi (Ubat) penyuntikan agen penyakit spt vaksin virus ke dlm tubuh individu yg sihat utk menghasilkan keimunan aktif pd individu berkenaan;

menginokulasi melakukan inokulasi (terhadap): ~ murid sekolah itu utk mencegah penyakit taun.

inovasi 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka;

menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut;

penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.

inovatif merupakan (bersifat) inovasi: Long Thien Shih yg terkenal dgn karya-karya yg ~ belajar di bawah tunjuk ajar S.W. Hayter di Atelier 17, Paris; perubahan secara kreatif dan ~; pembentukan metafora dlm puisinya terasa segar dan ~.

inovator orang yg melakukan inovasi, penginovasi: golongan guru yg berperanan sbg ~ pendidikan.

input 1. sumber yg diperlukan utk pengeluaran: ~ pengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia utk diproses; 2. (Komp) perisian atau data yg dibawa ke dlm sistem utk diproses; 3. sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: sidang itu bertujuan memberikan ~ kpd penggiat teater; penceramah agama dr luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yg lebih meluas; 4. (Fiz) daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin;

menginput (Komp) memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer; pengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yg disediakan;

penginputan (Komp) perihal menginput data dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer sedang giat dijalankan.

insaf 1. rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan: Tuhanlah juga akan membalas ~ kasihan tuanku itu; 2. = ~ akan dapat memahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran: dia telah ~ sekarang dan telah kembali ke jalan yg benar;

menginsafi mengerti betul (akan) dan menyedari keadaan yg sebenarnya: ia berjalan balik ke biliknya ~ kelemahannya sendiri;

menginsafkan menasihati (mengajar dll) supaya insaf: moga-moga tulisan ini ~ sesetengah golongan utk menghormati lagu Negaraku;

keinsafan rasa insaf, kesedaran: peristiwa itu telah menimbulkan ~ di dlm jiwanya.

insan Ar makhluk yg dicipta oleh Allah SWT yg tidak terlepas drpd kealpaan, manusia; ~ kamil manusia yg sempurna, iaitu Nabi Muhammad SAW;

keinsanan kemanusiaan.

insang organ pernafasan pd kebanyakan binatang yg hidup dlm air (spt ikan, udang, dll): ada binatang mamalia yg hidup dlm air yg tidak bernafas dgn ~; dgn menggunakan ~ berudu menyerap oksigen dr dlm air;

~ pari sj jahitan utk mengemaskan tepi kain (tanpa membuat kelim);

berinsang memakai (mempunyai) insang;

asal ~ ikanlah prb perihal orang yg tidak memilih pekerjaan (makanan, perempuan, dll).

insani Ar (yg) mengenai manusia, kemanusiaan; ilmu ~ ilmu bkn manusia yg belum jadi.

insaniah Ar berkaitan dgn manusia, bersifat kemanusiaan: faktor ~ atau akhlak harus dikaitkan dlm falsafah pendidikan; sesebuah karya tidak terhasil dlm kekosongan, tetapi sebaliknya melalui proses interaksi alamiah dan ~.

insektarium (inséktarium) (Bio) tempat khas utk memelihara dan membiakkan serangga bagi tujuan penyelidikan, kajian dsb.

insektisid (inséktisid) racun serangga.

insektivor (inséktivor) (Bio) binatang yg memakan serangga, atau tumbuhan yg memerangkap dan menyerap serangga.

inseminasi (inséminasi) (Ubat) permanian.

insentif (inséntif) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tidak) yg diberikan atau ditawarkan sbg dorongan atau galakan, dorongan, galakan: berbagai-bagai ~ disediakan utk pelabur asing menanam modal di negara ini; di samping itu beliau menawarkan barangan mekap kpd setiap ahli yg menghadiri kelas solekannya sbg ~ utk pelanggannya.

inses (insés) (Udg) sumbang mahram.

insiden bp kejadian, peristiwa.

insidental (insidéntal) berlaku secara kebetulan sehubungan dgn perkara lain yg lebih penting.

insinuasi tuduhan yg tersembunyi (tidak langsung), ucapan yg tidak secara langsung ditujukan kpd seseorang utk menghina: adalah membahayakan suara-suara yg mencuba memecahkan persatuan itu dgn tuduhan fitnah dan ~.

insinyur IB jurutera.

insisi (Ubat) 1. proses menghiris tisu dgn alat yg tajam dlm sesuatu pembedahan; 2. hirisan yg terhasil apabila tisu dihiris dgn alat bedah yg tajam.

insisor (Ubat) gigi kacip.

in situ (Latin) berada pd kedudukan asal atau normal.

inskripsi sesuatu (kata, ungkapan, lambang, dsb) yg ditulis atau diukir pd permukaan sesuatu (tugu, duit syiling, dll), prasasti.

insomnia (Ubat) keadaan tidak dapat tidur atau sukar utk tidur.

inspeksi (inspéksi) IB 1. pemeriksaan, pengawasan; 2. memeriksa, mengawas.

inspektor (inspéktor) 1. pegawai yg memeriksa sama ada peraturan, standard, dll dipatuhi atau tidak, pemeriksa; merinyu. 2. = ~ polis pegawai polis yg pangkatnya lebih tinggi drpd sarjan dan di bawah penguasa.

inspirasi ilham, bisikan hati: dr mana ia mendapat ~ menulis rencana ini?; sesuatu hasil sastera tidak lagi dianggap sbg suatu hasil ~ atau ilham belaka;

berinspirasi mempunyai inspirasi: kita memohon bantuan drpd orang yg celik akal yg ~.

Inst. kep Institut.

instalasi IB 1. istiadat pelantikan (penabalan dll); 2. perihal mengatur (memasang) alatan rumah dll.

instansi IB 1. peringkat (pengadilan); 2. jabatan-jabatan kerajaan (awam), kantor, pejabat; rumah ~ rumah utk pegawai kerajaan.

institusi 1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; ~ kewangan bank dsb; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam;

menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan;

keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb;

penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains.

institut organisasi yg ditubuhkan utk tugas tertentu spt pendidikan, penyelidikan saintifik, dll: I~ Tadbiran Awam; I~ Teknologi Mara.

instruksi Id 1. perintah, arahan: lampu itu kuselubungi dgn sebuah tutup, sesuai dgn ~ pihak berkuasa; 2. pelajaran (kpd tentera);

menginstruksikan 1. memerintahkan, mengarahkan; 2. mengajarkan.

instrumen (instrumén) 1. alat, perkakas (muzik, pertukangan, dll); 2. (Eko) dokumen rasmi yg sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yg menyatakan hak pihak-pihak yg terlibat dlm sesuatu kontrak dsb, surat cara; ~ kewangan (Eko) a) dokumen rasmi yg berkaitan dlm bidang kewangan; b) sebarang bentuk pelaburan dlm pasaran saham atau aset kewangan yg lain, mis bon, saham, deposit tetap dsb.

instrumental (instruméntal) dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja (tanpa nyanyian): dr peti radio terdengar lagu ~.

instrumentasi (Muz) 1. alat muzik orkestra yg digunakan dlm persembahan; 2. susunan atau gubahan muzik bagi kumpulan tertentu alat-alat muzik.

insulin (Bio) hormon yg dikeluarkan oleh pankreas utk mengawal kepekatan glukosa dlm darah.

insurans perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu;

masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~ kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia;

berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di rumahnya ~;

menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko;

penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggung jawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans.

insya-Allah Ar jika diizinkan Allah.

inta Ar ( anta II.

intai; mengintai melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui gerak-geri orang dll, mengintip, memata-matai: ia ~ dr celah-celah dinding; kapal terbang melayang-layang di udara ~ kapal selam;

mengintaikan, mengintai-intaikan mengamat-amati, memerhati, memata-matai: sudah lama kami intaikan, tuan bertambah kaya dgn barang larangan semacam ini;

pengintaian 1. perihal mengintai; 2. tempat mengintai;

pengintai orang yg mengintai.

intan 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan;

~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi;

berintan berhias intan: cincin ~.

INTAN akronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara.

intaran sj tumbuhan (pokok), sadu, Melia indica.

integer (intéger) (Mat) angka bulat.

integral (intégral) mengenai keseluruhannya, menjadi lengkap dgn bahagian-bahagiannya.

integrasi penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan; penyatuan: soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dgn mencari ruang-ruang budaya yg membolehkan wujudnya kerjasama dlm erti yg sebenar;

berintegrasi bergabung, berpadu;

mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi;

terintegrasi disatupadukan: bangsa yg ~ kelompok etniknya;

pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dll): akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan ~ politik negara kota itu.

integriti (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan. 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;

berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan.

intelek (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;

mengintelekkan menjadikan seseorang intelek.

intelektual (inteléktual) 1. orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal ~ yg sedang belajar; kalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke Eropah oleh pendeta-pendeta yg melarikan diri; 2. mempunyai kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi);

mengintelektualkan menjadikan seseorang intelekual: ~ ulama;

keintelektualan perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat;

pengintelektualan proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual: antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia.

intelektualisme (inteléktualisme) 1. pengabdian kpd penggunaan intelek atau daya berfikir: Islam membawa semangat rasionalisme dan ~ bukan sahaja di kalangan istana malah merebak di kalangan rakyat jelata; perkembangan profesional memberi fokus kpd ~; 2. doktrin yg menekankan bahawa pengetahuan terhasil dgn taakulan tulen.

inteligensia (intéligénsia) kaum intelek, kaum cerdik pandai, kaum cendekiawan.

intensif (inténsif) dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara ~; latihan dlm bidang penangkapan ikan laut dalam hendaklah diadakan secara ~; penggunaan tanah yg terlalu ~;

~ buruh memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); ~ modal memerlukan pelaburan sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses pengeluaran sesuatu industri dsb;

mengintensifkan menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat;

keintensifan perihal (keadaan) intensif, intensiti;

pengintensifan perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~ penyelidikan sains.

intensiti (inténsiti) keadaan yg amat sangat (hebat, sungguh-sungguh, mendalam, dsb), keamatan: reka bentuk latar ini pula turut melibatkan elemen-elemen lain spt ~ pencahayaan bagi sesuatu adegan.

interaksi tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat;

berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~.

interaktif 1. saling bertindak, berhubung, dsb antara satu sama lain: bengkel itu dapat mewujudkan suasana ~ bagi menjalin hubungan antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri; 2. (Komp) membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: peringkat ketiga pula membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah.

interen (intéren) IB dlm lingkungan sendiri; urusan ~ urusan dalam.

interferon (interféron) (Ubat) sj bahan protein yg dihasilkan oleh sel badan sbg tindak balas kpd jangkitan virus yg membantutkan pertumbuhan virus tersebut.

interim bersifat sementara (sehingga satu penyelesaian yg mantap dicapai): perjanjian ~; buku ~.

interkom sistem perhubungan telefon utk perhubungan di dlm sahaja (spt di dlm bangunan, di dlm kapal terbang, dsb).

interlingua bahasa ciptaan (buatan) yg melambangkan makna yg terdapat pd bahasa asli dan digunakan utk terjemahan dgn komputer dll.

interlokal antara dua atau lebih tempat (perhubungan dll).

interlokutor (Lin) orang yg menyertai sesuatu perbualan, perbincangan atau dialog.

interlud (Muz) muzik instrumental ringkas yg dimainkan sbg selingan antara babak atau adegan dlm sesuatu persembahan drama dsb.

intermeso (interméso) ( intermezo.

intermezo (intermézo) interlud.

internasional antarabangsa; perjanjian ~ perjanjian antarabangsa.

internasionalis 1. penyokong internasionalisme; 2. orang yg arif tentang undang-undang antarabangsa.

internasionalisme prinsip yg menganjurkan semangat persefahaman di kalangan pelbagai negara demi kepentingan bersama: para pemimpin negara yg berpandangan jauh dan berpegang pd prinsip ~.

internat IB asrama, tempat pemondokan.

Internet (internét) rangkaian komputer antarabangsa yg membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dr seluruh dunia;

menginternetkan memasukkan data, maklumat dsb ke dlm rangkaian Internet, dan menyebarkannya melalui Internet: ~ sastera Malaysia.

internir IB; menginternir mengasingkan (tahanan politik), menahan di suatu tempat: dia pernah diinternir di Boven Digul;

interniran 1. tempat pengasingan; 2. orang yg diasingkan, orang tahanan (politik dll).

internis doktor yg mengkhusus dlm perubatan dalaman.

interpelan IB penyoal (dlm parlimen).

interpelasi IB soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dlm parlimen oleh ahli-ahli parlimen kpd kerajaan.

interpersonal bkn hubungan sesama manusia: hubungan ~.

Interpol akronim bagi International Police (Polis Antarabangsa).

interpolasi penyisipan atau penyelaan (kata-kata, ayat-ayat, dll) baru dlm naskhah dll.

interpretasi (interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut; selama kita berpegang pd hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan ~ baru terhadap karya sastera lama kita;

menginterpretasikan membuat interpretasi tentang (sesuatu), mentafsirkan: tugas utama bimbingan kerjaya ialah ~ dan meramalkan perubahan belia; ~ segala bentuk tingkah laku;

penginterpretasian perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu, pentafsiran: bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yg masih berada pd tahap yg longgar dan kabur;

penginterpretasi (orang dll) yg menginterpretasikan sesuatu perkara, pentafsir: ia hanya bertugas sbg ~ yg dangkal.

interseks (interséks) (Ubat) individu yg mempunyai kedua-dua sifat kelelakian dan keperempuanan, sama ada dr segi fizikal atau perasaan.

intervensi (intervénsi) campur tangan dlm urusan antara dua pihak (orang, negara, golongan) lain.

interviu 1. temu ramah, temu bual, wawancara: Perdana Menteri telah mengadakan ~ selama satu jam; 2. temu duga: ia menunggu panggilan ~ utk jawatan kosong itu;

menginterviu 1. menemu ramah, menemu bual, mewawancara: ia datang utk ~ guru besar; 2. menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa, dsb): beberapa orang pemohon pekerjaan itu telah dipanggil utk diinterviu;

penginterviu 1. orang yg menginterviu (menemu ramah, menemu bual, mewawancara), penemu ramah, penemu bual, pewawancara; 2. orang yg menginterviu (menemu duga), penemu duga.

inti 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu;

berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah;

berintikan mempunyai sesuatu sbg inti.

intifadah Ar kebangkitan penduduk Palestin utk menentang orang Israel yg menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yg bermula pd tahun 1987.

intiha Ar akhir, penghabisan, penutup, perhentian.

intikad Ar bangkangan, bantahan, kritikan, sanggahan.

intil Jw; mengintil membuntuti, mengekor, mengikut.

intim sangat mesra dan rapat atau karib (bkn perhubungan, persahabatan, dsb): meskipun kedua-dua belah negara menghadapi masalah dr semasa ke semasa, hubungan Malaysia dan Singapura tetap ~;

keintiman perihal (keadaan, perhubungan) intim, keakraban.

intimidasi perbuatan menakut-nakutkan (orang), gertak.

intip; mengintip 1. mengintai, memata-matai: ada orang yg ~ gerak-geri kita; 2. mencari-cari rahsia, keterangan, dll atau melihat pergerakan musuh (dgn cara menyamar dsb), menyuruh, merisik: ~ musuh; ~ rahsia;

intipan usaha mengintip: kau masih di dlm ~ polis; penangkapan Salam itu adalah hasil drpd ~ mata-mata gelap selama sebulan;

pengintipan hal atau perbuatan mengintip.

pengintip orang yg mengintip, penyuluh.

inti pati, inti sari bahagian yg terpenting (terutama) dlm sesuatu perkara.

intonasi (Lin) turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap);

berintonasi mempunyai intonasi: anggapan kami mungkin ternyata benarnya apabila dilihat drpd gaya mukadimah khutbahnya yg ~ tersendiri.

intra- awalan asing di sebelah dalam atau di dalam, mis intravena.

intransitif (Lin) tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (bkn kata kerja).

intraotot (Ubat) dalam atau ke dalam otot: suntikan ~.

intravena (intravéna) (Ubat) dalam atau ke dalam vena: suntikan ~.

intrinsik sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.

introdusir IB ark; mengintrodusir memperkenalkan (diri dll).

introspeksi (introspéksi) proses penilaian diri (fikiran, idea, perasaan) dgn mendalam (biasanya dlm tempoh yg agak lama), muhasabah: terdapat kecenderungan baru dlm kelompok penyair 60-an utk membuat ~ kpd hal-hal dlm diri;

mengintrospeksi membuat introspeksi.

introspektif (introspéktif) cenderung utk membuat introspeksi (membuat penilaian diri).

introversi (Psi) kecenderungan atau sikap seseorang yg suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pd dirinya sendiri, tidak suka bergaul dlm masyarakat atau dunia luar.

introvert (Psi) orang yg bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pd dirinya sendiri, tidak suka bergaul dlm masyarakat atau dunia luar.

intu; mengintu Pr menghidupkan api (utk memasak).

intuisi daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati.

intuitif menurut (berasaskan) intuisi; kesedaran ~ kesedaran yg disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir).

inulangan bendera, panji, tunggul.

invalide IB orang yg cacat (anggotanya).

invar (tanda dagang) aloi yg terdiri drpd 63.8% besi, 36% nikel, 0.2% karbon yg sangat kecil darjah pengembangannya.

invasi IB pelanggaran (penyerangan, penyerbuan) ke atas negara lain.

inventif (invéntif) berupaya (cenderung, suka dsb) mereka cipta sesuatu (benda dsb) yg baru, berdaya cipta: sememangnya dia seorang ibu yg ideal serta berfikiran kreatif dan ~; kurikulum itu, antara lain, bertujuan utk melahirkan generasi muda yg berfikiran kreatif, inovatif dan ~.

inventori (invéntori) senarai terperinci barang-barang yg terdapat di tempat tertentu (pejabat, kedai, dll).

inversi (Lin) pembalikan susunan kata-kata dlm ayat (mis ia makan nasi menjadi makan nasi ia).

invertase (Bio) enzim yg terdapat dlm yis atau usus kecil, dan berfungsi utk memangkinkan hidrolisis disakarida kpd monosakarida.

invertebrat (invertébrat) (Bio) binatang yg tidak bertulang belakang, mis cacing, udang dan siput.

Invertebrata (invertébrata) (Bio) kumpulan haiwan yg tidak bertulang belakang.

investasi (invéstasi) IB penanaman modal;

menginvestasi menanam modal.

in vitro (Latin) di luar badan organisma, biasanya di dlm tabung uji: persenyawaan ~ kini merupakan penyelamat kpd pasangan yg mandul.

in vivo (Latin) berlaku di dlm tubuh organisma hidup (bkn proses atau uji kaji biologi): kajian ~; proses ~.

invois dokumen yg menyenaraikan barang-barang atau perkhidmatan yg dibekalkan kpd pelanggan dan menyatakan jumlah wang yg perlu dibayar oleh pelanggan;

menginvois mengeluarkan atau mengirimkan invois (kpd pembeli atau pelanggan): kerja ~ dapat dibuat dgn cepat jika adanya ketepatan dlm rekod stok.

invokasi permohonan (kpd Tuhan) utk mendapatkan pertolongan atau perlindungan: oleh itu kita melihat bentuk pujian atau ~ dlm upacara menepung tawar dan mendoakan sebuah kapal perang, kapal terbang, atau sebuah enjin kereta api baru.

inya Jw arkinang.

inyik Mn nenek, datuk, kakek.

iodida (Kim) sebatian yg mengandungi iodin.

iodin (Kim) unsur kimia bukan logam yg menyerupai klorin dan bromin (digunakan utk ubat dan dlm membuat foto).

ion (Kim) atom atau kumpulan atom yg bercas elektrik;

~ hidrogen ion positif yg terhasil apabila atom hidrogen hilang elektronnya, proton; ~ karbonium ion organik yg mengandungi karbon bercas positif;

mengion bertukar menjadi ion: molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat;

mengionkan menukarkan atau menyebabkan sesuatu menjadi ion: sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak laluannya;

pengionan proses mengion atau mengionkan: unsur logam mempunyai nilai keupayaan ~ yg rendah.

ionosfera (ionosféra) (Ast) lapisan atmosfera bumi yg paling atas, tempat berlakunya pengionan dan pemantulan gelombang radio ke sekeliling bumi.

iota huruf kesembilan dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol (, (.

ipar saudara suami (isteri); abang ~ abang suami atau isteri; adik ~ adik suami atau isteri; ~-duai, = ~-lamai saudara pupu kpd suami atau isteri;

beripar mempunyai hubungan sbg ipar: dia ~ dgn saya;

beriparkan mempunyai seseorang sbg ipar: Hasmah ~ seorang peguam.

ipil sj tumbuhan (pokok besar), Intsia spp.

iprit; mengiprit Id, bp berlari kencang-kencang.

IPTA kep Institusi Pengajian Tinggi Awam, mis Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

IPTAR akronim bagi Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

IPTS kep Institusi Pengajian Tinggi Swasta, mis Universiti Petronas, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Multimedia.

ipuh 1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2. = getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas;

~ akar = akar ~ = ~ akar besar sj tumbuhan (pokok), Strychnos ovalifolia; ~ akar putih sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serawan, Roucheria griffithiana;

beripuh beracun.

ipuk Jw; mengipuk menyemaikan (benih dll);

ipukan semai(an);

pengipukan penyemaian, semaian benih.

ipung sj ular kecil yg hijau warnanya.

IQ kep intelligence quotient (darjah kecerdasan otak).

iqamat Ar seruan terakhir utk mendirikan sembahyang (selepas azan);

beriqamat membaca iqamat: selepas azan bilal ~;

mengiqamatkan membacakan seseorang (bayi perempuan) iqamat: bayi perempuan itu sudah diiqamatkan oleh bapanya.

iqlab Ar (dlm hukum tajwid) penukaran bunyi huruf nun mati atau tanwin kpd bunyi mim mati apabila bertemu dgn huruf ba.

Ir I simbol kimia bagi iridium.

Ir II Id kep insinyur.

ira 1. pangsa durian (limau dll), pangsa; 2. = ~ kayu urat pd kayu; 3. = ~ daging urat besar pd daging; 4. = ~ benang, = ~ kain urat benang yg memanjang pd kain;

~ beralun ira kayu yg susunannya beralun dgn agak sekata; ~ kasar ira kayu yg gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dgn perbezaan yg ketara antara kayu awal dgn kayu akhir); ~ lintang ira kayu yg susunannya tidak selari dgn paksi utama kayu; ~ lurus ira kayu yg susunannya selari dgn permukaan memanjang kepingan kayu; ~ pilin ira kayu yg susunannya berpintal melingkungi paksi batang atau dahan pokok; ~ rapat ira kayu yg gelang pertumbuhannya nipis dan tidak berapa ketara.

IRA kep Irish Republican Army (Tentera Republikan Ireland).

iradat Ar kehendak, kemahuan (Tuhan): Tuhan yg amat berkuasa melakukan kudrat dan ~-Nya.

iram ark berubah air muka, menjadi pucat.

irama 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan.

berirama dgn (memakai) irama, berentak: gerak badan ~ gerak badan mengikut irama;

mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti.

iram-iram; payung ~ sl sj payung kerajaan, payung ubur-ubur.

Iranum suku kaum peribumi di Sabah yg tinggal di pesisiran pantai daerah Kota Belud yg aktiviti utamanya berkaitan dgn laut, juga dikenali dgn nama Iranon, Irranun, Illanun, Ilanun, Iranon-Meranao atau Meranao, dan dipercayai berasal dr Pulau Mindanao, Filipina.

irap I seakan-akan, hampir-hampir sama (pd rupa, warna, dll).

irap II kirap, kibas.

iras I = seiras asal drpd satu bahan dan tidak bersambung: jenis keris Majapahit yg mempunyai hulu dan mata seiras; keris ganja ~ keris sepukal (keris yg hulu dan matanya dibuat drpd besi yg satu);

mengiras merupakan satu (bukan bersambung drpd dua atau tiga bahan).

iras II Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd;

mengiras-iras menyerupai, mirip;

mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll);

keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme.

iras III; irasan seni batik kain yg dijadikan dasar tekatan atau sulaman (kain baldu utk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera utk sulaman).

iri; mengiri iri hati kpd, mencemburui, mendengki;

pengiri (orang yg) mudah iri hati, pendengki.

iridium (Kim) sj unsur logam.

iridologi kaedah mendiagnosis penyakit melalui pemeriksaan iris mata.

iri hati 1. berasa (perasaan) tidak senang dgn kelebihan orang lain dll, cemburu, dengki: ada pula yg ~ melihat kemajuan yg telah dicapainya; 2. berkeinginan utk mencapai, menikmati atau memiliki sesuatu (kejayaan, kebaikan dsb) spt yg dicapai, dinikmati atau dimiliki orang lain: kami juga ~ melihat kejayaan anak-anak Pak Ngah dan ingin mencontohi mereka; Razak Abdullah menyifatkan kejayaannya dlm Sijil Pelajaran Malaysia adalah berkat rasa ~nya terhadap sikap pelajar Cina yg kuat belajar;

beriri hati menaruh rasa iri hati, berdengki (hati);

keirihatian perihal (perasaan) iri hati.

irigasi pengairan: kita mesti memimpin orang desa bagaimana membangunkan ~ yg lebih baik.

irigator sj alat penyembur utk membersihkan luka dll.

irik; mengirik 1. menginja, memijak: diiriknya batang itu dr kanan berguling ke kiri; 2. memijak-mijak padi utk meleraikan buah drpd tangkainya, memukul-mukul kacang (utk mengupas atau memisahkan kacang drpd tangkainya): selepas ~, padi itu dijemurnya;

pengirik orang yg mengirik, alat utk mengirik; kayu ~ kayu penebah.

iring I ikut, turut; darah ~ Id darah yg keluar kemudian; ~ gemiring Mn berlinang-linang (air mata);

seiring 1. bersama-sama berjalan (bergerak, terbang, dll): kapal terbang jet yg terbang meluru dua ~; 2. = seiringan bersama-sama, sekali, serentak: ~ dgn pemberontakan itu, ahli-ahli parlimen menuntut diadakan perubahan besar perundangan; pemikiran estetik dlm kritikan sastera Melayu boleh dikatakan bermula dlm tahun 50-an juga, iaitu ~ dgn konsep "seni utk seni”;

~ bertukar jalan, seia bertukar sebut prb perihal beberapa orang yg berbeza dlm cakap (bicara) tetapi sama dlm maksud; menohok kawan ~ prb perihal orang yg mencelakakan kawan sendiri;

beriring, beriringan berjalan dll bersama-sama, berturut-turut: mereka berjalan ~;

beriring-iring, beriring-iringan berjalan dll berturut-turut, berjalan berjajar-jajar: itik ~ menuju ke air; mereka berjalan beriring-iringan;

mengiring, mengiringi 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, menyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka;

mengiringkan 1. mengiringi: dua laksa orang berkuda ~ dia; segala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; 2. menyertakan, memasukkan (bersama-sama): beberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk prb perihal sesuatu yg serba menyusahkan;

iringan 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = iring-iringan arak-arakan, perarakan;

pengiringan perihal mengiringi;

pengiring orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula.

iring II lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar;

mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap;

mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan;

iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya.

iris (Bio) mata hitam.

irit I Jw tidak boros, hemat, jimat;

mengirit menghematkan, menjimatkan;

pengiritan penghematan, penjimatan;

pengirit orang yg tidak boros, penghemat, penjimat.

irit II; iritan heretan; ( heret.

iritasi (Ubat) keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan.

iritis (Ubat) radang pd iris.

ironi keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya: ~nya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dgn sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

ironis menunjukkan atau bersifat ironi: Abdullah Hussain cuba menghidupkan situasi yg ~ dan menarik tentang sikap manusia yg berubah itu.

irung sj mangkuk (cawan) kecil utk minum arak, sj guci.

irus Jw cedok, pencedok, senduk.

is sr kata utk menyatakan kekesalan (kebencian, kejijikan), his, isy.

ISA kep Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

isbat Ar ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu);

mengisbatkan mengesahkan, menetapkan, menentukan, mengukuhkan (kebenaran sesuatu);

pengisbatan penetapan, penentuan, pengesahan: ~ yg jelas oleh Aquinas ini bukanlah bermakna manusia itu tidak ada kuasa.

ISBN kep International Standard Book Number.

iseng Jk 1. berasa hampa (tidak melakukan sesuatu); 2. melakukan sesuatu untuk mengisi-isi masa (supaya tidak hampa): aku jalan-jalan ~ di sepanjang jalan Majapahit ini; 3. tidak mahu tinggal hampa (suka mengganggu dll);

iseng-iseng berlengah-lengah (berbuat sesuatu), melakukan sesuatu utk menghabiskan masa dll: berkawan dgn dia hanya ~ sahaja, kalau aku berasa sepi.

isi 1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya;

~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah;

~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib;

seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah;

berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal;

tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi;

mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu;

mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong;

terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~;

isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang;

perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas;

~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer;

pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan;

pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut.

isih; berisih beratur;

mengisih 1. mengatur, menyusun: pak cik pun mulalah ~ orang-orang yg duduk tidak teratur itu; 2. mengasing-asingkan (menurut jenis, ciri-ciri tertentu, dll): ~ surat; ~ kad-kad perbahanan perkamusan;

pengisihan 1. perbuatan mengisih (mengatur, menyusun), pengaturan, penyusunan; 2. perbuatan mengatur (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing-asingan;

pengisih 1. orang yg mengisih (mengatur, menyusun), pengatur, penyusun; 2. orang yg kerjanya mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing; 3. alat utk mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing.

isikel (Geog) ais berbentuk tirus yg tergantung pd bumbung, pokok dsb, yg terhasil drpd titisan air yg membeku.

isim Ar 1. nama: ia duduk sambil membaca ~ Allah; 2. = isim-isim mantera yg mengandungi nama Tuhan; gila ~ gila yg berakibat drpd tersalah amal ilmu batin.

isi padu sukatan atau ukuran ruang yg dipenuhi oleh sesuatu jisim spt pepejal, cecair atau gas dlm sesuatu bekas.

isirung bahagian isi pd tempurung sesuatu buah spt kelapa dsb.

ISIS akronim bagi Institute of Strategic and International Studies (Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa).

isit Jk gusi.

islah Ar 1. usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan baik atau dgn jalan damai.

Islam agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam.

~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama;

mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam;

keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~;

pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai.

islamiah Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam: kegiatan dakwah ~.

islamik bp berdasarkan atau mengikut hukum Islam: tuduhan itu sendiri tidak ~ dan bersifat fitnah; kita perlu menonjolkan hiburan yg bercorak ketimuran dan ~ yg sesuai dgn budaya kita.

islamisasi usaha (proses dsb) menjadikan patuh kpd, sejajar dgn, atau sesuai dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam, perihal mengislamkan, pengislaman: tujuannya ialah utk membendung penerapan budaya barat bagi memastikan proses ~ berjalan lancar; ~ undang-undang di Malaysia.

-isme akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan, mis radikalisme dan komunisme.

Isnin Ar hari kedua dlm seminggu, selepas hari Ahad.

isobar (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama tekanan atmosferanya pd waktu tertentu.

isobaren Id isobar.

isogami (Bio) pembiakan seks yg melibatkan penyatuan dua gamet yg serupa dr segi struktur tetapi berlainan dr segi fungsinya.

isoglos (Geo) garisan yg dilukis pd peta utk melingkungi kawasan yg mempunyai ciri linguistik yg sama.

isohalin (Geog) garisan pd peta yg menyambungkan tempat-tempat yg tahap kemasinannya sama.

isohiet (isohiét) (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg mengalami curahan hujan yg sama banyak.

isolasi IB pengasingan, pemencilan, pemisahan.

isolir IB; mengisolir mengasingkan (memencilkan, memisahkan) drpd yg lain.

isomer (Kim) satu drpd dua atau lebih molekul yg mempunyai bilangan dan jenis atom yg sama, tetapi berbeza strukturnya;

keisomeran kewujudan dua atau lebih sebatian yg mempunyai formula molekul yg sama tetapi berbeza dari segi sifat kimia dan fizik masing-masing;

~ cis-trans keisomeran pd sebatian yg ada ikatan ganda dua atau gelang tegar; ~ struktur keisomeran pd sebatian yg mempunyai formula struktur yg berbeza.

isomerisme ( keisomeran.

isometrik (isométrik) (cara melukis) yg mempunyai ukuran-ukuran yg sama.

isomorfisme (Lin) kesamaan struktur tatabahasa, fonologi, semantik dsb antara dua bahasa atau lebih.

isoprena unit molekul bagi getah asli.

isoritma (Muz) ulangan ritma yg sama walaupun notnya berlainan.

isostasi (Geog) perubahan aras laut yg berpunca drpd pergerakan bumi.

isoterma (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama suhunya, garisan sesuhu.

isotermen (isotérmen) IB Id isoterma.

isotop (Kim) satu drpd dua atau lebih atom sesuatu unsur, yg sama nombor atomnya tetapi berlainan nombor jisimnya; ~ karbon unsur karbon yg mempunyai nombor atom yg sama tetapi berbeza jisimnya (mis C-12, C-13, C-14, dsb).

isotropi (Fiz) keadaan sesuatu bahan yg mempunyai sifat yg sama dlm mana-mana arah yg disukat.

Israfil malaikat yg meniup serunai sangkakala.

Israk Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari (dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa); ~ Mikraj Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah).

istabrak Ar ark sj kain sutera; istibrak.

ISTAC (isték) akronim bagi Islamic Thinking and Civilization Institute (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam).

istal Id ark kandang kuda.

istana rumah kediaman raja atau ketua negara; bumi ~ ki tanah air (tempat tumpah darah);

beristana tinggal di istana, mempunyai istana.

istana kota istana yg dilingkungi oleh kota.

istanggi ( setanggi.

isteri 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~;

~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini;

beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~; 2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~;

beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri;

memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda;

memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperistikanlah dgn tidak usul lagi.

istiadat 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna;

beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~;

mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara).

istibra Ar tempoh pantang bersetubuh bagi wanita tawanan perang yg bukan Islam.

istibrak ark sj kain sutera.

istifham Ar pengujian kefahaman.

istighfar Ar 1. permohonan kpd Allah utk diampuni, permohonan ampun (kpd Allah); membaca (mengucap) ~ mengucapkan astaghfirullah (meminta ampun kpd Allah); 2. = beristighfar;

beristighfar memohon ampun kpd Allah, mengucapkan kata astaghfirullah: aku ~ panjang.

istihsan Ar penyimpangan drpd suatu dalil kias yg nyata kpd dalil yg tidak nyata.

istikharah Ar; sembahyang ~ sembahyang utk memohon pedoman drpd Allah bagi memilih jalan yg lebih baik antara dua pilihan;

beristikharah melakukan sembahyang istikharah.

istikmal Ar penggunaan, pemakaian;

mengistikmalkan mempergunakan, memakai.

istikrar Ar pengakuan, pengukuhan, penetapan.

istilah Ar perkataan atau rangkai kata yg menyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains;

beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia;

mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara;

peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~ ;

pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam.

istima Ar ark pertimbangan (pendapat dll) yg baik.

istimewa (istiméwa) 1. khas (utk sesuatu tujuan tertentu), khusus: kami melihat pertunjukan itu dr satu pentas ~; gabungan sel yg ~ utk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf; 2. lain drpd yg lain, luar biasa: rombongan muhibah itu telah diberi layanan yg paling ~; soal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yg ~ dlm perdebatan Dewan Rakyat; 3. = ~ lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak;

mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan ~: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport; tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang negeri ini;

teristimewa 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg ~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama: tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk;

keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dgn kawan-kawannya.

istinbat Ar amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu;

mengistinbatkan menyabitkan hukum berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu: kesimpulan ini dapat difahami dan diistinbatkan drpd al-Quran dan hadis.

istinggar sl sj senapang kuno: bunyi ~nya spt kacang direndang.

istinjak Ar perbuatan membersihkan kemaluan (kerana membuang air besar atau air kecil) dgn menggunakan air, batu, atau tanah keras;

beristinjak membersihkan atau menyucikan dubur dan kemaluan sebelum wuduk atau sesudah buang air.

istiqamah Ar ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama);

beristiqamah melakukan istiqamah: Jamilah sahajalah yg menjadi juruingat kepadanya selama ini utk terus ~ menegakkan sembahyang di surau.

istirahat Ar keadaan atau suasana santai: kita memerlukan ~ yg cukup;

beristirahat berhenti drpd melakukan sesuatu utk menghilangkan penat lelah, berehat: waktu ~ telah datang; dia akan ~ selama enam bulan;

mengistirahatkan memberi (membiarkan) beristirahat; ~ diri melepaskan lelah;

peristirahatan rumah (tempat dll) beristirahat, rumah rehat: akhirnya aku tiba di danau Balaton, tempat ~ yg indah; rehat.

istislam Ar 1. menyerah diri; 2. masuk Islam.

istisna Ar pengecualian;

mengistisnakan mengecualikan.

isu perkara pokok, persoalan: krisis Timur Tengah merupakan ~ penting yg dibincangkan dlm persidangan itu.

isy bp sr kata utk menyatakan kekesalan (kebencian, kehairanan, kejijikan), is: ~, aku tak belilah benda yg boleh kita tanam.

isyak Ar 1. = waktu ~ waktu setelah hilang cahaya merah di ufuk barat hingga terbit fajar; 2. = fardu ~ = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu isyak.

isyarat Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan tangannya memberi ~ masuk ; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll): tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu;

berisyarat mempunyai isyarat;

berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan;

mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg syarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi;

terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~.

isytihar Ar pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran;

mengisytiharkan mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, memasyhurkan: ia ~ pertunangannya; di Kuala Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan;

perisytiharan pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan;

pengisytiharan perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman;

terisytihar telah diisytiharkan.

IT kep Information Technology (Teknologi Maklumat).

itah sj tumbuhan (pokok memanjat); ~ besi akar ali, akar tanding, tongkat ali, Smilax myosotiflora; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok renek), dedawai, rancang besi, tongkat ali, Smilax calophylla.

italik bentuk huruf condong (dlm cetakan);

mengitalikkan mencetak (menulis dsb) dlm italik: contoh penggunaan ayat hendaklah diitalikkan.

itam 1. hitam; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg ketujuh (NS yg kelapan).

item 1. barang atau benda dlm sesuatu senarai atau kumpulan: barangan yg saling melengkapi satu sama lain dan dijual dlm satu set dianggap sbg satu ~; 2. perkara: saya boleh menjelaskan bahawa hanya satu ~ belum diselesaikan.

iterbium (Kim) sj unsur logam.

ithar Ar mengorbankan kepentingan diri sendiri utk orang lain.

itik sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas);

~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil.

itil Jk kelentit.

itinerari program sesuatu perjalanan atau lawatan (termasuk tempat-tempat yg dikunjungi).

itlak Ar hal merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh;

mengitlakkan merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh;

itlakan rumusan secara umum atau menyeluruh: sekurang-kurangnya penterjemah berupaya membuat ~ terhadap teks;

keitlakan perihal itlak;

pengitlakan perihal atau perbuatan mengitlakkan: dgn melihat kedua-dua contoh ini kita dapat membuat sedikit ~.

ITM kep Institut Teknologi Mara.

ITNM kep Institut Terjemahan Negara Malaysia.

itrium (Kim) sj unsur logam berwarna kelabu gelap yg digunakan utk membuat aloi, semikonduktor dsb.

ittifak Ar persamaan, persetujuan, permuafakatan, persesuaian.

itu kata penunjuk utk benda (hal, tempat, waktu) yg jauh, lwn ini: ~ siapa?; motokar yg hitam ~ kepunyaan saya; ~ dia a) nah benarlah itu; b) bp padanlah, rasalah; ~ juga macam itu juga (selalu sama saja); dlm pada ~ = dlm ~ pun bagaimanapun; ~ pun dlm hal yg demikian, demikian itu (kalau), meskipun (kendatipun, walaupun) begitu, yg itu;

itulah demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi; ~ anak yg nakal.

IUD kep intrauterine device (alat pencegah kehamilan yg diletakkan di dlm rahim).

iwak Kl sj permainan judi.

iyal Ar orang yg menjadi tanggungan (anak buah, keluarga, dll).

izhar Ar 1. hal menjadikan jelas (nyata, terang); 2. hukum tajwid, iaitu menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan;

mengizharkan 1. menjadikan nyata alam ini; 2. menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan.

izin Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah;

seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan;

mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu;

keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan;

pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan);

pengizin orang yg memberi izin.

Izrail malaikat yg mencabut nyawa seseorang.

izzah Ar kemuliaan atau kehormatan (diri): selaras dgn konsep ~ yg ditunjukkan Allah.

izzat Ar kehormatan, kemegahan, kemuliaan, dll.

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download