MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM



MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-2 SESI 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PELINDUNG

Tarikh : 27 Januari 2015

Hari : Selasa

Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Pelindung

Kehadiran : Rujuk Lampiran (Kehadiran Guru)

|BIL |PERKARA |TINDAKAN |

|1. |UCAPAN PENGETUA | |

| |Tuan Pengetua Dato’ Sri mengalu-alukan kedatangan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung mengucapkan |Tuan Pengetua Dato’ Sri |

| |terima kasih di atas kehadiran dalam Mesyuarat Guru kali ke 2 tahun 2015. | |

| |Minit mesyuarat guru kali pertama hanya diedar kepada Tuan Pengetua, GPK-1, GPK HEM, GPK Ko-Kurikulum serta | |

| |guru-guru Ketua Bidang Kemanusiaan, Guru Ketua Bidang Votek, Guru Ketua Bidang Bahasa, dan Guru Ketua Bidang | |

| |Sains dan Matematik. Minit mesyuarat guru akan dimasukkan dalam portal sekolah dan semua guru boleh akses minit| |

| |tersebut bermula Mac tahun ini. | |

| |Semasa mesyuarat guru berlangsung, semua guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit. | |

| |Pn. Nor Akemar Sihar binti Othman dilantik sebagai Setiausaha Mesyuarat Guru bagi tahun 2015. | |

|2. |KO-KURIKULUM | |

| |Tanggungjawab guru penasihat/guru pemimpin perlu mengadakan mesyuarat agung dan melantik AJK unit |En.Nazaruddin bin Mohd |

| |masing-masing. |Yusof |

| |Memastikan AJK menjalankan tugas serta mengatur dan merancang aktiviti tahunan bagi unit masing-masing. | |

| |Ketua unit perlu memastikan aktiviti dirancang berjalan dan merancang strategi kecemerlangan jika menyertai | |

| |pertandingan. | |

| |Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan. | |

| |Mengurus penyertaan ahli dalam kegiatan dan pertandingan. | |

| |Tanggungjawab guru pasukan sekolah antaranya memilih dan melatih pasukan sekolah. | |

| |Mengurus penyertaan ahli dalam pertandingan seperti surat kebenaran penjaga, pengangkutan, makan minum, | |

| |keselamatan dan kesihatan, | |

| |Mendaftar dalam data Press JPNP. | |

| |Melaporkan dan merekodkan keputusan pertandingan. | |

| |Menilai prestasi pasukan dan mengambil langkah peningkatan. | |

| |Laporan perlu disertakan gambar, salinan sijil dan pencapaian yang dicapai oleh pasukan. | |

| |Jadual pertandingan, semua guru boleh merujuk info tersebut yang telah ditampal dibilik guru. | |

| |Tanggungjawab lain; ketua guru penasihat dibantu oleh guru penasihat lain dalam unit tersebut. | |

| |Guru pemimpin unit beruniform membantu mengurus perhimpunan ko-kurikulum. | |

| |Jadual pengendalian perhimpunan mingguan ko-kurikulum ialah 1 bulan, 1 unit beruniform. | |

| |Larian merentas pantai bermula pada hari Rabu 28 Januari 2015, tentatif dan senarai tugas guru akan diedarkan. | |

| |Taklimat berkaitan merentas pantai akan diberikan pada pagi esok. Semua guru diminta untuk memakai pakaian yang| |

| |sesuai dan sopan. | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | |Tuan Pengetua Dato’ Sri |

| | | |

| | | |

|3 |HAL EHWAL MURID | |

| |Pemantauan Program dilakukan oleh penyelaras program serta guru bertugas tersebut. |En.Mohamed Nazim bin |

| |Kebersihan diri serta premis iaitu bilik-bilik khas dan bilik-bilik darjah perlu dititikberatkan. |Ismail |

| |Perabot-perabot yang rosak perlu dibaikpulih. Guru-guru perlu memantau keadaan di dalam kelas. | |

| |Pelajar-pelajar boleh menggunakan kerusi plastik sekiranya kerusi tidak mencukupi. | |

| |Perabot-perabot yang rosak akan diletakkan di dalam stor dan skuad perabot akan ditubuhkan untuk membaikpulih | |

| |perabot-perabot yang rosak. | |

| |Penyelaras kelas akan mengumpul perabot dalam kelas yang rosak. Borang disediakan untuk merekod bilangan dan | |

| |jenis perabot yang rosak. Perlaksanaan oleh guru kelas dan dibantu oleh ketua kelas masing-masing. | |

| |Bilik darjah perlu lengkap dengan maklumat pada papan kenyataan. Maklumat-maklumat merangkumi jadual kelas, | |

| |jadual bertugas serta maklumat berkaitan mata pelajaran. | |

| |Pertandingan keceriaan kelas berjalan seperti biasa. | |

| |Jadual kedatangan bagi setiap kelas, tarikh hantar bagi tingkatan 1 dan 4 adalah pada 6 Februari 2015. Manakala| |

| |bagi tingkatan 2, 3 dan 5 perlu dihantar pada 30 Januari 2015. | |

| |Guru-guru kelas perlu melengkapkan maklumat berkaitan analisis kaum dan kedatangan (bulanan). | |

| |Surat amaran pertama dikira pada hari ke 10 jika pelajar tidak hadir tidak berturut-turut. | |

| |Jawatankuasa alih harta kerajaan, pegawai perlu bekerjasama dengan jawatankuasa pelupusan. Borang yang | |

| |disediakan perlu diisi dan dilengkapkan. | |

| |Bilik-bilik fungsi digunapakai bagi menggantikan istilah bilik-bilik khas. | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | |Tuan Pengetua Dato’ Sri |

| | | |

|4 |KURIKULUM | |

| |Guru kelas melantik jawatankuasa pelajar bagi kelas masing-masing. |Pn.Zuraida binti |

| |Papan kenyataan perlu dilengkapkan mengikut mata pelajaran dan digalakkan mewujudkan ‘galeri wall’ bagi kelas |Muhammad |

| |masing-masing. | |

| |Guru-guru perlu mematuhi etika dalam pemakaian guru berdasarkan etika yang telah dinyatakan dalam buku rekod | |

| |mengajar guru. | |

| |Program-program di bawah bidang Kurikulum perlu disediakan kertas kerja dan dihantar kepada Pn. Zuraida untuk | |

| |perbincangan, seterusnya dipanjangkan kepada Tuan Pengetua Dato’ Sri untuk mencapai keputusan yang wajar bagi | |

| |perlaksanaannya. | |

| |Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat atau lain-lain urusan di luar sekolah perlu menyediakan bahan MMI dan | |

| |diletakkan dalam kabinet di luar bilik guru. | |

| |Dialog Prestasi akan dibentang analisisnya di PPD oleh Tuan Pengetua Dato’ Sri dan guru-guru diminta untuk | |

| |memberikan kerjasama bagi menyediakan analisis mata pelajaran masing-masing. | |

| |Dialog Prestasi yang disedia guru perlu mengikut format supaya seragam. | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | | |

| | |Tuan Pengetua Dato’ Sri |

| | | |

| |PERKARA BERBANGKIT | |

| | | |

| |Takwim bagi program-program yang dirancang oleh semua guru, GPK Pentadbiran, GPK Ko-Ku, GPK HEM serta ketua |Tuan Pengetua Dato’ Sri |

| |bidang diharapkan telah siap dan lengkap kerana perkara ini telah dinyatakan semasa mesyuarat guru kali | |

| |pertama yang berlangsung pada 22 Disember 2014 yang lepas. | |

| |Bilik-bilik fungsi perlu sentiasa kemas dan bersih serta perlu kepada pemantauan oleh pihak GPK HEM. | |

| |LADAP VLE telah dilaksanakan dan diharap guru-guru telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan. | |

| |Portal sekolah masih dalam proses perlaksanaan dan dateline diberi kepada kumpulan pentadbir untuk mula | |

| |laksanakan Portal SPELL. | |

| |Minit mesyuarat, surat panggilan mesyuarat akan dimasukkan dalam portal tersebut dan diharap semua guru dapat | |

| |mengakses maklumat di laman tersebut. | |

| |Guru-guru perlu sentiasa berada di dalam kelas semasa proses pengajaran pembelajaran berlangsung. | |

| |Isu pembayaran majalah sekolah yang belum selesai, diharapkan semua guru terutama guru kelas perlu menyerahkan | |

| |kutipan wang bagi pembayaran samada yuran atau majalah kepada pihak pejabat pada hari yang sama bagi mengelak | |

| |timbul masalah. | |

| |Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan yang berlaku kepada pelajar kerana telah | |

| |dinyatakan peraturan yang perlu diikuti pelajar terhadap larangan membawa barangan berharga. Pihak sekolah | |

| |tidak perlu melakukan ‘spotcheck’ yang dianggap boleh membuang masa. | |

| |Perlaksanaan Karnival SPELL melibatkan gabungan bidang GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Ko-Kurikulum serta | |

| |ketua-ketua bidang. Karnival ini diharap dilaksanakan 1 tahun sekali sahaja. | |

| |HAL-HAL LAIN | |

| |MMI ada kaitan dengan cuti yang dipohon guru. Guru perlu menyediakan bahan MMI bagi memastikan kelangsungan |Tuan Pengetua Dato’ Sri |

| |pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. | |

| |Cuti CRK adalah 7 hari bagi tempoh setahun dan guru-guru boleh memohon 1 hari dalam tempoh 2 bulan; serta perlu| |

| |memohon 1 minggu sebelum cuti tersebut diambil. | |

| |CTR atau cuti tanpa rekod boleh diambil sekiranya guru akan meninggalkan tempat bertugas semasa dan akan | |

| |bertugas ke tempat baru yang diarahkan. | |

| |CTG atau cuti tanpa gaji boleh diambil sekiranya keperluan terdesak dan semua permohonan cuti perlu disertakan | |

| |surat. | |

| |Tempoh yang boleh diambil ialah 2 minggu dan sekiranya lebih, surat akan dipanjangkan ke pihak kementerian. | |

| |Semua guru yang memohon cuti perlu sertakan bahan MMI untuk kelulusan. | |

| |LADAP atau kursus peringkat sekolah akan bermula bulan Februari, manakala Portal SPELL akan bermula pada Mac | |

| |2015. | |

| |Program guru penyayang belum dilaksanakan sepenuhnya. | |

| |Semua guru mata pelajaran boleh menyuarakan keperluan kepada Ketua Panitia, seterusnya dipanjangkan ke Ketua | |

| |Bidang dan seterusnya kepada pihak tertentu mengikut keperluan (samada GPK HEM atau GPK Ko-Ku) dengan | |

| |menggunakan nota minta. | |

| |Guru perlu mengikut prosedur dalam aspek kutipan wang. Kutipan wang hanya boleh dilakukan selepas mesyuarat | |

| |PIBG diputuskan | |

| |PENANGGUHAN | |

| |Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan diharap guru-guru SMKPd dapat menjalankan | |

| |tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik dan penuh bertanggungjawab. | |

| | | |

| |Mesyuarat ditangguhkan jam 5.15 petang | |

Tarikh : 3 Februari 2015

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

……………………………….. ……………………………………

Nor Akemar Sihar bt Othman Datin Sri Diraja Dato’Sri Hajah

(Setiausaha Mesyuarat Guru) Junaini Binti Kassim

(Pengetua, SMK Pelindung)

‘LAMPIRAN’

TIDAK HADIR BERSEBAB

|Bil |Nama |

|1. |Pn. Nor Salinahany Binti Hanafiah |

|2. |Siti Fatimatuzzahra binti Sikh Said |

|3. |Eddy Mohd Sahlan bin Osman |

|4. |Wan Asma Izam bin Wan Mohamad |

|5. |Nuryati binti Mohd Nor |

|6 |Muhammad Bin Ghani |

|7 |Siti Nur binti Othman |

|8 |Asma Hanim binti Mokhtar |

|9 |Rahidah binti Mat |

|10 |Mohd Zawawi bin Yunus |

|11 |Kamariah binti Abdullah |

|12 |Mohd Redza bin mohamad |

KEHADIRAN:

|Bil |Nama |

|1. |Datin Sri Dato’ Sri Hajah Junaini Bt Kassim |

|2. |Zuraida binti Muhammad |

|3. |Mohamed Nazim bin Ismail |

|4 |Nazaruddin bin Mohd Yusof |

|5 |Hasmah binti Rahamad |

|6 |Suzana Laksana binti Ahmad |

|7 |Juwariah binti Muda |

|8 |Suriyani binti Ali |

|9 |Nurul Azwin binti Mazlan |

|10 |Norbaisatul binti Omar |

|11 |Jamiyah binti Isa |

|12 |Norul Huda binti Muhammad |

|13 |Rosmina binti Che Mat |

|14 |Nor Akemar Sihar binti Othman |

|15 |Asfarida binti Ja’afar |

|16 |Pn. Nur Fadly Aida bt Ahmad Padzil |

|17 |Azila binti Azimat |

|18 |Pn. Azliza Binti Wan Ahmad |

|19 |Hanifah binti Abas |

|20 |Joraizam binti Mohamad Jamin |

|21 |Mariam binti Abdul Rahman |

|22 |Mazlina binti Musa |

|23 |Norhamzani binti Yusof |

|24 |Rozwati binti Ab. Majid |

|25 |Nazaruddin bin Mohd Yunus |

|26 |NG Sok Leng |

|27 |Nor Marzlina binti Mohd Tajudin |

|28 |Nor Halawaty binti Mustafa |

|29 |Noraliana binti Awang Teh |

|30 |Noriza binti Muhamed |

|31 |Norsiha binti Wan Abdullah |

|32 |Shalimah binti Hassan |

|33 |Kanmani A/P Raman |

|34 |Hasimah binti Hassan |

|35 |Rosnah binti Hussin |

|36 |Wan Noor Azlina binti Ibrahim |

|37 |Jamaliah binti Ismail |

|38 |Siti Fairuz binti Ibrahim |

|39 |Suziliana binti Jamaludin |

|40 |Rafidah binti Adnan |

|41 |Laili binti Omar |

|42 |Mardhiah binti Mujahid |

-----------------------

[pic]

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download