Smkbandarayakk.files.wordpress.com



MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI 2013Tarikh: 24 Mei 2013 (Jumaat)Masa : 8.00 PagiTempat : 1 Borneo, Grand Ballroom, Kota Kinabalu Pengerusi: Dr. Shirley Tay Siew HongKehadiran(Bilangan) : 121 orangTidak hadir: 40 orang1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI1.1Pengetua mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang sanggup datang menghadiri perjumpaan guru walaupun cuti Hari Wesak. 1.2Pengetua berterima kasih kepada semua guru atas kerjasama dan sokongan yang baik selama ketiadaan beliau di sekolah kerana urusan keluarga iaitu ibu beliau telah meninggal dunia.1.3Ucapan tahniah kepada Cikgu Elsie Sharon dan kumpulan pelajar di bawah bimbingannya yang telah berjaya menjuarai Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2013 peringkat negeri Sabah, bagi Kategori Rekacipta Muda Harta Intelek melalui produk Eco-Salt. Sekolah akan mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan di Melaka. Pihak AHIN telah menghantar surat jemputan kepada Pengetua, guru pembimbing dan pelajar-pelajar terlibat. 1.4Sekalung tahniah juga kepada guru-guru yang menerima anugerah sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah. Guru-guru tersebut ialah Cikgu Hanita, Cikgu Lezah dan Cikgu Suzanah Ahmad (Johan Pertandingan Guru Inovatif Kategori Kumpulan), Cikgu Elsie, Cikgu Patriecia dan Cikgu Hafizee (tempat ketiga Pertandingan Guru Inovatif Kategori Kumpulan) dan Cikgu Hanita (tempat ketiga, Pertandingan Guru Inovatif Kategori Individu)Makluman: Semua guru2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU2.1 Dibentangkan oleh: Dr. Shirley Tay Siew HongDicadang untuk disahkan oleh : En. Atan Bin Abd Ghani Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Maliani Binti Lahami3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 BRMG3.1.1Akitiviti semasa pdp harus berbeza bagi kelas yang berlainan mengikut tahap kebolehan pelajar. Guru perlu elak copy paste aktiviti yang sama.3.1.2Penulisan refleksi merupakan dokumentasi penting bagi aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.3.1.3Refleksi semasa peperiksaan juga perlu dibuat.3.1.4Ucapan tahniah kepada guru-guru yang telah menunjukkan perubahan positif dalam penulisan RPH terutama berkaitan aktiviti pdp setelah ditegur oleh pihak pentadbir. RPH guru cemerlang juga ada diedarkan kepada guru-guru sebagai contoh. Tindakan : Semua guru3.2Kunci Bilik Khas3.2.1Guru-guru yang memegang kunci bilik khas hendaklah menggantungkan kunci tersebut di pejabat am sebelum cuti pertengahan tahun. Tindakan : Guru-guru Bilik Khas3.3Kelab Staf dan AKS3.3.1Cikgu Salleh meminta guru-guru yang belum membayar yuran Kelab Staf agar menjelaskannya untuk melancarkan lagi aktiviti Kelab Staf yang dirancang. Makluman: Semua guru4. PERBINCANGAN4.1Pentadbiran4.1.1Semak Fail Peribadi, Gaji dan e-pangkat4.1.1.1Guru-guru diminta mengambil kesempatan pada masa cuti ini untuk mengemaskini maklumat diri dalam fail peribadi masing-masing.4.1.1.2Guru-guru juga diminta mengemaskini dan menyemak gaji sendiri bagi mengesan jika terdapat kesilapan termasuk terlebih bayar gaji.4.1.1.3Pn. Bernadette sedang cuti bersalin dan Cik Siti Saleha akan mengambilalih tugas Pn. Bernadette buat sementara waktu.4.1.1.4Guru-guru perlu semak maklumat diri dalam e-pangkat yang terdapat di dalam laman web KPM dengan menggunakan password empat nombor terakhir kad pengenalan masing-masing. Tindakan : Semua guru4.1.2Kekurangan AKS4.1.2.1Pihak JPN Sabah ada memaklumkan akan berusaha menghantar seorang kerani pada bulan Jun dan akan diberikan gaji harian. Tindakan: Pihak pentadbir4.1.3Pengisytiharan Harta4.1.3.1Guru yang masih belum mengisytihar harta perlu segera berbuat demikian sebelum Julai. Makluman: Semua guru4.1.4Kemaskini Nombor Telefon, E-mel dan Pigeon Hole4.1.4.1Nombor telefon dan alamat e-mel perlu dikemaskini di pejabat sekolah. Guru-guru diingatkan supaya menyambut panggilan dari pejabat sekolah atau menelefon semula jika mendapat panggilan dari pejabat sekolah kerana panggilan tersebut berkaitan hal penting yang diperlukan daripada guru terbabit dan mengelakkan sebarang keciciran maklumat.4.1.4.2Pigeon hole juga perlu dilihat setiap hari bagi memastikan maklumat penting diterima oleh guru. Tindakan: Semua guru4.1.4Program Sekolah Sayang Kamu4.1.4.1Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru bertugas mingguan yang mengalu-alukan kehadiran pelajar di pintu pagar sekolah setiap hari. 4.1.4.2Aktiviti ini perlu didokumentasikan iaitu guru perlu mengambil gambar kerana aktiviti ini adalah sebahagian daripada Program Sekolah Sayang Kamu.4.1.4.3Masih terdapat guru yang tidak menjalankan tugas terutamanya bertugas menyambut pelajar di pagar dan diharapkan agar semua guru dapat meningkatkan kerjasama. Makluman: Semua guru4.1.5Kelas Relief4.1.5.1Guru perlu menerima kelas ganti (relief) dengan hati yang terbuka.4.1.5.2Pdp mesti berlangsung pada waktu relief selaras dengan dasar MMI. Tindakan:Semua guru4.2Kurikulum4.2.1Perancangan Strategik4.2.1.1Ranking dan markah SKPM sekolah pada tahun 2012 ialah 1954 (53.9%) berbanding tahun 2011 pada ranking 1972 (52.36%). Kedudukan sekolah masih berada dalam band 5.4.2.1.2Skor komposit diambil kira daripada pencapaian pelajar dalam peperiksaan dalaman di sekolah. Semua Ketua Panitia hendaklah berbincang dengan ahli panitia masing-masing tentang pelaksanaan program yang telah dirancang dalam Perancangan Strategik bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Tindakan : Semua KP4.2.2PBS4.2.2.1Cikgu Safiah telah memberi taklimat kepada guru-guru sesi petang berkaitan PBS pada 21 Mei 2013. Guru PBS perlu sentiasa mengemaskini fail berkaitan.Tindakan: Guru terlibat PBS4.2.3Sistem Set Bahasa Inggeris4.2.3.1Ucapan tahniah kepada guru-guru bahasa Inggeris sesi petang yang diketuai oleh Cikgu Stella Ho kerana pelaksanaan sistem set yang baik dan akan diteruskan.4.2.3.2Modul yang berlainan telah dibuat untuk kelas yang berlainan. Pemantau daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kagum dengan guru-guru bahasa Inggeris di SMKBKK kerana dapat menghasilkan modul yang berfokus. Makluman : Semua guru 4.2.4Unit Peperiksaan4.2.4.1Guru diminta menepati jadual penghantaran kertas soalan bagi mengelakkan kertas soalan lambat dicetak. Kertas soalan juga hendaklah dihantar ke Unit Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan. Unit Peperiksaan akan buat semakan jadual penghantaran. Tindakan : Semua guru4.2.4.2Markah peperiksaan Tingkatan 3, 4 dan 5 perlu diisikan dalam SAPS sebelum 1 Jun 2013. Pengisian markah di komputer Unit Peperiksaan sebelum 13 Jun 2013. Tindakan : Semua guru 4.2.4.3Kumpulan Guru 1 dan 4 akan bertugas mengawas PMR, SPM dan STPM. Nama-nama guru yang mengawas peperiksaan awam pada tahun ini telah dihantar ke PPD dan sudah ditampal di papan kenyataan di bilik siaraya. Makluman: Guru terlibat4.2.5Analisis Item4.2.5.1Hasil pemantauan daripada Sektor Pengurusan Akademik, Unit Peperiksaan sekolah perlu membuat penambahbaikan berkaitan analisis item yang perlu dibuat oleh semua guru setelah peperiksaan dijalankan. Analisis item penting untuk melihat tahap kefahaman dan pencapaian pelajar terhadap sesuatu topik dan membolehkan guru memperbaik pdp.4.2.5.2Tapak analisis item telah disediakan di Unit Peperiksaan untuk diisi oleh semua guru. Borang Analisis Item boleh didapati di Unit Peperiksaan untuk dilengkapkan oleh guru. Tindakan : Semua guru4.3Hal Ehwal Murid (HEM)4.3.1Buku Kehadiran Pelajar dan Buku Kawalan4.3.1.1Guru-guru diminta mengemaskini maklumat dalam Buku Kehadiran dan mesti selaras dengan data dalam APDM. 4.3.1.2Guru-guru perlu mendatangani Buku Kawalan setiap kali masuk ke dalam kelas. Ketua-ketua kelas telah diingatkan supaya menulis maklumat dalam Buku Kawalan sekiranya guru terlupa menulisnya.4.3.1.3Tn. Haji Sholikhin memaklumkan hasil pemantauan beliau, masih terdapat ruang dalam Buku Kehadiran yang belum dilengkapkan oleh guru kelas terutamanya bahagian peratusan kehadiran pelajar di muka surat belakang Buku Kehadiran.4.3.1.4Guru kelas perlu segera mendapatkan buku kawalan yang baru dari bilik HEM jika buku kawalan kelas hilang.4.3.1.5E-hadir perlu diisi oleh guru kelas setiap hari sebelum 9 pagi untuk sesi pagi dan sebelum 3 petang untuk sesi petang. Tindakan : Guru Kelas4.3.2Masalah ketidakhadiran pelajar.4.3.2.1Guru kelas diingatkan supaya memaklumkan nama pelajar yang tidak hadir ke sekolah lebih daripada 60 hari kepada Unit Disiplin untuk tujuan pengeluaran surat pertuduhan buang sekolah. Tindakan : Guru Kelas4.3.3Bantuan Pelajar Miskin4.3.3.1Pihak Yayasan Tzu Chi akan mengeluarkan senarai pelajar kurang berkemampuan yang layak mendapat bantuan makanan dan tambang daripada pihak mereka berdasarkan senarai yang telah diberikan oleh guru kelas sebelum ini. Makluman: Semua guru4.4Kokurikulum 4.4.1Perjumpaan Kokum4.4.1.1Perjumpaan bagi semua Unit Kokum masih berlangsung selepas cuti pertengahan tahun nanti.4.4.1.2Segelintir pelajar sesi petang ponteng sewaktu sesi perjumpaan Kokum dan salah satu sebab pelajar mudah untuk ponteng kerana ketiadaan pagar sekolah.4.4.1.3Masalah kehadiran pelajar yang kurang memuaskan semasa perjumpaan Kokum menjadi antara sebab markah Kokum yang rendah. Tindakan: Guru penasihat 4.4.2Kem Perdana 4.4.2.1Kem akan diadakan pada 27 Mei-29 Mei 2013. Program tentatif sudah ditampal di papan notis dan dimuat naik di laman web sekolah.4.4.2.2Semua guru yang sukarela terlibat dalam slot akademik semasa Kem Perdana perlu peka dengan masa bagi slot masing-masing. 4.4.2.3Guru perlu berhubung dengan Ketua Bidang masing-masing jika tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.4.4.2.4Guru-guru lain yang berminat, dialu-alukan hadir untuk membantu menjayakan Kem Akademik4.4.2.5Guru Penasihat Unit Beruniform dibantu pelajar Tingkatan 6 akan bertindak sebagai urusetia.4.4.3 Sukan SAGA4.4.3.1Pada 31 Mei-8 Jun 2013, asrama akan digunakan sebagai penginapan seramai 470 atlet sempena Sukan SAGA.4.4.41M 1S4.4.4.1Selepas cuti akan diadakan latihan 1M1S. Makluman: Semua guru5.Program Sekolah5.1Forum K-Hadapan5.1.1Forum ini akan dijalankan pada 26 Jun 2013 (Rabu) di Bilik Gerakan, SMK Bandaraya. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Puan Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul akan dijemput sebagai tetamu khas dalam forum tersebut.5.1.2Semua guru akan duduk bersama dalam perbincangan profesional tersebut untuk meningkatkan lagi kualiti pdp. Makluman: Semua guru5.2Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan5.2.1Sekolah telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) oleh pihak JPN Sabah yang membuktikan satu pengiktirafan terhadap kerja-kerja guru di SMKBKK.5.2.2Kebitaraan SKK SMK Bandaraya ialah berkaitan inovasi, ICT, LS-TT, Program S6 dan Kecemerlangan Sukan Petanq.5.2.3Antara syarat menjadi SKK ialah penafaran sekolah mestilah 80% dari segi akademik. Syarat yang lain ialah tiada teguran audit, tiada kehilangan harta kerajaan, tiada pelanggaran punca kuasa, tiada tindakan tatatertib, tidak tersenarai dalam kes aduan KPM, mengurus masalah 3M dengan berkesan, dan Pengetua melaksanakan pdp mengikut surat siaran.5.2.4Satu lagi item yang diambil kira ialah hubung jalin berbentuk pendidikan antara pihak sekolah dengan pihak luar sama ada dalam negeri atau luar negara. Guru-guru dialu-alukan mengadakan hubungan dengan negara luar dan mencetak e-mail atau laman sembang berkaitan untuk dihantar kepada Puan Sainah atau Puan Netty sebagai dokumentasi. Makluman : Semua guru5.3Pertandingan Peringkat Antarabangsa5.3.1Guru-guru digalakkan untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak luar sama ada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.5.3.2Pengetua mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nadia kerana memberikan makluman dan pautan tentang pertandingan yang sesuai diikuti oleh sekolah iaitu Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2013.5.3.3Pelbagai pertandingan boleh disertai oleh pelajar iaitu esei, poster, fotografi, buku skrap, kartun, video montaj, blog, kempen penjimatan air “MyWater” dan “speak up”. Berharap agar guru galakkan penyertaan pelajar dan beri bimbingan.5.3.4Antara pertandingan peringkat antarabangsa yang boleh diikuti ialah Seameo-Japan ESD Award (Program S6 boleh dipertandingkan) dan Seameo-Australia Education Link Awards 2013 (Program Outreach boleh dipertandingkan).6.Hal-hal lain6.1Guru BerkursusCikgu Elsie Sharon telah ditawarkan kursus ‘International Leader Education’ selama 5 bulan bermula Januari sehingga Mei 2014 di Washington, Amerika Syarikat.6.2Lawatan Dari Luar6.2.1SM Imtiaz, Besut Terengganu iaitu sebuah sekolah berprestasi tinggi akan membuat lawatan ke SMK Bandaraya dan akan melihat pelaksanaan ‘team teaching’ di sekolah ini. Makluman : Semua guru 6.3Pesanan Ketua-ketua Bidang6.3.1Ketua Bidang Bahasa6.3.1.1Cikgu Zubaidah mengucapkan terima kasih kepada semua guru bidang bahasa kerana sentiasa memberikan kerjasama.6.3.1.2Beliau mengalu-alukan guru-guru datang berbincang dengan beliau jika terdapat sebarang masalah. Beliau berpesan jika guru menerima memo untuk perbincangan, guru diminta datang berjumpa beliau untuk tujuan tersebut.6.3.1.3Pesanan kepada guru-guru bahasa yang terlibat dengan kem perdana supaya datang untuk membantu menjayakan kem tersebut. Tindakan: Guru Bidang Bahasa6.3.2Ketua Bidang Sains dan Matematik6.3.2.1Cikgu Elsie Sharon mengucapkan terima kasih kepada guru-guru bidang Sains dan Matematik yang sudi mengambil alih kelas Cikgu Hafizee yang telah berpindah dan kelas Cikgu Caroline yang sedang cuti bersalin. Makluman : Guru Sains & Matematik6.3.3Ketua Bidang Kemanusiaan6.3.3.1Cikgu Hamilah memohon agar semua KP sentiasa menyemak Pelan Taktikal untuk memastikan pelaksanaannya berjalan seperti yang dirancang. Tindakan : Semua KP6.3.3.2Beliau berpesan kepada guru yang terlibat dalam kem perdana supaya menyediakan bahan yang lengkap.6.3.3.3Beliau mengharapkan menerima respons daripada guru-guru bidang Kemanusiaan yang diberi memo atau mesej melalui sms oleh beliau kerana berkaitan dengan BRMG atau tugas-tugas lain. Beliau juga berharap teguran yang pernah dibuatnya tidak disimpan di dalam hati. Tindakan: Guru Bidang Kemanusiaan6.4 Kerjasama Sepasukan6.4.1Pengetua meminta guru-guru supaya memberikan kerjasama kepada ketua-ketua bidang. Makluman : Semua guru6.5Kemudahan Internet6.5.1Cikgu Sapri mencadangkan supaya diletakkan komputer di bilik pentadbiran HEM bagi kemudahan guru menggunakan internet untuk mengisi e-hadir.Tindakan : Pihak pentadbir6.5.2Makluman bahawa talian WIFI adalah laju di Tingkat 3, Blok Pentadbiran HEM.6.5.3Menara komunikasi telah dibina berdekatan pondok pengawal dan dalam proses untuk diaktifkan. Makluman: Semua guru6.6Pesanan PK Pentadbiran6.6.1Puan Hajah Rozi mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru. Ucapan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam pengurusan sekolah.6.6.2Guru tidak hadir bertugas dan guru terlibat dengan aktiviti luar perlu memaklumkannya kepada pihak pentadbir dan guru unit jadual waktu. Jika jadual bertembung maklumkan kepada unit jadual waktu.6.6.3Ucapan tahniah kepada guru-guru pembimbing ADEK PMR dan SPM tahun lepas. Guru-guru dalam program ADEK diharap akan terus berusaha untuk membimbing pelajar di bawah bimbingan mereka. Tindakan : Guru ADEK6.6.4Sarana Sekolah ialah program yang dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Program pembelajaran di luar bilik darjah ini dijalankan dengan kerjasama PIBG. Aktiviti ini akan dimasukkan ke dalam blog sekolah. Guru-guru diminta untuk membaca maklumat tentang sarana sekolah di blog KPM kerana perkara ini termasuk dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Makluman: Semua guru6.6.5Pemantauan oleh pentaksir luar untuk ULBS Bahasa Melayu SPM dan PSV akan dijalankan selepas cuti pertengahan tahun. Guru terlibat diminta membuat persediaan rapi. Tindakan : Guru BM dan PSV SPM6.6.6Pesanan pengetua kepada guru-guru agar sentiasa merujuk laman web sekolah. Memohon Unit ICT supaya memuat naik banyak aktiviti sekolah terutama aktiviti melibatkan pelajar ke dalam laman web sekolah. Ucapan tahniah kepada Unit ICT kerana sudah memuat naik berita tentang Anugerah Guru Inovatif di laman web sekolah. Tindakan: Semua guru dan Unit ICT6.7Maklumat Daripada En. Juniul @ Ahmad-Penyelaras Tingkatan 66.7.1Peperiksaan Tingkatan 6 Atas telah selesai dijalankan.6.7.2Pelajar Tingkatan 6 Rendah yang mendaftar berjumlah 135 orang.6.7.3Pelajar Tingkatan 6 Rendah ditempatkan di makmal dan kelas sementara kerana kekurangan meja dan kerusi. Selepas cuti pelajar akan ditempatkan di kelas kekal setelah meja kerusi mencukupi.6.7.4Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa berusaha memenuhi kekurangan kemudahan di sekolah termasuklah meja dan kerusi pelajar. Semua kelulusan mendapatkan kemudahan datang daripada pihak KPM dan perlu mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Diharap guru dan pelajar bersabar. Makluman: Semua guru6.8Blog Luar6.8.1Guru-guru dinasihatkan supaya tidak menggunakan blog atau Facebook, sebaliknya diharapkan dapat berbincang dengan pihak pentadbir jika timbul rasa kurang puas hati.6.9Projek Darurat6.9.1Ucapan terima kasih kepada Cikgu Netty dan Cikgu Paulus kerana telah menyediakan laporan pembangunan beserta dengan gambar.6.9.2Ucapan terima kasih juga kepada Cikgu Salleh kerana telah membawa rombongan pelawat memantau pembangunan sekitar sekolah.6.10Button Bagde “Guru Mengajar Murid Belajar”6.10.1Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sabah button badge “Guru Mengajar Murid Belajar” dilancarkan dan guru-guru digalakkan membelinya. Makluman: Semua guru6.11Keahlian PEWANIS6.11.1Guru wanita dimohon agar menjadi ahli PEWANIS. Boleh rujuk Penyelaras PEWANIS di sekolah iaitu Puan Halimah. Makluman: Semua guru wanita7.Penutup7.1Pengetua mengucapkan terima kasih atas perhatian guru-guru dalam mesyuarat pada kali ini.7.2Beliau menyerahkan aktiviti seterusnya kepada Kelab Staf sempena Jamuan Hari Guru Peringkat SMK Bandaraya 2013.7.3Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.Disediakan oleh,Disahkan oleh,PAULINA BAGUDR. SHIRLEY TAY SIEW HONGSetiausaha Mesyuarat Guru, Pengetua Cemerlang,SMK Bandaraya Kota KinabaluSMK Bandaraya Kota KinabaluCadangan untuk disahkan oleh :Cadangan untuk disokong oleh:SMK BANDARAYA KOTA KINABALUSENARAI KEHADIRAN MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI 2013Bil. Ke: 2 Tahun: 2013 Tarikh: 24 Mei 2013 ( Jumaat ) Masa: 8.00-10.00 PagiTempat : 1 Borneo, Grand Ballroom, Kota Kinabalu Pengerusi : Dr. Shirley Tay Siew HongBilNama BilNama1 DR.SHIRLEY TAY SIEW HONG- PENGETUA CEMERLANG 33 PN. HYAIRIDA BINTI JOUMI2PN. HAJAH ROZI BINTI SAMDIN - PK PENTADBIRAN 34 EN. ITHNIN BIN HASHIM3EN. MOHD. AFFENDI BIN ARIFIN - PK KOKUM 35 PN. IWANA IVY ABDULLAH4EN. JUNIUL @ AHMAD BIN ETING- PK TINGKATAN 6 36 PN. JACQUELINE GEORGE MOOL5EN. SAPRI LAKIM - PK PETANG 37 PN. JAUHARIAH BINTI PARMIN6 PN. ELSIE SHARON GILUK – KB SAINS & MATEMATIK 38PN. JOHNA J. JINSIN7 PN. ZUBAIDAH BINTI SIPIL – KB BAHASA 39EN. JOSHUA ARTHUR JAMES8 PN. NETY IRDAWATY BINTI LAHO – KB VOKTEK 40EN. JUBLEE BIN EGING9CIK HAMILAH HANUN ABU HASSAN – KB KEMANUSIAAN 41CIK JULIE JOHWINA ROMBIONG10 EN. ABDUL RAZALI BIN YUNOS 42CIK JUMALIA BINTI JALI11EN. AHMAD B. RIZAL ROMLI 43PN. KAMARIAH BINTI AMAT 12 PN. ANITA BINTI ABD HAMID 44PN. HAJAH KEMI @ NORHIDAYAH BINTI ABDULLAH 13 PN. ARDLINA BT KACHONG MAAROF 45EN. KH ZURIZAL BIN JAMAN 14 EN. ATAN BIN ABD. GHANI 46PN. KONG CHING LING 15 EN. AWANG JAINUDDIN BIN JUMAT 47PN. KONG YUT JEN 16 PN. AZIZAH BINTI SALLEH 48PN. LAM LAI LIN 17 PN. CELESTINA BINTI GISIP 49PN. LEE SUI NGO@ BETTY LEE 18 CIK DONNA THIEN SIAO FUI 50EN. LEO GALANG AK RANDI 19 PN. EJILEN BINTI TIBIN 51PN. MAGLIN@ CHUNG YE LEN BINTI JOLLY 20 PN. ERWINA LOLA BINGKU 52PN. MALIANI BINTI LAHAMI 21 PN. FLORITA @ NURUL AWATIF BINTI LAJI 53PN. MARCELLA AMBROSE 22 EN. FOO MIG CHUNG 54PN. MASNI BINTI GOEBIN 23 EN. FREDZEX PARIJIK BAGANG 55EN. MAZLAN BIN SA’AT 24 PN. HANITA BINTI LADJAHARUN@LADJARON 56CIK MAZNAH @ AMYWATI BINTI MOHD. AMIN 25 PN. HASIANA BT HUSAIN 57EN. MICHAEL JUMIN @ MICHAEL JUNIM 26 PN. HASMAH BTE RAMLI 58PN. MILAWATI BINTI JAPRI 27 PN. HAYANI BINTI SAILI 59EN. MOHAMAD JAFRI BIN MAT IDIN 28 CIK HAYATI ABD RAJAK 60EN. MOHD. MOKHTAR BIN ISMAIL 29 CIK HAYATI BINTI NUHONG 61EN. MOHD TAQWA MOHD NOR 30 PN. HO MUI LAN 62EN. MOJIKON ROPOTOH 31 CIK HUSNA BINTI ISMAIL 63EN. MOUGOUS MOZES MARIUS 32 PN. HUZWITA BINTI HAMID 64PN. MURNI BINTI YUSUF 65EN. MUSTAMIN BIN SAMAD 94PN. SABIHA BINTI KARAMIN 66PN. NADIA RICHARD 95PN. SABIYAH BINTI JAHARI 67PN. NANCY BINTI AWANG 96PN. SAFIAH BINTI AGIMIN 68PN. NAZLEE BINTI AHMAD 97PN. SAINAH LIMBASAN 69PN. NIK SHAHLAWATI BT HAJI IDRIS 98PN. SAJIDAH BINTI MUJIN 70PN. NOOR FARAH OTHMAN 99EN. SALLEH BIN SARIPUDDIN 71PN. NOR HIDAYAH BT MOHAMMED HANIFF 100PN. SARIMA @ SARIMAH DZULKIFLY 72EN. NORALLYSHAM BIN STOH 101PN. SARINA BINTI HASSAN 73EN. NORDIN BIN JUDIN 102EN. SENG KOK LEONG 74PN. NORSIAH @ NELLIE BINTI ALIUDIN 103PN. SHARLEEN J. SPIRIDRIN 75PN. NUNSI @ NANCY BINTI SEPIKIT 104PN. SHARON VELLENA SINDIN76PN. NUR’ SYAFIQA BT ROSLI 105TN. HAJI SHOLIKHIN B SUBARI 77PN. NURUL HAFIZA BT PAUZI 106PN. SITI AMINAH SAMSUDIN 78PN. ORLEN BINTI SITANG 107PN. SITI ROSNANIH BINTI SELLIHMOR 79PN. PAULINA BAGU 108PN. SITI WANDAN KARTINI MOHD FIRDAUS 80EN. PAULUS BIN SAMUIL 109PN. SOPHIA DEBORAH SUDARSAN 81EN. PETER GABRIEL 110PN. SUKRIAH BINTI LAMAI 82PN. PRISCILLA LIAN 111PN. SURIA BINTI JUMATIN 83PN. RAINI BINTI SARUDIN 112PN. SUZANAH BINTI AHMAD 84PN. RAMAH @ RAHMAH BINTI OMAR ALI 113CIK SUZANAH BINTI MOHAMAD 85EN. RAMIJI BIN RASHID 114PN. SYLVIANNIE BINTI JRENEUS 86PN. RANTIANAH BTE MASTAR 115PN. THERESA AU 87PN. ROBIN SULUKAN 116PN. TRACY IVY JAMES AUGUSTINE 88EN. ROGER BIN AWANG 117EN. VICTOR PETRUS ATIN 89CIK ROHANI AHMAD 118EN. WAN SUHAIZAL B. WAN SAIDI90PN. ROSELEN BINTI SINDEH 119EN. WILFRED BIN FRANCIS 91PN. ROSELIND BINTI PILANG 120EN. ZAINAL BIN ABDULLAH 92PN. ROSLIAH BINTI BAGUL 121PN. ZANARIAH BINTI AHMAD 93PN. ROSMAWATI BINTI MOHAMADTIDAK HADIRBilNama Catatan BilNama Catatan1EN. AHMAD HAMSAH YUSUFURUSAN KELUARGA 7PN. LEZAH@ LEJAH BINTI KIAMSINURUSAN KELUARGA2 PN. ADELINE BINTI MOHD SAATCUTI BERSALIN 8PN. HALIMAH MISWANURUSAN KELUARGA3PN. ANNA BINTI SAPANCUTI BERSALIN 9PN. HARJIT KAUR A/P BHAG SINGHURUSAN KELUARGA4 PN. CAROLINE LUGAMCUTI BERSALIN 10PN. HAZLINAH BINTI HAMZAH TIYONURUSAN KELUARGA5 EN. CHIA MUN MENGURUSAN KEAGAMAAN 11EN. INDARAH BIN MADILLAHURUSAN KELUARGA6 PN. CHIN SUI YIN URUSAN KEAGAMAAN 12 EN. JAHARI BIN JAINALURUSAN KELUARGA 13CIK DYNA NURLIYANA BINTI MOHAMAD YUSOFCUTI BELAJAR 27 PN. JAMU BINTI JAMARI@SAHIRIURUSAN KELUARGA 14PN. FATIMAH BINTI DIGONGURUSAN KELUARGA 28PN. JANET MAKURUSAN KELUARGA 15FELICIA IPIN @FELICIA JOANNESKULIAH UMS 29EN. JUNIADI BIN JUMATKONFERENS FOTOGRAFI 16CIK HALIJAH @ HALIZAH BINTI MOHD SIDEKURUSAN KELUARGA 30PN. PATRIECIA AUDREY FUNGURUSAN KELUARGA 17 PN. LIZA SALLEHURUSAN KELUARGA 31PN. RAHIMAH HJ ISPALURUSAN KELUARGA 18PN. MARDIANAH BINTI AHMADUMRAH 32EN. RICHARD BENJUMINURUSAN KELUARGA 19EN. MOHD REDZUAN BIN ABDUL RAHMANURUSAN KELUARGA 33EN. RICHARD JAIMES@ MOHD RIZAL JAIMES .AURUSAN KELUARGA 20CIK MURADAH BINTI AHMADURUSAN KELUARGA 34EN. RIGAN ANAK LEWI URUSAN KELUARGA 21EN. MD JOH @ OROT BIN WIDTIDAK HADIR BERTUGAS 35PN. ROSLINA BINTI MOHD ZAINCUTI BERSALIN 22CIK NANCY BINTI F. MICHAELURUSAN RASMI 36EN. SAFARWAN BIN KASTO URUSAN KELUARGA 23PN. NORZALIZA BT JAINIURUSAN KELUARGA 37EN. SALIMAN BIN SAMINURUSAN KELUARGA 24PN. NUR AISYAH BINTI ABD RAHMANURUSAN KELUARGA 38EN. SARIPUDDIN KANKONG @ KANGKONGURUSAN KELUARGA 25PN. NOOR HAZRIN BINTI AHMADURUSAN KELUARGA 39PN. SUZINAH @ DG SUZANA BINTI HJ BONGSUURUSAN KELUARGA26PN. NOR AZLINDA BINTI ABDUL AZIZURUSAN KELUARGA 40EN. SURESH KUMAR A/L MARUTHAMUTHUCRK ................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download