MESYUARAT INDUK KURIKULUM (KALI KE-3)



MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MUHIBBAH

90000 SANDAKAN, SABAH.

Tarikh/Hari : 24 Februari 2015/ Selasa

Masa : 11:30 pagi – 12:40 tengahari

Tempat : Bilik Gerakan, SK Muhibbah Sandakan

Pengerusi : PK Pentadbiran

Kehadiran : 26/37 orang

1. En. Muhammad Firdaus Chen @ Chen Tet Seong (Penolong Kanan Pentadbiran)

2. Pn. Romlah binti Hashim (Penolong Kanan HEM)

3. Pn. Indah binti Aliudin (Penolong Kanan Petang)

4. Pn. Hasimah binti Hashim (Guru Data Maklumat)

5. Pn. Dg. Nora’Aslin binti Awang Seruji (SMPK)

6. Pn. Marlina binti Sahaddin (e-Perlu, EMK)

7. Pn. Hasmawati binti Pirman (sisMAKAN)

8. Cik Pauline Wong Yiing Yiing (RMT)

9. En. Ismail bin Alpah (SPPICTS, STS)

10. En. Arif Rahman Hakim bin Tamri (eSPLG, e-Kaunseling, e-Pantau)

11. Pn. Rosswidaa binti Ab. Manaf (Guru Kelas 1 Bumi)

12. Pn. Hamisah binti Sayan (Guru Kelas 1 Marikh)

13. Pn. Eiza Aliya Chang Abdullah (Guru Kelas 2 Marikh)

14. Pn. Nurul Syafeeqah Abdullah (Linus 2.0)

15. Pn. Noriah binti Hj. Zainal (Guru Kelas 3 Utarid)

16. Pn. Sazahlina binti Sapar (KWAPM)

17. En. Chan Chia Lak (SSDM)

18. Pn. Ngatmi binti Ngadiman (Guru Kelas 1 Zuhrah)

19. Cik Malesa binti Selamat (Waki Pn. Esther: Pendaftaran ke Tingkatan 1 murid PPKI)

20. Pn. Noryati Majid (Guru Kelas 6 Zuhrah)

21. Cik Nur Sakinah binti Sarnoh (*Guru ganti: Guru Kelas 3 Zuhrah)

22. Pn. Maureen binti Ansawi (SPBT)

23. Pn. Loretta Lindan (Guru Kelas 3 Bumi)

24. Pn. Hamsiah binti Ahmad (Guru Kelas 2 Utarid)

25. Cik Dayang Martini binti Ahmad (Guru Kelas 3 Marikh)

26. Pn. Hartini binti Abu Bakar Mendoza (SAPS)

Tidak hadir :

1. Pn. Indah binti Hj. Santong (Bersebab)

2. Pn. Marlina binti Azaddin (Bersebab)

3. En. Mahyuddin bin Mansor (Bersebab)

4. En. Hamid bin Abdul Kadir (Bersebab)

5. En. Muhamad Zafarol bin Bakar (Bersebab)

6. En. Ahmad Ismail bin Abdul Malek (Bersebab)

7. Pn. Zuhriyyah binti Saipuddin (Bersebab)

8. Pn. Jainah binti Ramlee (Bersebab)

9. Pn. Juraidah binti Oyong (Cuti Bersalin)

10. Pn. Siti Irawan binti Sh Esmail (Bersebab)

11. Pn. Nurjuwita Janting Abdullah (Bersebab)

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi

2. Pembentangan & Pelantikan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 2015

3. Pembentangan Sistem Pengurusan Sekolah

4. Hal-hal lain

1. Ucapan Pengerusi (PK Pentadbiran mewakili Guru Besar)

1. PK Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran semua staf bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah kali pertama bagi tahun 2015.

2. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentangkan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 2015, menyerahkan surat pelantikan sebagai AJK seterusnya mendedahkan tentang perubahan Sistem Pengurusan Sekolah yang baru berbanding sistem yang telah dilaksanakan sebelum ini.

3. Semoga mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

2. Pembentangan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS)

1. JPMS SK Muhibbah 2015 dibentangkan sebagaimana Lampiran.

2. Kesemua staf memegang jawatan yang disandang pada tahun 2014 kecuali beberapa unit yang mengalami sedikit perubahan iaitu:

• Sistem Pengurusan Sekolah (Pn. Hasimah Hashim-GDM)

• Sistem Pengurusan Guru (En. Muhd. Firdaus Chen-PK Pentadbiran)

• Sistem Pengurusan Murid (Pn. Romlah Hashim-PK HEM)

• Pn. Sazahlina binti Sapar (Unit KWAPM)

• Cik Pauline Wong Yiing Yiing (Unit RMT)

• En. Chan Chia Lak (Memegang semula Unit SSDM)

• En. Ali Hussin Mohd Said (Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah)

3. Pembentangan Sistem Pengurusan Sekolah

3.1 SPS dibentangkan berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan SPS 2015 yang diedarkan, sebagaimana lampiran.

3.2 SPS merangkumi 3 bahagian utama iaitu Sistem Pengurusan Sekolah, Sistem Pengurusan Guru dan Sistem Pengurusan Murid.

3.3 Sistem Pengurusan Sekolah : Guru Data Maklumat

Sistem Pengurusan Guru : PK Pentadbiran

Sistem Pengurusan Murid : PK HEM

3.4 Semua staf perlu sentiasa bersedia terhadap perubahan serta penambahbaikan yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke semasa.

3.5 Dengan pelaksanaan SPS ini, diharap semua staf dapat melaksanakan setiap tugas dengan lebih fokus berdasarkan bidang tugas masing-masing.

4. Hal-hal lain

1. En. Ismail Alpah –

1. VLE frog:

Memerlukan senarai nama murid berpindah masuk & keluar secara ‘Add-Hoc’ bagi tujuan pengurusan akaun murid di dalam VLE frog.

Tindakan: Pn. Siti Irawan (PT)

2. Pengisian data secara atas talian:

Dinasihatkan semua staf yang ingin membuat pengisian data secara atas talian agar dapat melaksanakannya sebelum jam 10:00 pagi ke atas bagi mengelakkan ‘kesesakan server’.

Tindakan: Semua staf yang terlibat.

3. Peningkatan maklumat professionalisme:

Mohon kerjasama semua Penolong Kanan, Ketua Panitia, Penyelaras, Ketua Unit untuk menghantar 4 item penting melalui emel sekolah/ pemacu kilat (flash drive) untuk dimuat naik ke dalam portal sekolah iaitu:

• Carta Organisasi Induk

• Carta Organisasi Pelaksana

• Takwim 2015

• Laporan Tahunan 2014 (bagi yang belum menghantar)

• Apa jua data automasi yang berkaitan (jika perlu)

Tindakan: Semua staf yang terlibat.

2. En. Arif Rahman Hakim Hj. Tamri –

1. SMM:

Terima kasih kepada guru data SMM yang telah mengimport data terkini SMM ke dalam desktop bilik kaunseling.

2. eSPLG:

Guru-guru perlu mengisi semua LDP yang dihadiri menggunakan ID masing-masing ke dalam laman web e-SPLG.

Tindakan : Semua guru

3. Pn. Sazahlina Sapar –

1. Sistem Pengurusan Murid:

Cadangan agar ditetapkan satu tarikh (bukan waktu PDP) untuk guru kelas menyiapkan tugasan guru kelas.

Respon daripada Pn. Romlah Hashim (PK HEM)

Amalan pengurusan data murid buat masa ini ialah dengan membuat jadual kumpulan-kumpulan kecil setiap tahun bagi menyiapkan apa jua tugas berkaitan dengan murid. Contoh:

|Tempat/Tarikh/masa |Nama Guru Kelas/ Kelas |Fokus: |

|Bilik gerakan SKMU/ | |Pengemaskinian data murid di dalam APDM. |

|03.03.2015/ | | |

|11:30 pagi | | |

| |Pn. Hamisah Sayan/ 1M | |

| |Pn. Rosswidaa Ab Manaf/ 1B | |

| |Pn. Ngatmi Ngadiman/ 1Z | |

| |Pn. Sazahlina Sapar/ 1U | |

4. Pn. Hasimah Hashim –

1. APDM:

Pendaftaran masuk/keluar murid di dalam sistem APDM diamanahkan kepada Pn. Siti Irawan (PT) namun guru-guru kelas bertanggungjawab memastikan setiap data yang terdapat di dalamnya adalah tepat dan terkini kerana pihak KPM menggunakan data APDM (Pengurusan Murid) pada bila-bila masa yang diperlukan berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Tindakan: Pn. Siti Irawan & Semua guru kelas

2. SMM:

Guru data SMM masih membuat pengisian data atas arahan JPN Sabah dan PPD Sandakan walaupun data utama berkaitan murid adalah APDM. Ini kerana, data SMM membekalkan sumber data murid dengan lebih terperinci dan sebagai ‘back up’ APDM yang sentiasa mengalami proses naiktaraf ketika ini.

Tindakan: Pn. Hasimah, En. Muhamad Zafarol & En. Hamid

5. Pn. Indah Aliudin –

1. Router:

Jarak router yang diletakkan di dalam bilik Kaunseling agak jauh.

Respon daripada En. Arif Rahman Hakim (GBGKSM)

Router yang ada boleh dialihkan ke mana sahaja lokasi yang difikirkan lebih sesuai dengan syarat diselenggara dengan baik dan bertanggungjawab.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:40 tengahari.

Disediakan oleh;

(HASIMAH HASHIM)

Setiausaha JPMS

Tarikh:

Disemak oleh; Disahkan oleh;

(MUHD. FIRDAUS CHEN) (INDAH SANTONG)

Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar

Tarikh: Tarikh:

Sk fail JPMS

Sk. fail SKPM (09)

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download