Lecturer-harlina.webnode.com



[pic]

|Program: |Nama Pelajar: |

|Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian | |

|(PISMP) | |

| | |

|Kod: PKBK3063 |Semester / Tahun : Semester 1 / Tahun 2 |

| | |

| |Ambilan : Jun 2017 |

| | |

| |Kumpulan : Pendidikan Khas |

|Nama Kursus: | |

|Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa | |

|Melayu Murid Masalah Pembelajaran | |

| | | |

|Tugasan |Tarikh Mula |Tarikh Hantar |

|Penulisan Laporan PBS (15%) | | |

|Penulisan Akademik (30%) | | |

|Penulisan Rancangan Pengajaran (15%) | | |

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan definisi bahasa dan teori-teori pemerolehan Bahasa (C2, PLO1)

2. Menjelaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa. (C2, A3, PLO1)

3. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, membaca dan menulis berdasarkan kes murid masalah pembelajaran dengan merujuk kepada pelbagai sumber (C3, A1, PLO3< PLO6, CTPS1, LL1)

4. Menganalisis kurikulum Bahasa Melayu untuk Murid Masalah Pembelajaran. (C4, A4, PLO1, PLO3, CTPS1)

5. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian untuk mengajar kemahiran lisan , bacaan dan tulisan (C6, A4, PLO1, PLO3, CTPS2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat :

1. menganalisis Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam membantu pelajar memahami kandungan kurikulum Bahasa Melayu murid masalah pembelajaran.

2. mengaplikasi kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran dalam menangani masalah kemahiran lisan, membaca dan menulis murid masalah pembelajaran.

3. merancang dan membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mengikut format kelas pendidikan khas untuk mengajar kemahiran lisan, bacaan dan tulisan berpandukan DSKP Pendidikan Khas.

TUGASAN

Terdapat 3 tugasan dalam kursus ini:

Tugasan 1: Penulisan Laporan PBS (15%)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dan pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.

i. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki memilih seorang guru mata

pelajaran Bahasa Melayu Pendidikan Khas di sekolah berkaitan. Dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Khas Bahasa Melayu, dapatkan maklumat dari guru tersebut bagaimana aspek-aspek yang terdapat dalam DSKP membantu anda dalam memahami kandungan DSKP Pendidikan Khas tersebut. Laporkan maklumat yang anda perolehi dari guru tersebut dalam penulisan laporan PBS.

ii. Anda juga dikehendaki membuat refleksi kendiri terhadap kebaikan amalan PBS dalam membantu anda menjadi guru novis.

Panjang laporan tidak melebihi 500 patah perkataan.

Tugasan 2: Penulisan Akademik (30 %):

Di sekolah yang sama, anda dikehendaki memilih seorang murid masalah pembelajaran yang mengalami masalah lisan, membaca dan menulis. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber (nyatakan), anda dikehendaki melaporkan kaedah atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam menangani masalah murid tersebut.

Laporkan penulisan akademik tidak melebihi 1000 patah perkataan

Tugasan 3: Penulisan Rancangan Pengajaran (15%)

Pelajar dikehendaki merancang dan membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu selama 60 minit pengajaran. Semasa merancang, pelajar dikehendaki memilih satu tajuk atau topik yang terdapat dalam DSKP Bahasa Melayu dan rancangkan pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid yang bermasalah dalam kemahiran lisan, bacaan dan tulisan

ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN

1. Tugasan ini adalah tugasan individu

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :-

3.1 Muka depan

3.2 Fon Arial

3.3 Saiz huruf – 11

3.4 Langkau 1.5 baris

3.5 Rujukan mengikut format APA

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

5. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%

6. Bahagian kulit luar tugasan projek hendaklah dilengkapkan dengan maklumat

berikut :

6.1 Nama Pelajar dan Ambilan

6.2 Kod Kursus dan Nama Kursus

6.3 Tajuk Tugasan

6.4 Kumpulan / Unit

6.5 Nama Pensyarah Pembimbing

6.6 Tarikh Serahan

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:-

1. Liputan projek yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dengan sokongan ilmiah.

4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal tanpa kesilapan ejaan.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 2 buah buku, 2 internet, 1 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

7. Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________________ ___________________________

(PN. HJH. HARLINA BINTI HJ. ISHAK) (CIK ZUBAIDAH BINTI MAT NOR)

Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Jabatan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Khas

IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Darulaman

Disahkan oleh:

_______________________________

(EN. ZULKIFLI MAT ISA @HASHIMI)

Ketua Jabatan

Jabatan Pendidikan Khas

IPG Kampus Darulaman

-----------------------

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2018

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download