GuruBesar.my - My WordPress Blog



PENDAHULUAN

1. Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan Negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang Negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai di kalangan rakyat.

2. Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum memerlukan satu ideologi Negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi pegangan, perpaduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan Negara.

3. Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid mengenai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan dimantap dan diperkukuhkan secara berterusan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004

1. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

1. Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran Negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara ini, murid akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut supaya meraka benar-benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian.

2. Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah- sekolah menengah seluruh Negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling IKhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah bertarikh 16 November 2000 ( sila rujuk Lampiran A) kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

3. Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

2. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan;

4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

3. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah adalah seperti berikut;

| | |TINDAKAN / PERLAKSANAAN |

|JABATAN |TANGGUNGJAWAB | |

|Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi |Ketua Pengarah |Garis Panduan |

|Nasional |Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan |Cadangan aktiviti |

| |Integrasi Negara |Kepegawaian / Fasilitator |

| | |Bahan cetak |

| | |Promosi |

| | |Kewangan |

| | |Pemantauan |

| | |Pelaporan |

| | |TINDAKAN / PERLAKSANAAN |

|JABATAN |TANGGUNGJAWAB | |

|Kementerian Pelajaran Malaysia |Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) |Garis Panduan |

| |Pengarah Bahagian Sekolah |Cadangan aktiviti |

| | |Kepegawaian / Fasilitator |

| | |Bahan cetak |

| | |Promosi |

| | |Kewangan |

| | |Pemantauan |

| | |Pelaporan |

|Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi |Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan |Arahan |

|Nasional Negeri/Jabatan Pelajaran Negeri |Nasional Negeri |Kewangan |

| |Pengarah Pelajaran Negeri |Cadangan dan pelaksanaan aktiviti |

| | |Pemantauan |

| | |Pelaporan |

|Pejabat Perpaduan Daerah /Bahagian/ |Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian |Pelaporan |

|Pejabat Pelajaran Daerah/ Bahagian |Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian |Penyelarasan |

|Sekolah |Pengetua/Guru Besar |Penubuhan Kelab |

| |Guru Penasihat |Pelaksanaan aktiviti |

| | |Pemantauan |

| | |Pelaporan |

| | |Sumber Kewangan |

4. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

1. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara:

← Kepercayaan Kepada Tuhan

← Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

← Keluhuran Perlembagaan

← Kedaulatan Undang-Undang

← Kesopanan dan Kesusilaan

2. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah seperti di Lampiran B, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran C.

3. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, dari semasa ke semasa jabatan ini juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan, mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengalaman nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.

5. SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan kokurikulum sedia ada);

2. Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

3. Sumbangan daripada pihak PIBG sekolah;

4. Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan swasta;

5. Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan

6. Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

6. KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan Negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah Negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA

1. PENDAHULUAN

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah-sekolah iaitu semua sekolah menengah diminta menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Sekolah rendah juga digalakkan berbuat demikian.

2. Perlaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.

3. Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawantankuasa yang dibentuk diperingkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

1. Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing-masing.

2. Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.

3. Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.

4. Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakakn secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut;-

a) Perlembagaan kelab;

b) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;

c) Senarai aktiviti utama kelab;dan

d) Laporan Kewangan.

6. Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1. Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

2. Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah masing-masing.

3. Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peratuan 2: Objektif

Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

1. Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;

2. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;

3. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;

4. Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;

5. Menyamai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum;

6. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

7. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan patang larang kaum-kaum di Malaysia.

Peraturan 3: Keahlian

1. Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

2. Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum sahaja.

3. Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara-perkara berikut;

1. Saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

2. Setiap ahli dihendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab;

3. Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda yang boleh memecah-belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;

4. Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.

5. Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;

6. Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

1. Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti-aktivivti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:-

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

- Program/aktiviti yang terbentuk keagamaan;

(rujuk halaman 26);

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Program/aktiviti yang terbentuk patriotisme;

(rujuk halaman 29);

3. Keluhuran Perlembagaan

Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

(rujuk halaman 32);

4. Kedaulatan Undang-Undang

- Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-undang;

(rujuk halaman 36); dan

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

- Program/aktiviti yang terbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

(rujuk halaman 38).

6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Perpaduan

Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.

Jawatankuasa ini adalah separti berikut :

i. Penaung Bersama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

- Menteri Pelajaran Malaysia

ii. Pengerusi Bersama - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

- Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan

Integrasi Nasional

iii. Timbalan Pengerusi - Timbalan Ketua Pengarah

Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

- Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

iv. Setiausaha - Pengarah Bahagian sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan

Integrasi Negara

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

v. Ahli - Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

- Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Bahagian Teknik dan Vakasional,

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Jabatan Penerangan Malaysia

5 Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat negeri dan di sekolah-sekolah.

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

i. Penaung - Exco Perpaduan

ii. Pengerusi Bersama - Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

(JPNIN) Negeri

iii. Setiausaha - Penolong Pengarah JPNIN Negeri

- Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri

iv. Ahli -Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri

- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

5 Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau perancangan dan perlaksanaan aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Daerah/Bahagian dan di sekolah-sekolah.

i. Penasihat - Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah JPNIN Negeri

ii. Pengerusi Bersama - Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

iii. Setiausaha - Penyelia Kokurikulum

- Pembantu Pembangunan Masyarakat

iv. Ahli - Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

- Jabatan Penerangan Daerah

5 Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti berikut;

i. Penaung - Pengetua/Guru Besar

ii. Penasihat - Penolong Kanan Kokurikulum

iii. Penyelaras - Guru Penasihat

iv. Pengerusi - Seorang murid

v. Timbalan Pengerusi - Seorang murid

vi. Setiausaha - Seorang murid

vii. Penolong Setiausaha - Seorang murid

viii. Bendahari - Seorang murid

ix. Ahli Jawatankuasa - 10 orang murid

x. Juru Audit Dalam - 2 orang (seorang guru dan seorang murid)

Jawatankuasa Pegerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang perlu diadakan sebelum 13 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa

Pegerusi - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan Kelab.

- Mempengerusikan mesyuarat Kelab.

- Menyusun dan merangka aktiviti Kelab.

- Merapatkan hubungan dengan Kelab-kelab Rukun Negara

yang lain.

- Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah

/Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan

sebagainya.

- Lain-lain tugas pentadbiran.

Timbalan Pengerusi - Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

- Membantu Pengerusi mentadbir kelab.

- Menpengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.

- Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.

Setiausaha - Mencatat minit masyuarat.

- Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.

- Menguruskan urusan surat-menyurat.

- Menyimpan dan merekodkan segala fai-fail kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan

Timbalan Pengerusi.

Penolong Setiausaha - Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas

kesetiausahaan.

- Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiuausaha.

Bendahari - Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.

- Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.

- Mengusahakan sumber kewangan kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan

Pengerusi.

AJK - Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan

Pengerusi.

- Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan

kelab.

- Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.

- Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.

- membantu Pengerusi menjalankan aktiviti kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Juru Audit Dalam - Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab

Rukun Negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

1. Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah hendaklah di bawah kawalan Pengetua/Guru Besar.

2. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan dan menyebabkan supaya disimpan sesuatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pentaftar.

3. Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar.

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

1. Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun.

2. Peranan Mesyuarat Agung

a) Memilih Jawatankuasa Kelab;

b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;

c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;

d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;

e) Hal-hal lain.

Peraturan 9 :

1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan menambah mana-mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila-bila masa dan tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

LAMPIRAN A

SPI BIL. 17/2000:

PENUBUHAN

KELAB RUKUN NEGARA

DI SEKOLAH-SEKOLAH

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALYSIA

Office of the Director Generel of Education Malaysia

PARAS 7 BLOCK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900

50604 KUALA LUMPUR Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591 /Jld.XVl (17)

16 November 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17 / 2000:

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap dapat memperkukuhkan bagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah Negara yang terbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

1. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhan adalah sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti berikut;

1. Menjamin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan;

2. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

3. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjuruskan kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

2. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2 dan 2.3 dapat dilaksanakan.

3. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri.

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“BERKHIMAT UNTUK NEGARA”

DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Musa Bin Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz Bin Shamsuddin

Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd Khir

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam

LAMPIRAN B

AKTIVITI

KELAB RUKUN NEGARA

PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI |TINDAKAN |

| | | |PELAKSANAAN | |

|1. |LAFAZ IKRAN RUKUN NEGARA |Supaya murid sentiasa menghayati |- Arahan daripada Kementerian |- Pengetua/Guru Besar |

| | |falsafah serta prinsip-prinsip |Pelajaran Malaysia. (KPM) | |

| | |Rukun Negara | |- Semua murid |

| | | |- Setiap Perhimpunan sekolah. | |

| | | | |- AJK Kelab Rukun Negara|

| | | |- Hari Kokurikulum. |(RKN) |

| | | | | |

| | | |- Majlis rasmi. |- Pegawai Perpaduan |

| | | | |Daerah (Pemantauan) |

| | | |- Sambutan Bulan Perpaduan. | |

| | | | | |

| | | |- Kumpulan pembaca ikrar terdiri| |

| | | |daripada pelbagai kaum. | |

|2. |MEMPAMERKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN |Supaya murid sentiasa mengingati |- Di pintu masuk hadapan sekolah.|- Pengetua/Guru Besar. |

| |NEGARA |prinsip-prinsip Rukun Negara. | | |

| | | |- Sudut khas dalam kelas dan |- AJK KRN |

| | | |pejabat. | |

| | | | | |

| | | |- Mural di dinding. | |

| | | | | |

| | | |- Papan kenyataan. | |

|3. |NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’|- Menyamai rasa cinta dan bangga |- Semasa majlis sekolah. |- Pengetua/Guru Besar |

| |DAN NEGERI |terhadap raja dan Negara. | | |

| | | |- Setiap perjumpaan kelab. |- AJK KRN |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|4. |FORUM – Memahami |1. Memperkenalkan nilai-nilai |- Menjemput ahli panel yang |- Semua murid |

| |kepelbagaian |sejagat dalam agama. |mewakili agama masing-masing. | |

| |agama | | |- AJK KRN |

| | |2. Menghormati kepercayaan agama | | |

| | |lain. | | |

| | | | | |

| | |3. Menghormati penganut-penganut | | |

| | |lain. | | |

|5. |CERAMAH – Penerapan |1. Mendedahkan nilai-nilai murni |- Menjemput panel penceramah |- Pengetua/Guru Besar |

| |nilai sejagat |dalam kehidupan. |bertauliah daripada JPNIN, KPM | |

| |dalam agama | |dan Jabatan Penerangan Malaysia.|- PIBG |

| | |2. Menerapkan unsur-unsur positif | | |

| | |dalam kehidupan. | |- JPNIN |

|6. |PERTANDINGAN PIDATO / DEBAT |1. Mengasah minda dan mencungkil |- Pertandingan terbuka kepada |- KPM |

| |PERPADUAN INTEGRASI DAN NASIONAL |bakat murid. |semua murid. | |

| | | | |- JPNIN |

| | |2. Memupuk minat membaca. |- Sempena Bulan Kemerdekaan / | |

| | | |Bulan Perpaduan. |- Sekolah |

| | |3. Menggalakkan penggunaan ICT | | |

| | |untuk mencari bahan. |- Peringkat Daerah, Negeri dan |- AJK KRN |

| | | |Kebangsaan. | |

|7. |LAWATAN KE RUMAH-RUMAH IBADAT |1. Mengenali secara lebih dekat |- Menganjurkan lawatan ke |- Sekolah |

| | |rumah-rumah ibadat penganut agama |rumah-rumah ibadat yang dibuka | |

| | |lain. |untuk lawatan/seperti di Masjid |- AJK KRN |

| | | |Negara/ Putrajaya, Batu Caves | |

| | |2. Menyemai perasaan/ sikap |Selangor, Sam Poh Tong di Ipoh ,| |

| | |menghormati prinsip kebebasan |Perak. | |

| | |beragama di kalangan setiap | | |

| | |warganegara. |- Mendapatkan kebenaran bertulis| |

| | | |daripada ibu bapa. | |

| | | | | |

| | | |- Mendapatkan kebenaran daripada| |

| | | |rumah-rumah ibadat. | |

|8. |MERAIKAN HARI PERAYAAN PELBAGAI |Mendedahkan murid kepada pelbagai |- Mengadakan majlis sambutan di |- Pengetua/Guru Besar |

| |KAUM |hari perayaan seperti Hari Raya |sekolah. Murid digalakkkan | |

| | |Aidilfitri, Krismas, Hari Gawai dan |melibatkan diri di dalam |-AJK KRN |

| | |Pesta Keamatan. |aktiviti-aktiviti yang | |

| | | |dianjurkan. | |

| | | | | |

| | | |-Program dianjurkan dalam | |

| | | |bulan-bulan berkaitan. | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|9. |PERTANDINGAN PENYEDIAAN FOLIO / |1. Memupuk sikap mencintai dan |- Pertandingan Buku Skrap |- Guru Agama/Guru |

| |BUKU SKRAP |menghargai anugerah Tuhan di |tentang kepercayaan kepada |Pendidikan Moral |

| | |kalangan murid. |Tuhan. | |

| | | | |- AJK KRN |

| | |2. Memberi kesedaran dan keinsafan |-Sebelum dan selepas Hari | |

| | |kapada murid tentang kesan terhadap |Perayaan Agama; contoh: pada | |

| | |alam sekitar akibat daripada |hari Maulidur Rasul. | |

| | |perbuatan manusia. | | |

| | | |-Mengumpul bahan-bahan berkaitan| |

| | |3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk|dengan keindahan dan kemusnahan | |

| | |mencari bahan. |alam ciptaan tuhan. | |

| | | | | |

| | | |-Mengumpul kata-kata hikmah | |

| | | |sebagai pendorong. | |

|10. |KEM BINA INSAN |Mempertingkatkan kerohanian dan |Mengadakan ceramah, forum, |- Pengetua/Guru Besar |

| | |nilai-nilai murni di kalangan murid.|bengkel dan sebagainya. | |

| | | | |- AJK KRN |

| | | | | |

| | | | |- JPNIN |

|11. |BAHAN PENERBITAN |Meningkatkan kesedaran di kalangan |Mewujudkan Sudut Kerohanian |- Pengetua/Guru Besar |

| | |murid agar menjadi manusia yang |dengan ayat-ayat suci atau | |

| | |lebih berguna dan baik. |kata-kata pujangga/madah / |- AJK KRN |

| | | |mutiara kata yang memberi | |

| | | |pengajaran kepada murid. | |

PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|1. |LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA |Supaya murid sentiasa menghayati |- Arahan daripada KPM. |- Pengetua/Guru Besar |

| | |falsafah serta prinsip-prinsip Rukun| | |

| | |Negara. |- Setiap perhimpunan sekolah. |- Semua murid |

| | | | | |

| | | |- Hari Kokurikulum. |- AJK Kelab Rukun |

| | | | |Negara(KRN) |

| | | |- Majlis rasmi. | |

| | | | |- Pegawai Perpaduan |

| | | |- Sambutan Bulan Kemerdekaan. |Daerah (Pemantauan) |

| | | | | |

| | | |- Sambutan Bulan Perpaduan. | |

| | | | | |

| | | |- Kumpulan pembaca ikrar terdiri| |

| | | |daripada murid pelbagai kaum. | |

|2. |NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’|Menyemai rasa cinta dan bangga |- Semasa majlis sekolah |- Pengetua/Guru Besar |

| |DAN NEGERI |terhadap raja dan negara. | | |

| | | |- Setiap perjumpaan kelab. |- AJK KRN |

|3. |LAWATAN |Memberi pendedahan mengenai Sistem |- Lawatan ke Istana, Muzium |- Semua murid |

| | |Pemerintahan Raja Berperlembagaan. |DiRaja dan Muzium Negeri | |

| | | | |- AJK KRN |

| | | |- Lawatan Integrasi semasa Hari | |

| | | |Keputeraan Agong. | |

| | | | | |

| | | |- Lawatan semasa Persidangan | |

| | | |Parlimen dan Dewan Undangan | |

| | | |Negeri. | |

|4. |PERTANDINGAN BUKU SKRAP / FOLIO |1. Menyemai rasa cinta dan bangga |- Bersifat pertandingan |- Pengetua/Guru Besar |

| |SALASILAH KESULTANAN NEGERI |kepada Raja dan Negara. | | |

| | | |- Kerja kumpulan. |- AJK KRN |

| | |2. Memberi pendedahan mengenai | | |

| | |sistem pemerintahan negeri-negeri di|- Dijalankan di peringkat | |

| | |Malaysia. |sekolah. | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|5. |KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN |Menyemai dan memupuk semangat |- Mengadakan majlis pelancaran |- Pengetua/Guru Besar |

| |BENDERA NEGERI |patriotisme di kalangan murid. |Kempen Kibar Jalur Gemilang dan | |

| | | |Bendera Negeri. |- AJK KRN |

| | | | | |

| | | |- Nyanyian lagu Jalur Gemilang |- JPNIN |

| | | |dan patriotik. | |

| | | | | |

| | | |- Tayangan gambar berunsurkan | |

| | | |patriotik untuk semua kaum. | |

| | | | | |

| | | |- Ahli KRN menyertai Perbarisan | |

| | | |sempena ulang tahun Hari | |

| | | |Kemerdekaan. | |

| | | | | |

| | | |- Sempena Sambutan Bulan | |

| | | |Kemerdekaan. | |

| | | | | |

| | | |- Majlis rasmi yang lain. | |

|6. |PENGKISAHAN SEJARAH NEGARA OLEH |1. Mengingati dan menghayati sejarah|- Sempena Sambutan Bulan |- Pengetua/Guru Besar |

| |TOKOH-TOKOH NEGARA DAN TEMPATAN |dan pembangunan negara. |Kemerdekaan. | |

| | | | |- AJK KRN |

| | |2. Menghargai jasa-jasa pemimipin |- Majlis rasmi. | |

| | |negara. | | |

|7. |PAMERAN |1. Mengenali dan menghayati sejarah |- Mengadakan pemeran. |- Pengetua/Guru Besar |

| |(Sejarah Negara) |Negara. | | |

| | | |- Menyediakan bahan. |- AJK KRN |

| | |2. Memupuk perasaan cintakan negara.| | |

| | | |- Mengadakan lawatan ke pameran | |

| | |3. Menghargai jasa-jasa pemimipin- |yang dianjurkan oleh | |

| | |pemimipin tempatan dan pejuang |agensi-agensi lain. | |

| | |negara. | | |

|8. |PERTANDINGAN KEBUDAYAAN / KESENIAN |1. Mencungkil bakat. |- Menguruskan pertandingan:- |- Pengetua/Guru Besar |

| |DAN WARISAN | |Puisi | |

| | |2. Membentuk keyakinan diri. | |- AJK KRN |

| | | |Drama | |

| | | | | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

| | |3. Memberi pendedahan kapada murid |Mencipta lagu patriotik | |

| | |tentang kebudayaan dan keseniaan | | |

| | |kaum-kaum lain. |Menyanyi | |

| | | | | |

| | | |Tarian | |

| | | | | |

| | | |Buku skrap | |

| | | | | |

| | | |Cerpen | |

| | | | | |

| | | |Kata bestari kenegaraan | |

| | | | | |

| | | |Pertandingan-pertandingan lain | |

| | | |yang difikirkan sesuai dan | |

| | | |selaras dengan prinsip-prinsip | |

| | | |Rukun Negara. | |

|9. |KARNIVAL PATRIOTIK |1. Memupuk semangat patriotik dan |Koir, sajak, pentomen dan |- Pengetua/Guru Besar |

| | |menyuburkan semangat perpaduan di |sabagainya. | |

| | |kalangan murid. | |- AJK KRN |

| | | | | |

| | |2. Menyemarakan jati diri murid. | | |

PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|1. |LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA |Supaya murid sentiasa menghayati |- Arahan daripada KPM. |- Pengetua/Guru Besar |

| | |falsafah serta prinsip-prinsip | | |

| | |Rukun Negara. |- Setiap perhimpunan sekolah. |- Semua murid |

| | | | | |

| | | |- Hari Kokurikulum. |- AJK Kelab Rukun |

| | | | |Negara(KRN) |

| | | |- Majlis rasmi. | |

| | | | |- Pegawai Perpaduan |

| | | |- Sambutan Bulan Kemerdekaan. |Daerah (Pemantauan) |

| | | | | |

| | | |- Sambutan Bulan Perpaduan. | |

| | | | | |

| | | |- Kumpulan pembaca ikrar terdiri | |

| | | |daripada murid pelbagai kaum. | |

|2. |NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’|Menyemai rasa cinta dan bangga |- Semasa majlis sekolah. |- Pengetua/Guru Besar |

| |DAN NEGERI |terhadap raja dan negara. | | |

| | | |- Setiap perjumpaan kelab. |- AJK KRN |

|3. |CERAMAH |Memberi kesedaran dan kefahaman |- Semasa kempen/ minggu kesedaran |- Semua murid |

| | |tentang keluhuran perlembagaan / |sivik. | |

| | |pembentukan perlembagaan / kontrak| |- AJK KRN |

| | |sosial. |- Salah satu aktiviti Kursus | |

| | | |Kepimpinan Perkhemahan. |- JPNIN |

| | | | | |

| | | |- Salah satu aktiviti Bulan | |

| | | |Patriotisme. | |

|4. |LAWATAN KENEGARAAN |1. Memberi peluang kepada murid |- Menganjurkan lawatan ke Sidang |- Pengetua/Guru Besar |

| | |menyaksikan proses sistem |Dewan Undangan Negeri/ Parlimen. | |

| | |perundangan Negara dijalankan. | |- AJK KRN |

| | | | | |

| | |2. Mempertingkatkan kefahaman | | |

| | |murid mengenai sistem perundangan | | |

| | |Negara. | | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|5. |KUIZ / PERBAHASAN (PERLEMBAGAAN) |1. Memupuk kemahiran pengucapan |- Menganjurkan pertandingan |- Pengetua/Guru Besar |

| | |awam. |peringkat sekolah/ daerah. | |

| | | | |- AJK KRN |

| | |2. Menilai/ menguji tahap |- Diadakan semasa Sambutan Bulan | |

| | |pengetahuan murid tentang |Perpaduan, Bulan Kemerdekaan. | |

| | |Perlembagaan. |kempen/ minggu berkaitan. | |

|6. |PERKHEMAHAN (MOTIVASI) |1. Memupuk sifat-sifat kepimpinan |- Aktiviti luar sekolah/ ceramah |- Pengetua/Guru Besar |

| | |berlandaskan prinsip-prinsip Rukun|motivasi. | |

| | |Negara. | |- AJK KRN |

| | | |- Kerjasama dengan agensi kerajaan| |

| | |2. Meningkatkan pengetahuan murid |swasta. | |

| | |tentang sistem perlembagaan | | |

| | |negara. | | |

|7. |PERMAINAN BERASASKAN PRINSIP TIGA |1.Menggalakkan integrasi kaum. |- Permainan Mencari Harta Karun |- Pengetua/Guru Besar |

| |RUKUN NEGARA | |(Treasure Hunt). | |

| | |2. Memupuk perpaduan dan nilai | |- AJK KRN |

| | |kerjasama. |- ‘Clue’ yang digunakan | |

| | | |berdasarkan sistem perlembagaan | |

| | |3. Menambah pengetahuan |negara. | |

| | |dan pengalaman tentang sistem | | |

| | |perlembagaan negara. |- Perlaksanaan peringkat sekolah | |

| | | |di dalam dan sekitar sekolah. | |

| | | | | |

| | | |- Kerjasama dengan agensi-agensi | |

| | | |kerajaan/ swasta. | |

|8. |PERTANDINGAN MENULIS |1. Memupuk kemahiran kreatif |- Pertandingan Menulis Esei Cerpen|- Pengetua/Guru Besar |

| | |menulis tentang isu-isu |/ Puisi peringkat sekolah, daerah,| |

| | |perlembagaan negara. |negeri dan kebangsaaan. |- AJK KRN |

| | | | | |

| | |2. Mencungkil bakat-bakat dalam |- Berkala. | |

| | |berkaitan. | | |

| | | | | |

| | |3. Kesedaran tentang isu-isu | | |

| | |semasa perlembagaan negara. | | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|9. |DRAMA / SKETSA |1. Memupuk daya kreativiti. |- Dalam bentuk pertandingan. |- Pengetua/Guru Besar |

| | | | | |

| | |2. Menghayati sistem perlembagaan |- Berkala |- AJK KRN |

| | |negara. | | |

| | | | | |

| | |3. Sebagai pemangkin percambahan | | |

| | |fikiran. | | |

| | | | | |

| | |4. Menggalakkan integrasi kaum. | | |

|10. |FORUM PERLEMBAGAAN |1. Meningkat pengetahuan tentang |- Dianjurkan di peringkat sekolah.|- Pengetua/Guru Besar |

| | |perlembagaan. | | |

| | | |- Kerjasama dengan agensi luar. |- AJK KRN |

| | |2. Perkongsian pengetahuan dan | | |

| | |pengalaman. | |- JPNIN |

| | | | | |

| | |3. Memperjelaskan isu-isu semasa | | |

| | |yang timbul (kurang | | |

| | |difahami/keliru). | | |

|11. |PERTANDINGAN BUKU SKRAP |1. Memupuk daya kreativiti murid |- Bersifat pertandingan |- Pengetua/Guru Besar |

| | |dalam bidang penulisan. | | |

| | | |- Kerja kumpulan |- AJK KRN |

| | |2. Kesedaran tentang isu-isu | | |

| | |semasa dalam sistem perlembagaan. |- Peringkat sekolah | |

|12. |PAMERAN KENEGARAAN |1. Memupuk daya kreativiti murid. |- Kerja kumpulan untuk |- Pengetua/Guru Besar |

| | | |mengendalikan pameran. | |

| | |2. Kesedaran tentang isu-isu | |- AJK KRN |

| | |semasa dalam sistem perlembagaan. |- Menonjolkan pencapaian individu/| |

| | | |syarikat yang berjaya. | |

| | | | | |

| | | |- Melibatkan PIBG. | |

|13. | BULAN |1. Memupuk kesedaran kebangsaan |- Kempen Kibar Jalur Gemilang. |- Pengetua/Guru Besar |

| |KEMERDEKAAN |yang merangkumi Prinsip Rukun | | |

| | |Negara. |- Sambutan Bulan Kemerdekaan. |- AJK KRN |

| | | | | |

| | |2. Menghayati idea kebebasan dan |- Menganjurkan aktiviti-aktiviti | |

| | |demokrasi. |yang boleh menyemarakkan semangat | |

| | | |patriotisme. Contoh: Pertandingan | |

| | |3. Mengetahui tentang latar |mencipta lagu patriotik, melukis | |

| | |belakang kronologi penggubalan |poster dan lain-lain. | |

| | |perlembagaan Malaysia. | | |

| | | | | |

| | |4. Memupuk semangat setia dan | | |

| | |cintakan negara. | | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|14. |MENGADAKAN AKTIVITI ALA MINI |1. Mencungkil bakat murid sebagai |- Melibatkan semua murid |- Pengetua/Guru Besar |

| |PARLIMEN DI SEKOLAH |pemimpin negara. | | |

| | | |- Peringkat antara sekolah. |- AJK KRN |

| | |2. Memberi kebebasan membahas isu | | |

| | |penting untuk Pembangunan negara. | | |

|15. |BULAN KESEDARAN PERLEMBAGAAN |1. Memberi kesedaran dan kefahaman|- Mempamerkan naskah Perlembagaan |- Pengetua/Guru Besar |

| | |tentang pembentukan perlembagaan /|Negeri/ Persekutuan dalam Pusat | |

| | |keluhuran perlembagaan / kontrak |Sumber Sekolah dan di papan |- AJK KRN |

| | |sosial. |kenyataan sekolah. | |

| | | | |- JPNIN |

| | |2. Memperjelaskan isu-isu yang |- Menganjurkan ceramah mengenai | |

| | |timbul yang kurang difahami/ |perlembagaan daripada | |

| | |keliru. |agensi-agensi yang terlibat. | |

| | | | | |

| | |3. Perkongsian pengetahuan dan | | |

| | |pengalaman. | | |

|16. |KUIZ KELUHURAN PERLEMBAGAAN |1. Meningkatkan pengetahuan dan |- Penyeragaman dalam penyediaan |- Pengetua/Guru Besar |

| | |kefahaman murid tentang |soalan kuiz. | |

| | |perlembagaan negara. | |- AJK KRN |

| | | |- Hadiah disediakan oleh JPN | |

| | | |KPM/JPNIN. | |

PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|1. |LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA |Supaya murid sentiasa menghayati |- Arahan daripada KPM. |- Pengetua/Guru Besar |

| | |falsafah serta prinsip-prinsip | | |

| | |Rukun Negara. |- Setiap perhimpunan sekolah. |- Semua murid |

| | | | | |

| | | |- Hari Kokurikulum. |- AJK Kelab Rukun |

| | | | |Negara(KRN) |

| | | |- Majlis rasmi. | |

| | | | |- Pegawai Perpaduan |

| | | |- Sambutan Bulan Kemerdekaan. |Daerah (Pemantauan) |

| | | | | |

| | | |- Sambutan Bulan Perpaduan. | |

| | | | | |

| | | |- Kumpulan pembaca ikrar terdiri | |

| | | |daripada murid pelbagai kaum. | |

|2. |NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’|Menyemai rasa cinta dan bangga |- Semasa majlis sekolah. |- Pengetua/Guru Besar |

| |DAN NEGERI |terhadap raja dan negara. | | |

| | | |- Setiap perjumpaan kelab. |- AJK KRN |

|3. |KEMPEN MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG |1. Memberi kesedaran tentang |- Syarahan semasa perhimpunan |- Semua murid |

| |NEGARA DAN PERATURAN SEKOLAH |kepentingan undang-undang serta |sekolah. | |

| | |penghayatan terrhadap tugas-tugas | |- AJK KRN |

| | |penguatkuasa. |- Mempamerkan keratan akhbar di | |

| | | |papan kenyataan. | |

| | |2. Menghayati cara undang-undang | | |

| | |dipraktikkan. |- Pertandingan buku skrap | |

| | | |pertandingan melukis/fotografi. | |

| | |3. Mengetahui cara-cara | | |

| | |penggubalan dasar-dasar dan | | |

| | |peraturan tertentu. | | |

|4. |MINGGU KESEDARAN SIVIK |1. Menghayati nilai-nilai murni. |- Menganjurkan pameran dengan |- Pengetua/Guru Besar |

| | | |kerjasama agensi-agensi yang | |

| | |2. Pemahaman terhadap tugas-tugas |berkaitan seperti PDRM, Majlis |- AJK KRN |

| | |penguatkuasa undang-undang. |Perbandaran, Pihak Berkuasa | |

| | | |Tempatan dan AADK. |- Agensi Berkaitan |

| | | | | |

| | | |- Tayang Multimedia/ slaid | |

| | | |berkenaan tugas-tugas unit | |

| | | |penguatkuasa undang-undang. | |

| | | | | |

| | | |- Bahan dibekalkan oleh Unit-unit | |

| | | |Majlis Perbandaran / Pihak | |

| | | |Berkuasa Tempatan / PDRM / JPJ / | |

| | | |Jabatan Penerangan Malaysia. | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|5. |LAWATAN |1. Kesedaran tentang implikasi |- Menganjurkan lawatan di |- Pengetua/Guru Besar |

| | |melanggar undang-undang. |Mahkamah, Penguasa Tempatan. | |

| | | | |- AJK KRN |

| | |2. Melihat sendiri cara-cara |- Lawatan ke institusi-institusi | |

| | |pentadbiran tempat berkenaan. |pemulihan seperti Pusat Serenti/ | |

| | | |sekolah pemulihan akhlak dan | |

| | | |sebagainya. | |

|6. |PERMAINAN |1. Menggalakkan integrasi murid |- Semasa majlis sekolah. |- Pengetua/Guru Besar |

| |(EXPLOLAW) |pelbagai kaum. | | |

| | | |- Setiap perjumpaan kelab. |- AJK KRN |

| | |2. Memberi pengalaman tentang | | |

| | |pelaksanaan undang-undang. | | |

PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|1. |LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA |Supaya murid sentiasa menghayati |- Arahan daripada KPM. |- Pengetua/Guru Besar |

| | |falsafah serta prinsip-prinsip | | |

| | |Rukun Negara. |- Setiap perhimpunan sekolah. |- Semua murid |

| | | | | |

| | | |- Hari Kokurikulum. |- AJK Kelab Rukun |

| | | | |Negara(KRN) |

| | | |- Majlis rasmi. | |

| | | | |- Pegawai Perpaduan |

| | | |- Sambutan Bulan Kemerdekaan. |Daerah (Pemantauan) |

| | | | | |

| | | |- Sambutan Bulan Perpaduan. | |

| | | | | |

| | | |- Kumpulan pembaca ikrar terdiri | |

| | | |daripada murid pelbagai kaum. | |

|2. |NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’|Menyemai rasa cinta dan bangga |- Semasa majlis sekolah. |- Pengetua/Guru Besar |

| |DAN NEGERI |terhadap raja dan negara. | | |

| | | |- Setiap perjumpaan kelab. |- AJK KRN |

|3. |SEMINAR / FORUM / CERAMAH |1. Memperkenalkan dan memupuk |- Menjemputkan penceramah dari |- KPM |

| | |prinsip-prinsip Rukun Negara di |agensi kerajaan/ swasta dan | |

| | |kalangan murid. |lain-lain. |- JPNIN |

| | | | | |

| | |2. Mempertingkatkan kesedaran |- Pertandingan Syarahan (wujudkan |- JPN |

| | |murid tentang nilai-nilai murni |piala) di peringkat sekolah | |

| | |dalam masyarakat. |daerah. |- Biro Tata Negara |

| | | | | |

| | | |- Ceramah mengenai kesopanan dan | |

| | | |kesusilaan untuk pemimpin-pemimpin| |

| | | |Murid:- | |

| | | |- Pegawas | |

| | | |- Ketua Kelas | |

| | | |- Pengerusi/AJK Kelab | |

| | | |Persatuan | |

| | | | | |

| | | |- Forum mengenai adat resam | |

| | | |pelbagai kaum/ budaya/agama. | |

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|4 |LAWATAN |1. Memberi keinsafan dan kesedaran| Menganjurkan lawatan Rumah Orang |- Pengetua/Guru Besar |

| | |semasa melakukan lawatan ke |Tua, Anak Yatim dan sebagainya. | |

| | |institusi-institusi yang | |- AJK KRN |

| | |berkenaan. | | |

| | | | | |

| | |2. Menyemai dan memupuk | | |

| | |nilai-nilai murni bagi mengukuhkan| | |

| | |semangat perpaduan kaum. | | |

|5. |PERKHEMAHAN (MOTIVASI) |Memberi pengertian dan menerapkan |- Penerangan budaya antara Kaum. |- Pengetua/Guru Besar |

| | |nilai-nilai murni bagi mengukuhkan|Contohnya:- | |

| | |semangat perpaduan kaum. |Adat Resam / Pantang Larang |- AJK KRN |

| | | |Permainan Tradisional / Sukaneka | |

| | | |Kubudayaan. | |

|6. |KEMPEN BERBUDI BAHASA |1. Menentukan pertuturan yang baik|Memilih murid yang terbaik |- Pengetua/Guru Besar |

| | |di kalangan murid. |bertutur dan berbudi bahasa. | |

| | | | |- AJK KRN |

| | |2. Menggunakan laras bahasa yang | | |

| | |sesuai dengan semua peringkat | | |

| | |umur. | | |

| | | | | |

| | |3. Memupuk sikap beradab sopan | | |

| | |dikalangan murid. | | |

|7. |HARI KELUARGA / HARI IBU PABA |Memupuk dan mengeratkan rasa kasih|- Pendedahan dan panduan kepada |- Pengetua/Guru Besar |

| | |sayang yang mendalam antara ahli |ibu bapa dan murid di peringkat | |

| | |keluarga. |sekolah. |- AJK KRN |

| | | | | |

| | | |- Ibu bapa dan murid akan |- Ibu Bapa |

| | | |melaksanakannya di rumah untuk | |

| | | |seluruh keluarga. |- Murid |

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

|BIL |AKTIVITI |OBJEKTIF |STRATEGI PERLAKSANAAN |TINDAKAN |

|1. |HARI TERBUKA KELAB RUKUN NEGARA |1. Meningkatkan minat murid untuk |- Peringkat sekolah, Contoh: |- Pengetua/Guru Besar |

| | |menjadi ahli Kelab Rukun Negara. |Gerai jualan dan pameran. | |

| | | | |- AJK KRN |

| | |2. Mempromosikan Kelab Rukun Negara |- Pameran Kelab Rukun Negara. | |

| | |di kalangan murid pelbagai kaum. | | |

|3. |BULAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA |Meningkatkan murid tentang |Pelbagai aktiviti ke arah |- Pengetua/Guru Besar |

| | |kepentingan Rukun Negara dalam |meningkatkan penghayatan Rukun | |

| | |mengekalkan keharmonian kaum di |Negara di kalangan murid |- AJK KRN |

| | |negara ini. |dilaksanakan. | |

| | | | | |

|3. |PROGRAM PERTUKARAN MURID KE |Mengeratkan hubungan antara murid |- Sekurang-kurangnya satu bulan. |-KPM |

| |SABAH/SARAWAK/ |berbilang kaum. | | |

| |LABUAN/ | |- Peringkat kebangsaan. |- JPNIN |

| |SEMENANJUNG. | | | |

|4. |LAWATAN INTEGRASI |1. Memupuk semangat setiakawan dan |- Lawatan antara |- Pengetua/Guru Besar |

| | |perpaduan di antara murid. |sekolah/daerah/negeri/ | |

| | | |wilayah. |- AJK KRN |

| | |2. Memahami dan menghayati adat | | |

| | |resam sesuatu kaum. |- Berkonsepkan Homestay (Program |- JPNIN |

| | | |Anak Angkat). Contoh: Rumah | |

| | | |Panjang, Bapa dan Nyonya, | |

| | | |Perkampungan Melayu dan | |

| | | |sebagainya. | |

|5. |KARNIVAL KESENIAN DAN BUDAYAAN |Memupuk semangat cintakan kesenian |- Persembahan / pertunjukan |- Pengetua/Guru Besar |

| |PERPADUAN |dan kebudayaan ke arah |tarian/ nyanyian tradisional. | |

| | |menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.| |- AJK KRN |

| | | |- Pameran budaya adat resam | |

| | | |pelbagai kaum. | |

|6. |SUKAN |1. Menggalak dan memupuk semangat |- Menganjurkan:- |- Pengetua/Guru Besar |

| | |kesukanan di kalangan murid. |Larian Perpaduan | |

| | | |Permainan Tradisional / Sukaneka |- AJK KRN |

| | |2. Memupuk semangat perpaduan | | |

| | |menerusi sukan. | | |

|7. |PROGRAM PRA LATIHAN KHIDMAT NEGARA |Memupuk semangat perpaduan dan |- Gotong royong di Rumah Orang |- Pengetua/Guru Besar |

| | |sahsiah yang tinggi di kalangan |Tua/ Anak Tatim/ Kawasan | |

| | |murid. |Rekreasi/ Rumah Ibadat dan |- AJK KRN |

| | | |sebagainya. | |

| | | | | |

| | | |- Memberi sumbangan dalam | |

| | | |kerja-kerja kebajikan anjuran | |

| | | |agensi kerajaan/swasta. | |

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download