PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN …



PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

[pic]

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj. KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos 1975

- Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh 26 Mac 1979

- Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah

Yang Memerlukan Pertolongan

3. Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985

- Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan

Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13)

bertarikh 29 Disember 1986

- Penyalahgunaan Inhalan

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3 Februari 1988

- Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam

sekolah Menengah (SLAD)

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27 Julai 1992

- Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolah-

sekolah.

7. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995

- Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah Dan Menengah

8. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36)

bertarikh 24 Julai 1998

- Ujian Urin Pelajar Sekolah

9. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47)

bertarikh 27 Ogos 1998

- Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/Ubat

Batuk (Borang ADIUB 1A)

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27 Januari 1979

- Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2 Januari 1985

- Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002

[pic]

1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001

- Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001

- Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001

- Semua Guru Adalah Guru Disiplin

4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002

- Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR

[pic]

1. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.

- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan

Curang.

2. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.

- Tatatertib di Sekolah-sekolah.

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.

- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.

- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah.

I. Pendahuluan

Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu, tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang tidak bersalah. Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan jugadoktor-doktor.

2. Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin di bawah arahan doktor). Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana kerana dadah. Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah.

3. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan.

4. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk

mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah denganhanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Walau bagaimanapun, kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu.

II. Perubahan Kelakuan

Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah, akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain.

Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah

DARIPADA KEPADA

i) siuman, rajin bercakap dan pendiam, fikiran bercelaru dan

suka menyatakan perasaan menjauhkan diri

ii) cergas, sihat dan penuh bertenaga cemas, kaku dan gelisah

iii) segak, yakin diri dan tabah hati tertekan, terharu dan berasa

bersalah

iv) suka menolong, menumpukan ragu-ragu, kerap lupa, pasif dan

perhatian penuh dan boleh diharap tidak bermaya

v) penuh kemahuan, cergas dan tidak ambil tahu, pasif dan tidak

bersemangat bermaya

vi) tidak berselindung, baik hati dan curiga-mencurigai, mengancam dan

percaya mempercayai tarasing

vii) riang gembira, memandang cerah di menyakiti hati, memandang gelap

masa hadapan/optimistic dan gerak di masa hadapan/pesimistik dan

geri menarik muram

III. Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat

Pada Pengguna Inhalan:

i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja.

ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja, kecekapan dan lain-

lain).

ii) Perwakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak

dipedulikan. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah

betul-betul ketagih dadah. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkat-

peringkat awal).

iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum.

v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian.

vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui.

vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah).

IV. Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang

Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu

a) Dadah Penenang (Despresents: - Barbiturates)

i) Seperti orang mabuk minuman keras/arak, tetapi nafasnya tanpa bau arak.

ii) Berjalan terhoyong-hayang, tidak tetap atau ada kelihatan rupa

mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak.

iii) Tertidur ketika bekerja.

iv) Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan.

v) Pertuturan yang tidak terang.

vi) Mata hitam yang membesar.

vii) Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

b) Dadah Perangsang (Stimulantst – Amphetamines Cocaine)

i) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas, mudah marah, suka

Bertengkar atau takut.

ii) Menunjukkan keadaan terlalu riang, yuforia (euphoria) dan becok mulut.

iii) Mata hitam membesar.

iv) Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang.

v) Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi.

c) Narkotik (Candu Opium), Morfin (morphine), Heroin, Kodin (codeine)

i) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan

oleh suntikan dadah.

ii) Mata hitam mengecil dan tidak bergerak; mungkin ia membesar ketika

berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal).

iii) Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap.

iv) Hilang selera makan. Selalu makan gula-gula, kuih-kuih dan

minuman-minuman yang manis.

v) Mungkin hidung berair, mata merah dan berair dan batuk yang

menghilang apabila ia mendapat dadah(‘fix’).

vi) Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Sudu, kapas, jarum, tutup botol, logam, alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya.

vii) Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih, mengantuk dan mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti).

viii) Ketika pengunduran berlaku, pengguna dadahmungkin berasa mual

dan muntah-muntah. Wajahnya berubah, selalu menguap dan otot-

ototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa

teradapat pada dirinya.

d) Ganja(Marijuana – sejenis halucinojen (hallucinogen)

i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja, pengguna dadah itu

mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang

cepat dan kuat. Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk.

ii) Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah

saga.

iii) Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi

hallucination).

Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya

ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah iti, dan walaupun demikian, ia mungkin dapat bekerja dengan baik. Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan apa-apa jentera.

e) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain

(LSD. Meskipun (mescaline) dan lain-lain)

i) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Pengguna itu akan duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat.

ii) Dibeberapa kes mata hitamnya membesar.

iii) Tekanan darah, kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam

darahnya adalah meningkat. (Ada diantara tanda ini hanya diketahui

oleh seorang doktor).

iv) Mungkin mengalami rasa mual, sejuk, wajahnya berubah, pernafasan

tak seimbang, berpeluh dan tanganya mengeletar.

v) Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria

penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan masa. Seseorang yang

dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan

kelakuan yang tak siuman sepertimenganggap ia mempunyai kuasa

boleh terbang dan lain-lain. Biasanya penggunaLSD memerlukan

seoran sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan.

f) Menghidu Gum (Gula Sniffing)

Perbuatan ini jarang berlaku, akan tetapi penerangan tentang tanda-

tanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting

dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif.

i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan

nafasnya.

ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan

matanya adalah berair juga.

iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam

masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu.

iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri.

v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi

gum palastik yang kering.

vi) Pertuturannya yang tidak terang.

vii) Nafas yang berbau busuk.

v. Penutup

Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi individu itu. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru, Guru Besar dan Ibu Bapa. Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu belum/telah menggunakan dadah. Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan, maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab.

t.t

(ABDULLAH BAKRI)

Ketua Unit Kesihatan

Bahagian Sekolah-Sekolah

Kementerian Pelajaran.

Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979

Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko

Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan

Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld.III(34) bertarikh 27 hb. Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah di kalangan murid-murid di sekolah. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal kes-kes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan.

2. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap, iaitu hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah, maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini.

3. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini, murid-murid seperti yang yang di bawah ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko.

a) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada dadah.

b) Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan (Misalnya – Doktor Swasta, dukun/bomoh, Sinseh dan lain-lain).

c) Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

d) Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah kerana menpunyai dadah, walaupun belum disahkan oleh Doktor Kerajaan.

e) Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibat sama.

f) Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas.

Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih daripada satu tanda-tanda pengesahan, oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkap-lengkapnya.

4. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan, ruangan rujukan ialah untuk mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai kes-kes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat, Doktor-doktor Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa, Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain).

5. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah menengah di negeri tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama.

6. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Sekian untuk makluman tuan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH)

Bahagian Sekolah-Sekolah,

b.p. Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran.

SULIT MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH

YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN

NAMA & ALAMAT SEKOLAH : LAPORAN PENGGAL I (I/I-30/4/19.........)

II (1/5-31/8/19.......)

............................................................................ III (1/9-31/12/19.....)

............................................................................

|Bil. |

|DENGAN DADAH, INHALAN DAN UBAT BATUK |

|BULAN ……………………. HINGGA ……….2001 |

| |NAMA SEKOLAH :……………………… |KEDUDUKAN SEKOLAH:LUAR BANDAR/PINGGIR BANDAR/BANDAR | |

1 |2 |3 |4 |5 |6 |7 |9 | | |BIL |NAMA |JANTINA |BANGSA |TINGKATAN |JENIS DADAH |THP. PNGGUNAAN |TINDAKAN | | | | |L |P |M |C |I |LL |1 |2 |3 |4 |5 |6 |G |H |M |C |P |LL |MC |T |E |M | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |M = MELAYU | |6 |G = GANJA | | | |7 |MC = MENCUBA | | |Jumlah Pelajar Diuji = | | | |C = CINA | | |H = HEROIN | | | | |T = MENAGIH | | |Bil. Pelajar yang Terlibat = | | | |I = INDIA | | |M = MORFIN | | | | |E = MENGEDAR | | | | | | | | | | |LL = LAIN-LAIN | | |C = CANDU | | | | |MI = MEMILIKI | | | | | | | | | | | | | | |P = PIL-PIL | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |LL = LAIN-LAIN | | | |9 |KOD TINDAKAN | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |1 |PELAJAR DIKAUNSELING | | | | | | | | |RUMUSAN PENGLIBATAN | | | | | | | | | |2 |IBU BAPA DIBERITAHU | | | | | | | | | |DADAH = | | | | | | | | | | |3 |PELAJAR DIGANTUNG SEKOLAH (10 HARI) | | | | | |INHALAN = | | | | | | | | | | |4 |PELAJAR DIBUANG SEKOLAH | | | | | | | |UBAT BATUK = | | | | | | | | | | |5 |PROGRAM KHAS | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |6 |DLL | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |NYATAKAN | | | | | | | | | | | |

B5

KP(BS)8548/4/Jld.IX/(I)

Kementerian Pelajaran,

Rumah Persekutuan,

Kuala Lumpur 01-34,

27. Januari, 1979,

Pengarah Pelajaran,

Semua Negeri,

Senanjung Malaysia.

Tuan,

Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979

Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan

Di Sekolah Menengah

Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah, tiap-tiap Guru Besar Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuan-tujuan yang berikut:-

a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan.

b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya, mengambil ujian minat pekerjaan, lawatan ke tempat pekerjaan/latihan/alam pekerjaan, mendapat maklumat mengenai pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan, Kutub Khanah dan sebagainya.

c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi, perhubungan antara murid dengan guru, masalah-masalah dalam pelajaran dan lain-lain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru panduan.

d) Ramcangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk

i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang mungkin di dalam kumpulam risiko tinggi penyalahgunaan dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan.

ii) Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapat rawatan dn pemulihan.

iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat diterima semula di Sekolah Kerajaan, diberi tindakan seliaan.

Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah Menengah” yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari, 1979. Guru-Guru Besar Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna.

Tuan adalah dminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru Panduan Sekolah Menengah di Negerituan. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya Guru-Guru Panduan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna.

Saya yang menurut perintah

t.t

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN.PSM)

Pengarah Sekolah-Sekolah,

Bahagian Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pelajaran, alaysia.

SENARAI TUGAS-TUGAS

GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH

1. Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan.

2. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih mata pelajaran, mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran.

3. Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursus-kursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri dan Daerah, jika dikehendaki.

4. Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan-jabatan Kesihatan , Buruh dan Tenaga Rakyat, Kebajikan Masyarakat, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Badan Persen dirian, Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya.

5. Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu, jika perlu dan membuat susulan.

6. Bertanggungjawab, secara keseluruhan mengenai mengisi, menjaga dan mengguna Rekod Himpunan dan butir-butir yang berkenaan.

7. Mencatit, mengumpulkan dan menggunakan “Butir-butir Tanpa Ujian” murid-murid.

1. Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur.

10. Mengelola dan mengadakan rundingcara, temuramah dengan murid-murid /ibubapa (misalnya: masalah peribadi pemilihan matapelajaran kerja, kesihatan, penyesuaian pergaulan dan lain-lain.

11. Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah :

a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa kesedaran kepada semua murid. Menerusi panduan kumpulan dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi, memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar, menjelaskan nilai-nilai, pembentukan konsep kendiri dan perkembangan secara positif supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab.

b) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah menengah.

c) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong murid-murid memilih mata-mata pelajaran kesukaan (electives) dengan lebih teliti lagi selaras dengan perkembangan minat, kemahiran dan pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapangan-lapangan kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka panjang dalam pemilihan pekerjaan pada satu masa kelak.

12. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya: Ceramah Kerjaya, melawat tempat-tempat pekerjaan, pelajaran, latihan, menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan/pelajaran/pekerjaan, mengelola, pengalaman pekerjaan, perbincangan pertunjukan filem,cara memohon kerja, kelakuan di temuduga pekerjaan dan lain-lain), bagi murid-murid sekolah amnya dan bagi murid-murid yang akan meninggalkan sekolah khasnya.

13. Mengesan sikap, bakat,kebolehan,sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas

(Standardised) bila ujian itu ada.

14. Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di sekolahnya berkesan.

15. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya: kajian tindak ikut mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan mengumpulkan semua aspek-aspek lain berlainan berkenaan seseorang murid dan lain-lain.

16. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah.

17. Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan kegunaan pendekatan-pendekatan positif untuk mencegah dadah.

18. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM, Ibubapa, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.

19. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam keadaan risiko menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan sewajarnya.

20. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah di kalangan murid.

21. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat dalam kegiatan salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan.

22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru Besar sekolah di mana Guru Panduan itu ditugaskan.

LAMPB/BK 077A

B7

Bahagian Sekolah-sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,

Leboh Pasar Besar,

Kuala Lumpur. Telefon : 922066

KP(BS)8591/Jld.II(29)

2hb. Januari 1985

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,

Malaysia.

Y.B.Dato’/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.I/1985

Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

1. Latarbelakang

1. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatupadu, bertoleransi, berdisiplin dan bahagia. Justru itu, sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan Prinsip-prinsip Rukunegara.

2. Di samping itu, sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan tenaga mahir untuk pembangunan negara. Ia dapat dilakukan dengan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar mengenai bidang-bidang kerjaya.

3. Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik, melalui kurikulum yang sedia ada. Sungguhpun demikian, melalui bidang kurikulum sahaja, seperti mata pelajaran Sivik, Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan misalnya, belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru; pemulauan kelas; merosakkan harta benda awam; penyalahgunaan dadah; melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang murni.

4. Sepertimana kurikulum, gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai peranaan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. Oleh yang berkenaan, ko-kurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. Apa yang jelas pada masa ini, bahawa gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya, jika dibandingkan dengan kurikulum sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani pelajar-pelajar kurang berkesan. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-

1. Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang mendapat pengiktirafan.

2. Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada gerakerja ko-kurikulum. Ada juga sekolah-sekolah yang kurang menitikberatkan gerakerja ini, kerana terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Ada juga sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan alatan dan lain-lain kemudahan bagi menjlankan gerakerja ko-kurikulum;

3. Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di antara gerakerja ko-kurikulum;

4. Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil bahagian secara aktif dan ini disebabkan oleh banyak faktor. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-kurikulum dan aktivitinya kurang kepelbagaian, sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri. Terdapat pula adanya setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini.

5. Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara aktif dalam gerakerja kokurikulum. Biasanya mereka diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu temasya seperti sukan tahunan sekolah misalnya.

6. Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi mendapatkan pendidikan (school as the sole agent for education). Ini bererti ada setengah-setengah golongan masyarakat menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anak-anak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah, tanpa memberi sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan menyeluruh anak-anak mereka.

5. Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerakerja ko-kurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut,boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai. Tanpa memberi peluang kepada setiap orang pelajar, khususnya pelajar-pelajar yang lemah dalam bidang akademik, bererti pelajar-pelajar ini tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada mereka. Keadaan begini boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau menceburkan diridalam kegiatan –kegiatan yang tidak sihat dan seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin sekolah.

2. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya

menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah

masing-masing.

3. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS:

3.1 Tujuan JPBS

Tujuan penubuhan JPBS adalah :-

1. Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani pelajar-pelajar.

2. Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajar boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerakerja yang bermanfaat dan dengan itu dapat menghindarkan pelajar-pelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini seperto ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, membuang masa di pusat-pusat membeli belah atau melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan yang kurang sihat.

3. Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara pelajar-pelajar berbilang kaum di sekolah.

4. Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada pelajaran di bilik darjah, memupuk semangat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat, menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan patuh kepada undang-undang, serta lain-lain nilai dan tabiat baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar dapat diasuh menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru, pemulauan kelas, merosakkan harta benda awam, penyalahgunaan dadah, melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang murni.

5. Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan masyarakat.

1. Fungsi JBPS

Di antara fungsi JPBS adalah :-

1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan gerakerja-gerakerja ko-kurikulum dengan teratur dan terperinci dengan menggembelingkan tenaga golongan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat.

2. Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan

peralatan-peralatan gerakerja ko-kurikulum.

3. Berusaha meningkatkan lagi penglibatan pelajar dan masyarakat

setempat dan gerakerja ko-kurikulum sekolah.

4. Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif, membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan pelajar-pelajar.

5. Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat terhadap institusi sekolah.

6. Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah.

7. Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari masa ke semasa.

2. Keanggotaan JBPS

Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut :

Pengerusi : Guru Besar

Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan

Setiausaha : Pilihan Guru Besar

Ahli-ahli : Wakil masyarakat

Wakil PIBG

Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah

Wakil Murid Tua (jika ada)

Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam)

Wakil Murid (ketua murid dan penolong)

(Bagi sekolah menengah bercampur, seorang

lelaki dan seorang perempuan).

(Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini berdasarkan saiz dan peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan keadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG, wakil komuniti dan wakil persatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan. Guru Besar dibolehkan menjemput anggota-anggota lain jika perlu).

3. Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum

Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu:

1. Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala,

Pasukan Pengakap, Pasukan Kadet Polis

2. Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Geografi/Sejarah, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Komputer

3.4.3 Sukan (olahraga dan Permaisuri) (sebagai contoh bersama- sama ini disertakan senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah).

4. Mesyuarat

Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-

kurangnya tiga kali sepenggal (awal, pertengahan dan akhir penggal) di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebih berkesan lagi.

5. Penyertaan

1. Matlamat gerakerka ko-kurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.

2. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum sekolah.

3. Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja ko-kurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah, gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan,moral dan sebgainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembetukan keperibadian.

6. Kemudahan

1. Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alt-alat yang sesuai dengan jenis gerakerja yang hendak dijalankan.

2. Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alt-alat untuk gerakerja-gerakerja tersebut mengikut kemampuan sekolah masing-masing. JBPS hendaklah berikhtiar mengadakan kemudahan-kemudahan lain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan dengan berkesan.

7. Pengecualian

Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut bolehlah dikecualaikan daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum.

1. Kes-kes perubatan – pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti menghidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian.

2. Kecacatan – pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi mereka.

3. Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Guru Besar hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.

8. Tindakan Lanjut

1. Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik) dengan ko-kurikulum ke arah pembentukan peribadi secara total di kalangan pelajar-pelajar sangat penting, Kementerian Pelajaran memandang JBPS adalah perlu. Oleh itu, Guru Besar hendaklah mempunyai kepekaan, inisiatif, bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan gerakerja ko-kurikulum ini sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh.

2. Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS, pihak sekolah hendaklah juga mengambil tindakan berikut bagi mempastikan keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan.

8.2.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan pelajar-pelajar di dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan merekodkan gerakerja tersebut ke dalam sijil berhenti sekolah.

2. Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam pengendalian dan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan mengamalkan dan menghayati Konsep Kepimpinan Melalui Teladan.

3. Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka menjalankan tugas dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap dan berkesan.

4. Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan. Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.

5. Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga murid-murid yang kurang berbakat atau yang kurang berminat.

9. Keselamatan Para Pelajar

Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi

menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerja ko-kurikulum.

2. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

t.t

(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR)

Ketua Pengarah Pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k.

1. Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia

2. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan Menteri Pelajaran

3. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran

4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran Malaysia

6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Malaysia

9. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia

10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia

11. Pegawai Khas kepada Y.B. Menteri Pelajaran

12. Ketua Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(8)

19 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001

Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

____________________________________

Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umun diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini.

1. Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah

Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah.

Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin, prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi.

Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu.

2. Pemantapan Pengurusan Disiplin

Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan peranan yang peting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kekasnya.

Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.

Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan.

2.3 Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah

Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya.

4. Sekolah Penyayang

Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid, murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung.

Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Selain daripada itu, sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa.

2.5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri

Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah, Pembimbing Rakan sebaya, Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Melalui aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid.

Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi.

Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan.

2.6 Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat

Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Dalam hal yang sama, ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka, malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat.

Masyarakat sekitar seperti pihak polis. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Sekolah perlu mewujudkan program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “school-Home-Community Partnership’.

7. Sekolah Selamat (Safe School)

Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan dan murid-murid di sekolah.

Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta orang lain. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir

Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(9)

23 Julai 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001

Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

_________________________________________

Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Maka, tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid.

2. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Disamping itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.

3. Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadian-kejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m

“ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar, tuan hendaklah menghubungi pihak Kementeriuan Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya...........................”

4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir

Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS)8591/Jld.XVll(10)

24 September 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001

Semua Guru Adalah Guru Disiplin

____________________________________

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

2. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan:

“.......tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar.”

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan.”

3. Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memstikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive), didikan(educative), pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, Y.bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir

Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,

Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,

Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan

11. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Telefon: 03-2586900

PARAS 7, BLOK J, Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, Laman Web :

50604 KUALA LUMPUR.

KP(BS/HEP)8591/Jld.XVll(4)

14 Jun 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/2002

Pelaksanaan Program sekolah Selamat

____________________________________

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

2. Sehubungan dengan ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah, pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

3. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian:

1. Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah:

1. Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar.

2. Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat.

3. Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.

4. Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang, menasihat, memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat.

5. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah.

6. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.

2. Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah:

1. Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah, yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakil-wakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

2. Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.

3. Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri.

4. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan.

5. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir

Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,

Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,

Kementerian Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awan, Kementerian Pendidikan

PEKELILING-PEKELILING

IKHTISAS

LAMPIRAN 2.1

KP.8543/(10)

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Rumah Persekutuan,

Kuala Lumpur.

10hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia

Bil.6/68. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.

Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang

Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran, surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan.

2. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang.

3. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan datang peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah.

i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.

ii) Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik, murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran.

iii) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu, selepas memberi amaran kedua, dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. Guru Besar boleh memberhentikan murd itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan, murid itu akan dibuang terus.

iv) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah.

v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan, ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid), Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.

vi) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu.

vii) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula.

4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959(Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatan-kegiatan politik. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.

tt tt

(Yap Hong Kuan)

b.p setiausaha Tetap

(bahagian Sekolah-sekolah)

Kementerian Pelajaran

LAMPIRAN 2.2

KP.8543 02(12)

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Rumah Persekutuan,

Kuala Lumpur.

18hb. September. 1968

Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia

Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968.

Tatatertib di Sekolah-sekolah

Tatatertib di Sekolah-sekolah

Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat.

2. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani, memahami perhubungan antara manusia, kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya. Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolah-sekolah.

3. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah diikuti. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka.

4. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M.E Circular Professional 6/68, tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guru-guru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

5. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar.

6. Perkara-perkara tatatertib yang berat.

Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan:

i) Membawa senjata-senjata yang merbahaya, dengan tujuan jahat.

ii) Mengancam penuntut-penuntut yang lain.

iii) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan.

iv) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran.

v) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah.

vi) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram.

vii) Mencuri

viii) Melawan pihak-pihak yang berkuasa.

Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari.

7. Pakaian

Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini. Rambut juga hendaklah dipotong baik.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik, yang berguna seumur hidup. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas, kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penutut-penutut mempnyai budi pekerti, akhlak dan ketaatsetiaan yang baik.

Tt

(Yap Hong Kuan)

b.p Setiausaha Tetap

(bahagian Sekolah-sekolah)

Kementerian Pelajaran

s.k.

Ketua Pegawai Pelajaran,

Semua Negeri.

Bahagian Kewangan.

Bahagian Pentadbiran.

Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.

Bahagian Biasiswa dan Latihan.

Bahagian Sekolah-sekolah.

Bahagian Latihan Guru-guru.

Bahagian Pelajaran Teknik.

Bahagian Jemaah Nazir.

Bahagian peperiksaan.

LAMPIRAN 2.6

KP.8548/8(75)

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Rumah Persekutuan,

Kuala Lumpur. 01-34

5hb. September. 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,

Semua Negeri Semenanjung Malaysia,

Sabah/Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.

Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah.

2. Langkah-langkah

i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan.Tambahan pula adalah didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.

ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin.

iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok.

iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:-

a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.

b) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok.

c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan.

3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera.

4. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan. Perbezaan di antara Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i).

Saya yang menurut perintah,

tt

(KUM BOO)

Bahagian Sekolah-sekolah.

b.p. Ketua Setiausaha

Kementeria Pelajaran

s.k.

Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri.

Ketua Setiausaha Kementerian.

Ketua Pengarah Pelajaran.

Timbalan Ketua Setiausaha.

LAMPIRAN 2.7

KP.8548/8/(67)

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Rumah Persekutuan,

Kuala Lumpur.

19hb. Ogos 1975

Pengarah Pelajaran Negeri,

Semua Negeri Semenanjung Malaysia,

Sabah/Sarawak.

Pengarah Latihan Guru.

Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas

No.7/1975 Ruj.KP.8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975.

Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar

Seperti yang telah diketahui, telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah. Pada umunnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan, perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.

2. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil

Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap.

1. Rujukan Sendiri (Self-referral)

1. Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal). Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs). Lazimnya dalam kes seperti ini, murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada ibu bapa/penjaga, guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan. Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuh-penuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru Panduan. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.

Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain, maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2.2 di bawah.

2. Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. Dalam kes seperti ini, Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga, Guru Besar, pegawai masyarakat dan lain-lain. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetujutentang tindakan yang akan diambil. Jika murid itu tidak dapat dipujuk, adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:-

a) Peraturan sekolah.

b) Kuasa ibu bapa/penjaga.

c) Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan).

2. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid

Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Pandu8an bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyakii seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan.

1. Dalam kes-kes seumpama itu, (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah, sifat sendiri dan lain-lain. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakan itu sah, dia haruslah menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain akan dibuat dengan tujuan tertenu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati.

3. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin

Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan, penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan, kelakuan tidak senonoh misainya mencuri, ponteng sekolah, tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil, murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan.

1. Dalam kes seperti ini, guru panduan haruslah menemuramah dan berbaik-baik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah, maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :-

i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga.

ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.

Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu.

3. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar.

a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah.

b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.

c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramah-temuramah.

d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain.

e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat.

f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan.

g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor.

h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah.

i) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajukan Masyarakat.

j) Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.

k) Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

l) Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah.

4. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang.

a) Ganja (Marijuana)

b) Heroin (Heroin)

c) Morfin (Morphine)

d) Pil M dan Pil MX (M Pill. MX Pill)

e) Tranquilisers

f) Hallucinogen (Hallucinogens)

5. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar.

6. Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT.

Saya yang menurut perintah,

tt

(KUM BOH)

Bahagian Sekolah-sekolah.

b.p Ketua Setiausaha.

Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.

Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran

Setiausaha Sulit kepada Y.B Timbalan Menteri.

-----------------------

SALINAN

SULIT

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download