Soalan 1: Rumusan



Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada Januari 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah untuk menangani masalah tekanan mental dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan Modul Kesihatan Mental ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, KKM akan berbincang dengan KPM bagi mencari pendekatan terbaik supaya modul tersebut dapat diajarkan di sekolah. Berdasarkan rekod KKM, bilangan pesakit mental yang menerima rawatan di hospital awam meningkat daripada 15.6 peratus kepada 400 227 orang pada 2010 berbanding dengan tahun sebelumnya. Kebanyakan pesakit mental terdiri daripada golongan tua, dewasa, dan remaja.

Kebanyakan remaja yang mengalami tekanan mental datang daripada keluarga yang bermasalah. Remaja ini tidak diberi peluang dalam keluarga untuk meluahkan perasaan, pandangan, atau masalah mereka malah kebanyakan mereka hanya memendam rasa. Sekiranya perasaan ini sudah tidak dapat dikawal, remaja tersebut akan cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan lalu bertindak membuta tuli. Ibu bapa yang terlalu menekankan akademik juga menyebabkan mereka mudah mengalami tekanan. Selain itu, penderaan secara fizikal dan mental juga menjadi faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Individu yang pernah didera sama ada dipukul atau diperkosa berkemungkinan besar akan mengalami tekanan. Tidak mustahil juga jika dikatakan bahawa kesihatan emosi setiap insan amat berkait rapat dengan kesihatan mentalnya. Seseorang yang hidup mewah tetapi kurang mendapat perhatian dan kasih sayang juga akan mengalami gejala ini. Mereka ini akan hilang semangat untuk hidup.

Kematian seseorang yang disayangi dan perceraian ibu bapa merupakan antara contoh pengalaman yang boleh memberikan kesan buruk termasuklah tekanan mental kepada seseorang. Pengalaman yang berupa tragedi ngeri yang pernah dialami oleh seseorang itu menyebabkan mereka sering mengalami gangguan emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang yang disayanginya telah meninggal dunia. Kesannya, mereka akan diselubungi kesedihan yang berpanjangan lalu membawa kepada tekanan mental dan sakit jiwa. Terdapat juga segelintir remaja yang gagal mencapai keputusan akademik yang diharapkan juga akan menghadapi situasi yang sama. Mereka akan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Kecenderungan untuk mengambil tindakan yang tidak matang ini disokong pula dengan faktor lain seperti sejarah keturunan keluarga. Pakar sakit jiwa membuktikan bahawa tekanan mental boleh dikaitkan dengan keturunan. Jika keluarga ibu atau bapa seseorang itu pernah mengalami tekanan mental yang teruk maka berkemungkinan anak-anak dan generasi seterusnya mudah mengalami tekanan mental. Begitu juga kesan daripada kes bunuh diri yang dipaparkan dalam filem, siri televisyen, mahupun Internet kadangkala membuatkan remaja terpengaruh oleh perbuatan tersebut lantas mereka mengambil tindakan yang sama jika masalah tekanan yang dialami mereka itu berpanjangan.

Hakikatnya, kanak-kanak merupakan aset negara serta pemimpin pada masa hadapan. Oleh itu, kerjasama KKM dan KPM melaksanakan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah merupakan langkah bijak untuk membentuk generasi sejahtera, waras, dan berilmu. Untuk merealisasikan hal ini juga, kita memerlukan kerjasama semua pihak. Orang dewasa, pihak sekolah, penguasa, rakan sebaya, pihak kebajikan, dan pekerja sosial perlu bergabung tenaga ke arah pembentukan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat di negara kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menangani Masalah Mental,

oleh Yasmin Norhazleena Bahri Md. Noor dan Tuan Nurizan Raja Yunus,

Dewan Masyarakat, Mei 2011)

Pendahuluan / Pengenalan

Petikan membincangkan faktor / sebab berlakunya tekanan mental dalam kalangan remaja. [2M]

Isi Tersurat (punca)

1. berpunca daripada keluarga yang bermasalah [2M]

2. ibu bapa terlalu menekankan akademik [2M]

3. penderaan fizikal dan mental [2M]

4. tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada keluarga. [2M]

5. kematian orang yang disayangi [2M]

6. perceraian ibu bapa [2M]

7. gagal mencapai keputusan akademik yang diharapkan [2M]

8. sejarah keturunan keluarga [2M]

Isi Tersirat (langkah mengatasi)

1. beriadah / berhibur / berlibur [2M]

2. berbincang dengan rakan [2M]

3. sentiasa berfikiran positif [2M]

4. menyertai kegiatan kemasyarakatan [2M]

5. berdoa / mendekatkan diri kepada Tuhan [2M]

6. berjumpa dengan pakar psikologi atau psikiatri [2M]

7. mengambil ubat-ubatan khusus mengikut preskripsi yang ditetapkan oleh doktor [2M]

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menangani masalah tekanan mental ini agar generasi yang berwawasan dapat dibentuk. [2M]

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata “mencari pendekatan terbaik” berdasarkan petikan di atas?

• mendapatkan / memperoleh kaedah / strategi elok / sesuai / sempurna 2M

ii) Apakah kesan yang dihadapi oleh remaja jika mereka tidak dapat meluahkan perasaan, pandangan dan masalah mereka kepada keluarga?

• memendam rasa 1M

• menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan 1M

• bertindak membuta tuli 1M

iii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah tekanan anak-anak dalam pelajaran?

• menjadi pendengar setia / menjadi sahabat jika anak remaja

• meluangkan masa bersama anak-anak

• tidak memberikan tumpuan kepada akademik semata-mata

• tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi

• sentiasa memberikan nasihat / tidak berleter

(Maksimum: 4 markah)

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Biar aku tinggal sahaja di samudera itu. Ia bukan milik sesiapa.” Mir terus sahaja bersuara. Matanya tetap merenung jauh. Pandangan itu menjangkau angin, bukit dan pokok-pokok hijau di kampus itu.

Dia seperti ternampak susuk tubuh kurus ayah meredah gelombang samudera itu. Samudera itulah yang bergulat dalam diri ayah sejak dulu. Sekarang pun, samudera itulah juga yang wujud dalam diri ayah. Ya. Sekarang pun.

“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu. Ayah ialah samudera. Samudera ialah ayah.” Mulut Mir terus sahaja terkumat-kamit.

Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir.

(Dipetik daripada ‘Biarkan Samudera’

oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Apakah reaksi Hakimah setelah mendengar kata-kata Mir berdasarkan petikan di atas?

• mengeluh 1M

• memeluk bahu Mir 1M

• ada kengiluan mengalir dalam diri/merasakan kesedihan Mir 1M

• memikirkan Mir harus diselamatkan 1M

ii) Sebagai sahabat, apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sahabat anda mengalami masalah hilang keyakinan diri?

• mendengar masalah / memberikan nasihat 1M

• bawa berjumpa dengan pakar / kaunseling / guru 1M

• mengajak mendekatkan diri kepada Tuhan / mendengar kuliah /

ceramah agama 1M

• mengajaknya beriadah / berhibur 1M

• melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-rotong, rakan muda 1M

• mengikuti kursus motivasi / kem bina semangat / PLKN 1M

(Maksimum: 3 markah)

iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen?

Persoalan dalam petikan:

• peranan seorang sahabat 1M

• sikap seorang yang mudah berputus asa / kecewa 1M

Persoalan dalam keseluruhan cerpen

• kemiskinan para nelayan 1M

• keikhlasan dalam persahabatan 1M

• keinsafan untuk mendekati ajaran agama 1M

• kepentingan menjaga alam sekitar 1M

(terima mana-mana persoalan yang munasabah)

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka lalu dihampirinya akan tasik itu. Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan gersiknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.

Maka Inderaputera melihat berbagai-bagai temasya. Maka Inderaputera pun berjalan di tepi tasik itu dan berbunyi suatu suara itu demikianlah bunyinya, “Hai Inderaputera, ingat-ingat tuan hamba!” Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara itu. Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka lalu diusirnya. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu. Maka dilihat oleh Inderaputera itu mayat banyak terhantar di bawah pohon kayu itu.

(Dipetik daripada “Dua Geliga Hikmat”

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Apakah maksud rangkai kata berbagai-bagai temasya berdasarkan petikan di atas?

• banyak / pelbagai pemandangan yang menarik / peristiwa yang kelihatan

ii) Berdasarkan petikan, apakah yang dilihat oleh Inderaputera setelah baginda menghampiri tasik?

• pasirnya daripada emas urai 1M

• batunya itu daripada permata yang indah-indah 1M

• gersiknya daripada mantika 1M

• rumputnya daripada kuma-kuma 1M

• airnya seperti bau kasturi 1M

• tepi tasiknya terdapat pohon anggur, pohon zabib, pohon delima

dan buah-buahan yang indah-indah 1M

(Maksimum : 3 markah)

iii) Pada pendapat anda, nyatakan usaha-usaha untuk menjadikan tasik sebagai pusat pelancongan?

• menyediakan kemudahan asas seperti masjid, tandas, perhubungan1M

• menjaga kebersihan tasik 1M

• menanam pokok-pokok hiasan 1M

• memelihara ikan-ikan / hidupan akuatik 1M

• menyediakan kemudahan beriadah 1M

(Maksimum : 3 markah)

Soalan 2(d)- Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BANGKITLAH

Anak-anak yang sedang lena

bangkitlah

matahari sudah tinggi

di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini

burung-burung berterbangan di udara

dan pepohon hijau merendang daunnya

apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah

jangan sesal nanti

madu bumi yang kekeringan

isi laut kekosongan

dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak

esok apa yang akan kaumakan?

tanah atau batu atau debu?

kau mahu terus nangis

tanpa air mata?

Kalau tidak

bangkitlah

matahari belum lagi rembang

dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab F.I

Langit di Tangan, 1995.

Dewan Bahasa dan Pustaka

i) Mengapakah penyajak menyeru anak-anak muda ‘bangkit’?

• matahari sudah tinggi di puncak gunung 1M

• lihat jernihnya pagi (burung berterbangan di udara & pepohon

hijau merendang daunnya) 1M

• jangan menyesal kemudian hari 1M

• matahari belum lagi rembang / masih belum terlambat / ada masa

untuk berubah 1M

(Maksimum : 3 markah)

ii) Sebagai remaja, apakah peranan yang boleh dimainkan mereka untuk mencapai aspirasi negara?

• belajar bersungguh-sungguh 1M

• mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala negatif 1M

• menyertai PLKN / menyokong dasar kerajaan 1M

• meningkatkan tahap keimanan / jati diri 1M

• mampu bersaing 1M

• mempunyai kemahiran / kepakaran selaras dengan kemajuan negara1M

(Maksimum : 3 markah)

iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas?

• kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka 1M

• kita perlulah merebut peluang yang ada 1M

• kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju 1M

• kita hendaklah rajin berusaha untuk mencari kesenangan 1M

• kita hendaklah berusaha sebelum terlambat 1M

(terima mana-mana pengajaran yang munasabah)

(Maksimum : 3 markah)

Soalan 3 : Pengetahuan Dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

a) Tulis satu ayat bagi perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i) nama – panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan dll), / gelaran, sebutan / kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, maruah, pujian.

ii) bernama - memakai nama, mempunyai nama / mendapat nama, masyhur, terkenal.

iii) ternama - terkenal, termasyhur

iv) menamakan - memberi sesuatu nama sebagai menggelarkan, menyebutkan / menganggap / mencalonkan seseorang.

v) kenamaan - terkenal, termasyhur / besar (orang, pegawai) berpangkat tinggi.

vi) penamaan - perihal menamakan, pencalonan

[6 markah]

(b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

i) Dia masih tidur. - FN + FK

ii) Bas itu dari Seremban. - FN + FSN

iii) Kucing itu kurus kering. - FN + FA

iv) Rakannya gadis Filipina. - FN + FN

v) Puan Ramziah guru di sekolah itu. - FN + FN

vi) Merokok membahayakan kesihatan. - FN + FK

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Dari jauh, di salah sebuah kafe popular di ibu kota, terlihat sekumpulan remaja begitu rancak bersembang, sambil menikmati anika makanan yang terhidang di atas meja. Keadaan di kafe “lima bintang” itu begitu sesak dengan kunjungan yang majoritinya remaja berbangsa Melayu. Persoalannya, adakah mereka tidak memperdulikan pengumuman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia baru-baru ini bahawa kafe tersebut tidak disenaraikan dalam premis makanan halal.

Kesalahan ejaan Keselahan imbuhan

anika - aneka terlihat - kelihatan

tanda noktah (.) - tanda soal (?) disenaraikan - tersenarai

memperdulikan - mempedulikan kunjungan - pengunjung

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) “Masyarakat berfikir” adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada zaman ke-21.

adalah - ialah

zaman - abad

ii) Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan.

dengan - pada

ditatap - diteliti

iii) Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak mukimnya pada minggu depan.

membincangkan tentang - membincangkan

ditempuhi - dihadapi

[6 markah]

(e) Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud di bawah.

i) Melakukan pekerjaan yang sia-sia.

Mencurah air ke daun keladi / menulis di atas air / mencurah garam ke laut.

ii) Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya / siapa yang makan nangka, dialah yang kena getah.

iii) Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan dirinya.

Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi / air yang penuh dalam tempayan tidak akan berkocak / harimau menyorokkan kukunya.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:

i) Renyah – Gunawan Mahmood

ii) Sutera dalam Lukisan – Abd. Talib Hassan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang mempunyai nilai murni.

RENYAH

|PERISTIWA |NILAI MURNI |

| | |

|Datuk Dolhi telah menjamin Hasnol dan Dani kerana mereka terlibat dalam kes salah laku. Hasnol |Keprihatinan |

|terlibat dalam kes rasuah manakala Dani terlibat dalam kes dadah. | |

| | |

|Wahi akur suruhan Datuk Dolhi agar dia mempelajari ilmu dalam bidang perniagaan di Jepun. |Kepatuhan |

| | |

|Datin Tominah mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan anak-anaknya. Beliau menasihati|Kasih sayang |

|Mukhlis agar menjaga isteri dan anak-anaknya dengan baik. | |

| | |

|Datin Tominah aktif dalam persatuan datin dengan menganggotai Kelab Dahlia. Datin Tominah juga |Kerajinan |

|sering berjumpa dengan rakan-rakannya untuk berbincang tentang aktiviti persatuan tersebut. | |

| | |

|Datuk Dolhi rajin mencari peluang baharu dalam bidang perniagaan di samping berusaha untuk | |

|meningkatkan prestasi syarikatnya. Dia sanggup pergi ke luar negara untuk mencari peluang | |

|perniagaan | |

| | |

|Ilham sangat bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Buktinya, rencana-rencana dan puisi yang |Tanggungjawab |

|dihasilkannya berkaitan dengan kesan pencemaran alam. | |

| | |

|Datin Tominah sentiasa bersabar apabila berhadapan dengan pelbagai masalah anak-anak. Beliau tidak |Kesabaran |

|pernah memarahi anak-anaknya biarpun perangai anaknya tidak menyenangkan dirinya. | |

NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN

|PERISTIWA |NILAI |

| | |

|Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihadapi oleh Hafiz |Tanggungjawab |

|(Bujei). | |

| | |

|Adila berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memulihkan Bujei dan berharap agar Bujei akan |Kegigihan |

|menjadi seperti sediakala. | |

| | |

|Bujei mempertahankan haknya dengan melawan Alias yang merosakkan radionya. |Keberanian |

|Sidang Saman dan isterinya mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh Bujei. Mereka melayan| |

|Bujie dengan baik. |Baik hati |

| | |

|Bujei membantu kerja-kerja di rumah Sidang Saman sebelum majlis perkahwinan berlangsung. | |

| | |

|Adila membantu sepupunya Sameah sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Dia membuat bunga telur |Kerajinan |

|untuk majlis tersebut. | |

| | |

|Adila begitu tabah untuk menempuh halangan semasa berusaha bagi memulihkan Bujei. Dia terpaksa |Ketabahan |

|berhadapan dengan Alias yang cemburu akan hubungan rapatnya dengan Bujei. | |

| | |

|Bujei tabah menempuh cabaran hidup terutama ketika berhadapan dengan tindak tanduk Alias dan sikap | |

|ayah tirinya di kampung. | |

| | |

|Adila tetap menolak hasrat Faizal yang mahu kembali kepadanya. |Tetap pendirian |

Terima mana-mana peristiwa lain yang mempunyai nilai murni.

ISI = 4 MARKAH

BHS = 3 MARKAH

JUM = 7 MARKAH

b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel.

NOVEL RENYAH

|LATAR MASYARAKAT |CONTOH |

| | |

|1.Terdapat pelbagai golongan masyarakat. |Mengetengahkan golongan tua, dewasa dan kanak-kanak. Golongan |

| |tua – Datuk Dolhi, Albert Lee, Puan Eric, Datin Tominah. |

| |Golongan dewasa – Amira, Dani, Ilham, Hasnol, Wahi. |

| | |

|2.Masyarakat yang mementingkan perbincangan dan amalan kerjasama.|Keluarga Albert Lee sering mengadakan perbincangan untuk |

| |menyelesaikan masalah. |

| | |

|3. Masyarakat bandar dan masyarakat kampung. |Masyarakat bandar diwakili oleh Datuk Dolhi, Datin Tominah dan |

| |anak-anak mereka. |

| |Masyarakat kampung diwakili oleh mereka yang menghuni |

| |perkampungan jemaah yang bergiat dalam aktiviti dakwah. |

| | |

|4. Masyarakat yang terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat. |Hasnol terjebak dalam rasuah. |

| |Mukhlis terlibat dalam jemaah yang menyeleweng. |

| | |

| | |

|5. Masyarakat yang hidup dalam kemewahan. |Datuk Dolhi, Albert Lee dan YB Wahab mempunyai perniagaan. |

| | |

|6. Masyarakat yang prihatin. |Ustaz Hisham memberitahu Datuk Dolhi tentang kehidupan Mukhlis |

| |yang mengamalkan ajaran sesat. |

| | |

|7. Masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. |Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging di Bukit Serakah sambil |

| |menikmati pemandangan. |

| | |

|8. Masyarakat yang mencintai seni. |Ilham menulis puisi. |

| |Dani menyukai muzik rock. |

| | |

|9. Masyarakat yang bersikap keterbukaan. |Datuk Dolhi menyuruh Wahi ke Jepun untuk mempelajari budaya kerja|

| |orang Jepun. |

Terima mana-mana latar masyarakat lain yang berkaitan.

NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN

|LATAR MASYARAKAT |CONTOH |

| | |

|1.Masyarakat kampung. |Masyarakat kampung yang hidup dengan cara sederhana. Contohnya, |

| |keluarga Sidang Saman dan Bujei tinggal di kampung. |

| | |

|2.Masyarakat yang mementingkan amalan kerjasama. |Masyarakat yang mementingkan kerjasama seperti mengadakan majlis |

| |kenduri perkahwinan dan bersama-sama untuk menyiapkan majlis |

| |tersebut. |

| | |

|3. Masyarakat yang cemburu akan keupayaan dan kejayaan orang |Alias begitu cemburu apabila Adila terlalu rapat dengan Bujei. |

|lain. | |

| | |

|4. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang |Ayah tiri Bujei, iaitu Harun sering kali mengambil kesempatan |

|lain |terhadap kelemahan Bujei dan isterinya (Fatimah) untuk |

| |mendapatkan sesuatu. |

| | |

|5. Masyarakat yang prihatin tentang nasib orang lain. |Adila telah mengajar Bujei membaca abjad dan membuat kira-kira |

| |mudah. Adila juga menceritakan kemajuan sains, hal-hal angkasa |

| |dan lain-lain lagi. |

| | |

|6. Masyarakat yang berani mempertahankan hak. |Bujei mempertahankan haknya dengan melawan Alias yang merosakkan |

| |radionya. |

| | |

|7. Masyarakat yang tabah. |Bujei amat tabah menempuhi pelbagai dugaan terutamanya cacian dan|

| |ejekan orang kampung dan Alias. |

| | |

|8. Masyarakat yang tegas dan tetap pendiriannya. |Ketegasan Adila dapat dilihat melalui keputusannya menolak cinta |

| |Faizal setelah Faizal mengecewakannya. Faizal kemudiannya datang|

| |ke kampung untuk bertemu dan memujuk Adila tetapi Adila tetap |

| |dengan pendiriannya, iaitu tidak mahu menerima Faizal. |

Terima mana-mana latar masyarakat lain yang berkaitan.

ISI = 6 MARKAH

BHS = 2 MARKAH

JUM = 8 MARKAH

KERTAS SOALAN TAMAT

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download