SMK TROPICANA WEBSITE
[pic]
SMK TROPICANA
JLN TROPICANA SELATAN, 47410 PETALING JAYA
KERTAS CADANGAN
PELAKSANAAN PROGRAM 1BESTARINET VLE FROG
MINGGU FROG BUZZ
PERINGKAT SEKOLAH 2012
TARIKH:
2HB NOVEMBER 2012
TEMPAT:
SMK TROPICANA, PETALING JAYA
ANJURAN:
JAWATANKUASA 1BESTARINET VLE FROG
SMK TROPICANA
1. PENGENALAN
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
Oleh itu, JK VLE FROG Sekolah telah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan mengenai apa itu VLE (Virtual Learning Environment) atau Persekitaran Pembelajaran; satu sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional kepada semua warga SMK Tropicana, Petaling Jaya.
2. OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai apa itu 1Bestarinet VLE Frog.
2. Menyediakan warga sekolah untuk menghadapi konsep maya dalam
pendidikan konvensional.
3. Mengalak warga sekolah bersikap positif terhadap perubahan.
4. Membantu KPM dalam merealisasikan visi 1Bestarinet
3. TARIKH DAN HARI
Perasmian Program: 2hb November 2012 (Jumaat)
Aktiviti Minggu FROG Buzz: 5hb – 9hb November 2012
4. TEMPAT
SMK Tropicana, Petaling Jaya
5. ANJURAN/PENGELOLA
Jawatankuasa 1Bestarinet VLE FROG Sekolah
6. PERASMI
Pentadbir SMK Tropicana
7. SASARAN
Semua Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana, Petaling Jaya
8. ATURCARA PROGRAM
|Tarikh |Masa |Tempat |Aktiviti |
|2hb November 2012|Waktu pertama |Tapak Perhimpunan |Pelancaran Minggu FROG Buzz |
| | | |Aktiviti: |
| | | |Pengenalan Program VLE FROG 1Bestarinet oleh Penyelaras ICT |
| | | |Ucapan Perasmian Pentadbir |
| | | |Perlantikan 4 orang pelajar terpilih sebagai ‘FROG Champion’ sekolah |
| | | |(Sila lihat Lampiran A untuk senarai nama pelajar yang terpilih) |
| | | |Pemberian hadiah cenderahati kepada 4 orang pelajar terpilih. |
| | | |Majlis bersurai. |
|2hb November 2012|Sepanjang hari |Kelas masing-masing |Guru Tingkatan mengedarkan: |
| | | |surat perjanjian YES untuk ibu bapa dan pelajar |
| | | |surat pemberitahuan ID pengguna dan kata laluan pelajar dan ibu bapa. |
| | | |(Sila lihat Lampiran B untuk contoh surat) |
|5hb November 2012|Waktu pertama dan |Kelas masing-masing |Sesi dialog dan promosi penggunaan VLE FROG oleh guru subjek waktu pertama |
| |kedua | |dengan pelajar. |
| | | |Catatan: |
| | | |Guru subjek waktu pertama pastikan semua pelajar telah mempunyai ID Pengguna |
| | | |YES dan kata laluan. |
| | | |Guru subjek tuliskan di papan putih URL VLE FROG iaitu: |
| | | | |
| | | |Guru subjek terangkan kebaikan menggunakan VLE FROG. |
|6hb November 2012|Waktu pertama |Kelas masing-masing |Guru subjek waktu pertama dan kedua menjalankan Pertandingan Melukis Poster |
| | | |FROG. |
| | | | |
| | | |Persiapan awal: Guru tingkatan perlu memaklumkan pelajar untuk membawa alat |
| | | |lukis, warna dan kertas lukisan sendiri. |
| | | |Catatan: |
| | | |Jawatankuasa Pelaksana akan menentukan pemenang untuk kategori menengah rendah |
| | | |dan menengah atas. |
| | | |Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari penutup iaitu 9hb November 2012. |
|Tarikh |Masa |Tempat |Aktiviti |
|7hb November 2012|Waktu rehat |Makmal komputer |Tayangan tutorial video Penggunaan VLE FROG dikendalikan oleh Penyelaras ICT |
| | | |atau Penyelaras Program VLE FROG dan dibantu oleh Pelajar FROG Champion. |
| | | | |
| | | |Persiapan awal: |
| | | |Guru Bertugas perlu mengumumkan aktiviti tayangan video pada waktu perhimpunan |
| | | |p |
|8hb November 2012|Waktu rehat |Makmal komputer |Tayangan tutorial video penggunaan VLE FROG dikendalikan oleh Penyelaras ICT |
| | | |atau Penyelaras Program VLE FROG dan dibantu oleh Pelajar FROG Champion. |
| | | | |
| | | |Persiapan awal: |
| | | |Guru Bertugas perlu mengumumkan aktiviti tayangan video pada waktu perhimpunan |
| | | |pagi. |
|9hb November 2012|Waktu pertama |Tapak perhimpunan |Upacara Penutup: |
| | | |Ucapan Pentadbir |
| | | |Penyampaian hadiah Pemenang Pertandingan Melukis Poster FROG. |
9. JAWATANKUASA PELAKSANA
|JK Tempat: |JK Disiplin Pelajar: |
|Lembaga Pengawas |- En. Hisham bin Yahya |
|JK Dokumentasi: |JK Siaraya: |
|Pn. Boey Siew Inn |Lembaga Pengawas |
| | |
|JK Fotografi: | |
|Pn. Siti Noraishah binti Ismail | |
| | |
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
|Bil. |Anggaran Perbelanjaan |Kos |
|1. |Hadiah Perlantikan Pelajar FROG Champion | |
| |(4 x RM20.00) |RM 80.00 |
|2. |Hadiah Johan Pertandingan Melukis Poster FROG |RM 120.00 |
| |(2 x RM60.00) | |
| |JUMLAH |RM 200.00 |
PENUTUP
Adalah diharapkan dengan kerjasama setiap lapisan masyarakat SMK Tropicana, Majlis Pelancaran VLE FROG 1Bestarinet ini berjaya memberi satu gambaran yang jelas kepada semua warga sekolah agar lebih bersedia dalam menerima konsep maya dalam pendidikan konvensioan. Selain itu, adalah juga diharapkan agar program ini dapat membantu guru-guru dalam membantu KPM dalam merealisasikan pendidikan bersepadu bertaraf dunia dengan mengubah platform pendidikan di Malaysia.
Disediakan oleh,
(Pn Boey Siew Inn)
Setiausaha Program
Sekolah Menengah Tropicana
Petaling Jaya.
Disemak oleh:
(Pn. Khor Phuay Phuay)
Penyelaras Program
SMK Tropicana.
Disahkan oleh:
(Pn. Ruth Cheah Kah Yok)
Pengetua
SMK Tropicana. Tarikh: …………………
-----------------------
Pengerusi : Pn. Ruth Cheah Kah Yok
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Zubaidah Bt Ahmad Ishak
Penyelaras : Pn. Pn Khor Puay Puay
Setiausaha : Pn. Boey Siew Inn
................
................
In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.
To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.
It is intelligent file search solution for home and business.
Related searches
- top website advertising
- greyhound website official
- free website images to download
- corporate website vs marketing website
- shelby county school website memphis tn
- moe website uae
- antonyms website only antonyms
- best product website examples
- antonyms website for all words
- best website for stock quotes
- best website for stock research
- best website to advertise business