KANDUNGAN



KANDUNGAN

Pendahuluan

Isi Kandungan

Prakata

Panduan

Daftar Masuk (Login)

PRAKATA

Sistem Integrasi Aplikasi Sukan mempunyai tiga (3) modul utama dan salah satunya ialah aplikasi e-kepegawaian. e-kepegawaian menyediakan satu platform untuk mengumpulkan maklumat pegawai-pegawai sukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Tujuan aplikasi ini dibangunkan ialah untuk:

1. Menyediakan ruang untuk pengumpulan maklumat pegawai sukan yang terdiri daripada Pengadil, Jurulatih dan Pegawai Teknikal Sukan (PTPS).

2. Mengurus dan memantau profil pegawai-pegawai sukan di dalam KPM.

3. Menyediakan ruang makluman berkaitan kursus-kursus kepegawaian sukan.

4. Menyediakan ruang permohonan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan secara elektronik dan diluluskan secara elektronik.

5. Membantu pegawai JPJS untuk pelaporan berkaitan sumber manusia kepegawaian sukan.

Sistem ini dibangunkan dalam platform secara web dan boleh dicapai sekiranya ada sambungan atau talian ke internet. Semua pegawai sukan atau yang terlibat di dalam sukan adalah pengguna aplikasi ini. Mereka dikehendaki mendaftarkan diri mereka ke dalam aplikasi dan apabila telah disahkan, mereka boleh menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi ini dibangunkan menggunakan teknologi Macromedia Coldfusion (cfm) oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) dengan kerjasama Jabatan pendidikan Jasmani dan Sukan.

Sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi, boleh menghubungi nama tertera seperti di bawah:

1. Afrohah Binti Abd. Hamid 3793

2. Wan Anisah Binti Wan Razak 3674

3. Wan Shafarina Binti Shamsuddin 3699

4. Safinaz Binti Jaafar 3781

1. Capaian

1. Capaian Ke Sistem

a) Anda boleh membuat capaian menggunakan mana-mana jenis pelunsur web seperti Internet Explorer (IE), Netscape, Mozilla Firefox ataupun Opera. Paparan terbaik untuk aplikasi ini adalah menggunakan IE versi terkini menggunakan resolusi 1024 X 768. Klik pada ikon pelunsur web (web browser) anda.

[pic][pic][pic]

b) Pada ruangan bar alamat (adress bar), taip alamat aplikasi seperti berikut:



[pic]

c) Satu paparan muka hadapan aplikasi ini akan diperolehi seperti Rajah 1.

[pic]

Rajah 1

d) Aplikasi sedia digunakan.

2. Penggunaan Sistem

2. Pendaftaran

a) Bagi menggunakan sistem ini, pengguna perlu mendaftarkan diri mereka ke dalam sistem. Sebagai langkah awal sila klik pada hipertautan Daftar Baru seperti Rajah 2.

[pic]

Rajah 2

b) Sekiranya hipertautan Daftar Baru diklik, paparan pendaftaran akan diberikan dan isikan maklumat seperti diminta sebagaimana Rajah 3.

1) Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

2) Masukkan Nama Pengguna anda.

3) Masukkan katalaluan anda.

4) Masukkan katalaluan anda sekali lagi untuk pengesahan.

5) Masukkan negeri anda.

6) Masukkan e-mel anda.

7) Klik bebutang Daftar untuk melakukan pendaftaran.

[pic]

Rajah 3

c) Sebaik anda klik butang Daftar, Rajah 4 akan dipaparkan.

[pic]

Rajah 4

d) Pendaftaran anda telah berjaya dan anda dikehendaki menunggu emel

pengesahan daripada pihak pentadbir.

3. Pengesahan oleh Ketua Unit Negeri

a) Masukkan nama pengguna dan katalaluan anda. Pastikan anda telah mendaftar sebagai pengguna dan telah disahkan oleh Admin. Paparan adalah seperti di Rajah 5.

[pic]

Rajah 5

b) Selepas anda klik butang Masuk, paparan adalah seperti di Rajah 6. Sila klik menu Pengesahan Pendaftaran.

[pic]

Rajah 6

c) Sila tandakan petak Luluskan jika ada pengguna yang memohon daftar baru sebagai pengguna dan selepas itu klik butang Luluskan.

d) Jika anda ingin keluar dari sistem ini, sila klik Logoff.

4. Kemaskini Maklumat Peribadi

a) Masukkan nama pengguna dan katalaluan anda. Pastikan anda telah mendaftar sebagai pengguna dan telah disahkan oleh Ketua Unit Sukan Negeri. Contoh adalah seperti di Rajah 7.

[pic]

Rajah 7

b) Setelah anda klik butang Masuk, Rajah 8 akan dipaparkan.

[pic]

Rajah 8

c) Sila klik pada Pilihan Menu Maklumat Peribadi untuk mengemaskinikan maklumat peribadi anda. Paparan adalah seperti di Rajah 9.

[pic]

Rajah 9

d) Masukkan atau kemaskini maklumat peribadi anda, selepas itu klik butang Tambah. Sila klik butang Semula untuk mengosongkan semula medan(reset).

e) Sila klik pada tab Maklumat Pejabat (di sebelah Maklumat Peribadi) untuk mengemaskinikan Maklumat Pejabat. Paparan adalah seperti di Rajah 10.

[pic]

Rajah 10

f) Masukkan atau kemaskini maklumat pejabat anda, selepas itu klik butang Tambah. Sila klik butang Semula untuk mengosongkan semula medan (reset).

g) Sila klik pada Pilihan Menu Maklumat Sijil untuk mengemaskinikan maklumat sijil anda. Paparan adalah seperti di Rajah 11.

[pic]

Rajah 11

h) Jika anda ingin melihat senarai kelayakan yang telah anda miliki sila klik menu Senarai Kelayakan, dan untuk menambah kelayakan anda sila klik menu Tambah Kelayakan. Paparan adalah seperti di Rajah 12.

[pic]

Rajah 12

i) Untuk menambah kelayakan anda, pilih jenis sukan dan pilih sijil yang berkaitan selepas itu klik butang Tambah Sijil. Paparan seperti Rajah 13.

[pic]

Rajah 13

j) Jika anda ingin melihat maklumat berkaitan dengan kursus, sila klik Pilihan Menu Kursus. Terdapat dua menu kecil di bawah pilihan menu ini iaitu Penawaran Kursus dan Semak Status Permohonan. Jika anda ingin melihat senarai kursus yang ditawarkan, sila klik Penawaran Kursus. Paparan seperti di Rajah 14. Sila pilih jenis sukan dan juga penganjur, selepas itu klik butang Cari.

[pic]

Rajah14

k) Menu Semak Status Permohoan adalah untuk menyemak samada permohonan anda untuk menghadiri kursus yang ditawarkan diluluskan ataupun tidak. Jika permohonan anda diluluskan, anda boleh mencetak surat permohonan. Paparan adalah seperti di Rajah 15.

[pic]

Rajah 15

l) Anda juga boleh menukar katalaluan dengan memilih Menu Tukar Katalaluan seperti paparan di Rajah 16.

[pic]

Rajah 16

m) Untuk menukar katalaluan, masukkan katalaluan anda sekkarang selepas itu masukkan katalaluan yang baru sebanyak dua kali.

n) Jika anda ingin keluar dari sistem ini, sila klik Logoff.

-----------------------

[pic]

4

5

6

7

1

2

3

[pic]

Cetak surat permohonan

Sila pilih penganjur

Sila pilih jenis sukan

Sila pilih sijil berkaitan

Sila pilih jenis sukan

Sila pilih sijil berkaitan

Sila pilih jenis sukan

................
................

In order to avoid copyright disputes, this page is only a partial summary.

Google Online Preview   Download

To fulfill the demand for quickly locating and searching documents.

It is intelligent file search solution for home and business.

Literature Lottery

Related searches